Monthly Archives: December 2009

TINGGALAN KOTA ISTANA PULAU TIGA DIMUSNAHKAN PIHAK YANG JAHIL SEJARAH


Terkini, tinggalan kota istana Pulau Tiga berhampiran Bandar Laguna Merbok telah dimusnahkan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh tuan tanah (toll) untuk membersihkan kawasan.

Sila lihat artikel kami sebelum ini disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2008/01/peninggalan-sejarah-di-sg-merbok.html

Kontraktor tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menjalankan kerja-kerja melabihi had yang telah ditetapkan. Kemusnahan tapak tersebut turut dilawati oleh pegawai berwajib dari Muzium Arkeologi, Polis dan Pejabat Daerah. Lapuran kepada pihak berwajib telah dibuat oleh penduduk yang tinggal berdekatan. Kawasan tersebut kini disita dari segala kegiatan pembangunan. Kami turut bersedih diatas kemusnahan tersebut.

Ikuti gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan saudara/i pembaca sekalian,


Penceroboh menaikkan tanda amaran kepada penceroboh…aneh bukan? ? ? ! Kami difahamkan kebenaran membersihkan kawasan diberikan dengan syarat tinggalan kota tidak diusik. Inilah akibatnya tanpa penguatkuasaan yang rapi, warisan sejarah kita semakin hari semakin pupus.

Secara kebetulan, sewaktu kami ke tapak tersebut air Sungai Merbok sedang mulai surut. Kami dapat melihat ketulan-ketulan bata yang berada didalam air sungai dalam keadaan kotor dan berlumut. Ini memungkinkan lagi teori kami terdahulu bahawa penjajah Thai dengan kerjasama Inggeris telah memusnahkan Kota Istana Pulau Tiga dan membuang serpihan batu bata bangunan tersebut kedalam sungai sewaktu Kedah dijajah Thai diantara tahun 1876-1881.


Dari 7 Gok untuk membuat bata hanya 2 sahaja yang tidak sempat mereka memusnahkan.


Jelas pemandangan dari tapak kota ialah Pulau satu, Pulau Dua dan Pulau Tiga.


Sekeping batu yang ditemui didalam air apabila dibersihkan masih lagi kelihatan tanda-tanda hiasan berwarna kuning-kekuningan.

POSTED BY ANAIANAI

1 Comment

Filed under Sejarah

SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR


SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR
DINASTI AYUTIA KE-33,TAHUN 1767
KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA

Boromoraja” di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam” dan ekataat bermaksud, “beta taat kepada allah dan rasul”. Gelaran Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk UUK ms16,17) suami kepada Puteri Raja China Hang Li Poh.

“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam Islam dan ibunya pula adalah berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China Hang Li Poh berasal dari Dinasti Yuan yang berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294. Baginda digelar Dammaiyaza sewaktu menjadi Raja Siam Toung Oo di Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana Mandalay (rujuk artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat pada Batu Bersurat Trengganu). Terdahulu, Istana Mandalay ini telah dibina oleh nenek baginda yang bernama Aishah Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah permaisuri kepada Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang bergelar Maha Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.


Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.


Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun 1686 masihi (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai Tun Saaban memerentah di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban menurut waris adalah adinda Khalifatullah Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan Thailand hari ini jangan mimpi mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk besarkan)

“As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today, much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go to war to regain our land especially as there are Malays living there.” Tun Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det, perkara 9, jawapan kepada Saudara Hanan.

Selepas serangan keatas Mandalay, baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam ke Kota Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah “A history of South East Asia; 1995; DGE Hall”. Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku transliterasi Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan 43 dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda disebut sebagai Raja Bakar @ Raja Nambang.

Raja Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam Hikayat Patani.

Pada tahun 1767 pula, Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah diserang kali kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari Kota Ayuthia dan baginda berundur ke Istana Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur Nambang Siam di Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia Ke-31, Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.

“Dalam tahun Masehi 1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu.” di petik dari Sejarah Kerajaan Melayu Patani.

Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali dengan nama sebenarnya iaitu Raja Bakar @ Raja Nambang (bermaksud air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah juga pernah tinggal di Istana Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawi pada tahun 1668 Masihi. Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17.

“Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat.”
Sila rujuk di sini, tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai Buddha,
http://www.geocities.com/prawat_patani/pengenalan.htm

Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang Madsirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Wara Wangsa (1548) Sultan Yaakob Jalil Syah yang dikenali juga sebagai Raja Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung Kapal (pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman dalam keadaan terbiar. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah menetap di Kota Naga, Raja Jalil Putera menjawat jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya Alor Setar telah pun lama wujud dari yang telah diwartakan.

Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada tahun 1754 dari Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Kota yang pertama adalah Kota Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya Tammaraja), kota kedua adalah Kota Kuala Kedah dan yang ketiga adalah Kota Pagoh di Johor yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua Siam Kedah.

Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota Istana ini masih wujud lagi di Na Khun Sitammarat (asalnya tammaraja) berdekatan Segenting Kra, Thailand.

Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri Champa @ Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis pula anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan Megat Shuib Syah. Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat Manja Abu Kasim Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya. Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di dalam Negara Burma (Myanmar).

“Keturunan Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama penyandang gelaran Bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,…”. Rujuk Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri,ms140.

Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja Sultan Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat Iskandar)Iskandar pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.

Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah seperti diatas. Pada muka surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah, jika diteliti dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya, bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja daerah). Siapa pula yang menjadi raja ketika itu kalau sudah ada Perdana Menterinya? Tak lain tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang Setia Lela Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila Filipina Putera yang kelima.

Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun 1778 Masihi. Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.

Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan tentera Islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan tentera Islam siam yang terkorban telah digelar “cherat” dalam bahasa siam yang bermaksud “tanah perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand” dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari ini.

Pada tahun 1782 Masihi pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina Kota Meang Kuang @ Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah.

Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat Islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah inggeris bermula pada tahun 1788 dan Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat buangan banduan dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tinggal di Istana Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia.

Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 di atas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak menguasai Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra ke bawah masih berada di bawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862). Peta di atas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana setelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ. Sekiranya begitu, raja siam manakah yang berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau bukan raja siam Islam. Kenapa pengkhianat kepada Raja Maha Besar diakui dan dikatakan wira dalam Sejarah Kedah?, dinamakan sekolah atas namanya?, di mana pengiktirafan kita hari ini terhadap Khalifah Syarif Abu Bakar Syah?(click untuk besarkan)

Peta tahun 1851 ini membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah siam Islam di Champa yang enggan bernaung di bawah Raja thai Buddha. Mereka menangkap, menyiksa dan membunuh raja-raja Islam yang enggan tunduk kepada mereka dan berjaya berkuasa di sana sahaja, tidak di selatan Siam. Wilayah di Champa, Laos ini kemudiannya dirampas oleh Perancis. Manakala Inggeris pula sudah menguasai Semenanjung Melaka dan menukar nama semenanjung ini kepada Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai masyarakat di sini pun bermula. (click untuk besarkan).

Pada tahun 1819 pula, pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.

Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh 1222 tahun alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, ia telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan Laksamana dan (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.

Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Benua Siam Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di Kedah.

Pada tahun 1821, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa masuk tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II secara senyap dan menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh di Istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar “tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada dicatit sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di Pertuan seperti Bunga Emas dan membawa balik ke Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah kita mengatakan bahawa Bunga Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal ia di rampas di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821.

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau Pinang (bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada penjajah Inggeris Francis Light pada tahun 1786 Masihi. Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah.

Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun 1821 adalah seperti Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua, makam Permaisuri Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat Sumatera Pasai (makamnya digelar makam Tok Jame berada di Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).

Ketiga adalah makam Sultan Marin Langkat Sumatera Pasai yang makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar makam Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun Saaban yang bergelar Iskandar Mahkota Alam semasa menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelar Hang Tuah dan ketika menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar Narai).

Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan Iskandar Koya Fai yang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar) iaitu Sultan Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu Kasim yang berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa musuh bisik. Antaranya termasuk makam Raja Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.

Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja Mindanao Sultan Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin yang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang Kota Setar Kedah.

Selain itu ialah makam Laksamana Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh Tunku Long Taha yang berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan makam isterinya Tunku Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.

Terdapat juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani Radin Megat Tam Tunggal yang berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam Perlis Nai Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedah yang turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan makam Sultan Idris Jammu Patani dan Puteri Majapahit yang berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam Raja Siam Kota Setar Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah yang berada di Kampung Alor Siam, Mukim Tajar.

