Monthly Archives: November 2009

Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah

Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar
orang membicarakan mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang
diberikan kurang jelas, kabur, dan negatif. Malah, ada yang mengatakan
dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itu kafir kerana terkeluar dari
madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antara Syiah yang diakui
dan Syiah yang ghulat
(menyeleweng).

Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan,
menganggap guruh dan petir itu suara Ali, mempercayai imam-imam 12 itu
lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan
mushaf al-Quran lain dari mushaf Uthman dan lain-lain.

Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahawa Syiah itu kafir. Mereka
menegaskan bahawa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada
memerangi Yahudi. Padahal Yahudi tidak pernah membezakanya musuhnya
sama ada Sunnah atau Syiah.

Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak
mendalam, membuat rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau
kitab-kitab tertentu yang ditulis khas untuk melahirkan permusuhan di
kalangan umat Islam.

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur’an
dan ia memberi erti golongan atau kumpulan; pertama dalam Surah
as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci
“.

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,”Kemudian
pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka
yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah
“.

Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang
bermaksud,”Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang
berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya
“.

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari
tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr
al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 – Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA
bersabda:”Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari
Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai
“, dan sabdanya
lagi:”Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang
mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti
“.

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur’an dan Hadith Nabi SAWA.

Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang
selain daripada Imamiyyah/Ja’fariyyah dan Zaidiyyah. Mereka
diringkaskan sebagai ghulat.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah
ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja’far as-Sadiq
AS
pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan
sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan
al-Qur’an dan Hadith.

Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah
Nabi SAWA kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai
oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179
Hijrah
, Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150
Hijrah
, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204
Hijrah
, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun
241 Hijrah.

Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai
oleh Al-Asy’ari yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah
tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal
331 Hijrah?

Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di
permulaan sejarah Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada
mana-mana madzhab itu. Dan madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga
abad pertama, padahal itu adalah masa-masa yang terbaik.

Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan
pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa
madzhab merekalah yang terbaik.

Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi dan
meninggal 537 Hijrah bersamaan 1142 Masehi, seorang Hanafi, telah
menggambarkan kedudukan madzhab Empat/Ahlul Sunnah pada masa itu
seperti berikut:

Jika mereka bertanya tentang madzhabku,

Aku berdiam diri lebih selamat,

Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,

Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,

Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: aku
menghalalkan ‘berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan
berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.

Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku menharuskan memakan daging anjing,

Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan makhluk.

Dan jika aku seorang ahli al-Hadith, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Jilid, II, hal.494).

Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri.

Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat sahaja oleh
pemerintah sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali ‘penentuan’ itu
berdasarkan kepada Hadith-Hadith Nabi SAWA. Malah ‘penentuan’ kepada
empat itu adalah penentuan politik bagi menentang pergerakan Syiah
Imamiyyah atau dalam erti kata yang khusus ialah pergerakan Ahlul Bayt.

Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab menyenaraikan
nama-nama pengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama
pengikut as-Syafie dalam bukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra.

Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul
Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan
Maad (Hari Kebangkitan).

Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu
daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur’an
adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi
Muhammad SAWA, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada
Mushaf Uthman yang digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala
mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahan
Khalifah Uthman.

Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan
Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Qur’an, maka ia adalah perkara biasa yang
juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan
Hanafi dan seterusnya.

Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi
lima perkara iaitu (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Sembahyang,
(3) Puasa, (4) Zakat, (5)Haji.

Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang
merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan
jihad.

Ahlul Sunnah berpendapat bahawa Nabi tidak meninggalkan sebarang
wasiat kepada sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul,
mungkinkah Nabi yang menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi
beliau sendiri tidak melakukannya!

Syiah Imamiyyah percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang
dianugerahkan Tuhan kepada Ahlul Bayt khususnya Ali AS sebagai orang
yang diwasiatkan untuk menjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith
Ghadir Khum, Hadith AS-Safinah, dan lain-lain (Hakim
Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali).

Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan,
Husayn, Ali Zainal Abidin, al-Baqir, As-Sadiq, al-Kazim,al-Rida
sehingga Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12).

Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith
Imamah/Khalifah dua belas yang bermaksud:”Urusan dunia selepasku tidak
akan selesai melainkan berlalunya dua belas Imam”.(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).

Mereka juga dikenali dengan madzhab Ja’fariyyah iaitu dinisbahkan
dengan Imam keenam Ja’far as-Sadiq AS yang bersambung keturunannya di
sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar as-Siddiq ibunya bernama Ummu
Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq
.

Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin
(as-Sajjad) b. Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah az-Zahra
bt Muhammad Rasulullah
. Dan beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam
Abu Hanifah.

Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya bahawa manusia adalah lebih
mulia dari para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang hampir
(al-Muqarrabun) kepada Tuhan.Manusia dianugerahkan dengan hawa nafsu
dan keilmuan berlainan dengan malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu
dan para malaikat disuruh sujud kepada bapa manusia, Adam.

Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia
dari manusia, kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan
baginya sujud malaikat kepada Nabi Adam adalah sujud hormatm bukan
sujud yang bererti kehinaan.

Oleh itu Ahlul Sunnah dn Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa Nabi
Muhammad adalah lebih mulia dari semua makhluk Allah, termasuk
malaikat.

Ahlul Sunnah juga bersetuju bahawa Ahlul Bayt Nabi SAWA adalah lebih
mulia dari orang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab:
33,”Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu
hai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya”
.

Mengikut Muslim dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam Asbab
an-Nuzulnya, apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bayt ialah Fatimah,
Hasan, Husayn dan Ali.

Berdasarkan kepada ayat itu, Syiah Imamiyyah percaya bahawa para
Imam dua belas adalah maksum. Pengertian maksum, mengikut mereka ialah
suatu kekuatan yang menegah seseorang daripada melakukan
kesalahan/dosa. Dan ia tidak boleh menyalahi nas.

Perkara semacam ini memang juga berlaku dalam hidup seseorang.
Contohnya seorang yang ingin melakukan maksiat tertentu,kemudian ada
sahaja perkara yang menegahnya daripada melakukan maksiat itu. Dan
bukanlah pengertian maksum itu sebagaimana kebanyakan yang difahami
umum, iaitu seseorang itu boleh melakukan maksiat kerana dia itu
maksum.

Selain dari ayat itu, Syiah Imamiyyah berpegang kepada beberapa
Hadith Nabi yang antaranya menerangkan kedudukan keluarga Rasulullah
SAWA.

Rasulullah bersabda:”Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang berharga:Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)” (Sahih Muslim, Hadith Thaqalain).

Rasulullah SAWA bersabda:”Ahlul Baytku samalah seperti kapal Nabi
Nuh; siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan
binasa/tenggelam“, (Al-Hakim Nisaburi, al-Mustadrak, Bab Kelebihan Keluarga Nabi).

Bagi Ahlul Sunnah, mereka mengatakan Ahlul al-Bayt itu lebih umum.
Bagaimanapun keistimewaan diberi kepada mereka itu secara khusus.

Tidak wujud perbezaan yang besar antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul
Sunnah mengenai wuduk. Mereka bersetuju kebersihan mestilah dilakukan
sebelum wuduk diambil
.

Bagaimanapun mereka berbeza mengenai basuh/sapu dalam Surah al-Maidah: 6, yang bermaksud:”Sapulah (Imsahu) kepala kamu dan kaki kamu“.

Jika ditinjau pengertian ayat itu bahawa bukan sahaja kepala yang wajib disapu, malah kaki pun sama, kerana perkataan Imsahu memberi pengertian sapu,dan huruf ataf di situ mestilah dikembalikan kepada yang lebih hampir sekali.

Lantaran itu Syiah Imamiyyah mengatakan kaki hendaklah disapu bukan
dibasuh. Sementara Ahlul Sunnah mengatakan basuh; mereka berpegang
kepada sebuah Hadith Nabi yang bermaksud:”Neraka wail bagi mata kaki
yang tidak dibasahi air
“.

Bagi Syiah Imamiyyah, mereka mengatakan Hadith itu ditujukan kepada
orang yang tidak membersihkan anggota-anggotanya, termasuk kaki sebelum
mengambil wuduk. Di samping itu, mereka berpegang kepada Hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Sabda Nabi SAWA:”Wuduk itu dua basuh dan
dua sapu
“, iaitu basuh muka dan tangan, adapun sapu ialah kepala dan
kaki [Nota: Imam Baqir as bertanya di hadapan khalayak
ramai:’Apakah kalian ingin saya nyatakan tentang wuduk Rasulullah SAWA
? Mereka menjawab,’Ya’. Kemudian beliau meminta suatu bekas yang
berisikan air. Setelah air itu berada di hadapan beliau, beliau AS
menyingkap lengan bajunya dan memasukkan telapak tangan kanannya pada
bekas yang berisikan air itu sambil berkata:’Begini caranya bila tangan
dalam keadaan suci’. Kemudian beliau mengambil air dengan tangan
kanannya dan diletakkan pada dahinya sambil membaca’Bismillah’ dan
menurunkan tangannya sampai ke hujung janggut, beliau meratakan usapan
untuk kedua kalinya pada dahi beliau, kemudian beliau mengambil air
dengan memasukkan tangan kirinya dari bekas itu dan beliau letakkan
pada siku kanan beliau sambil meratakannya sampai ke hujung jari.
Setelah itu beliau mengambil air dengan tangan kanan dan diletakkan
pada siku kirinya sambil beliau ratakan sampai ke hujung jari. Kemudian
dilanjutkan dengan mengusap ubun-ubun beliau dengan sisa air yang
terdapat pada telapak tangan beliau sampai ke hujung dahi (tempat
tumbuh rambut). Kemudian beliau usap kaki (bahagian atas) kanannya
dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan kanan, sedangkan kaki
kiri beliau usap dengan sisa air yang terdapat pada telapak kaki kiri
(keduanya diusap sampai ke pergelangan kaki beliau
Al-Wasail Syiah, Juz. 1, bab 15, hal.387].

Ahlul Sunnah membuang perkataan Haiya ‘ala khayr al-‘amal (marilah melakukan sebaik-baik amalan) dari azan asal dan menambah perkataan as-solatu khairun minam-naum (solat lebih baik dari tidur) dalam azan subuh.

