Monthly Archives: September 2009

Parti Keadilan, Hamba Amerika?

Apakah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam?
Jangan terpedaya. Parti Keadilan Turki adalah hamba Amerika. Ia adalah parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan.

Mereka yang terpedaya dengan silap mata Parti Keadilan ini mungkin akan merujuk ‘keberanian’ Perdana Menteri Turki Recep (cara baca ialah Rejab (macam bulan Rejab) Tayyip (yang bermaksud bagus) Erdogan yang memalukan Presiden Israel dalam sebuah persidangan antarabangsa ketika Gaza sedang hangat digasak Zionis awal tahun ini.

Sekali lagi, jangan terpedaya. Taktik Parti Keadilan ini kita tahu benar. Dalam pertemuan dengan Ariel Sharon misalnya Erdogan sangat menyebelahi boneka Amerika di Palestin, Mahmoud Abbas (sila lihat di sini), malah Erdogan sangat menyokong ‘road map’ bikinan Amerika dan Zionis. ‘

Strategi politik Parti Keadilan Turki ialah meraih minat pengundi muslim di negara tersebut dengan isu-isu hak asasi, integriti, membanteras rasuah dan sebagainya. Dan pengundi di Turki yang memang dahagakan itu semua (setelah lelah oleh pelbagai parti pemerintah yang korup dan pemerintahan tentera) pun tidak ada pilihan lain melainkan menyokong AKP.

Justeru, mereka melupakan hakikat Parti Keadilan Turki adalah salah satu lagi projek Amerika untuk pertama, menjadi ‘pemujuk’ Syria; kedua, mengimbangi kuasa dan pengaruh Republik Islam Iran, dan terakhir memberi suntikan besar untuk moderat dan liberalis di dunia Islam. Jika benar Parti Keadilan Turki berhasrat untuk mengangkat Islam, sudah lama kuasa Barat menghancurkannya seperti yang berlaku kepada Hamas (memenangi pilihan raya Palestina) dan FIS (yang pernah memenangi pilihan raya Algeria lama dahulu.)

Jadi, adakah Erdogan bermain sandiwara? Jawapannya ya. Jadi sesekali, Erdogan akan beraksi kerana memang Israel wajar dimarahi (tetapi kemarahan Erdogan tidak pernah diterjemahkan dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel) sedang di belakang pintu, Turki memerlukan Israel kerana pelaburan Yahudi amat besar di negara tersebut. Turki adalah pembeli kepada sistem satelit Ofeq yang dihasilkan oleh Israel, ini termasuklah sistem ‘Arrow missile air-defence’. Ini bermakna kemampuan militari dan perisikan Turki bergantung sepenuhnya kepada Zionis.

Eksport Israel ke Turki setiap tahun berjumlah $1.5 billion sementara import pula melebihi $1 billion. Turki telah lama merancang membina paip untuk membekalkan air, elektrik, gas dan minyak mentah kepada Israel. Januari 2000, Turki dan Israel menandatangani “Turkish Israeli free trade agreement” yang menjadikan Turki sebagai negara Islam pertama mempunyai perjanjian sedemikian dengan regim Zionis. Perjanjian itu juga menyatakan untuk membina paip tersebut. Israel memerlukan air Turki yang akan diambil dari Sungai Manavgat (lihat sini). AKP tentu tidak dapat mengabaikan perjanjian yang menguntungkan apabila mula berkuasa dalam tahun 2002 (lihat sini). Projek tersebut akan memberi keuntungan berlipat kali ganda buat kerajaan pimpinan Erdogan (lihat sini) yang menguasai kerajaan dengan slogan “AK Parti tidak ada agenda agama“. Tidak hairanlah 24 Mei 2004 selepas Erdogan mengecam pembunuhan as Syahid Shaikh Ahmad Yassin, firma separa kerajaan Zorlu Group dari Turki menandatangani projek bernilai 800 juta dengan Israel. Strategi ‘makan dua’ Parti Keadilan Turki ini lebih jelas apabila Menteri Luar Turki waktu itu Abdullah Gul (sekarang Presiden Turki) boleh menandatangani pembinaan zon industri dengan Palestin (kerajaan Abbas) dan Israel pada hari yang sama iaitu pada 31 April 2006.

Turki di bawah AKP juga memerlukan Mossad Israel bagi menahan pemimpin pemberontak Kurdish (PKK), Abdullah Ocalan.

Begitulah untuk mengimbangi emosi pengundi muslim Turki, AKP akan sekali-sekala ‘menghentak’ Israel tetapi kekal menjalinkan hubungan mesra di belakang. Sehingga di permukaan orang menyangka AKP adalah wira negara dan umat Islam, sedang di belakang keintimannya dengan Zionis tetap berjalan.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan cepat percaya. Biarlah Turki sahaja menjadi hamba Zionis dan Amerika.

