Foto Pembesar dan Panglima Melayu Benua Siam Kedah.

PEMBESAR DAN PANGLIMA MELAYU BENUA SIAM KEDAH
Kemungkinan pembesar yang bersongkok hitam dan duduk no 4 dari kananadalah Almarhum Sultan Syed Long Jaafar Mad’Azam Shah ibni Sultan Syed Alang Alauddin yang mangkat syahid di Gerun Kedah pada 23 hb. Mac 1876 bersamaan 1296 Hijrah. (Perhatikan cara duduk dan cara letak tangan). Tidak mustahil didalam gambar ini ada juga terselit muka pengkhianat agama, bangsa dan tanahair.
Gambar ini dirakamkan di seberang Perai pada 1870an oleh jurugambar dari syarikat Sachtler & Feilberg dari Beach Street, Pulau Pinang. ( syarikat ini ditubuh pada 1862) dibawah gambar ini ditulis seperti berikut:

The photographer of the Malay Penghulus(Chiefs) and their headmen dating from 1870s or 80s is unknown ,but probably the well dressed sitters are obviously men of importance. (foto/artikel:Nazrin Abdullah)
 

MAK CHE SEPIAH
NAI SOFIAH@ CHE SOFIAH BINTI CHE ABDULLAH
Diputerikan : 1873 (?)Masihi bersamaan 1291 Hijrah
Mangkat : 11-8-1948 Masihi bersamaan 17-10-1367 Hijrah
Almarhum Nai Sofiah adalah bonda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Badlishah dan Almarhum Tunku Mohammad – Raja Muda Kedah 1934-1935.
Almarhum juga adalah nenda kepada Paduka Seri Sultan Abd Halim.

INILAH WAJAH TOK NEK KITA ORANG MELAYU

Maka oleh itu datanglah pesan berkias pada ‘ahlinya’
PUSAKA DAN WARISAN TANAH AIR INI
….
Jika bersahut, maka bersambut!

* Pada zaman itu selain mesra alam dan untuk kesihatan (akupunture), sebenarnya teknik Kaki Ayam orang Melayu melangkaui zaman dan telah dibuat kajian oleh pihak barat. (baca sini)

2 Comments

Filed under Sejarah

Apa Itu Perubatan Homeopati. (Bahagian 1)

Homeopati pertama kali dicadangkan pada tahun 1796 oleh ahli fizik German, Samuel Hahnemann.

Hahnemann dipengaruhi oleh ahli fizik Switzerland, Paracelsus, yang hidup pada kurun ke-16. Seperti kebanyakan golongan terpelajar dari era tersebut, Paracelsus benar-benar seorang Renaissance, seorang lelaki yang berkecimpung baik dalam sains dan metafizik: dia adalah seorang doktor, ahli botani, alkemis, astrologi dan okultis.

Paracelsus

Menariknya, Paracelsus adalah seorang astrologis, seperti juga ali fizik yang lain pada saat itu di Eropah. Dan sebagai seorang saintis, Paracelsus merintis penggunaan bahan kimia dan mineral dalam perubatan.

Kerana karyanya dengan bahan kimia dan mineral, Paracelsus dianggap sebagai pelopor farmakologi. Keyakinannya bahawa dos kecil dari “apa yang membuat seseorang sakit juga akan menyembuhkan dia,” telah menjadi homeopati dan mempengaruhi Samuel Hahnemann.

Hahnemann lahir pada tahun 1755 dan meninggal pada tahun 1843. Dia adalah seorang doktor, tapi telah kecewa dengan ubat-ubatan, dan pada 1784 meninggalkan amalan perubatan. Ia mendakwa bahawa ubat pada zamannya lebih banyak membawa mudharat dari kebaikan, dan berkata:

Saya rasa alasan tugas tidak membenarkan saya untuk mengubati keadaan saudara-saudara saya yang menderita dengan ubat-ubat yang tidak diketahui. Saya fikir menjadi pembunuh dengan cara ini atau penjenayah terhadap kehidupan sesama manusia yang paling mengerikan bagi saya, begitu mengerikan dan mengganggu saya sepenuhnya hingga saya meninggalkan perubatan setelah berkahwin dan menumpukan kerja hanya kepada kimia dan menulis. “

Samuel Hahnemann

Setelah meninggalkan perubatan di sekitar 1784, Hahnemann mencari nafkah sebagai penulis dan penterjemah, sambil mencuba untuk menyiasat punca kesalahan ubat-ubatan.

