SIAPA SEBENARNYA UMNO

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Datok Onn bin Jaafar, seorang pegawai pentadbir penjajah Inggeris dengan semboyan Hidup Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan, gelombang perjuangan rakyat untuk kemerdekaan sedang menggelora. Gelombang perjuangan ini dipelopori oleh gerakan kiri berbagai aliran berbagai kaum Malaya.

Kemunculan UMNO pada saat gerakan kemerdekaan rakyat sedang bermekaran itu tak lebih hanyalah sebagai penyokong kerajaan penjajah British yang sedang dilanda kebangkitan rakyat. Kerana masalah prinsip inilah PKMM yang pada awalnya tergabung dalam UMNO telah menarik diri dan membentuk fron persatuan Putera – Amcja. Dan kerana jasa besar UMNO kepada penjajah, ia tidak diharamkan dalam Undang-Undang Darurat 1948.

Itulah sejarah awal UMNO yang kononnya dikatakan “pejuang kemerdekaan”.

Untuk lebih jelas lagi mengenali siapa UMNO, marilah kita teliti tulisan Abdullah C.D. di bawah ini:

 

UMNO WAKIL KELAS KAPITALIS BIROKRAT

Kemerdekaan itu telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO yang menjadi Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah menjadi Perdana Menteri Malaya, Tunku telah mewarisi jubah penjajah British, mengkhianati rakyat berbagai kaum. Di satu segi ia meneruskan perang warisan penjajah terhadap PKM. Di segi lain, Tunku telah membentuk kelas kapitalis birokrat melakukan perompakan ke atas ekonomi negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Tanah Simpanan Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan telah dirampas dan dibahagikan kepada perbadanan modal birokrat.

Oleh kerana itu, kemerdekaan tahun 1957 tidak sempurna, hasil kemerdekaan tidak dapat dinikmati oleh majoriti rakyat semua lapisan, semua kaum negara kita. Dr. Burhanuddin pernah menyifatkan kemerdekaan itu sebagai “kemerdekaan setengah masak“.

Di bawah keadaan tersebut perjuangan bersenjata TPNM tetap diteruskan. Di satu segi ia bertujuan untuk menuntut Kerajaan Malaysia mengadakan perundingan bagi menamatkan peperangan secara adil dan munasabah, di segi lain demi membela kepentingan rakyat berbagai lapisan semua kaum.

Walaupun perjuangan bersenjata pernah mengalami kemunduran serius pada akhir tahun-tahun 1950-an, akan tetapi ia diaktifkan semula mulai tahun 1962. Pasukan-pasukan TPNM yang bergerak di kawasan sempadan telah disusun semula dan diperkembangkan. Sejak tahun 1968, pasukan-pasukan penggempur telah dihantar bergerak ke tanah air. Api perjuangan bersenjata mulai merebak berkobar-kobar di kawasan luas di 5 buah negeri, iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan di Pulau Pinang.

Di dalam negeri, UMNO yang sebagai wakil kelas atasan Melayu atau wakil kelas kapitalis birokrat dan komprador Melayu melaksanakan dasar ekonomi kapitalis yang menyebabkan jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Tanah Simpanan Melayu dicipta oleh penjajah British pada tahun 1913 untuk meredakan kemarahan orang Melayu terhadapnya yang merompak tanah subur yang luas di Malaya telah dibolot oleh kaum kapitalis birokrat Melayu melalui perbadanan-perbadanan birokrat. Dengan itu lahirlah kelas kapitalis birokrat Melayu yang bersekongkol dengan kaum kapitalis besar Tionghua dan India mengaut kekayaan negara.

Pada tahun 1947, BTM telah didirikan untuk memimpin perjuangan kaum tani dan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka, gerakan itu berkembang dalam bentuk bebas meneroka seperti tercermin dalam gerakan tani di bawah pimpinan Saudara Hamid Tuah.

