EKONOMI KITA – satu pandangan



Baru ini  Presiden Bank Dunia Robert Zoellick telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengangguran semakin melonjak. Krisis ekonomi yang sedang merebak ini akan membawa padah yang maha besar.

Ini suara bapak kapitalis.

Selepas itu Paul Krugman, pakar ekonomi telah berkata – mengasaskan ekonomi dengan eksport tidak akan membantu. Ini dibuktikan dengan Jepun yang telah lebih dari 10 tahun sengsara kerana produk ekspot tidak menemui pasaran.

Ini suara pembodek kapitalis.

Di Malaysia ekonomi kita yang bersandarkan eksport sedang menguncup. Zaman meleset – recession – akan sampai atau telah pun berada bersama kita. Pihak berwajib masih belum berani megakui hakikat ini.

Pihak berwajib masih lagi dalam alam ‘denial’. Mereka lupa de nile ialah sebuah sungai di Mesir.

Langkah terbijak dalam keadaan ini ialah menggariskan satu dasar ekonomi yang berasaskan pertanian dan bukan menggunakan teori Keynesian yang mengajukan kerajaan berbelanja membuat projek mega.

Rangsangan ekonomi seharusnya mengerakkan warga ke arah bercucuk tanam. Berbilion ringgit yang akan dikeluarkan – (entah dari mana nak di cekup – ini satu soal yang lain ) – seharusnya membantu, merangsang dan menggerak pertanian.

Makanan lebih penting dari Ipod. Makanan lebih penting dari beg Luis Vuitton. Makan lebih penting dari kereta.

Syarikat membuat kereta nasional seharusnya membuat injin yang bersangkutan dengan pertanian. Buat trektor bukan Kancil. Buat pembajak bukan Waja.

Ramai warga akan kehilangan pekerjaan. Angka terus meningkat.

Jenayah akan meningkat juga. Kes ragut, samun, rompak, pecah rumah akan meningkat. Kita tidak perlu dapat MBA dari Yale untuk mengetahui bahawa bila ekonomi merundum – jenayah akan naik.

Makanan wajib dijadikan sasaran utama. Pengeluaran makan kita wajib cukup. Tidak perlu membeli sayur dari Taiwan, Indonesia atau Thailand. Hentikan membeli ayam dari Siam. Pilihara ayam sendiri. Hentikan membeli buah buah dari Siam. Tanam sendiri. Tidak perlu membeli beras dari Siam. Tanam sendiri.

Buruh impot yang ada hari ini wajib di hantarkan pulang ke negara mereka. Ekonomi kita tidak seharusnya bergantung dengan buruh impot yang murah. Buruh impot murah tidak menjana pembangunan fikrah penyelidikan dan teknoloji.

Buruh impot ini bekerja di kilang membuat produk eksport. Pasaran eksport telah padam. Ini hakikat. Amerika Syarikat rakan niaga kita yang utama tidak lagi mengimpot produk-produk. WalMart sedang dipenuhi oleh barangan dari China. Bilik simpanan WalMart telah melimpah ruah. Beratus-ratus kilang di China kerana produk tidak ada pasatan.

Satu dasar pertanian baru wajib difikirkan bukan sahaja oleh pemerintah tetapi oleh semua warga negara.

Kurangkan berpolitik dan banyakkan bertani.(TT)

2 Comments

Filed under Ekonomi

2 responses to “EKONOMI KITA – satu pandangan

  1. Pertanian dan hasil tenusu amat penting untuk umat Islam akhir zaman. Setiap daripada kita perlu bersedia dengan satu keadaan di mana satu kekecohan awam berlaku akibat keruntuhan ekonomi kapitalis yang berasaskan monopoli dan riba. Cuba kita sama-sama ambil iktibar daripada hadith ini:

    Abu Sa’id meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) telah bersabda: Harta yang terbaik yang dimiliki oleh seorang Muslim (pada zaman fitan) kelak ialah kambing biri-biri yang dibawanya ke kawasan pergunungan dan ke tempat di mana hujan turun, melarikan diri membawa agamanya daripada mogok awam. (Bukhari) (Ini adalah terjemahan bebas saya daripada buku Prohibition of Riba in the Qur’an and Sunnah karangan Shaykh Imran N. Hosein.

    Apabila sistem ekonomi yang berasaskan riba dan bertunjangkan wang kertas ini runtuh, maka mereka yang mempunyai haiwan ternakan dan tanaman akan dapat memelihara diri mereka dari kekecohan awam ini, di mana manusia akan bergaduh hanya untuk mendapatkan makanan dalam tin.

    Tapi keadaan sekarang adalah sebaliknya. Manusia berpusu-pusu ke bandar dan meninggalkan kampung halaman yang luas dan tinggal di rumah yang tidak boleh bercucuk tanam. Malah, seperti di Singapura, sejak zaman berzaman, kebanyakan anak-anak kecil di sana tidak pernah merasa ‘tanah di kaki mereka sendiri’. Apa yang mereka tahu adalah tinggal di apartment, seperti ayah, datuk dan nenek mereka. Inilah keadaan kebanyakan kita semua sekarang.

    Apabila ‘Muslim Village’ dapat didirikan, antara sumber pendapatan utama adalah melalui industri asas tani. Mungkin ada di antara berasa ini satu ketinggalan zaman. Tapi, sebenarnya tidak. Oleh kerana di akhir zaman ini, makanan yang benar-benar semula jadi dan segar semakin sedikit, di mana kebanyakannya diproses, kesedaran manusia untuk mendapat sumber makanan yang segar akan meningkat. ‘Muslim Village’ akan menghasilkan makanan organik. Alternatif sumber makanan yang lebih baik ini akan meningkatkan permintaan masyarakat terhadap sumber makanan ini dan kita boleh menawarkan harga makanan ini lebih tinggi; tidak salah kerana kita berdagang secara pasaran bebas dan tidak tertakluk di bawah polisi kawalan harga yang menindas golongan yang menghasilkan makanan mentah. Ini adalah antara idea yang dilontarkan oleh Shaykh Imran N. Hosein.

  2. mindaahad

    terima kasih malakian.. sokong 100%

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s