Pada tahun 1821 ini lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh  Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam Songkhla. Baginda telah mendapat bantuan tentera china Manchu memandangkan baginda adalah menantu kepada Maharaja itu. Kemudiannya angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor) untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.

Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin. Selepas itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti peta semenanjung di atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Di sana sebagai penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris (mereka membawa agenda freemason), Ahmad Tajuddin Halim Syah telah bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris, tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini, tersasar dari hakikat sejarah Islam sebenarnya.

Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Ku Din Ku Meh bagi menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis hari ini). Kedua adalah Tunku Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalah Syed Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri Perlis, Nai Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik menjadi Raja Kubang Pasu, Nai Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Sultan Kota Setar, Tunku Ibrahim Tunku Meh dilantik menjadi Raja di Kuala Muda, Nai Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. Kemudiannya Nai Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik sebagai Raja di Kinta dan Raja Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.

Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah selama 4 tahun sahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian selepas kemangkatan baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ketika itu menjadi Raja Siam Songkhla ditabal menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda menetap di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan memerentah sehingga tahun 1862 dan dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota Setar Kedah. Anak lelaki baginda Nai Long Jaafar kemudiannya kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah dan baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut Perak pada tahun yang sama menggantikan tempatnya.

Pada tahun 1875, penguasa penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri Perak telah dibunuh di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela. Fikirkan lah saudara pembaca budiman, arahan siapakah yang menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak sedemikian rupa? Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian Pangkor 1874 yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan Kedah. Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada masa itu berada di Istana Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah. Istana ini asalnya adalah istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Siamen. Selepas itu pada tahun 1876 Masihi, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam almarhum kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kedah.

Mayat baginda telah dibawa di dalam dulang besar (dalam keadaan berkecai dipijak gajah) oleh tentera China Manchu dari Gurun ke Kampung Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu yang beragama Islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China dan tentera Manchu Islam ini dihantar oleh Maharaja Cina Manchu untuk mengawal baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina di Kg Tualang Kedah untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan tentera China Manchu Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari ini mereka dikenali sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang tempatan, dengan paras rupa berwajah bujur sireh, berkulit putih kemerah-merahan. Kekecohan yang dilakukan oleh Inggeris di China untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu itu kemudiannya tidak memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan ke Benua Siam.

Ahli sejarah Inggeris Colonel James Low diminta menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu telah menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang Raja Perempuan Thai, Mak enche Manjalara di negeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid dan beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.

Tentera-tentera thai telah ditempatkan di seluruh negeri kedah untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini mereka bangun menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama Islam. Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh raja Thai dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil orang-orang siam. Malahan di Kedah dan Malaysia amnya, rakyat negara ini masih memanggil Thailand sebagai Siam. Situasi yang sama berlaku di Patani di mana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah pun di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.

Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881) adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan juga masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah di sekitar Lembah Bujang, Kedah. Kebijaksanaan orang-orang kedah dahulu pula antara lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Pulau Langkawi.

Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini. Terkini, saudara pembaca sakelian para penyelidik dari USM, Pulau Pinang menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang diterbalikkan dan dikambus di zaman dahulu oleh penjajah Inggeris dan thai sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari makam Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Madzaffar Syah I.

Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau Tiga Sungai Merbuk daerah Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah untuk kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang hanya tinggal nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.

Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan semula oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, siksaan, dihina dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam langsung dari sejarah bangsa Melayu hari ini, mereka hilang pengiktirafan oleh sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita mula merdeka lagi.

Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami kini ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang melantik mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun kemudiannya mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas mengenepikan undang-undang Islam. Orang kebanyakkan tidak menerima wasiat dan kefahaman sejarah mereka amatlah terhad (dengan maaf) jadi amat sukar untuk mereka meriwayatkan semula sejarah realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya. Raja-raja daerah zaman dahulu telah bertindak megenepikan Maharaja Benua Islam Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini, sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan penjajah dan mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah bangsa Melayu hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.