Sesiapa yang dari sini merujuk Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, harus dicurigai dan lebih diwaspadai. Kerana Parti Keadilan Turki adalah ‘pet’ Amerika dan merupakan projek jaya negara penindas itu dalam mengekang kebangkitan sebenar gerakan Islam.

Jadi hairan apa, jika di sini; strategi mengupayakan kumpulan liberalis nampaknya dengan penuh gah sekali berjaya mengekang kemaraan dan keupayaan PAS yang sebenar, sehingga khabarnya pimpinan parti Islam tersebut diberi ‘amaran dan nasihat’ oleh proksi Ikhwanul Muslimin supaya segera menghindar diri dari kumpulan moderat liberal boneka Barat ini.

Leave a comment

Filed under Politik

Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka

Oleh: Ed

Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?

Gog

Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.

Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.

Di bawah ini adalah kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci, atau menyertai forum penulis di http://www.imranhosein.org/ untuk menyatakan bantahan atau buah fikiran.

Persoalan 1: Samada tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6

Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.Israel

Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut,  dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar?  Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

Persoalan 2: Samada Ya’juj & Ma’juj manusia?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 4

Yahudi telah kembali ke Bait al-Maqdis namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Ya’juj Ma’juj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Ya’juj & Ma’juj adalah manusia. Allah memberikan petunjuk mengenali Ya’juj & Ma’juj. Ini dijelaskan di dalam Surah al-Kahfi:

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi:92-98

Ya’juj & Ma’juj adalah manusia

1. Tembok buatan manusia hanya untuk manusia.

“…tembok di antara kami dengan mereka...”; al-Kahfi:97

Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Ya’juj & Ma’juj). Oleh itu dan jika mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.

2. Perbuatan melakukan kerosakan atau “fasad” ke atas manusia.

“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi...”; al-Kahfi:94

“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi...”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahfi menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.

3. Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Ya’juj & Ma’juj makhluk ghaib (jin?) tetapi berketurunan nabi-nabi.

4. Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke dalam neraka

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13

Ya’juj & Ma’juj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin atau manusia. Ya’juj & Ma’juj berketurunan Nabi Adam as dan oleh itu mereka bukan jin. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Terdapat pelbagai keterangan lain dan anda boleh merujuk buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World untuk mendapatkan keterangan penuh berserta gambaran peta dan gunung tersebut.

Persoalan 3: Di manakah kedudukan mereka?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 5

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
a. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Siapakah kaum Ya’juj & Ma’juj? Mereka puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap, jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, dan orang Yahudi berkulit gelap. Mereka kaum bersama Nabi Musa as menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah perdayaan Ya’juj & Ma’juj.

Persoalan 4: Di manakah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter

Darial Gorge

Anda boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates, iaitu tembok diperbuat daripada besi bercampur tembaga. Rombongan telah dihantar mencari tembok dibina Zulkarnain pada tahun 50 H dan menemui tembok telah musnah sepenuhnya.

Saya turut ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj (sekatan). Sekatan lain ke atas puak Yahudi Khazar ialah sebelum Peperangan Waterloo (1815). Pada zaman itu mereka dilayan hina, dan Nathan Mayer Rothschild (1777-1836) membiayai England dalam peperangan menentang Napoleon. Di antara tuntutan Rothschild sebagai balasan ialah Yahudi diberi hak dan perlindungan sama rata. Semenjak itu Rothschild menguasai Bank of England dan Yahudi Khazar hidup bebas.

Tiada lagi sekatan dan mereka 100% bebas menguasai dunia. Mereka bekerjasama dengan Knights Templar (Freemason) bagi mengatur perancangan supaya orang Yahudi berupaya pulang ke Israel dan membentuk sebuah negara bebas. Mereka merancang penjajahan negara lain dan memberi kemerdekaan setelah menukarkan sistem negara, menguasai industri utama dan meletakkan orang-orang mereka di dalam negara jajahan.Mereka malahan bekerjasama membentuk sistem perbankan, pertubuhan dan pelbagai badan menguasai dunia dan seluruh aspek kehidupan kita pada hari ini.

Persoalan 5: Siapakah “golongan” Ya’juj & Ma’juj?

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 7

Kita mengenali Yahudi Khazar sebagai bangsa Ya’juj & Ma’juj. Persoalannya hadis menyatakan bilangan mereka 999 daripada setiap 1,000 orang, dan mereka ini pula adalah manusia. Oleh itu siapakah manusia yang bermaksud 999 setiap 1,000 manusia? Siapakah Ya’juj & Ma’juj yang tidak terhitung banyaknya? Dalam erti kata lainnya, siapakah “manusia tidak terhitung”?

Jawapannya semua manusia yang termasuk golongan mereka. “Golongan” Ya’juj & Ma’juj ialah manusia seperti saya, keluarga saya, anda dan keluarga anda, pemimpin dan ulama yang anda sanjung dan semua manusia di dunia, iaitu mereka yang melaksanakan sistem diperkenalkan mereka ke dalam sistem di dalam negara kita. Siapakah lagi yang selama ini melakukan kerosakan jika bukan manusia yang mengamalkan sistem mereka?