Kedua-dua perkataan itu dilakukan ketika pemerintahan khalifah Umar.

Mengenai yang pertama, beliau berpendapat jika seruan itu diteruskan,orang Islam akan mengutamakan sembahyang dari berjihad.

Tentang yang kedua, beliau dikejutkan dari tidurnya oleh muazzin
dengan berkata:”Sembahyang itu lebih baik dari tidur”, maka beliau
lantas tersedar dan menyuruh muazzin itu menggunakan perkataan itu
untuk azan Subuh.

Oleh Syiah Imamiyyah diteruskan azan asal sebagaimana dilakukan di zaman Rasulullah SAWA dan khalifah Abu Bakar RA.

Ahlul Sunnah tidak mensyaratkan sujud di atas tanah dalam
sembahyang: Syiah Imamiyyah menyatakan sujud di atas tanah itu lebih
afdhal kerana manusia akan lebih terasa rendah dirinya kepada Tuhan.
Mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi SAWA yang
bermaksud”dijadikan untukku tanah itu suci dan tempat sujud” (Sahih Muslim, Bab Mawdi’ as-Salah).

Semua pihak bersetuju sembahyang boleh dijamak/dihimpun apabila
seseorang itu musafir. Ahlul Sunnah pada keseluruhannya tidak
menggalakkan jamak sembahyang selain dari musafir.

Meskipun begitu, mereka tidak menyatakan sembahyang jamak itu tidak sah bagi orang yang bermukim.

Imam Malik mengharuskan jamak sembahyang Zohor dengan Asar, Maghrib
dan Isya’ di hari hujan, Kebanyakan pengikut Imam Syafie berpendapat
jamak sembahyang boleh dilakukan jika ada sebab yang diharuskan oleh
syarak dan adalah menjadi makruh jika dilakukan secara kebiasaan.

Syiah Imamiyyah menyatakan, sembahyang jamak boleh dilakukan tanpa
sebab musafir, sakit atau ketakutan
kerana Nabi SAWA bersembahyang
jamak tanpa sebab dan musafir.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa “Rasulullah SAWA sembahyang
berjamaah dengan menjamakkan Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isya’
tanpa musafir dan tanpa sebab takut
“,(Sahih Muslim, Bab Jawaz Jam’ as-Salah fil-Hadr).

Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah bersetuju bahawa sembahyang tarawih berjemaah
tidak dilakukan pada masa Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Ia
dilakukan atas arahan khalifah Umar RA kerana beliau melihat orang
ramai sembahyang sunat bertaburan, di masjid, lantas beliau
berkata:”Alangkah baiknya jika dilantik seorang lelaki untuk menjadi
Imam bagi kaum lelaki dan seorang perempuan untuk menjadi Imam kaum
wanita”.

Kemudian melantik Ubay bin Ka’ab mengimamkan pada malam berikutnya.
Dan beliau berkata:”Ini adalah bidaah yang baik”. Selepas itu beliau
menghantar surat kepada gabenor-gabenor di seluruh negara supaya
menjalankan sembahyang sunat secara berjamaah dan dinamakan Sembahyang
Terawih kerana setiap empat rakaat diadakan istirahat (Bukhari, Bab Sembahyang Terawih, Muslim, Bab Sembahyang Malam).

Syiah Imamiyyah tidak melakukan sembahyang terawih atas alasan itu.
Saidina Ali ketika menjadi khalifah melarang orang ramai sembahyang
terawih dan menyuruh anaknya Hasan memukul dengan tongkat tetapi orang
ramai berkeras terus melakukannya kerana ia sudah menjadi amalan
tradisi.

Meskipun begitu Syiah Imamiyyah sebagai contoh melakukan sembahyang sunat lima puluh rakaat pada tiap-tiap malam Ramadhan (Nota: terdapat sembahyang sunat khusus dan umum pada setiap malam Ramadhan – sila lihat Mafatihul Jinan) secara bersendirian di samping sembahyang sunat biasa; mereka sembahyang tiga puluh empat rakaat.

Ahlul Sunnah menyatakan bilangan takbir Sembahyang Mayat ialah
empat, sementara Syiah Imamiyyah mengatakan lima takbir. Di samping
itu, Ahlul Sunnah sendiri tidak sependapat cara-cara mayat dihadapkan
ke Kiblat. Maliki, Hanafi, dan Hanbali berpendapat mayat hendaklah
diletakkan ke atas lambung kanannya dan mukanya menghadap Kiblat
sebagaimana dilakukan ketika menanam mayat. Sementara Syiah Imamiyyah
dan Syafie berpendapat mayat hendaklah ditelentangkan dan dijadikan
kedua tapak kakinya ke arah Kiblat, jika ia duduk, dia menghadap Kiblat
(M. Jawad Mughniyah, Fiqh Lima Madzhab, Jilid I, Penerbitan Ikhwan, Kota Bharu, 1985, hal.47)

Sebenarnya kita yang bermadzhab Syafie tidak sedar bahawa cara
pengebumian mayat yang kita lakukan adalah tidak mengikut Syafie, dan
Syafie pula sependapat dengan madzhab Syiah Imamiyyah dalam masalah itu
dan berlainan dengan Hanafi, Maliki, dan Hanbali.
Begitu juga
‘Undang-undang 99 Perak’, dan ‘bersalam’ lelaki-perempuan dengan
melapikkan kain di tengah tangan adalah dari madzhab Ja’fari sedangkan
Imam Syafie tidak membenarkan berjabat tangan dengan bukan muhrim
sekalipun secara berlapik atau beralas.

Semua pihak bersetuju bahawa nikah mut’ah diharuskan pada zaman Nabi
SAWA tetapi mereka tidak sependapat tentang pembatalannya atau
pemansuhannya selepas kewafatan Nabi SAWA. Imam Malik mengatakan ia
adalah harus
kerana firman Tuhan dalam Surah an-Nisa: 24, yang
bermaksud:”Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati antara mereka,
maka berilah kepada mereka maharnya dengan sempurna, sebagai suatu
kewajipan
” sehingga terbukti pembatalannya.

Imam Zulfar,anak murid Imam Abu Hanifah berpendapat ia harus kerana
‘menghadkan waktu’ dalam akad nikah itu tidak membatalkan akad. Beliau
menamakan Nikah Mu’aqqat.

Manakala Imam Muhammad Syaibani menyatakan ia makruh (lihat Zarkhasi, Kitab al-Mabsud, Cairo, 1954, Vol.5, hal.158).

Az-Zamakhshari, seorang pengikut madzhab Hanafi, menyatakan ayat itu muhkamah, iaitu jelas tidak ada ayat yang memansuhkannya (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Vol.I, hal. 189)

Sementara Imam Syafie pula menyatakan ia telah dimansuhkan oleh
sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh al-Juhany, bahawa Rasulullah SAWA
telah melarang dari melakukan mut’ah.

Tetapi mengikut kaedah fiqiah bahawa Imam Syafie, Hanafi dn Hanbali
bersepakat bahawa al-Qur’an tidak boleh dimansuhkan dengan Hadith yang
mutawatir (yang diriwayatkan oleh bilangan ramai: Lawannya Hadith Ahad)
kerana mereka berpegang dengan Surah al-Baqarah: 106, yang
bermaksud:”Kami, tidak memansuhkan satu ayat atau melupakannya
melainkan Kami gantikannya dengan ayat yang lebih baik daripadanya atau
seumpamanya
“.

Jelas sekali bahawa Hadith Nabi tidak setanding dengan al-Qur’an.
Ini bererti Hadith yang melarang dilakukan mut’ah itu adalah Hadith
Ahad dan mengikut kaedah itu ia tidak sekali-kali dapat memansuhkan
ayat 24, dari Surah an-Nisa’ (Nota: Pada hakikatnya Nabi SAWA tidak
mungkin bercanggah dengan al-Qur’an kerana apa yang dinyatakan oleh
Nabi SAWA adalah dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah
an-Najm: 4-5
, bermaksud:”Dan tidak ia (Nabi SAWA) bercakap mengikut
hawa nafsunya, melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan (dari Allah
)“.

Mengikut kaedah itu, Imam Syafie sepatutnya mengatakan nikah mut’ah
itu harus. Lebih menghairankan, Imam Syafie yang mengatakan nikah
mut’ah itu dimansuhkan masih percaya kepada Hadith-Hadith Nabi yang
diriwayatkan oleh Ibn Jurayh (w.150H) seorang tabi’in yang menjadi Imam
di Masjid Makkah pada masa itu, dan beliau telah berkahwin secara
mut’ah dengan lebih sembilan puluh perempuan di Makkah. Sehingga beliau
berkata kepada anak-anaknya:”Wahai anak-anakku, jangan kamu mengahwini
perempuan-perempuan itu kerana mereka itu adalah ibu-ibumu”.

Bukan sahaja Imam Syafie yang menerima dan mempercayai Hadith-Hadith
yang diriwayatkan oleh Ibnu Jurayh malah Imam Muslim dan Imam Bukhari
menerimanya dalam Sahih-Sahih mereka.

Berdasarkan kepada bukti-bukti di atas nampaknya Imam Syafie tidak
begitu yakin tentang pemansuhannya. Jikalau tidak, Ibnu Jurayh adalah
penzina, dan tidak boleh menjadi Imam Masjid Makkah ketika itu dan
riwayatnya mestilah ditolak.

Pihak Syiah Imamiyyah merujuk kepada beberapa Hadith Nabi SAWA,
antaranya Hadith yang diriwayatkan oleh Imran bin Hasin yang
berkata:”Ayat mengenai mut’ah telah diturunkan dalam al-Qur’an dan kami
melakukannya di masa Rasulullah SAWA dan tidak diturunkan ayat yang
memansuhkan/membatalkannya dan Nabi pula tidak melarangnya sehingga
beliau wafat
(Imam Hanbali, Musnad, Jilid 4,hal.363).

Mereka juga memetik Saidina Ali AS sebagai berkata:”Jikalaulah Umar
tidak melarang nikah muta’ah, nescaya tidak ada orang yang berzina
melainkan orang-orang yang benar-benar jahat
” (Tafsir al-Tabari, Bab Nikah Mut’ah).

