Pembunuhan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar.

10th June 2012: The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired to them.

Seorang pemuda beragama Buddha berjalan pulang selepas selesai menjalankan misi. Membakar rumah dan perkampungan orang Islam di Burma dalam proses penghapusan etnik Muslim di sana. 

Kerajaan Myanmar, polis dan tentera tidak mengambil apa-apa tindakan malah menyekat muslim Rohigya dari memiliki sebarang bentuk senjata, pisau dan parang dan perlu mendapat kelulusan polis untuk memiliki barang-barang tersebut.

Lebih banyak foto-foto bukti pembunuhan umat Islam Rohingya oleh puak Rakhine dan polis, sila klik di sini.

Anda juga dapat berkongsi maklumat dan menunjukkan sokongan dan dokongan di FB page  https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya
—————————————————————————————————-

Kenyataan Media Bersama SHURA dan MAPIM
10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah .

Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia di kalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM
————————————————————————————————–

rohingya 1 dihina Thailand1 Ummah yang dilupakan.....

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand.
Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat Islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Rohingya refugees map 1 238x300 Ummah yang dilupakan.....Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

 Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Boat people1 300x225 Ummah yang dilupakan.....

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

pelarian rohingya di acheh Ummah yang dilupakan.....

Pelarian Rohingya di Acheh.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Kenapakah kami dilupakan ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

  1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
  2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
  3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
  4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
  5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
  6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

nasib baik Ummah yang dilupakan.....

Keceriaan mereka, kegembiraan kita….

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”

Hadith riwayat Muslim.

~petikan dari:  zainurrasyid.com

38 Comments

Filed under Agama dan Islam, Negara Islam, Politik, Umum

38 responses to “Pembunuhan Etnik Muslim Rohingya di Myanmar.

  1. razif

    cadangan yang ada sekarang??asean…syor pergi ziarah myanmar

  2. mutiara

    allah lindungilh saudaraku…

  3. Roslee

    Negara2 Islam wajib hantar tentera dan berjihad untuk menyelamatkan orang islam di Myanmar.Jangan harapkan bantuan UN dan Amerika.

  4. saufi

    harap semua negara islam lebih perihatin… orang islam itu bersaudara

  5. cool and care

    Semuga Allah kuatkan iman mangsa kezaliman dan ampun dosa saudara muslim ku yang syahid. Allahhuakbar!

  6. kerajaan malaysia patut pandang serius perkara ni. pihak atasan perlu buat sesuatu jangan duk berdiam diri. kita hanyalah boleh berdoa and let others know too.

  7. mann

    isu yang wajib titangani segera oleh umat-umat Islam terutamanya yang mempunyai kuasa untuk bersuara diperingkat antarabangsa.

  8. mansor

    Bersempena bulan ramadhan yang mulia ni, saudara/saudari boleh menyumbang kepada Akaun SEKRETARIAT HIMPUNAN ULAMA RANTAU ASIA (SHURA) BIMB 12047010-03-7282 yang telah mengujudkan Tabung Bantuan Mustadh’afin Rohingya .

  9. miejang15

    Bantu mereka secepat yg mungkin…mereka saudara kt ingat pesanan dr hadis Nabi s.a.w. …sama2 kt selamatkan umat Muhammad dan perangi kekejaman!

  10. Please lah government Malaysia,buat sesuatu!!they really need our support,kesian tau tengok orang rohingya mai sini sana jual barang lusuh untuk cari duit..nak tolong boleh tapi orang lain pun tolonglah bantu skali…Insya Allah if we help them Allah will help us too and also reward us..PLEASE DO SOMETHING!!

  11. qye

    mintak izin share boleh

  12. gago

    seru bantulah

  13. zana

    Umat Islam di seluruh dunia berilah bantuan kepada pelarian Rohingya dengan apa cara sekalipun…Jangan biarkan saudara Islam kita menderita di bumi Allah…kasihanilah mereka…

  14. Semoga umat islam seluruh dunia khususnya membuka mata,bertindak dan mengambil langkah yang padu bagi membantu etnik rohingya yang majoritinya islam dengan apa cara sekalipun daripada berlarutan dicengkam oleh kuasa junta yang kejam dan melanggar hak asasi kemanusiaan keseluruhannya kerana mereka juga berhak hidup di bumi ini dan menikmati kehidupan seperti manusia yang lain.Diharap Malaysia antara negara yang prihatin, berperikemanusiaan dan mempunyai hati yg luhur dapat menghulurkan bantuan ke atas umat seaqidah/seagama ini.
    Sedih dan sayu melihat kekejaman dan penindasan yang dilakukan berabad lamanya terhadap etnik ini sama spt penindasan ke atas rakyat palestin yang tiada kesudahan.Semoga umat Rohingya islam khususnya dan rohingya beragama lain amnya tabah dan sabar dalam menghadapi kemelut dan ujian kehidupan ini.Didoakan agar terbit sinar kebebasan,kemerdekaan,kehidupan yang lebih baik suatu hari nanti.Amin,,

  15. chiko

    Hati ini menangis melihat penderitaan saudara kita disana.. Ya Allah lindungilah mereka.. Allahu Akbar….

