Kini Yakjud dan Makjud Pula Membina Tembok Besi.

FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.



Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil ‘Sheet’, ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.




Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.

FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI “SUPER-STRENGTH STEEL”. KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.

Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep ‘jingsaw’ – mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.

Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.

Prof Dr Yusuf Qardhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah ‘haram di sisi syarak’. Tambah beliau lagi, “Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)”. Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

5 Comments

Filed under Negara Islam

5 responses to “Kini Yakjud dan Makjud Pula Membina Tembok Besi.

  1. sot

    Mesir ini bukan kah negara Firaun? Maka tidak peliklah kalau ia menghayati ciri2 Firaun yg dilaknat Allah. Tapi kenapa ramai palajar kita pergi menuntut ilmu agama di Mesir ini? Why? Why?

  2. Assalamualaikum artikel yang menarik
    tapi saya tak faham
    apa kaitan artikel ni dgn yakjud makjud

    boleh ceritakan lebih lanjut?
    apa kaitan dgn mesir?

  3. mindaahad

    pena maya: sila baca artikel Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka

  4. saya sokong dengan SOT kata

  5. Zulkiflee Ismail

    Freemason berasal dari Mesir…..jika dilihat lambang freemason berbentuk piramid bermata satu……..istilah yakjuj dan makjuj bina tembok besi adalah tidak tepat…..tetapi golongan Dajjal ada la hampir kerana …Israel adala tulang belakang fahaman Freemason dan penyokong utama penentang kemunculan Nabi Isa A.S utk menyelamatkan umat akhir zaman dgn membawa khabar kebenaran ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Mahluk Yakjuj dan Makjuj sememangnya wujud yg akan keluar dari penjara mereka (tembok besi yg dibina Iskandar Zulkarnain) yg akan diruntuhkan oleh puak2 Freemason dan Dajjal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s