Mereka juga merujuk kepada sahabat Zubayr bin Awwam yang mengahwini
Asma’ binti Abu Bakar secara mut’ah dan mendapat dua cahaya mata yang
masyhur dalam sejarah Islam iaitu Abdullah bin Zubayr dan adiknya Urwah
bin
Zubayr (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Bab Nikah Mut’ah)”.

Imam Ja’far as-Sadiq AS (Imam Keenam) Ahlul Bayt berkata:”Tiga
perkara yang aku tidak akan menggunakan taqiyah: Haji Tamattuk, Nikah
Mut’ah, dan ‘hayya ala khairil amal’
dan ditanya Imam Ja’far as-Sadiq
AS mengenai nikah mut’ah, beliau menjawab, ia halal sehingga Hari
Kiamat
, (Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Bab Mut’ah).

Inilah sebahagian kecil dari hujah-hujah yang dipegang oleh Syiah Imamiyyah dalam masalah itu.

Imam Bukhari dalam Sahihnya memberi definisi sahabat sebagai orang
yang bersahabat dengan Nabi SAWA dan mati sebagai seorang Muslim atau
orang yang pernah melihat Nabi dan mati sebagai seorang Muslim. Ahlul
Sunnah mengatakan semua sahabat Nabi itu adil dan amanah sehingga tidak
boleh dipertikaikan peribadi mereka
.

Sementara Syiah Imamiyyah berpendapat sahabat Nabi itu adalah
manusia biasa, ada yang baik dan ada yang kurang baik
. Dalam akidah
Islam, sahabat bukanlah maksum; dengan itu mereka terdedah kepada
sebarang kesalahan/dosa seperti manusia biasa.

Mereka menyatakan ada ayat-ayat al-Qur’an yang memang ditujukan
kepada sahabat-sahabat Nabi; ada sahabat-sahabat yang lari ketika
peperangan, melakukan perkara yang tidak diingini oleh Islam. Dan jika
diperhatikan secara rasional tanpa Asabiyyah, tidaklah semestinya semua
sahabat Nabi yang ‘ratusan ribu’ itu adil dan amanah, kerana celaan
al-Qur’an itu ditujukan juga kepada mereka.

Memang ada dari kalangan yang dinamakan sahabat, seramai lima belas
orang, yang telah cuba membunuh Nabi sendiri selepas peperangan Tabuk
di Aqabah (lihat Musnad ibn Hanbal, Beirut, 1943, Jilid 5, hal.428-9).

Bagaimanapun Syiah Imamiyyah tidak menafikan wujudnya sahabat-sahabat Nabi yang setia.

Mengenai Hadith “sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang di
langit”, maka sanad Hadith ini adalah lemah dan ditolak oleh Ahlul
Sunnah sendiri seperti Imam Abu Bakar as-Syafii dan lain-lain.

Bagaimanapun ia tidaklah menafikan sebahagian dari sahabat-sahabat
Nabi itu boleh menjadi ikutan. Imam Bukhari dalam Sahihnya, Vol.16,
Kitab ar-Riqaq, Bab al-Hawd, mencatatkan sebuah Hadith yang
diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syukbah, bahawa Rasulullah bersabda,
maksudnya: Sahabat-sahabat kamu telah berubah selepas kamu (meninggal)“.

Oleh itu Hadith ini menjadi asas yang kukuh untuk Ahlul Sunnah
berfikir dengan rasional tanpa semata-mata taksub kepada madzhab kita.
Apa yang menjadi asas ialah al-Qur’an dan Hadith Nabi SAWA.

Bagaimanapun Syiah Imamiyyah menghormati khalifah Abu Bakar,
khalifah Umar dan jauh sekali dari mengkafirkan mereka berdua. Dan
sekiranya ada Syiah yang mengkafirkan mereka, ini adalah Syiah yang
ghulat, atau pandangan individu. Apatah lagi Imam Keenam Syiah ialah
Imam Ja’far as-Sadiq AS yang bertemu di sebelah ibunya dengan khalifah
Abu Bakar.

Ahlul Sunnah bersetuju pintu ijtihad telah ditutup. Penutupan pintu
ijtihad bererti ‘jemputan’ kepada zaman taqlid. Dan juga bererti tidak
wujud lagi mujtahid yang baru; memadai dengan mujtahid-mujtahid yang
telah mati. Lantaran itu persoalan-persoalan yang baru kurang dapat
diatasi.

Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan
mereka tidak membenarkan ia ditutup, kerana penutupan pintu ijtihad
memberi implikasi penyerahan kepada kelemahan dan kebodohan sendiri dan
ia bercanggah dengan al-Qur’an yang menuntut sebahagian umat Islam
menjadi alim mujtahid di setiap masa.

Sayang sekali Ahlul Sunnah dari madzhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan
Maliki telah menyerah diri kepada penutupan pintu ijtihad. Persoalan
yang timbul, siapakah yang memerintahkan supaya ia ditutup? Mungkinkah
pemerintahan sekular sebelum Imam al-Juwayni atau Imam Ghazali
mengiystiharkan penutupan itu?

Imam al-Juwayni, guru kepada Imam al-Ghazali menyatakan”Sekiranya
pintu ijtihad masih terbuka, maka aku adalah seorang mujtahid”
. Imam
al-Juwayni sendiri mengakui penutupan itu dan dalam andaiannya, beliau
juga mujtahid sekiranya pintu itu dibuka. Dan di masa itu timbulnya
perasaan fanatik kepada madzhab tertentu yang dikuti, dan masing-masing
menakwil Hadith-Hadith mengikut pandangan madzhab mereka.

Nabi SAWA bersadba:”Umatku akan berpecah kepada 73 golongan, yang
berjaya hanyalah ‘satu’
(al-Wahidah). Muktazilah mengatakan yang satu
itulah mereka. Murji’ah pula mengatakan merekalah yang berjaya dan
bukan Muktazilah. Sementara Ahlul Sunnah mengatakan, mereka sahaja yang
berjaya.

Imam al-Ghazali mengatakan, apa yang dimaksudkan dengan umat itu
adalah secara umum, dan golongan yang benar-benar berjaya ialah
golongan yang tidak dibentangkan kepada neraka. Lantaran itu mengikut
Imam al-Ghazali, sesiapa yang dimasukkan ke syurga dengan syafa’at, dia
tidaklah benar-benar berjaya (At-Tafriqah bayn al-Islam wa Zandaqah, Mesir, 1942, hal.75).

Mengenai khurafat pula, semua pihak bersepakat bahawa khurafat
mestilah diperangi habis-habisan
. Namun begitu masih ada
khurafat-khurafat dalam madzhab Syiah dan Sunnah. Jika ada mana-mana
pengikut melakukan perkara itu maka ia menggambarkan kejahilan pengikut
itu sendiri.

Semua pihak bersepakat menerima Hadith-Hadith Nabi yang diriwayatkan
oleh perawi-perawi yang thiqah. Tetapi Syiah Imamiyyah mengutamakan
Hadith-Hadith yang diriwayatkan olah Ahlul Bayt, kerana mereka lebih
mengetahui mengenai Nabi daripada orang lain, terutamanya Saidina Ali
AS yang disifatkan oleh Nabi SAWA sebagai “Pintu Ilmu”.

Dalam sebuah Hadith Nabi SAWA, bersabda:”Aku adalah gedung ilmu, Ali
adalah pintunya, dan sesiapa yang ingin memasukinya, mestilah menerusi
pintunya
” (Nisaburi, Mustadrak, Bab Kelebihan Ali).

Adapun Hadith-Hadith yang menjadi rujukan Ahlul Sunnah terkumpul
dalam Sahih-Sahih Bukhari, Muslim, Nasa’I, Ibn Majah, Abu Daud,
Tirmidzi, Muwatta, Mustadrak, Musnad Ibn Hanbal
dan lain-lain.

Sementara Syiah Imamiyyah mengumpulnya dalam Usul al-Kafi oleh
al-Kulaini, Man La Yahduruhul Faqih olah al-Saduq, Al-Istibsar fi
al-Din
, dan Tahdhib al-Ahkam, kedua-keduanya oleh al-Tusi, Bihar
al-Anwar
oleh Majlisi dan lain-lain.

Sepatutnya semua buku-buku Hadith itu dikaji dan menjadi rujukan
kepada umat Islam, khususnya sarjana-sarjana Islam tanpa fanatik kepada
mana-mana madzhab.

Para Imam Madzhab Empat/Ahlul Sunnah telah menunjukkan kasih sayang
mereka kepada Imam-Imam Syiah Imamiyyah kerana mereka adalah anak-cucu
Rasulullah. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berguru kepada Imam Ja’far
as-Sadiq AS
.

Apabila mereka mengemukakan persoalan, mereka menggunakan
lafaz”Wahai anak Rasulullah” kemudian barulah dikemukakan persoalan itu.

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pernah mengeluarkan fatwa secara
rahsia supaya umat Islam keluar berperang bersama Zaid bin Ali Zainal
Abidin
(Ahlul Bayt) menentang pemerintah Bani Umaiyyah pada masa itu.
Justeru itu mereka dipenjarakan.

Imam Abu Hanifah berkata:”Jikalau tidak wujud dua Sunnah nescaya
binasalah Nu’man” iaitu jikalau tidak wujudnya Sunnah Nabi dan Sunnah
Ja’far as-Sadiq, nescaya binasalah beliau.

Imam Syafie pula telah membuktikan kasih beliau kepada Ahlul Bayt dan Syiah dalam syairnya yang masyhur seperti berikut:

Aku adalah Syiah dalam agamaku,

Aku berasal dari Makkah,

Dan rumahku di Asqaliyah (Fakhruddin ar-Razi, Manaqib al-Imam as-Syafie, Cairo, 1930, hal.149 dan seterusnya).

Bagaimanapun Imam Syafie bukanlah seorang Syiah dalam ertikata yang
sebenar tetapi sikapnya yang begitu kasih dan luhur terhadap Syiah
Imamiyyah patut dicontohi.

Apatah lagi Imam-Imam mereka dari keturunan Rasulullah SAWA yang
kita tidak pernah lupa dalam sembahyang kita setiap kali kita
berdoa”Wahai Tuhanku, salawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad (Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa alihi Muhammad)

Begitulah sikap dan pendirian para Imam Madzhab Empat terhadap Syiah Imamiyyah dan para Imam dari Ahlul Bayt.

Sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Imamul Akbar al-Marhum as-Syaikh
Mahmud Shaltut
ketika beliau masih memangku Jabatan Rektor al-Azhar;
dan disiarkan pada tahun 1959 Masehi di Majalah Risalatul Islam yang
diterbitkan oleh Darul Taqrib bainal Madzahibil Islamiyyah atau Lembaga
Pendekatan Antara Madzhab-Madzhab Dalam Islam, yang berpusat di
Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun ke-11, halaman 227 berbunyi seperti
berikut:

Agama Islam tidak mewajibkan suatu madzhab tertentu atas siapapun
antara pengikutnya. Setiap Muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti
salah satu madzhab yang manapun juga yang telah sampai kepadanya dengan
cara yang benar dan meyakinkan.

Dan yang perincian tentang hukum-hukum yang berlaku dalamnya telah
dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab madzhab yang
bersangkutan yang memang dikhususkan untuk itu.

Begitu pula setiap orang yang mengikuti salah satu antara
madzhab-madzhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke madzhab
lainnya – yang manapun juga dan tiada ia berdosa sedikitpun dalam
perbuatannya itu”

Katanya lagi,”Sesungguhnya Madzhab Ja’fariyyah yang dikenal dengan
sebutan Madzhab Syiah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah adalah suatu madzhab
yang peraturan-peraturannya seperti juga dalam madzhab-madzhab lainnya
“(Lihat juga Dialog Sunnah Syiah, Bandung, 1984, hal.32)

Walaupun di Malaysia misalnya bermadzhab Syafie, namun perkara yang
penting ialah asalkan pengikut madzhab itu tidak berfahaman Asabiyyah,
atau mengkafirkan madzhab-madzhab lain yang muktabar.

Leave a comment

Filed under Agama dan Islam

WAT atau ISTANA PRASAT PREAH VI HEAR?


Tahun lepas, kita pasti ada terbaca di dada akhbar tempatan mengenai kekecohan perebutan sebuah bangunan bersejarah di sempadan Thailand dan Kemboja yang bernama Wat Preah Vi Hear. Jika kita membaca berita ini sekali lalu, kita pasti akan mengatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan sejarah negara kita. Jangkaan saudara meleset sama sekali.

Prasat Preah Vi Hear bukannya sebuah wat atau kuil malah ia adalah sebuah bangunan istana yang pernah didiami oleh Raja Siam Islam Kemboja Cempaka Sari bernama Po Chan Koya Long. Maksud Prasat-Prah-Vi-Hear ialah, Pertahanan-abang-pusingan-kelima. Sila rujuk salasilah Koya Long yang mempunyai 5 orang beradik ini.

Sebelum pada ini kami ada menceritakan mengenai anakanda sulong Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang bergelar Po Chan bermaksud Putera Sulong yang pernah memerentah di Kemboja Cempakasari sebelum diusir oleh tentera Raja Buddha Thai dan baginda kembali ke Legeh (Patani, Yala, Narathiwat, Kelantan dan Trengganu) bersama-sama ribuan pengikutnya.


Yang memanjang disebelah kiri dan kanan itu ialah Naga sepertimana terdapat pada tangga Wat Kai (ayam) di Ayuthia. Naga ialah simbol Maharaja China yang beragama Islam semenjak dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Contoh naga sebagai simbol di kalangan raja-raja melayu seperti gelang kaki dan peralatan di raja Sultan Ismail kinta dan nama tempat seperti Kota Naga di Bandar Darulaman Kedah masih ada hingga kini.


Ayahanda baginda, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang pada ketika itu bersemayam di istana Nakhon Si Thammarat bergelar Raja Nam Bang (bermaksud Air Telok, kerana kawasan Ranot yang bertelok) telah menabal baginda menjadi raja di Perak bergelar, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak.

Kenapa bergelar Sultan Mudzaffar Syah III? Kenapa tidak I atau II?. Mudah sahaja, ini kerana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir bergelar Sultan Muzaffar Syah II.

Bijak juga usaha menggunakan gelaran ini memandangkan nama gelaran Po Chan di Kemboja sebagai gelaran kepada Koya Long mungkin dianggap tidak sesuai di sini lalu diberi gelaran asal usul keturunannya yang amat bersesuaian dengan baginda. Kami kira gelaran ini bertujuan untuk mengingatkan raja-raja daerah yang sudah bermula berbaik-baik dengan penjajah Inggeris bahawa waris raja Merong Mahawangsa masih ada.

Sewaktu memerentah di Perak sebagai Bendahara (dulu Bendahara adalah Raja Muda) baginda menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama, iaitu anak saudara kepada Permaisurinya Puteri Seri Andalas dari keturunan Bugis. Sultan Selangor yang pertama ini pada ketika itu telah bersemayam di Kuala Selangor.

Alangkah satu “privilege” nya ditabal menjadi raja pertama Selangor, menaikki takhta kerajaan oleh waris Bani Hashim (dari keturunan baginda Rasulullah saw) tidak seperti negeri lain yang di lantik oleh penjajah yang tidak tahu apa pun mengenai agama Islam. Contohnya, satu negeri di selatan tanah air dilantik oleh Stamford Raffles setelah menyerahkan Singapura kepada Inggeris pada hal Raja pemberontak itu telah engkar kepada Yang Di pertuan Agongnya yang beragama Islam? Hari ini jika fikirkan semula, sahkah, berbanggakah dilantik oleh kafir Inggeris laknatullah pada tahun 1819 itu?.

(Temenggung hanyalah jawatan Ketua Polis dengan itu hari ini sultan dari negeri tersebut masih ada pasukan polis nya yang tersendiri)



Perlu diingatkan bahawa Khalifah Syarif Abu Bakar Syah juga diusir dari Ayuthia oleh Tentera Buddha Aluang phaya Chakri Sokho Thai sekitar tahun 1767. Sewaktu di Ayuthia dulu baginda di gelar Boromoraja Ekataat V Mahadaimayaza, Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke33. (Sejarah Thailand hari ini mengatakan selepas Ayuthia ditawan mayatnya tidak dijumpai bagi menutup realiti sejarah kerajaan Siam Islam ini).

Ini mengesahkan bahawa Kerajaan Siam dahulu beragama Islam sebelum ia ditawan oleh puak Chakri Sukhothai Buddha Aluangphaya dalam tahun 1767. Dalam Hikayat Patani nama baginda ada tercatat sebagai Raja Bakar yang berkuasa melantik beberapa orang raja daerah termasuk lah cucunya Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menjadi raja di Singgora @ Songkhala yang bermaksud, menghantar benih (Sila baca artikel kami yang telah lepas).

Ban Nai Lang di Thailand hari ini bermaksud Kampung Syed Alang merujuk kepada Syed Alang Alauddin ini. Baginda berjuang habis-habisan menentang tentera thai yang menyerang Kedah lalu diberi gelaran Panglima Bukit Gantang (Bukit Gantang sebelum 1874 adalah wilayah Kedah).

Berbalik kepada Po Chan Koya Long, baginda pernah bersemayam di istana ini sekitar tahun 1758. Di sekitar tahun yang sama jugalah tentera Islam baginda telah berjaya membunuh Aluang Phaya di satu tempat bernama Taikala bermaksud, Kafir mati dibunuh.

Sekiranya saudara/i pembaca membuat ‘Yahoo’ atau ‘Google search image’, saudara akan mendapati bahawa pada runtuhan bangunan tersebut tidak terdapat pun patung-patung Buddha sepertimana tinggalan sejarah di tempat lain sekitar Thailand. Tidak seperti bangunan di Ayuthia yang didirikan patung-patung bertujuan untuk menutup bukti keislaman kerajaan Islam Ayuthia.

Prasat Preah ViHear telah terlepas dari tindakan raja dari keturunan Buddha Chakri Sukhotthai untuk menutup bukti sejarah kerana lokasinya yang menjadi perebutan dua kerajaan. Sekiranya Ayuthia sebuah bandar kerajaan Buddha, mana mungkin Hamzah Fansuri datang untuk mendalami ilmu agama Islam disana. Mana mungkin ia menjalankan sistem Syahbandar seperti mana pelabuhan Islam yang lain di nusantara Benua Siam.

‘A fairly recent Buddha statue placed in the ruined pagoda ‘

Catatan berbahasa Inggeris pada gambar ini yang kami temui dalam internet, begitulah scenario di Ayuthia sekarang ini.

Walau bagaimanapun hak ke atas istana Preah Vi Hear telah diberikan oleh ICJ (International Court of Justice) kepada Kemboja, bukan Thailand semenjak tahun 1962 lagi. Dengan sebab itu usaha untuk membuddhakan kawasan Istana tinggalan Po Chan Koya Long ini tidak kesampaian kerana ia terletak di dalam wilayah Kemboja.

Menteri Luar Thailand, Tej Bunnag telah menggesa Kemboja agar tidak membawa perebutan ini ke PBB. Bagi kami jika dibawa pun tidak mengapa kerana ia boleh mendedahkan lagi sejarah realiti Thailand yang sebenar. Sudah pasti merasa takut ibarat cacing kepanasan untuk menghadapi realiti sejarah ini.

‘Remains of Prasat Pra Narai Cruciform di Ayuthia’, kata ungkapan pada gambar ini.

Prasat Pra Narai adalah Sultan Iskandar Mahkota Alam, Raja Acheh. Baginda adalah adinda kedua kepada Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Sewaktu berusia muda, baginda menetap di Melaka sebagai laksemana dan di gelar Laksemana Hang Tuah (bahasa Siam Islam, bukan bahasa thai Buddha).

Bangunan ini telah dikupas ‘plaster’ nya, begitu juga dengan bangunan lain di Ayuthia yang berkemungkinan besar terdapat tulisan seni khat sebagai hiasan. Lihat bentuk arch tingkap dan pintu yang merupakan senibina Islam Parsi dan Monggol India.

Saudara pembaca harus sedar bahawa rakyat Thailand hari ini tidak berani langsung bercakap mengenai sejarah raja-raja mereka kerana takutkan undang-undang ‘Le majeste’. Sesiapa yang disyakki akan ditangkap oleh Polis @ tentera mereka di waktu malam dan tidak akan dikembalikan lagi, hilang entah kemana.

