Monthly Archives: July 2009

Living Without Money

Before our white brothers came to civilize us we had no jails. Therefore we had no criminals. You can’t have criminals without a jail. We had no locks or keys, and so we had no thieves. If a man was so poor that he had no horse, tipi or blanket, someone gave him these things. We were too uncivilized to set much value on personal belongings. We wanted to have things only in order to give them away. We had no money, and therefore a man’s worth couldn’t be measured by it. We had no written law, no attorney or politicians, therefore we couldn’t cheat. We were in a really bad way before the white man came, and I don’t know how we managed to get along without the basic things which, we are told, are absolutely necessary to make a civilized society.

Lakota Sage Lame Deer (from John Lame Deer, Seeker of Visions)

You can’t get rich if you treat your relatives right.

You can’t get rich without cheating people.

Cheating people is the wrong way.

That way gets you into trouble.

Men should be honest to get along.

Anonymous Navajo Leader (p. 32, The Book of the Navajo, RF Locke, 2001)

Only when the last tree has died,
the last river has been poisoned

and the last fish has been caught,
will we realize that we can’t eat money.

Cree proverb

Leave a comment

Filed under Ekonomi

Patani

Leave a comment

Filed under Politik

SEBUAH NEGARA ZIONIS

Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.

British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.

Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.

Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.

Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AJENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.

Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara. Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan.

Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun.

Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis. Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.

Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa. Mukhabarat – polis rashia – mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.

Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.

Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain. Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.

Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.

Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan – semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.

Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.

Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.

Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.

Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.

Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.

Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain. Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.

Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.

Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat. Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.

( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.

Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah. Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan.

Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Menteri Luar Malaysia baru sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.

Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmukadis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.

Jangan terlupa Bilik Rashia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)

Jangan hanya menyokong yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya. (TT)

2 Comments

Filed under Politik

Memali

Leave a comment

Filed under Sejarah

Sebuah Dokumentari Yang Harus Ditonton oleh Ahli Gerakan Islam


DEMOKRASI. Kebebasan. Hak asasi. Inilah yang dijual oleh Amerika Syarikat kepada dunia. Untuk tujuan itu, Amerika Syarikat akan turut mendanai kumpulan tertentu di negara yang disasarkan. Apabila negara tersebut jatuh ke tangan Amerika Syarikat, segala kemewahan akan disedut oleh sang kapitalis, dan yang mendapat keuntungan serta kelebihan ialah masyarakat kelas atasan, golongan kaya dan hartawan.

Untuk menjadikan kes ini jelas, John Pilger seorang jurnalis, pengarang dan pembikin flem dokumentari (55 dokumentari pelbagai tema khususnya politik ) mengarahkan sebuah filem yang dapat membuka mata kita terhadap modus operandi Amerika Syarikat, dengan menjadikan Venezuela dan Hugo Chavez sebagai kes yang dikupas. Filem tersebut berjudul The War on Democracy yang pernah menimbulkan kehebohan di Pesta Filem Cannes tahun 2007.

Sebagai sebuah dokumentari, aspek-aspek teknikal filem kurang diperhatikan oleh pengkritik filem. Persoalan yang diketengahkan yang akan menjadi perhatian dan kupasan. Untuk itu saya kira adalah lebih baik kita menyorot subjek yang diperkatakan John Pilger. Subjek yang dimaksudkan ialah bagaimana Amerika Syarikat bekerja untuk memporak perandakan sesebuah negara.

Hugo Chavez seperti yang kita maklumi adalah pemimpin Venezuela. Mengapa beliau menjadi pemimpin yang disenangi rakyat? Sebahagian besarnya ialah kerana polisinya untuk membela rakyat miskin, kelas bawahan dan rakyat di luar bandar. Dasar luar Chavez pula tidak pernah memberi muka kepada Amerika Syarikat, kuasa imperialis dunia. Kekayaan minyak Venezuela di tangan Chavez tertumpah kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Ini tentu tidak disenangi Washington. Perlahan-lahan Chavez dibenci oleh kelas atasan Venezuela, dan pelan menjatuhkannya mula dirancang di Miami, Rumah Putih dan kelab-kelab mewah di Caracas.

