PEMBUNUHAN YANG TIDAK DIREKODKAN OLEH SEJARAH NEGARA



Segenting Kra menghala kebawah dinamakan sebagai the Malay states. Peta ini dipetik dari buku,”Through the Buffer State,A Record Of Recent Travel Through Borneo, Siam and cambodia by Surgeon Major MacGregor, MD, Indian Medical Service,Published by FV White, London,1896.


Peta wilayah Nagara Kedah sebelum tahun 1821 dahulu.

Mangsa-mangsa pembunuhan tentera Kerajaan Raja Rama II Chakri Sokho Thai yang menjajah negeri Siam.

1) Pembunuhan Raja Ranong, Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan ibni Sultan Mukammad Jiwa Nai Nal Adilin. Makam baginda terletak di Pulau Eduan, Myanmar bersama Makam Laksamana Tok Wahab.

Salasilah Kedah dalam Royal Ark yang ditutup bukti, ditulis seperti berikut:

-H.H. Tunku Anjang ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-‘Adilan Mu’azzam Shah, Tunku Sri Maharaja di-Raja Segara, of Laut (s/o Che’ Puan). Granted Tongkah, Trang, Kupa and Rundung (Ranong lah !!). Settled in Padang, in Pariaman, Sumatra .

a)Kalau Trang dalam wilayah Siam, kenapa pula dia perlu pergi ke Padang di Sumatera?
b)‘son of che puan’ yang dimaksudkan ialah Nang Che Puan, bergelar Phumintharaja sewaktu memerentah sebagai Raja Perempuan Ayuthia.


Majid Laem Nao di Ranong untuk segelintir umat Islam yang masih berada disana.

2) Pembunuhan Raja Satun, Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu dan putranya, Ku Meh. Baginda berdua telah di tangkap di Istana Wang Mai Pekan Satun lalu di campak dalam laut hidup-hidup berdekatan Pulau Pho Kheag (Phukhet).

3) Pembunuhan Sultan Langkat Samudera Pasai yang di gelar Tok Pasai. Makam baginda Tok Pasai terletak di Jeti Kuala Kedah.

4) Pembunuhan Raja Legeh (Yala) Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Tunku Long Putera. Makam baginda terletak di Kota Serjanna, Alor Ganu daerah Kubang Pasu Kedah. Ayahanda baginda, Tengku Long Putera Laksemana Datu turut juga dibunuh. Lihat gambar makam dibawah.

Salasilah Kedah dalam Royal Ark tertulis seperti berikut:

-Y.A.M. Tunku Long Putra Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-‘Adilan Mu’azzam Shah (s/o Che’ Puan). Granted Tanah in fief, but later settled in Jambi, in Sumatra .

a)Kenapa harus baginda ke Jambi sedangkan negeri Legeh adalah negeri Kelantan hari ini dan istananya hanya terletak di Kok Lanas sahaja.

5) Pembunuhan Raja Bang Nara Narathiwat, Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Makam di Kota Serjanna, Alor Ganu Daerah Kubang Pasu, Kedah.

6) Pembunuhan Tunku Ahmad Parsi (dan isteri) ibni Sultan Tunku Nong Chik dari Bangnara Narathiwat di Kota Naga Daerah Kubang Pasu Kedah Makam.

7) Pembunuhan Raja Surattani, Koya Fai Megat Iskandar ibni Syarif Yang Di Pertuan. Makam baginda terletak di dalam Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus, Daerah Kubang Pasu, Kedah.

8) Pembunuhan Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Raja Maha Besar Benua Siam Kedah di dalam Istana Ayut’ia Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus Daerah Kubang Pasu Kedah. Makam baginda terletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang, Mukim Tualang. Kedah.

9) Pembunuhan Raja Legor, Koya Ngah Megat Terawis di dalam Istana Kota Meang Kuang Mukim Wang Tepus Kedah. Baginda dimakamkan di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang Mukim Tualang, Kedah.

10) Pembunuhan Pemaisuri Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Makam ‘Keramat Tok Jame’ atau Permaisuri Tengku Suria Marin. Baginda adalah Puteri kepada Sultan Langkat Samudera Pasai. Makam baginda permaisuri terletak di Kampung Padang, Alor Rambai Kota Meang Kuang, Kedah.