Hari ini pun situasinya tetap sama. Inilah di antara punca-punca berlaku perbalahan di kalangan penduduk Islam Patani di mana ramai kenalan mereka hilang begitu saja dibawa pergi oleh pihak berkuasa di waktu malam.

Interesting readings can be found here (reader wise discretion required)

http://www.puloinfo.net/?Show=Gallery

Di dalam artikel mereka, kerajaan thai disebut sebagai siam. Kenapa jadi begitu? Ini adalah kerana semenjak dari zaman dahulu negara itu memang disebut sebagai siam sehinggakan apabila bertukar ke thai pun masih lagi disebut/dirujuk sebagai siam pada hal yang memerentah di Ayuthia (selepas 1767) dan kemudiannya Bangkok hari ini ialah bangsa tai dari keturunan Sukhothai Buddha dan raja yang memerentah pun Raja Thai.

Malah di Kedah, Perlis, Kelantan dan Pulau Pinang, negara Thailand pun hingga ke hari ini disebut sebagai Siam. Hari ini jika ditanya,”Hendak ke mana?” “Oh,Saya hendak ke Siam”. Nama Thailand tidak digunakan. Mereka di Patani telah mengikut situasi di Malaysia di mana bangsanya sudah menjadi bangsa Melayu.

Akan tetapi mereka tidak mengetahui secara mendalam bahawa rumpun Jawa, Minang, Bugis, Banjar, Acheh dll masih ada di Malaysia hari ini. Jika demikian. apakah rumpun kamu wahai saudaraku orang Patani? Tak lain tak bukan adalah rumpun Siam yang sejak zaman berzaman menganuti agama Islam.

Elok sangatlah jika dikaji semula siapa sebenarnya Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang mana di sebut dalam Hikayat Patani sebagai Raja Bakar berkuasa melantik raja-raja daerah.

Rakyat biasa yang ditemui rakan kami pun tak berani langsung bercakap mengenai sejarah raja thai hari ini. Mereka berbisik-bisik, sambut sedikit percakapan dan terus tukar topik lain. Puji tak mengapa, komen padah jawapnya. Sila saudara baca laporan ‘Human Right’s Watch’ mengenai Patani.

Penyelidik kita yang menjalankan penyelidikkan bersama penyelidik dari thailand beberapa tahun lepas telah melawat istana dan tinggalan sejarah di sekitar Patani. Penyelidik kita turun dari kenderaan untuk mengambil gambar namun penyelidik dari thailand enggan turun kerana bimbang keselamatannya, takut dijemput di waktu malam.

Lawatan kami ke Songkhala mendapati sebuah Kota/kubu lama dipagari tanpa pintu pagar dan ia terletak dalam kawasan larangan pihak berkuasa tempatan. Pengunjong dilarang masuk dan hanya boleh melihat Kota/kubu ini dari jalanraya sahaja.

Akan tetapi itu situasi di Thailand. Lain pula apabila rakyat Thailand Islam ini apabila mereka berada atau berkerja di Malaysia. Ramai di antara mereka membuka kedai-kedai makanan Tom Yam di sekitar bandar-bandar besar di negara kita (terutama sekali di semenanjong).

Dari segi rupa paras tak beza dengan orang Melayu tempatan kerana mereka pun melayu juga dan beragama islam. Mereka mengakui bahawa Raja Siam di zaman dahulu beragama islam tetapi siapakah yang berani membuat pengakuan secara terbuka di Thailand.

Kami menunjukkan kepada mereka manuskrip Undang–Undang Kedah yang dibukukan, rujukkan utama kami. Tahukah saudara apa respon sepontan dari mereka? Jika kami menyimpan buku ini di Thailand, kami pasti akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menyimpan dokumen yang menghina raja ! ! !

Di sekitar kawasan Istana Prah Vi Hear ini masih lagi terdapat orang-orang Siam Campa yang beragama islam menetap disitu terutama sekali di sekitar kawasan perkampungan Syed Pew dan Kg Syed Sokun. Kem-bo-ja adalah dari perkataan Siam (Cham) bo-ja yang bermaksud puak penasihat/ubat. Sham-pa-ka bermaksud, puak penasihat bawak perniagaan. Sa-ri bermaksud, Laksemana/harimau-duduk/ditempatkan disitu.

Di laporkan bahawa terdapat ramai orang-orang Kemboja islam ini yang menjadi rakyat Thailand dan bertutur dalam bahasa Kemboja dengan sedikit perbezaan dari segi sebutan dengan penduduk asal di Kemboja. Bangsa Thai di sekitar Surin , berhampiran sempadan tidak suka negara mereka di sebut Siam kerana ia melambangkan zaman kegemilangan Islam dan mereka lebih suka negara mereka di sebut Thailand.

Apabila sejarah dikuburkan, bahasa Inggeris tidak di kembangkan kita dapati banyak penulisan sejarah raja-raja siam Islam (sebelum 1767, Dinasti Chakri Sukhothai belum berkuasa) di dalam internet misalnya ditulis semula dalam konteks seolah-olah raja siam dahulu beragama Buddha. Awas ketika membaca.

Janganlah kita tertipu oleh dakyah mereka ini kerana Raja mongkut dahulu yang berbaik-baik dengan Inggeris dan mengikut peradaban Inggeris telah pun dinasihatkan oleh mereka agar berbuat demikian melalui penulisan semula sejarah bangsa Siam Islam yang berpusat di Ayuthia. Hanya bangsa yang kecundang tamaddun akan merampas tamadun Islam milik Raja Siam Islam sebagai tamadun mereka.

Lalu bermegah lah mereka sebagai bangsa yang tidak pernah dijajah di Asia, padahal mereka, bangsa thai adalah penjajah negeri Siam Islam, raja yang ada bukan raja Siam Islam tetapi Raja Thai buddha………. dan habuan kita, hanyalah menjadi Melayu di Semenanjung ini. Renungkanlah.

PS : Di Surabaya terdapat ramai orang Jawa, Sulu, Sunda, Madura dll. Yang pasti, mereka tidak mahu dikenali sebagai Melayu kerana Melayu itu bahasa, bukannya bangsa.

5 Comments

Filed under Sejarah

Sejarah sedang ditukar?

Terbaru, ada usaha-usaha mereka yang berkepentingan yang cuba menukar sejarah dengan mengatakan Raja Lumu (Sultan Selangor pertama) di tabal oleh Sultan Mahmud Syah.

Padahal, sebelum pada ini banyak artikel yang menyebut Sultan MudZaffar Syah III Perak telah menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama dan baginda bersemayam di Kuala Selangor. Pertabalan itu dikatakan telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat diraja serta dipersetujui oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah kerana Raja Lumu adalah anak saudara kepada permaisuri (isteri) Sultan Mud Zaffar Syah III iaitu Permaisuri Sri Andalas (ingat Andalusia di Sepanyol, dulunya beragama Islam) yang berketurunan Bugis.

Tak hairan lah kalau sekiranya di Kelang Selangor terdapat perumahan yang besar iaitu Taman Seri Andalas malah nama bandaraya Shah Alam adalah menurut gelaran kepada Raja Besar Benua Islam Siam sepertimana yang termaktub dalam Undang-Undang Kedah dan juga lagu Seri Andalas adalah merujuk kepada permaisuri baginda Sultan Mud Zaffar Syah III, menantu kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Ada pihak tertentu yang mungkin mengetahui sejarah realiti, namun enggan berterus terang. Adakah mereka takut kehilangan kuasa ? Entahlah, sukar untuk membuat andaian.

Situasi Kesultanan Selangor adalah sah, langsung tidak tergugat kerana perlantikkan dan pertabalannya adalah resmi dan diakui Raja Besar Benua Siam Islam ketika itu dan diwakil kepada anakandanya, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak. Namun begitu apa yang berlaku di zaman penjajahan Jepun dan kembalinya penjajah Inggeris adalah agak rumit dan terkemudian untuk dipertimbangkan.

Tindakan memetik nama-nama tertentu dari rekod arkib mereka untuk dijadikan nama tempat dan sebagainya seolah-olah ada udang di sebalik batu. Masakan mereka yang berkepentingan ini tidak tahu, sebagai contohnya untuk menamakan sebuah bandar baru sebagai bandar Shah Alam sedangkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat nama Syah Alam Yang Maha Mulia, hanya dikembalikan oleh Inggeris dalam tahun 2003 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Mungkin juga dalam sangkaan baik, mereka ini bukan pakar sejarah dan hanya sekadar meneliti nama-nama tertentu dalam mana-mana rekod yang ada sebagai rujukkan sahaja, wallahualam. Namun yang jelas, rekodnya mungkin masih ada.

Sekiranya Inggeris tidak memulangkan manuskrip ini, adakah kita sebagai rakyat Malaysia hari ini akan tahu sejarah realiti? Kami difahamkan bahawa salinan manuskrip ini ada disimpan oleh pihak istana tertentu semenjak zaman berzaman.

Yang menanggung cemuhan orang yang tidak berpengetahuan mengenai sejarah bukannya kita, akan tetapi TNL Kassim di mana wasiatnya pernah dipertikaikan di suatu masa dahulu. Malah ada pihak yang mempertikaikan kenapa TNL Kassim dijemput untuk menjadi panel “Forum Sejarah Realiti Kedah” pada 13 September 2006 dahulu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Masakan tidak, kehadiran beliau pasti akan mencemaskan banyak pihak.

Hari ini ternyata ramai diantara mereka menghormati beliau setelah meneliti tulisan sejarah realiti yang tidak seberapa diblog dan mengkaji sendiri perisian manuskrip Undang-Undang Kedah.

2 Comments

Filed under Sejarah

Terima Kasih Chin Peng


Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).

Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.

Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.

Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.

dari: reformis jalanan


24 Comments

Filed under Politik

BE-RUAS BERMAKSUD, PUAK-KAYA

Saudara/i pembaca berhak untuk membuat penilaian sendiri dengan merujuk kepada mana-mana rujukan lain atau pengalaman yang telah sedia ada. Yang akan menunjuk kebenaran kepada saudara/i ialah Allah swt juga, kerana itulah kebenaran agamanya, zaman Empayar Islam milikNya.