Media digunakan untuk menyebar kebencian dan dakyah palsu mengenai Chavez. Perlahan-lahan slogan anti Chavez meresap di televisyen swasta, dan akhbar-akhbar pro pembangkang (yang harus disemat dalam benak anda, mereka ini terbukti didanai golongan ‘berkepentingan’). Gerakan anti Chavez menjadi besar dan mendapat pengaruh. Kod warna diperkenalkan untuk menunjukkan solidariti mereka, konon, mereka bangkit untuk memastikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi Venezuela ditakhtakan kembali. Untuk berlaku adil, John Pilger selaku pengarah menemuramah kapitalis dan tycoon di Venezuela yang anti Chavez. Ternyata kebencian mereka terhadap Chavez ialah kerana peluang-peluang niaga mereka telah tertutup dan dasar Chavez memihak kepada kumpulan bawahan.

Pada 11 April 2002, gerakan pembangkang yang semakin kuat kerana sokongan media tertentu mengatur ‘rally’ untuk menunjukkan protes terhadap Chavez. Pada hari yang sama, kumpulan pro Chavez juga berarak. Jalan yang akan mereka lalui tidak sama. Begitulah perancangannya. Tetapi sesuatu telah berlaku. Terdapat ahli dari gerakan pembangkang yang tidak dikenali muncul, memandu ribuan manusia ke arah jalan yang sedang dilalui perarakan pro Chavez. Mereka bertembung. Dan tiba-tiba keadaan menjadi huru-hara. Penembak hendap dari atas bumbung menembak orang awam khusus dari kumpulan pembangkang. Ramai yang terbunuh, begitu juga yang cedera. Malam tersebut media swasta yang memang anti Chavez menunjukkan rakaman penyokong Chavez berdiri di atas jambatan, mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kumpulan pembangkang yang sedang berarak di jalan bawah. Footage itu dengan jelas memaparkan kumpulan pro Chavez sedang menembak ‘sesuatu’. Ia berguna untuk membakar lagi semangat rakyat bahawa Chavez memang bertanggungjawab terhadap pembunuhan dan kemelut rusuhan berdarah.

Malah malam itu juga, pihak atasan tentera ikut muncul di kaca televisyen mengesahkan Presiden Chavez adalah ‘pembunuh’ dan diktator. Mereka menuntut Chavez meletak jawatan. Tentera malah mengepung kediaman Chavez.

Adakah ia benar? Adakah penyokong Chavez benar-benar menembak gerombolan pembangkang? Siapakah penembak hendap di atas bumbung? Adakah mereka polis? Pihak berkuasa?

John Pilger berjaya mencungkil rahsia sebenarnya. Otto Neustald, koresponden CNN di Venezuela pada tahun 2002 dalam satu temubual mengakui beliau merakam kenyataan media komandan tentera Venezuela mengutuk Chavez ‘sebelum’ perarakan bermula. Malah, dalam kenyataan media tersebut, komandan tentera menyebut angka kematian dan kecederaan. Sedangkan rusuhan tersebut belum pun berlaku! Ini bermakna, terdapat episod yang memang dirancang. Dari situ Pilger terus mendalami sebab dan akibat yang menyebabkan rusuhan berdarah itu terjadi. Beliau berazam membongkar sumber asalnya.

Dalam huru-hara di istana Moraflores, Chavez kemudian diculik. Media swasta dan CNN segera melaporkan Chavez telah meletak jawatan. Dan seorang pemimpin baharu dilantik, seorang usahawan bernama Pedro Carmona. Propaganda media segera menghebahkan ‘cahaya baharu telah tiba di Venezuela’. Harus diingatkan Chavez tidak pernah meletak jawatan. Malah beliau diculik selama 48 jam. Pemimpin baharu Venezuela menggantung parlimen serta merta, kembali meletakkan dasar yang memihak kepada kumpulan atasan.

