SULTAN MUHAMMAD JIWA (1710 -1778)

Sultan Muhammad Jiwa telah mendapat tentangan daripada kaum kerabatnya, malah yang terpenting beliau mendapat tentangan Raja Nambang (Raja Siam Ligor Nambang Benua Siam Kedah Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia).

Keadaan bertambah runcing bila mana Sultan Muhammad Jiwa melantik anak gundiknya Tengku Abdullah sebagai bakal Paduka Seri Sultan Kota Setar sementara Tengku Dhiauddin dilantik sebagai Raja Muda (mengikut maklumat buku Konvensyen Sejarah Kedah 1981).

Puteranya yang lebih tua daripada isterinya yang lain iaitu Tengku Long Putera dan Tengku Anjang telah diketepikan.

“Later, Kedah histories and genealogies, perhaps anxious to vindicate Tengku Abdullah’s claim, give him legitimate position”. Dokumentasi, Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman,1981.

Tengku Long Putera dan Tengku Anjang memohon bantuan orang Bugis dari Selangor untuk menyerang Kedah Darul Aman namun gagal. Meski pun begitu Sultan Abdullah tidak popular di kalangan rakyat tetapi telah mendapat sokongan tentera penjajah. Usaha mereka selama sepuluh tahun menemui kegagalan.

Sultan Abdullah yang juga merupakan Raja Pulau Pinang bertambah gagah dan tidak tercabar bila Inggeris menduduki Pulau Pinang (1786) dengan izinnya dan membuat perjanjian dengan beliau. Rujuk 15 Lihat Muhammad Hassan Bin Dato’ Kirani. Pada masa yang sama Sultan Abdullah telah bertindak mengahwinkan seorang puterinya dangan Francis Light.


Dari buku Warisan mahawangsa Kedah, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.

Bukti cerita sejarah tersebut adalah untuk memihak kepada pembelot dan pemberontak tahun 1839 (kepada Raja Besar Benua Siam) iaitu Paduka Seri Laksemana Ketua Tentera Laut Benua Siam Kedah Paduka Sei Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Marhum Melaka. Sejarah sebenar pada tahun 1786 kita semua patut mengetahui bahawa Benua Siam Kedah dikuasai oleh Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s