Namun begitu, bukti-bukti sejarah kita zaman dahulu masih ada dan harus di kaji dan dilihat semula. Pada masa yang sama waris-warisnya juga masih ada untuk menceritakan semula sejarah realiti sebagaimana ia pernah berlaku disatu ketika dahulu.

 

Sila klik untuk membesarkan imej diatas

Kami amat bersetuju dengan penulis artikel tersebut memandangkan banyak makam-makam lama sejarah kita terpinggir dengan begitu sahaja terutama sekali di Beruas. Ini berikutan tindakan pemerentah dahulu yang menjemput penjajah Inggeris membuka ladang-ladang getah dan penempatan baru tanpa menghiraukan samada ia tapak bersejarah atau tidak. Dengan sebab itulah, hari ini kita mendapati banyak makam-makam lama yang bersejarah milik kita berada ditengah laman rumah penduduk, dalam dusun, dalam ladang getah dsbnya.

Jemputan untuk membuka ladang-ladang getah tanpa menghiraukan kesan-kesan sejarah di kawasan-kawasan Lubuk Pusing Sungai Merbok menyebabkan Makam Raja Merong Mahawangsa berada dalam ladang getah.

Di Malaysia hari ini seolah-olah ada trend di mana peninggalan sejarah tidak begitu dititikberatkan sehingga ia terhad kepada pengkaji tertentu sahaja. Jangan katakan peningalan sejarah yang lama, yang agak terbaru pun di buang/dimusnahkan begitu sahaja tanpa memikirkan apakah generasi akan datang akan dapat berpeluang menikmati atau mengetahui mengenai sesuatu sejarah itu. Di Pulau Pinang, contohnya keretapi tram membawa penumpang sepertimana di San Francisco tidak ada lagi untuk kita generasi hari ini melihatnya, namun nama dan laluannya masih ada.

Perumahan kakitangan kerajaan di Jalan Pegawai, Alor Setar dirobohkan dan didirikan kompleks kedai 3 tingkat dan nama jalan pun turut ditukar. Penulis berpendapat banyak kesan sejarah kita walaupun masih baru lebih baik dikekalkan. Di atas nama pembangunan untuk rakyat, kerajaan harus membina bandar baru di tempat lain demi untuk membesarkan kawasan bandar. Setakat ini di Sungai Petani yang pesat membangun belum lagi berlaku tindakan sedemikian rupa.

Berbalik kepada sejarah Bruas, di kawasan makam-makam peninggalan sejarah ini bukanlah terdapat satu makam sahaja tapi terdiri dari banyak makam-makam lain yang telah dibuang batu nesannya untuk dijadikan penempatan baru penduduk. Namun begitu bagi makam-makam yang unik rekabentuk seperti berbatu nisan Acheh, ia tidak diusik walaupun generasi hari ini yang tinggal di situ tidak lagi mengetahui makam siapakah itu.

Situasi sebegini samalah sepertimana yang berlaku di Sungai Mas di mana ditemui Istana Raja Merong Mahawangsa yang diletupkan oleh tentera Thai antara tahun 1876-1881 sewaktu mereka menjajah Kedah, Istana Kota Naga yang kini menjadi ladang getah, Istana Kota Mengkuang (Meang Kuang bermaksud Nagara luas) yang dijadikan kuari, Istana Pinang Tunggal (jadi permaisuri tunggak Negara) telah dijadikan loji air.

Seterusnya Istana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Madzaffar Syah I di Sungai Mas, berhampiran Kota Kuala Muda telah dijadikan penempatan penduduk, Istana Bukit Tereh di Johor yang turut dijadikan loji air, Istana Kota Aur, Kota Sarang Semut, Kota Raja Kuala Ruman, Istana Pulau Tiga di Bandar Laguna Merbok Sungai Petani yang kini hanya tinggal sebutan nama sahaja (tiada papan tanda) walaupun kesannya masih ada dan banyak lagi contoh-contoh yang boleh kami berikan.

Sekitar tahun 1821, Istana Pulau Tiga ini masih ada kerana Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah tinggal buat sementara waktu (melarikan diri dari Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang) sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka. Kemudian, sekitar tahun 1876, Sultan Jaafar Mad Azam Syah pernah juga bersemayam di situ sebelum berlepas ke Merbok di mana baginda ditangkap, disiksa di Ruat, dan dibunuh di Gurun.

Pintu Gerbang Kota Kuala Muda dengan kesan pahat pada ‘arch’ nya. Adalah dipercayai asalnya terdapat tulisan kalimah Syahadah pada kesan tersebut.

Lambang teratai ini sama rekabentuknya dengan rekabentuk teratai di dalam Istana Raja Monggol India dan juga di Masjid Xian di China.

Tidak mungkin penduduk di zaman dahulu sekadar memberikan nama pada kota, namun kotanya tidak ada. Janganlah kita ingat orang-orang kita dahulu malas dan bodoh sepertimana kata penjajah Inggeris dalam penulisan mereka. Angkara ini semua adalah kegiatan penjajah zaman dahulu yang berjaya menutup sejarah bangsa kita, bangsa yang telah lama bertamaddun dan hari ini dikenali sebagai Melayu. Sesungguhnya, bangsa Melayu hari ini banyak rumpunnya dan merupakan satu bangsa yang hebat sejarahnya semenjak zaman dahulu.

Shah Alam Bahadur as Muazzam,

Extremely rare tata mint silver rupee of Muazzam Syah, 1707, mughal Empire,

Di petik dari,

http://www.vcoins.com/ancient/ancientcoinscanada/store/listCategoriesAndProducts.asp?idCategory=194

Apabila adanya kaitan sejarah kita dengan Raja Monggol India dalam berkerajaan, kita tak perlu hairan lagi kenapa ada Mamak Bendahara di Melaka, mengapa Tun Seri Lanang pengarang Sulalatus Salatin berketurunan India Muslim, begitu jugalah dengan raja-raja Patani.

Nai Hisbu Mad Azam Syah adalah cicit kepada Tok Temeng, Raja Gangga Nagara (Tei-meng, bermaksud tempat-kamu) yang membuka Gangga Nagara. Gan-ngga adalah dari bahasa Siam Kedah bermaksud, barang-perdagangan.

Tok Temeng hanyalah gelaran dalam bahasa Siam sahaja. Nama sebenar baginda ialah Tunku Mohammad Chan dan baginda memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III. Maklumat terbaru yang kami temui dalam Adat Acheh, terdapat nama-nama jawatan yang mengendalikan perdagangan dan pelabuhan seperti Syahbandar Mutabar Chan, Seri Purba Chan, Nadhar Majelis Chan. Nama atau gelaran ini asalnya datang dari nama Tunku Mohammad Chan yang pernah memegang jawatan ini ketika usia baginda muda.

Baginda datang dari Acheh berserta pengikutnya untuk membuka lombong-lombong bijih di sekitar Pantai Remis (re-meh bermaksud, kaya-perahu). Bonda baginda adalah Ratu Minye Acheh yang berkahwin dengan Tunku Nazreen (bergelar Ramesuan di Ayuthia). Ratu Minye Acheh adalah puteri raja Parsi berketurunan Arab yang beragama Islam. Dengan itu tidak hairanlah mereka berkuasa ke atas Kedah dan Pasai sepertimana catatan pada batu nesan Ratu Minye Acheh (Gusta barubahsa…). Mereka tidak perlu menyerang Kedah atau semenanjong melaka kerana pemerentahnya bersaudara.

Batu nesan Ratu Minye Acheh (Gusta barubahsa…).

Nama Muhammad Syah ada termaktub dalam UUK, di ms 14. Kesilapan pengkaji sejarah kita barangkali ialah membaca secara terus sebagai satu nama. Ia sepatutnya, Sultan Rijaluddin ibni (bin) Muhammad Syah. Muhamad Syah ialah nama sebenar Tok Temong. Sultan Rijaluddin (1424-1428) inilah yang bergelar Parameswara Melaka dan bersemayam di Istana Kota Naga, Jitra Kedah. Parameswara bermaksud, bawa ditempatkan kamu kaya atau ringkasnya membawa orang-orang Kedah untuk berlombong bijih timah di Kota Lukud ketika itu. Lukut terletak berhampiran dengan Port Dickson dan dulunya berada di bawah Melaka. Lu-kut bermaksud, masyur-korek iaitu melombong bijih timah. Di sinilah terdapat istana yang mana kemudiannya keturunan baginda iaitu Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman bersemayam sewaktu belanda menyerang dalam tahun 1641 dahulu.

Bilakah zaman Sultan Rijaluddin itu? Tahun masihi 1414-1424 bukannya terkemudian. Sebab itu kami sebut ia ditulis berperingkat peringkat, tulis hari ini rujuk zaman pemerintah terdahulu. Penghujongnya, tercatat tahun 812 masihi (222 hijrah) tarikh mulanya undang-undang ditulis, kerana pada masa itulah tarikh asal UUK mula termaktub menjadi undang-undang, lebih dahulu dari zaman Sukhothai sekitar tahun 1100-1200 sahaja. Maharaja kita membuat penambahbaikkan mengikut zaman mereka memerintah namun tarikh mula-mula termaktubnya undang-undang itu tetap tidak ditukar.

Makam Sultan Rijaluddin bergelar Parameswara Melaka dan permaisurinya Puteri Lindungan Bulan di Kota Seputeh (sebenarnya Si Puteh). Putri Lindungan Bulan ini adalah adinda kepada Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam, segak, puteh melepak lalu baginda digelar Si Puteh.

Sekiranya kita meneliti semula, ketika itu Semenanjong Tanah Melayu masih lagi bergelar Melaka. Dengan itu, minda kami mula terfikir zaman kegemilangan Melaka ketika itu berada di mana? Adakah berada di Melaka Bandar Hilir sekarang ini ATAU di Kedah (termasuk Beruas) atau seluruh semenanjong Melaka? Di permulaan manuskrip UUK, ia menceritakan suasana pelabuhan di Kedah lengkap dengan nama tempat (Tanjong Pauh, Ampang Jajar) yang masih ada hingga ke hari ini. Bagi kami, kemasyuran Melaka ketika itu bukan saja terletak di Pelabuhan Melaka malah seluruh Semenanjong Melaka (nama lama bagi semenanjong Tanah melayu).

