Monthly Archives: October 2009

EKONOMI KITA – satu pandangan



Baru ini  Presiden Bank Dunia Robert Zoellick telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengangguran semakin melonjak. Krisis ekonomi yang sedang merebak ini akan membawa padah yang maha besar.

Ini suara bapak kapitalis.

Selepas itu Paul Krugman, pakar ekonomi telah berkata – mengasaskan ekonomi dengan eksport tidak akan membantu. Ini dibuktikan dengan Jepun yang telah lebih dari 10 tahun sengsara kerana produk ekspot tidak menemui pasaran.

Ini suara pembodek kapitalis.

Di Malaysia ekonomi kita yang bersandarkan eksport sedang menguncup. Zaman meleset – recession – akan sampai atau telah pun berada bersama kita. Pihak berwajib masih belum berani megakui hakikat ini.

Pihak berwajib masih lagi dalam alam ‘denial’. Mereka lupa de nile ialah sebuah sungai di Mesir.

Langkah terbijak dalam keadaan ini ialah menggariskan satu dasar ekonomi yang berasaskan pertanian dan bukan menggunakan teori Keynesian yang mengajukan kerajaan berbelanja membuat projek mega.

Rangsangan ekonomi seharusnya mengerakkan warga ke arah bercucuk tanam. Berbilion ringgit yang akan dikeluarkan – (entah dari mana nak di cekup – ini satu soal yang lain ) – seharusnya membantu, merangsang dan menggerak pertanian.

Makanan lebih penting dari Ipod. Makanan lebih penting dari beg Luis Vuitton. Makan lebih penting dari kereta.

Syarikat membuat kereta nasional seharusnya membuat injin yang bersangkutan dengan pertanian. Buat trektor bukan Kancil. Buat pembajak bukan Waja.

Ramai warga akan kehilangan pekerjaan. Angka terus meningkat.

Jenayah akan meningkat juga. Kes ragut, samun, rompak, pecah rumah akan meningkat. Kita tidak perlu dapat MBA dari Yale untuk mengetahui bahawa bila ekonomi merundum – jenayah akan naik.

Makanan wajib dijadikan sasaran utama. Pengeluaran makan kita wajib cukup. Tidak perlu membeli sayur dari Taiwan, Indonesia atau Thailand. Hentikan membeli ayam dari Siam. Pilihara ayam sendiri. Hentikan membeli buah buah dari Siam. Tanam sendiri. Tidak perlu membeli beras dari Siam. Tanam sendiri.

Buruh impot yang ada hari ini wajib di hantarkan pulang ke negara mereka. Ekonomi kita tidak seharusnya bergantung dengan buruh impot yang murah. Buruh impot murah tidak menjana pembangunan fikrah penyelidikan dan teknoloji.

Buruh impot ini bekerja di kilang membuat produk eksport. Pasaran eksport telah padam. Ini hakikat. Amerika Syarikat rakan niaga kita yang utama tidak lagi mengimpot produk-produk. WalMart sedang dipenuhi oleh barangan dari China. Bilik simpanan WalMart telah melimpah ruah. Beratus-ratus kilang di China kerana produk tidak ada pasatan.

Satu dasar pertanian baru wajib difikirkan bukan sahaja oleh pemerintah tetapi oleh semua warga negara.

Kurangkan berpolitik dan banyakkan bertani.(TT)

2 Comments

Filed under Ekonomi

HIDUP TANPA WANG

Lakota Sage Lame DeerLakota Sage Lame Deer

“… Sebelum saudara-saudara putih kami datang untuk membudayakan kami, kami tidak ada penjara. Oleh kerana itu kami tidak ada penjahat. Anda tidak boleh mempunyai penjahat tanpa penjara. Kami tidak ada kunci atau mangga, dan jadi kami tidak ada pencuri. Jika seorang laki-laki itu sangat miskin sehingga ia tidak punya kuda, tipi atau selimut, seseorang memberinya benda-benda seperti ini. Kami terlalu mundur untuk menetapkan nilai yang tinggi pada barang-barang peribadi. Kami mahu memiliki benda-benda ini hanya untuk diberi kepada mereka. Kami tidak punya wang, dan kerananya nilai seorang individu tidak boleh diukur dengan wang. Kami tidak mempunyai undang-undang bertulis, tidak ada peguam atau ahli politik, kerana itu kami tidak mungkin menipu. Kami berada dalam keaadaan yang benar-benar teruk sebelum orang kulit putih datang, dan saya tidak tahu bagaimana kita berjaya hidup bersama tanpa benda-benda asas ini, kita diberitahu, yang sebenarnya amat diperlukan untuk menjadi masyarakat beradab …“; Lakota Sage Lame Deer (daripada John Lame Deer, Seeker of Visions)

DAPATKAH ANDA HIDUP TANPA DUIT? AYUH BERJUMPA DENGAN ORANGNYA


Daniel Suelo didalam guanyaDaniel Suelo didalam guanya

DANIEL SUELO HIDUP DIDALAM GUA. Tidak seperti kebanyakan orang Amerika–rata-rata bergelumang dengan hutang kad kredit, bergantung kepada cagaran, takut dengan pengurangan tenaga kerja di pejabat–Dia tidak bimbang dengan krisis ekonomi. Itu kerana dia tahu bahawa cara terbaik untuk terus tak bankrap adalah untuk tidak pernah menjadi bankrap pada mulanya. Sembilan tahun yang lalu, pada musim gugur 2000, Suelo memutuskan untuk berhenti menggunakan wang. Dia terus berhenti, seperti tabiat ketagih dadah.

Kediamannya, yang tersembunyi di lembah yang tinggi berjajar dengan air terjun, dengan satu jam berjalan kaki dari bandar gurun Moab, Utah, di mana orang-orang yang mengenalinya mempunyai dua pandangan: Dia adalah orang yang waras atau cuma orang Batak yg tidak dapat ditukarkan. Blog Suelo, dikemaskinikan percuma di perpustakaan awam Moab, menunjukkan bahawa dia keduanya. “Ketika saya tinggal dengan wang, saya selalu kesempitan,” tulisnya. Wang mewakili kesempitan. Wang mewakili hal-hal di masa lalu (hutang) dan hal-hal di masa depan (kredit), tapi wang tidak pernah betul-betul mewakili apa yang benar-benar ada sekarang.”

Pada hari yang panas di awal musim bunga, saya memanjat di sepanjang satu set tebing batu merah ke mulut guanya, di mana saya jumpa satu catatan ditandatangani dengan wajah ’smiley’: CHRIS, JANGAN MALU-MALU MENGGUNAKAN APA PUN, MAKAN APA PUN, YANG KAU NAK (SEMUA INI BUKAN MILIK AKU). Dari luar, tempat itu kelihatan seperti titisan air mata yang berlubang, lebih kurang saiz bilik mandi keretapi Amtrak, dengan ruang yang cukup untuk beberapa pot yang tergantung dari langit-langit, dapur di bawah batu eave, baldi besar penuh dengan kacang-kacang dan beras, tempat tidur berselimut di tanah, dan barang-barang lain sikit. Suelo sudah di sini selama tiga tahun, dan bau tempat itu pun dah macam dia.

.

Temuramah bersama Daniel Suelo

.

David SueloDaniel Suelo

.

1. Mengapa Anda Hidup Tanpa Duit?

.

Inilah satu-satunya cara yang saya tahu untuk hidup dengan kesedaran sebenar.

Alasannya banyak. Berikut adalah beberapa alasan yang utama:

(A) Ia berdasarkan naluri. Ia kerana (B) alasan politik, (C) alasan rohani, (D) alasan kesihatan (mental dan kesihatan fizikal), (E) alasan ekonomi, dan kerana (F) , keseronokan semata-mata, serius:

  • (A) Ia berdasarkan naluri

Sebenarnya, awak, saya dan semua manusia hidup tanpa wang atau duit, tanpa Kesedaran Kredit & Hutang, ketika kita dilahirkan. Diri kita yang sebenar sudah hidup tak berduit. Selebihnya hanyalah ilusi palsu. Gaya hidup ini adalah sifat dan keinginan kanak-kanak. Setiap budak atau orang muda yang saya dah bersembang, yang belum lagi diprogramkan oleh ‘the Man’, merasakan perkara ini sempoi.

.Semua makhluk, segala alam semesta, di luar lingkungan dunia peradaban hidup tanpa duit. Oleh sebab itu alam di luar lingkaran peradaban komersil, yang benar-benar seimbang. Namun tidak ada negara di dunia, bahkan dengan pakar ekonomi ber’PhD’ sekalipun, yang boleh mengimbangkan bajet negaranya!

  • (B) Politik

Ini memerlukan sedikit penjelasan. Lihatlah politik. Lihatlah Amerika & penularan sifat kebendaaan berleluasa dunia. Lihatlah berduyun-duyun gereja ( masjid pun sama) menyokong politik sebegini, berusaha menyembunyikan ketamakan di bawah topeng kewarakan. Lihat syarikat-syarikat korporat, perdagangan dunia. Perlukah saya buktikan lagi? Biarlah perbuatan mereka itu sendiri yang menunjukkan diri mereka yang sebenar.

  • (C) Spiritual

Bercampur dengan naluri saya semasa budak, saya dibesarkan di sebuah keluarga Kristian Injil. Saya menganut agama saya dengan amat serius. Tetapi saya mula tertanya-tanya mengapa orang yang mengaku dianya Kristian jarang sekali mengikuti ajaran-ajaran Jesus – Iaitu Khutbah di Gunung, iaitu meninggalkan pangkat, hidup di luar Kredit & Hutang, bebas memberi & bebas mengambil, memberi dengan tidak mengharapkan apa balasan, mengampunkan semua hutang, tidak berhutang dengan sesiapa, hidup di luar pembalasan iaitu kejahatan-pada-jahat atau kebaikan-untuk-kebaikan, hidup di dunia tanpa rasa bersalah (hutang), tanpa dendam dan hasad dengki (hutang), tanpa penghakiman (kredit & hutang), hidup dengan Rahmat (Gratis/percuma, bukan dari hasil kita sendiri tetapi oleh karya-karya Alam sejati yang mengalir melalui kita).

.Selepas membesar & membuka minda saya, saya mula belajar bahawa prinsip-prinsip Kristian ini adalah prinsip-prinsip setiap agama – seperti Taoisme, Yahudi, Hindu, Buddha, Jain, Sikh, Islam, Mormonism, Shamanisme, Paganisme, dan sebagainya (Walaupun dengan perlembagaan ’bastardizations’ dari agama masing-masing, yang menjual Roh mereka sebanyak 30 keping perak).

Tidak ada satu agama pun yang monopoli keatas kebenaran. Dan orang-orang yang paling jauh daripada kebenaran mereka sendiri adalah orang-orang yang menganggap diri mereka satu-satunya gereja yang benar. Prinsip-prinsip teras daripada agama-agama dunia adalah dari prinsip Alam, “Hukum tertulis di setiap hati”. Dan jauh di lubuk hati anda memang mengetahuinya. Apakah bukan Jesus yang menggunakan contoh daripada gagak, bunga lili, hujan yang turun pada yang adil & tidak adil, burung pipit, benih-benih, dan hati kita sendiri, untuk diambil bukti-bukti ini?

Namun, ini membawa saya ke satu detik di mana saya sudah muak belajar & berceloteh tentang agama & falsafah, kerana saya tak pernah, tak boleh, mengamalkannya. Tidak ada yang pernah melakukannya, tak seorang pun boleh. Lalu saya memasuki ke fasa pandangan sinis, kepahitan, ke depresi klinikal, & penghinaan kepada semua agama dan yang berbicara tentang hal-hal rohani, berasa hina kepada konsep Tuhan.

  • (D) Kesihatan

Saya pernah tinggal di Denver, Boulder, Colorado, dan terasa penat untuk terus berlumba-lumba. Jadi saya terus berhenti kerja dan berpindah ke Moab, Utah. Akhirnya saya mula menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi kemelesetan adalah memudahkan fikiran, dengan meninggalkan semua itu. Ini adalah Buddhism 101, keputusan muktamad kepada sesiapa yang ingin sembuh. Dan kemudian saya menyedari bahawa harta benda saya juga adalah pertimbangan saya. Saat saya melepaskan fikiran-fikiran yang tidak berguna, saya melepaskan harta benda yang tidak berguna. Dan ketika saya melepaskan harta benda yang tidak berguna, saya dapat lebih dan lebih yang sepatutnya kurang dan berkurang lagi. Itu bukan suatu usaha, tapi ibarat pohon menjatuhkan daun atau benih-benihnya. Dan dengan harta benda, buah fikiranku dan hal-hal dan orang-orang, terus menghilangkan tekanan. Tapi pengembaraan ini terus berjalan bahkan pergi jauh lebih dalam.

