Sejarah Penulis Istana (Tukang Karut Sejarah) di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad adalah penulis yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk memutarbelitkan sejarah dengan mengatakan Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah keturunan raja Kedah. Berikut adalah sumber yang disampaikan oleh Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah kepada Nai Long Mahmud iaitu cucu Sultan Jaafar Madazam Syah. Perlu diingat pembaca semua, bahawa mereka ini sudah pun meninggal dunia namun kisah ini sudah pun menjadi wasiat dan kita tahu tuntutan wasiat mengikut hukum agama Islam.


Keluarga Raja Besar Benua Siam amat berterima kasih kepada beliau kerana tidak membunuh Nai Sofiah, namun tulisan beliau atas perentah sultan telah menafikan hak-hak mereka dalam sejarah negeri Kedah yang telah disembunyikan.

Nai Long Mahmud pula telah menceritakan peristiwa ini kepada cucunya Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad. Menurut Sultan Badlishah, ayahandanya Sultan Abdul Hamid mempunyai isteri dari penganut Buddha yang bermadu dengan bonda Sultan Badlishah iaitu Nai Sofiah. Nai Sofiah ialah anak saudara Datuk Nai Mariam permaisuri kepada Sultan Muhammad I Kelantan dari keturunan Siam Islam. Datuk Nai Mariam ialah nenek kepada Nai Long Mahmud. Isteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang menganut Buddha ini berasal dari kerabat diraja Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang khun.

Apabila berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah beliau di gelar Mak Incik Manjalara. Pada tahun 1881 Mak Incik Manjalara membina sebuah Wat untuk upacara agama Buddha di Kampung Bakar Bata Alor Star dan dinamakan Wat Kanchut. Bangunan tersebut masih terletak di belakang Muzium negeri Kedah sehingga hari ini. Mak Incik Manjalara, isteri kedua sultan mengarahkan Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad untuk membunuh Nai Sofiah, ibu Tunku badlishah tetapi Muhammad Hassan tidak sanggup membunuh, sebaliknya beliau melarikan Nai Sofiah ke India untuk disembunyikan.

Sementara itu Tunku Badlishah (kemudiannya Sultan Badlishah) telah diusir dari istana dan beliau tinggal bersama Datuk Nai Maryam ibni Syed Sheikh Abdul latif Al Fatani yang menawarkan diri untuk membesarkan beliau. Di sini baginda dewasa bersama keluarga Nik Muhammadiah, TNL Haji Yassin dan bersahabat baik dengan anak-anak TNL Hj Yassin iaitu TNL Mahmud dan TNL Abdullah. Ketika itu TNL Kassim masih budak-budak lagi. Akhirnya Muhammad Hassan ditangkap di India dan dibawa balik ke negeri Kedah dan dipaksa mengadakan cerita sejarah mengatakan raja Kedah asalnya beragama Hindu atau menerima hukuman. Dengan itu Muhammad Hassan menulis cerita Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mengatakan Maharaja Derbar Raja memeluk agama Islam dalam tahun 1927.

Dua keratan yang di petik dari tulisan Dr Jelani Harun bertajuk “Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman : Muhammad Hassan dan Kepengarangan Istana Melayu Awal Abad ke 20”, Warisan Mahawangsa Kedah diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.

Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mengetahui Nai Sofiah masih hidup maka baginda menceraikan Nai Sofiah. Daripada tarikh inilah Tunku Badlishah tinggal dibawah jagaan datuk saudaranya Datuk Nai Mariam di Alor Pak Ngah, Mukim Tajar Kota Star Kedah. Apabila Raja Muda Tunku Aziz mangkat tiba-tiba, Tunku Badlishah yang sudah dewasa pun dinaikkan kerajaan menjadi Raja Muda Kedah Darul Aman.

Pada tahun 1943 zaman pemerintahan tentera jepun memerintah negeri Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah pun mangkat. Mak Incik Manjalara mencadangkan kepada pemerintah tentera jepun agar melantik puteranya Tunku Muhammad Jiwa dijadikan Sultan Kedah kerana beliau mengatakan kononnya Tunku Badlishah bukan anak gahara dan tak layak untuk menjadi Sultan Kedah.

Di sini penghulu Mukim Tajar iaitu Nai Long Mahmud, cucu Sultan Jaafar Madazam Syah membantah dengan mengatakan Tunku Badlishah ialah anak gahara dan berhak untuk menaikki takhta Kesultanan Kedah. Cadangan Nai Long Mahmud itu disokong oleh Dato’ Shariff Awang Osman. Dengan itu, Tunku Badlishah pun ditabal di Balai Besar untuk menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman bergelar Sultan Badlishah. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim Muazzam Syah, Sultan Kedah sekarang ini.

Semasa pertabalan baginda dipakaikan tengkolok yang disediakan oleh penghulu-penghulu kerabat diraja Siam Kedah. Mak Incik Manjalara mengarahkan Tunku Badlishah dipakaikan mahkota Sultan Abdul Hamid tetapi mahkota itu diambil oleh Nai Long Mahmud sambil mengatakan Tunku Badlishah telah dipakaikan tengkolok jadi mahkota ini beliau di pegang sahaja.

Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah ditulis bagi menutup sejarah sebenar Raja Merong Mahawangsa dan keturunan Bangsa Siam Islam yang pernah memerentah negeri Siam. Pada masa itu mereka mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari, 78 tahun dimasa depan, manuskrip Undang-Undang Kedah akan dikembalikan oleh Inggeris dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Haruskah keluarga waris Raja Besar Benua Siam Islam yang masih ada hari ini hanya mendiamkan diri padahal bukti manuskripnya (bukannya hikayat) ditulis jauh lebih awal dari Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah sudah ada dalam genggaman?

64 Comments

Filed under Sejarah

64 responses to “Sejarah Penulis Istana (Tukang Karut Sejarah) di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah

  1. siti nuraini

    saya bukan lah seorang yang arif mengenai sejarah namun saya amat berminat untuk mengetahui mengenai salasilah keturunan sultan muhammad jiwa secara lebih terperinci. saya juga ingin mengetahui salasilah isteri-isteri baginda dan menegnai sejarah yang mengatakan sultan muhammad jiwa telah lari dari kedah. adakah itu benar. saya juga ingin mengetahui negeri mana di malaysia yang mempunyai hub ungan kekeluargaan yang rapat.

    Like

  2. mansor

    Assalamualaikum… Saudara. saya keliru dengan apa yang diceritakan oleh Tok dan Tok Nek saya, Kononnya mereka juga pernah terlibat menyorokan kerabat sultan kedah dari dibunuh oleh siam. Tak silap saya kalangan keluarga Tuanku Abdul Rahman di Bukit Hijau dan di Kg Lindungan Raja di Sedim Kulim. Kalau boleh saya ingin juga, mendapat kepastian kebenaran cerita asal usul Kg Lindungan Raja ini. Mereka yang menyampaikan cerita ini kepada saya semuanya sudah meninggal dunia. Ceritanya tidak begitu jelas. saya takut cerita yang disampaikan adalah palsu.

    Like

  3. azahari

    aku jugak nak cari wris-waris lain

    Like

  4. saya ada cerita sejarah anak tunku ahmad ibni tengku yaacob abang tengku abdul rahman

    Like

  5. aznim

    saya teringin nak tahu tentang semua isteri2 sultan abdul hamid..tak silap saya sultan abdul hamid mempunyai 8 orang isteri..

    Like

  6. yanz

    salam, saya ingin mencari hubung-kait Tengku Ibrahim yang beisterikan Tengku Halimah dalam salahsilah negeri kedah, yang diceritakan oleh orang-orang tua yang sudah tiada, menyerahkan anak sulungnya kepada kerabatnya di gunung semanggol, perak sekitar tahun 1916…anaknya itu telah meninggal tanpa mengenal ibu-bapa kandungnya dan cucu-cicitnya masih tidak mengenal keturunan nendanya???

    Like

  7. assalamualaikum… saya adalah cucu kepada Tengku Hamid bin Tengku Abdullah bin tengku Muhamad Saad mungkin dari jurai Tengku Ahmad Tajuddin. Saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan yg lampau.dimana kisah dalam kehidupan yg susah lg serba kekurangan. Datok sy Tengku Hamid telah pun kembali kerahmatullah dimakamkan di tanah perkuburan Kg lindungan Raja Sedim Kedah. Dahulu ia menetap di Kg Sedim bersama isteri keduanya telah meninggal dunia dan mempunyai 7 orang anak yg kini masih menetap di sana. manakala isteri pertama bernama Sopiah sudah meninggal dunia dikebumikan di tanah paerkuburan Kg Tua Selama Perak. Dari hasil perkahwinan mereka, mempunyai 3 orang anak iaitu Tengku Rokman, Tengku Hakim dan Ungku Azmi (perempuan). gelaran Pak Long man yg sulong yg kelihatan keuzuran dan ayah sy Pak ngah atau Ku Hakim yg kini masih sihat menetap di Kg Bukit Bertam Selama Perak. manakala gelaran Mak lang Mi yg kini menetap di Kg Sg Kob. Tengku Hakim berkahwin dgn Siti Halijah mempunyai 8 orang anak 4 lelaki, 4 perempuan. Kehidupan kami dimasa lalu serba kekurangan ibarat kais pagi makan pagi… tp sekarang kemudahan dah ada Alhamdulillah dengan apa yg dikurniakan. Sekarang, adik beradik sy dah pun bekerja syukur alhamdulillah dah berubah kehidupan keluarga. Jika diizinkan Allah kami sekeluarga mahu menyambung semula ikatan silaturahim yg telah lama terputus.

    Like

  8. Nai Ya Omar Nai Man

    Assalamualaikum,kerabat dan pembaca semua…jika ingin menyampaikan apa-apa lingkaran sejarah (Sirah) keturunan sila masuk ke laman blog Kerabat Nai untuk kelangsungan mencari susurgalur.jika perlukan passwood sila Add saya pada Facebook Ya Omar Man,Saya sekarang ini mencari dan menghimpun keseluruhan kerabat Kedah dari Legasi Kerabat Merong Mahawangsa,Tujuannya adalah untuk menyambungkan kembali persaudaraan yang terputus,jika tidak keberatan sila siarkan sirah setiap keturunan dan salasilah agar ianya menjadi satu bahan rujukkan dan pengetahuan pada kerabat yang lain.terima kasih

    Like

  9. Assalamualaikum Ku Agh..

    Mintak no telefon. Saya cucu Tengku Daie ibn Tengku Salleh, disebut orang di Bukit Bertam sebagai anak menakan Tengku Hamid. Tahun 2009 saya telah berjumpa Tengku Hakim dan juga adik beliau dengan mak lain, Tengku Abdullah yang kini tinggal di Machang, Kelantan. Keturunan kami sudah tidak pakai tengku, cuma bila kami balik ke kg. bakau tua, di mana makam Tengku Abdullah Libar ibn Tengku Muhammad Saad juga di situ, tok wan kami digelar orang kampung Ku Ei, Tengku Daie sama-sama berhijrah ke Mahang dengan Tengku Hamid,

    HP saya 0196215419.

