PHE-RAQ (PERAK) BERMAKSUD, ABANG-YANG DIKASIHI

LE Magnificent E.T Supreme Roy de Siam (tidak berapa jelas). Nai Hisbu Muadzam Syah, wajahnya iras ayahandanya Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India- dipetik dari rekod Peranchis.

Raja Kota Beruas yang juga Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah sekitar tahun penghujung tahun 1500 dan awal 1600 dahulu ialah Nai Hisbu Mad Azam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah. Baginda Nai Hisbu bergelar Intharaja II di Ayuthia. Intaraja bermaksud, kamu-sebar nasihat (dakwah islamiyah).

Sebagai abang yang sulong, baginda Nai Hisbu (atau Syed Hisbullah) disayangi oleh 3 orang adinda lelaki nya iaitu Tengku Hassan (atau SANtubong), Tengku Shaari (Shaari panjang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah) dan Penggiran Mustapa Kecil Bongsu (Raja Brunei). Keempat-empat beradik mereka dikenali sebagai Sin-ga-po-ra bermaksud empat-taring-lelaki-duduk situ. Mereka menggelar abang sulong mereka sebagai Phe-raq, bermaksud abang-yang dikasihi. Be-ruas pula adalah juga dari bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai) iaitu Bo-rois yang bermaksud, puak-kaya yakni merujuk kepada Raja Kota Beruas ketika itu.

Dari penyelidikkan kami, gelaran Mad Azam Syah ini adalah gelaran yang pernah digunakan oleh Raja Monggol India tetapi sudah di padamkan catatan ini dalam sejarah kita. Tidak menghairankan kerana Nai Hisbu adalah juga anakanda kepada Zahiruddin Bahadur Syah. Hari ini, gelaran ini masih diguna pakai dengan sedikit perbezaan ejaan (Muazzam Syah) oleh Tuanku Sultan Kedah.

Baginda Nai Hisbu Muadzam Syah telah dikahwinkan dengan sepupunya iaitu Nang Khun Wara Wangsa. Pada ketika itu Khun Warawangsa ibni Sultan Rijaluddin yang merupakan abang kepada Tunku Nur Aisyah (bonda Nai Hisbu, juga disebut Aisyah Begum dalam sejarah India) menjadi Syahbandar di Kota Setar.

Ini sekali gus membuktikan Kota Setar (hari ini Bandaraya Alor Setar) wujud jauh lebih awal dari tahun yang diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah, kononnya dikatakan bermula dari zaman Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin menjadi Sultan Kedah. Sebenarnya baginda bukan sebagai Sultan Kedah tetapi sebagai Perdana Menteri Kedah sahaja, bergelar Paduka Seri Bongsu .

Khun Warawangsa ini dikenali dalam sejarah Kedah sebagai ‘Langkasuka’. Sebagai bapa saudara, Pak Lang adalah panggilan anak saudaranya Nang Che Yam yang kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani. Dengan itu Lang-ka-su-ka dalam bahasa Siam Kedah bermaksud, Pak Lang-bawa-barang-dagangan.

Jika kita kaitkan nama anakanda Nai Hisbu yang sulong yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Siapakah itu Sri Su Tammaraja ini? Tak lain tak bukan ialah Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda Sultan Mahmud Syah ketika muda pernah menjadi raja di Seri Lanka yakni Ceylon. Se-ri-lan-ka bermaksud, laksemana-duduk disitu-cucu-beta. Ini adalah ungkapan Zahiruddin Bahadur Syah yang menjadi raja Monggol India kepada cucunya Sultan Mahmud Syah Melaka. Dengan itu tidak hairanlah banyak hikayat Melayu dengan perisian agama Islam untuk tujuan dakwah islamiyah dengan teks jawi turut di jumpai disana.

Disinilah, menurut wasiat yang diterima TNL Kassim berlakunya kisah Puteri Gunong Ledang yang mana asalnya ialah Adams Peak, gunong yang terdapat di Pulau Seri Lanka. Kisah Puteri Gunung Ledang bukan melibatkan Sultan Mahmud Syah (mangkat di julang) raja wilayah yang terpaksa berpindah apabila Portugis dikatakan menawan Melaka. Ia bersangkutan dengan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah (bersemayam di Kota Lukut, Port Dickson). Tidak hairanlah jika kita membaca Sejarah Melayu diawalnya dikatakan ia dibawa dari India.

Makam Khun Warawangsa di tepi sungai bersebelahan TDC (Bangunan Mahkamah Lama) Alor Setar masih ada hingga kini . Ia terletak tak sampai 50m dengan Sungai berdekatan. Bagindalah yang menjadi Raja Langkasuka bertapak di Kota Setar. Nama baginda turut tercatat dalam sejarah Ayuthia. Tidak diketahui siapakah yang mengecat batu nisan Acheh dalam gambar diatas.