Setiap kali saya membuat resume untuk pekerjaan, menandatangani nama saya atas dokumen-dokumen, membuka akaun bank, atau bahkan membeli pisang di supermarket, saya merasa nada ketidakjujuran, seperti saya tidak mengaku benar keatas benda yang benar dan tidak kepada yang benda yang salah. Ya, awak tahu apa yang saya bincangkan. Semua orang pun begitu. Saya menjadi teramat sensitif keatas pengetahuan asas ini. Bahkan walau hanya sedikit benih ketidakjujuran tetap ianya-sebiji benih. Sebiji benih boleh memenuhi pemikiran, seluruh dunia ini. Sebiji mata yg hitam boleh menggelapkan seluruh tubuh, seluruh alam semesta!

Pada satu tahun saya pergi ke Alaska dengan 2 orang teman, Leslie & Mel, dalam van & menghabiskan masa pada akhir musim bunga, panas, dan awal musim gugur di sana. Pada awalnya saya bekerja di dermaga. Tapi bukan dengan perasaan jujur. Jadi saya berhenti dan memutuskan untuk menjelajah seorang diri dan mencuba untuk keluar dari kota selama beberapa minggu. Secara tak sengaja, saya bertemu dengan mamat Basque bernama Ander yang juga bermain-main dengan fikirannya untuk hidup begitu. Jadi kami terus melakukannya. Kami menombak ikan, makan cendawan & beri, dan hidup dalam keadaan selesa. Lalu kami meneruskan perjalanan, dengan menumpang kereta, dan menyedari betapa ramai orang yang murah hati, dan kami merasa takjub pada kebanyakan perkara “kebetulan” yang terus terjadi pada kami. Akhirnya kami berpisah dan saya memutuskan untuk berpatah balik ke Moab, Utah, dengan $50 dalam saku, hanya untuk melihat apakah saya mampu atau tidak. Ketika saya tiba di Moab, saya cuma tinggal $25. Kemudian saya sedar bahawa saya gunakan duit untuk benda-benda yang tidak saya perlukan, seperti makanan ringan dan bir. Untuk pertama kalinya, saya sedar bahawa saya boleh hidup benar-benar tanpa duit.

  • (E) Ekonomi

Selama berada di Alaska, saya juga telah berfikir tentang konsep dunia hutang, perbankan, syarikat-syarikat korporat, peperangan, dan kemiskinan. Mantra terus-menerus saya adalah: “Ampuni segala hutang kami, sepertimana kami mengampuni mereka yang berhutang kepada kami”. Kerana saya sedar dan terus tersedar, yang sebenarnya tidak ada garis pembahagian antara hutang fizikal dan hutang rohani. Hutang Fizikal & Spiritual adalah kembar siam. Saya tahu, perlahan-perlahan menjadi bebas dari tekanan klinikal, iatu hutang mental, yang dipanggil rasa bersalah & dendam, berkait rapat dengan hutang fizikal. Hutang dan mental juga berkait rapat dengan penyakit fizikal. Dan kasih sayang pemuitang yang tidak menghakimi tetapi mengampunkan mereka, sama seperti doktor yang tidak menilai orang sakit, tetapi menyembuhkan mereka, memberi mereka secara keseluruhan, menerima mereka secara keseluruhan. Sayangnya kepada duit, kebergantungan kepada Kredit dan Hutang, sebenarnya berasal dari semua kejahatan, semua kesusahan, semua “dis-ease”.

Tiada apa yang saya katakan di sini memerlukan kajian atau bukti, kerana semua bukti yang benar ada dalam diri anda. Hanya mengambil masa untuk mencarinya.

  • (F) Keseronokan semata-mata, Serius

Saya menjadi terpesona dengan Sadhu Hindu, yang berkeliaran di India tanpa wang dan harta benda. Saya teringin menjadi seperti mereka. Beberapa tahun selepas pengembaraan saya di Alaska, saya pergi ke India dengan seorang teman rapat, Michael. Sebenarnya, kerana kami sudah mendapat tiket murah ke Thailand, kami pergi ke Thailand terlebih dahulu. Di sana saya bertemu seorang pendita Buddha bernama Sumetho dan berjaya pergi bersama ke sebuah biara Buddha di utara Thailand, dekat Chiang Mai. Ini adalah satu pengalaman yang mengubah hidup. Lalu saya bertemu kembali dengan Michael dan terus kami pergi ke India. Setelah berkelana di India selama beberapa bulan, akhirnya saya sampai di McLeod Ganj, dekat Dharamsala, di mana pelarian Tibet berada. Dalai Lama kebetulan berada di sana, dan saya mendengar ceramahnya selama seminggu. Kemudian beliau berpaling kepada kami, orang-orang barat. Dia mengatakan dia berasa amat kagum dengan orang-orang yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menerokai Buddha Tibet. Tapi dia menekankan bahawa kebenaran boleh dijumpai di setiap agama, dan mungkin hanya sedikit yang dapat mencari kepuasan dalam agama yang lain. Kalau tidak, dia menyarankan agar semua orang kembali ke tempat asal mereka, daripada berusaha untuk mencari tempat yang lebih baik. Saya berasa yang benda ini senang bagi saya.Apa yang saya dapat kalau menjadi seorang sadhu di india? Ujian sebenar kepercayaan ialah dengan kembali ke salah satu benda yang paling materialistik, bnagsa pemuja wang di bumi, untuk kembali kepada prinsip-prinsip asas yang sah dari kerohanian yang tersembunyi di dalam agama hipokrit, dan menjadi sadhu di sana. Idea ini menggembirakan saya. Saya boleh menjadi seorang sadhu di Amerika, saya terfikir.  Untuk menjadi seorang yang tak berguna, pemalas, dan menjadikannya suatu seni- saya terpesona dengan idea ini. Idea daripada ini hanyalah keseronokan semata-mata.

Jadi selepas beberapa bulan kemudian, lebih kurang 8 tahun lepas, itulah apa yang telah saya lakukan.

Untuk menjadi seperti seorang budak adalah untuk kembali kepada memahami keseronokan.

.

2. Adakah awak rasa wang itu kejahatan?

.

Tidak. Wang adalah ilusi. Ilusi bukannya baik atau jahat. Kaitan pada ilusi adalah jenayah. Kaitan pada ilusi adalah pemujaan.

Bahkan ada beberapa orang menyoal apakah sebenarnya wang, kerana ianya sangat meluas, seperti udara. Namun, tidak seperti udara, wang tidak ada di luar minda, tetapi hanya bermain didalam fikiran.

Berlawanan dengan definisi umum, wang bukanlah emas atau perak, kulit kerang atau ternakan; duit bukannya wang kertas, bukan kad kredit, bukan nombor-nombor didalam bank atau statistik di atas kertas. Wang hanyalah semata-mata kepercayaan didalam diri. Wang tiada ditempat lain tetapi hanyalah dalam fikiran. Wang adalah sebuah fenomena aneh yang ada hanya kerana dua atau lebih banyak orang percaya ianya ada.

Untuk mengatakan bahawa saya hidup tanpa wang tidak benar, sungguh. Ia seperti mengatakan bahawa saya hidup tanpa kepercayaan pada Santa Claus. Sekarang, jika kita hidup di dunia di mana semua orang percaya pada Santa Claus, anda mungkin berfikir saya mengambil peluang dengan melangkah keluar untuk hidup tanpa Santa Claus, dimana dia memang tidak pernah ada. Bagaimana jika kita melihat emas secara zahirnya? Emas itu cantik, namun sebenarnya tidak dalam kebanyakan kes. Tapi seseorang memutuskan emas mempunyai nilai yang tinggi, dan semua orang memilih untuk mempercayai keputusan ini. Sekarang ini beberapa orang melihat emas kerana realitinya, tetapi mereka melihat nilai-nilai palsu. Orang asli di benua Amerika berasa yang orang Eropah itu benar-benar gila kerana nafsu mereka kepada benda kuning yang tak bernilai itu.

Bayangkan jika anda mempunyai mata yang melihat realiti daripada kepercayaan diri anda sendiri. Bayangkan jika anda melihat sehelai not $100 sebagai selembar kertas dengan diatasnya karya seni yang cantik, dan cuma itu sahaja. Diri kita yang sebenarnya hidup tanpa wang, selalunya dah memang sebegitu, dan akan selalunya begitu.

Hanya diri yang berpura-pura dapat hidup dengan, mengguna, dan memiliki wang. Cuba fikir-fikirkanlah sejenak perkara ini.

Saya penat hidup di dunia yang penuh dengan pura-pura ini. Saya bosan menjadi orang yang berpura-pura.

Orang-orang perniagaan sering memberitahu budak-budak dan orang-orang seperti kami untuk menjadi orang yang ’sebenar’, untuk bersama di dunia nyata. Sekarang saya ingin anda pertimbangkan kembali siapa yang benar-benar di dunia nyata.

Sila betul-betul pertimbangkan perkara ini!

Agak lucu bagaimana mereka yang paling kuat hubungannya dengan wang selalu menyatakan dengan tegas, ‘Wang bukanlah akar dari semua kejahatan, tetapi ”Cinta kepada wang adalah akar segala kejahatan”!’ (petikan Timothy 1; fasal 6, ayat 10)

Kalaulah mereka tahu apa yang baru saja keluar dari mulut mereka sendiri.

Orang selalunya tegas membela apa yang paling mereka cintai..

Penagih alkohol dengan cepat menafikan dengan tegas mengatakan bahawa alkohol bukan masalah, kebergantungan pada alkohol yang bermasalah. Mereka meyakinkan anda bahawa mereka boleh berhenti bila-bila pun. Sama dengan penagih heroin atau penagih lainnya yang duduk dalam penafian.

Tidak, heroin tidak jahat. Masalahnya yang sebenarnya adalah ketagihan heroin. Tapi, saya ingin menanyakan: adakah anda tahu siapa saja yang mengambil heroin yang tidak ketagihan? Dan saya juga menanyakan ini, apa yang lebih ketagihannya, heroin atau wang?

Sekarang setiap ‘AA attender’ akan memberitahu anda bahawa langkah pertama dalam mengatasi ketagihan adalah melepaskan penafian anda dan mengakui ketagihan anda. Maka anda boleh meneruskan langkah-langkah yang lain.

.

3. Apa Yang Anda Lakukan Untuk Makanan?

.

Freegan Diet

Saya bebas mengambil apa yang diberikan secara rela hati, tanpa terikat dikedua belah pihak.

Saya mencari makanan seperti binatang liar, dan juga makanan domestik. Saya juga bebas bergantung diatas kemurahan hati orang. Saya tinggal di dalam kawasan sampah: ‘dumpster-diving’(amalan mengasing-asingkan sampah komersial atau kediaman untuk mencari item yang telah dibuang oleh pemiliknya, tapi yang mungkin berguna bagi penyelam tempat sampah), table-surfing, dan kadang-kadang meminta lebihan makanan orang dan lembaga perkhidmatan makanan. Saya tidak meminta orang untuk memberikan apa yang mereka tidak berniat untuk membuang. Saya juga makan binatang yang dilanggar kenderaan, yang mana masih segar. Saya sudah makan tupai, racoon, arnab, dan rusa, setakat ini. Saya juga telah makan semut, kepompong, belalang, cengkerik, anai-anai, cicak & ular.

Dumpster Diving atau Skipping“Dumpster Diving” atau “Skipping”

4. Apa yang anda lakukan untuk tempat tinggal?

.

Rumah utama saya adalah sebuah gua di ngarai gurun dekat Moab, Utah. Gua terbaru yang saya tinggal sekarang lebih kurang 5 kaki lebar dan 5 kaki tinggi di dalam dan 15 kaki panjang. Pintu yang seperti bentuk setitis air, satu celah dari sebahagian dinding tebing ngarai. Saya menutupnya dengan plastik pada musim sejuk & itu sudah cukup hangat walaupun tanpa api. Tapi saya membina sebuah dapur untuk pemanas kecil & memasak dari tin besar, dengan menghubung tin sebagai serombong asap, yang membawa asap keluar dari dalam melalui atas pintu masuk. Hanya beberapa batang kayu kecil dapat memasak makanan & membuat gua hangat & selesa. Gua sangat tersembunyi, sukar untuk ditemui, & bahkan tidak nampak seperti gua walaupun anda sudah dekat. Pintu masuk yang menghadap selatan, tinggi diatas tebing, yang mendapat matahari hampir setiap hari di musim sejuk. Saya boleh berjemur telanjang di sana di tengah musim sejuk dimana suhu sangat dingin di bawah lembah dan juga di bandar!