    Like

  10. yanz

    salam kaum kerabat,
    saya masih belum mendapat petunjuk keturunan arwah datuk saya yg telah meninggal dunia sekitar tahun 1988 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau dilahirkan pada November 1916 di Gunung Semanggol,Perak dirumah Ku Endut ( kerabat Kedah) oleh bondanya yg bernama T.Halimah binti ??? dan terus diserahkan kepada Siti Mariam Binti Md Aris (dipercayai kerabat N.Sembilan) untuk dijadikan anak angkat. Bondanya dikatakan mengikut suaminya T.Ibrahim bin ???? selepas melahirkannya (tidak diceritakan kemana dan mengapa mereka menyerahkan beliau kpd keluarga angkat ini). Keluarga angkat ini membawa beliau balik ke K.Kangsar, Perak diceritakan menaiki seekor ‘gajah putih’ yg dialaskan dgn ‘kain kuning’. Keluarga ini membesarkan beliau spt anak kandung dan merahsiakan identiti beliau sehingga kedua ibu-bapa angkat beliau meninggal dunia. Datuk saya hanya diberitahu nama ibu-bapa kandungnya oleh adik-angkatnya ketika beliau sedang nazak sekitar tahun 1988. Sekarang ini, warisnya hanyalah Bonda saya yg kini sudah berumur 73 tahun dan Bonda saya sangat mengharapkan dapat mengetahui asal-usul arwah bapanya dan mengenali sekiranya masih ada kaum-kerabat T.Ibrahim dan T.Halimah ini. Utk pengetahuan semua, kami sekeluarga tidaklah menggunakan sbrg nama kerabat krn bapa kami hanya orang biasa aje. Di sini, besarlah hati saya sekiranya kaum kerabat dpt membantu kami. Jasa baik kaum kerabat semua semoga dirahmati Allah..

    Like

  11. pak ku

    assalamualaikum…
    salam perkenalan smua…
    saya adalah kerabat tengku muhammad saad.

    Like

  12. waalaikumussalam… salam perkenalan saudara sekelian… ikatan silaturahim yg terputus wajib disatukan demi menjaga ikatan persaudaraan yg muhibbah akrab kerana kita saudara islam yg perlu dituntut oleh nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W. oleh itu bersatulah kita demi menjaga kesejahteraan ummah di dunia mahupun di akhirat. maklumat semua… Tengku Hamid bin Tengku Abdullah ( tengku Abdullah Lebar atau Tok ku Lebaq ) adalah datok sy yg menetap di Kg Sidim Kedah dan telah pun meninggal dunia. tetapi anak2 dan cucu-cicitnya masih ada. Tengku Hamid menggugurkan gelaran Tengku kerana takut dari ancaman musuh dalam selimut kerana beliau adalah seorang pendakwah yg menegakkan syiah islam yg sama juga bapanya Tengku Abdullah adalah seorang guru agama yg diikhtiraf oleh Sultan Idris Sultan Perak pada tahun 1900an supaya menjadi guru/mengajar agama dikawasan Selinsing. Sy bukan nak banggakan diri disebabkan gelaran Tengku atau Ku mahupun datuk nenek moyang sy seorang kerabat atau berpelajaran dalam bidang agama namun kesedaran sy untuk mencari asal usul keluarga sy mula terbina. sy harap, saudara yg mengenali Tengku Hamid, Lebai hamid atau Tok Su Hamid Sedim atau Tengku Abdullah Lebar dapat membantu supaya ikatan kekeluargaan yg terputus dapatlah disatukan semula.

    Like

  13. Shahrul

    assalamualaikum wbt.
    Arwah nenda saya adalah anak kepada Syed Ali, anak saudara kepada Sultan Kedah ( mungkin sultan abdul Hamid Halim Syah ). Menurut cerita yang disampaikan kepada saya oleh arwah nenda sebelum meninggal, moyang saya ini ( Syed Ali ) telah melarikan dayang istana dan di murkai baginda sultan dan berhijrah ke Perak. Moyang saya ini kemudian berkahwin dengan dayang ini dan menukar nama tetapi meletakkan kesemua anaknya dengan pangkal ‘ Cik@Chek’. Nenda saya menceritakan akan rombongan dari istana Kedah yang meminta moyang saya memberikan anaknya untuk dibawa pulang ke Istana Kedah namun tidak di benarkan oleh moyang saya.Jika ada diantara tuan puan yang tahu serba sedikit mengenai kisah ini di harap sudi menghubungi saya sambil berkongsi kisah. Saya sangat berharap dapat menjejaki susur galur saya ini. email saya di shahsharif.khairul48@gmail.com

    Like

  14. shahrul

    assalamualaikum wbt.
    saya adalah dari keturunan Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II (1879- 1881) .dari susur galur anak tunggal baginda sultan yang bernama Tengku Mohammad Saat bersama isteri baginda Tengku Mariam .beliau di bawa lari ke Kampung Dew perak dan di tukarkan bin oleh panglima istana (panglima hitam ,Panglima Nayan, Arshad) setelah ayahanda beliau di bunuh oleh siam dah pihak pembelot yang merampas tahta .jika ada diantara tuan puan yang tahu serba sedikit mengenai kisah ini di harap sudi menghubungi saya sambil berkongsi kisah. Saya sangat berharap dapat menjejaki susur galur saya ini. email saya di shahrulaznee@airasia.com

    Like

  15. king

    salam… yg betuinya Merong Mahawangsa bukan agama Hindu ka?

