SEJARAH NAGARA KEDAH

Orang Melayu Keturunan Siam

Oleh : anaianai

Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap sebagai berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri melayu disatu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan bermula dari Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang thai, bukan orang-orang siam.

Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor dimana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti kenduri, qurban dsbya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.

Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,
Tahukah anda,
- bahasa siam tidak sama dengan bahasa thai?
- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?
- raja-raja kita mengamalkan adat siam?

Pengkajian saya mendapati bahawa orang siam ini lebih kepada rumpun Melayu walaupun selama ini mereka di letakkan dibawah rumpun Mon khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Kambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah juga dari keturunan Siam islam. Orang Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak ujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalu perdagangan kerana melayu adalah ‘sea fairing nations’.

Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri adalah diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan rumpun Melayu. Sekiranya kita menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidor, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat siam.

Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukan lah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 sahaja makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka berada di nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.

Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.

Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,

“Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada “Siam” kepada Thailand “.

Seperkara yang tidak disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.

Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-

MELAYU -SIAM -THAI

Kasut -kasut -keak
Masalah -susah -lam bak
Air kopi – nam kopi -nam cha
Jambam – jaman -suam
Datuk – tok wan -na
Pelita – peta -telat
Salah – salah -jot
Kereta – kayta -rot

Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,

NAMA- MAKSUD (bukan makna)
Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau
Jit ra- henti rehat
Pen dang- senapang bunyi
Sik- empat
Na mi – muka beruang
Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)
Gu run – gerun, ngeri
Ta jar-Pengkalan gergasi
Kok bah-pulau gila
Kok diang – pulau merah
Che nang – nama puteri
A rau – kami
Per lis-bedak
Kang gar – betis patah
To biar – heboh maklumkan
Kam par- langkah hutan
Be ruas – puak kaya
Leng gong- turun duit
Gang ga -persisiran perniagaan
Kang sar – tepi harimau/tentera/laksamana
Ban ting -Kampung Cik
Jug ra – pindah/berangkat
Lukut – lombong bijih
Te reh (di Muar, Johor) – Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)
Se rem ban – beli rumah kampong
Se lan gor – teduhan tumbuhan/pokok hutan
Mu ar – topi/mahkota raja siam
Si ga pu ra – empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang
ini ialah,
1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.
2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.
3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.
4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai

Hang Tu ah – Laksemana berani (jadi) ketua
Hang Je bat – Laksemana rajin puasa
Hang Le Kir – Laksemana jadi terkenal/masyhur
Hang Le Kiau – Laksemana yang bertaring/garang
Hang Kas tu ri – Laksemana jaga ehwal perkapalan
Nu san ta ra – tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)
Sa kai – rasa miang
Ma la ka – mari lah niaga
Ma la yu – mari lah duduk
Ma ni la – mari lah sini
Ke dah – surat kuasa
Mi nang ka bau – kaya(anak)perempuan ringan kerja
Rem bau – rumah pekerja
U lu lan gat – masyhur ikat tambatan kapal/perahu
A yu thia – tempat semayam raja
Raja Man da li ka – raja kami baik terkenal niaga
Se ri Lang ka – Laksemana itu, cucu beta.
(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).
Fi li fi na – Abang Ali, Abang Beta.
(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).

Dari mana pula kita hendak memastikan bahawa raja-raja kita mengamalkan adat siam sedangkan selama ini pembaca termasuk saya sebelum pada ini tidak mengetahui perkara ini. Untuk itu kita perlu melihat sebuah manuskrip lama yang di bukukan bertajuk Undang-Undang Kedah, terjemahan Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Ia merupakan sebuah teks penulisan jawi perlembagaan Nagara Kedah dahulu (bukan negeri Kedah yang kecil seperti hari ni). Manuskrip ini baru dipulangkan oleh Inggeris sekitar tahun 2003/2004 setelah dirampas di Kota Beruas sewaktu mereka menyerang dan membakar istana raja siam islam disana. Inilah sikap penjajah yang cuba menutup kebesaran dan kemaraan agama islam di nusantara ketika itu. Manuskrip ini ditulis berperingkat-peringkat dan pada penghujung manuskrip di tulis seperti berikut,