Orang Melayu yang asalnya sebagai petani telah berubah menjadi buruh di perusahaan-perusahaan modal birokrat atau di rancangan-rancangan tanah birokrat. Kaum kapitalis birokrat yang diwakili UMNO seperti Lembaga Kemajuan Tanah Melayu membolot 385,000 ekar, Syarikat Jengka 3 Segi menguasai ratusan ribu ekar di Pahang, Syarikat Permodalan dan Perusahaan Perak dan beberapa perusahaan lagi membolot 270,000 ekar tanah di Perak. Selain itu masih banyak lagi modal-modal birokrat yang menguasai tanah simpanan Melayu di seluruh negara. Ini telah mengubah keadaan ekonomi orang Melayu dari mengerjakan ekonomi tradisional kepada buruh di rancangan modal birokrat. Barisan tani sebenarnya telah berubah menjadi kesatuan buruh.

“Sehingga tahun 1970an, kaum kapitalis monopoli British merupakan tuan tanah yang terbesar dengan memiliki tanah yang paling luas dan subur di negara kita. Selain itu, muncul juga tuan-tuan tanah tempatan. Pada tahun 1920-an rumah-rumah agensi British yang terlibat dalam perusahaan getah telah menguasai 1 ½ juta ekar tanah, tidak termasuk tanah-tanah yang mereka telah rampas tetapi belum lagi dibuka. Penguasaan mereka ke atas tanah membolehkan mereka menempati kedudukan yang terpenting dalam ekonomi negara kita. Mengikut perangkaan yang tidak lengkap, pada tahun 1953 mereka telah memiliki 70 peratus dari semua estet di Malaya. Kedudukan British ke atas tanah tetap unggul sekalipun selepas kemerdekaan. Pada tahun 1961 kapital monopoli asing dari Eropah khasnya British menguasai 65 peratus estet getah, dan 9 tahun kemudian (tahun 1970) meningkat semula kepada 76 peratus. Mengikut sumber Zon dan Leight Hunt, pada tahun 1960 syarikat-syarikat monopoli asing memiliki 1,685,850 ekar. Dari jumlah ini, 1,351,200 ekar dikuasai oleh British.”

“Sekarang di bawah Dasar Ekonomi Baru yang mengembangkan modal birokrat dan modal komprador dalam berbagai bidang termasuk sektor perladangan, kita dapati lembaga-lembaga birokrat (yakni badan-badan berkanun) dan lain-lain modal tempatan dengan pesat menjadi tuan punya ladang yang terbesar di negara kita. Satu langkah penting ke arah ini ialah pengambil alihan Kumpulan Sime Darby (milik modal monopoli British) yang menguasai ladang-ladang oleh perbadanan modal birokrat serta pemindahan pendaftaran kumpulan itu ke Kuala Lumpur dari London pada tahun 1968. Pada tahun 1981 modal birokrat dan modal komprador tersebut mengambil alih pula ladang-ladang Guthrie dan Dunlop Estates – keluasan kedua-duanya berjumlah 250,000 ekar lebih. Ini disusuli dengan pengambil alihan Syarikat Harrison Estate (Malaysia) Berhad yang memiliki ladang seluas 180,000 ekar pada tahun 1982.”

 

nota: catatan di atas dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga: Perjuangan Di Sempadan Dan Penamatan Terhormat

11 Comments

Filed under Politik

11 responses to “SIAPA SEBENARNYA UMNO

  1. PORTMAN

    Saudara,

    Jika diamati daripada beberapa rujukan, bukankah British telah membeli tanah-tanah tersebut daripada Sultan/Raja sesebuah negeri dengan perjanjian untuk mengusahakan ladang getah serta perlombongan bijih timah di mana keperluannya yang tinggi oleh negara barat semasa WW 1. Bukankah kerajaan negeri telah dibayar cukai oleh pihak British kepada Sultan/Raja?
    Di mana pula kena mengena dengan UMNO masa awal pengambilan tanah tersebut?
    Bukankah pada awal 50an, kaum Melayu masih lemah dari segi pengetahuan perniagaan dan hanya bertumpu kepada pertanian sendiri dan nelayan. Manakala Melayu yang berpengetahuan ketika itu hanya terdiri daripada anak-anak kaum bangsawan sahaja.

  2. Deen

    blogger ni bingai tahap gaban punyee.. semua fakta tatau semua twisted material. ape yg anwar genabg semua dia pecaya,

    pancaindera ada akai ada tuhan anugerahkan tanak pakai elok2.

    Pada si bingai nih Chin Peng pun dia bule cakap hero. Sudah2 lah kau membuat citer fitnah sana sini. Nak tanamkan kebencian dikalangan org melayu dan rakyat malaysia.