  16. hns

    insyaallah akan ada bantuan dari segala cabang,..pokoknya, semua harus buka mata ttg isu ni.

  17. ketupat

    ahli2 ASEAN telah menandatangani perjanjian untuk tidak campur tangan untuk setiap hal ehwal negara masing.. itu yang menjadi masalh sebenarnya..

  18. ezlynarisha@gmail.com

    seruan keatas seluruh negara Islam sedunia agar bersatu dan bersama sama memikirkan cara bagaimana mengatasi gejala ini selain menghulurkan bantuan dan sebagainya. Negara Islam mahu pun tentera Islam suatu ketika dahulu amat digeruni dan disanjungi tetapi kenapa sekarang tidak lagi . adakah hanya kerana pengaruh media dan hiburan dari Barat yang telah melemahkan dan melalaikan Iman umat Islam sedunia? . oleh itu segera lah kita umat Nabi MUhammad saw ,sedarlah lah jika tidak kita menyayanyi dan mengasihi sedara ISLAM kita sendiri siapa lagi…Fikirkan lah sedalam dalamnya wahai saudara ISLAM semua.

  19. HAMBA ALLAH

    ALLAHHUAKBAR!!! MASA SUCI ALLAH YANG MENTADBIR ALAM SEMESTA.. RINGANKANLAH YA ALLAH UJIAN DARI MU KEPADA UMAT ISLAM DISANA YA ALLAH….

  20. im

    Ya Allah…bantulah saudara2 seagama dgn kami….

  21. wan,bob,muaz

    kerajaan malaysia patut putuskan hubungan diplomatic dgan kerajaan myanmar yang berlaku zalim keatas umat islam

  22. lago

    Berikn kkuatan kpd saudara se’islam kmi,sgt kejam jgak puak rakhine buddha d sna,hnya krna drogol jak trus kucar kcir stu negara,hkum yg brsala saja,knpa libatkn mereka yg x brsala,mmang kamu laknat,dan smmang’y bngsa dan pnganut agama kmu x akn dpt msuk ke syurga,allah maha mgetahui,:@

  23. budak kecik

    kenapa tiada masuk dalam berita?

  24. cempaka biru

    bangkitlah wahai umat islam,tentanglah keganasan terhadap umat islam rohingya…kenapa biarkan mereka menderita begitu lama

  25. salam…kalo takat meminta kerajaan yg tampak Islam tetapitiada ISLAM..tiada bergna..lebih bek kita kumulkan sukarelawan….adakah saudara2 rasa masalah ni blh terselesai dgn PBB dan macam2 ag???tgkcontoh palestine…syria..xde pape pun yg dibuat… dari pada seorg jadi dua…kalo mereka dihalau dr rohingya, kita yg kna pg rohingya sbagai bntuan, bukan hnya mendesak mereka yg kuat tetapi tiada iman,,, 0196565983(adlu)

  26. Eiza

    kalaulah saya seorang bilionair, nak je beli pulau yang aman utk mereka tinggal dan berteduh… kesian sangat2… kita kat sini punyalah seronok sambut raya tapi mereka…??? kesian…Moga Allah melindungi mereka… sabarlah sahabatku… di’sini’ kita terseksa.. InsyaAllah disana kita akan dilindungi…

  27. Sarpo

    Saya Serukan kepada kaum muslim yang punya kuasa, agar membantu saudara² kita umat Islam Rohingya, Palestina dan lain lain di muka bumi ini…Bantulah mereka…

  28. norhafiszal

    kejam betul mereka..sy sbg seorg islam terse penghinaan nie..umat islam disembelh dorogol beramai ramai..ini satu penghinaan kpd seluruh umat islam..

  29. Dicadangkan Malaysia mengambil mereka sebagai rakyat kita, saudara kita, hantar balik pekerja-pekerja tanpa izin atau dengan izin, biarkan mereka yang berwarganegara itu tinggal dan majukan negara mereka sendri, kita majukan negara kita bersama-sama saudara baru yang tiada taraf warga negara ini, Mudah-mudahan hati pemimpin-pemimpin kita terbuka..Amin….mereka jua manusia, bayangkan kita di tempat mereka…adakah kita benar-benar Islam, dapat kah kita bayangkan perasaan Nabi Muhammad SAW bila dapat tahu kita membiarkan saudara seagama kita sebegitu…

  30. apakah rohingya yg disebut panji hitam.. mohon jlskan bagi yang tahu?