Saya biasanya mempunyai teman iaitu kucing ringtail(yang sebenarnya bukan kucing) yang secara berkala akan cuba untuk masuk ke gua bersama saya. Kucing-kucing Ringtail hanya dapat dilihat pada malam hari, jadi saya berasa istimewa mendapat peluang yang jarang-jarang ada ini.

Kucing RingtailKucing Ringtail

.

Saya juga menjaga rumah untuk orang-orang yang meninggalkan bandar, yang biasanya termasuk menjaga binatang & dan lain-lain. Saya juga membuat dan duduk di pelbagai tapak khemah dekat bandar diwaktu saya tidak menjaga rumah & tidak berada di atas ngarai. Saya juga kadang-kadang lepak di rumah kawan atau di pekarangan rumah mereka.

Ketika saya musafir di jalanan, saya berkhemah di bermacam tempat, termasuk dalam rumpun pokok, padang rumput, ladang pertanian, gudang & rumah yang ditinggalkan. Di bandar saya sudah tidur di tempat-tempat terbuka, taman, atas bumbung, & bangunan yang ditinggalkan.

Biasanya saya membawa kain tarpan & beg tidur dengan saya ketika mengembara. Tapi saya juga pernah berkelana keluar tanpa tarpan atau toto tidur atau selimut & selalu terjumpa segala sesuatu yang saya perlukan, seperti potongan-potongan besar daripada plastik atau tarpan, selimut & beg tidur dari tempat pembuangan sampah dan lain-lain. Orang asing juga pernah menawarkan saya tempat tinggal di rumah mereka. Walaupun saya keluar dengan membawa banyak barang atau tidak, saya tidak pernah mendapati diri saya tidak mempunyai tempat tinggal & tidur. Meskipun demikian, saya masih rasa ragu-ragu kepada diri sendiri, kurang kepercayaan.

.

5. Apa yang anda lakukan untuk pengangkutan?

.

Ketika saya mengembara, saya tumpang kereta dan keretapi. Ketika saya di bandar(baik Moab atau Portland), saya banyak berjalan dan kayuh basikal. Biasanya ada basikal spare berdekatan dimana orang sedia untuk memberi atau meminjamkan kepada saya. Saya boleh jumpa tayar dan tiub yang baik keadaannya ditempat buang sampah, dan perkakas & bahagian lain di macam-macam tempat seperti di tepi-tepi jalan. Saya sering hairan bagaimana perkara-perkara yang terjadi datang di ketika & di masa yang diperlukan.

.

6. Adakah anda dapat sakit daripada tempat sampah & binatang yang dilanggar kereta & tinggal di cuaca yang sejuk?

.

Apa yang saya tahu ialah saya kurang mendapat sakit berbanding ketika saya hidup dengan duit.

Ya, kadang-kadang saya mendapat sakit saat saya cuai, tapi masih cukup kurang berbanding ketika saya hidup berduit, hidup ketandusan, percayalah. Saya sudah sakit & muntah 3 kali dalam jangka masa 8 tahun hidup tak berduit. Ironiknya, dua kali yang pertama bukan berasal dari tempat sampah biasa saya makan, tapi kali pertama ketika seorang teman menyuruh saya ke rumahnya untuk makan malam dan kedua kalinya ketika seorang teman saya membeli makanan di sebuah Restoran. Kali ketiganya saya jatuh sakit dan muntah-muntah adalah ketika saya kecuaian termakan racun kaktus.

Sistem ketahanan tubuh seperti otot anda. Jika anda tidak bersenam, ia akan menjadi lemah, dan anda akan lebih kerap mendapat sakit. Jika anda hidup dengan terlalu bersih, anda akan lebih kerap menjadi lemah dan sakit. Ini hanyalah pengetahuan am.

Saya tidak pernah kena demam & selsema ketika saya tinggal di luar rumah, bahkan diwaktu cuaca di bawah takat beku. Satu-satunya kali saya terkena sejak 8 tahun kebelakangan ini ialah ketika saya menjaga rumah orang. apabila terus-menerus pindah dari dalam bilik ke luar, daripada panas ke sejuk dan sejuk ke panas, ataupun berada didalam tempat yang udaranya tidak keluar, menjadikan sukar kepada tubuh saya ini.

Tidak ada yang lebih berbahaya bagi kesihatan daripada bimbangkan tentang kesihatan. Saya tidak bercakap tentang berfikir dan mengambil berat tentang kesihatan, tetapi bimbangnya tentang kesihatan.

.

7. Adakah anda ambil kupon makanan atau bantuan kerajaan lainnya ataupun badan amal?

.

Tidak, saya tidak menentang kupon makanan. Saya hanya tidak mengambilnya untuk diri saya sendiri.

Saya juga tidak menerima bantuan kerajaan, dan bukan juga badan amal. Jika seseorang dibayar untuk membantu saya, saya tidak mahu bantuan mereka. Jika mereka adalah sukarelawan, saya akan terima bantuan mereka. Isi kandungan falsafah untuk hidup dengan cara ini adalah dengan menerima apa yang diberikan secara ikhlas, dari hati. Saya ingin semua kenalan saya menjadi tulus, tanpa ada motivasi, tetapi motivasi pemberian itu sendiri. Ini berkenaan dengan menjadi ‘real’. Lebih baik saya pilih kelaparan daripada menerima makanan yang tidak diberikan secara ikhlas.

.

8. Berapa lama anda bercadang untuk hidup seperti ini?

.

Saya tidak pernah mengangkat sumpah. Saya tidak tahu apa akan jadi dimasa hadapan, dan saya terbuka untuk apa sekalipun. Tapi semakin saya hidup seperti ini, semakin jelik rasanya untuk kembali tinggal di dalam penjara wang. Saya tidak bahagia dengan wang dan saya bahagia bebas dari benda alah tu. Kenapa perlu saya dagangkan kebahagiaan kepada tidak bahagia sekali lagi? Kenapa perlu saya dagangkan kebebasan untuk perhambaan?

.

9. Apa yang akan anda lakukan ketika anda menjadi tua?

.

Jika saya hidup untuk menjadi tua, saya akan menjadi tua dan mati, seperti semua makhluk hidup. Siapa yang mampu mencegahnya. Siapa yang pernah menghalangnya? Adakah lebih baik matinya di rumah orang tua dengan tiub yang penuh ditubuh saya atau lebih baik matinya di lembah atau oleh haiwan liar atau virus?

Keselesaan pada hari ini adalah kejahatan sebenarnya.

Berapa banyak burung robin atau buaya atau chimpanzi yang awak tahu mempunyai polisi insurans nyawa? Cuba jalan ke hospital geriatrik dan bertanya pada diri sendiri apakah kita lebih baik daripada chimpanzi. Cuba pergi tengok.

Banyak orang yang beragama terkejut ketika saya bercakap tentang nasib dan pilihan semulajadi, mengkhianati diri mereka sendiri bahawa mereka tidak benar-benar percaya bahawa tuhan ada di mana-mana. Jika anda mengatakan ‘kebetulan’, mereka fikir anda berbicara tentang sesuatu yang berasingan daripada Tuhan. Tapi kebetulan juga adalah memang milik Tuhan. Kebetulan mengirimkan hujan bagi orang yang adil dan orang yang tidak adil, sama rata. Tidak ada orang yg kebetulan. Kebetulan membentuk saya dan sekarang terus untuk membentuk saya dari debu di bumi. Kebetulan berevolusi saya daripada ameoboid kepada manusia. Mengapa, setelah jutaan tahun membentuk saya, mempunyai kesempatan akan meninggalkan saya sekarang?

Murni dan sederhana, kepercayaan adalah percaya diri pada kebetulan (*Tawakkal).

Sekali lagi, jangan terlalu berfikiran tinggi & cerdik sangat,  awak materialis semua. Jika anda seorang materialistik darwinis, dan anda benar-benar percaya bahawa anda muncul secara kebetulan, maka mengapa anda tidak percaya diri untuk kesempatan? Semua ilmu pengetahuan dan semua agama adalah satu, dan semua adalah kepercayaan dan datang dengan kepercayaan.

Jika anda seorang yang dalam agamanya, dan anda benar-benar percaya bahawa Tuhan adalah berdaulat, mengapa anda berfikir bagaimanapun kesempatan berasingan daripada Tuhan?

Kesempatan mencipta kita.

Anda berdua, beragama dan materialis, bolehkah anda dengan jujur melihat tangan anda yang cantik atau otak yang kompleks atau sistem limfa atau mata yang indah anda dan berfikir bahawa alam semesta ini bagaimanapun akan kucar-kacir jika anda berhenti khuatirkan tentang perkara itu? Apa yang pernah dibimbangkan telah tercapai?

Di keadaan yang lain, apakah anda rasa anda atau sesiapa pun mampu memberhentikan pereputan dan kematian? Apakah kerisauan itu akan memjadikannya lebih baik?

Setiap saat adalah kematian. Setiap saat adalah dilahirkan kembali. Anda mesti mati dan anda mesti dilahirkan kembali. Jika anda tidak dapat menerima kematian dengan sukarela sekarang, adakah anda rasa lebih senang apabila kematian yang melanda dan memang tak dapat dielakkan, berlawanan dengan kehendak anda nanti?

Merancang masa depan dengan hidup sepenuhnya sekarang, dengan menjadi sepenuhnya berada di ketika dan saat ini. Tidak ada cara lain untuk merancang masa depan. Tidak ada cara lain untuk berada di kesihatan optimum, di ketika ini atau di masa hadapan. Tak satupun.

.

10. Apa yang terjadi jika anda sakit atau cedera?

.

Jika saya atau orang lain memerlukan bantuan dan orang sekitar ada berdekatan ikhlas membantu kita, maka kita memang ditakdirkan untuk dibantu. Jika doktor atau sesiapa pun ikhlas menawarkan bantuan pada saya, maka saya akan mengambilnya. Jika tiada yang ikhlas menawarkan bantuan, maka saya tak kisah. Itu pilihan semulajadi. Pilihan alam pada akhirnya akan memilih setiap orang daripada kita makhluk fizikal, tanpa pengecualian, untuk mati. Pilihan alam adalah milik Tuhan. Pilihan alam membentuk kami, mengevolusi kami, mula dari debu bumi, dan terus melakukan semua itu. Dan pilihan alam akan tanpa ragu juga mematikan kita. Pilihan Alam memberi dan pilihan Alam mengambilnya kembali. Jika kita mengelak pilihan semulajadi, kita berhenti berevolusi. Jika saya jalan keluar di padang gurun dan patah kaki dan mati, apa masalahnya? Kalau saya tidak mati dan sembuh atau mencari pertolongan, bagus! Orang dan makhluk-makhluk telah jatuh sakit dan sembuh dan pada akhirnya semua sakit dan tenat untuk billion tahun dan akan terus bersambung begitu. Mengapa pula ianya sekarang seperti sebuah drama? Adakah dengan tiub yang bersambung denganmu di hospital dan mungkin mengelakkan Pilihan Alam untuk beberapa tahun dapat mengurangkan drama?

.

11. Apa yang akan terjadi kepada masyarakat jika semua orang hidup seperti anda jalani sekarang? Bagaimana jika semua orang menyerbu kawasan buang sampah?

.

Ya, apa yang akan terjadi kepada masyarakat jika semua orang meninggalkan wang dan menyerahkan harta milik mereka kepada orang miskin. Apa yang akan terjadi jika semua orang berhenti mengambil lebih daripada yang mereka perlukan? Jadi mereka tidak perlu membuang jumlah barang & makanan yang tidak terkira setiap hari cukup makanan untuk terus makan, pakaian, & tempat berteduh setiap orang di planet bumi. Adakah sesiapa di mana pun perlu merompak kawasan sampah dan menggali kawasan sampah? Adakah sesiapa pun harus diasingkan atau dicampakkan ke dalam penjara kerana bercakap kebenaran yang nyata?

Apa yang akan terjadi kepada masyarakat jika semua orang Kristian benar-benar mempraktikkan ajaran-ajaran Jesus? Bagaimana jika semua orang di dunia Buddha benar-benar mempraktikkan ajaran Siddharta Gautama? Dan semua orang di Hindustan mempraktikkan ajaran-ajaran Krishna & Sage? Dan semua orang di dunia Sikh mempraktikkan ajaran-ajaran Guru Nanak Sahib? Dan semua orang di dunia Taoisme mempraktikkan ajaran-ajaran Lao Tzu? Dan semua orang dalam Islam mempraktikkan ajaran-ajaran Muhammad dan Faqirs? Dan semua orang di Baha’i mempraktikkan ajaran Bahá’u’lláh?

