Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi?

KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan Islam di Nusantara, adalah dirujuk. Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti sejarah. Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul Aman. Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam Kedah Kheang Tesh. Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Baginda bersemayam di Ayuthia (Thailand). Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau = Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan iaitu Putera Lelaki Beta. Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai. Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736 Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman Indera, Alor Star. Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan Kampung Kamboja. Tenteranya pula ditempatkan di Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah. Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh, sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan menempatkan istana di dalam kota tersebut. Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long. Long Jaafar ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah menghantar keturunannya untuk menjadi raja di Songkhla.

TUANKU NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD,
Langgar, Kedah Darulaman.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s