  31. saya senang melihat senyumu wahai saudaraku.. rohingya

  32. IMAM MAHDI

    AYO BUMI HANGUSKAN DATARAN MYANMAR,,, SEBAGAI BALASAN ATAS KAUM MUSLIM YANG DI ZOLIMIN.

  33. sabarlah wahai saudaraku umat islam rohingya insyallah tahun 2015 kemenangan di pihak saudara…kami dimalaysia mendoakan semuga saudaraku dapat kekuatan untuk mengalahkan musuh islam amin

  34. nuss

    Negara2 Islam saya umpamakan berat sebelah….mengambil tindakan drastik terhadap Isreal namun membisu apabila pemerintah Myanmar membunuh rakyat Islam Rohingya…

  35. Asya

    ingatlah !
    negara2 n bangsa di seluruh dunia bahwa muslim itu sesungguhnya bersaudara !

  36. nhazul

    memang betulah dunia sudah semakin dekat dengan pengakhirannya..peperangan berleluasa,umat islam ditindas,gempa bumi di merata tempat..kita hnya boleh membantu orang yg seagama dgn kita setakat kita mampu dan selebihnya brserah dgn kekuasaan Allah S.W.T.

  37. Merong Maha Wangsa Team

    Salam …
    Maaf jka cadangan ana ini skar di terima..tp pcyalah jka kta smua ikhlas n islam sejati smuanya akan dpat di laksanakan..ana syorkan semua negara2 Islam yg mgaggotai OIC dsb,nya khususnya negara2 dari Timur Tengah spt Arab Saudi n swaktu dgnnya yg tlah mlimpah ruah kemewahannya hsil dri “emas hitam” (minyak) mnyumbang kpda “dana”
    tk wjudkan sebuah penempatan baru kpd sdara Rihingya kta ini…antara idea yg blh di praktikkan cth nya mewujudkan ‘pulau buatan” yg ckuplah di sediakan hnya kemudahan asas dlu spt bklan tenaga,air bersih,rumah,perubatan,pendidikan dll.jka mengmbil kra cntoh pulau buatan yg sdiaada mmg lah berbilion2 mna tdaknya jka trmasuk resort,hotel berbintang2,aprtment,disko,pub,kasino n klengkapan mewah yg lain.
    Antara lokasi cdangan di sekitar negara2 Asean (trutama negara Islam)@perairan antarabgsa@mna-mana lokasi yg di fikirkan ssuai.Penempatan baru ini pd prgkat prmulaan blh di letakkan di bwah pngwasan PBB n mgkin di iktiraf sbg sbuah negara kecil suatu msa nnti..
    Wlau di tkdirkan pnempatan baru mereka tdak di iktiraf sbg sbuah negara smpai bla2 pn..cba anda byg kn btapa mereka amat brsyukur mnadah tangan kpd Allah akn “nikmat’ keamanan yg mrka dpt kcapi drpda trus mnghuni “neraka” di negara kafir Budha slama ini.
    Jka di congak brapa lah sgt kos utk mmbina “penempatan” baru itu andai smua ngara OIC dll. spakat mnderma dmi mnyelesaikan “derita” sdra seagama ini.Penggerak utama@negara yg ana nmpak ckup sinonim dgn keamanan sjgat ini tdak lain n tdak bkan adalah Mlaysia yg mmg tlh trbkti n suaranya bgtu lntang dlm mmprjuangkan isu2 Islam sjgat spt Palestin,Syria dll.Jka x d pcahkan ruyung mnakn dpat sagunya.Pcyalah suatu ktka nnti Rohingya akn tgal nma shja jka ssuatu tindakan yg drastik x d lakukan.
    jagan brterusan mmberi mreka “ikan” sblkinya ajrlah mreka mngkap ikan dgn pncing,pukat,jala dsb.nya.itulah yg sebaiknya..Insylah jka di amati dri segi fizikal serta jiwa mreka,mreka adalh dri klompok insan yg sdah “tegar” dgn kesusahan hdup.Bak kata pepatah “buang” sja d mna mreka smda di laut,sungai,gunung,belantara insylah mreka memiliki thap “survival” yg tggi tk trus hdup..
    Ayuh sdra seagamaku..bersama mnggorak lgkah bntulah insan2 sesyahadah dgn mu…Takbir……Allahuakbar 3x!!!
    P/S: jka anda sklian ada sbrg cdngan yg ikhlas kearah mmmbantu strusnya merealisasikan cadangan ana ini blh emelkn kpd; lavender.bizz@gmail.com / lagoon.biz@gmail.com ( Sheikh Zack)

  38. mohd

    Biar btul tak kan tak ada langsung negara islam lain tolong..islam ape bnda kalau mcm tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s