BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang sama penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu bertulis Ibnu Sirdan bertarikh 213 hijrah dalam celah-celah longgokkan batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba ke Melaka.

Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah Hikayat Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang Khun) pada tahun 1876 masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah ibni Sultan Syed Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda baginda berdua tidak terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.

Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang telah memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku Konvensyen Sejarah Kedah)yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini. Baginda adalah putera sulong kepada Sultan Mudzafar Syah III ibni Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam, baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya Long. Gelaran Koya mungkin asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Koya.

Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876 ada tercatat di dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James Low mengatakan Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan yang berunsur agama Islam dan dakwah Islamiah ini segera dimusnahkan.

8 Comments

Filed under Sejarah

8 responses to “BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

  1. salam..
    boleh tak kalau saya nak tau waris bagi keturunan sultan muhammad jiwa?

  2. kedahcybersyburi

    askm puan..
    waris bagi keturunan muhammad jiwa ialah abdullah mukarram anak gundik atau perempuan simpanan kpd ” sri perdana menteri sultan ” muhammad jiwa.ianya membawa kpd sultan abdul hamid halim syah raja pertama Kedah darulaman. sila rujuk buku konvensyen kedah m.s. 47. manakala anak sulungnya long putera d ketepikan dlm susunan pegawai2nya anak gahara tuanku nang che puan adik kpd SULTAN SYARIF SYAH , sultan kedah.

    keturunan long putra skrg majoritinya bertebaran sekitar kwsn bendang dalam, alor tajar dan titi deris di kg tualang tanpa pembelaan kerajaan negeri dan kerajaan malaysia.wsslm kullu am wa antum bil khair.

  3. Apakah bezanya Melayu Kedah dengan Siam Kedah. Adakah mereka ini dari keturunan yang berbeza?

  4. masjid koya di penang tu ada kaitan dgn geng mamak.. koya tu macam kutti jugak.. dari india…. rasanya tak ada kaitan sejarah kedah…

  5. hafiz

    mmg btul saudara cakap. tp klw dilihat balik sejarah siam kedah…. raja monggol india iaitu zahiruddin bahadur syah telah dikahwinkan dengan Tuanku Nur Aisyah Mah In Ta Tiral adalah berasal dari keturunan raja merong mahawangsa yang mana raja pertama kedah siam dimana cucu dari maharaja cina di dinasti tang. ketika itu iaitu Sai Tee Sung. Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi.. ini yang saya dapat dari sejarah kedah.

  6. Li Tok Abu
    Salam kebanyakkan cerita yang Tuan cerita mengenai keterunan Koya Long .seolah Yamtuan Syarif Syah hanya ada seorang anak sahaja Dimana lagi anak_anaknya yang 4 orang itu?dalam cerita ini Tuan hanya mengangkat keterunan Tuan.Selepas kelima_lima anak Yamtuan Syarif Shah meninggal perjuangan ini disambung oleh cucunya hingga akhir hayat
    .Peranan yang di mainkan oleh Ngah Mat,Panglima Abu Pa,Long Toha,Tok Sukma,Tok Adam dan Tok Adnan di tinggalkan begitu sahaja.Tuan tidak cerita tentang peranan mereka .Justeru itu saya harap Tuan kaji mendalam mengenai sejarah-sejarah mereka ini.Jangan di anak tirikan.

  7. ............

    assalammualaikum boleh saya tanye ape bukti asal usul nama kerajaan kedah.

  8. baharuddin md ali

    salam, soalan saya berkisar tentang jalan darat dan sungai di daerah Pdg Terap yang boleh dihubungi dengan daerah Patani pada zaman dahulu sebelum wujudnya Empangan Pedu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s