Sejarah sedang ditukar?

Terbaru, ada usaha-usaha mereka yang berkepentingan yang cuba menukar sejarah dengan mengatakan Raja Lumu (Sultan Selangor pertama) di tabal oleh Sultan Mahmud Syah.

Padahal, sebelum pada ini banyak artikel yang menyebut Sultan MudZaffar Syah III Perak telah menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama dan baginda bersemayam di Kuala Selangor. Pertabalan itu dikatakan telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat diraja serta dipersetujui oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah kerana Raja Lumu adalah anak saudara kepada permaisuri (isteri) Sultan Mud Zaffar Syah III iaitu Permaisuri Sri Andalas (ingat Andalusia di Sepanyol, dulunya beragama Islam) yang berketurunan Bugis.

Tak hairan lah kalau sekiranya di Kelang Selangor terdapat perumahan yang besar iaitu Taman Seri Andalas malah nama bandaraya Shah Alam adalah menurut gelaran kepada Raja Besar Benua Islam Siam sepertimana yang termaktub dalam Undang-Undang Kedah dan juga lagu Seri Andalas adalah merujuk kepada permaisuri baginda Sultan Mud Zaffar Syah III, menantu kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Ada pihak tertentu yang mungkin mengetahui sejarah realiti, namun enggan berterus terang. Adakah mereka takut kehilangan kuasa ? Entahlah, sukar untuk membuat andaian.

Situasi Kesultanan Selangor adalah sah, langsung tidak tergugat kerana perlantikkan dan pertabalannya adalah resmi dan diakui Raja Besar Benua Siam Islam ketika itu dan diwakil kepada anakandanya, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak. Namun begitu apa yang berlaku di zaman penjajahan Jepun dan kembalinya penjajah Inggeris adalah agak rumit dan terkemudian untuk dipertimbangkan.

Tindakan memetik nama-nama tertentu dari rekod arkib mereka untuk dijadikan nama tempat dan sebagainya seolah-olah ada udang di sebalik batu. Masakan mereka yang berkepentingan ini tidak tahu, sebagai contohnya untuk menamakan sebuah bandar baru sebagai bandar Shah Alam sedangkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat nama Syah Alam Yang Maha Mulia, hanya dikembalikan oleh Inggeris dalam tahun 2003 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Mungkin juga dalam sangkaan baik, mereka ini bukan pakar sejarah dan hanya sekadar meneliti nama-nama tertentu dalam mana-mana rekod yang ada sebagai rujukkan sahaja, wallahualam. Namun yang jelas, rekodnya mungkin masih ada.

Sekiranya Inggeris tidak memulangkan manuskrip ini, adakah kita sebagai rakyat Malaysia hari ini akan tahu sejarah realiti? Kami difahamkan bahawa salinan manuskrip ini ada disimpan oleh pihak istana tertentu semenjak zaman berzaman.

Yang menanggung cemuhan orang yang tidak berpengetahuan mengenai sejarah bukannya kita, akan tetapi TNL Kassim di mana wasiatnya pernah dipertikaikan di suatu masa dahulu. Malah ada pihak yang mempertikaikan kenapa TNL Kassim dijemput untuk menjadi panel “Forum Sejarah Realiti Kedah” pada 13 September 2006 dahulu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Masakan tidak, kehadiran beliau pasti akan mencemaskan banyak pihak.

Hari ini ternyata ramai diantara mereka menghormati beliau setelah meneliti tulisan sejarah realiti yang tidak seberapa diblog dan mengkaji sendiri perisian manuskrip Undang-Undang Kedah.

2 Comments

Filed under Sejarah

2 responses to “Sejarah sedang ditukar?

  1. Deen

    1. Sgt bagus info mengenai sejarah kedah lama yg mmg ramai tidak tahu. Saya berminat untuk mengetahui sejarah Puteri Lindungan Bulan dan saudaranya yg dimakamkan di Kota Seputih,

    2. jika bercerita mengenai kisah makam2 raja melayu memang menarik. Cuba saudara melawat makam sultan2 Perak yang terdapat di sepanjang Sungai Perak. Mungkin akan ada pihak berminat dengan coretan saudara kelak (apalagi jika disertakan dengan foto terkini).,

    3. Bagaimana dengan pandangan saudara mengenai Raja Noorjan Shah yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Melaka dan kaitannya dengan sejarah Kesultanan Raja Melayu yang bermula di Perak.

  2. Dahlea Al-saadi

    bukan takat musuh Allah 2 memusnahkan bukti salahsilah dn tamaddun empayar hebat ini tapi org melayu sendiri mengkianati nya dn amat malang phapusan bukti2 belanjutan bila cinta pada kebatilan,pangkat dn nama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s