Puisi usang..

Segalanya Musykil…

Dunia kini sudah bingung

Segalanya..

Apa-apa saja

Siapa-siapa jua

Sentiasa dalam musykil

Baik dan jahat pun musykil..

Kaya dan miskin masih musykil

Tua, muda, lelaki, perempuan

Semuanya…

Musykil..

Ada yang masih musykil apa yang dimusykil

Tidak sedar berada dalam kemusykilan..

Masihkah belum sedar

Apa yang perlu dan tidak

Baik buruk belum tahu

Namun semuanya sudah termaktub

Dalam naskah yang satu

Bersama amanah dari dahulu..

Original dari Minda Ahad. 10 hb Februari,2003


Menanti Detik.

Membilang waktu

Menghitung masa

Hari berganti minggu

Minggu juga berganda

Bulan berganjak..

Menanti…

Suatu masa yang penuh harapan

Namun detik mengaburi keyakinan

Apakah tiada peluang lagi

Hanya harapan dipertaruhkan

Derita ujian juga..

Menjadi penyebab maqbulnya

Apakah tiada usaha diriku

Adakah ujianNya berlarutan

Hanya menanti waktu..

Hadapi tanpa keliru

Harungi agar tidak kalut

Juga berserabut…

Original dari Minda Ahad. 27/1/2003

Ingatlah Teman.

Jikalau duka itu suatu keperitan

Nyatalah ada hikmah sebaliknya

Andai suka itu suatu kebahagiaan

Katakanlah ada nikmat dariNya

Katakanlah..

Katakan kebenaran walau pahit

Himbaulah kemaksiatan walau manis

Banyak kepahitan itu penawar

Banyak kemanisan itu penyakit

Ingat-ingat..

Tuhan mahu hambaNya beringat

Jangan mudah leka dengan nikmat

Jangan ingat mati itu lambat

Tiada mudah untuk kesenangan

Bukan payah menempa kesusahan

Memang Tuhan Maha Belaskasihan

Teruskanlah dengan segala perbuatan

Mungkin ia menjadi kunci pintu syurga

Mungkin juga lubang untuk ke neraka

Karya asal: Minda Ahad, 16 Jan, 2003

Aku dan Khalik.

Kucuba pejamkan mata

Aku selami diri

Mencari aku

Nyatanya..

Jasad hanya tanah pinjaman

Nafas adalah nikmat rahsia

Wajah milik yang sementara

Badan tidak ada daya

Akal kurniaan istimewa

Namun fana segalanya..

Roh itulah aku..

Dalam berjuta makhluk

Aku hanyalah satu

Amalan dan niatku

Adalah hak aku..

Tanggunganku

Di alam yang bukan satu..

Bukan mereka

Tidak berjuta

Insan kerdil dari satu generasi

Penghujung zaman

Aku hanyalah satu..

Menghadap Khalikku Yang Esa.

Karya asal: ,Minda Ahad 14 jan 2003

Harapan dan Qadar.

Harapan mana yang indah

Tidak mengindahkan kenyataan

Kurangnya fantasi

Yang menghuraikan realiti

Harapan..

Janganlah melambak kau meninggi

Ribut masa bakal tiba

Merempuh

Meroboh

Gunung kebanggaanmu

Tanpa kekuatan dan usaha

Kurang keberanian dan percaya

Bisa

Merobohkan tembok keyakinannya

Harapan tidakkan nyata

Tanpa usaha mengiringi

Namun..

Sia-sianya usaha

Kerna kudrat tidak mengizini

Pangkalnya hanya satu

Percaya qada dan qadarNya.

Karya asal Minda Ahad , 9 Jan , 2003

Keliru.

Setiap detik berlalu

Setiap masa dan waktu

Perasaan menggelut pemikiran

Waktu kini mengaburi masa depan

Suasana menenggelam keinginan

Kesan semalam melemaskan azam

Aku tahu..

Harapan dan dorongan mereka

Hajat dan kemahuan semua

Yang terang dan cerah sahaja

Keliru..

Usah dihina dicela

Jangan menghimpit membeban

Hanya ruang dan masa

Beri peluang dan ketika

Aku juga punya impian dan cita

Cuma..

Kesesakan dalam perjalanan

Kekeliruan menjadi pengalaman

Kerna..

Tiada kesenangan untuk kesenangan.

19 nov, 2002. oleh Minda Ahad:

Nafsu Diri.