Saudara pembaca sekelian, sama-samalah kita insaf dan merafak sembah berdoa kehadrat Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di masukkan dalam golongan para syuhadah kerana mereka sanggup menempah maut dalam memperjuangkan kebenaran agama islam. Haruslah kita sedar bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan sejarah islam di negara Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan zaman kegemilangan empayar Islamnya, kewibawaannya, manakala sejarahnya telah dicaturkan semula oleh penjajah, pada hal di suatu masa dahulu kita semua adalah bangsa yang disanjung tinggi oleh kawan dan lawan. Renungkanlah.

anaianai

4 Comments

Filed under Sejarah

Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob


Oleh Tarmizi Mohd Jam

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan ’50 Tahun Kemerdekaan Negara’ tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan ‘Merdeka’ oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM.

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu…

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?
Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.

Harakah: Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu…

Cikgu Ishak Surin: Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng! Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.
Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

Harakah: Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

Cikgu Ishak Surin: Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika itu adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

Harakah: Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?

Cikgu Ishak Surin: Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.

Harakah: Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, ‘jenayah’ ini boleh dibetulkan?

Cikgu Ishak Surin: Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.

Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah,pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.
Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah merdeka kepada rakyat untuk mengenyahkan penjajah ketika itu.

Harakah: Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?

Cikgu Ishak Surin: Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

Ibrahim Yaakob

Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinobatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.

Harakah: Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?

Cikgu Ishak Surin: Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.

Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.
Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.

Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin,fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.

Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.- (TMJ)

PS :Bukan tujuan kami untuk berpolitik melalui petikan dari Harakah ini, akan tetapi kami merasakan banyak perkara yang bersangkutan dengan sejarah Semenanjong Melaka, kemudiannya ditukar kepada Semenanjong Tanah Melayu, yang terdiri dari pelbagai rumpun dan telah di’melayu’kan oleh penjajah Inggeris perlu dilihat dan dikaji semula, bukan setakat zaman kemerdekaan sahaja malah jauh lebih awal dari itu.

7 Comments

Filed under Sejarah

Surat Terbuka Memprotes Rancangan Membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah

Merujuk kepada perkara di atas, di sini dinyatakan bahawa terdapat penipuan sejarah Negeri Kedah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Malaysia dalam rancangan beliau untuk membina Taman Abadi Kesultanan Kedah sempena 50 tahun pemerentahan Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah.

Di sini saya sebagai waris mutlak kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah, Sultan dan Yang Di Pertuan Kedah tahun 1862 – 1876 yang mana baginda merupakan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah dan dibunuh oleh tentera Raja Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun (Chulalongkon) di Gurun Kedah pada tahun 1876 dengan ini membantah rancangan bagi membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Syah. Pemprotesan ini dibuat di atas dasar hak-hak saya dan berlakunya penipuan sejarah Negeri Kedah ini sendiri serta akan mengakibatkan penipuan sejarah ini kekal buat selamanya.

Susulan daripada itu, sila rujuk kepada surat kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (PMB (K)50 bertarikh 26 Mei 2008 serta surat saya yang bertarikh 28 Disember 2008 mengenai perkara; Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukan Putera Sultan Kedah dan juga Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik oleh Raja Penjajah Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun pada tahun 1881 masihi menjadi Sultan Kedah Darul Aman.

Sehubungan dengan itu juga, disini DYMM Sultan Abdul Halim Mad zam Shah Sultan Kedah Darul Aman Malaysia sebagai ketua agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Malaysia wajib mematuhi kehendak-kehendak hukum agama Islam khutbah wida’ Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Kedah yang kita ketahui hari ini adalah hasil percaturan penjajah Raja Buddha Thai dan Inggeris di zaman dahulu bagi menghalalkan tindakan mereka menjatuhkan kerajaan Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Dengan ini saya sebagai waris mutlak Sultan Jaafar Mad Azam Yang Di Pertuan Kedah dan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah tahun 1862-1876 menuntut kembali hak-hak saya berasaskan kepada tuntutan hukum agama Islam Qhutbah wida’ baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad

(Taman Abadi adalah merupakan dinding batu empat segi panjang berjumlah 50 keping bersaiz besar. Pada permukaannya dipahatukir dengan gambar-gambar sejarah (sejarah fantasi) negeri Kedah.

4 Comments

Filed under Sejarah

Sejarah dari sudut Timur

Oleh DR. A. MURAD MERICAN

Sejarah mempengaruhi kesedaran kolektif kita. Apakah tahap kesedaran sejarah di kalangan para elit intelektual dan politik, serta rakyat di negara ini? Setiap warganegara adalah pengguna sejarah, sama ada kita inginkannya atau tidak. Sejarah bukan hanya apa yang telah terjadi, tetapi apa yang sedang dan apa yang akan terjadi.