Undang-undang Kedah dikatakan ditiru dari Undang-Undang pelabuhan Melaka, tetapi Melaka yang mana satu? Di Kuala Muda Kedah kami telah berjumpa dengan orang-orang China yang datang ke sini lima ratus tahun yang lampau, wajah mereka mirip orang-orang melayu tempatan. Generasi mereka dahulu telah membawa batu yang diukir naga (seperti jenis batu pengisar tebu) dari negeri China. Mereka ini nampak gayanya bukan terdiri dari gelombang terakhir yang berhijrah ke Semenanjong Melaka. Batu pengisar tebu turut juga ditemui di Beruas, bukan sahaja di Lembah Bujang.

Jika kita nilai semula angkatan Laksemana Cheng Ho untuk berjumpa dengan Sultan Rijaluddin yang bergelar Parameswara ini, di manakah lokasi sebenarnya, di Melaka Bandar Hilir atau di Kota Naga? Sedangkan kita baru tahu Sultan Rijaluddin adalah adik ipar Cheng Ho melalui perkahwinan Sultan Rijaluddin dengan adindanya yang dikenali sebagai Puteri Lindungan Bulan (disebabkan putih kulitnya) . Lagi pun Laksemana Cheng Ho beragama Islam pun kita baru saja mengetahuinya.

Kalau benar pertemuan berlaku di Melaka Bandar Hilir, di manakah Istana Sultan Melaka hari ini? Replika yang ada hari ini hanyalah berdasarkan kepada pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja, lalu dihasilkan rekabentuk istana tersebut. Kota yang ada di Bandar Hilir pula adalah Kota Portugis bukannya Kota Melaka. Kota melaka sebenarnya berada di Kota Lukut tetapi sudah pun dimusnahkan bangunannya. Pada ketika itu Lukut berada di bawah wilayah Melaka kerana Negeri Sembilan belum wujud lagi. Patutlah Istana Kota Naga boleh dimudikki melalui sungai ke Makam baginda Sultan Rijaluddin di Kota Seputeh.

Istana ini dimusnahkan oleh tentera thai sepanjang 5 tahun mereka mula menjajah Kedah (Terdahulu mereka telah membunuh Sultan Jaafar Muadzam Syah di Gurun Kedah dalam tahun 1876). Malah berhadapan pintu masuk jalan besar ke Kota Seputeh terdapat sebuah Wat Buddha. Mereka ini adalah keturunan dari tentera thai yang diarahkan berkampung di sini sewaktu Kedah dijajah mereka antara tahun 1876-1881. Ingatlah, sebelum daripada tarikh 1876, tidak ada Wat Buddha di negeri Kedah ini. Mereka kekal beranak cucu di sini dan menjadi rakyat Malaysia. Sewaktu mereka berada di sini dahulu, jangan lah berdetik apa-apa bentuk penghinaan kepada Sultan Abdul Hamid kerana mereka diarah oleh raja thai di Bangkok untuk menjaga baginda memerentah di Kedah, dan dengan itu di waktu inilah terhasil buku Al tarikh Salasilah Negeri Kedah yang karut itu. Bukan satu wat sahaja yang ada di kedah malah jumlah nya melebihi 10, di pelbagai lokasi demi menjaga kepentingan dan kekuasaan baginda.

Istana Kota Naga juga boleh dimudikki hingga ke Alor setar (belakang Istana Anak Bukit) dan seterusnya ke Kuala Kedah, pelabuhan yang dimaksudkan dalam UUK. Pun begitu banyak data dan rekod perkapalan lebih banyak merujuk kepada Melaka di Bandar Hilir. Mungkin, rekod perkapalan di sini dimusnahkan oleh penjajah untuk membesarkan kewujudan Melaka Bandar Hilir. Walau apa sekali pun andaian kita hari ini, kita tetap di bawah satu kerajaan ketika itu dengan Bandar Hilir di Melaka dan ulunya terletak di Ulu Melaka, Pulau Langkawi Kedah.

PS: Kita sebagai orang Melayu hari ini (dulunya Siam) adalah satu bangsa yang telah lama hidup bertamaddun semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain dan hari ini kita beragama Islam. Bangsa Siam islam ini digelar Summu Ul Amir oleh Raja Parsi Iskandar Zulkarnain yang bermaksud, satu bangsa darjat yang tinggi lagi mulia. Ketika Undang-undang Kedah milik kita termaktub sebagai undang-undang pada tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi di Acheh, kita sudah pun bertamaddun. Ketika itu, Raja bangsa musuh puak kafir masih lagi belum bertamaddun, masih tinggal dalam gua dan di atas pokok. Hanya meraka yang baru nak faham erti ketamadunan sahaja sememangnya tidak akan faham undang-undang orang yang telah lama bertamaddun kerana mereka tiada petunjuk dari ALLAH SWT.

Leave a comment

Filed under Sejarah

PHE-RAQ (PERAK) BERMAKSUD, ABANG-YANG DIKASIHI

LE Magnificent E.T Supreme Roy de Siam (tidak berapa jelas). Nai Hisbu Muadzam Syah, wajahnya iras ayahandanya Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India- dipetik dari rekod Peranchis.

Raja Kota Beruas yang juga Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah sekitar tahun penghujung tahun 1500 dan awal 1600 dahulu ialah Nai Hisbu Mad Azam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah. Baginda Nai Hisbu bergelar Intharaja II di Ayuthia. Intaraja bermaksud, kamu-sebar nasihat (dakwah islamiyah).

Sebagai abang yang sulong, baginda Nai Hisbu (atau Syed Hisbullah) disayangi oleh 3 orang adinda lelaki nya iaitu Tengku Hassan (atau SANtubong), Tengku Shaari (Shaari panjang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah) dan Penggiran Mustapa Kecil Bongsu (Raja Brunei). Keempat-empat beradik mereka dikenali sebagai Sin-ga-po-ra bermaksud empat-taring-lelaki-duduk situ. Mereka menggelar abang sulong mereka sebagai Phe-raq, bermaksud abang-yang dikasihi. Be-ruas pula adalah juga dari bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai) iaitu Bo-rois yang bermaksud, puak-kaya yakni merujuk kepada Raja Kota Beruas ketika itu.

Dari penyelidikkan kami, gelaran Mad Azam Syah ini adalah gelaran yang pernah digunakan oleh Raja Monggol India tetapi sudah di padamkan catatan ini dalam sejarah kita. Tidak menghairankan kerana Nai Hisbu adalah juga anakanda kepada Zahiruddin Bahadur Syah. Hari ini, gelaran ini masih diguna pakai dengan sedikit perbezaan ejaan (Muazzam Syah) oleh Tuanku Sultan Kedah.

Baginda Nai Hisbu Muadzam Syah telah dikahwinkan dengan sepupunya iaitu Nang Khun Wara Wangsa. Pada ketika itu Khun Warawangsa ibni Sultan Rijaluddin yang merupakan abang kepada Tunku Nur Aisyah (bonda Nai Hisbu, juga disebut Aisyah Begum dalam sejarah India) menjadi Syahbandar di Kota Setar.

Ini sekali gus membuktikan Kota Setar (hari ini Bandaraya Alor Setar) wujud jauh lebih awal dari tahun yang diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah, kononnya dikatakan bermula dari zaman Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin menjadi Sultan Kedah. Sebenarnya baginda bukan sebagai Sultan Kedah tetapi sebagai Perdana Menteri Kedah sahaja, bergelar Paduka Seri Bongsu .

Khun Warawangsa ini dikenali dalam sejarah Kedah sebagai ‘Langkasuka’. Sebagai bapa saudara, Pak Lang adalah panggilan anak saudaranya Nang Che Yam yang kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani. Dengan itu Lang-ka-su-ka dalam bahasa Siam Kedah bermaksud, Pak Lang-bawa-barang-dagangan.

Jika kita kaitkan nama anakanda Nai Hisbu yang sulong yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Siapakah itu Sri Su Tammaraja ini? Tak lain tak bukan ialah Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda Sultan Mahmud Syah ketika muda pernah menjadi raja di Seri Lanka yakni Ceylon. Se-ri-lan-ka bermaksud, laksemana-duduk disitu-cucu-beta. Ini adalah ungkapan Zahiruddin Bahadur Syah yang menjadi raja Monggol India kepada cucunya Sultan Mahmud Syah Melaka. Dengan itu tidak hairanlah banyak hikayat Melayu dengan perisian agama Islam untuk tujuan dakwah islamiyah dengan teks jawi turut di jumpai disana.

Disinilah, menurut wasiat yang diterima TNL Kassim berlakunya kisah Puteri Gunong Ledang yang mana asalnya ialah Adams Peak, gunong yang terdapat di Pulau Seri Lanka. Kisah Puteri Gunung Ledang bukan melibatkan Sultan Mahmud Syah (mangkat di julang) raja wilayah yang terpaksa berpindah apabila Portugis dikatakan menawan Melaka. Ia bersangkutan dengan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah (bersemayam di Kota Lukut, Port Dickson). Tidak hairanlah jika kita membaca Sejarah Melayu diawalnya dikatakan ia dibawa dari India.

Makam Khun Warawangsa di tepi sungai bersebelahan TDC (Bangunan Mahkamah Lama) Alor Setar masih ada hingga kini . Ia terletak tak sampai 50m dengan Sungai berdekatan. Bagindalah yang menjadi Raja Langkasuka bertapak di Kota Setar. Nama baginda turut tercatat dalam sejarah Ayuthia. Tidak diketahui siapakah yang mengecat batu nisan Acheh dalam gambar diatas.

Nang Che Yam adalah puteri kepada Kaifa Tabim Sheikh Ali (sejarah Thailand & Myanmar menyebut kaifatabimshekhwati), anakanda sulong Sultan Rijaluddin yang juga seorang raja bertaraf ulamak memerintah di kerajaan Islam Toung Oo, Burma. Lihat pada nama Kaifa dan Sheikh pun kita sudah boleh tahu agama yang dianuti mereka. Asal keturunan Nang Che Yam yang ditabal menjadi Raja Patani tidak direkodkan oleh mana-mana catatan pun.