Seperti yang dijangkakan, Bush yang memerintah Amerika Syarikat waktu itu mengalu-alukan pertukaran ‘regim Chavez’. Rakaman pembunuhan yang dikatakan dilakukan oleh Chavez terhadap kumpulan pembangkang diulang-ulang oleh media antarabangsa. CNN, FOX, CBS dan BBC semuanya memanjangkan ‘berita’ yang sama. Kuasa Tuhan, Maria, isteri Chavez menelefon sebuah radio kiri di kawasan pedalaman dan menjelaskan, ‘Chavez tidak menandatangani surat perletakan jawatan. Tandatangan palsu telah diturunkan’. Kebenaran yang mengejutkan itu mendorong rakyat miskin, rakyat luar bandar dan kelas pekerja bangkit menyelamatkan Chavez. Mereka berarak ke Caracas dan menuntut Presiden Chavez dikembalikan. Tentera berpangkat rendah yang tidak sanggup lagi menipu, menyerbu istana Presiden, dan mengembalikan Chavez yang ditahan di sebuah tempat. Perancang yang merampas kuasa sebelumnya melarikan diri ke Miami.

Selapis demi selapis John Pilger membongkar kudeta yang sebenarnya dirancang oleh CIA. Bertahun-tahun Amerika Syarikat mengerahkan seluruh jentera yang ada khususnya media untuk menyediakan basis konspirasi dahsyat ini. Salah satu jentera di bawah CIA tersebut ialah NED. Apakah NED? NED ialah National Endowment for Democracy. NED berfungsi untuk menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak kepada Amerika Syarikat. Atau di negara yang Amerika Syarikat percaya tokoh buah hatinya akan lebih ‘berfungsi’. Di Venezuela, lebih dua juta dolar disalurkan kepada pembangkang untuk menjatuhkan Chavez.

Dokumentari ini sangat penting untuk ditonton. Kita akan memahami anatomi penipuan, helah, cara kerja Rumah Putih dalam menyediakan boneka Amerika di negara yang mereka sasarkan. Sejak 1945, menurut kajian Pilger, Amerika Syarikat telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah kerajaan yang demokratik supaya ia pro Washington.

Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau. Dan kita semua tahu betapa media selama bertahun-tahun menggambarkan Presiden Ahmadinejad sebagai fasis anti Zionis yang tidak cekap mengurus ekonomi.

Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir sepuluh tahun lalu dengan apa yang dilalui Ahmadinejad hari ini? Siapakah pembunuh sebenar Neda, remaja yang ditembak mati oleh penembak hendap dari atas bumbung di Tehran? CNN mendakwa Neda Agha Soltan dibunuh oleh Basiji (kumpulan para militari yang setia kepada Ayatullah Ali Khamanei). Tetapi tidak pernah ada pembuktian. Malah video pembunuhan Neda yang kini boleh dimuat turun dari you tube dan dihebahkan menerusi twitter di seluruh dunia kononnya menjadi ikon untuk menjatuhkan Imam Ali Khamenei. Apa yang tidak disedari (tetapi ditunjukkan oleh Pilger dalam dokumentari ini) ialah ketika kudeta terhadap Chavez berlaku, imej penyokong Chavez menembak anggota pembangkang sebenarnya adalah imej yang dimanipulasikan. Apa yang sebetulnya berlaku ialah penyokong Chavez di atas jambatan mengeluarkan pistol untuk mempertahankan diri mereka dari penembak hendap yang sama, yang menembak kumpulan pembangkang. Ini bermakna ada campurtangan misterius yang sengaja melaga-lagakan dua kumpulan yang bertembung tersebut.