Oleh itu 99.9% manusia adalah tergolong sebagai “golongan Ya’juj & Ma’juj” (Children of Gog & Magog) kerana melaksanakan sistem mereka. Akibat daripada ini lahirlah Ya’juj & Ma’juj berbangsa barat, melayu, india, cina dan semua bangsa yang melaksanakan sistem Ya’juj & Ma’juj. Dakwaan ini dijelaskan melalui surah al-Maa’idah:51:

“…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu…”; al-Maa’idah:51

Keterangan merujuk hari ini. Ini kerana Yahudi dan Kristian tidak menjadi teman rapat pada zaman dahulu. Sebab utama ialah Kristian mendakwa Yahudi bertanggung-jawab membunuh Jesus, iaitu tuhan mereka. Namun itu pada hari ini dan semenjak Peperangan Waterloo (1815) di antara England dan France, mereka bekerjasama.

Ya’juj & Ma’juj telah terlepas daripada sekatan kemanusiaan dan bekerjasama dengan Kristian bagi membentuk pelbagai sistem untuk menguasai dunia. Mereka membentuk “Gog & Magog World Order”.

Oleh itu apakah maksud “adalah dari golongan mereka” apabila hidup di zaman “Gog & Magog World Order” dan mereka bekerjasama menguasai dunia?

Pertamanya hanya terdapat dua golongan utama, iaitu golongan orang Islam atau golongan Ya’juj & Ma’juj. Keduanya ia bermaksud sesiapa yang mengambil dan melaksanakan sistem mereka akan terkeluar dari golongan orang Islam dan menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj. Allah akan membiarkan manusia mati sebagai golongan Ya’juj & Ma’juj kerana menyokong perlaksanakan sistem dan cara kehidupan mereka. Maksud selainnya ialah kita menerima nasib sama seperti mereka, iaitu kekal di neraka selamanya.

Selainnya ada yang berkata ini tidak mungkin kerana banyak yang bersyahadah dan melakukan solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. Perlu diingatkan kembali keterangan al-Maaidah:51 menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman!”, iaitu bermaksud mereka ini bukan sekadar Islam dan melakukan Rukun Islam, tetapi mereka malahan memenuhi semua rukun menjadi orang beriman. Mereka adalah orang beriman yang bergetar hati apabila sekadar hanya mendengar nama Allah swt.

Maka orang beriman yang melaksanakan sistem mereka akan menerima nasib yang sama. Berdasarkan alasan ini maka hadis yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj tidak terhitung dan 999 setiap 1,000 orang menjadi benar dan munasabah (samada kiraan berdasarkan “seorang dari sahabat” dan 999 dari kita? atau kiraan mengikut nisbah penduduk setiap zaman? Wallahualam).

Fakta ini malahan disokong fakta riba wang kertas dan transaksi melibatkan bank. Ini kerana surah al-Baqarah menyatakan pengistiharan peperangan oleh Allah swt dan Rasulullah saw ke atas orang yang mengambil riba, membayar riba, penulis riba dan saksi kepada perjanjian riba.

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”; al-Baqarah:275

99.9% akan ke neraka kerana riba wang kertas

Bagaimana seseorang tidak malu mengaku beriman apabila statusnya sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Ini satu pengakuan tidak munasabah dan iman sangkaan semata-mata (perasan). Maka melalui surah ini 99.9% bangsa dan golongan Ya’juj & Ma’juj dimasukkan ke neraka serta kekal di dalamnya.

Fakta lain ialah amalan syirik oleh 99.9% manusia melalui sistem pilihanraya dan kerajaan. Ini kerana persoalan penting di sini ialah siapakah yang berhak menentukan betul atau salah di dalam undang-undang jenayah (atau lainnya)? Allah? Agama? Kerajaan? Amerika atau British? Masyarakat? Hakim? Peguam? Berhala? Pokok Nangka? Semut? Lebah? Ketahuilah! amalan sistem kerajaan dan pilihanraya hari ini sama sekali mengenepikan kuasa Allah bagi menentukan kebenaran dan kesalahan (iaitu keadilan), dan adalah Syirik! Kesemua kuasa Allah telah diberikan kepada kerajaan, iaitu satu institusi (berhala) yang diberi berkuasa oleh rakyat bagi menentukan selain undang-undang Allah.