Tahun 2007 merupakan 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Setengah abad bukanlah singkat. Akan tetapi di mana kita sekarang? Siapa kita? Tahap kesedaran sejarah yang rendah akan hanya seterusnya meminggirkan kita dari arus kemajuan dan pemodenan. Tanpa satu perspektif sejarah, kita akan hanya lemah ketahanan diri, hilang arah dan identiti. Sejarah hendaklah digunakan dengan seadil-adilnya. Sejarah merupakan senjata dan kuasa. Akan tetapi, siapakah pemilik sejarah kita?

Sejarah tidak boleh diubah. Apa yang dapat dinilai dan dirombak ialah penceritaan dan pengkisahan persejarahan. Kita tahu Francis Light mendarat di Tanjung Penaga (di mana terletaknya Esplanade dan Fort Corwallis) pada Ogos 1786. Dan kita tidak menafikan bahawa seorang ketua masyarakat Melayu di Tanjung Penaga pada masa itu ialah Nakhoda Kechil atau Ismail, yang berasal dari Payakumbuh, alam Minangkabau, telah menyambut pedagang Inggeris itu.

Nama-nama mereka yang terawal dari Nakhoda Light dan bila mereka bermastautin di Pulau Pinang (perlu dilihat sebagai Kedah), seperti Nakhoda nan Intan, Datuk Jannaton dan Datuk Setia, serta Datuk Kramat memang telah tercatat dalam pelbagai sumber yang diketahui umum – jurnal, buku, majalah dan akhbar yang diterbitkan sejak kira-kira tahun 1800-an lagi.

Persoalan
Dan cerita-cerita tentang kewujudan Melayu di Pulau Pinang sebelum Nakhoda Francis Light mendarat memang telah tersiar dalam media massa di Malaysia sejak dua dekad kebelakangan ini. Maklumat-maklumat itu bukanlah sesuatu yang baru dan menggemparkan.

Apa yang menjadi persoalan ialah pengiktirafan kewujudan penempatan Melayu awal di Pulau Pinang dalam persejarahan negara sebelum Francis Light. Secara logik yang amat asas sekali, jika sejarah telah memberi identiti dan pengiktirafan kepada pedagang Inggeris itu, mengapa sejarah tidak boleh melakukan yang sama kepada orang Melayu-Islam di Pulau Pinang yang wujud sebelum Light?

Mereka pun mempunyai identiti, mempunyai waris, serta juga mempunyai sejarah, sama seperti Light. Jika Light disebut sebagai berasal daripada Suffolk, England; Datuk Jannaton, Nakhoda nan Intan, dan Datuk Setia pun mempunyai tempat asal mereka, iaitu, Payakumbuh, Sumatera. Sebenarnya, apa yang kita ketahui sebagai fakta sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara kini ditentukan dan ditakrif oleh mereka yang berkuasa.

Namun demikian, persejarahan Malaysia hanya menyebut pedagang Inggeris itu sebagai menemui dan mengasas Pulau Pinang. Ia tidak menyebut Nakhoda Kechil, dan 30 orang penduduk Melayu lain di kawasan tersebut yang juga wujud pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Kedua-dua Nakhoda Kechil, dan Nakhoda Light mempunyai roh dan jasad. Kedua-dua mempunyai nama dan identiti. Kedua-dua mempunyai pengikut. Tetapi, mengapa seorang dipinggirkan, dan dipadamkan dari sejarah; walhal seorang lagi diagung-agungkan, sekurang-kurangnya diiktiraf dalam sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara?

Adakah kerana Kapten Light seorang yang berasal dari Eropah, sedangkan Nakhoda Kechil berasal dari Dunia Melayu yang bernama Minangkabau yang dianggap terpinggir, lemah dan mundur itu? Sebenarnya, sejarah yang kita tahu ditulis dan disalurkan melalui institusi-institusi kolonial, termasuk sekolah, universiti, dan birokrasi. Dan institusi-institusi tersebut telah menanamkan ideologi kolonial ke atas hampir segala kehidupan kita – termasuk kesedaran tentang sejarah.

