Daily Archives: 13 September 2009

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN II


Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Sejarah berlaku dimana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser yang datang kemudian. Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukannya dengan menaiki perahu atau kapal kecil tetapi diiringi oleh beribu orang tentera dan berpuluh-puluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunong tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan).

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayut’ia milik Wali Al-Mustapa yang pernah di tenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Noh Alaihissallam dan sebuah Masjid di puncak gunong tersebut (tapak istana ini masih ada di km3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina ‘rest house’ oleh penjajah inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, “Joo-rai?” bermakna, “siapa-duduk?”. Lantas, hingga ke hari ini gunong tersebut dikenali sebagai Gunong Jerai. Saya sendiri telah pergi melawat istana tersebut, masih ada lagi kelihatan ’tile’ dan anak tangganya. Kenapa tidak dibuat kajian atau carbon dating?. Tahukah saudara/i bahawa batu bersuratnya, tertulis “Aey ne (Ini)…”, dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris tapi terus dibenamkan kisahnya.

DARI BLOG NAIM FIRDAUSI,
Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu (jangan percaya pendapat penjajah ni). H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2].

Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab ‘in situ’ kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencilkan dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.[4]

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4] Ibid
…………………………………………………………………………

Baginda lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka dikawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Meraka membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah dan membina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar, sama saja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang dijumpai di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang.

Merong Maha Wong Ser bertanya kepada bapa mertuanya iaitu Wali Allah, Syed Jamal Al Jafri berkenaan istana yang dijumpai oleh tenteranya di atas gunong Jerai tersebut. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kisah Nabi Noh seperti mana tertulis di dalam Kitab Al-Quran. Surah Hud ayat 40- 48. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kepada menantunya, Merong Maha Wong Ser kisah anakanda Nabi Noh yang beriman pada Allah, bernama Wali Al Mustafa yang bersemayam di istana Ayut’ia Gunong Jerai Kedah dan Iskandar Zulkarnain, Raja Saiman China adalah dari keturunan Putera Nabi Noh Wali Al Mustafa yang bersemayam di Istana Ayut’ia di Gunong Jerai Kedah. Istana dan masjid ini lah yang menjadi milik Wali Al Mustapa sebelum banjir besar menenggelamkan gunung tersebut.

Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Ser. Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam akan tetapi dibuat cerita tahyul pasal Meriam yang besar jatuh kedalam sungai pula. Istana disitu dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin halim Syah. Tengok lah sendiri, istana zaman bila, raja daerah tadi zaman bila pula, tak ada kaitan langsung. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, jadi-permaisuri-tunggak-negara) dikurniakan seorang Putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. “Pho-diset” bermakna “lelaki-terbaik”.

Phodiset apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan di namakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). “Lanchang (lan-chang) bermaksud “Gerak Bijak”, satu tindakan kearah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam dan bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung dan kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). Ma-la-ka bermaksud marilah niaga dan ma-la-yu bernaksud, marilah duduk sini.

Perkataan Lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, ‘Lancang Kuning’ belayar malam, haluan menuju ke laut dalam, kalau nakhoda tidaklah faham, alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, lebih dulu digunakan maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu. Saya katakan disini, orang-orang Melayu dulu sememangnya pandai, maksud mereka tersirat dan mendalam. Yang bodohnya mereka-mereka hari ini (bukan saudara/i) yang banyak pakai logik dalam kehidupan seharian dan enggan menerima hakikat sejarah realiti bangsa sendiri. Antara lain, senikata lagu rakyat, “akan ku rampas walaupun di mulut naga” (perebutan kakasih) menunjukkan kepercayaaan sebegitu tetap ada dalam masyarakat kita zaman dahulu.

Thailand hari ini adalah sebahagian dari negeri Siam Lanchang Islam di zaman “Podiset” Syed Jamalul Alam Badrul Munir. Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukuthai tetapi oleh Raja Siam Islam bernama Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa. Dari mereka lah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang melayu pada hari ini.