“..Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya..” (18:29)

“..sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian daripadanya..” (4:85)

“..Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya..” (18:26)

“..Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi (termasuk Malaysia), dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya..” (25:2)

“Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan” (55:07)

“Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan” (42:17)

“dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan” (57:25)

“Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur; dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya. Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi, lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)” (40:12)

“Allah menerangkan, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (3:18)

Bertanyalah: “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” (13:16)

“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi“. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..” (4:97)

Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka” (14:30)

Rakyat yang mengundi turut melakukan syirik. Ini kerana merakalah pihak yang merealisasikan kuasa yang membatalkan kuasa Allah. Mereka yang menjadi kakitangan kerajaan dan ahli politik mengamalkan syirik kerana bersumpah (semasa perlantikan) dan melaksanakan undang-undang sekular yang membatalkan kuasa Allah. Keseluruhan ini ditegaskan dengan ketiadaan pemakaian darurah bagi amalan syirik dan ayat yang jelas di dalam Al-Quran. (Rujukan lain: Secularism and its implicationsCan Muslims Vote in Elections of the Modern Secular State?).

Keterangan Surah Al-Baqarah dan amalan syirik di atas sepatutnya membuatkan hatinya seakan-akan tercabut kerana kedasyatannya. Namun itu bagi golongan Ya’juj & Ma’juj, kesemua ini tidak mendatangkan ketakutan dan menjadi hiburan menghalalkan yang haram. Mereka sentiasa sahaja mempunyai alasan untuk menyelisihinya.

Kepada yang beriman, fakta dan Gog & Magog World Order adalah ujian tersangat sukar. Sudah tentu dan siapakah tidak berakal menyangka Allah swt memberikan ujian mudah ke syurga? Soalan di sini sahaja telah pun membingungkan manusia  menjawabnya, maka tidak dapat dibayangkan pula apabila Allah swt pula menyoal di akhirat.

Dengan ujian kehidupan yang berat maka Rasulullah saw menyatakan akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. Rasulullah saw dengan itu memberi “perintah yang sangat tegas” untuk meninggalkan semua puak walau terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga mati, bemaksud pilihan mati bagi memelihara keimanan jauh lebih baik daripada menjadi golongan Ya’juj & Ma’juj.

Ianya juga perjuangan yang selari dengan cerita Ashaab’ul-Kahfi dan Ar-Raqiim di dalam Surah Al-Kahfi, iaitu pilihan antara “keimanan” atau “kehidupan dunia tanpa iman”. Dalam hadis lain pula Rasulullah saw memberikan gambaran kehidupan orang beriman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt…”. (HR Baihaqi)

Keterangan lain yang menyokong seperti yang terkandung di dalam Surah An-Nisaa:97

Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97

Berdasarkan di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah saw juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:

“…dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan — apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara — mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata…”; al-Ahzaab:36

Persoalan 6: Bilakah Dajjal muncul?

Jerusalem in the Quran

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim) Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun

1 hari = Sebulan

1 hari = Seminggu

37 hari = Seperti hari kita

Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:

1 hari = Setahun = British = Pound

1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar

1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)

37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal  dan memerintah dunia secara nyata

Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.

Sea of GalileaSea of Galilea

Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. Faktor lain adalah kemarau berpanjangan berlaku 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal (Ini adalah petunjuk daripada Allah bagi ketibaan Dajjal, dan kemarau yang menjadi rahmat terbesar kepada orang beriman kerana berupaya melatih keimanannya untuk mengalahkan Dajjal).

A lengthy hadith narrated by Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, and ad-Dhiyaa’, attributed to Abu Umamah, reports that the Prophet of Allah, sallallahu `alaihi wa sallam, said, “There will be three hard years before the Dajjal (appears). During them, people will be stricken by a great famine. In the first year, Allah will command the sky to withhold a third of its rain, and the earth to withhold a third a third of its produce. In the second year, Allah will command the sky to withhold two thirds of its rain, and the earth to withhold two thirds of its produce. In the third year, Allah will command the sky to withhold all of its rain, and it will not rain a single drop of rain. He will command the earth to withhold all of its produce, and no plant will grow. All hoofed animals will perish, except that which Allah wills.” He (sallallahu `alaihi wa sallam) was asked, ‘What sustains people during that time?’ He said, “Tahlil, takbir and tahmid (Saying, la ilaha ill Allah, Allahu Akbar and al-hamdulillah). This will sustain them just as food does.” [Sahih Al-Jami` as-Saghir, no. 7875]

Oleh itu peringkat kemarau dan kekeringan air Sea of Galilea adalah peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini…”  (HR Muslim). Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan serta mengatakan air ‘Sea of Galilea’ akan menjadi kering (HR Muslim).

Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj masih belum keluar, maka apakah penjelasan mereka air Sea of Galilea yang sepatutnya digunakan Ya’juj & Ma’juj telah menjadi kering sebelum kemunculan Ya’juj & Ma’juj itu sendiri?

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dsbnya.

Maintain humanity under 500 millionHuh? What does it mean to maintain “humanity” under 500 million?

Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada nuklear radiasi, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”. Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.

Nuclear

Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.

Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung...”; al-Hajj:47

Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5

Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:

1 hari = Setahun = 1,000 tahun

1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun

1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun

Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan

= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walaubagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan  (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15

Penutup

Bantu sebarkan maklumat ini dan kasihani mereka dan keluarga yang mungkin mencari hidayah dan hendak beriman. Sesiapa mahu beriman boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk beriman. Sesiapa sekadar beriman dengan Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffar) atau Ar-Rahman (Maha Pengasih), ketahuilah Allah itu Al-Ahad, dan oleh itu pada masa sama Allah swt juga adalah Al-Jabbar (Maha Memaksa), Al-Mudzillu (Maha Menghinakan), Al-Hakam (Maha Menghukum), Al-Adlu (Maha Adil), Al-Hasib (Maha Menghitung), dan Al-Muntaqim (Maha Menyeksa). Maka keluarlah daripada angan-angan tanpa amal sebenar (pengabdian) dan fikirkanlah situasi sebenar di akhirat apabila 99 sifat Allah swt dari asmaNya adalah satu. Allah swt itu Al-Ahad dan tiada yang menyamaiNya, itulah Allah swt sebenar-benarnya.

Perbincangan sekadar bacaan kepada mereka ingin membuka minda, berkongsi dan mencari kebenaran. Tiada niat menghalang “kemajuan dan permodenan” kerana kesuntukan masa yang ada untuk persediaan peringkat akhir Gog & Magog World Order. Oleh itu masa yang ada lebih berfaedah digunakan menyelamatkan keimanan sendiri dari memikirkan menjawab alasan tidak pernah habis daripada yang tidak berminat untuk beriman.

Selainnya dan kepada mereka yang bersungguh hendak beriman, ini panggilan terakhir membuat perubahan dan bersungguh-sungguh bertaubat dari kesemua riba, amalan syirik sistem negara sekular, dan segala kemaksiatan. Masa yang ada untuk melatih dan betul-betul memperteguhkan keimanan bagi menghadapi zaman Dajjal. Mereka berusaha membentuk komuniti untuk berhijrah membina perkampungan yang membolehkan mereka mengamalkan kehidupan sebagai orang Islam yang bebas daripada dosa-dosa besar. Mereka mengambil pelajaran dari Surah Al-Kahfi dan bergerak kepada perjuangan yang sama dari cerita Ashaab’ul-Kahfi.

Wallahu a‘lam bish-shawab.

.

“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam:70

“…Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku; oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu…”; Al-Quran: al-Maaidah:25

“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39

11 Comments

Filed under Agama dan Islam

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN II


Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Sejarah berlaku dimana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser yang datang kemudian. Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukannya dengan menaiki perahu atau kapal kecil tetapi diiringi oleh beribu orang tentera dan berpuluh-puluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunong tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan).

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayut’ia milik Wali Al-Mustapa yang pernah di tenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Noh Alaihissallam dan sebuah Masjid di puncak gunong tersebut (tapak istana ini masih ada di km3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina ‘rest house’ oleh penjajah inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, “Joo-rai?” bermakna, “siapa-duduk?”. Lantas, hingga ke hari ini gunong tersebut dikenali sebagai Gunong Jerai. Saya sendiri telah pergi melawat istana tersebut, masih ada lagi kelihatan ’tile’ dan anak tangganya. Kenapa tidak dibuat kajian atau carbon dating?. Tahukah saudara/i bahawa batu bersuratnya, tertulis “Aey ne (Ini)…”, dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris tapi terus dibenamkan kisahnya.

DARI BLOG NAIM FIRDAUSI,
Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu (jangan percaya pendapat penjajah ni). H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2].

Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab ‘in situ’ kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencilkan dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.[4]

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4] Ibid
…………………………………………………………………………

Baginda lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka dikawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Meraka membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah dan membina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar, sama saja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang dijumpai di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang.

Merong Maha Wong Ser bertanya kepada bapa mertuanya iaitu Wali Allah, Syed Jamal Al Jafri berkenaan istana yang dijumpai oleh tenteranya di atas gunong Jerai tersebut. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kisah Nabi Noh seperti mana tertulis di dalam Kitab Al-Quran. Surah Hud ayat 40- 48. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kepada menantunya, Merong Maha Wong Ser kisah anakanda Nabi Noh yang beriman pada Allah, bernama Wali Al Mustafa yang bersemayam di istana Ayut’ia Gunong Jerai Kedah dan Iskandar Zulkarnain, Raja Saiman China adalah dari keturunan Putera Nabi Noh Wali Al Mustafa yang bersemayam di Istana Ayut’ia di Gunong Jerai Kedah. Istana dan masjid ini lah yang menjadi milik Wali Al Mustapa sebelum banjir besar menenggelamkan gunung tersebut.

Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Ser. Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam akan tetapi dibuat cerita tahyul pasal Meriam yang besar jatuh kedalam sungai pula. Istana disitu dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin halim Syah. Tengok lah sendiri, istana zaman bila, raja daerah tadi zaman bila pula, tak ada kaitan langsung. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, jadi-permaisuri-tunggak-negara) dikurniakan seorang Putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. “Pho-diset” bermakna “lelaki-terbaik”.