“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua ratus dua puluh tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”

Sekiranya manuskrip ini telah mula ditulis sejak tahun 220 hijrah (800 M) lagi, ini bermakna Acheh ketika itu sudah mempunyai raja yang beragama islam bernama Sayyidina Ali. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor. Sultan Sayyidina Jamalul Alam ini pula ialah anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang berkerajaan di Kuala Muda, Merbok Kedah. Istana Merong Mahawangsa terletak di Bukit Choras, Kulim Kedah (dikatakan sebagai kuil hindu). Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri (keturunan Bani Hasyim) digelar Tok Soh. Makam dan Kg Tok Soh masih ada hingga kini.

Seperkara lagi ialah, jika manuskrip ini memperkatakan tentang undang-undang Kedah, mengapa pula ia ditulis di Acheh. Berdasarkan kepada salsilah diatas (cucu,anak dan datuk) membuktikan jajahan Nagara Kedah Islam ketika itu sedang membesar dan ia termasuk juga Acheh, semenanjung tanah melayu (disebut Melaka) dan Ligor.

“Hikayat Merong Maha Wangsa and The History of Kedah or Kedah Annals described Langkasuka as covering the Isthmus (se genting ke ra) from sea to sea, from the port of Pattani to Kedah, with Gunung Jerai as the centre of the kingdom.” :
Zulkifli Mohamad, “Evanescent Kingdoms, Everlasting Spirit,Seeking Langkasuka”,ms6.

Inggeris sewaktu menjajah negara kita, telah cuba menghilangkan bukti sejarah dengan membina loji air di dua kawasan ini iaitu di Bukit Choras dan Bukit Tereh sekaligus memusnahkan tinggalan istana disitu. Saki-baki tinggalan kota istana masih lagi terdapat di dua bukit ini. Malangnya, sejarah kita dah pun tertulis seperti yang kita ketahui hari ini, berversi barat. Manuskrip Undang-Undang Kedah ini samada kita setuju atau tidak membuktikan islam telah sampai ke Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh (dalam Nagara Kedah) jauh lebih awal dari Melaka.

Petikan seterusnya,

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.(ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut.

Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.”

Mengikut manuskrip ini lagi, Maharaja Siam ini disebut Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia (diikuti nama mereka), sementara raja-raja daerah disebut Paduka Seri Sultan (diikuti nama mereka). Ini jelas kekal sehingga kehari ini.

“ Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun Zai, pada tujuh belas hari bulan Jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah dititah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk Besar di Hulu alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”, m.s.1.

Lagi bukti berkenaan Paduka Seri Sultan yang menjadi menteri,

“Maka adat ini daripada raja-raja duhulu sampai pada Marhum Naga turun pada Datuk Besar , turun pada Datuk Seri Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurniai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat/” (m.s 40)

Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Dalam sejarah Thailand baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II. Di Melaka, baginda bergelar Parameswara Melaka (1424-1448).

Ayahanda baginda, Tunku Mohammad Chan memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III dan bergelar Tok Temong di Beruas (Perak). Baginda pernah menjadi Raja Kota Beruas
(1388 – 1395). Sejarah Kedah ditulis dengan nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai satu nama sedangkan nama Muhammad Syah adalah nama ayahanda baginda !!

Seterusnya ayat, ‘…Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit’, membuktikan bahawa Perdana Menteri Kedah menetap di Anak Bukit dan bergelar Datuk Seri Bongsu. Gelaran ini diberikan kerana Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang berkahwin dengan adinda bongsu Syarif Yang Di Pertuan. Pada hari ini, Istana di anak bukit adalah tempat bersemayamnya Sultan Negeri Kedah.

(Jika anak cucu Perdana Menteri kepada Maharaja menjadi Sultan Kedah, kemana perginya pulak keturunan Maharaja Siam (Syarif Yang Di Pertuan) Islam pada hari ini?)

Seterusnya,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabbiulawal, hari Isnin, zaman hidirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”. ms 17.

