Daily Archives: 3 September 2009

Global Elite

Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari kesan-kesan yang ditimbulkan oleh sekelompok manusia, atau pun dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Mereka ini telah menyusup masuk ke dalam setiap aspek kehidupan moden manusia hari ini. Mereka inilah yang memimpin teknologi, budaya, sosial, ekonomi dan politik dunia sekarang. Setiap apa yang terjadi di dunia hari ini pasti ada kesan dari tangan-tangan mereka. Sejak dari dahulu lagi merekalah yang merancang setiap revolusi, peperangan, ideologi, polisi dan aktiviti yang terjadi di bumi.

Apa yang di paparkan di sini bukanlah untuk mengganggu ketenteraman anda, tetapi mengajak anda berfikir dengan hati dan pemikiran terbuka tentang senario di sebalik dunia hari ini. Apa yang anda percaya di dada-dada akhbar, radio, televisyen mahupun internet adalah 10% ataupun hanya permukaan sahaja dari keseluruhan cerita sebenar yang berlaku di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini. Ini tidaklah menghairankan kerana setiap media perdana di dunia inipun berada di dalam kawalan dan perhatian mereka.

Dua pertubuhan syaitan yang utama dan terkenal-Freemasonry dan Illuminati mendahului senarai kelompok elit dunia yang mengawal segala percaturan dunia hari ini. Setiap pemerintah, presiden, raja dan pemimpin korporat dunia tidak terlepas dari cengkaman dua pertubuhan syaitan ini. Mereka berselindungkan dengan nama kebajikan sosial tetapi sebenarnya berfungsi untuk memporak-porandakan keharmonian sosial manusia. Mereka memberikan dana-dana untuk membantu mangsa perang, pelarian, bencana alam dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka juga membiayai industri pornografi, pengedaran dadah, penyeludupan dan kegiatan mafia.

Kemudian muncul pula pertubuhan seperti The Round Table, ditubuhkan bersama oleh Cecil Rhodes (hartawan berlian) dan ejen Rothschild, Alfred Milner, berfungsi di sebalik situasi di dunia menerusi bantuan bank dunia dalam usaha untuk menekan kerajaan-kerajaan dunia bagi menyokong perlaksanaan New World Order.

Council on Foreign Relation (CFR) pula ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intellijen serta ahli perniagaan.

The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil). Pertubuhan ini berfungsi untuk memimpin ahli-ahli politik dan para penasihat mereka, eksekutif-eksekutif media, bank, syarikat-syarikat multinasional, ahli-ahli akademik dan pemimpin tentera di mana mereka kerap mengadakan forum-forum perbincangan untuk menentukan halatuju politik dunia mengikut acuan mereka.

Salah satu pertubuhan yang tidak kurang pentingnya, The Trilateral Commission yang diasaskan oleh David Rockefeller dalam tahun 1972-73 bertujuan menyatukan polisi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun secara rahsia. Pentadbiran Jimmy Carter adalah sokongan presiden mereka yang pertama dan banyak ahli dalam pentadbiran Jimmy Carter menjadi Trilateralist termasuk Zbigniew Brzezinski, penasihat keselamatan kebangsaan beliau dan pengarah pertama The Trilateral Commission.

Tidak sempurna rasanya jika tidak membincangkan tentang dua lagi kelompok yang sememangnya amat berperanan untuk membantu usaha untuk menguasai dunia ini. House of Rothschild telah lama membantu Dajjal Laknatullah dalam usaha untuk menguasai dunia. Diasaskan oleh Mayer Amschel Bauer (lahir pada tahun 1743 di Frankfurt; seorang Yahudi Jerman) yang kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild (Baju Besi);gelaran yang diberikan oleh kerajaan Jerman ketika itu sebagai perlindungan khas kepadanya. Rothschild menguasai perniagaan tukaran wang asing pada mulanya kemudian berkembang kepada perbankan antarabangsa. Kesemua dana dari perniagaannya disumbangkan kepada gerakan Dajal-Yahudi seperti mencetuskan revolusi dan peperangan.

Empayar Rockefeller pula diasaskan oleh John D. Rockefeller melalui aktiviti utamanya, perusahaan minyak oleh syarikat Standard Oil (syarikat induk bagi Exxonmobil dan Esso). Pengaruh Rockefeller dalam senario ekonomi dan politik dunia amatlah terbuka dan diketahui ramai. Contohnya pembiayaan perang Iraq.

Terdapat banyak lagi cabang-cabang pertubuhan rahsia atau disebut ‘secret society’ yang berjalan di balik tabir dalam usaha membantu ‘golongan elit’ tertentu. ‘Golongan elit’ ini pula mendapat arahan dari ejen-ejen Dajjal. Akhirnya mereka dipandu oleh Iblis Laknatullah yang amat keras permusuhannya terhadap manusia khasnya umat Islam.

1 Comment

Filed under Politik

SEKALI LAGI MAT REMPIT

Sesiapa yang tinggal dalam kota Kuala Lumpur sila pergi dan lihat wilayah Pantai Dalam. Lihat dan saksikan bom jangka yang sedang terpasang. Rumah rumah sempit. Keluarga besar. Hidup berhimpit-himpit. Padat dengan masalah sosial. Inilah ghetto dan inilah slum moden yang wujud di sekitar kota kita.

