Siapa menjadi Pembelot?

Pada tahun 1786, tanpa pengetahuan Syarif Abu Bakar Syah, Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah, anak saudaranya Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah telah membuat perjanjian sulit dengan pihak Inggeris di Pulau Pinang.

Pada tahun 1812 Masihi Syarif Abu Bakar Syah melantik anakanda Sultan Abdullah Mukaram Syah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah untuk naik kerajaan dan menjadi Laksemana memimpin armada laut Benua Siam Kedah. Baginda bukan dilantik sebagai Sultan Kedah.

Catatan ini boleh di rujuk di ms 27 dan 28 buku Undang-undang Kedah dan Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman 1981, ms 55. Di ms 51, dari buku yang sama J.F Augustin mencatatkan seperti berikut,

“Bagi seorang Seri Paduka Raja Laksemana pula tugasnya sebagai ketua tentera laut dan semasa di laut dia berkuasa penuh”.

Angkatan laut Kedah Darul Aman dikatakan musnah semasa melancar siri pemberontakan menentang Siam pada tahun 1839 Masihi. Penentangan ini adalah terhadap bapa saudaranya sendiri iaitu Syarif Abu Bakar Syah. Kenyataan tersebut juga boleh dirujuk dalam Kedah Darul Aman Dari Segi Sejarah, jilid 5, Ogos 1971 m.s 16 – 18.

Pada hari Ahad bersamaan 12 hb November 1821 tentera Buddha Rama II Chakri Sokho Thai menyerang negeri Kedah dan membunuh Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Boromoraja V Ekataat Benua Siam Kedah di Istana Kota Meang Kuang. Tahun tersebut telah dikenali sebagai Tahun Musuh Bisik 1821. Berikutan kemangkatan baginda, tempat baginda telah diganti oleh puteranya Raja Siam Ligor iaitu Sultan Mudzafar Syah III.

Sila rujuk buku Warisan Maha Wangsa Kedah ms 30 tercatat,

“… semenjak Kedah berada di bawah pentadbiran Putera Ligor (1821 – 1839)”.

Manakala di M/S 31 pula tercatat,

“Terdapat juga dalam kumpulan ini surat yang ditulis oleh Putera Ligor yang memerintah Kedah sekitar tahun 1821 hingga 1839 Masihi, berpusat di Alor Ganu. Surat-surat ini ditulis dalam tulisan jawi dalam bentuk surat beradat ditujukan kepada pegawai-pegawai inggeris di Pulau Pinang”.
rujuk rekod Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur 1994
.

Pada tahun 1821 hingga 1839 Masihi, Kedah diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah iaitu Koya Long Sultan Mudzafar Syah III dan Bendaharanya ialah Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Sila rujuk buku “Cempaka Sari Sejarah Kesultanan Perak” – M.A Fawzi Basri.

Di m.s 22 tercatat,

“Sultan Mudzafar Syah III meninggal dunia di Berahman Indera (Balai Besar) dan bersemayam di Kuala Kangsar manakala Raja Alang, Putera Raja dari Kedah menjadi Bendahara”

Kita lihat pula fakta dari tulisan Winstedt dan manuscript “Riwayat Negeri Perak”,ms 21, “Ngah Ibrahim In Perak”, ms 145

“Bagaimanapun dalam tahun 1862 Masihi Sultan Jaafar memberikan jawatan menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim iaitu anak pembesar bergelar Paduka Setia, Orang Besar Enam Belas Tuk Paduka Setia adalah penolong atau kapit kepada Panglima Bukit Gantang”.

Di ms 20 pula tercatat

“Dengan itu juga sejarah kerajaan Beruas beransur luput, sebaliknya beberapa orang pembesar melayu telah memerintah kawasan masing-masing sebelum tertubuhnya kerajaan Perak hari ini”.

Tidak hairanlah jika sekiranya pemerentah Perak disebut dalam Undang-Undang Kedah sebagai Raja Perak, bukannya Sultan Perak. Negeri Perak diwujudkan oleh penjajah Inggeris bila mana mereka melantik Raja Abdullah menjadi Raja Negeri Perak (1824). Sebelum itu Perak adalah Wilayah Kinta, Wilayah Larut Matang dan Wilayah Salama yang mana wilayah-wilayah ini adalah dibawah Benua Siam Kedah.

Negeri Kedah Darul Aman pula wujud hanya selepas tahun 1881. Ianya dicipta oleh penjajah Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun. Mereka melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman dalam tahun 1881. Lain pula dengan Kota Setar yang wujud jauh lebih awal dimana Raja Jalil Putera menjadi Syahbandar (UUK,ms2) Raja Jalil Putera adalah anakanda Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah, juga bergelar Parameswara Melaka.

Dengan perlantikan itu beliau telah mewujudkan tukang karut sejarah yang berunsurkan metos dan imaginasi. Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad dijadikan tukang karut sejarah. Tanpa bukti apa-apa, rujukan atau sebarang manuscript beliau mencipta sejarah karut yang digunapakai hari ini. Kami berani mengatakan ia karut kerana semua fakta-fakta beliau dalam Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah tidak terdapat atau selari dengan maklumat di dalam Buku Undang-undang Kedah, mahu pun di dalam buku “A History Of South East Asia,1955 DGE Hall.

Sebagai contoh beliau menulis dalam Al-Tarikh Salasilah negeri Kedah sejarahnya bermula tahun 1136 Masihi. Raja Durbar Maha Wangsa bukan Islam tetapi di islamkan oleh Sheikh Arab yang dibawa oleh iblis. Sedangkan manuscript Undang-undang Kedah wujud 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi oleh keturunan Raja Islam Saidina Ali Wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir, anakanda Raja Merong Mahawangsa.

Selain itu tukang karut istana ini menulis dengan penulisan berunsur fitnah dan menghina Raja Siam Ligor Nambang yang juga merupakan Raja Benua Siam Kedah tahun 1778. Penulisannya membawa tanggapan bahawa Raja Siam Ligor itu, penganut agama Buddha. Tujuannya ialah untuk mengaitkan Sultan Muhammad Jiwa (1710 – 1778 Masihi) iaitu Seri Perdana Menteri Benua Siam Kedah sebagai Sultan Kedah sedangkan Sultan Kedah yang sebenar ialah Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

Baginda ialah abang ipar kepada Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin melalui perkahwinan adindanya. Muhammad Hassan juga ada menonjolkan pembelot dan pemberontak iaitu Sultan Abdullah dan puteranya ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah adalah Sultan Kedah Darul Aman sedangkan pada tahun itu 1804 Kedah Darul Aman tidak wujud lagi.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s