Salasilah Langkat dalam Royal Ark, tercatat seperti berikut:

17xx – 17xx Y.A.M. Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:
1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat – see below.
2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai. He had issue:
a) Y.M. Sutan Muhammad Shaikh. Wakil of Satabat.
3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.
4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. m. several wives, including a daughter of the Orang-Kaya Asim, of Pangalan Bulu. He had issue, five sons and several daughters, including:
a) Y.M. Tengku Wan Johor (half-brother of Sultan Ahmad). m. (first) (div.) Y.M. Raja Wan Perak, daughter of H.H. Sultan ‘Amal ud-din I Panglima Mangedar ‘Alam Shah ibni al-Marhum Tengku Panglima Gandar Wahid, Sultan of Deli.
b) Y.A.M. Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Indra Bongsu, Raja of Langkat (s/o the Pangalan Bulu lady) – see below.
c) Y.M. Tengku Wan Supan (half-brother of Sultan Ahmad).
d) Y.M. Tengku Wan Shah (half-brother of Sultan Ahmad).
e) Y.M. Tengku Wan Desan (half-brother of Sultan Ahmad).
a) Y.M. Raja Wan Chandradevi. m. (div.) Y.A.M. Raja Nobat Shah ibni al-Marhum Raja Hitam, Raja Kejuruan Jipura Bilan Jentera Malai , son of Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat – see below.
5) Y.M. Tengku Marim.
6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal.

………………………………………………………
11) Pembunuhan Raja Tenasirim Makam Koya Nai Cau Abu Megat Manja di Kampung Kubang Lintah langgar, Kedah.

12) Pembunuhan Putera Raja Jammu Patani, Radin Megat Tam Tunggal. Makam baginda terletak di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah.

13) Pembunuhan Raja Jammu Patani Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.

14) Pembunuhan Laksemana Dato’ Derga Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.

15) Pembunuhan Laksemana Dato’ Maha Raja Lela, Kedah dan makamnya di Kampung Pagar Air, Kedah.

16) Pembunuhan Dato’ Khazi Shiekh Abdul Khadir . Makamnya di Kota Meang Kuang, Kedah.

17) Pembunuhan Mahsuri, isteri Wan Darus cucu kepada Paduka Seri Sultan Bisnu, Raja Satun di Pulau Langkawi (Setelah dibunuh, mereka pun menulis cerita Mahsuri. Hairan ye, kenapa waris Mahsuri melarikan diri ke Phuket, sedangkan mereka boleh terus menetap di Pulau Langkawi, melawati dan menjaga makam dsbnya. Sebenarnya, tentera Burma yang menyerang Langkawi bukannya tentera thai yang menjajah siam. Mereka ini seagama dan telah pun berpakat dan membentuk perikatan. Phuket masih lagi dibawah Wilayah Kedah ketika itu menanti serangan thai dari siam Bangkok. Maksud Pho-kheag ialah ‘bapa Islam'(kadang-kadang dieja ‘kheak’). dimana Rajanya beragama Islam.Ini juga adalah taktik ‘ethnic cleansing’ yang menjadi amalan ketika itu menyebabkan mereka takut dan melarikan diri dari Pulau Lagenda itu).


Masjid Koh Kaew di Phuket hari ini.

18) Pembunuhan Raja Riau Manila, Koya Ali @ Paduka Seri Sultan Tunku Ali Mindanau Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Makam baginda di Kampung Kubang Besar, Mukim Tualang, Kedah.

19) Pembunuhan Puteri Tunku Dayang Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putra, Perdana Menteri Benua Siam Kedah dan suaminya, Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal. Baginda adalah cucu kepada Paduka Seri Sultan Idris Jammu Patani. Makam baginda terletak di Kampung Pulau Keramat, Mukim Lesong, Kedah.

20) Pembunuhan Raja Jammu Patani, Paduka Seri Sultan Idris Ibni Sultan Salahuddin dari keturunan Pateh Siam Baginda adalah putera kepada Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Jammu Patani dan juga Permaisurinya Puteri Majapahit. Baginda dimakamkan di Makam di Raja Patani, Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah.

21) Pembunuhan Raja Perlis (Kayang) yang pertama Nai Ta @ Syed Mohammad Hatta Ibni Sultan Kemboja Pho Chan Mudzafar Syah III . Makam baginda berada di Alor Keladi Langgar, Mukim Langgar Kedah.

22) Pembunuhan Raja Chang Mai, Koya Shuib @ Megat Shuib. Makam baginda terletak di Kampung Alor Raja, Langgar Kedah.