Phodiset apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan di namakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). “Lanchang (lan-chang) bermaksud “Gerak Bijak”, satu tindakan kearah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam dan bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung dan kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). Ma-la-ka bermaksud marilah niaga dan ma-la-yu bernaksud, marilah duduk sini.

Perkataan Lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, ‘Lancang Kuning’ belayar malam, haluan menuju ke laut dalam, kalau nakhoda tidaklah faham, alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, lebih dulu digunakan maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu. Saya katakan disini, orang-orang Melayu dulu sememangnya pandai, maksud mereka tersirat dan mendalam. Yang bodohnya mereka-mereka hari ini (bukan saudara/i) yang banyak pakai logik dalam kehidupan seharian dan enggan menerima hakikat sejarah realiti bangsa sendiri. Antara lain, senikata lagu rakyat, “akan ku rampas walaupun di mulut naga” (perebutan kakasih) menunjukkan kepercayaaan sebegitu tetap ada dalam masyarakat kita zaman dahulu.

Thailand hari ini adalah sebahagian dari negeri Siam Lanchang Islam di zaman “Podiset” Syed Jamalul Alam Badrul Munir. Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukuthai tetapi oleh Raja Siam Islam bernama Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa. Dari mereka lah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang melayu pada hari ini.

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin, saya kata mungkin, agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, masih lagi memakai cawat. Renungkanlah. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi seperti mana tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah, Transliterasi Teks Penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005.

Dengan sebab itulah Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang dahulu, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar.

Puak Thai mengatakan kami meng’hijack’ sejarah mereka, pada hal mereka lah penyamun yang mencuri sejarah bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka membuka blog lain untuk menghentam kami sebab mereka takut dan bimbang rahsia ini diketahui umum. Tulisan mereka tidak ada isi, malah maki hamun dan terjemahan bahasa thai dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Nampak gayanya, puak Nyajud (Yakjuj) ini masih lagi menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka zaman dahulu. .

Bagi yang baik dan mengetahui, mereka tidak mahu mengaku mereka orang thai tetapi tetap berpegang mereka adalah orang siam, sebab itu adalah hakikat sebenar sejarah, dan mereka pun tahu. Kami sanjung tekad anda kerana walau hari ini kita berlainan agama tetapi kita tetap sebangsa asalnya, iaitu bangsa Siam yang pernah menjadi rakyat Nagara Benua Islam Siam Kedah. Lihatlah sendiri rupa paras anda, penguasaan bahasa Kedah anda, tidak bezanya dengan orang Melayu disini. Situasi yang sama boleh kita lihat di Indonesia dimana bukan semua orang Melayu berketurunan Jawa itu beragama Islam. Ini jelas.

Sekarang ini saya mohon kerjasama semua pembaca diblog ini sila hebahkan, kepada semua rakan-rakan, saudara mara, semuanya patut dan berhak tahu kisah sebenar bangsa kita, jangan ditutup lagi kerana ramai penduduk di Thailand termasuk pemimpin mereka sudah tahu, melalui kajian mereka sendiri. Tak ada apa yang perlu ditakutkan, kita bangsa yang merdeka. Hebahkan semasa pekena teh ke, kenduri kendara, berjumpa dihari raya dll. Sila hebahkan atau jadikan topik perbincangan.

Kembali kepada sejarah, Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah, tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf Kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu. Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak datang menyiasat?

6 Comments

Filed under Sejarah

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN I


Oleh T. Nai Long Kasim Ibni T. Nai Long Ahmad

Saya ingin menceritakan semula sejarah bangsa Siam Islam agar dapat dijadikan rujukan dan penyelidikan oleh peminat sejarah di Malaysia kemudian hari, sepertimana diwasiatkan kepada saya hampir 50 tahun yang lalu. Artikel-artikel kami sebelum ini telah menegaskan dengan lantang, bahawa bangsa Thai di Thailand hari ini bukanlah berasal dari bangsa Siam Islam yang kini menetap di negeri-negeri di Utara semenanjong Malaysia. Sejarah bangsa Siam ini (Xi’an, Chinese: 西安; pinyin: Xī’ān; Wade-Giles: Hsi-An; Postal System Pinyin: Sian; Portugese: Siam) seperti yang diwasiatkan kepada saya, ada tercatat didalam Al Quran. Kita teliti Al-Quran, surah Al Kahfi ayat 94 – 98 seperti berikut,

Ayat 94, Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Ayat 95, Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Ayat 96, Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.