Apa yang akan terjadi jika semua orang “Godless” Liberalisma benar-benar mempraktikkan ajaran Emma Goldman dan Henry David Thoreau dan Karl Marx dan semua bangsawan mereka yang tak dikenali yang dibunuh untuk keadilan sosial? Jika semua orang mengamalkan hal-hal ini, adakah anda akan menjual diri bahkan untuk satu jam sehari?

Apa yang burung dan ikan dan singa dan cendawan dan lebah lakukan? Bagaimanakah mereka melakukannya?

Apa yang akan terjadi jika semua orang mengamalkan apa yang mereka sendiri ketahui benar? Hentilah berpura-pura yang anda tidak tahu apa saya bicarakan.

.

12. Anda nampak cukup makan dan berpakaian kemas; ada sesiapa yang memberi anda apa-apa dana?

.

Tidak. Apabila saya mengatakan bahawa saya tidak punya, ambil, atau menggunakan wang, memang saya maksudkannya.

Ini adalah kehidupan yang berlimpahan dan berlebihan.

Saya tidak punya kemiskinan atau kekayaan.

Kemiskinan dan kekayaan hanya ada di dunia yang ada hak milik dan perdagangan.

.

13. Mengapa pengemis seperti anda tidak bekerja?

.

Mengapa anda menganggap saya tidak bekerja?

Mari kita ambil contoh yang mudah. Jika seseorang dibayar untuk menangkap foto, anda memanggil mereka orang yang makan upah dan bekerja. Jika seseorang menangkap foto tanpa dibayar, anda memanggil mereka playboy. Jika seseorang bertindak untuk motivasi tersembunyi, anda menyebutny a bekerja. Jika seseorang bertindak dari hati, anda menyebutnya bermain.

Jadi, biarkan semua orang bermain. Mari kita buat supaya tidak ada perbezaan antara bekerja dan bermain. Barulah kemudiannya masyarakat ini berfungsi.

Saya juga ingin tanya, adakah anda mengambil lebih daripada yang anda perlukan?

Mengapa orang-orang yang mengambil lebih daripada yang mereka perlukan mengutuk orang-orang yang mengambil hanya apa yang mereka perlukan atau malahan kurang daripada apa yang mereka perlukan?

Anda tidak mempunyai masalah memberi makan kucing anda atau anjing anda, jadi mengapa tidak sesama manusia?

Dan, soalan terakhir. Mengapa barang keperluan, harta benda dialirkan dari orang miskin kepada kaya, dari para pekerja kepada bukan-pekerja, dari mereka yang memproduksi (pekerja) kepada mereka yang tidak menghasilkan apa-apa (bank-bank dan broker-broker dan CEO dan tuan tanah) seperti yang telah bermula sejak awal tamadun wang? Sekarang katakan siapa pengemis, dan siapa yang mengambil kesempatan daripada siapa!

.

14. Anda mengatakan anda tidak menggunakan wang, namun tidakkah anda menggunakan produk dari sistem wang & bergantung daripada wang penat jerih orang lain?

.

Adakah burung layang-layang yang membuat sarang di loteng  bergantung pada wang? Adakah merpati bersarang di bangunan pencakar langit bank bergantung pada wang? Adakah teritip yang melekat pada kapal dan batu karang yang hidup pada artifak yang tenggelam bergantung pada wang?

Wang adalah khayalan belaka. Hanya orang yang terpedaya berasa apa yang benar hanya bergantung kepada khayalan minda.

Jika anda masih meragukan saya, sila lihat “Apakah itu wang dan apakah yang bukannya wang”

Saya bergantung pada anda & anda bergantung pada saya,

Tapi kita tidak bergantung pada wang, meskipun penampilan. Saya bergantung pada kerja keras orang lain sama seperti orang lain bergantung pada kerja keras saya sendiri. Wang hanyalah ilusi, dan tak seorang pun yang boleh bergantung pada ilusi. Jika anda mengatakan pekerjaan anda Santa Claus dan percayakannya, maka anda juga percaya bahawa saya bergantung pada Santa Claus.

Setiap makhluk dan setiap atom di alam semesta ini bergantung harap pada kerja keras orang lain.

Dari mana hampir semua tenaga di bumi berasal , termasuk tenaga menjalankan komputer ini? Matahari. Sekarang bilakah kali terakhir matahari menuntut bayaran untuk setiap tenaga yang pernah digunakan di planet bumi? Bahkan jika matahari boleh meminta bayaran, bagaimana apapun sesiapapun mampu membayar kepada matahari kembali? Semua tenaga di bumi adalah diberikan secara percuma!

Sekarang kita mulai memahami mitos seluruh dunia di setiap sebahagian besar kebudayaan tentang penipuan mencuri api dari Syurga. Mitos ini menjelaskan apa yang memisahkan manusia daripada seluruh alam. Lihat “Kejatuhan Kami dari Kemegahan: Pemergian Kami daripada Percuma: Permulaan Wang”

Perdagangan di luar kesedaran oleh makhluk-makhluk;

Lihatlah makhluk selain manusia. Satu-satunya perbezaan antara, sebagai contoh, rusa dan diri anda sendiri dalam situasi ini, ialah rusa secara bebas dapat meragut rumput tanpa ada rasa terikat (wang, hutang). Dan beberapa Cougar menangkap rusa secara bebas tanpa rasa terikat (wang, hutang). Dan beberapa bakteria, dan kemudian cendawan, mungkin berhak keatas Cougar tanpa ada rasa hutang, apabila Cougar itu mati. Dan rumput akan berhak keatas tanah tanpa ada rasa hutang. Dan rusa akan berhak keatas rumput tanpa rasa hutang, memulakan kitaran lagi. Semua diberikan secara bebas, diambil secara bebas, tanpa perlunya barter, hutang, wang. Dan semuanya dibayar kembali dengan sempurna, tanpa hutang. Ini dipanggil Keadilan Sempurna. Kerana sistem ini tidak bergantung pada idea palsu wang, ianya berada dalam keseimbangan sempurna, Keadilan Sempurna. Kemudian ada visi yang jelas dan rasa terhutang budi, kesedaran sebenar atas apa yang kita benar-benar bergantung.

Apakah ada perekonomian di dunia yang dapat menyeimbangkan bajetnya? Apakah ada sistem kewangan yang amat berat kepada bersih dan adil? Keadilan tidak boleh ada di dalam lingkungan peradaban kewangan. Tidak ada adil, tidak ada satu pun. Dan semakin banyak masyarakat berusaha untuk menyeimbangkan kredit dan hutang, semakin ianya menjadi tidak adil. Setiap negara mempunyai hutang yang tidak dapat diukur keatas setiap negara lain. Sampai seteruk mana keaadan itu kita perlu alami sebelum kita fahaminya?

Jika anda marah tentang realiti yang dirasakan bahawa saya bergantung pada sistem wang, saya harus marah tentang realiti sebenar bahawa anda dan segala sesuatu di dunia ini sepenuhnya bergantung pada HADIAH, tanpa ada ikatan apa-apa. Di mana rasa bersyukur? Tidak, jika saya marah tentang perkara ini, maka saya tidak akan jadi seperti matahari, yang bahkan tidak mengharapkan terima kasih sekalipun. Tapi syukur & kemurahan hati yang tulus adalah tanda-tanda kehidupan, bukankah begitu? Syukur & kemurahan hati adalah kekuatan yang menggerakkan alam semesta.

.

15. Apa yang akan anda lakukan jika seseorang menawarkan wang atau membeli sesuatu untuk anda?

.

Orang membeli barang-barang kepada saya:

Saya lebih suka orang yang memberikan apa yang dia sudah ada pada ketika dan saat itu. Kadang-kadang saya hanya biarkan mereka membeli barang pada saya. Mereka amat teringin memberi dan cuma pemberian percuma mereka adalah bebas daripada sistem kredit dan hutang. Sifat pemurah itu mengatasi semuanya. Tapi perasaan suka berkurang sedikit demi sedikit keatas barang-barang yang dibeli untuk saya. Ia menimbulkankan terlalu banyak kekusutan. Jika sesuatu benda tidak ada pada ketika ini, maka pasti saya tidak memerlukannya atau mahukannya. Ini adalah alasan untuk tidak menggunakan wang. Wang mewakili semuanya kecuali apa yang ada dekat kita. Dan hanya ‘Kerajaan Syurga’ yang ada di sisi kita.

Orang-orang memberi saya wang dan apa yang dilakukan dengannya:

Saya sering cuba untuk memberitahu orang bahawa saya tidak mengambil atau menggunakan wang sebelum mereka cuba untuk berikan apa-apa. Jika mereka kemudiannya cuba memberikan wang, saya menolaknya dan berkata lagi kepada mereka, “Saya tidak melawak, Saya benar-benar tidak mengambil atau menggunakan wang”, dan saya mengucapkan terima kasih atas niat mereka itu. Jika mereka tidak tahu saya hidup tak berduit dan mereka memberi saya wang, saya sering mengambil dan kemudian meninggalkannya di bermacam tempat secara rawak, paling tidak dalam waktu 24 jam. Dengan cara ini saya menerima kemurahan hati orang tapi bukannya wang mereka, dan semua orang gembira, termasuk pihak ketiga, orang asing yang menemui duit yang ditinggalkan secara rawak tadi. Sesekali saya memberikannya kepada seseorang yang saya temui yang mungkin memerlukannya.

Berilah kepada setiap orang yang meminta.

Berikanlah kepada Realiti apa yang Realiti dan membalas Ilusi apa yang Ilusi.

“Love of Money”

Kebanyakan orang bergantung pada ilusi wang dan saya menghormati keperluan mereka dan berikan wang kepada mereka. Berlawanan dengan pandangan konvensional, jika saya terjumpa bir dan saya dapati seorang pemabuk yang meminta saya untuk minum bir, saya akan memberinya bir. Tidak memberinya bir tidak akan mengurangkan ketagihan alkoholnya walau sedikit. Bahkan, saya berani mengatakan, sekatan bir keatas dirinya akan membuatkan ketagihannya lebih teruk.

Akar kepada ketagihan adalah kekurangan cinta, ‘judgmentalism’, bukan kandungan ketagihan itu sendiri. Lain kali jika anda merasa untuk menghakimi penagih alkohol atau penagih meth atau anda merasa ingin menunjuk ajarnya, ingatlah kepada ketagihan anda sendiri kepada wang, dan harapan anda keatas seseorang untuk memberi anda wang sewaktu anda merasa anda memerlukannya. Namun, lebih baik tidak ada bir untuk diberikan kepada penagih alkohol, dan ianya jauh lebih baik tidak ada wang untuk diberikan kepada ‘moneyholic’.

Kemudian kita semua harus berhadapan dengan realiti iaitu keadaan di luar kuasa kita sendiri (disebut Hukum Tuhan). Lalu penagih hadapi ketagihannya tanpa ada yang menghakimi dia atau berusaha untuk mengawasinya dan anda dipaksa untuk menjadi kreatif dan memberikan cinta yang melampaui hal-hal material.

Dengan kata lain, lebih baik tidak punya wang daripada membayar cukai. Lebih baik tidak mempunyai apa-apa yang dimiliki Caesar, kerana semua milik Maharaja adalah tidak nyata.

Jika anda bergantung pada wang, anda bukannya lebih baik daripada para Maharaja yang memang bergantung pada wang anda. Jika anda tidak mahu membayar cukai, maka jangan miliki wang. Jangan hipokrit tentang hal ini. Jika anda tidak suka kepada Wal Mart dan Exxons, jadi tidak perlu membeli dari mereka, tidak mempunyai apa-apa daripada mereka, dan berhenti fikir yang anda tidak dapat hidup tanpa mereka. Buatlah keputusan dalam diri anda bahawa lebih baik anda mati daripada bergantung pada Wal Mart atau Exxon, bahawa anda tidak memerlukan apa-apa dari Wal Mart atau Exxon atau syarikat-syarikat korporat atau bank.

Jika anda fikir anda tidak dapat hidup tanpa syarikat-syarikat korporat atau bank, maka anda menyatakan bahawa anda adalah nadi kehidupan mereka. Mereka tidak akan menjadi raksasa seadanya tanpa anda. Wang adalah darah daging mereka, dan semua yang bergantung pada darah daging mereka adalah sama dengan mereka. Saya tidak peduli apa yang Kristian atau agama lain anda anuti katakan, jika anda rasa anda tidak mungkin dapat hidup tanpa syarikat, maka anda percaya syarikat-syarikat korporat lebih besar daripada Tuhan. Dan anda percaya Tuhan tidak dikawal, tidak berdaulat. Jika anda fikir anda tidak dapat bertahan tanpa syarikat dan bank-bank, anda tidak punya kepercayaan, dan semua perbicaraan tentang Tuhan adalah omong kosong. Anda menggunakan nama Tuhan dengan sembarangan. Kemudian anda bertanya-tanya mengapa perkataan “Tuhan” itu begitu jijik kepada orang.