NED, The National Endowment for Democracy adalah sebuah gerakan berbahaya yang dapat dikenalpasti menerusi promosi revolusi warna yang didanainya di Ukraine, Georgia, dan Serbia. Pekerja NED dilatih untuk menggunakan komunikasi moden (ya seperti twitter!) untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Selain menggunakan kod warna, NED menggunakan sepenuhnya media. Dan jika kita berwaspada kita akan dapat misalnya menekuni setiap kronologi rusuhan di Iran hari ini. Misalnya pada 23 Mei 2007, Brian Ross dan Richard Esposito melaporkan di saluran berita ABC: “The CIA has received secret presidential approval to mount a covert “black” operation to destabilize the Iranian government, current and former officials in the intelligence community tell ABC News.” Pada 27 Mei 2007 pula, akhbar London Telegraph melaporkan: “Mr. Bush has signed an official document endorsing CIA plans for a propaganda and disinformation campaign intended to destabilize, and eventually topple, the theocratic rule of the mullahs.” Hal ini semuanya didedahkan oleh Paul Craig Roberts, pembantu setiausaha kewangan di zaman Ronald Reagan (pengarang buku The Tyranny of Good Intentions) yang tulisannya tentang ini boleh ditemukan di banyak laman internet kiri.

Amerika Syarikat memang sering campur tangan dalam keputusan pilihanraya di bermacam negara. 7 Jun lalu, di Lubnan, Amerika, dengan kerjasama Arab Saudi telah mendanai parti pimpinan Saad Hariri untuk memastikan Hezbullah tidak menang di Lubnan dan berkuasa. Pun di sebalik usaha tersebut Harii hanya berupaya mendapat 68 buah kerusi parlimen, Hezbullah dan sekutunya mendapat 57 buah kerusi dengan tiga ahli parlimen bebas. Penyelewengan pilihanraya berlaku, tetapi Nasrallah tidak mengeluh. Mereka meneruskan perjuangan seperti biasa. Selepas ini langkah mereka akan lebih berhati-hati.

Di Malaysia, adakah NED beroperasi? Sudah tentu. Pendokong gerakan Islam mestilah berhati-hati dengan laporan media dan khabar angin menerusi internet misalnya, selain menjauhi sebarang gerakan yang obses dengan kod warna seperti kuning atau hitam. Pendokong gerakan Islam juga boleh menghindari dari terjebak dengan kejahatan Amerika Syarikat ini dengan mengenalpasti siapakah tokoh politik yang sentiasa lunak dan menjadi jurucakap untuk Amerika Syarikat. Cepat, dapatkan filem The War On Democracy dan tonton sendiri!

1 Comment

Filed under Politik

NED dan Campurtangan Asing Dalam Politik

National Endowment for Democracy (NED) mungkin kurang diperhatikan oleh penganalisis politik antarabangsa tempatan. 12 Jun lepas apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihanraya presiden untuk Republik Islam Iran (menewaskan pencabar terdekatnya Mir Hossein Mousavi), NED menjadi perhatian. Iran mendakwa rusuhan yang meletus di kota Tehran selepas kemenangan Mahmoud didalangi oleh kuasa luar, yang tentu sahaja dinafikan oleh media Barat. Akan tetapi apakah ada kemungkinan dakwaan Iran tersebut benar?

Tentu sahaja, Iran adalah salah sebuah negara yang sering diganggu kuasa Barat. Amerika Syarikat misalnya pernah menjatuhkan Perdana Menteri Iran Mohammed Mossadegh dalam tahun 1953, dan menegakkan rejim Shah Reza Pahlavi untuk menjadi boneka mereka di sana. Hal ini misalnya diakui oleh presiden AS sendiri baru-baru ini, Barack Obama menyebutkan di Kaherah (dalam “ucapan damainya” kepada dunia Islam), bahawa “di tengah Perang Dingin, Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Iran secara demokratik.’ (Lihat butiran Rumah Putih di di http://www.whitehouse.gov/the_press_office…ersity-6-04-09/)

Dan apabila Shah jatuh digulingkan oleh rakyat menerusi Revolusi Islam pimpinan Imam Ruhullah Khomeini, sekali lagi kerja-kerja untuk mencampuri urusan pentadbiran Republik Islam Iran itu pun bermula di belakang tabir. Di sinilah munculnya NED.