Ketika menterjemah sebuah risalah William Cullen, A Treatise on the Materia Medica, Hahnemann menemui dakwaan bahawa cinchona, kulit pohon Peru, adalah berkesan dalam mengubati malaria kerana zat astrinnya.

Hahnemann percaya bahawa zat-zat lain tidak berkesan terhadap malaria dan mula mengkaji kesan cinchona pada tubuh manusia dengan dirinya sendiri. Setelah mendapati gejala malaria dalam dirinya sendiri, dia menyimpulkan bahawa hal itu akan terjadi kepada setiap individu sihat – lalu dia menggunakan teori Parcelsus bahawa dalam dos kecil “apa yang membuat seorang sakit juga akan menyembuhkan dia.”

Lalu dia menyatakan prinsip penyembuhan: “Apa yang dapat menghasilkan siri gejala pada orang sihat, boleh mengubati individu yang sakit dari siri gejala-gejala yang sama

Prinsip sama menyembuhkan yang sama (like cures like), menjadi dasar bagi pendekatan untuk ubat yang diberi nama homeopati. Dia pertama kali menggunakan perkataan homeopati dalam eseinya Indications of the Homeopathic Employment of Medicines in Ordinary Practice, diterbitkan dalam Hufeland’s Journal pada tahun 1807.

Walaupun istilah homeopati digunakan setelah 1807, Hahnemann telah mula mengamalkan teknik baru ini segera sebaik sahaja dia menjumpainya, dan pada 1792, dia telah menarik minat para doktor lain. Hebahan awam secara rasmi merupakan sebuah rencana yang diterbitkan tentang pendekatan homeopati dalam jurnal perubatan Bahasa Jerman pada tahun 1796.

bersambung…

1 Comment

Filed under Kesihatan

Asal Nama dan Lambang Kedah.

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah.
Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini;

 

Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka, padahal Melaka itu ialah Semenanjung ( Semenanjung Melaka).

Dan selepas itu Paduka Serisultan ini telah membuat mata wangnya sendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi). Semua ini dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light, yang pada masa itu selalu membuat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan Kedah Tua. Sehingga mereka dapat mengesan yang Kota Star pada masa itu dibawah jagaan Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwaz.

 

Beliau berjaya menghasut Paduka Seri Sultan ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Maharaja Melayu di Nusantara. Beliau telah mengajar dan memberi nasihat sehingga Paduka Seri Sultan ini sayang kepadanya dan terpesona dengan janji-janji musuh Allah ini untuk menjadi Sultan kepada kerajaan Kedah Tua.

Dalam manuskrip dibawah ini tercatit dengan terang Negeri Kedah (Watikah) dan pada tahun 1920 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid, Kedah ketika itu di bawah pengaruh British, Kedah telah mencipta benderanya sendiri. Ini tercatit di dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28hb. November hingga 2hb. Disember 1981.

 

 

Manuskrip lama jelas terpampang Paduka Serisultan Mohammad Jiwaz Bin al-Adilin dan perkataan Kedah dengan Ha Bulat yang ditanda dengan warna kuning

Susah payah pihak musuh-musuh Allah menghapus dan melupus semua kesan-kesan ketamadunan empayar kerajaan Kedah Tua tiba-tiba dengan takdir Allah penipuan British ini semakin ketara apabila pada tahun 1982 seorang penduduk kampung di Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi telah menemui beratus-ratus keping wang syiling keluaran Kedah.
Penemuan ini dianggap menarik kerana bukan hanya sekeping dua ditemui malah dalam sebuah botol yang dibuat daripada tanah dalam keadaaan yang masih baik. Di ruang wang syiling itu yang dibuat daripada perak campuran tembaga dengan terang-terang menulis negeri Kedah dan dipermukaan belakangnya tercatat nama Muhammad Shah.
Wang syiling itu agak kekuning-kuningan dan berukuran 15 mm dan berat puratanya ialah 1.9 gram, ini menunjukkan ejaan Kedah adalah berlainan dengan ejaan pada hari ini. Jika Kedah hanya sebuah negeri ia tidak boleh mencetak duit sesuka hati dan memerlukan izin daripada pemerintah negaranya dahulu. Hanya sebuah negara yang besar sahaja boleh disegi undang-undang mencetak matawangnya sendiri.