    Pemecah belah umat, tukang buat huru hara tidak diperlukan di malaysia.

    KALAU KAU TAK SUEK DUDUK MALAYDIA SILA BERAMBUS DUDUK DALAM LAUT. KAU DUDUK KAT ISRAEL PUN TAKPE

  3. ARENWARIAH

    Usah pertikai benda yang lepas, kalau nak dikira dulu memang payah. Sekarang ni alhamdulillah ramai kaum Melayu dah sedar untuk kemajuan setelah dipimpin dengan baik oleh pemimpin terdahulu. Kita perlu berterima kasih dan bukannya mencerca, takut nanti kita pula dicerca oleh anak cucu kita kelak.
    Kalau dulu sekitar 60an mana ada bangsa Melayu yang berniaga secara besar-besaran, yang berniaga pun kecil-kecilan di pasar, jualan runcit, kedai kopi, itu pun dikampung-kampung. Orang Islam yang berniaga secara besar-besaran terutama dibandar-bandar terdiri daripada golongan India Muslim dan keturunan Arab. Bagi kaum Melayu dahulu, nak berniaga pun malu. Kalau nak cari menantu pun kena cari yang bekerja kerajaan hatta kerja penghantar surat(pion) boleh diterima kerana ada pencen. Golongan korporat hanya terdiri daripa keturunan Raja dan bangsawan. Kalau bakal menantu tu peniaga alamat tipis harapan nak beristeri.
    Kalau dulu orang Melayu nak buat kereta, orang Cina yang bersikap ultra kiasu kata “Melayu mau bikin kereta? Jarum pun lu kena beli dari China!” Tapi sekarang Melayu dah pandai dari dulu tapi belum cukup pandai sebab ‘Melayu Mudah Lupa’. Janganlah nak menyalahkan kaum sendiri kalau kurang tahu fakta sejarah. Cuba bandingkan dengan kaum pendatang yang lain terutamanya bangsa Cina, tak ada kebaikan moral yang mereka bina, semuanya untuk memusnahkan kaum Melayu.
    1. Pengedaran dadah/candu sejak kedatangan besar-besaran mereka melombong bijih timah di Tanah Melayu hingga sekarang. Manakala anak-anak Melayu menjadi mangsa penagihan dadah.
    2. Perjudian samada secara halal spt Genting, TOTO, 4 D, dll atau secara haram yang mendorong masyarakat Melayu utk berjudi, berhutang….
    3. Pelacuran – industri yang dipelopori sejak zaman datuk, nenek moyang mereka antara lain untuk menyogok bangsa Melayu yang hilang maruah diri.
    4. Cetak rompak – VCD, CD, DVD, jam, seluar, handphone…..u name it! Orang lain bersusah payah keluar modal, idea, penat/lelah menghasilkan produk/filem tetapi mereka tanpa belas kasihan menyapu semua keuntungan.
    5. ‘Money laundry/Along’- menghalalkan duit-duit haram mereka melalui pinjaman, buka kedai-kedai karaoke, pub, pusat snooker walau tahu tak untung tetapi yang penting selepas perniagaan duit dah dibersihkan.
    6. Kongsi gelap – melakukan semua aktiviti-aktiviti negetif di atas bagi menyara, menyokong ketua pergerakan mereka bukan sahaja di negara ini tetapi juga di pentas antarabangsa. Tidak hairan kalau US menyatakan mereka dapat menghapuskan Mafia tetapi gagal menghapuskan Chinese Triads. Untuk lebih pengetahuan sila rujuk The Triads oleh Martin Booth.
    7. Barang RM2/Tak bermutu(TV/Motor/Handphone/…) – barang keluaran China sudah semestinya tidak bermutu, tetapi tetap disokong masyarakat Cina disini bagi membantu saudara mereka yang susah di negara asal mereka. Biar pun lambakan sampah barangan RM2/tak bermutu ini akan mencemarkan negara kita tetapi bantuan kepada kongsi mereka tetap diberi keutamaan.
    8. Rasuah – sejak bila Melayu pandai rasuah? Bukan bangsa Cina yang ajar?
    9. Komunis – Ramai anak melayu menderita dalam menentang gerakan komunis! Ramai anak menjadi yatim! Melayu terus menderita! Tetapi siapa yang bantu gerakan komunis di Malaya yang di bawa dari negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tong? Sila baca The War of Running Dogs untuk keterangan lanjut.
    10. Penipuan – tanda halal di mana-mana untuk menguntungkan mereka walau makanan tu tak halal.
    Justeru tak perlu lah nak menyalahkan kepimpinan dulu kalau sendiri belum sedar keadaan semasa.