Apa yang kritikal di sini ialah penulisan, pengkajian dan sejarah sebagai satu institusi pada tahap akademik, dasar dan popular seperti yang wujud dan perlu wujud di Malaysia. Idea-idea tentang konsep pengasas (founder), penemuan (discovery) dan penciptaan (invention) ditentukan oleh penguasaan dan takrif dunia Oksiden (Eropah) ke atas wilayah bukan Oksiden.

Misalnya sejarah penciptaan mesin cetak dikaitkan dengan seorang tukang emas Jerman bernama Johannes Gutenberg pada kira-kira tahun 1456. Kaitan penciptaan mesin cetak dengan Eropah, dan bukannya dengan China adalah usaha menyusuri keistimewaan Eropah yang kononnya muncul bermula abad ke-15.

Buku saya, Media History (Penerbit Universiti Malaya, 2005) telah menceritakan bahawa sejarah lebih murah hati kepada Gutenberg sebagai orang yang mencipta mesin cetak. Penciptaan mesin cetak oleh Eropah yang dianggap sebagai fakta sejarah dalam persejarahan ketamadunan dan sains sealiran dengan pemikiran zaman penemuan Eropah yang tidak mempedulikan penjelajahan bangsa bukan Eropah. Dalam hal ini, usaha persejarahan dalam mengaitkan penjelajahan Eropah atau penciptaan mesin cetak dengan ketamadunan Eropah menjurus kepada satu mitos.

Bagaimanapun, sejarawan seperti Norman Davies dalam bukunya Europe: A History (1997) dan terdapat ramai sejarahwan dan sarjana seperti itu, memberi pandangan Eurosentrik yang menyambut penciptaan Gutenberg itu sebagai melancarkan satu revolusi dalam teknologi maklumat, dan dengan itu mengiktiraf keunggulan Eropah dalam semua bidang dan bentuk pemikiran manusia.

Dengan itu, berasaskan kepada logik Eurosentrisme dan ilmu kolonial, tercatatlah dalam persejarahan negara bahawa Stamford Raffles pengasas Singapura dan Francis Light pengasas Pulau Pinang, seolah-olah kedua-dua pulau di kepulauan Melayu itu tidak pernah diduduki dan dengan itu tidak ada sejarah. Sejarah negara hanya bermula dengan kedatangan orang-orang Eropah, yang dianggap unggul dalam sains dan tamadun.

Seperti yang lumrah diperhatikan, banyak bahan dalam bentuk halaman web, risalah pelancongan, penceritaan dalam bahan-bahan yang dipamerkan di institusi-institusi awam, serta dalam banyak buku tentang Pulau Pinang, disebut lebih kurang bahawa “The history of Penang began from 1786 after Captain Francis Light founded the island” (Sejarah Pulau Pinang bermua dari 1786 apabil Kapten Francis Light mengasaskan pulau itu).

Hal tersebut adalah ilmu yang dibentuk dan ini merangka kesedaran kolektif kita, serta menawan pengetahuan kita tentang sejarah. Pemikiran kita tertawan oleh sejarah.
Sejarah masyarakat kita, seperti sejarah masyarakat yang pernah dijajah adalah satu penceritaan yang ditindas. Malangnya, para sarjana dan cendekiawan Malaysia tidak berminat mencari dan membebaskan apa yang ditindas itu dalam satu usaha merombak persejarahan negara. Biasanya, kita tidak menyoal peraturan-peraturan formal disiplin, bidang dan paradigma ilmu dan bagaimana ia disusun, diwacanakan dan diteorikan.

Walaupun begitu, kita dapat mengenalpasti beberapa sarjana dan cendekiawan yang telah memulakan kajian dan mengasaskan pemikiran ke arah itu melalui pelbagai bentuk dan rupa, baik di Malaysia ataupun dilihat dalam konteks Asia Tenggara. Ini dapat dilihat dalam penulisan-penulisan oleh Syed Naquib al-Attas, abangnya, Syed Hussein Alatas, dan Syed Farid Alatas, anak Syed Hussein, yang bertempat di Singapura. Sarjana dan cendekiawan lain yang mempamerkan usaha ke arah itu ialah Osman Bakar, Chandra Muzaffar, Khoo Kay Kim, Shamsul Amri Baharuddin, Hairudin Harun, Mohd. Hazim Shah, Shahrir Mohd. Zain dan dari Singapura, Shaharuddin Maaruf. Pada masa yang sama juga, kita hendaklah meneliti penulisan-penulisan tokoh sarjana dan pejuang Filipina Jose Rizal, serta cendekiawan Indonesia seperti Armijn Pane dan Soedjatmoko.