Terang lagi bersuluh, jelas terpahat di wang syiling purba ini kalimah al-Sultan al-Kedah dengan Ha bulat

Lambang negeri Kedah juga telah ditukar daripada bunga teratai kepada perisai tentera salib yang dicatat di dalamnya dengan perkataan Negeri Kedah. Ini satu pembohongan yang besar di abad ini padahal Kedah bukanlah sebuah negeri malah negara dan empayar yang berdaulat yang melindungi dan memayungi agama Islam dikawasan Nusantara.
Perisai yang berwarna kuning itu merupakan simbol-simbol yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah contohnya kerajan Sepanyol, Portugis, Britain dan lain-lain. Sebab itulah kita lihat tidak ada lambang Kedah baru di gerbang pintu masuk Masjid Zahir dan di Masjid Zahir sendiri malah di Mahkamah Syariah Lama (belakang Masjid Zahir) sebelum tahun 1920.
Malah diletak lambang Zionis dengan bintang “David Star” dibangunan-bangunan ini tujuannya untuk menghina orang-orang Islam. Arkitek masjid dan mahkamah syariah ini pula ialah seorang berbangsa Inggeris manakala tukang-tukangnya diimport dari India yang juga pada masa itu dibawah takluk jajahannya.

Lambang-lambang teratai di kota-kota Nusantara habis dibuang dan dikikis oleh kerajaan British dan tentera-tentera Thai. Yang ada sekarang ialah kota-kota yang terlepas pandang dan belum dibuang oleh musuh-musuh Allah ini, antaranya ialah Kota Senjaya, Kota Kuala Muda dan lain-lain. Teratai dalam bahasa Melayu Siam ialah Tera : tempat duduk, Tai : tempat mati, maksudnya ialah bumi tempat kita duduk ini ialah tempat kita akan mati.
Jika tuan-tuan dan puan-puan pernah pergi ke Madinah tuan/puan akan dapati lambang bunga teratai bukan sahaja ada dibangunan Balai Nobat Kedah malah ada juga disana iaitu di atas Mihrab Imam dan di Mimbar Khutbah Jumaat di dalam Raudhah Masjid Nabawi di Madinah, Saudi Arabia. Yang mana sebelum ini kita ditipu oleh musuh-musuh Allah yang lambang ini hanya layak untuk wat-wat Siam-Thai padahal Nabi Muhammad S.A.W pernah menceritakan yang arash Allah S.W.T terletak di atas air yang luas seperti lautan yang mana mafhum hadis ini memberitahu atas air itu penuh dengan bunga-bunga teratai.

 


Perdana Menteri Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz Bin al-Adilin dan lanun-lanunnya sering membuat hubungan dengan Francis Light di Hujung Sanglang @ Junk Ceylon (Pulau Puket). Mereka sering mengambil nasihat dan berbalas-balas hadiah dan barang dagangan dengan musuh Allah ini. Ini semua diluar pengetahuan Sultan Syarif Syah yang sibuk ketika itu berperang dengan penjajah kerajaan Sukuthai. Dan tidak pelik mereka mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Thailand yang sentiasa bersiap sedia untuk menghancurkan Maharaja Melayu Sultan Syarif Shah yang telah tewas ditangan Kerajaan Sukho Thai di Ayuthia.

Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz juga memberi kata manja kepada Francis Light dengan gelaran adinda dan memasukkan nama Francis Light sebagai kaum kerabatnya. Maka tidak peliklah jika dengan mudah Pulau Pinang terlepas ke tangan musuh Allah ini dari kekuasaan Sultan Sharif Abu Bakar Syah Raja Kedah Merong Maha Wangsa.