  4. tha long

    siapa yg melahirkan bangsa melayu dan siapa yg berjaya menawan politik…..

  5. kepada yang memarah kat blogger ni…. Hang pa hanya tahu hidup dan meraikan hidup kelian ajer. Segala apa yang tergadai hang pa bukan sedar pun. Jangan nak salahkan bangsa lain sebab MELAYU jadi macam ini. arenwariah tau tak sapa yang punya tanah kat genting highland tu? Sejarah bukan hanya teks…. teks boleh diubah suai…..

  6. mindaahad

    terima kaseh sutan qari

  7. ARENWARIAH

    Sutan Qari,

    Saya tak tau sapa punya tanah kat Genting Highlands. Dan saya pun tak tau apa pentingnya Genting Highlands kepada bangsa Melayu hingga Sutan Qari bangkitkan dalam konteks ini. Tolong jelaskan?
    Apa yang saya komen tulus dari hati saya sebagai jati diri terhadap bangsa Melayu. Minda Ahad menyiarkan tulisan Abdullah CD, Sutan Qari kenal sapa Abdullah CD???

  8. Sutan Qari

    TUAN ARENWARIAH,

    Bukan Genting Highland itu memberikan kepentingan kepada bangsa Melayu. Tetapi pemiliknya adalah orang Melayu… Abdullah CD adalah PEJUANG… Seperti hari ini…. Pejuang Islam berpayung di bawah Al-Qaeda kerana waktu kini sudah ada wadah yang sesuai. Mereka bukan berfahaman komunis. Secara yakin, saya mengatakan tokoh-tokoh pejuang yang tuan gelar komunis itu lebih tinggi keilmuan Islamnya dari diri kita sendiri. Lawati http://matamin02.blogspot.com/ Anda akan tahu siapa mereka sebenarnya… pengkhianat atau pejuang. Komunis atau Muslim.

  9. Sutan Qari

    TUAN ARENWARIAH,

    Bapa saya sendiri adalah salah seorang pejuang waktu pendudukan Jepun. Logikanya beliau di sebelah Inggeris…. Tetapi dalam beberapa tahun… sehingga tahun 1970-an…. Pemerintah punya syak wasangka bahawa ayah saya seorang penyokong komunis. Bila dewasa kini, luka dan kepedihan yang dirasai allahyarham bapa saya sudah mula saya sendiri rasai…..

    SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN
    http://anakrajadagang2.blogspot.com/

  10. ARENWARIAH

    Tuan Sutan Qari,

    Simpati di atas insiden yang berlaku ke atas bapa keluarga tuan. Saya percaya Allah swt lebih mengetahui. Pakcik saya (Allahyarham 2009) juga berkhidmat dengan British Army di Singapore menentang Jepun tahun 1941 tetapi ‘tidak pun’ dilabel sebagai komunis. Malah terus segar & taat kepada negara.

    Mungkin sekarang bekas komunis mahu mereka digelar sebagai pejuang bangsa setelah pengorbanan mereka tidak dihargai dan merasakan kerugiannya serta kekesalan di atas landasan perjuangan mereka yang sia-sia sewaktu berdarah muda dahulu. Hatta ulama ketika zaman perjuangan mereka juga mengkafirkan tindakan mereka bersekongkol dengan PKM.

    Al Qaeda dipimpin Osama bin Laden memperjuangkan Islam,
    PKM dipimpin Chin Peng memperjuangkan Islam? Bukankah pada awalnya PKM dibantu oleh British Army tetapi oleh kerana Chin Peng ingin berkuasa maka beliau bersekongkol dengan Parti Komunis China(bukan Islam) untuk menawan Malaya?

  11. Tuan Arenwariah…

    Allahyarham bapa saya termasuk kami anak-anaknya tidak mahu secubit pun penghargaan atau pengiktirafan. Bukan itu yang saya fokuskan. Nak tanya Tuan Arenwariah…Kalau penjajah keluar siapa agak-agaknya dilantik Perdana Menteri ketika itu???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s