    Like

  16. mindaahad

    ya, bukan beragama Hindu

    teruskan membaca artikel2 dalam kategori ‘SEJARAH’ di blog ini.

    Like

  17. pernah ayah sy menceritkan ku taha, ku nik mad dan ku …… (lupa nama) pernah datang kerumah untuk mencari tengku hamid ( tok wan sy ) kemudian ayah sy membawa 3 nama yg disebutkan diatas berjumpa tengku hamid di kg sedim.

    Like

  18. Asalamualaikum..saya mohon maaf jika saya tersilap sejak awal tahun 2011 saya selalu di beri mimpi dan dalam sedar kedatangan raja halim raja mukrif raja mizam . menyata saya keturunan/waris sultan. yang saya tahu saya hanya orang biasa tetapi apa yang mesej yg di beri untuk menyatakan saya telah menerima simple tengkolop. Apabila saya jaga dari tidur awal pagi terdapat tengkolop simple depan pintu rumah..dan beberapa barang yg di bagitahu… maafkan saya saya x faham apa semua itu. Inilah dalam hidup saya pertama berlaku sehingga kini… kejadian biasanya berlaku pada hari jumaat.
    aku x dapat kerja tolonglah aku …ada gangguan. Duit aku pun dah nak habis..dah satu tahun saya x kerja.

    Like

  19. Asalamualaikum..saya mohon maaf jika saya tersilap sejak awal tahun 2011 saya selalu di beri mimpi dan dalam sedar kedatangan raja halim raja mukrif raja mizam . menyata saya keturunan/waris sultan. yang saya tahu saya hanya orang biasa tetapi apa yang mesej yg di beri untuk menyatakan saya telah menerima simple tengkolop. Apabila saya jaga dari tidur awal pagi terdapat tengkolop simple depan pintu rumah..dan beberapa barang yg di bagitahu… maafkan saya saya x faham apa semua itu. Inilah dalam hidup saya pertama berlaku sehingga kini… kejadian biasanya berlaku pada hari jumaat.
    aku x dapat kerja tolonglah aku …ada gangguan. Duit aku pun dah nak habis..dah satu tahun saya x kerja.

    Like

  20. Megat

    Saya anak Ungku Mi binti Tengku Hamid bin Tengku Abdullah Lebar dari Sungai Kob. Keluarga di sini juga berminat untuk mengetahui susur galur keturunan terdahulu bagi merapatkan silaturrahim serta memahami sejarah keluarga. Setakat ini saya mengesyaki yang Tengku Abdullah Lebar al-Haj bin Tengku Muhammad Saad yang dikebumikan di Bakau Tua, Kepala Batas, Pulau Pinang adalah daripada jurai Paduka Sri Sultan ‘Abdu’llah al-Mukarram Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-’Adilan Mu’azzam Shah. (ref. http://www.royalark.net/Malaysia/kedah4.htm). Berdasarkan artikel Harian Metro, Jumaat, 17 Jun 2005, bertajuk “Kubur dipercayai kerabat diraja”, menyatakan yang Tengku Abdullah Lebar al-Haj telah dikebumikan pada tahun 1923. Sekiranya beliau meninggal dalam usia 60 tahun, boleh dikatakan yang beliau dilahirkan dalam tahun 1863. Daripada maklumat yang terdapat di laman sesawang di atas, boleh dikesan beberapa nama Tunku (Tengku) Muhammad Saad yang sezaman dengan tarikh 1800-an. Antaranya Tunku Muhammad Saad bin Tunku Muhammad Akil dan Tunku Muhammad Saad bin Tunku Ahmad Tajuddin. Tetapi saya lebih berat kepada Tunku Muhammad Saad bin Tunku Muhammad Akil. Sekiranya kita dapat mengetahui nama nenda Tengku Abdullah Lebar maka kita mungkin dapat mengesan susur galur keturunan ini dengan lebih jauh. Sesiapa yang lebih mengetahui mengenai perkara ini diharap dapat memberikan lebih penerangan dan pendapat mereka.

    Like

  21. Dahlea Al-saadi

    sejarah sebenarnya yang timbul kembali

    Like

  22. Dahlea Al-saadi

    Mengujakan tetapi penuh tragik..semakin dibaca semakin interesting..syabas kepada YTM Tuanku Nai long Kassim..Saya dari keturunan Kerabat di raja Acheh pun masih blur cari susr galur..cuma saya sedang menjejaki..