Persoalan timbul: Kenapa ketika rumah mereka didirikan tidak dibuat untuk keselesaan. Kenapa tidak dibuat tiga atau empat bilik, ada balcony dan ada taman rehat. Ada keselesaan untuk hidup. Kenapa orang miskin ini terus dimiskinkan. Kenapa ini lakukan ini terhadap orang miskin. Apakah nilai hidup mereka rendah sekali maka mereka dikandangkan seperti babi.

Perhatikan diwaktu malam kereta dan motosikal mereka beratur berlapis-lapis. Mereka tidak ada pilihan – wajib memiliki kereta atau motosikal untuk pergi menjual dan memburuh. Ini sengaja dirancang sebagai satu dasar untuk menggalakan pembelian kereta dan motosikal.

Sistem pengangkutan awam yang satu ketika dahulu agak tersusun telah dilupus. Kota Kuala Lumpur yang dahulunya cukup baik disambung oleh Seri Jaya tidak wujud lagi. Bas dua tingkat yang bergerak di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu kini hanya untuk pelancung. Sistem pengangkutan awam dianak tirikan untuk menyokong industri kereta.

Penduduk miskin kota ini tidak mungkin dapat memutuskan diri mereka dari jeratan lingkaran setan. Dari sinilah datangnya anak anak muda yang merempit ke hulu ke hilir. Dimana mereka hendak duduk. Rumah sempit. Hendak mengulang pelajaran tidak mungkin. Adik mahu menonton tv. Kakak telah mula mendewasa dan susunya telah membesar. Taman rekreasi tidak ada. Taman bola tidak ada. Dewan anak muda tidak ada. Nak bermain futsal – wajib membayar – semua milik towkay.

Bayangkan emak dan ayah nak mengentot pun susah sekali. Tidak mungkin kasih sayang akan muncul dari satu keluarga seperti ini. Tidak mungkin akan muncul Ibu Mithali dari kawasan ini. Graduan- graduan dari kawasan-kawasan ini hanya akan berjaya melahirkan pencopet, tokan ganja, kaki pau – nasib-nasib baik akan muncul Mat Rempit dan peniaga warong.

Kurang kawasan untuk dijadikan tempat rehat dan taman permainan?

Di sebelah stesen bas Pudu Raya dahulunya ialah padang yang maha luas. Lake Garden dahulunya ialah taman indah dan dirosakkan dengan jalan-jalan untuk kereta. Hutan simpan Bukit Ceylon di musnahkan untuk bangunan. Penarahan kawasan ini masih belum selesai. Di hadapan Stadium Negara dan Stadium Merdeka dahulunya ialah taman dan padang yang indah – sekarang tempat kepala bana letak kereta.

Jangan lupa – di Kuala Lumpur ada berselirat padang golf. Di kawasan-kawasan mewah ada pula taman-taman bunga. Ada padang tempat rehat. Kenapa yang kaya tahu berehat dan yang miskin di kulibatakkan. Apakah mereka yang duduk di kampong Kerinchi tidak tahu berehat. Tidak memerlukan ketenangan.

Bila kita melihat anak muda yang sedang merempit cuba berfikir jauh. Jangan hanya hendak mengutuk. Cuba selidiki dan tanya dari mana mereka ini. Apakah ada keselesaan dalam rumah mereka. Apakah ada kesempurnaan dalam persekitaran hidup mereka.

Lihat dan sedarlah – kebanyakkan mereka ini memburuh – di kedai dan gedung-gedung yang dimiliki oleh pemodal antarabangsa. Mat Rempit inilah yang menjadi kuli batak di Tesco, Seven Eleven, di Giant, StarBuck, MacDogal. Merekalah yang memburuh dipelbagai retaurant dan café yang dimiliki oleh syarikat pemodal antarabangsa.

Apakah betul kerajaan ada keinginan untuk memperbaiki hidup mereka?

Jika jujur dan berniat baik maka : Susun dan tubuhkan kesatuan pekerja di semua pasar raya. Tubuhkan kesatuan sekerja untuk semua pekerja di Seven Eleven, di Giant, di Tesco , di MacDogal, di Burger King, di warong-warong Rehat Lebuh Raya Utara Selatan. Pastikan mereka yang memburuh ini bukan hanya menjadi kuli batak untuk pemodal antarabangsa. Pastikan anak anak muda yang merempit ini dibayar selumayan mungkin. Pastikan mereka tidak ditindas dengan gaji yang kecil. Wujudkan gaji minima untuk seluruh buruh pekerja.

Ini baru langkah tepat yang mendahulukan warga. Bukan mendahulukan keuntungan untuk pemodal.

Jangan hanya pandai menghina anak anak muda yang merempit sebagai wabak. Mereka bukan penyakit. Mereka adalah sebahagian dari kita. Mereka adalah anak semua bangsa. Jangan hanya pandai mengutuk dan menangkap. (TT)

Leave a comment

Filed under Ekonomi