Kebanyakkan mereka kembali untuk majlis perkahwinan dan serangan besar sememangnya berlaku di Kota Kuala Kedah sewaktu sambutan perkahwinan anak pembesar Kedah ketika itu. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kononnya berada di Kuala Muda meyaksikan rakyat mengorek terusan padahal dia sudah mengetahui serangan thai dari negeri Siam pada tarikh tersebut. Keberadaan di Kuala Muda turut membuktikan bahawa dia Raja daerah, bukannya Sultan Kedah.

Walaupun kita tahu bahawa kawasan ini berada di bawah negara jiran, tujuan kami senaraikan disini adalah supaya kita lebih prihatin bahawa kawasan ini dulunya pernah bernaung dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Penduduk di wilayah ini bertutur bahasa Thai tetapi masih boleh lagi bertutur dalam bahasa Kedah atau Bahasa Melayu Patani (hampir loghat Kelantan) malah Kg. Kedah pun masih ada hingga kini. Penggunaan bahasa Siam Kedah walau bagaimana pun sudah lupus. Sekiranya saudara/i berada disana, makanan di kedai-kedai Muslim yang mempamerkan kalimah syahadah pada kaunter bayaran masih banyak dan mudah untuk kita bercakap dalam loghat Kedah atau Patani.

Menurut Dr. Ibrahim Bakar Langkawi, dalam bukunya “Sejarah Matawang Kedah Dan Perlis”,ms 22, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah,

“Kawasan Pantai barat Semenanjong Tanah Melayu ini adalah kawasan penduduk orang-orang Melayu penutur dialek utara atau lazimnya dikenali juga sebagai dialek Kedah. Kawasan ini bermula dari sekitar Segenting Semenanjong Tanah Melayu (dikenali sebagai Segenting Kra), iaitu dalam kawasan selatan negeri Burma dan Thailand sekarang, mengunjur keselatan, hingga ke kawasan Lembah Kerian dalam negeri perak, Malaysia. Di lihat dari sudut etnologi, semua penduduk yang mengamalkan dialek pertuturan yang sama ini, yang juga mempunyai tata budaya yang sama, bolehlah dikatakan sebagai orang Kedah”.

Sempadan negara moden seperti sekarang ini hanya wujud dalam tahun 1909/10 sahaja. Tidak dapat di nafikan memang berlaku konspirasi sejarah selepas Peperangan Kedah Siam dalam tahun Musuh Bisik 1821 dimana penjajah Inggeris turut terlibat membahagikan kawasan Se Genting Kra kepada dua.

13 Comments

Filed under Sejarah

13 responses to “PEMBUNUHAN YANG TIDAK DIREKODKAN OLEH SEJARAH NEGARA

  1. orangkemamang

    itulah nasib umat Melayu di Tanah semenanjung tercinta…di utara semenanjung bermula di segenting kera di jajah oleh siam/thai sampai ke setul…bersama Patani…dasar pecah perintah memang berjaya melemah dan menjajah bumi di kawasan semenanjung segenting kera..nasib baik la Inggeris datang mengambil Perlis, Kedah Penang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Melaka, N. Sembilan dan Johor..kalau tak..umat Melayu akan dijajah oleh etnik Siam dan Jawa..dan sekarang bangsa Jawa menjajah Melayu di Riau dan Sumatera di atas nama negara-bangsa Indonesia..

  2. jinggo

    Sekaranglah masanya untuk kita menuntut kembali hak kita dari penjajah Siam , mahu tidak mahu sejarah telah membuktikan bahawa bangsa siam ini adalah penjajah yang berpakat dengan penjajah inggeris membahagikan Kedah sampai hilang terus wilayah selatan Siam sekarang.Selatan Siam kini dimiliki oleh Thailand sedangkan wilayah itu adalah hak Kedah. Kita harus merampas kembali wilayah itu dan kembali menjadi hak kita.

  3. nizam mohd

    assalamualaikum..
    memang betul lah..cakap pakcik..dalam salasilah royal of ark..banyak percanggahan..dan masalah nya sekarang..pemerintahan sekarabng perpandukan salasilah tersebut..tak tahu kenapa banyak peristiwa-peristiwa yang benar-benar terjadi disembunyikan hanya untuk kepentingan individu..dan amanah yang dipegang mereka sekarang..akan terus ditanggung oleh anak cucu mereka..mungkin kerana kuasa dan emas…

  4. tokpakehtemenggong

    ..bangsa SIAM berpakat dengan inggeriss…?!