Ayat 97, Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Ayat 98,(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Izinkan kami menceritakan sejarah yang kami ketahui. Walau ada banyak ‘version’ yang kita boleh baca hari ini, izinkan kami menceritakan ‘version’ kami pulak. Bagi kami Surah Al Kahfi menceritakan sejarah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus the Great) pendakwah agama Allah dari bangsa Siaman China. Perkataan “China” (Chey Na), adalah dari bahasa Siam bermakna “Datuk Petunjuk” yang bermaksud pendakwah agama yang memberi petunjuk agama Allah kejalan yang benar dan lurus. Bangsa Siam ketika itu adalah satu bangsa di negeri China, tinggal disebuah tempat bernama Saimen (xian) dizaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Orang-orang Arab dizaman dahulu menggelar bangsa Saimen ini sebagai Sumu Ul Amir. Sumu Ul Amir bermakna “satu bangsa darjat yang tinggi berketurunan raja”. Gelaran ini diberikan oleh kerana Raja Siam Iskandar Zulqarnain adalah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Daud yang di anugerahi oleh Allah SAW kitab Zabur.

“Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada nya”, Surah Al Kahfi, ayat 90.

Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut. “Majud” dalam bahasa Siam Kedah bermakna “mari berhenti”, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnain dan pengikut-pengikutnya.

Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan Yakjuj dan Makjuj bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulamak mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini tetapi dipisahkan daripada dunia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Huraian hadis diatas bagi kami adalah benar jika kami rujuk kepada wasiat yang sedia ada.

Allah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.

Dari kitab Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 96 diatas, menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mengujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Nyajud yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu Burung gergasi yang membawa batu dari neraka pun mampu dijadikan oleh Allah, memusnahkan tentera bergajah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, Datuk-Bunoh. Dengan itulah orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnain siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah iaitu Nyajud telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet tempat bangsa Yajuj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.

“It used to be thought that, before the 13th century, Tais had dominated a kingdom called Nanchao in Yunnan, but had been dispersed southwards by a Mongol attack in 1253. Scholars no longer hold this theory. Instead the evidence suggests long, slow Tai migration over many centuries, beginning in western China, or even further north, and spreading southwards from the 7th century (malah,lebih awal lagi)”. History of South Asia, Asean Focus group.

Bangsa Majud terus menetap dan menjadi bangsa Saimen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai,ms 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnain dinegeri China. Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan islam. Akan tetapi sewaktu memerentah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucius dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan?, kerana puak Nyajuj telah berpindah ke Tibet dan saki baki pengikut Confucius masih lagi ada di Negeri China ketika itu.

Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch’in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch’in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya”.

“To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch’in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth.”http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu. Pendapat kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawala’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca disini untuk direnungkan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun Ghaibulguyup. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas juga.

Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China(700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Mohammad SAW, Saad Bin Waqas telah diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 masihi). Maha Raja Siamen China Sai Ti Song dengan mudah telah menerima agama Islam kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnain yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerentahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam bermakna “naik jangkah”.

Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulongnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiyah ke Semenanjung Tanah Melayu manakala putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah Islamiyah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunong, dimana terdapat tinggalan istana dan masjid di punchaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, Naga Laut Pembesar Puak Tentera (bangsa Harimau).
Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.
b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.
c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.
d) Bo-ro-mo”bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.

Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di semenanjong, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan diatas. Raja Siamen China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat Kedah (watikah) kepada Puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada satu gunong dan mendarat dikawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).
Ser-ma-nan-jong bermaksud, Tentera-yang datang-lama-tergantong,
tha-naa bermaksud, menunggu-datuk
maa-la-yoo bermaksud, mari-lah-duduk

Bangsa Siam telah menuruti jalan kearah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh Alaihissallam, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung di gelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa siam iaitu “tempat duduk yang selamat”.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah seperti berikut,

Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud “Kawan Baik”
Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegor Menegor (dalam Ahli Bahtera Nabi Noh)”
“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam”

Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Kahfi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian menyeru ke agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadi tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Khafi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat diatas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.

Bahasa siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi sepertimana tulisan diblog ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, kami berpendapat ia haruslah dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita hari ini. InsyaAllah sudah ada pihak yang sedang mengusahakannya.

Nyajud dan Majud dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan disini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah SAW . Kelahiran kedua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kami tidak ketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Bukan disini tempatnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana tugas dan amanah untuk menceritakan semula sudah dijalankan. Walau bagaimana pun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.

1 Comment

Filed under Sejarah

Adolf Hitler, Yahudi dan Perang Dunia Kedua

Penulis : Noor Muzamil Mohammad (melliodosis@yahoo.com)

Apabila Perang Dunia Pertama berakhir, perang untuk minyak masih lagi berterusan. British menguasai kawasan minyak di Iraq dan Standard Oil (dikuasai John D. Rockefeller yang sekarang ni Exxom-Mobil dan Chevron Oil) sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mendapatkan kawasan minyak tersebut.

Maka apa yang Rockfeller buat adalah ‘melancarkan perang’ terhadap negaranya sendiri iaitu USA dan memberi bantuan kewangan kepada Hitler untuk naik dan berkuasa, maka memudahkan Rockefeller menguasai kawasan minyak tersebut apabila keadaan perang dan huru-hara.