NED adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres AS dan beberapa individu yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar AS yang pro polisi luar negara Rumah Putih. Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980 adalah untuk “membantu usaha demokrasi di negara yang dipercayai dapat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, dan kepada pihak yang berhempas pulas memulihkan kebebasan dan hak asasi” (lihat David Lowe, Idea To Reality: A Brief History of the National Endowment for Democracy, http://www.ned.org/about/nedhistory.html)

Idea di belakang NED ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. Perkara ini malah diakui oleh salah seorang penubuh NED, Allen Weinstein, “Apa yang kita lakukan hari ini kebanyakannya dilakukan oleh CIA 25 tahun lalu.” (lihat William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, Common Courage Press, Monroe-Maine, 2000, halaman 180.) NED menyalurkan dana secara terus atau melalui badan lain terutama Institut Demokratik Nasional (National Democratic Institute, NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (International Republican Institute, IRI), yang aktif di banyak negara termasuk Malaysia (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia.asp

http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)

Apakah cara kerja NED? Barangkali elok kita tinjau modus operandi NED di negara-negara yang pernah mereka dalangi. Kaedah pertama, di Nicaragua dalam tahun-tahun 1980-an, NED melakukan kerja batu api dengan memprovokasi aktiviti kepembangkangan. Apabila pembangkang menjadi kuat dan provokatif, pihak kerajaan akan mengambil tindakan keras terhadap pembangkang dan ini akan membolehkan kepercayaan sebahagian besar rakyat terhadap kerajaan yang telah dipilih menerusi cara demokrasi tergugat (lihat Susan F Rasky, CIA Tied to Nicaragua Provocations, dalam akhbar New York Times, 21 September 1988.)

Kaedah kedua, dalam pilihan raya di Bulgaria pada tahun 1990, NED menabur wang sebanyak AS$1.5 juta kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan Parti Sosialis Bulgaria yang memerintah. Media Barat akan membantu usaha ini dengan meuar-uarkan analisis, pungutan suara rawak, dan pelbagai berita bahawa parti-parti pembangkang akan menumpaskan parti kerajaan dan apabila pembangkang gagal dalam pilihan raya tersebut, parti-parti yang didanai NED telah turun ke jalan raya untuk melakukan protes.

Kekacauan berlaku selama berbulan-bulan sehingga perdana menteri dan presiden Bulgaria akhirnya akur lalu meletakkan jawatan (lihat William Blum, halaman 157.) Corak kerja yang sama dilakukan di Albania pada tahun 1991, apabila NED membantu kerajaan komunis dan menaikkan Parti Demokratik yang didanai NED. Dalam tahun 1990 dan 1992, NED turut menjadi sumber kewangan kepada Cuban-American National Foundation, sebuah grup anti Fidel Castro yang berpangkalan di Miami. Cuban-American National Foundation ini pula bertanggungjawab mendanai Luis Posada Carriles, seorang teroris yang pernah melakukan pengeboman terhadap pesawat Cuba dalam tahun 1976 sehingga menyebabkan 73 orang penumpang terbunuh.

Kaedah ketiga, ialah dengan menyatukan beberapa parti pembangkang berlainan ideologi di bawah satu payung. Gabungan pembangkang ini akan didanai menerusi seorang tokoh yang dikenal pasti dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kaedah ini dilakukan dengan berkesan sekali di Mongolia dalam tahun 1996. NED telah menyatukan beberapa parti pembangkang di bawah nama Pakatan Demokratik Nasional untuk menewaskan parti kerajaan yang berkuasa sejak 1992. Harus diingatkan gabungan pembangkang itu bukanlah parti anti-Barat atau Rumah Putih. Cuma parti tersebut enggan tunduk kepada beberapa polisi ekonomi serantau yang diatur AS.

Sebelum tahun 1996, media sekali lagi berperanan mempromosikan “terapi ekonomi” buat kerajaan Mongolia yang kononnya untuk menyaingi kuasa besar China dari segi perdagangan. Sebenarnya polisi ekonomi yang dimaksudkan adalah untuk membolehkan Mongolia membuka rangkaian bisnes anti-China, dan dalam masa yang sama syarikat-syarikat swasta Barat ini dapat menjadi menjadi perisik dan telinga untuk CIA.