  5. jarakhae fad hang

    apakata kita rampas kembali wilayah yng hilang i. nak guna apa?? muay thai.muay boran.muay chaiya??bru nk bkk silat terus kna bedil x mati katak ke. apa2pun inilah kenyataannya sekarang

  6. Megat Alam Gempita

    Sayu…Allah membalas kejahatan Siam lampau pada masakini. Bumi Pattani terus bergolak menuntut hak, Thailand pula bergelut dengan isu politik dalaman dan juga dengan jirannya Cambodia, dan negara itu turut bergelumang dengan noda dan dosa maksiat sama seperti kerabat rajanya yg terlibat dalam pelbagai skandal. Semoga Malaysia terus aman di bawah naungan Raja-Raja Melayu. Amin

  7. idrus langkat

    akupun melayu dan melayu pesisir pantai timur pun sultan dan bangsawannya dah diembelih revolusi sosial 1946 bulan maret.
    sekarang melayu pantai timur sumatera macam sdh macam mati semangat, terkejut semangat,
    siapa yg mau berkongsi dgn dodolangkat buat kisah revolusi sosial 1946 di sumatera timur hubungi saya

  8. putramelayu

    Betul tu pak idrus dari negeri Melayu Langkat, hampir semua orang Melayu kat Malaysia ni tak tahu kewujudan negeri-negeri Melayu di pantai timur Sumatera seperti Langkat, Deli, Serdang, Asahan, begitu juga dengan negeri Riau seperti kesultanan Siak Sri Inderapura, Jambi, Rokan, Inderagiri, Kampar, Pelalawan dan Palembang. Begitu juga dengan negeri-negeri Melayu di Selatan Thai atau segenting Kra seperti Rundung, Tanh Sari, Jaya, Gerbi, Terang, Berdelung, Senggora dan Patani. Penjajah Barat Inggeris dan Belanda telah berpakat dengan musuh tradisi Melayu di rantau Asia Tenggara iaitu Thai dan Jawa untuk menguasai dan menjajah bumi Melayu…

  9. jass

    bangsa melayu depa macam nak pijak saja…

  10. sebenarnya apa masalah Melayu? kita selalu cakap kita kuat tp asyik kalah ja..

  11. pongkodan

    hmm…siam dan thai berbeza….dipersilakan melawat ke http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

  12. Merong Maha Wangsa Team

    slam…
    maaf tmpang lalu…masih ramai lgi yg x btul2 faham beza siam n thai…pbetulkan dlu istlah tu baru cerita pnjg.mmg x di nafikan x kira lah siam ka hatta melayu sndri pn mmg ada trlibat dlm mjatuhkan empyar kesultanan MELAYU ISLAM itu sndri..phak ‘mat saleh ‘ ni x kn mdh tahu ‘rahsia’ buat pekasam,budu,cencalok dll yg sinonim dgn org melayu jka melayu itu sndri x ‘bocor’knrahsia nya…cuba fhmi sdalmnya mksud tersirat td…yg berlalu ttp dh brlalu..cuma yg ‘sial’ nya(maaf trkasaq) skit yg mngaku drinya melayu islam trtma yg ada kuasa spt pmimpin2 bgtu dayus mncari sebuah realiti bngsa dek tkutkn sgala agenda peribadi utk mnyara lebih dari 7 generasi trkubur bgtu sja!..
    kdg2 kta kgum dgn sglintir org barat yg ada jga skit ‘keikhlasan’ mncari realiti tamadun mnusia x kira la yg di kaji itu brkaitan ‘keagungan’ bngsa@tamadun yg bkn sbngsa mhpun seagama dgn mereka..nmun mreka bgtu ‘syang’kn nilai sejrah trebut…jgn xtau sbnarnya msh byak artkel,dokumentasi,artfak dll yg brkaitan realiti bngsa melayu islam yg mliputi T.Melayu,siam,indonesia,brunai,filipina msh trsimpan rapi dlm jagaan mereka d barat..mruah mereka lbh ‘mulia’ skt dri bngsa melayu islam yg sggup membakar,mmusnahkn,melenyapkn tinggln sejarah spt kota2,istana,nskah,dokumentasi dll yg brkaitan realiti ‘keagungan’ melayu islam itu sndri..tepuk tanya lah ‘IMAN’….takbir….allahkbar 3x!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  13. Amalil

    Assalamualaikum.. saya nk bertanya tentang kematian datuk paduka diraja wan long salleh yang berada ditanah perkuburan kangar,,, apakah sebab kematian beliau?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s