    Like

  23. Assalamualaikum… Megat. Kita dalam satu susur galur. Makna kata kita akan dapat merungkai titik penemuan kekeluargaan yang telah lama tidak disatukan. Semoga jalan yang kita tuju akan dapat dikongsi bersama. semoga Allah dapat memberi petunjuk dan memudahkan pencarian kekeluargaan untuk kita semua… Amin…

    Like

  24. Dahlea Al-saadi

    Assalamaulaikum, saya tbaca maklumat kn komen2 dari pminat sejarah dari Iran, , netherland.etc dlm blog2 luar negara ..pasai Kedah..mceritakan tamadun hindu dn budha di Kedah lama,..Barat dn thai pesongkan secukup2 nya sejarah realiti Kedah ..saya berasa amat2 ralat sejarah asal disembunyikan secara jahat …

    Like

  25. saydi YA ALLAH YA SAYDI

    SALAM …SAYDI SAYDI SIRAM CUCU LELAKI KEPADA BUNGA KUNDUR …DAN CICIT KEPADA PENDETA TAHIR ATAU PUN PENDEKAR …..SEMASA SULTAN ABDUL HAMID BERADA DI KG LINDUNGAN RAJA SEDIM …..TOK NEK SYA PENASIHAT DIRAJA PADA MASA TU (PENDETA)DAN BERKAWIN DENGAN TUAN PUTERI HJH ESAH EMTON ….TAPI SAYA NAK PASTIKAN SALASILAH KETURUNAN INI YANG TOK PEREMPUAN SAYDI KATA ….KAMI BERSAL DARI PATTANI SIAM …………..SAYDI NAK RUNGKAI KAN SALASILAH KELUARGA INI …..HARAP DAPAT MENCARI TERSURAT DAN TERSIRAT …..KESIMPULAN PASTIKAN SEMUANYA MENDAPAT BERKAT INSYALLAH ………….0174515759……SAYDI83@YAHOO.COM….,SAYDI SIRAM

    Like

  26. saydi YA ALLAH YA SAYDI

    MEREKA MENGELARKAN BELIAU ..SEBAGAI TOK THER ….ATAU NAMA NYA TAHIR BIN MAT ….. SULTAN ABDUL HAMID BERLINDUNG DI RUMAH KALAU TAK SILAP TOK AYAH HJ YASSIN ISTANA KECIL YANG ADA …DI SEDIM

    Like

  27. saydi YA ALLAH YA SAYDI

    MCM MANA NAK BUAT UNTUK NAK DAPAT KAN KEBENARAN …NI DAN CUBA FIKIRKAN KENAPA SULTAN DITABALKAN MENJADI RAJA UNTUK DUA KALI DENGAN KUASA ALLAH………….FIKIR FIKIRKAN …APAKAH TANGUNGJAWAP BESAR YANG TUANKU KENA PIKUL SEKARANG ………………..UMUR TUANKU DAN 80HAN DAH HARAP PAJANGKAN USIA BELIAU DAN SIHAT TUBUH BADAN ..UNTUK MEMPERTAHAN HAK HAK MELAYU TANAH MELAYU .KETURUNAN MELAYU ,BANGSA MELAYU ..ASET TANAH MELAYU WARISAN ADAT ADAT MELAYU ..YANG BERUGAMA ISLAM ……INSYALLAH YAQIN YA ALLAH YA SAYDI LAGU DARI IRAMA ARAB DAN MELAYU …DINYAYIKAN OLEH NORANIZA IDRES..IRAMA MELAYU TRADISONAL

    Like

  28. saydi YA ALLAH YA SAYDI

    SAYDI JUGA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADA MAS STAFF YANG BERASA SEDIH ….DISEBAB MAS SALAH SATU ASET NEGARA ATAUPUN SYARIKAT PENERBANGAN MAS …NAK HAMPIR HAMPIR MUFLIS DISEBABKAN KESILAPAN MANUSIA SAYDI DAN ANTARA HAMPIR 20,000 ORANG KAKITANGAN SAYDI YANG BERJAWATAN KECIL INI RISAU PERIUK NASI DI TUTUP …DAN SAYDI AKAN BERJASA BERBAKTI KEPADA NATIONAL PENERBANGAN SAHAJA..SAYDI TAK INGIN NAK BERKERJA MANA MANA AIRLINES PUN SEDIH MAK PUN TAK KERJA ABAH PUN TAK KERJA HANYA MENOREH GETAH DI KG SEDIM SAJA ..CUMA TANAH CIKIT PERAIT UNTUK TOK POMPUAN BUNGA DAPAT HNAYA TAPAK RUMAH SAJA SEBAB POMPUAN HUKUM SYARAK DAPAT SUKU SAJA …….TAKPA REZEKI ALLAH BG ..HARAP MAS FOREVER AND EVER ISYALLAH …,,REZEKI ,AJAL MAUT JODOH PERTEMUAN SEMUA DITANGAN TUHAN ….KITA USALAH UNTUK MENDAPATKAN YANG TERBAIK …DAN SELEPASNYA KITA BERTAWAKAL KEPADA MAHA PENCIPTA …KITA BUAKN NAK BERTONGKAT LANGIT…………..WALLAH HUALAM …INSYALLAH

    Like

  29. Nakornsri

    mengikut sejarah dan salasilah kesultanan negeri Kedah yang di tulis semula olih Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad menyatakan bahawa Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II (1879- 1881) memerintah Kedah selama 2 tahun.
    Hakikat sebenar yang tak pernah dilupakan.
    Moyang ibu saya Tengku Meh (Tok Ku Meh) bersama Sultan Zainal Rashid di tangkap pada hari pertabalan baginda dan di tahan di Ligor. Turut serta bersama Tengku Sulaiman anakda kepada Sultan Abdullah Muhamad Shah(Sultan Perak yg ke 22). Kemangkatan Sultan Zainal Rashid akibat diracun telah memberi peluang kepada Sultan Abdul Hamid di lantik menjadi Sultan Kedah. walaupun sejarah tersebut cuba di hapuskan tetapi kaum kerabat Sultan Zainal Rashid yang berada di Ligor(Nakorn Si Thammarat) masih ujud sehingga kini.

