Who is the Real Malay?










  • Tidak mahu mengulas panjang.
    Tidak mahu mengulas panjang, cuma ingin menyorot kembali realiti sebuah kehidupan masyarakat silam di Semenanjung Siam-Malaka ini menerusi foto-foto vintage ini.

    Melalui subjeknya yang menarik, iaitu Malayu dan Sakai, maka dapat kita fikirkan persamaan dan perbezaannya antara dua golongan ini. (contohnya dari raut wajah-hidung-mata dan rambut)

    Persoalan yang timbul, adakah Malayu itu sebenarnya satu rumpun bangsa atau hanya segolongan kaum diantara kaum-kaum lain yang menghuni Tanah Semenanjung ini?

    Adakah Umat Malayu moden hari ini berasal dari Malayu yang sebenar-benar Malayu?

    Atau tuan-tuan hanya menjadi bangsa Malayu Moden melalui istilah perlembagaan sahaja, yang mana teras dan identiti bangsa itu jelas merujuk kepada BAHASA MALAYU dan ISLAM?

    Jadi siapakah sebenarnya Malayu sejati itu – orang asli Semenanjung?

    —————————————–




    Petikan dari UUK (Undang-undang  Kedah) ms 5:
    “Maka barang jenis kain yang patut jadi faedah diambil beli-belian kira-kira sebahagi dan sebahagi dilepaskan. Maka segala jenis kain dibawa oleh syahbandar dan mata-mata kepada panglima bandar. Maka jenis macam-macam kain itu dimaklumkan pada raja”

    “Syahadan jika nakhoda itu mengkehendaki membeli rotan dan damar batu dan getah dan tiang layar dan barang dan sebagainya, maka hendaklah memberitahu syahbandar”

    “Bermula jika ada piutang nakhoda di dalam pasar (cth: gambar 5) hendaklah diberitahu panglima bandar dan syahbandar supaya dikeluar oleh panglima bandar dan syahbandar”

    Berdasarkan beberapa petikan yang lain, dapatlah disimpulkan bahawa kain telah diklasifikasikan sebagai barangan import. Selalunya datang dari Benua Keling.

    Jadi secara logiknya sudah tentulah orang-orang asli yang membawa damar, rotan, GETAH dan orang Malayu yang membikin TIANG LAYAR (cth: gambar 3) juga membuat pertukaran barang sesama mereka berdasarkan sistem ‘barter’. Inflasi sifar…

    Dibuktikan juga melalui gambar diatas bahawa kain memang menjadi ‘basahan’ hampir kesemua rakyat marhaen dari dulu, kini dan selamanya.

    Tuan-tuan yang dihormati, inilah yang dinamakan undang-undang raja. Undang-undang berlandaskan syariat Islam, yang di guna pakai oleh raja maha besar Benua Siam bersesuaian dengan kaedah dan kehidupan pada masa itu.

    UUK juga dengan jelas menggariskan protokol kedudukan diantara golongan pembesar, pegawai kerajaan, ketua kampung dan golongan rakyat jelata.

    Sila perhatikan petikan ini pula, UUK ms 38:
    Jika seorang bergelar Tun di negeri, seorang bergelar Raja di hutan, sama tara duduknya, ertinya setara itu bertimbalkan duduknya. Demikian beza di hutan dengan negeri itu.”

    Maksudnya pembesar-pembesar yang telah diberi gelaran itu samada pembesar negeri atau pembesar di hutan sama sahaja kedudukannya. Atau dengan lain kata di sisi Maharaja Siam itu, Tun itu “equal” Raja di hutan. Kerana ‘di hutan’ itulah terdapat barang dagangan yang tinggi nilainya untuk di eksport.

    Kesimpulannya, Undang-undang Kedah itu jika dikaji dengan lebih mendalam, maka dapat ia menjadi pen pictures yang mengambarkan dengan jelas warna-warni kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di Benua Siam ini semenjak dari 222 Hijrah sehinggalah kepada kedatangan Inggeris ke Tanah Semenanjung.

    Realitinya sama sahaja dahulu dan sekarang – ada kaya ada miskin, ada Islam ada yang kafir.
    —————————–

    * Secara praktikalnya teknologi kamera hanya boleh digunakan oleh orang ramai di eropah ialah pada tahun 1839 melalui kamera pertama yang diberi nama ‘Dauguerrotype camera‘ yang menggunakan plate besi sebagai media penyimpan imej. Hanya orang kaya atau yang berkhidmat dengan kerajaan atau press sahaja yang mampu memiliki kamera jenis Daguerrotype ini.

    Kemudian teknologi dan inovasi kamera berkembang sehinggalah pada tahun 1881, George Eastman seorang Amerika mencipta teknologi ‘filem’ yang mudah diselenggara, iaitu Kodak. Dengan penggunaan kodak, badan kamera dapat dikecilkan dan teknologi itu dapat dinikmati oleh kebanyakkan kerana ianya lebih murah dan mudah berbanding Daguerrotype yang besar, berat dan mahal.

    Jadi berkemungkinan besar gambar-gambar diatas ini diambil menggunakan Daguerrotype seawal 1839 atau Kodak seawal 1881. (circa 1839-1910)


    foto-foto vintage sumbangan: Ariyo Adam

    ————————————–
    Sekilas pandang.
    *Dari foto itu nampak gaya, bukan semua Sa-Kai rupe macam Ma-La-Yu…dan bukan semua Ma-La-Yu rupe macam Sa-Kai…ialah dalam adik beradik pun bukannya sema hensem dan muka serupa…perangai pun berlain.

    Cuba fikir, tak pelik ke, duduk dalam hutan rimba, ada juga yang boleh dikategorikan sebagai ‘kira ok’ tapi tiada sifat MALU dalam diri mereka?

    Tapi yang jenih ‘kira ok’ ni la ada harapan jadi ‘glamer’, ada harapan naik tahkta, tatkala disunting putera raja (selalunya masa berburu)…paling kurang pun menjadi dayang istana bak ‘Kasuma Dewa’ kisah Hang Tuah pahlawan Malaka.

    Bukan cakap kosong tapi umpama kisah Pir Abu adik beradik Tun Syaaban (Hang Tuah) yang menikah dengan seorang perempuan Batak tanpa perkenan Tuanku Baginda Raja Besar Benua Siam. Dari penikahan itu lalu lahirlah Raja Sulaiman ‘Raja Tui Yangkam Belat Yukbat’ – Raja Bersiung yang dihukum bunuh oleh Hang Tuah di Singgora.
  • Leave a comment

    Filed under Sejarah

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s