Semuanya yang tertulis di sini adalah salah satu prinsip.

.

16. Apa yang anda lakukan jika anda menjumpai wang?

.

Saya biasanya tinggalkannya di mana saya jumpa. Ia adalah latihan untuk melihat segala sesuatu sebagaimana seadanya, tidak ditapis melalui pemikiran kepercayaan.

Jika mata saya bernafsu keatas kertas dollar di atas tanah itu seperti ia sesuatu yang istimewa, maka fikiran saya masih belum seperti fikiran bayi. Fikiran bayi melihat segala sesuatu itu seadanya. Bayi tidak mempunyai buah fikiran, tidak ada penilaian. Fikiran bayi adalah fikiran Zen.  Kecuali bila anda menjadi seperti fikiran Zen, anda tidak boleh masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Seorang bayi tidak mengambil berat terhadap wang, kerana dia tahu wang tidak wujud. Dia tidak kenali wang. Dia tidak tahu ilusi. Dia mungkin melihat selembar kertas cantik dengan corak & gambar seorang laki-laki di atasnya, dan tertarik dengan apa yang ada seadanya, tapi setakat itulah yang dilihatnya. Satu kali saya jumpa wang $20 dolar dan memutuskan untuk bermain dengannya. Saya memotong-motong dan membuat kolaj dari wang itu. Duit kertas adalah karya seni – tetapi hanya beberapa orang saja yang melihatnya sebegitu.

Namun, jika ada orang berdekatan saya yang percaya pada wang, saya akan mengambil syiling atau wang kertas dan memberikannnya pada dia. Mengapa? Sila lihat no.15. Apa yang anda lakukan jika seseorang menawarkan wang atau membeli sesuatu bagi anda?. Jika tidak, syiling atau wang kertas itu tetap berada di mana saya jumpa tadi.

Orang sering berkata bahawa saya tidak menyentuh wang. Jika mereka maksudkan aku tidak menyentuh syiling, wang kertas, atau kad kredit, mereka silap. Jika mereka maksudkan saya menjauhi dari kesedaran kredit dan hutang dalam fikiran saya, mereka lebih tepat (walaupun saya masih dalam proses untuk melupakan menyentuh wang dalam fikiran saya).

Saya harus menjelaskan bahawa saya bukannya tidak suka untuk menyentuh syiling atau bil atau kad kredit. Kebencian untuk menyentuh syiling atau wang kertas atau kad kredit sama tahyulnya dengan daya penarik bagi mereka. Sama ada tarikan atau kebencian pada wang kertas, syiling, atau kad kredit menyumbang kekuatan  bahawa semua itu tidak wujud. Dengan kata lain, daya tarikan atau kebencian kepada syiling, bil, atau kad kredit adalah penyembahan berhala.

Tertarik adalah keengganan pada sesuatu yang tiada telinga, mata, hidung, atau mulut adalah menjadi pekak, buta, tanpa deria dan tanpa rasa. Kebanyakan orang dewasa di bumi telah menjadi pekak dan buta, tanpa deria dan tanpa rasa. Kita menjadi apa yang kita telah percaya selama ini.

Berhala-berhala mereka adalah perak dan emas, Karya hasil tangan manusia.

Mereka miliki mulut, tapi mereka tidak berbicara;

Mata mereka miliki, tetapi mereka tidak melihat;

Mereka miliki telinga, tetapi mereka tidak mendengar;

Hidung mereka miliki, tetapi mereka tidak bau;

Mereka miliki tangan, tetapi mereka tidak mengendalikan;

Kaki mereka miliki, tetapi mereka tidak berjalan;

Mereka juga tidak bersungut melalui kerongkong mereka.

Mereka itu yang membuat mereka adalah seperti mereka; Jadi, termasuk juga semua orang yang percaya kepada mereka. (Psalm 115:4-8)

.Pada bentuk apa pun seseorang terus-menerus merenung,

yang mana ia ingat pada jam kematian,

dan kepada yang bentuk yang sama dia pergi, O Kaunteya. (Bhagavad Gita 8:6)

Kita mati dari saat ke saat. Dan apa yang kita percaya ketika mati itulah apa yang kita akan jadi.

.

17. Adakah anda menggunakan barter?

.

Sistem BarterSistem Barter

Tidak. Barter hanyalah wang dalam bentuk yang lebih payah dan susah. Anda menggunakan lembu untuk perdagangan dan bukan syiling, apa bezanya? Kecuali bahawa akan lebih masuk akal untuk menggunakan syiling atau wang kertas daripada lembu, jika anda ingin berdagang. Mengapa tidak menggunakan apa yang lebih selesa?

Lebih baik lagi, jangan gunakan semuanya sama sekali. Menghentikan semua kesedaran berdagang. Bebaslah memberi apa yang diperlukan dan bebaslah mengambil apa yang anda perlukan dan jangan berfikir tentang perdaganganBiarkan Tuhan mengurus perdagangan. Buang semua kesedaran kredit dan hutang, dan hanya selepas itu semuanya seimbang. “Balasan milik saya, saya akan bayar balik,” kata Alam Semesta.

Pergi ke sebuah keramaian barter yang “progresif” dan anda akan dapat melihat mata bersinar ketamakan sama seperti apa yang anda dapat lihat di Wal Mart.

.

18. Bukankah sukar hidup anda sebagai seorang yang zuhud?

.

Dalam definisi umum zuhud, saya bukan seorang yang zuhud. Saya menjalani kehidupan yang mewah. Tak ada apa yang saya tidak perlukan atau inginkan tapi cuma apa yang ada di sini dan sekarang.

Ketika saya tinggal dengan wang, saya selalu kekurangan. Wang mewakili kekurangan. Wang mewakili hal-hal di masa lalu (hutang) dan hal-hal di masa depan (kredit), tapi wang tidak pernah mewakili apa yang ada di saat dan di ketika ini. Jika satu dolar mewakili dirinya, ia tidak lagi menjadi wang. Hanya akan menjadi sehelai kertas dengan seni yang cantik di atasnya.

Untuk terikat dengan wang dan harta benda adalah zuhud, memungkiri diri sendiri, kekurangan, keperluan, hutang. Ampunilah kami di atas hutang kami sepertimana kami mengampuni mereka yang berhutang dengan kami. Melepaskan diri dari wang dan harta benda adalah kebebasan, berakhirnya penyeksaan diri, berakhirnya kekurangan, berakhirnya hutang, bermulanya kekayaan. Menghimpun harta benda adalah membawa kepada kemiskinan dan penderitaan.

Mengapa memiliki mahligai kecil, kereta, dan tanah-tanah ketika anda boleh memiliki seluruh alam semesta? Bila anda tidak memiliki apa pun, anda memiliki segalanya. Bila anda memiliki rumah & harta benda, anda harus berada di rumah & memastikan harta benda anda selamat. Apabila anda menyerahkan rumah & harta benda anda, maka anda mula menyedari bahawa setiap tempat adalah rumah anda, semuanya adalah milik anda. Tidak ada mana-mana tempat yang anda tidak boleh pergi yang tidak dipanggil di rumah. Tak ada seorang pun anda harus takut. Anda jumpa semua yang anda perlukan ada di tangan anda dan semua orang menjadi akrab, menjadi keluarga. Anda boleh mengasihi sesama manusia seperti diri anda sendiri kerana tetangga anda adalah anda sendiri dan semua orang menjadi tetangga anda.

Semua yang saya katakan anda tahu dengan pengalaman secara langsung anda, bukti secara langsung anda. Jauh di lubuk hati, anda tahu bahawa tidak mungkin untuk menikmati hal-hal yang anda miliki jika anda mengambil lebih daripada yang anda perlukan. Makan gula-gula secukupnya, dan ianya lazat, itu adalah kekayaan. Makan terlalu banyak gula-gula, dan itu memualkan, itu adalah kemiskinan. Masyarakat kita telah menjadi terlalu memualkan. Mereka yang hanya mengambil apa yang mereka perlukan adalah kaya. Mereka yang mengambil lebih daripada yang mereka perlukan berada dalam kemiskinan.

Mengambil lebih daripada yang anda perlukan, khianati anda. Jika anda tidak berfikir anda kurang, maka mengapa anda mengambil lebih daripada yang anda perlukan? Berhenti menjadi orang miskin. Tiada sesiapapun yang benar-benar senang berada di sekitar orang yang memerlukan. Kepercayaan adalah menyedari semua yang anda perlukan berada di sini dan ketika ini. Jika tangan anda menggenggam sesuatu, ia tidak boleh dibuka untuk menerima berkat selepasnya. Cuba  pergi memanjat tangga: keyakinan diperlukan untuk melepaskan salah satu anak tangga untuk mencapai anak tangga berikutnya. Pendakian adalah kepercayaan. Memerlukan keyakinan untuk angkat kaki dari tanah untuk mengambil langkah. Anda endah tak endah berjalan begitu sahaja, tetapi setiap langkah yang anda ambil adalah mengimbangi diri di ambang bencana. Hanya kerana anugerah dan kepercayaan yang membuatkan anda dapat berjalan!

Menyerahkan harta benda. Mulai percaya! Bersyukurlah! Jadilah Dermawan! Jadilah terbuka! Mulai berjalan! Kemudian berjalan menjadi automatik, semulajadi. Ini adalah Kepercayaan. Setiap zarah di alam semesta ini berjalan. Setiap zarah di alam semesta ini berjalan di atas kepercayaan. Yang tidak berjalan pada kepercayaan adalah ilusi dan penipuan. Jadi keluarlah dari khayalan dan bergabung dengan alam semesta. Bermulalah menikmati kehidupan.

Dalam Inggeris lama, keinginan bererti kekurangan. To want is to lack. To lack is to want. Menginginkan adalah untuk berkurangan. Untuk berkurang adalah menginginkan. Apabila anda percaya bahawa segala sesuatu di alam semesta berada di bawah panduan berdaulat tanpa manipulasi, maka Psalm 23 anda dengar di pengebumian Hollywood akhirnya akan memberi makna, dan anda boleh berkata “Aku tidak inginkannya.” Lebih mudah bagi seekor unta melewati lubang jarum daripada orang yang mengambil lebih dari dia perlukan untuk masuk ke dalam keadaan sekarang/semasa.

….

.

23. Adakah anda ingin mengubah dunia kepada dunia yang tidak gunakan duit?

.

Dunia yang tak berwang sudah ada, dalam diri kita dan semua di sekitar kita. Saya membayangkan pengakhiran penipuan bahawa wang wujud di luar dari fikiran manusia. Saya membayangkan pengakhiran penipuan bahawa sesiapa pun memiliki apa-apa.

Semua alam semesta yang tak terbatas di sekitar kita ada tanpa wang. Mengapa tidak kita? Sudahnya, diri sejati kita ada tanpa wang. Sudahnya, tiada siapapun yang memiliki apa-apa. Mengapa kita tidak boleh menyedari kebenaran yang terlalu mudah ini?

Ya, diri anda yang sebenar sudah hidup tak berwang. Diri anda yang hidup dengan wang adalah diri palsu anda, ilusi. Setiap kali anda memberikan sesuatu kepada seseorang tanpa mengharapkan apa pun sebagai ganjaran, anda sudah kembali ke dunia tanpa wang. Anda telah membuang khayalan anda dan membuka mata anda kepada Realiti yang memang sudah wujud dan akan sememangnya begitu. Setiap kali anda melakukan sesuatu secara spontan, dari hati anda, tanpa rasa hutang (kewajipan), anda telah kembali ke dunia tanpa wang, maka anda menjadi ‘Real’. Anda telah kembali ke ‘Simple Trust’. Biarpun ianya imitasi atau menjadi nyata. Sebahagian daripada anda yang melakukan hal-hal yang keluar dari hutang dan keluar daripada keinginan untuk kredit palsu adalah sebahagian daripada anda, bahagian yang bertindak daripada motivasi tersembunyi.