    Like

  30. Nakornsri

    Assalammualaikum,
    mengenai sejarah Kedah yang ditulis semula olih Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad penulis yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. kesan dari pemalsuan sejarah tersebut telah menafikan hak2 kerabat Sultan Zainal Rashid ( ibu Wan Jahara@Jah), abang kepada Sultan Abdul Hamid(Ibu Wan Hajar) . walaupun mengikut sejarah, Sultan Zainal Rashid memerintah dari 1879-1881 dan mangkat akibat di racun.

    hakikat sebenarnya tersimpan di Nakhon Si Thammarat(Ligor). Sultan Zainal Rashid bersama kaum kerabat di tawan askar Siam dari Ligor sebelum baginda sempat di tabalkan menjadi sultan. Ibu Sultan Abdul Hamid iaitu Wan Hajar (kakak kepada Wan Mat Saman) telah berkomplot merampas kuasa.

    alhamdullillah, kebenaran telah muncul dan kerabat dari Nakhon Si Thammarat telah kembali menuntut hak yang dirampas.

    Like

  31. Megat

    Assalamualaikum. Nampaknya Nik Ya Omar berjaya menyambungkan semula salasilah Tengku Abdullah Lebar Bin Tengku Muhammad Saad. Sila rujuk http://naiyaomar.blogspot.com. Sekiranya sumber yang diperolehi itu benar-benar sahih, syukur alhamdulillah dan jutaan terima kasih di atas usaha beliau itu. Semoga Allah membalas jasa beliau.

    Like

  32. Tengku Mohd Ghazali Bin Tengku Ishak

    Salam,

    Saya Tengku Mohd Ghazali Bin Tengku Ishak dari sebelah Tunku Bisnu Bin Sultan Abdullah Mukarram Shah. Tunku Bisnu adalah kekanda kepada Sultan Ahmad Tajuddin mempunyai anak Tunku Muhammad Akil dan juga Tunku Ibrahim. Saya dari sebelah Tunku Ariffin anak kepada Tunku Ibrahim. Alangkah baik sekiranya kita dpt berjumpa bersama dan boleh menceritakan lg dgn lebih lanjut tentang sejarah kita sendiri.

    Salam
    H/P:013-4517174/016-2262879

    Like

  33. rosli hj mat salleh

    Saya ingin tau siapa yang di panggil pak tam dalam keluarga raja kedah

    Like

  34. assalamu’alaikum,
    shahrul;
    saya saad abdullah @ as_saadenterprise111@yahoo.com (facebook) sila cari syarifah hasiah bt syed omar orang yg pernah mendiami bersama sultan perak,kini sy hasiah berada di sg ranting taiping,perak,banyak maklumat beliau tahu,(maaf masa relax jumpa catatan tapi masa begini catatan kemana entahnya) harap2 saudara terjumpa dalam E-mail saya.

    dan
    Yanz
    mengenai Ku Endut sila hubungi hana bt said
    tel:012-5669713
    no.198,rumah awam Bidor,Perak

    Like

  35. rosli hj mat salleh

    Hi Teman,Saya nak tau siapa yang di-pangil Pak tam di-kekangan kerabat di raja kedah,saya nak potonya juga,boleh tak.

    Like

  36. Assalamualaikum…
    Kita bersatu menjejak apa yang tersurat dan tersirat untuk renungan dan pengetahuan bersama. yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang renggang kita rapatkan dan yang terpisah kita satukan… jalinkan kembali hubungan kita sesama ISLAM kerana ia adalah SUNAH NABI MUHAMMAD S.A.W… dan kita adalah pengikutnya…
    Amin ya robbal alamin…

    HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA…
    HIDUPKAN IKATAN UKHUWAH SESAMA KITA YANG BERNAMA MANUSIA… SESUNGGUHNYA IKATAN YANG TERJALIN AKAN MENAMBAH KEAKRABAN DAN KEMESRAAN…
    PERTALIAN YANG IKHLAS DAN SABAR AKAN TERJALINLAH SATU KEKELUARGAAN YANG PENUH KEHARMONIAN DAN PENDAMAIAN UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN…

    Like

  37. Benar Ku Agh..

    Tuntut menuntut hanya menambah kekusutan..

    Like

  38. nazrin

    sy mampu bertutur dlm bhasa siam psl kt kg sy kt Hosba,majoriti org Melayu kt situ msh brtutur dlm bhasa siam.,mgkn sy dh fhm knp bhsa siam kami tak sama dgn thailand..dan ada kg org siam budha kt situ jg brtutur siam yg sama dgn kami..tq 😉

    Like

  39. hamzahnapuri

    siapa pernah dengar nama..pak mat pomen..dulu pernah tinggal di daerah baling dan sik..tahun 70 an..80an..beliau waris sultan kedah katanya dpt beri inf o..sbb beliau pernah tinggal di rumah saya semasa saya kecil , saya masih ingat waktu tu umur saya 10ke 11 tahun.

    Like

  40. Rafique

    Salam, teruskan prjuangan kalian dlm mencari susur galur. Moga terungkai segalanya. Salam dari saya yg satu kg dgn arwah Nai Long Kassim.

