PENGENALAN – MEMAHAMI KRISIS EKONOMI GLOBAL (1)

Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan mucul dengan tiba-tiba. Ini adalah hasil dari satu projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman Ronald Reagan dan Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini di namakan globalisasi dan penswastaan.

Projek penswastaan ini telah diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal tahun 80’an dahulu. Kaum pemodal syarikat multi nasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan telah merancang satu strateji untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini. Justeru penswastaan telah dikahwinkan dengan dasar globalisasi.

Dasar penswastaan ini telah dijual oleh Bank Dunia dan IMF kepada negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh Bank Dunia dan IMF agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima. Muncul ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.

Di Malaysia – apabila beruk melihat maka beruk pun meniru sama. Justeru pada tahun 80’an dan 90’an Mahathir Muhamad telah meniru bulat-bulat dasar penswastaan ini. Air, leterik, kapal tebang, hospital, universiti dan pelbagai harta negara telah diswastakan.

Dasar penswastaan ini selari dengan Dasar Ekonomi Baru – mengagih-agih kekayaan kepada Bumiputeraa. Maka berbondong-bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu atau syarikat individu. Maka semakin dikenali perkataan-perkataan seperti – Pink Form dan EPU – yang dilihat sebagai mesin ATM untuk kroni-kroni United Malays National Organisation. Harta yang dimodali, didirikan dan dikendalikan oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan kaum keluarga.

Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika. Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ini adalah sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.

Malalui penswastaan dan globalisasi ini telah wujud satu Empire baru yang bernama Pax Amerikana. Sama seperti empire Pax Romana dan Pax Britannia – empire baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia. Perjanjian perniagaan di buat – pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan di ikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk di Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan kepada Pax Amerikana.

Sekali sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik cawat apabila di terima mengadap ke Rumah Puteh. Jangan lupa bagaimana Mahathir telah merasuah tukang lobi di Washinton DC agar dapat masuk ke Rumah Puteh untuk ‘mencium’ tangan George Bush pada tahun 2002.

Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka modal Anglo-Amerika mula menerbus masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta stratejik seperti – air, api, media, tv , hospital , syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga dikalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik. Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.

Justeru di Malaysia kita mula melihat – MacDogal, Burger King, Tesco, Giant – StarBuck – berselirat mencari mangsa. Impak kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada langsung penilian ekonomi dilakukan.

Dalam masa yang sama undang-undang dan akta telah diluluskan di parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok. Jika ada pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja ianya akan ditahan. Tuntutan gaji minima ditolak untuk memastikan kaum pemodal mendapat keuntungan maksima.

Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanan dan tidak mungkin dapat bersaing. Banyak yang bungkus dan tutup kedai. Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-Amerika ini kerana suasana ini cukup sehat untuk mereka meluaskan pasaran.

Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan-bahan mentah dalam dunia. Mereka boleh menaik atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini. Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Ini bohong. Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun atau naiknya harga bahan-bahan mentah.

Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia. Mereka memberi dana kepada ribuan Ngo di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi diterima. Tujuan mereka ialah untuk terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabal mereka tersusun secara rashia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya dari cara Mafia atau kongsi gelap bergerak. Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik bukan sahaja di Amerika dan London tetapi di seluruh dunia.

Di Russia pada satu ketika dahulu mereka berjaya menaikkan Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di timur tengah tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam. Cuba di bawah Castro yang merdeka dan bebas terus dihuruhara. Chavez dan Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan modal Anglo-Amerika memporak peranda ekonomi negara mereka.

Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit maka kita wajib kenalpasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui maka baru boleh ianya diubati. Jika tersalah baca maka tidak mungkin sakit itu dapat diubati.

Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis kewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.

Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi dari penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisma. Sistem ekonomi kapitalisma telah sampai ke satu tahap bahawa ianya tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.

Contohnya : dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir pengguna dari negara Cina. Bila rakyat Cina tidak lagi membeli kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis. Atau: ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap dimana kalau Proton terus mengeluarkan kereta pasti tidak ada lagi pembelinya. Seribu satu macam galakan diberi tidak juga akan melahirkan pembeli. Tidak lama lagi Proton akan muflis. Atau sebenarnya Proton telah muflis tetapi kita tidak diberitahu. (TT)

Leave a comment

Filed under Ekonomi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s