Hal ini didedahkan oleh pengkaji yang sama iaitu William Blum menerusi bukunya, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower. Bentuk yang serupa dilakukan NED di Haiti untuk menggulingkan Presiden Jean-Bertrand Aristide. Dan contoh klasik ialah usaha NED di Venezuela dalam tahun 2002 untuk menggulingkan Presiden Hugo Chavez. Usaha tersebut gagal, malah salah seorang koresponden CNN mengakui ikut menjadi konspirator dalam rampasan kuasa 48 jam tersebut.

Kembali ke Republik Islam Iran, antara tahun 2005 ke 2007, NED misalnya telah memberi AS$345,000 kepada Yayasan Abdorrahman Boroumand, ABF, (perincian dana NED boleh dilihat di laman National Endowment for Democracy http://www.ned.org.

ABF ini pula adalah pengasas kepada gerakan penentangan nasional Iran, sebuah grup yang ditubuhkan untuk menjatuhkan “kerajaan mullah” di Iran. Menurut laman rasmi ABF, pengasas mereka Abdorrahman telah dibunuh secara rahsia oleh ejen kerajaan Iran di Paris dalam tahun 1991 (lihat laman Yayasan Abdorrahman Boroumand melalui http://www.iranrights.org/)

Penerima dana NED yang lain ialah Majlis Iran Amerika Nasional (NIAC), menerima AS$25,000 dalam tahun 2002, AS$64,000 dalam tahun 2005, dan AS$107,000 dalam tahun 2006. Di sinilah datangnyakaedah keempat NED iaitu “media training workshop” kononnya untuk melatih peserta mewakili masyarakat dalam bidang komunikasi awam. NIAC aktif menganjurkan bengkel dan seminar untuk tujuan “mengukuhkan kapasiti pertubuhan sivil di Iran.” Antara slogan bengkel anjuran NIAC adalah seperti merangsang pertumbuhan masyarakat madani, atau ke arah hak asasi dan lain-lain lagi (lihat http://www.ned.org/grants/06programs/grants-mena06.html#iran.)

Gerakan ini tentu sahaja telah dikesani oleh Iran. November 2008, lama sebelum pilihan raya presiden Iran berlangsung, duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohammad-Javad Zarif menuduh AS sedang merancang revolusi warna di Iran. Menurut beliau, kaedah yang diatur NED ialah dengan cara mengundang sarjana dari universiti-universiti di Iran untuk menghadiri konferens akademik di Barat, akan tetapi apabila mereka menyertai sesi undangan itu, sarjana ini akan menyedari mereka sedang berhimpun untuk membincangkan mekanisme menjatuhkan kerajaan Iran (lihat US Plotting Velvet Revolution in Iran?, Press TV, 18 November 2008 menerusi laman http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=75784…ionid=351020101)

Hal ini tidaklah mengejutkan kerana dalam bulan Februari 2006, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak AS$75 juta dengan AS$10 juta akan diperuntukkan untuk “merangsang kempen propaganda menentang Tehran.” Wang sebesar itu akan disalurkan untuk “siaran radio dan televisyen bahasa Parsi dari AS, memberi biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut di AS dan untuk mendanai gerakan prodemokrasi di Iran. Menurut Rice, “dana itu penting untuk menunjukkan AS menyokong aspirasi kebebasan dan demokrasi yang menjadi hak rakyat Iran” (lihat Ewen MacAskill dan Julian Borger, Bush Plans Huge Propaganda Campaign in Iran, Guardian, 16 Februari 2006 http://www.guardian.co.uk/media/2006/feb/16/usnews.iran)

Kaedah kelima NED, ialah dengan menjejaskan ekonomi sesebuah negara yang disasarkan seraya melakukan penyebaran propaganda menerusi semua media (untuk menyelewengkan maklumat dan berita) bahawa negara tersebut sedang disalah urus. Buktinya, laporan ABC News dan Telegraph yang menyebutkan Presiden George Bush telah memberi izin kepada CIA untuk melancarkan operasi hitam untuk menjatuhkan kerajaan Iran yang ada sekarang. Caranya dengan “menjalankan kempen maklumat salah bertujuan menjejaskan kestabilan dan akhirnya, pemerintahan teokratik para mullah.”