Gelora menggulung tinggi

Badai menerobos kencang

Bujur kau lalu pergi

Lintang kau patah berterbang

Tiada peluang atau ruang

Bagi yang dalam acuan laknat

Tabah walau dihunjam tubi

Sabar walau dibunuh mati

Mengalah tidak sekali

Tiupan sepoi mendodoi enak

Datangnya umpama igauan nikmat

Racun dalam diri..

Persiapkan barisan

Kukuhkan iman

Kuatkan benteng

Mantapkan amalan

Gunting dalam selimut

Duri dalam daging

Kabur pandangan dalam kabut

Musuh tersirat paling runcing

Duhai diri

8 nov, 2002. oleh Minda Ahad.

Nyaring.

Meringkuk kebingungan

Seorang insan yang simpatis

Sesekali bunyi nyaring mengganggu

Bawa sakit

Dan penyakit

Aku nampak

Dengar semua

Tapi tak tahu

Tak kenal

Aku mahu.. minat itu ini

Tetapi tidak cekap

Tidak hebat

Semangat dalam yang lena terlompat

Sekejap-sekejap saja

Macam cicak takut berbunyi

Kecewa

Kesal

Mengalah

Tidak bermakna walau sekelumit

Hujungnya belum tiba

Langkah turun kemas menggegar

Bayi tak dilahirkan dewasa

Sayup tiupan

Kelam nyanyian

Semoga pulang dengan jiwa

Ya! Jiwa

22 Okt, 2002. oleh :Minda Ahad

Aku Kenal.

Orang tua bermadah

Tak kenal maka tak cinta

Benarkah madah tak diendah

Hingga sampai ketikanya..

Bukan dituju untuk orang

Madah balik pada diri

Masing-masing..

Balik pada diri

Kenalkah kita pada dia

Kita berteduh dalam dia

Disaluti, diseluruhi, dirangkumi, diselimuti

Dicorak, digerak, dipasak

Oleh dia..

Tak pernah menyalami dia

Tak kenal

Mungkin situasi akan terubah

Berubah

Sakit mengajar erti sihat

Susah mengenalkan senang

Kesulitan

Kegelapan.. akan menunjukkan

Titik dalam silauan

Kenal diri..

Kenapa perlu menyisihkan dia

Aku bukanlah mereka

Karya asal oleh Minda Ahad pada 22/10/2002.


Punca.

Mencarinya di mana-mana

Rasai nikmatnya

Niat ramai saingan

Mungkin dapatkah

Aku atau mereka..

Rasanya ia adil

Untuk semua..

Kalau aku dapatkannya

Aku akan bahagi-bahagikan

Biar mereka pun mengecapi

Apa yang tersirat dihati

Dan fikiran

Mungkin dapat ketenangan

Atau kekusutan

Kerumitan..

Kemerosotan akal

Mungkinkah tekanan

Asalnya..

Mana puncanya

Kekusutan ini

Hati yang sudah serabut

Fikiran dan akal yang sakit

Karya asal Minda Ahad pada bulan September, 2002.


Mainan Kami.

Dalam laut ada laut

Mungkin..

Atas langit ada langit lagi

Sering begitu aku

Rasakan.. dunia satu lagi

Dalam sakit aku dapat seronok

Mengapa ia datang

Mungkin otak aku mengundang

Boleh jadi ia bawa sesuatu..

Keazamankah

Perancangankah

Atau kealpaan

Mana satu tujuannya

Aku harus bijak memilih

Pandai mengawal

Alam sendiri

Sejak azali

Mungkin bawa erti

Atau.. sekadar khayalan

Dan anganan.

oleh: Minda Ahad 21/08/2002


Jalan Untuk Semua.

Pernahkah kau fikir

Jalan itu siapa pembuatnya

Untuk apa

Dan siapa

Ia tidak dipinta

Tidak pernah kau cipta

Mungkin sikap dan perbuatan

Pernah menyumbangkan

Tetapi..

Masa depan..

Tidak pernah kau hidu

Tidak dapat kau dengar..

Datangnya tanpa salam

Detik itu dia

Dia itu detik

Kau sudah berada dalamnya

Tenggelam..

Harap tidak kelemasan

Moga dapat menjadi ikan

Atau mungkin mutiara..

oleh: Minda Ahad 20/08/2002

Leave a comment

Filed under Seni dan Bahasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s