Datuk besar di hulu ialah memanda menteri yang menjadi paduka raja kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

“Itulah asal nakhoda dalam negeri Melaka dengan titah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, ialah mengatakam segala hukum itu tatkala pada zaman negeri Melaka.”(ms98)

Di muka surat yang sama,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahahu alaihi wasalam seribu enam puluh tujuh.”

Kita lihat pula perjanjian Raja Pulau Pinang Paduka Seri Sultan Abdullah, dengan Inggeris pada kali pertama dalam tahun1786 yang mana baginda tidak dibayar satu sen pun oleh Inggeris. Paduka Seri Sultan menyerang Inggeris dalan tahun 1791 tetapi tewas. Inggeris enggan membuat bayaran kerana mereka tahu Paduka Seri Sultan Abdullah tidak ada kuasa untuk mewakili Pulau Pinang, setakat raja daerah sahaja, bergelar Paduka Seri Sultan. Perjanjian kedua pada 20 April 1791 terpaksa dibuat kerana Inggeris telah pun mendudukki Pulau Pinang semenjak 11 Ogos 1786. Perjanjian kali kedua (1) ini mempunyai 9 syarat, dimana 3 syarat membuktikan kewujudan Maharaja Besar Benua Siam iaitu,

Fasal kedua, menyebut,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai keatas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur.

Fasal kelima,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah yang lain mendudukki mana-mana tempat di Kedah.

Fasal kesembilan,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuh dengan Syarikat hindia Timur.

Berdasarkan kepada beberapa contoh yang diberikan diatas, pengkaji dan persatuan sejarah tempatan tidak seharusnya menafikan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam ini. Mereka juga tidak sepatutnya berdolak dalih lagi. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan titah dan Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Paduka Seri mana-mana raja daerah yang memerintah ketika itu kerana adalagi kuasa yang lebih besar yang mereka bernaung dibawahnya.

Baginda Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Nagara Kedah, Maharaja Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak mendapat apa-apa bayaran kerana fasal satu mengatakan Syarikat Hindia Timur akan membayar 6 ribu ringgit Sepanyol kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Perjanjian ini pula dimansuhkan dalam tahun 1800. Pada tahun 1821(tahun musuh bisik), Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Permaisuri baginda Puteri Sultan Langkat Pasai dan 4 orang putera baginda telah dibunuh tentera Buddha thai, Raja Rama Chakri I di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.

PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian dengan Inggeris atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.

(1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987, ms63,64.

19 Comments

Filed under Sejarah

19 responses to “SEJARAH NAGARA KEDAH

  1. Pingback: Sejarah Nagara Kedah « Sejukk Panass

  2. PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian dengan Inggeris atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.

    (1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987, ms63,64.

    Sila rujuk ulasan diatas dalam buku terbaru keluaran ITN bertajuk Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791 – 1965, terbitan Institut Terjemahan Negara…tiada perjanjian dimeterai untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light, jadi bagaimana Pulau Pinang sekarang terkeluar dari Kedah?…dimanipulasi semasa Perjanjian Pangkor dan tertubuh negeri2 selat…

  3. minta kebanaran copy SEJARAH NAGARA KEDAH

  4. mindaahad

    silakan…saya pun copy dari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ sama2 sebarkan..

  5. saya yakin sejartah ni wujud, kita kan tau penjajah memang anti islam, othmaniah dihancurkan, moghul di india, mana-mana islam berkuasa, adalah anasir yang nak jatuhkan, mereka dendam dalam perang salib, tengok ja dendam mereka terhadap andalusia, sampai sekarang ni mereka masih melemahkan mana2 negara islam yang dirasakan mengancamkan mereka, hidup negara kedah pasai ma. dari anak baling

  6. kalaulah benar waktu nak merdeka dulu british nak masukkan selatan thai tapi T……….. tak setuju, kerana nak jaga hati thai,…adeh sedihla, kerana tu jutaan rakyatnya derita dbunuh, dari dulu sampai skrg, mcm mana la tu. apa jenayah ni……. takut la kalau dengar.