Pelan asal tersebut yang digerakkan oleh NED ialah dengan memanipulasi matawang Iran supaya kedudukan ekonomi republik tersebut terjejas (lihat Bush Authorizes New Covert Action Against Iran, ABC News The Blotter, 22 Mei 2007 http://blogs.abcnews.com/theblotter/2007/0…authorizes.html dan laporan Tim Shipman, Bush sanctions “black ops” against Iran, Telegraph 27 Mei, 2007 http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/…ainst-Iran.html)

Kaedah keenam, NED cekap menggunakan media baharu (termasuk blog, Facebook, Friendster, Youtube, dan Twitter) untuk mencetuskan keadaan huru-hara di sesebuah negara. Dua bulan sebelum pilihan raya presiden Iran berlangsung, Iran menerusi apa yang dikenali di Barat sebagai Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah mendedahkan upaya dari luar untuk menjatuhkan kerajaan. Badan tersebut menyebut Belanda, AS dan Inggeris sedang mendanai gerakan anti kerajaan untuk mendorong revolusi kecil (lihat Iran uncovers cyber plot to topple government, Press TV, 11 April 2009 http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=91129…ionid=351020101)

Seperti yang telah dimaklumi perarakan dan bantahan dari kumpulan pembangkang menyusul sebaik sahaja kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad diumumkan. Rusuhan dan protes malah menjadi buruk dengan kemudahan awam seperti bas dan telefon publik dimusnahkan oleh penyokong Mir Houssein Mousavi. Pihak berkuasa terpaksa bertindak. Para militari Basij yang setia kepada Imam Ali Khamenei dituduh menyerbu Universiti Tehran dan membunuh perusuh yang membantah keputusan pilihan raya tersebut. Antara demonstran yang terbunuh ialah Neda Agha Soltan. Kematian Neda malah dirakam dalam video dan tersebar meluas di Youtube (lihat Michael Weissenstein and Anna Johnson, Amateur Video Turns Woman Into Icon of Iran Unrest, Associated Press, 23 Jun 2009 http://www.google.com/hostednews/ap/articl…aesBPAD9902QK00)

Di tengah-tengah huru-hara ini, kerajaan Iran yang menyedari peranan internet dalam merosakkan keamanan telah menutup sistem internet dan melarang jurnalis asing dari membuat apa-apa laporan. Twitter muncul sebagai medium komunikasi parti pembangkang dan agensi berita asing. Apakah itu twitter? Twitter adalah satu bentuk maklumat ringkas yang dapat dicapai menerusi web browser atau sistem pesanan ringkas di telefon bimbit. Pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang sesuatu kejadian. Meskipun menutup semua sistem sms, Twitter bagaimanapun tidak dapat ditutup oleh kerajaan Iran. Di sinilah timbul tanda tanya kerana Washington Post sendiri mengesahkan bahawa kebanyakan maklumat dari Twitter ini bukannya datang dari Iran sendiri, “It is hard to say how much twittering is actually going on inside Iran” (lihat Mike Musgrove, Twitter Is a Player In Iran’s Drama, Washington Post, 17 Jun 2009 http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/conte…9061603391.html).

Perkara ini disahkan oleh laporan New York Times yang mengatakan maklumat menerusi Twitter kebanyakannya tidak boleh dipercayai, “Just as Twitter has helped get out first-hand reports from Tehran, it has also spread inaccurate information, perhaps even disinformation.” Akhbar itu menyebutkan antara berita terkini yang tidak benar ialah 3 juta penyokong Mir Hussein keluar membantah, dan beliau ditahan dalam rumah, “that three millon protested in Tehran last weekend (more like a few hundred thousand); that the opposition candidate Mir Hussein Moussavi was under house arrest he was being watched” (lihat Noam Cohen, Twitter on the Barricades: Six Lessons Learned, New York Times, 20 Jun 2009 http://www.nytimes.com/2009/06/21/weekinre…21cohenweb.html)

