Parti Keadilan, Hamba Amerika?

Apakah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam?
Jangan terpedaya. Parti Keadilan Turki adalah hamba Amerika. Ia adalah parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan.

Mereka yang terpedaya dengan silap mata Parti Keadilan ini mungkin akan merujuk ‘keberanian’ Perdana Menteri Turki Recep (cara baca ialah Rejab (macam bulan Rejab) Tayyip (yang bermaksud bagus) Erdogan yang memalukan Presiden Israel dalam sebuah persidangan antarabangsa ketika Gaza sedang hangat digasak Zionis awal tahun ini.

Sekali lagi, jangan terpedaya. Taktik Parti Keadilan ini kita tahu benar. Dalam pertemuan dengan Ariel Sharon misalnya Erdogan sangat menyebelahi boneka Amerika di Palestin, Mahmoud Abbas (sila lihat di sini), malah Erdogan sangat menyokong ‘road map’ bikinan Amerika dan Zionis. ‘

Strategi politik Parti Keadilan Turki ialah meraih minat pengundi muslim di negara tersebut dengan isu-isu hak asasi, integriti, membanteras rasuah dan sebagainya. Dan pengundi di Turki yang memang dahagakan itu semua (setelah lelah oleh pelbagai parti pemerintah yang korup dan pemerintahan tentera) pun tidak ada pilihan lain melainkan menyokong AKP.

Justeru, mereka melupakan hakikat Parti Keadilan Turki adalah salah satu lagi projek Amerika untuk pertama, menjadi ‘pemujuk’ Syria; kedua, mengimbangi kuasa dan pengaruh Republik Islam Iran, dan terakhir memberi suntikan besar untuk moderat dan liberalis di dunia Islam. Jika benar Parti Keadilan Turki berhasrat untuk mengangkat Islam, sudah lama kuasa Barat menghancurkannya seperti yang berlaku kepada Hamas (memenangi pilihan raya Palestina) dan FIS (yang pernah memenangi pilihan raya Algeria lama dahulu.)

Jadi, adakah Erdogan bermain sandiwara? Jawapannya ya. Jadi sesekali, Erdogan akan beraksi kerana memang Israel wajar dimarahi (tetapi kemarahan Erdogan tidak pernah diterjemahkan dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel) sedang di belakang pintu, Turki memerlukan Israel kerana pelaburan Yahudi amat besar di negara tersebut. Turki adalah pembeli kepada sistem satelit Ofeq yang dihasilkan oleh Israel, ini termasuklah sistem ‘Arrow missile air-defence’. Ini bermakna kemampuan militari dan perisikan Turki bergantung sepenuhnya kepada Zionis.

Eksport Israel ke Turki setiap tahun berjumlah $1.5 billion sementara import pula melebihi $1 billion. Turki telah lama merancang membina paip untuk membekalkan air, elektrik, gas dan minyak mentah kepada Israel. Januari 2000, Turki dan Israel menandatangani “Turkish Israeli free trade agreement” yang menjadikan Turki sebagai negara Islam pertama mempunyai perjanjian sedemikian dengan regim Zionis. Perjanjian itu juga menyatakan untuk membina paip tersebut. Israel memerlukan air Turki yang akan diambil dari Sungai Manavgat (lihat sini). AKP tentu tidak dapat mengabaikan perjanjian yang menguntungkan apabila mula berkuasa dalam tahun 2002 (lihat sini). Projek tersebut akan memberi keuntungan berlipat kali ganda buat kerajaan pimpinan Erdogan (lihat sini) yang menguasai kerajaan dengan slogan “AK Parti tidak ada agenda agama“. Tidak hairanlah 24 Mei 2004 selepas Erdogan mengecam pembunuhan as Syahid Shaikh Ahmad Yassin, firma separa kerajaan Zorlu Group dari Turki menandatangani projek bernilai 800 juta dengan Israel. Strategi ‘makan dua’ Parti Keadilan Turki ini lebih jelas apabila Menteri Luar Turki waktu itu Abdullah Gul (sekarang Presiden Turki) boleh menandatangani pembinaan zon industri dengan Palestin (kerajaan Abbas) dan Israel pada hari yang sama iaitu pada 31 April 2006.

Turki di bawah AKP juga memerlukan Mossad Israel bagi menahan pemimpin pemberontak Kurdish (PKK), Abdullah Ocalan.

Begitulah untuk mengimbangi emosi pengundi muslim Turki, AKP akan sekali-sekala ‘menghentak’ Israel tetapi kekal menjalinkan hubungan mesra di belakang. Sehingga di permukaan orang menyangka AKP adalah wira negara dan umat Islam, sedang di belakang keintimannya dengan Zionis tetap berjalan.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan cepat percaya. Biarlah Turki sahaja menjadi hamba Zionis dan Amerika.

Sesiapa yang dari sini merujuk Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, harus dicurigai dan lebih diwaspadai. Kerana Parti Keadilan Turki adalah ‘pet’ Amerika dan merupakan projek jaya negara penindas itu dalam mengekang kebangkitan sebenar gerakan Islam.

Jadi hairan apa, jika di sini; strategi mengupayakan kumpulan liberalis nampaknya dengan penuh gah sekali berjaya mengekang kemaraan dan keupayaan PAS yang sebenar, sehingga khabarnya pimpinan parti Islam tersebut diberi ‘amaran dan nasihat’ oleh proksi Ikhwanul Muslimin supaya segera menghindar diri dari kumpulan moderat liberal boneka Barat ini.

Leave a comment

Filed under Politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s