  7. Saya berharap pihak kerajaan memandang serius tentang sejarah kita yang terbilang ni, dulu kita belajar sejarah berdasarkan apa yg dituliskan oleh penjajah yang mempunyai ikatan pertalian agama, spain palsukan sejarah filipina, belanda palsukan sejarah indon, british palsukan sejarah Nagara Kedah Pasai Ma, bersekongkol dengan sukothai, thailand sekarang, mereka musnahkan bukti yang siam yang beragama islam memerintah AYUTHIA yang mati2 kita sangka beragama buddha, british benarkan raja thai musnahkan juga bukti yang ada di kedah, Nagara Kedah dulu tu amat la luas jajahan takluknya, jadi kita tengok la secara ringkas tujuan mereka hancurkan empayar islam Nagara Kedah, Andalusia d spain, othmaniah d turki, moghul di india, Ini semua kerana dendam dalam perang salib, kerana agama, tapi keganasan dan kerja jahat mereka sentiasa terlindung, kerana ada dalangnya, di turki Mustafa Kamal Attaturk, di kedah,,,,,, saudara baca la sendiri Sejarah Nagara Kedah. jadi kita sangka kita ni baru dengan ketamadunan, cuma kita di momokkan oleh penjajah laknat, waktu baru merdeka, sampai ada yg kata kita nak buat jarum sebatang pun tak pandai, padahal segala karya tulisan,manuskrip tulisan dahulu dimusnahkan, ada yg diberikan kepada sukuthai lps tu mengaku itu dia punya, ada juga di bawa ke british dan perancis, kalau tidak kita akan jadi satu empayar yg setanding kuasa besar sekarang ini, OLEH ITU WAHAI SEJARAWAN MALAYSIA, BERGABUNG LA UNTUK DAULATKAN SEJARAH NAGARA KEDAH TU, BIAR KITA TAHU KITA SUDAH MEMPELAJARI ILMU SEJARAH NEGARA YANG DIPALSUKAN PENJAJAH DENGAN KERJASAMA PENGKHIANAT BANGSA SENDIRI,” HIDUP NAGARA KEDAH PASAI MA”,

  8. Saya terfikir lagi kenapa datuk onn yg tubuh umno, lps tu undur kerana cadang nak bawa bangsa lain masuk umno, ya ka gitu,………..kenapa pula TAR yang ambilalih, mgkn ada yg fikir kedudukan yg tak sah ke, kalau TAR ngam la agenda kut, lps tu smua gerun ngan Culalongkorn, kan dia tokwan TAR, pasal british pun ok ngan thai waktu tu, hapuskan bukti empayar Benua Siam Nagara kedah. kalau teliti baca Sejarah ni memang best la, sistem Yang Dipertuan Agung pun ada dalam Kerajaan Nagara Kedah yang diperintah oleh SyariF Yamtuan Kedah, di ambil contoh tu la, apakah cadangan TAR, lepas tu kita akan fikir si kitol dongeng dalam sejarah melaka tulisan atas telunjuk penjajah, dan fikirlah siapa kitol yang menyebabkan semua kemusnahan kota-kota tanda pemerintahan Khalifah di dalam sejarah Empayar Islam Benua Siam Nagara Kedah., lepas tu lupa nak crita yg Datuk Onn pernah jumpa waris sebenar Khalifah di kedah, pastu pasai pa datuk onn tubuh PARTI NEGARA, EJAAN DULU MGKN NAGARA, dalam sejarah tak pula jelas tntg akronim parti nagara, yang lain kalau API- angkatan pemuda insaf. AWAS – angkatan wanita sedar, semua sekadar renungan ja…jangan marah

  9. salam, saya tertarik dengan orang siam ni, lagu mana pula yang keturunan Pattani, kalau org sblh baling n sik tu ramai keturunan Pattani, moyang saya pun keturunan Pattani,denga cerita ayah, dulu tu orang2 Pattani lari ke Kedah kerana teruk di tindas oleh Thai buddha, saya tak tau la kalau mereka ni juga adalah pejuang yg pertahankan Raja Pattani, mgkn ada senarai nama yang siam perut hijau(panggilan utk thai kafir) cari kerana menentang mereka, keturunan ni juga ada di perak utara dan bberapa tmpt lagi area utara, bangga juga saya kerana kita memiliki sejarah yang begitu hebat,

  10. md rodzi bin saidin

    teruskan usaha anda

  11. rahmat

    saya keliruu……..