Nang Che Yam adalah puteri kepada Kaifa Tabim Sheikh Ali (sejarah Thailand & Myanmar menyebut kaifatabimshekhwati), anakanda sulong Sultan Rijaluddin yang juga seorang raja bertaraf ulamak memerintah di kerajaan Islam Toung Oo, Burma. Lihat pada nama Kaifa dan Sheikh pun kita sudah boleh tahu agama yang dianuti mereka. Asal keturunan Nang Che Yam yang ditabal menjadi Raja Patani tidak direkodkan oleh mana-mana catatan pun.

Nang Che Yam (nang bermaksud puteri) ini kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani dan dikahwinkan dengan Sultan Ismail dari Jammu Kashmir, anak saudara Zahiruddin dari India. Sultan Ismail ini dikatakan segak orangnya, macam hero filem Hindustan agaknya la kot. Dalam sejarah Patani, Sultan Ismail ini bergelar Pija Tu Nakpa, yang sebenarnya Phija Tu Nak Na. Tu-nak na bermaksud tunda-berat-datuk atau datuk yang datang itu membawa banyak barang dagangan yang berat. Hikayat Patani hanyalah dakwah Islamiyah zaman dahulu untuk membesarkan kuasa raja-raja yang sudah pun memelok agama Islam, tetapi tidak sepenuhnya oleh rakyat (dalam proses). Hikayat, bukanlah manuskrip.

Sultan Ismail tiba dengan beberapa kapal bersama pengikut-pengikutnya membawa kain-kain ela pelbagai jenis, permaidani, barang hiasan tembaga dll sewaktu pertama kali hendak bertemu dengan tunangnya, Puteri Che Yam. Setelah mendarat bersama pengikut-pengikutnya di pelabuhan, baginda pun pergi ke istana untuk bertemu dengan Nang Che Yam. Baginda Sultan Ismail pun bertanya kepada tunangnya Nang Che Yam, “Meng chi au pha phan phre?, bermaksud kamu nak kain macam mana?” Nang Che Yam pun menjawap, “Pha-taa-ni” bermaksud, kain-corak-ini. Begitulah lebih kurang kisahnya yang diriwayatkan, tak tahulah pulak ada penterjemah atau tidak semasa pertemuan itu berlaku. Dari perkahwinan kedua mempelai ini, terdirilah negeri Patani, berdikari dan terpisah ia dari Kerajaan Langkasuka yang berpusat di Kedah.

Secara ikhlas kami tidak mengetahui nama penuh Nang Khun Waran Wangsa yang dikahwinkan dengan Nai Hisbu MuAdzam Syah. Nang hanya bermaksud Puteri kepada Khun Wara Wangsa dan begitu jugalah dengan kisah Nang Che Yam diatas. Namun begitu nama sebenar Khun Wara Wangsa ada tercatit dalam UUK sebagai Raja Jalil Putera (ketika baginda muda dan setelah itu naik pangkat dari Syahbandar dan bergelar pula Maharaja Jalil Yaacob Syah).

Nama Raja Jalil Putera, ketika itu mungkin diusia yang muda memegang jawatan Syahbandar ada tercatit dalam UUK, ms 2. Pada ketika itu telah disebut bahawa Kedah adalah sebuah negeri islam dan sudah pun mempunyai adat dan gelaran untuk pembesar- pembesarnya. Akan tetapi harus kita ingat bahawa Kedah di zaman dahulu bukanlah negeri Kedah yang kecil seperti hari ini. Kedah dahulu adalah Langkasuka. Jika sekiranya kita (termasuk Siam di Semenanjong Melaka dan Acheh) sudah bertamaddun, mempunyai undang-undang Kedah, sistem sosial bermasyarakat, sistem beraja dan berkerajaan semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain, kenapakah kita masih dijajah dan dilenyapkan sejarahnya?

2 Comments

Filed under Sejarah

2 responses to “PHE-RAQ (PERAK) BERMAKSUD, ABANG-YANG DIKASIHI

  1. Hamzah Ali

    Sultan Mahmud Syah mangkat dijulang bukan sultan yang meminang gunung ledang. Kerana ketika peristiwa baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama berlaku di Johor / Bentan. Sedangkan Sultan Mahmud Syah yakni Sultan Melaka hidup 100 tahun sebelum baginda. Diharap saudara dapat memperbetulkan ilmu sejarah saudara sebelum cuba mengubah sejarah. InsyaAllah

  2. mindaahad

    “Disinilah, menurut wasiat yang diterima TNL Kassim berlakunya kisah Puteri Gunong Ledang yang mana asalnya ialah Adams Peak, gunong yang terdapat di Pulau Seri Lanka. Kisah Puteri Gunung Ledang bukan melibatkan Sultan Mahmud Syah (mangkat di julang) raja wilayah yang terpaksa berpindah apabila Portugis dikatakan menawan Melaka. Ia bersangkutan dengan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah (bersemayam di Kota Lukut, Port Dickson). Tidak hairanlah jika kita membaca Sejarah Melayu diawalnya dikatakan ia dibawa dari India.”

    maaf saudara Hamzah Ali, saya rasa saudara salah faham atau masih belum membaca semua artikel dalam label SEJARAH di blog ini. harap anda dapat membaca kesemuanya. salam ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s