Saya tahu orang-orang berfikir kita perlukan perancangan mega untuk menyusun semula dunia, untuk mencari dan mendapatkan sistem alternatif kepada sistem wang. Barter schmarter farter & semua itu, yang semua hanyalah wang di sebalik topeng lain. Namun, perkara paling penting dalam hidup tanpa wang adalah melepaskan kuasa dan takhta, membuang sistem-sistem, dan membiarkan Hukum Alam menentukan segalanya. Semua usaha kita untuk mencari alternatif untuk sistem wang hanyalah sia-sia. Anda tidak boleh mencipta Utopia. Utopia sudah ada. Dan ketika anda berhenti berusaha dan berhenti mencari, ia datang. Kerajaan Syurga ada di sisi. Yang pentingnya adalah melepaskan usaha dan membiarkan kerja yang melalui dalam diri anda – pekerjaan yang bukannya hak anda sendiri. Tidak ada yang kita punya sendiri. Jika anda ingin menyebarkan Injil tanpa wang, dan bekerjalah cuma dari hati anda, bukan daripada manipulasi.

Wang adalah melakukan ke atas orang lain apa yang mereka mungkin lakukan kepada anda. Paling penting adalah melakukan kepada orang lain seperti anda ingin mereka lakukan kepada anda.

Dengan kata lain, lakukan, tanpa harapkan apa-apa balasan.

.

24. Idea-idea anda sedap didengar, tapi naif. Cuba lihat. Tidakkah awak berasa, dengan semua pencuri, yang malas, yang mengemis & yang tamak bahawa tanpa wang, ekonomi percuma tidak akan berjaya?

.

Izinkan saya menanyakan: Adakah anda rasa sistem wang menjauhkan pencuri, pengemis, yang malas & yang tamak? Adakah anda menganggap bahawa pencuri & pengemis & orang malas & orang rakus mungkin hanyalah produk bagi sistem wang?

Pencuri terbesar dan pengemis dan malas dan serakah adalah orang-orang berada paling atas dalam sistem wang: bank-bank dan pemegang saham dan CEO, yang hanya menyumbang sedikit atau langsung tidak kepada masyarakat, tetapi menyedut barang daripada para pekerja di bahagian bawah. Pola yang sama dengan masyarakat wang sejak zaman Sumeria & Mesir purba adalah dengan kekayaan mengalir daripada para pekerja ke bukan-pekerja, daripada yang rajin ke malas. Ketika anda mengambil lebih daripada yang anda perlukan, anda adalah seorang pencuri. Sifat semulajadi dari sistem perniagaan adalah rompakan dan pemerasan.

Sebagaimana halnya dengan makhluk di alam ini, para pencuri & pengemis & malas & orang rakus kembali kepada keseimbangan alam, dan jika mereka tidak kembali, maka secara semulajadi mereka dipilih keluar. Ketentuan alam membenci pencuri, pengemis, yang malas & rakus. Bahkan orang-orang yang paling berkuasa bertanggungjawab untuk satu sama lain. Dalam situasi berkeluarga selalunya menghapuskan keinginan untuk mencuri atau meminta-minta atau menjadi malas atau serakah. Anda dapat lihatnya dalam kelompok binatang & masyarakat pemburu.

Keramaian Rainbow atau Rainbow GatheringKeramaian Rainbow atau “Rainbow Gathering”

Kita dapat lihatnya di dalam masyarakat kita sendiri, mula berlaku pada skala sementara di Rainbow Gathering. Ada banyak sungguh pengemis di Rainbow Gathering, yang disebut “drainbows.” Dan “So What?” adalah idea yang timbul. Ini benar-benar menakjubkan betapa sedikit kecurian dan sedikit kekerasan ada di Rainbow Gathering seramai 20,000 orang, terutamanya berbanding dengan sebuah bandar yang bersaiz sama. Pekan yang sama saiznya, yang mempunyai penjara dan polis dan undang-undang dan peguam, mempunyai lebih banyak jenayah. Cuba fikirkan tentang hal itu. Rainbow Gathering masih secara ajaibnya berjaya, kerana perhatian para pengunjung berpusu-pusu yang bekerja keras, bermurah hati, yang tak peduli jika orang lain mungkin akan “mengambil kesempatan.” Apakah yang dimaksudkan mengambil kesempatan? Falsafahnya adalah melakukannya, tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dan falsafah itu berjangkit-jangkit. Ada banyak perkara berlaku pada pertemuan, dan banyak belas kasihan yang sejati mengatasi semua itu. Idea belas kasihan ialah mempunyai kesabaran dengan pencuri, pengemis, yang malas, dan serakah, yang mana adalah orang-orang masih berusaha keluar daripada diprogram oleh sistem wang.

Bila anda telah diajarkan selama kehidupan anda bahawa tidak ada yang berharga melainkan anda mendapatkan wang untuk sesuatu, anda pada awalnya akan menjadi malas, kerana anda tidak dibayar. Anda belum lagi belajar ganjaran sebenar melakukan kerja itu sendiri, dan ganjaran komuniti dengan orang-orang lain, yang membuatkan wang nampak tidak masuk akal. Bila anda telah diprogram untuk berfikir bahawa memiliki dan tidak berkongsi itu kebaikan, anda cenderung untuk mencuri, dan anda memerlukan sedikit jangka masa untuk keluar dari program mereka. Rainbow Gathering adalah sebuah hospital, dan orang-orang yang menjaga hospital memiliki deria rasa bersabar dengan pesakit, meluangkan semua waktu yang mereka perlukan untuk penyembuhan. Anda cuma dapat berehat lama sebelum anda sakit dari berehat dan mula ingin menyumbang. Mungkin memakan waktu cukup lama, tetapi ianya terjadi, semulajadi.

*kredit untuk penterjemah papan putih

2 Comments

Filed under Ekonomi

Sejarah Realiti Patani Sepintas Lalu

Sejarah negeri Patani dikatakan wujud jauh lebih awal dari negeri-negeri lain yang sezaman dengannya. Raja pertama negeri Patani ialah Puteri Nang Che Yam atau nama penuhnya Puteri Nang Che Yam ibni Kaifa Tabim Sheikh Ali, ayahanda baginda yang menjadi Raja Toung Oo Burma. Penulisan sejarah yang menyebut nama ayahanda baginda sebagai Tabin Shwehti adalah karut dan ia bertujuan untuk menutup Empayar Benua Islam Siam di rantau ini.

Nama Bayyinaung pula dikatakan pula sebagai abang ipar Kaifa Tabim Sheikh Ali padahal itu adalah gelaran nama adindanya Tunku Puteri Nur Aisyah Mahin Inta Tiral ibni Sultan Rijaluddin (Bavainung ibni Rama Tibodi II). Walau bagaimana pun kemungkinan tetap ada di mana suaminya, Zahiruddin Bahadur Syah turut diberi gelaran yang sama, dengan tambahan ‘King’ dihadapan. King Bavainung ini dengan Mahatammaraja pemerentah Ayuthia adalah orang yang sama.

Jika kita semak sejarah Zahiruddin Bahadur Syah ini kita pasti akan temui nama isterinya yang disebut sebagai Aisyah Begum. Hari ini, di Malaysia nama Begum ini merupakan nama-nama mereka yang terdiri dari golongan atasan yang tinggi peradaban dan rupa parasnya. Maklumat Tunku Putri Nur Aisyah ini sudah lama diketahui akan tetapi maklumat mengenai Aisyah Begum ini baru saja ditemui (and it match).

Kaifa Tabim Sheik Ali dengan bantuan tentera Portugis Islam (moor’s) telah memperluaskan Empayar Toung Oo dari Martaban ke Pegu, dari utara hingga ke selatan Burma. Tentera Moors atau Portugis Islam ini dahulunya diusir dari Portugal dan Sepanyol dimana terdirinya peradaban Islam di Granada selama beberapa ratus tahun. Orang-orang Siam memanggil mereka ‘Bugis’ bermaksud, puak Portugis dari kedatangan gelombang pertama ini.


Dalam lukisan ini orang-orang Moors yang berkhidmat dibawah Raja Ayuthia digambarkan bertubuh tegap dan jauh lebih tinggi dari orang-orang Siam.

Dalam tahun 1511, Raja Siam Islam dari Ayuthia telah menghantar tentera Bugis ini ke Melaka untuk mengawal Selat Melaka menggantikan tentera Laksemana Cheng Ho.
Kedatangan tentera Portugis gelombang kedua barulah beragama Kristian. Ada keluarga Portugis yang berasal dari Melaka menceritakan bahawa nenek moyangnya sudah pun menganut agama Islam sebelum mereka tiba ke Melaka.

Dalam tahun 1641, orang orang Portugis diserang Belanda lalu mereka belayar dan menetap di Goa, Sulawesi. Pada ketika itu Sultan Mahmud Syah masih lagi bersemayam di Melaka (lihat Undang Undang Kedah, ms 98). Sejarah kita memadamkan tindakan Belanda dengan bantuan raja daerah dan pekerja lombong bijih di Lukud yang menyerang Sultan Mahmud Syah di Kota Lukud. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan Sultan Mahmud Syah sehingga baginda meletakkan gelaran (dengan maaf,sekadar catatan sejarah shj) dalam bahasa Siam kepada orang-orang Minang iaitu Minang-kabau, bermaksud minang-derhaka.

Orang-orang Portugis berpindah ke bandar Goa di Sulawesi kerana telah menggunakan bandar ini semenjak tahun penghujung 1400 untuk berdagang dan berniaga. Sejarah orang-orang Bugis di Sulawesi hanya bermula di zaman-zaman ini sahaja malah tidak ada catatan bahawa mereka ujud sekitar tahun 1400 masihi kebawah. Hari ini rata-rata mereka lebih dikenali sebagai orang-orang Bugis.

Sejarah negara kita yang ditulis oleh raja-raja daerah pula mengatakan Melaka diserang oleh tentera Portugis akan tetapi mereka lupa wilayah siapakah itu asalnya. Ia milik Raja Monggol India (Mahatammaaraja) lalu dihantar seorang mamak untuk menjadi bendahara. Sultan Mahmud Syah adalah juga cucu Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India yang bergelar Mahatammaraja di Ayuthia. Bukankah Melaka dikatakan jatuh kerana mamak bendahara. Dimanakah kesetiaan mamak Bendahara ini, kepada raja daerah atau kepada Raja Monggol India dan cucunya yang juga menguasai Empayar Benua Islam Siam Kedah berpusat di Ayuthia.


Petikan dari undang Undang-undang Kedah, ms 98 : Tahun 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tahun 1656. Persoalannya, Sultan Mahmud Syah yang mana satukah yang bersemayam di Melaka sedangkan setahu kita, Portugis dikatakan sudah menakluki Melaka dalam tahun 1511. Harus diingat, serangan Belanda keatas Melaka berlaku dalam tahun 1641 dan Sultan Mahmud Syah mangkat dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas, Perak. Sultan Mahmud Syah yang dimaksudkan disini bukannya Sultan Mahmud Syah raja daerah Melaka tetapi Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman, Syah Alam Yang Maha Mulia, Raja Besar Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah (Cop mohor dijumpai di Riau).

Berikutan kematian Kaifa Tabim Sheikh Ali, Bayyinaung (Mahatammaraja) pula meneruskan usaha iparnya dan dikatakan telah menawan Ayuthia. Kenapa harus baginda menyerang Ayuhia Islam sedangkan Ayuthia tidak memberi masalah kepadanya dan diperentah oleh bapa mertuanya.

Kemungkinan serangan tetap ada berikutan kematian Sultan Rijaluddin (Rama Tibodi II) Mahatammaraja telah pergi ke Ayuthia dan mengambil gajah putih untuk dibawa balik ke Burma dan meletakkan anak bongsu nya Penggiran Mustapa Kecil bongsu (Prasat Thong) sebagai Raja Ayuthia sedangkan yang berhak menaikki takhta ialah Nai Hisbu Muadzam Syah (Songtham Ayuthia) yang menjadi Raja Kota Beruas Gangga Negara (Perak, kemudiannya menaikki takhta juga). Tindakan inilah yang mendapat bantahan Raja Patani lalu Ayuthia dibawah Prasat Thong telah bertindak menyerang Patani. Kita harus melihat ini sebagai konflik dalaman raja-raja Islam yang memerentah ketika itu sahaja.