  12. rahmat

    buktisejarah boleh dilihat dari hal bahasa .byk manuskrip yg dbawa blik penjajah adalah dlm bahasa melayu,bkn bahasa siam.saya kira krajaan2 mlayu dlu ada hbungan akrab dgn krajaan ayutthia siam tu.d selatan thai skrg pon ada bgsa mlayu,berbhsa mlayu loghat daerah d sana.minta komen

  13. mindaahad

    melayu itu adalah bahasa, bukan bangsa. jika india berbahasa melayu bukanlah berbangsa melayu. begitu juga jika cina, jawa, bugis, banjar, aceh dan lain2 bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa melayu, mereka tetap bukan bangsa melayu. kerana melayu itu bukan satu bangsa, tapi satu rumpun bahasa.

  14. rahmat

    salam anai2,sy nak tnya skali lg.sbab tak dpt jwapan.org siam yg berada d kdah,perlis n klantan kini ada yg islam n ada yg budha.bila kdatangan nenekmoyang mreka ke sana.adakah bahasa yg buddha n yg islam tu sama

  15. mindaahad

    salam.
    1. saya bukan anai-anai, dalam komen ke3 artikel ni saya dah beritahu saya copypaste dari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
    2. saya dah letak link pada nama anai-anai tu.
    3. bahasa siam dan bahasa thai adalah berbeza.

  16. Hamid Othman

    Salam.
    Saya seorang orang kampung biasa.
    Saya telah membaca sebahagian dari sejarah Nagara Kedah, melalui paparan blog tuan.
    Menarik dan mampu membuat saya berfikir.
    Saya tidak mampu ikut serta dalam “perbincangan” mengenai “politik dan perjalanan hidup” dan salsilah para pemimpin di Nagara Kedah – “tak sampai tangan” dan “kail saya hanya panjang sejengkal”
    Namun ada beberapa fakta sejarah yang membuat saya berminat sangat nak tahu:
    1. Ikut catatan yang baru saya baca “ Istana Merong Mahawangsa terletak di Bukit Choras, Kulim, Kedah” Bolehkah tuan pastikan nama tempat itu? (Kalau tak silap Bukit Choras terletak Pendang)
    2. Tok Soh – rupa-rupanya nama Permaisuri MMW.
    Setiap kali saya ke Sg. Petani pasti saya “tertarik” untuk memaling muka kearah “Kg. Tok Soh”, yang terletak di kiri jalan, tidak jauh dari Loji Air Pinang Tunggal.
    Kenapa tidak diwar-warkan siapa Tok Soh – sekurang-kurang dengan papan tanda yang lebih menarik. (Mungkin maklumat ini ada di Makam Tok Soh, saya tak pernah sampai)
    3. Yang ini tidak tercatat di dalam paparan sejarah Nagara Kedah (atau saya terlepas pandang ?)
    Saya mengandaikan pada suatu ketika dulu (atau selewat era Musuh Bisik, 1821 ?) berlaku “pergerakan” oleh agak ramai orang Melayu dari utara menuju ke selatan:
    Andaian ini saya sandarkan kepada bahawa terdapat beberapa buah kampung atau kawasan yang kini didiami oleh orang Melayu yang mempunyai “hubungan keluarga” sama ada jauh atau dekat. (kemungkinanan andaian saya meleset)
    Contoh:
    1. Saya dilahirkan dan tinggal di Daerah Kulim.
    2. Bebarapa tahun yang lalu apabila saya “menziarah” teman-teman di Sedaka, Dulang Besar dan beberapa lagi kampung, baru saya sedar bahawa terdapat beberapa ramai terdiri dari keluarga saya yang tak pernah saya tahu selama ini, di sana.
    3. Saya juga mendapat tahu kemungkinan-kemungkinan kumpulan orang Melayu(Siam) yang “bergerak” ke selatan itu singgah dan menetap di kampung-kampung seperti Jarak, Kampung Pelet, Kg. Keladi, Kg. Sg. Limau, Kg. Sg. Badak, Kg. Labu Besar, Kg. Sg. Ular, Kg. Terap dan akhirnya di Taiping. Dan mereka ini ada hubungan kekeluargaan, nampaknya.
    4. Saya tertanya-tanya apakah bahasa yang mereka gunakan, adakah bahasa Siam,seperti dalam paparan kerana saya masih ingat lagi bila menziarah Tok Wan dan Nek dan keluarga di Kampung Pelat, sesuai dengan nama kampung itu agaknya, bahasa yang digunakan agak lain. “Pelat” Siamnya begitu ketara. Tapi nampaknya apabila Tok Wan, Nek dan keluarga yang “senior” seorang demi seorang dipanggil Ilahi, pelat tersebut mula “hilang”. Bilangan orang yang bercakap dengan pelat Siam dah terlalu sedikit. (Atau apakah “pelat Siam” orang Kampung Pelet dipengaruhi orang Thai (Buddha) Kampung Teluk Wang, atau memang pusaka yang dibawa mereka dari tempat asal ?)