Nang Che Yam (nang bermaksud puteri) ini kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani dan dikahwinkan dengan Sultan Ismail dari Jammu Kashmir, anak saudara Zahiruddin dari India. Sultan Ismail ini dikatakan segak orangnya, macam hero filem Hindustan agaknya la kot. Dalam sejarah Patani, Sultan Ismail ini bergelar Pija Tu Nakpa, yang sebenarnya Phija Tu Nak Na. Tu-nak na bermaksud tunda-berat-datuk atau datuk yang datang itu membawa banyak barang dagangan yang berat. Hikayat Patani hanyalah dakwah Islamiyah zaman dahulu untuk membesarkan kuasa raja-raja yang sudah pun memelok agama Islam, tetapi tidak sepenuhnya oleh rakyat (dalam proses). Hikayat, bukanlah manuskrip.

Sultan Ismail tiba dengan beberapa kapal bersama pengikut-pengikutnya membawa kain-kain ela pelbagai jenis, permaidani, barang hiasan tembaga dll sewaktu pertama kali hendak bertemu dengan tunangnya, Puteri Che Yam. Setelah mendarat bersama pengikut-pengikutnya di pelabuhan, baginda pun pergi ke istana untuk bertemu dengan Nang Che Yam. Baginda Sultan Ismail pun bertanya kepada tunangnya Nang Che Yam, “Meng chi au pha phan phre?, bermaksud kamu nak kain macam mana?” Nang Che Yam pun menjawap, “Pha-taa-ni” bermaksud, kain-corak-ini. Begitulah lebih kurang kisahnya yang diriwayatkan, tak tahulah pulak ada penterjemah atau tidak semasa pertemuan itu berlaku. Dari perkahwinan kedua mempelai ini, terdirilah negeri Patani, berdikari dan terpisah ia dari Kerajaan Langkasuka yang berpusat di Kedah.

Secara ikhlas kami tidak mengetahui nama penuh Nang Khun Waran Wangsa yang dikahwinkan dengan Nai Hisbu MuAdzam Syah. Nang hanya bermaksud Puteri kepada Khun Wara Wangsa dan begitu jugalah dengan kisah Nang Che Yam diatas. Namun begitu nama sebenar Khun Wara Wangsa ada tercatit dalam UUK sebagai Raja Jalil Putera (ketika baginda muda dan setelah itu naik pangkat dari Syahbandar dan bergelar pula Maharaja Jalil Yaacob Syah).

Nama Raja Jalil Putera, ketika itu mungkin diusia yang muda memegang jawatan Syahbandar ada tercatit dalam UUK, ms 2. Pada ketika itu telah disebut bahawa Kedah adalah sebuah negeri islam dan sudah pun mempunyai adat dan gelaran untuk pembesar- pembesarnya. Akan tetapi harus kita ingat bahawa Kedah di zaman dahulu bukanlah negeri Kedah yang kecil seperti hari ini. Kedah dahulu adalah Langkasuka. Jika sekiranya kita (termasuk Siam di Semenanjong Melaka dan Acheh) sudah bertamaddun, mempunyai undang-undang Kedah, sistem sosial bermasyarakat, sistem beraja dan berkerajaan semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain, kenapakah kita masih dijajah dan dilenyapkan sejarahnya?

2 Comments

Filed under Sejarah

SIAPA SEBENARNYA UMNO

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Datok Onn bin Jaafar, seorang pegawai pentadbir penjajah Inggeris dengan semboyan Hidup Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan, gelombang perjuangan rakyat untuk kemerdekaan sedang menggelora. Gelombang perjuangan ini dipelopori oleh gerakan kiri berbagai aliran berbagai kaum Malaya.

Kemunculan UMNO pada saat gerakan kemerdekaan rakyat sedang bermekaran itu tak lebih hanyalah sebagai penyokong kerajaan penjajah British yang sedang dilanda kebangkitan rakyat. Kerana masalah prinsip inilah PKMM yang pada awalnya tergabung dalam UMNO telah menarik diri dan membentuk fron persatuan Putera – Amcja. Dan kerana jasa besar UMNO kepada penjajah, ia tidak diharamkan dalam Undang-Undang Darurat 1948.

Itulah sejarah awal UMNO yang kononnya dikatakan “pejuang kemerdekaan”.

Untuk lebih jelas lagi mengenali siapa UMNO, marilah kita teliti tulisan Abdullah C.D. di bawah ini:

 

UMNO WAKIL KELAS KAPITALIS BIROKRAT

Kemerdekaan itu telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO yang menjadi Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah menjadi Perdana Menteri Malaya, Tunku telah mewarisi jubah penjajah British, mengkhianati rakyat berbagai kaum. Di satu segi ia meneruskan perang warisan penjajah terhadap PKM. Di segi lain, Tunku telah membentuk kelas kapitalis birokrat melakukan perompakan ke atas ekonomi negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Tanah Simpanan Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan telah dirampas dan dibahagikan kepada perbadanan modal birokrat.

Oleh kerana itu, kemerdekaan tahun 1957 tidak sempurna, hasil kemerdekaan tidak dapat dinikmati oleh majoriti rakyat semua lapisan, semua kaum negara kita. Dr. Burhanuddin pernah menyifatkan kemerdekaan itu sebagai “kemerdekaan setengah masak“.

Di bawah keadaan tersebut perjuangan bersenjata TPNM tetap diteruskan. Di satu segi ia bertujuan untuk menuntut Kerajaan Malaysia mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan secara adil dan munasabah, di segi lain demi membela kepentingan rakyat berbagai lapisan semua kaum.

Walaupun perjuangan bersenjata pernah mengalami kemunduran serius pada akhir tahun-tahun 1950-an, akan tetapi ia diaktifkan semula mulai tahun 1962. Pasukan-pasukan TPNM yang bergerak di kawasan sempadan telah disusun semula dan diperkembangkan. Sejak tahun 1968, pasukan-pasukan penggempur telah dihantar bergerak ke tanah air. Api perjuangan bersenjata mulai merebak berkobar-kobar di kawasan luas di 5 buah negeri, iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan di Pulau Pinang.

Di dalam negeri, UMNO yang sebagai wakil kelas atasan Melayu atau wakil kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu melaksanakan dasar ekonomi kapitalis yang menyebabkan jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Tanah Simpanan Melayu dicipta oleh penjajah British pada tahun 1913 untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadapnya yang merompak tanah subur yang luas di Malaya telah dibolot oleh kaum kapitalis birokrat Melayu melalui perbadanan-perbadanan birokrat. Dengan itu lahirlah kelas kapitalis birokrat Melayu yang bersekongkol dengan kaum kapitalis besar Tionghua dan India mengaut kekayaan negara.

Pada tahun 1947, BTM telah didirikan untuk memimpin perjuangan kaum tani dan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka, gerakan itu berkembang dalam bentuk bebas meneroka seperti tercermin dalam gerakan tani di bawah pimpinan Saudara Hamid Tuah.

Orang Melayu yang asalnya sebagai petani telah berubah menjadi buruh di perusahaan-perusahaan modal birokrat atau di rancangan-rancangan tanah birokrat. Kaum kapitalis birokrat yang diwakili UMNO seperti Lembaga Kemajuan Tanah Melayu membolot 385,000 ekar, Syarikat Jengka 3 Segi menguasai ratusan ribu ekar di Pahang, Syarikat Permodalan dan Perusahaan Perak dan beberapa perusahaan lagi membolot 270,000 ekar tanah di Perak. Selain itu masih banyak lagi modal-modal birokrat yang menguasai tanah simpanan Melayu di seluruh negara. Ini telah mengubah keadaan ekonomi orang Melayu dari mengerjakan ekonomi tradisional kepada buruh di rancangan modal birokrat. Barisan tani sebenarnya telah berubah menjadi kesatuan buruh.

“Sehingga tahun 1970an, kaum kapitalis monopoli British merupakan tuan tanah yang terbesar dengan memiliki tanah yang paling luas dan subur di negara kita. Selain itu, muncul juga tuan-tuan tanah tempatan. Pada tahun 1920-an rumah-rumah agensi British yang terlibat dalam perusahaan getah telah menguasai 1 ½ juta ekar tanah, tidak termasuk tanah-tanah yang mereka telah rampas tetapi belum lagi dibuka. Penguasaan mereka ke atas tanah membolehkan mereka menempati kedudukan yang terpenting dalam ekonomi negara kita. Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, pada tahun 1953 mereka telah memiliki 70 peratus dari semua estet di Malaya. Kedudukan British ke atas tanah tetap unggul sekalipun selepas kemerdekaan. Pada tahun 1961 kapital monopoli asing dari Eropah khasnya British menguasai 65 peratus estet getah, dan 9 tahun kemudian (tahun 1970) meningkat semula kepada 76 peratus. Mengikut sumber Zon dan Leight Hunt, pada tahun 1960 syarikat-syarikat monopoli asing memiliki 1,685,850 ekar. Dari jumlah ini, 1,351,200 ekar dikuasai oleh British.”

“Sekarang di bawah Dasar Ekonomi Baru yang mengembangkan modal birokrat dan modal komprador dalam berbagai bidang termasuk sektor perladangan, kita dapati lembaga-lembaga birokrat (yakni badan-badan berkanun) dan lain-lain modal tempatan dengan pesat menjadi tuan punya ladang yang terbesar di negara kita. Satu langkah penting ke arah ini ialah pengambil alihan Kumpulan Sime Darby (milik modal monopoli British) yang menguasai ladang-ladang oleh perbadanan modal birokrat serta pemindahan pendaftaran kumpulan itu ke Kuala Lumpur dari London pada tahun 1968. Pada tahun 1981 modal birokrat dan modal komprador tersebut mengambil alih pula ladang-ladang Guthrie dan Dunlop Estates – keluasan kedua-duanya berjumlah 250,000 ekar lebih. Ini disusuli dengan pengambil alihan Syarikat Harrison Estate (Malaysia) Berhad yang memiliki ladang seluas 180,000 ekar pada tahun 1982.”

 

nota: catatan di atas dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga: Perjuangan Di Sempadan Dan Penamatan Terhormat

11 Comments

Filed under Politik