Ayah kepada Hitler, Alois Hitler diragui anak kepada Johann Georg Hiedler . Maka penyiasatan dilakukan oleh polis Austria atas arahan Chancellor Jerman pada masa itu, Dollfuss. Setelah penyiasatan terperinci dijalankan, maka satu dokumen sulit disediakan dan nenek kepada Hitler, Maria Anna Schicklgruber telah bekerja dengan keluarga Rothschilds di Austria.

Baron Rothschilds telah melakukan hubungan sulit dengan Maria sehingga mengandung. Apabila mengetahui Maria mengandung, keluarga Rothschilds telah menghantar secara rahsia Maria ke Spita, Jerman dan melahirkan anak iaitu Alois Hitler, bapa kepada Hitler. Ini membuatkan susur galur Hitler terdapat darah Yahudi padanya kerana Alios Hitler (bapa kepada Adolf Hitler) anak haram kepada Baron Rothschilds.

Oleh kerana Rockefeller mengetahui bahawa Hitler adalah sedarah denngannya iaitu darah Yahudi dan keturunan kepada rakan baik dan sekutu rapat beliau, Rothchilds maka Rockefeller bersama Jacob Schiff, Prescott Bush (datuk kepada George W. Bush), Paul Warburg (Banker USA), Paul Warburg (Jerman), Alfried Krupp von Bohlen telah mengeluarkan dana yang banyak untuk menaikkan Hitler ke puncak kekuasaan dan menjadi Chancellor dan Fuhrer (pemerintah tertinggi) Jerman.

Mereka juga telah mengeluarkan dana yang besar supaya Hitler memulakan Perang Dunia Kedua supaya Rockefeller dapat mengusai kawasan minyak tersebut dan para banker tersebut dapat mengusai ekonomi yang lemah semasa perang.

Dalam masa sama, seorang lagi Yahudi, Pierre S. du Pont, yang juga merupakan sekutu kuat kepada Rockefeller dan Rothcschilds dari syarikat kejuruteraan ketenteraan terbesar pada masa tu (dan pada masa sekarang juga, Syarikat DuPont, telah mendapat keuntungan besar hasil jualan alatan ketenteraan dan senjata kepada kedua-dua pihak yang berperang (Paksi dan Perikatan).

Rockefeller pula telah mendapat keuntungan USD 200 juta (USD 200 juta pada masa tersebut bersamaan USD 20 trillion masa sekarang) atas Perang Dunia Kedua dan juga dapat mengusai kawasan minyak di Iraq yang tersebut.

Dalam masa sama, rancangan terbesar mereka untuk memindahkan Yahudi ke tanah Israel juga dikatakan berjaya. Mereka membiayai Hitler untuk mewujudkan peristiwa Holocoust untuk membuatkan Yahudi berasa perlu berhijrah ke Israel untuk rasa selamat. Padahal, hanya sedikit sahaja Yahudi yang dibunuh (tidak sampai 5000 orang yahudi), itupun yang degil dan ingkar untuk berhijrah ke Israel.

Hitler yang mengetahui dokumen sulit susur-galur dirinya dengan Rothschilds telah cuba merancang pembunuhan ke atas Chancellor Dullfuss. Setelah rancangan puak Yahudi tersebut berjaya (mendapat kawasan minyak, membuatkan yahudi berasa untuk pindah ke Israel yang baru diwujudkan dan membesarkan Israel, mendapat penguasaan ekonomi dan syarikat besar, mendapat keuntungan berlipat-kali ganda), maka mereka telah menamatkan perang tersebut dengan pengusaaan pihak Allies ke atas Berlin selepas Jerman dibom bertalu-talu, dan selepas kekalahan teruk Jerman di Stalingrad (sekarang ini St. Petersburg) dan penyerahan kalah Jepun selepas dibom bertalu-talu hingga kemuncak dibom dengan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki. Peristiwa pembohongan terbesar dalam sejarah iaitu Holocaust juga telah berjaya diwujudkan untuk kepentingan Yahudi laknat.

Hitler telah membunuh diri disebabkan arahan ‘pihak atasan’ Yahudi tersebut untuk menutup segala rahsia perancangan perang tersebut. Ada mengatakan, Hitler telah diseludup secara rahsia ke Argentina atau Chile dan mati akibat sakit di sana.

1 Comment

Filed under Sejarah

Sejarah Lagu Negaraku

Negaraku (1957)

Terang Bulan (1947)

Allah Lanjutkan Usia Sultan (1901)

Mamula Moon. The song was composed by Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)


Leave a comment

Filed under Sejarah

Bendera Rakyat (1947)


Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.

Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:

12 biji bintang

  • 12 negeri yang bergabung di Malaya
  • 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
  • 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)

Warna kuning bintang

  • Keadilan dan kedaulatan rakyat
  • Perlembagaan Rakyat diiktiraf
  • Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima

  • Ketuhanan
  • Kedaulatan rakyat
  • Keadilan sosial
  • Kebajikan
  • Kebangsaan

Warna merah

  • Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya

Warna putih

  • Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat

Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.

Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

Leave a comment

Filed under Sejarah