Islam di akhir zaman.

Menyentuh isu Islam pada hari ini insyaAllah akan membawa kita berfikir sejenak tentang apa yg dikatakan Islam dan apa yg dikatakan muslim. Islam dan muslim pada hari ini mungkin berada di merata-rata di dunia ini tetapi benarkah kesemuanya  yg mengaku diri itu Islam dan muslim adalah sebenar-benar Islam dan muslim atau….

Bercakap tentang Islam, masing2 telah terbayang tentang rukun Islam, rukun iman, al-qur’an,hukum-hakam, mazhab², pendapat² ulama, hadis² nabi, dan sebagainya. Jika dibangkitkan  isu Islam maka akan dibincangkan pelbagai pendapat tentang isu untuk menjatuhkan hukum hakam, versi² Islam, mazhab² dan banyak lagi yang kebanyakkannya menjurus kepada kaedah untuk beramal dalam Islam.

Merenung diri sendiri… Setiap hari beramal dengan menunaikan solat, membaca al-qur’an, bersedekah, dan sebagainya adalah kerana apa? Siapa diri kita ini dan kepada siapa kita beramal? Kerana Allah? Bila ditanya Allah dimana? Akan dijawab “Allah ada dimana-mana”…… Di mana-mana itu dimana? Maka ada pula yg akan kata Allah ada di dalam hati.

Ada juga yg mengatakan Allah ada di Arash dan sedang menyaksikan kita dari Arash. Dan ada juga yg tidak langsung dpt memberi jawapan Allah ada dimana..Jika ada di dalam hati bermakna tidak lagi ada di mana-mana. Jika ada di Arash juga bermakna Allah tidak lagi ada di mana- mana. Allah telah mengambil tempat. Jika Allah telah mengambil tempat bermakna tidak ada bezanya dengan makhluk dan ciptaanNya.  Mempertikai?! Tidak… bukan kita cuba mempertikai tetapi perlulah kita mengenal pencipta sebelum kita beramal kepadaNya…

Adakah mungkin kita dapat mengingati sebelum kita mengenali? Ambil contoh yg mudah ; cuba kita bayangkan raut wajah ibu sendiri… boleh walaupun tidak ada di depan mata…. tetapi cuba kita bayangkan raut wajah makcik saya… mana mungkin anda dapat membayangkan raut wajah makcik saya… anda tidak kenal dengannya… Jadi?! Cuba anda bayangkan Allah…. jika anda belum mengenali Allah, mana mungkin anda dpt membayangkan dan mengingatiNya… “dirikanlah solat untuk mengingatiKu”.. Adakah benar solat yg kita dirikan selama ini adalah mengingati Allah?!

Pelbagai persoalan yg perlu difikirkan sekiranya anda mengaku diri muslim. Adakah dengan mudahnya anda menjadi muslim? Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah dan faham terjemahan arab ke melayu sudah cukup menjadikan anda muslim?! Bagaimana pula muslim yg berada di Arab yg sememangnya bahasa arab adalah bahasa mereka dan sekali lafaz sudah tahu apa yg dilafaz… Tetapi mungkin yg difahami cuma ayat tetapi tidak kepada yg tersirat. Renung² sejenak… Kenapa apabila Allah mencipta Nabi Adam, Allah mengkehendaki makhluk2 yg lain sujud kepada Nabi Adam sedangkan Nabi Adam dan makhluk lain adalah sama.. Makhluk sujud kepada makhluk.Adalah bersebab kenapa Allah perintahkan sedemikian rupa. Allah maha bijaksana. Kenapa Allah menjadikan kaabah sebagai kiblat untuk kita bersolat?! Kenapa adanya ibadat puasa?! Kenapa adanya ibadat zakat?! Apakah yg dicari dalam ibadah haji?! Kenapa sa’ie?

Pelbagai persoalan perlu disingkap untuk kita mencari dan mengenali Pencipta… Kenallah sebelum mengingati… Jika kamu tidak kenal pencipta sebelum kamu beramal kepadanya, mungkin kamu terpesong. Mungkin secara tidak kamu ketahui kamu sedang berada dalam keadaan SYIRIK sedangkan kamu sedang beramal. Kenapa?! Mungkin ketika bersolat, sujudnya kamu kepada sejadah atau sujudnya kamu kepada kaabah. Adakah sejadah itu tuhanmu? Adakah kaabah itu tuhanmu? Di mana tuhanmu?

akan bersambung InsyaAllah……

SejukkPanass.

2 Comments

Filed under Aqidah

2 responses to “Islam di akhir zaman.

  1. latipmelaka

    Hebat sungguh.
    Silalah singgah ke http://www.rajamenangis.blogspot.com dan berjuanglah bersama….

  2. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.

    Tujuan adalah kita sama.Tidak dihalalkan yang hak itu disembunyikan.Nak berbuat perlu ada panduan dari yang HAK.. Apakah yang HAK itu ?? HAK itu adalah AL-QURAN DAN SUNNAH RASULNYA.Itulah amanah/wasiat/pusaka dari junjungan besar Nabi Muhammad,Nabi yang terakhir.. Jika mengaku sebagai Ummat Nabi Muhammad,mereka perlu memegang amanah itu dengan kukuh dan berbuat mengikut Sunnah Terbesarnya.
    Insyaallah,jika berpeluang kita akan selalu akan berdiskusi dan menyedarkan orang diluar dengan pelbagai fahaman kepada satu fahaman sahaja..

    SEGALA PUJI BAGI ALLAH,TUHAN SEMESTER ALAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s