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin, saya kata mungkin, agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, masih lagi memakai cawat. Renungkanlah. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi seperti mana tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah, Transliterasi Teks Penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005.

Dengan sebab itulah Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang dahulu, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar.

Puak Thai mengatakan kami meng’hijack’ sejarah mereka, pada hal mereka lah penyamun yang mencuri sejarah bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka membuka blog lain untuk menghentam kami sebab mereka takut dan bimbang rahsia ini diketahui umum. Tulisan mereka tidak ada isi, malah maki hamun dan terjemahan bahasa thai dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Nampak gayanya, puak Nyajud (Yakjuj) ini masih lagi menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka zaman dahulu. .

Bagi yang baik dan mengetahui, mereka tidak mahu mengaku mereka orang thai tetapi tetap berpegang mereka adalah orang siam, sebab itu adalah hakikat sebenar sejarah, dan mereka pun tahu. Kami sanjung tekad anda kerana walau hari ini kita berlainan agama tetapi kita tetap sebangsa asalnya, iaitu bangsa Siam yang pernah menjadi rakyat Nagara Benua Islam Siam Kedah. Lihatlah sendiri rupa paras anda, penguasaan bahasa Kedah anda, tidak bezanya dengan orang Melayu disini. Situasi yang sama boleh kita lihat di Indonesia dimana bukan semua orang Melayu berketurunan Jawa itu beragama Islam. Ini jelas.

Sekarang ini saya mohon kerjasama semua pembaca diblog ini sila hebahkan, kepada semua rakan-rakan, saudara mara, semuanya patut dan berhak tahu kisah sebenar bangsa kita, jangan ditutup lagi kerana ramai penduduk di Thailand termasuk pemimpin mereka sudah tahu, melalui kajian mereka sendiri. Tak ada apa yang perlu ditakutkan, kita bangsa yang merdeka. Hebahkan semasa pekena teh ke, kenduri kendara, berjumpa dihari raya dll. Sila hebahkan atau jadikan topik perbincangan.

Kembali kepada sejarah, Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah, tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf Kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu. Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak datang menyiasat?

6 Comments

Filed under Sejarah

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN I


Oleh T. Nai Long Kasim Ibni T. Nai Long Ahmad

Saya ingin menceritakan semula sejarah bangsa Siam Islam agar dapat dijadikan rujukan dan penyelidikan oleh peminat sejarah di Malaysia kemudian hari, sepertimana diwasiatkan kepada saya hampir 50 tahun yang lalu. Artikel-artikel kami sebelum ini telah menegaskan dengan lantang, bahawa bangsa Thai di Thailand hari ini bukanlah berasal dari bangsa Siam Islam yang kini menetap di negeri-negeri di Utara semenanjong Malaysia. Sejarah bangsa Siam ini (Xi’an, Chinese: 西安; pinyin: Xī’ān; Wade-Giles: Hsi-An; Postal System Pinyin: Sian; Portugese: Siam) seperti yang diwasiatkan kepada saya, ada tercatat didalam Al Quran. Kita teliti Al-Quran, surah Al Kahfi ayat 94 – 98 seperti berikut,

Ayat 94, Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Ayat 95, Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Ayat 96, Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.

Ayat 97, Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Ayat 98,(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Izinkan kami menceritakan sejarah yang kami ketahui. Walau ada banyak ‘version’ yang kita boleh baca hari ini, izinkan kami menceritakan ‘version’ kami pulak. Bagi kami Surah Al Kahfi menceritakan sejarah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus the Great) pendakwah agama Allah dari bangsa Siaman China. Perkataan “China” (Chey Na), adalah dari bahasa Siam bermakna “Datuk Petunjuk” yang bermaksud pendakwah agama yang memberi petunjuk agama Allah kejalan yang benar dan lurus. Bangsa Siam ketika itu adalah satu bangsa di negeri China, tinggal disebuah tempat bernama Saimen (xian) dizaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Orang-orang Arab dizaman dahulu menggelar bangsa Saimen ini sebagai Sumu Ul Amir. Sumu Ul Amir bermakna “satu bangsa darjat yang tinggi berketurunan raja”. Gelaran ini diberikan oleh kerana Raja Siam Iskandar Zulqarnain adalah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Daud yang di anugerahi oleh Allah SAW kitab Zabur.

“Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada nya”, Surah Al Kahfi, ayat 90.

Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut. “Majud” dalam bahasa Siam Kedah bermakna “mari berhenti”, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnain dan pengikut-pengikutnya.

Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan Yakjuj dan Makjuj bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulamak mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini tetapi dipisahkan daripada dunia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Huraian hadis diatas bagi kami adalah benar jika kami rujuk kepada wasiat yang sedia ada.

Allah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.

Dari kitab Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 96 diatas, menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mengujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Nyajud yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu Burung gergasi yang membawa batu dari neraka pun mampu dijadikan oleh Allah, memusnahkan tentera bergajah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, Datuk-Bunoh. Dengan itulah orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnain siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah iaitu Nyajud telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet tempat bangsa Yajuj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.

“It used to be thought that, before the 13th century, Tais had dominated a kingdom called Nanchao in Yunnan, but had been dispersed southwards by a Mongol attack in 1253. Scholars no longer hold this theory. Instead the evidence suggests long, slow Tai migration over many centuries, beginning in western China, or even further north, and spreading southwards from the 7th century (malah,lebih awal lagi)”. History of South Asia, Asean Focus group.

Bangsa Majud terus menetap dan menjadi bangsa Saimen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai,ms 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnain dinegeri China. Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan islam. Akan tetapi sewaktu memerentah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucius dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan?, kerana puak Nyajuj telah berpindah ke Tibet dan saki baki pengikut Confucius masih lagi ada di Negeri China ketika itu.

Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch’in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch’in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya”.

“To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch’in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth.”http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu. Pendapat kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawala’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca disini untuk direnungkan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun Ghaibulguyup. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas juga.

Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China(700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Mohammad SAW, Saad Bin Waqas telah diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 masihi). Maha Raja Siamen China Sai Ti Song dengan mudah telah menerima agama Islam kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnain yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerentahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam bermakna “naik jangkah”.

Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulongnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiyah ke Semenanjung Tanah Melayu manakala putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah Islamiyah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunong, dimana terdapat tinggalan istana dan masjid di punchaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, Naga Laut Pembesar Puak Tentera (bangsa Harimau).
Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.
b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.
c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.
d) Bo-ro-mo”bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.

Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di semenanjong, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan diatas. Raja Siamen China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat Kedah (watikah) kepada Puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada satu gunong dan mendarat dikawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).
Ser-ma-nan-jong bermaksud, Tentera-yang datang-lama-tergantong,
tha-naa bermaksud, menunggu-datuk
maa-la-yoo bermaksud, mari-lah-duduk

Bangsa Siam telah menuruti jalan kearah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh Alaihissallam, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung di gelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa siam iaitu “tempat duduk yang selamat”.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah seperti berikut,

Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud “Kawan Baik”
Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegor Menegor (dalam Ahli Bahtera Nabi Noh)”
“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam”

Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Kahfi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian menyeru ke agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadi tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Khafi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat diatas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.

Bahasa siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi sepertimana tulisan diblog ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, kami berpendapat ia haruslah dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita hari ini. InsyaAllah sudah ada pihak yang sedang mengusahakannya.

Nyajud dan Majud dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan disini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah SAW . Kelahiran kedua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kami tidak ketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Bukan disini tempatnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana tugas dan amanah untuk menceritakan semula sudah dijalankan. Walau bagaimana pun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.

1 Comment

Filed under Sejarah