    Like

  41. Merong Maha Wangsa Team

    salam…
    Ana juga ada “buah tangan” yg nak di smpaikan kpda tuan hamba sekalian…insyalah ….moga di beri ruang n wktu oleh Allah…wslam…

    Like

  42. Naim

    Boleh sy taw dari mna dtgnya asl usul keturunan “KU”

    Like

  43. Naim

    Assalammualaikum..saya KU MOHD NAJIB NAIM BIN KU SUID..tujuan saya memperkenalkan diri sy ni cuma ingin mengetahui salasilah drpd keturunan KU yg terdapat pd nama sy ni..bg pelapis2 yg lebey mengetahui asal usul KU ni mohon2 share dgn sy..lg pon sy ni d kategorikan lapisan baru yg dilahirkan pada 1988(muda la tu)dan xsempat nk mngenali kaum kerabat dgn lebih dalam lagi.. Kpda kerabat2 keturunan KU yg sudi mngenali sy..sudi2 la add sy naim3037(wechat)north_dragon77@ymail.com(FB)0134083707(naim) sy tgl d bkit pinang alor star kedah

    Like

  44. amir

    Assalamualaikum……..saya amir hamzah b.sharif mohon penjelasan dari semua saudara pembaca..saya ingin tahu asal usul keturunan LEBAI…nama tok wan saya LEBAI HAMZAH B.LEBAI DIN…dan beliau telah kembali kerahmatullah pd.tahun saya dilahirkan 1971.keturunan kami menetap dikawasan bagan samak,kg.kubu dan parit nibong bandar baharu.kedah

    Like

  45. Putri Saemah

    Maafkan saya .. Boleh tak saya dapat kan Email tuan Nakornsri

    Like

  46. Putri Saemah

    Maafkan saya . saya ingin mengetahui cerita yang lebih lanjut tentang penceritaan yang diceritakan oleh saudara Nakornsri .. Boleh saya dapatkan nombor telefon atau Email saudara .. Ini email saya putrisaemah43 @gmail.com ..

    Like

  47. Sujamak

    -Baru sorang je PUTERI BUDHHA INCEK MANJALARA SUDAH TAK DAPAT DITANGANI.
    -BAGAIMANA AKIDAH SEORANG RAJA YANG NIKAH SILANG AGAMA DENGAN MUSYRIK PENYEMBAH BERHALA BUDHHA.
    -RAJA MACAM INIKAH YANG LAYAK DIAGUNG2KAN, DIIDOLAKAN DAN DIJADIKAN IKUTAN.
    -KALAU SEMBUNYI2 KAPIR LAINLAH, INI TERANG2AN BINA KUIL KAPIR BUDHHA.
    Tumpukan pada kaedah menangkis serangan2 Kapir Keristian, Kapir Budhha, Kapir Syiah, ajaran2 sesat, kebejatan sosial penyelewengan pemerintah dll.
    Lihat HAKIKAT KEJAHATAN AGAMA BUDHHA DI MYANMAR, BILA MEREKA RAMAI PASTI KITA DILANYAK DAN DIUSIR.
    Senang cerita, lupakan kisah silam hikayat raja2. Kita bina peradaban baru umat Islam yang tergusur ditanah leluhur sendiri.

    Like

  48. Assalamualaikum. saya generasi baru yg tertanya tntg susur galur keturunan. Mengikut pnceritaan ibu sy, moyang sy drpd keturunan Megat Sulaiman dan Ku Kiah di Kedah. Asalnya drpd kerabat di raja kedah yg diusir keluar drpd istana (tanpa sebab yg diketahui). Menurut nenek sy, kami mempunyai keturunan darah siam. Jika sesiapa tahu tentang cerita/kisah ini sila hubungi saya.
    emel : Leana_regina@yahoo.com.

    Like

  49. Zalina Azhar

    Assalamualaikum Tuan admin,
    Saya ingin tahu lebih lanjut tentang salasilah Panglima Kassim kerana suami saya adalah drpd galur keturunan nya..dan keluarga suami saya kurang jelas ttg asal usul keturunan mereka cuma yg mereka tahu Panglima Kassim adalah panglima dlm kerajaan negeri Kedah..saya pula adalah dari keturunan Daeng Chelak & Daeng Parani..

    Sekiranya sesiapa ada informasi ttg Panglima Kassim..mohon dipanjangkan ke email saya..Jazakallahu khairan katsira

    Like

  50. ila76

    Suami sy jg salah seorg dr keturunan tg abdullah lebar.. .dn br2 ni.. sy telh ke kg bakau tua utk meliht sndiri pusara tg abdullah …Dr cerita yg dperolehi.. .ada baiknya kita smua mncari salasilah keturunan ni..

