Perjanjian Penyerahan Sarawak oleh Pangeran Muda Hassim kepada James Brooke Esquire. 30 Rejab 1257H. (1841M)

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB, 2008.


Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung satu ratus dolar.

Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat Perjan jian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257 pada pukul sepuluh.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.

3 Comments

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

3 responses to “Perjanjian Penyerahan Sarawak oleh Pangeran Muda Hassim kepada James Brooke Esquire. 30 Rejab 1257H. (1841M)

  1. Dahlea Al -Saadi

    jual negeri rupanya tradisi dr dulu sampai sekarang..jwblaa kat Pdg Mahsyar nanti..

  2. Dahlia al -saadi

    sedihnya negeri dijual kepad aluar sejak dulu sampai sekarang

  3. Haris

    Sejarah mengajar kita untuk menghargai pemimpin dulu, keputusan di buat berpandukan jasa & kelayakan seseorang, tidak timbul istilah jual menjual. Sarawak multi-etnik, pertembungan dua bangsa berbeza menjalinkan ikatan persefahaman yang membawa keamanan & kemakmuran Sarawak. Islam di pelihara, fahaman luar hanya menular kepada etnik tak beragama menjadikan etnik ini lebih bertamadun dan memahami hidup beragama. Jasa mereka tak ternilai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s