Oleh kerana Kerajaan Toung Oo adalah sebuah kerajaan Islam, ia tidak mengambil langkah-langkah yang aggresif terhadap Ayuthia yang juga merupakan kerajaan Islam. Kita lihat catatan Pamaree Surikiat seperti dibawah,

“In fact, Burmese history does not entirely support his statement that whenever a Burmese center became the most powerful, it would exert influence on Ayutthaya in order to forestall Ayutthaya’s political interference. Burmese leaders during the mighty reigns of the early restored Toungoo empire in the first half of 17th century did not adopt the policy of defeating or weakening Ayutthaya for the purpose of maintaining her internal stability. The condition of the formation and development of the restored Toungoo empire was not in need of an offensive strategy towards Ayutthaya”., ms 6

“Additionally, he propounded that Burmese kings always considered the Siamese kingdoms as part of their field of power. From the founding of the first Toungoo dynasty, up until the end of the monarchic period, almost all of the strong kings waged war against the Siamese kingdoms, since they expected total submission from, successively, the Ayutthaya, Thonburi, and Bangkok kings. However, according to a contemporary Burmese inscription in the 17th century (SHMKM V, 1998: 148), Ayutthaya was not included in the mandala or the realm of power of the restored Toungoo kings. In fact, the strong kings of the dynasty (Toung Oo) did not launch any grand-scale attacks on Ayutthaya, as Lieberman remarked”.ms 8

Anakanda baginda Kaifa Tabim Sheikh Ali, Nang (puteri) Che Yam, cucu Sultan Rijaluddin (Rama Tibodi II) dan anak saudara Zahiruddin Bahadur Syah (Mahatammaraja) telah dihantar menjadi Raja Patani. Disana baginda memerentah dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera raja dari Jammu Kashmir, India bernama Sultan Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Sejarah Patani menyebut Nang Che Yam ini sebagai Raja Hijau.


Catatan dari Belanda menggunakan teknik printmaking menunjukkan perarakkan Raja Perempuan Patani dengan pengikutnya memakai jubah sepertimana orang-orang Islam dari Monggol India.

Baginda Sultan Ismail datang dengan rombongan beberapa buah kapal terdiri dari pengikut-pengikutnya dan membawa kain-kain dagangan, permaidani sebagai hadiah dan dalam sejarah Patani, baginda di gelar sebagai Phaya Tuk Nak Pa. Mengenai nama Patani samada dari kisah Pak Tani, Pantai ini atau pun dari bahasa Siam, dimana Pa-ta-ni dalam bahasa Siam (bukan bahsa Tai) bermaksud, “Kain-corak-ni”, penubuhan negeri Patani dapat lah kita katakan bermula di sekitar pertengahan 1500 sahaja. Terdahulu dari itu Kerajaan Langkasuka berpusat di Kedah Tua dan dengan itu Raja Mandalika membina Batu Bersurat yang dijumpai di Terengganu.

Kisah-kisah yang tercatit dalam Hikayat Patani adalah sebagai dakwah Islamiyah untuk rakyat Patani amnya ketika itu (zaman itu) dan kita tidak boleh membacanya mengikut konteks hari ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi, perdagangan Patani turut meningkat selepas naiknya kesultanan ini dan orang-orang Portugis tetap datang untuk berdagang ke Patani. Situasi yang sama turut berlaku di negeri Acheh.

Kita semua tahu bahawa Ayutthaya Islam kemudian nanti diserang oleh tentera Buddha Aluangphaya dalam tahun 1767. Akan tetapi sebelum pada itu, mereka telah menyerang dan menakluki Toung Oo dalam tahun 1758 berikutan kemangkatan Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Marhum Kota Palas Langkawi yang bergelar Boromokot di Ayuhtia. Raja yang memerentah Toung Oo ketika itu adalah anakanda baginda Syarif Yang Di Pertuan bergelar Mahadammaiyaza Dipati. Kita lihat catatan Pamaree Surikiat dimuka surat 7,

“Finally, on the origins of the Burmese invasion of Ayutthaya during the reign of Alaunghpaya (r. 1752-1760), he commented that the root of Alaunghpaya’s hostility toward that kingdom was less obvious than it was in the case of Manipura, for Ayutthaya had studiously refrained from exploiting Burma’s weakness in the 1740s. He emphasized that it was Alaunghpaya himself who showed his great desire to expand his power over Ayutthaya by using the Mon rebels’ flights to Ayutthaya as an excuse”.

Terdapat satu penulisan yang kami kira menarik dari perisian dan kajiannya. Antara lain penulisnya mengatakan bahawa negeri Patani bermula dengan seorang Sultan yang bernama Sultan Sulaiman. Dari segi kejadian yang berlaku dizaman itu penulisnya telah berjaya menunjukkan event yang berlaku dengan baik dan cukup menarik. Kita ikuti petikan penulisannya,

“Lebih lanjutnya telah didapati di dalam buku tawarikh negeri Pathlung ada menyatakan bahawa adalah raja yang memerintah negeri yang tersebut itu telah beragama Islam namanya Sultan Sulaiman. Kerajaan orang-orang Melayu ini pada akhirnya telah ditewaskan oleh musuhnya. Dan Sultan Sulaiman itu telah mati di dalam peperangan. Oleh sebab itu sekalian rakyat negerinya telah menjadi berpecah-belah dan berporak-peranda setengah daripada mereka itu telah melarikan diri ke utara lalu membuka negeri baharu di dalam jajahan Pathalung atau Bedelung yang ada dibawah pemerintah kerajaan Siam-Thai pada hari ini. Adapun mayat al-Marhum Sultan Sulaiman itu telah dikuburkan di negeri bagindanya juga. Kawasan makam perkuburan itu masih lagi dapat dilihat pada masa ini yang hanya penuh dengan hutan rimba sahaja. orang-orang Melayu di dalam negeri Singgora dan Nakorn Sri Thammarat memanggil makam perkuburan itu “Hum” yakni al-Marhum hingga sekarangpun masih banyak juga dilawati oleh penduduk negeri itu pada tiap-tiap tahun”

http://www.geocities.com/prawat_patani/bab2.htm

Apa yang kami inginkan ‘highlight’kan disini ialah mengenai Sultan Sulaiman yang pernah bersemayam di Phatalung ini. Dari maklumat yang kami perolehi, Sultan Sulaiman inilah yang disebut dalam UUK ms 24 sebagai “yangkam dengan belat yukbat”, telah melarikan diri kesana dari Kedah. Terdahulu dari itu baginda menjadi raja daerah dan bersemayam di Bukit Pinang. Baginda adalah anak saudara Mahkota Alam dan Sultan Mahmud Syah, lebih mudah Tengku Sulaiman ibni Pir Abu. Pir Abu pernah menjadi Raja Legeh, meliputi wilayah Kelantan,Patani dan Trengganu. Memang patutlah beliau melarikan diri ke sana.

Kisah baginda ini berlaku sekitar tahun 1600 sahaja dimana baginda telah dihukum bersalah oleh mahkamah syariah dizaman Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah diatas tindakan nya membunuh dan memakan orang-orang China Manchu Islam yang membina Balai Besar dan Pekan China dibandar Alor Setar. Hingga sekarang pun, Pekan China masih ada terletak berhampiran sungai dan hanya jarak berjalan kaki sahaja dengan Balai Besar di bandaraya Alor Setar. Dari kisah hidup baginda inilah diriwayatkan kisah Raja Bersiong itu.

Pada masa itu baginda ingkar enggan serah kuasa lalu melarikan diri ke Singgora kemudiannya ke Phattalung dan menetap disana. Di zaman itu, kawasan ini masih lagi berada dibawah jajahan Kedah. Sultan Muhiyuddin Mansor Syah kemudiannya memerentahkan ayah saudaranya Tun Saaban (Hang Tuah) yang lebih dikenali sebagai Iskandar Mahkota Alam untuk menangkap Sultan Sulaiman.

Ketibaan tentera Acheh ke Kedah dalam tahun 1619 disebut dalam sejarah Kedah hari ini sebagai Acheh telah datang menyerang Kedah, padahal tujuan mereka adalah untuk menangkap Sultan Sulaiman di atas perintah Raja Besar Benua Siam, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi (lihat UUK ms 17) . Mungkin juga ada pengikut-pengikut Sultan Sulaiman di Kedah yang bertindak balas dengan menyerang tentera Acheh lalu berlakulah peperangan lantas direkodkan sebegitu.

Bagi kami, mereka yang berkuasa pada ketika itu telah menulis sejarah mengikut acuannya sendiri. Baginda Sultan Sulaiman telah dikejar hingga ke Patani, Singgora oleh tentera Acheh, menyembunyikan diri dan dikatakan berkahwin semula. Baginda enggan menyerah diri dan akhirnya dibunuh oleh tentera Acheh yang diketuai oleh Iskandar Mahkota Alam. Ketika tiba di Patani, Mahkota Alam dan tenteranya singgah bersembahyang disatu tempat dimana terdiri nya Masjid Gerisek hari ini lalu dinamakan tempat itu Pintu Gerbang Hang Tuah sempena gelaran Iskandar Mahkota Alam sewaktu baginda menjadi laksemana di Melaka dahulu.

Mengikut TNL Kassim, ketika berdepan dengan Iskandar Mahkota Alam, Tunku Sulaiman diarahkan menyerah diri atau dihukum bunuh atas perentah Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Apabila beliau enggan, Iskandar Mahkota Alam pun berkata dengan nada suara yang keras,“Kau ingat aku ni siapa, aku bapa saudara kau, aku Naa-rai”. Kisah Raja Bersiong ini ada di sebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Yang mengedit semula Hikayat Merong Mahawangsa kita tahu siapa (menjadi penaung penulisan sejarah) kerana satu salinan telah diberikan oleh beliau kepada James Low, demi mendapat pengakuan hak keatas negeri Kedah. Bukan itu sahaja, malah baginda juga turut mengedit semula Hikayat Hang Tuah kerana nama ini terlalu terkenal untuk diabaikan oleh masyarakat dizaman itu, nanti kelak ia akan dipersoalkan. Namun di penghujungnya, Hang Tuah pula dikatakan ghaib.

Tanpa diketahui beliau, satu salinan Hikayat Merong Mahawangsa juga diberikan oleh Syarif Yang Di Pertuan, iaitu salinan yang asli. Tindakan menyerahkan satu salinan yang asli ini menyebabkan bayaran tahunan pajakkan Pulau Pinang kepada beliau telah di tangguhkan buat sementara waktu oleh penjajah Inggeris.

Hari ini kita harus sedar bahawa banyak tulisan sejarah Melayu dizaman dahulu (1800 keatas) adalah propanganda penjajah Inggeris untuk menegakkan ketuanan bangsa Melayu disamping menafikan yang hak dari segi tuntutan agama Islam, musuh lama mereka. Negeri negeri di utara semenanjong seperti Kedah Perlis, Kelantan, Trengganu dan Patani pula begitu kuat Islamnya berbanding negeri-negeri di Selatan semenanjong. Sebab-sebab kekuatan ini terletak dalam manuskrip Undang-Undang Kedah. Agenda Inggeris ini nampak gayanya berjaya dengan penubuhan parti politik dan sebagainya di selatan semenanjung.

Begitulah sedikit sebanyak sejarah kita hari ini, Sejarah Melayu tanpa tarikh kita terima.. sementara manuskrip Melayu Undang Undang Kedah, lengkap dengan tarikh yang pasti, kita tolak. Dengan cerdik pandai pelbagai kepakaran yang dilahirkan oleh sebuah negara yang mencapai 52 tahun kemerdekaan, di manakah pendirian kita hari ini?

Bibliografi:

1)Pamaree Surakiat, March 2006. “The Changing Nature Of Conflict Between Burma And Siam As Seen From The Growth And Development Of Burmese States From The 16th To The 19TH Centuries”, Asia Research Instiute, National University of Singapore,.

2)Siti Hawa Hj Salleh (peny.), 1992. “Hikayat Patani”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3)Hall,D.G.E., 1979. “Sejarah Asia Tenggara”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4)Baru., W,1988. “Patani dalam konteks Dunia Melayu”. Kertaskerja Seminar Dunia Melayu, Alor Setar, 24-25 Januari.

5)Darwis A Sulaiman,1988. “Acheh Dalam Konteks Dunia Melayu”. Kertaskerja Seminar Dunia Melayu, Alor Setar, 24-25 Januari.

6)A Samad Ahmad (peny.), 1986. “Sulalatus Salatin”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7)Buyong bin Adil,1980. “Sejarah Kedah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

3 Comments

Filed under Sejarah

RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN DALAM SEJARAH BANGSA MELAYU?

Raja-raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini. Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada,

1) Al Quran, Surah Al Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin

Al Quran, Surah Al Kahfi
Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Surah Al-Kahfi, Ayat 96
Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.

Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda.

Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak mempunyai zuriat adalah karut.  Semua ini hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah, sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.

Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50an, bermisai tebal dengan rambut kemas disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan. Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas apabila William Farquhar cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari ini? klik sini

Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak angkatnya Long Senik, baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti Haji Naik Kayu, Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid baginda.

Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerentah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan Tengku Long Putera, anak saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu, lihat UUK). Permaisuri baginda Sultan Mohammad I ialah Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul Hamid.

Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.


Jubah Maharaja China dengan simbol naga


Laksemana Cheng Ho @ Haji Mahmud Syam dengan jubah berlambangkan naga


Mural yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Cyrrus the Great’. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada ‘Cyrrus the Great’ sebagai Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula merujuk kepada ‘Alexander the Great’ sebagai Iskandar Zulkarnain?

Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya.

Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut mengenai Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,“..dan pada majlis Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum.” Secara ringkasnya kefahaman kami, adat istiadat raja-raja hari ini berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa adat istiadat, peradaban dan ketamadunan kepada Sheikh Huang Ti.

Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud, Ger-kenderaan, dem-dahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua orang Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom dan Parsi.

Shih @ Sheikh Huang Ti

Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada Shih atau Sheikh Huang Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius. Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah dan dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam. Dikatakan juga bahawa Empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan Empayar ‘Jin’ sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.

“During his reign, Shih Huang Ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history
.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor – entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.

Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah ketika itu syariatnya masih belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini diperturunkan kepada setiap maharaja China hinggalah kepada Maharaja Sai Tee Sung. Kedatangan utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Abi Waqqas adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT sebagai agama yang diredhai oleh Nya disambut baik oleh Maharaja Sai Tee Sung.

Walau bagaimanapun Sheikh Huang Ti berjaya menyatukan negeri China dibawah satu payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini bukannya tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini.

Diriwayatkan bahawa ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama Islam bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama Islam ini dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.

Manuskrip Undang Undang Kedah


Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia boleh dijadikan bukti sejarah

Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah sebuah manuskrip melayu lama yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.

Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS 40329. Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah buku.

1. Undang –Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17 dll).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan
(1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan)

Di mukasurat 49

Disebutkan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu.

Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.


Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim Khalilullah yang mana merupakan sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang (drum beat) bagi menaikkan semangat tentera untuk pergi berperang (sepertimana rentak marching)


Salalatus Salatin

Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China. Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahasa Siam.

Perkataan Chey-Na bermaksud, ‘datuk-petunjuk’. Sudah pasti ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada bangsa Saimen yang bermaksud, ‘kawasan dia’.

Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, ‘Nya Juj’ dan ‘Ma Juj’. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini.

Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,

Setelah itu maka Raja Suran
pun kembali ke benua Keling.
Telah sampailah ke negeri Keling
maka raja Suran pun berbuat
sebuah negeri terlalu besar

kotanya daripada batu hitam
tujuh lapis
serta dengan tebalnya
dan tingginya
sembilan depa
daripada pandainya segal utas berbuat dia itu
tiadalah kelihatan rapatannya lagi
rupanya seperti dituang
pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.

Syahdan luasnya kota itu
tujuh gunung didalamnya
dan pada sama tengah negeri itu
ada sebuah tasik terlalu luasnya
seperti laut rupanya
jikalau gajah berdiri
diseberang tasik itu
tiada kelihatan dari seberangnya
dan serba ikan dilepaskannya
didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu
ada sebuah pulau terlalu tinggi
sentiasa berasap
seperti disaput embun rupanya
maka diatas pulau itu
ditanaminya pelbagai kayu-kayuan
dan buah-buahan
dan bunga-bungaan
segala yang ada di dunia ini
semuanya adalah disana
dan apabila raja Suran
hendak bermain
kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu
diperbuatnya hutan besar
maka dilepaskannya
segala binatang yang liar
dan apabila raja Suran
hendak berburu atau menjerat gajah
pada hutan itulah ia pergi.

Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut,

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’

Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua Keling itu sebagai hanya di India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini, dahulunya belum ada dan mungkin di zaman itu, yang dikatakan jajahan Benua Keling itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini. Malah perkataan In-dia bermaksud, ‘pusat pemerentahan’. Adakah ini ada hubungannya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja.

Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada ‘Cyrus the Great’ berbanding ‘Alexander the Great’ dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini. ‘Cyrrus The Great’ dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di Empayar Rom dan Parsi.

Begitulah serba sedikit untuk kita renungkan bersama. Wallahualambisawab.

4 Comments

Filed under Sejarah

BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANG



Pada tahun 2004, John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, EcuadorColombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.
Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins – Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong.

Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’.

Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.

Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar- Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –misalannya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada tahun 1953. Presiden Guatemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada tahun 1965. Ecuador pada tahun 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada tahun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak  untuk meletakkan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Mak Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Husein pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.

Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina – Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di swastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.)

Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.

Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?

Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?

Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada.

Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan universiti dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat.

Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina – telah menjauhkan diri dari Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kuam pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.

Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak.

Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam?

Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ?

Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pendekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah – dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentadbiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri.

Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada …….(TT)

Leave a comment

Filed under Ekonomi

MEMBINA NEGARA BANGSA

Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud di dalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud di dalam imajinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imajinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

Imajinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imajinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama – tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama – Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua – selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mencengkam kita hingga ke hari ini.

Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan di permulaan perjuangan melawan British.

Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan – 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu – hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation . Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imajinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.(TT)

1 Comment

Filed under Politik

PENINGGALAN SEJARAH DI SG MERBOK

Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km di sesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar di zaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di utaranya.

Sekiranya kita memudik sungai ini dari kuala ke hulu sungai, di kanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam di kiri sungai ini. Di kanan pula terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu. Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti Sg. Jagong, Sg. Tukang, Sg. Layar, Sg. Pasir dll disekitar Sungai Petani, Telok Bayu, Bendang Raja, kolam Duli merupakan kawasan perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbok inilah terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan yang di panggil Istana Pulau Tiga.

Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,

1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British

Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga

Terdapat 3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satu, Pulau dua dan Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit. Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan bangunan.


Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.


Pak Saad menceritakan semula sejarah, setakat yang diketahuinya. Tanah yang didudukinya berhampiran Sg Merbok dikatakan milik raja, raja mana tak pasti pulak.

Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang didirikan di atas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri Kedah dijajah oleh tentera Thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan Sembeling hingga ke Laguna Merbok.


Alor Sungai Tukang telah pun ditutup untuk membina kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat di mana kapal-kapal layar zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.

Di dalam buku sejarah Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah bersemayam di Istana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri dari tentera thai dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan dijumpai lagi. Ia telah lama dimusnahkan oleh tentera penjajah di zaman dahulu dan serpihannya dibuang  ke dalam air. Bumi bertuah ini sejak zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi, untuk merobohkan binaan ini semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk menutup sejarah bangsa.

Di riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat dipastikan lagi. Dari segi keupayaan masyarakat setempat sememangnya ada kerana Borobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk generasi kita hari ini.


Ini adalah gambar Istana Ananda Paagan bermaksud ‘Anakanda bawa wang’ yang tersergam di Mandalay, Myanmar (Burma) hari ini. Di riwayatkan bahawa Raja Mandalika (Mandalay adalah sempena nama baginda) Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I (di Ayuthia) melihat contoh Istana di Pulau Tiga untuk membina istana ini di sana. Raja Mandalika inilah dimana namanya terpahat pada Batu Bersurat Terengganu. Adakah Pagaan @ Bagan di Bagan (Serai), Pulau Pinang mempunyai persamaan?


Duit dinar matahari yang dikatakan pernah dijumpai di Pulau Tiga disamping serpihan pinggan mangkuk China. Duit dari ‘cowries’ iaitu sejenis siput turut pernah digunakan di Siam. Dengan itulah penduduk di Utara menyebut kupang untuk sen hinggalah ke hari ini.


Tambak Bunga seperti yang ditunjukkan oleh Saudara Yusuf merupakan tambakan pejal yang kini ditumbuhi pokok jenis Acasia. Di hadapan inilah dikatakan terletaknya Istana Pulau Tiga terapung diatas permukaan air. Pada tambakan ini perahu akan terus bertemu dengan tanah pejal bukannya paya pokok bakau. Ada kemungkinan juga istana tersebut serpihannya berada didalam air sungai (dibuang kesitu) akan tetapi lokasi sebenarnya adalah diatas darat.

Di samping itu terdapat tambak yang ditanam dengan pokok-pokok bunga sebagai backdrop kepada istana tersebut. Hingga sekarang tambak yang rapat ke gigi air ini masih lagi dikenali sebagai Tambak Bunga.

Tidak jauh di seberang Sungai Merbok terdapat kolam-kolam ikan peliharaan yang dinamakan Kolam Duli. Nama seperti Kolam Duli, Tambak Bunga telah kami perolehi melalui wasiat dan kami tidak menyebutnya kepada Saudara Yusuf Saad yang membawa kami mudik Sungai Merbok. Beliau sendiri yang menyebutnya dan menunjukkan kepada kami kawasannya.

Namun begitu kesan-kesan di atas daratan masih lagi jelas kelihatan di antaranya dinding kota istana Pulau Tiga. Batu bata yang digunakan adalah jenis lebar dan leper sepertimana bata-bata candi di Lembah Bujang dan juga binaan pintu gerbang Kota Kuala Muda (Lembah Bujang hanya 15 min sekiranya berkereta).

Walau bagaimana pun rekabentuk binaannya pula tidak pula seperti rekabentuk candi yang dijumpai dengan begitu banyak sekali di Lembah Bujang ini. Kota ini ada tanda-tanda dirobohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti diterbalikkan dsbnya. Yang anehnya kenapa kewujudan kota ini tidak dihebahkan? Adakah kerana rekabentuknya yang lain dari rekabentuk candi lembah bujang (walaupun bahannya sama) akan menyebabkan ‘contradict’ dengan maklumat sedia ada yang mengatakan candi adalah untuk penganut agama Hindu?

Gok untuk membakar Kayu Arang dan Bata

Gok adalah merupakan tempat membuat kayu arang menggunakan kayu-kayu bakau yang banyak kedapatan di pesisiran Sungai Merbok. Kawasan Sungai Petani ini tanahnya berbukit-bukit dan sesuai untuk mendirikan bangunan yang lebih tinggi berbanding Alor Setar dimana tanahnya berlumpur.

Sekiranya baru dikorek, tanah disekitar ini kelihatan merah seperti luka kerana baru dikorek. Tanah yang berwarna hitam hampir tidak ada di kawasan ini. Dengan peninggalan sejarah sedia ada, adakah kawasan ini, Tanah Merah atau ‘the red earth land’ yang dimaksudkan dalam penulisan sejarah zaman dahulu itu? Cukup untuk kita renungkan seketika.


Pintu masuk ke Gok jelas mempunyai rekabentuk Siam Parsi. Mungkin ini adalah ikutan dari rekabentuk pintu masuk ke Istana Pulau Tiga yang masih ada lagi sewaktu Gok ini dibina dahulu.

Gok ini didirikan sekitar tahun 1850an sahaja memandangkan bata yang digunakan adalah sepertimana saiz bata pada hari ini. Dari jumlah Gok yang berbelas-belas terdapat disini kami yakin ada satu industri membuat arang yang luas di kawasan ini disamping juga untuk membuat batu-bata. Apakah kegunaan arang ini sebenarnya disamping untuk membuat dapur arang, membakar kemian, atau menggerakkan kapal steam yang kekurangan arang batu di satu ketika dahulu? Walau apa pun, industri sebegini yang kami kira besar di zaman dahulu pasti dimiliki oleh pembesar di zaman dahulu.

Memandangkan Sungai Merbok ini luas dengan air yang tenang ia mudah dimudiki oleh kapal-kapal di zaman dahulu apatah lagi kapal-kapal layar yang mengutip barang-barang dagangan. Yang pasti, Sungai Merbok menyimpan seribu misteri sejarah negara berlatarbelakangkan Gunong Jerai yang juga mempunyai kisah yang tersendiri.

Pengusaha dari keturunan China dikawasan ini sudah pun meninggal dunia dan keturunannya yang masih ada tidak lagi ingin meneruskan kerjaya tersebut, lalu Gok ini dibiarkan/ditinggalkan begitu sahaja. Walaubagaimanapun usia Gok ini sudah pasti telah menjangkaui lebih 150 tahun.

Peninggalan kubu tentera British

Objektif kami bukannya mencari kubu tentera Inggeris. Akan tetapi di atas maklumat yang kami dapat, kami turun padang mencari setiap tinggalan sejarah yang ada kaitan dengan pengkajian kami. Di kawasan ini terdapat banyak tinggalan kubu-kubu tinggalan tentera Inggeris teutama sekali di sekitar kawasan peninggalan istana Pulau Tiga. Kubu-kubu ini mungkin didirikan mungkin seawal tahun 1900 ke atas sahaja. Terdapat juga bilik-bilik pegawai yang membawa dari satu ruang ke satu ruang yang lain.

Terletak di bawah tanah, ia didirikan dengan binaan bata moden dan di plaster dengan simen sebagai kemasan akhir. Terdapat ‘Cubicle’ untuk tentera berlindung dari serangan. Kami sertakan gambar-gambarnya.

1 Comment

Filed under Sejarah