    HAMID OTHMAN

  17. ani

    Ya setuju benar…teruskan usaha saudara ini..Banyak benar fakta sejarah negara kita telah diselewengkan demi memenuhi tipudaya perancangan sang penjajah. Saya juga beberapa tahun lepas sewaktu singgah bersembahyang di surau USM Pulau Pinang berkesempatan mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang Prof. ( Saya dah lupa namanya ) yang mendakwa sebenarnya sewaktu Melaka diserang Portugis Sultan ketika itu ( Dah lupa namanya ) telah menghantar utusan meminta bantuan daripada empayar Othmaniah di Turki kerana katanya tatkala Sultan Muzafar Syah memeluk islam dan mengaku tunduk dibawah naungan empayar Othmaniah dan kerana itu gelaran Sultan telah diberipakai kepada Sultan Melaka.
    Sementara utusan yang dihantar itu sampai, maharaja othmaniah telah menghantar satu armada yang terdiri dari 400 kapal perang untuk membantu Melaka. Pada masa itu empayar othmaniah adalah kuasa tentera yang terkuat dunia dan tidak ada kekuatan tentera laut yang dapat menandingi empayar othmaniah.
    Didalam perjalanan ke Melaka, armada ini telah dipukul ribut dan taufan sehingga ada yang karam dan hilang sementara yang selamat singgah di Goa India untuk berteduh.
    Malangnya di Goa ketika itu pun diperintah oleh Maharaja Islam namun oleh kerana mazhab yang berlainan, mereka telah bertindak membunuh tentera dan membakar baki kapal yang berteduh di Goa itu.
    Oleh dek kerana itu bantuan itu tidak kesampaian ke Melaka.
    Ini sesuatu yang patut dikaji kalau betul saheh kerana selama ini kita hanya dihidangkan oleh buku-buku sejarah yang di tulis oleh penjajah yang mempunyai maksud yang tersirat.

  18. oom

    Memang begitu sejarah kedah yang sebenarnya dan Bumi Nusantara. Memang British dan lain-lain penjajah menutup dengan benda-benda palsu ke atas artifak Islam bumi Nusantara. Saya amat berbangga menjadi orang Melayu yang asal usulnya Islam bukan Hindu atau Buddha seperti yang dipalsukan penjajah. Dengan doa, semoga sejarah negara akan berubah dengan penemuan maklumat-maklumat berguna ni. Semoga remaja-remaja, belia-belia dan tua-tua yang sudah terlajak iman dan akal dengan arus moden barat kembali ke dunia nyata mendambakan diri mengejar alam hakikat di akhirat kelak. InsyaAllah.

  19. Merong Maha Wangsa Team

    salam…teruskan perjuangan..ana dari .merong mahawangsa team…takbir Allahuakbar 3x!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s