 

 

Gambar bendera Britian yang membayangi Bangkok melambangkan segala kerjabuat kerajaan Thailand sentiasa dibayangi oleh orang-orang British

Setelah Kedah kalah teruk dalam Musuh Bisik 1821M, kerajaan British telah menyerahkan lambang teratai kepada penganut-penganut agama Buddha di Thailand dan meletakkan lambang bunga teratai di pintu-pintu masuk wat Siam-Thai. Raja Chulalongkorn pula telah membuat perayaan “Loi Kratong” dengan mengatakan kononnya perayaan ini memberi keberkatan dan panjang umur kepada sesiapa yang menghanyutkan bunga teratai yang dihias indah dengan meletakkan lilin di atas bunga teratai dan dihanyutkan oleh aliran sungai. Sambil menyanyi-menyanyi lagu “Loi Kratong” mereka sebenarnya menghanyutkan kerajaan Kedah Tua dan ertikata sebenarnya mereka menghalau lampu hidayat (lilin) serta kerajaan Islam agar jauh dari alam ini. Elok jugalah lagu perayaan mereka ini ditukar kepada lirik “Ma, Ma Kratong” yang bermaksud “Marilah, Marilah kerajaan Teratai (Kedah Tua)”.

Sesungguhnya kejayaan British berpengkalan di Culcutta untuk memperkasakan kerajaan Buddha Thai dan memperkasakan para pemberontak selepas kematian Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz iaitu Abdullah Mukarram serta Ahmad Tajuddin berbaloi. Ini kerana selepas musnahnya kerajaan Kedah Tua mereka berjaya mengatur lanskap sejarah dan budaya di Nusantara malah di Indo-China.

sumber: Megat al-Jefri

 

1 Comment

Filed under Rahsia, Sejarah

Perjanjian Kedah dan Pulau Pinang, 1791M 1205H.

Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: ITNM

Pada 16 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya: Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut:

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.

(Tandatangan)
F. LIGHT

Leave a comment

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

Melayu Raya: Projek New Kolonial Tunku Abdul Rahman.

Dalam perundingan London untuk kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah menerima syarat penjajah British untuk meneruskan perang penjajah British melawan Tentera Pembebasan Nasional untuk kemerdekaan Malaya yang dilancarkan PKM serta terus menerus menekan gerakan kiri dengan Undang-Undang Darurat yang dikuat kuasakan British.

Selain itu, Tunku juga telah menerima syarat penjajah British dalam berbagai bidang, politik, ekonomi, ketenteraan, kebudayaan dan lain-lain. Jelaslah Tunku telah menyimpang dari kemerdekaan yang sebenarnya.

Ibrahim Fikri dan Saadon Zubir yang asalnya berjuang untuk kemerdekaan dari politik haluan kiri juga menerima pandangan Tunku Abdul Rahman tersebut dan ikut serta dalam perundingan London. Sebab itulah, walaupun sudah mencapai kemerdekaan, tapi perang melawan penjajah British tidak dapat ditamatkan, Undang-undang Darurat terus berkuat kuasa.

Pada tahun 1961, akta tersebut diganti pula dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenali sebagai akta zalim oleh berbagai kalangan politik dalam negeri dan antarabangsa.

Selepas merdeka, 400,000 lebih tentera British terus menetap di Malaya. Dari angka ini termasuklah 77,000 polis dan pasukan tentera, termasuk tentera simpanan berjumlah 320,000 orang. Angka ini amat besar jika di banding dengan penduduk Malaya ketika itu yang hanya berjumlah 5 juta jiwa.

Hasil persekongkolannya dengan penjajah British, pada tahun 1960 Tunku merancang sebuah projek new kolonialis dengan nama Melayu Raya. Rancangan ini diumumkan pada tahun 1961. Projek new kolonial ini merangkumi Semenanjung Malaya, Singapura, Sumatera, Sabah, Sarawak, Brunei di Kalimantan, Solo di Filipina dan Pattani di Selatan Thai.

Dengan ini, Tunku cuba mengubah Perjanjian Legor atau Perjanjian Inggeris – Siam tahun 1909 yang menetapkan kawasan sempadan Malaysia – Thai yang ada pada sekarang ini. Selain itu Tunku juga mengambil cara pentadbiran Jepun yang mencantumkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sumatera, Solo, Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam projek Melayu Raya.

Akan tetapi rancangan ini ditentang oleh Soekarno di Indonesia dan Makapagal di Filipina. Soekarno kemukakan polisi “Ganyang Malaysia“. Dengan itu keadaan menjadi gawat.

Golongan nasionalis Malaya di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam. Mereka mempunyai konsep nasionalisme yang luas berasaskan penyatuan rumpun Melayu berpendirian menyokong Soekarno. Pada masa KMM, golongan nasionalis Melayu yang berpandangan jauh melihat konsep kemerdekaan Malaya di bawah Indonesia Raya demi mempersatukan seluruh rumpun Melayu. Dasar ini diteruskan oleh PKMM.