    Like

  51. que naiem

    Assalammualaikum…saya nak tanya..mcm mna cara nk cri asl usul kita..sedangkan kita xkenal tok nenek moyang kita..hehehe…nama sy ku mohd najib naim bin ku suid bin ku chin.tok(perempuan)sy ku bedah binti ku mad saman tu ja yg sy taw…

    Like

  52. Saya dengan ini saya ingin tahu adakah mak saya memberi tahu bahawa dia moyang saya asal dari siam dan kaum krabat diraja siam adakah benar kisah ini moyang saya namanya DARUS BIN saya ingin cari asal usul saya tok nenek saya sudaheninggal moyang saya daheningal lama abab ke

    Like

  53. Saya dengan ini saya ingin tahu adakah mak saya memberi tahu bahawa dia moyang saya asal dari siam dan kaum krabat diraja siam adakah benar kisah ini moyang saya namanya DARUS BIN saya ingin cari asal usul saya tok nenek saya sudaheninggal moyang saya daheningal lama abab ke saya tak tau tapi semasa perang di siam tok nek saya melarikan diri dan tinggal di teluk apau langkawi adakah ini benar

    Like

  54. Mohd Rizal

    Assalammualaikum, saya ingin mencari dan menjejak susurgalur keturunan kesultanan kedah, saya difahamkan bahawa saya sekeluarga adalah dari susurgalur dari keluarga diraja kedah yg melarikan diri dari dibunuh oleh raja siam ketika itu. Dari cerita arwah datuk dan nenek saya. Waktu saya kecil, mereka sering kerumah arwah tunku abdul rahman. Ini kerana mereka adalah saudara tunku. Dan saya masih mempunyai saudara yg berkahwin dgn kerabat diraja perak. Wallahhuallam.

    Like

  55. Assalam. Saja nk tanya. Ada sesiapa kenal “Miah bt. Mat Amin” (Kerabat DiRaja Kedah) berkahwin dgn Arshad bin Halipah > tinggal di Permatang Pauh, Seberang Prai Tengah (sekitar tahun 1920-30an)? pernah tinggal di Tongkah Harbour, Alor Setar, Kedah (tempat tepi sungai depan Pekan Rabu..?

    Like

  56. rosdi

    Assalamualaikum…sy lg tak tau apa2 pasal keturunan Ku…yg saya tahu sedara mara sy ramai di Kedah,Perlis & Langkawi…datuk sy nama Ku Ee…cuma nak tau adakah dr rumpun yg sama atau sekadar nama shja.

    Like

  57. azman

    assalamualaikum… marhaban takdak kesinambungan sejarah moyang kedah untuk di habaq kot-kot cerita pasai Tunku anum Paduka Jambangan dan Tunku hasan .

    Like

  58. halim

    asalamualaikum,,,, dari awal 2010 hingga 2016 sy teliti tulisan anda semua yg ada dan saya Abdul Halim Bin Abdul Hamid berasal dr sidam kiri sg petani kedah, memohon pada saudara & kaum kerabat yang ada & di atas adakan satu perjumpaan & perbincangan di kalangan kita bagi menghuraikan segala kekusutan dan penerangan yang lebih jelas berkaitan susur galur keluarga kita. Kita sebagai generasi yang kabur memerlukan maklumat & infomarsi yg jelas selaras tuntuan agama. Insyaallah saya kan hadir. hubungi sy 016 6833371/01136303288 email daengperani@gmail.com. Wassalam.

    Like

  59. tmz

    Teruskan mencari salasilah yang terputus wahai saudara-saudaraku. Kami dari salasilah Tunku kudin @ Tunku Dhiauddin pun menghadapi masalah yang sama.

    Like

  60. Raja Akil

    salam

    Opah aku selalu ckp, dia keturunan Raja Akil..memang penah ada ka Raja Akil ni? Opah aku ckp, bukti yg diorang ni kturunan Raja Akil musnah dalam kebakaran puluhan tahun lalu..Sampai skrg kalo ada ahli keluarga jatuh sakit, opah aku akan usap2 kpla si sakit smbil sebut mohon smgt Raja Akil..wujud ka rajaa akil ni? hidup tahun berapa?

    Like

  61. Wan Sabrina Latifah Binti Wan Basor Ali

    Assalamualaikum semua, saya adalah cucu kepada YM Nai Sofiah yg telah berkahwin dgn datuk saya YM Wan Salim setelah bercerai dgn DYMM Almarhum Sultan Adul Hamid. Hasil perkahwinan YM Nai Sofiah dgn YM Wan Salim, mereka dikurniakan seorang anak iaitu bapak saya YM Wan Basor Ali yg digelar Wan Chik atau Pakwan Chik. Saya ingin tahu adakah YM Nai Sofiah yg dimaksud dlm cerita tukang karang itu merupakan tok saya. Tapi saya pasti YM Nai Sofiah itu adalah tok saya. Adakah cerita itu benar? Ingin tahu cerita sebenar kerana masih lagi blur…

    Like

  62. Muhammad

    Salam sejahtera saudara2 sy jg pda..tuan admin..tuhan telah mempertemukan sy dgn saudara smua.bagaimana pendapat tuan2 semua tentang sy.jikalau sy mngatakan sy punyai sejarah brtulis asal yg sy anak kepada nai sofia.pemilik sulung kerajaan merongwangsa yg dsmbunyikan para pahlawan istana..sy perlukan bantuan smua ..dn sy punyai cara utk mengenali silah kluarga mlalui nma2..khairezhyusof@gmail.com

    Like

  63. Jika ada apa² group yg berkaitan keturunan raja kedah..minta jasa baik add saya 01140052130,terima kasih banyak²

    Like

  64. Azian Abdul Hamid

    Assalamualaikum tuan admin,

    Saya ingin mencari susr galur keturunan Tunku Jiwa anak kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Saya berketurunan Abdul Hamid bin Ku Saad bin Ku Ahmad dan berkemungkinan Ku Ahmad adalah anak kepada Tunku Jiwa. Kalau ada sesiapa yang tahu boleh tolong saya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s