Maklumat tidak benar (perarakan tiga ribu menjadi 3 juta) menerusi Twitter itu kemudiannya dilaporkan oleh penulis blog terkenal Andrew Sullivan menerusi blognya The Daily Dish (lihat Andrew Sullivan, Follow-Up On Earlier Posts, The Atlantic, The Daily Dish, 13 Jun 2009 http://andrewsullivan.theatlantic.com/the_…lier-posts.html)

Laporan penuh penyelewengan tersebut kemudiannya dipetik pula kebanyakan agensi berita seperti CNN dan AP. Peranan CIA dan NED dalam Twitter wajar diragui kerana apabila firma yang menguruskan Twitter iaitu Twitter Inc perlu melakukan kemaskini berjadualnya seperti biasa, kerajaan AS telah meminta supaya Twitter Inc menangguhkan “scheduled maintenance” tersebut.

Ini kerana Jabatan Negara berpandangan yang Twitter sangat berguna untuk orang ramai di Iran mendapatkan maklumat yang diperlukan. Seorang staf Jabatan Negara telah mengatakan, “one of the areas where people are able to get out the word is through Twitter. They announced they were going to shut down their system for maintenance and we asked them not to” (lihat Mike Musgrove, Twitter Is a Player In Iran’s Drama, Washington Post, 17 Jun 2009 http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/conte…9061603391.html).

Mengapakah Rumah Putih mencampuri jadual kemaskini Twitter tentu sahaja menimbulkan teka-teki.

Kaedah-kaedah yang digunakan NED di Iran dan negara lain munasabah untuk direnungi oleh Parti Islam Se-Malaysia selaku sebuah gerakan Islam. Sudah tiba masanya PAS mempunyai mekanisme sendiri untuk menebat dan mengekang kemaraan musuh yang semakin sofistikated dan bijak dalam menyucuk jarum. PAS perlu menyediakan satu pelan khusus untuk memantau gerakan musuh dalam selimut, mengenalpasti mereka dan menyingkirkan mereka tanpa rasa bersalah. Untuk itu PAS perlu menganalisis strategi politik mereka supaya tidak terjerumus dalam jerangkap musuh ummah.

Semua kaedah NED di atas telah pun diamalkan dan dikemukakan di Malaysia. Kita sudah menyaksikan gerakan massa berasaskan warna, Bersih yang dikenali dengan warna kuning. Bersih, menurut NDI, “was started by the Joint Action Committee on Electoral Reform (JACER) that emerged from a July 2005 workshop organized by NDI and attended by the three main opposition political parties,” (lihat http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)

Parti-parti politik tempatan termasuk PAS sendiri pernah terlibat dengan bengkel dan latihan dikendalikan NDI dan IRI yang didanai NED (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia/2006-08-06-Malaysia.asp.)

Merdeka Center, sebuah badan kajian pendapat yang ada kalanya boleh dipersoalkan hasil kajiannya juga mendapat dana daripada IRI (lihat http://www.merdeka.org/pages/08_links.html.)

Sudah tiba masanya PAS mengurangkan syahwat terhadap kuasa dan kerusi lantas kembali kepada fungsi asalnya iaitu untuk menjadi juara kepada umat Muslim. Untuk itu agenda perpaduan ummah mesti didahulukan berbanding agenda-agenda lain yang mungkin sahaja telah “disediakan” musuh umat seperti AS. Pimpinan PAS perlu rajin meneliti perkembangan politik antarabangsa, dengan memperkuatkan lajnah antarabangsa dan menghasilkan bahan-bahan latihan dan usrah baharu yang lebih membina kefahaman tentang dunia kontemporari. Tidak ada salahnya juga untuk PAS belajar dari negara-negara yang pernah diganggu AS.

Yang paling dekat dengan PAS tentunya Republik Islam Iran.

– dari Faisal Tehrani

Leave a comment

Filed under Politik

SATU – Sohaimi Mior Hassan

Leave a comment

Filed under Aqidah