Boestamam ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat penjajah pada tahun 1948. Setelah dibebaskan beliau menubuhkan Partai Rakyat Malaya untuk meneruskan perjuangan nasionalis Melayu.

Dr. Burhanuddin ditangkap kerana tuduhan memimpin perjuangan orang Melayu Singapura menentang penjajah British dalam kes Natrah. Setelah keluar penjara beliau memimpin PAS. PAS dan Partai Rakyat bergerak bersama di atas prinsip nasionalis, sosialis dan agama.

Di atas dasar penyatuan seluruh rumpun Melayu, Partai Rakyat mempunyai cawangannya di Singapura, Brunei dan Selatan Thai iaitu Singapura diwakili oleh Harun Mohd. Amin, Brunei diwakili oleh M. Azahari dan Selatan Thai atau Pattani diwakili oleh Mohd. Amin.

Rancangan Boestamam ini berlainan sama sekali sifatnya dengan projek Melayu Raya Tunku Abdul Rahman. Boestamam berpegang pada prinsip penyatuan rumpun Melayu yang benar-benar merdeka dari pengaruh penjajah. Akan tetapi Tunku mahu meletakkan negeri-negeri Melayu tersebut di bawah pentadbiran new kolonial British.

Kerana mendapat tentangan yang hebat, Tunku akhirnya menarik balik rancangan Melayu Raya. Soekarno dan Tunku mengadakan perundingan dalam masa lama di Jepun.

Pada tahun 1961, Tunku kemukakan projek Malaysia yang merangkumi negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei. Akan tetapi kemudiannya Brunei menarik diri dari Malaysia dan diikuti pula oleh Singapura. Dengan itu kekallah Malaysia yang merangkumi 12 buah negeri seperti yang ada sekarang ini.

 

Nota: Catatan di atas adalah tulisan Abdullah C.D. yang dimuatkan dalam PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga.

sumber: Kini dan Silam

 

2 Comments

Filed under Politik, Sejarah

Sejarah Legeh, Pattani, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka.
Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.
Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
———————————————————-
———————————————————-
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato’ Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani.
Dato’ Nang Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah.
Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.
————————————————————————
———————————————————————–
Queen Elizebeth II bersama suaminya
———————————————————————
——————————————————————–
Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato’ Nai Riam dan suaminya Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja baru negeri Kelantan Darul Naim.
Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka (Thai dan British) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja siam-thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.

—————————————————————-

Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibelah dua. Seperti peristiwa Germany telah dibelah dua, begitulah juga Kedah kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani baru.
Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran di dalam negeri baru itu terletak di bawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.

Di sebelah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai.
Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti sultan-sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah yang palsu untuk menunjukkan kepada sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja dahulukala.
———————————————————————
——————————————————————–
———————————————————————-
———————————————————————-
Begitu jugalah dengan negeri di bawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran kerajaan Legeh yang berpusat Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga keturunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman.
Padahal Terengganu dan Kelantan ialah kerajaan Pattani. Manakala Pattani Darus Salam pula ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara Long Senik Mulut Merah dan Tengku Besar lanun Kampung Laut.
Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.

————————————————————-

Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor.

Beliau telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim.

Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.

Arca Rukun Negara di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Star. Yang mengandungi simbol topi kerajaan kafir British Empire.

—————————————————————

Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.

Lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini.

Mungkin jika diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.

Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau telah menghancurkan kerajaan Rom ini pada usia 21 tahun.

Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera“.

Sultan Muhammad al-Fatih (1432-46M) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba’al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Sultan Muhammad al-Fatih adalah Raja yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Dicatat oleh Megat al-Jefri

6 Comments

Filed under Rahsia, Sejarah

Bagaimana Bank Mencipta Wang?

Debt Slave

 

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.

Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.



Peringkat 1: Wang permulaan “$0″

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?



Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

 

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?

Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.

Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.

Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.



Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara

Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.

Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagai rizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?

Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin

Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.

Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”

Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.

Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin

Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.

Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.

Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.

Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?

Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?


Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasional kerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?

Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?

Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang RM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billion dengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?

…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…

11 Comments

Filed under Ekonomi, Rahsia