Walaupun pendekatan dan orientasi mereka ini berbeza-beza, namun pemikiran mereka ini dicetus oleh hasrat mencabar dan merentasi pemikiran dan ilmu yang ditonjolkan melalui pelbagai bentuk – orientalisme, sekularisme, kolonialisme, Eurosentrisme, dan lain-lain.

Tidak seperti mereka tersebut, umumnya di Malaysia, tidak ada pergerakan di kalangan profesor dan sarjana di universiti-universiti tempatan yang melihat konsep-konsep seperti imperialisme, teori dan sejarah sebagai satu masalah. Kita dididik, dilatih dan diorientasi oleh sistem yang melihat konsep-konsep itu sebagai berkecuali dan bukan ideologikal; sedangkan ia merupakan kata-kata dan konsep-konsep yang penuh emosi. Keadaan tersebut telah memadamkan dan meminggirkan budaya dan ilmu dalam konteks kehidupan dan alam Melayu. Malah perspektif-perspektif alternatif dicemuh dan dihina dalam wacana-wacana akademik dan popular.

Di sini agak baiknya kita belajar daripada India. Negara itu telah melahirkan ramai sarjana, cendekiawan dan ahli falsafah yang telah menerokai ilmu berlandaskan kepada perspektif mereka dan kadangkala mengambil pendirian intelektual bertentangan yang agak ekstrem dalam mengkaji permasalahan dan pengalaman sejarah etnik, nasional dan khazanah peradaban sendiri.

Malah diwujudkan wacana yang dapat dirangkumkan dalam aliran yang disebut sebagai ‘subaltern studies’ – satu gugusan pengajian yang mewakili mereka yang dipinggirkan – sama ada dari segi etnik, agama, jantina, kelas ekonomi dan sebagainya. Kolektif ini, yang diasaskan oleh Ranajit Guha, merupakan satu kumpulan pengajian para sarjana di benua kecil itu yang berminat dalam kajian pasca kolonial dan pasca-imperial di Asia Selatan khususnya dan di dunia bukan Barat yang lain amnya. Kemunculannya dalam tahun 1980-an adalah satu usaha membentuk satu naratif baru bagi sejarah India dan Asia Selatan.

– PROF. MADYA DR. A. MURAD MERICAN ialah Pengerusi, Pusat Sejarah Intelektual dan Pemikiran Melayu (Centis) di Universiti Teknologi Mara dan Penasihat, Persatuan Warisan Melayu Pulau Pinang.

PS : Apabila ada yang memulakan kajian, mereka-mereka yang ditakuk pemikiran lama mengatakan ia kisah dongeng.

2 Comments

Filed under Sejarah

PERANG ANTI-BRITISH: KESANNYA KE ATAS KAUM PENJAJAH

Sebagaimana maklum, pada pertengahan Jun 1948, kaum penjajah British melaksanakan Undang-undang Darurat di seluruh negara, melakukan penangkapan secara besar-besaran, mengharamkan parti-parti politik dan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan berselindung di sebalik topeng membasmi komunis yang “mengancam” keselamatan negara. Sudah pasti negara yang dimaksudkan ialah kekuasaan penjajah British di Malaya.

Ditilik situasi ketika itu, kedudukan penjajah British benar-benar diancam oleh perjuangan kemerdekaan rakyat berbagai kaum dari berbagai aliran patriotik demokratik atau disebut juga sebagai golongan kiri. Boleh dikatakan semua kekuatan progresif Melayu dan bukan Melayu telah bergabung dalam barisan bersatu PUTERA – AMCJA. UMNO sebagai pertubuhan yang mewakili golongan pertengahan dan atasan Melayu yang menyokong pemerintahan British sudah tidak dapat menandingi gabungan kekuatan kiri berbagai kaum tersebut. Hartal raksasa 1947 yang dilancarkan PUTERA-AMCJA benar-benar dirasakan kesannya oleh kaum penjajah.

Di segi yang lain, situasi perjuangan kemerdekaan marak berkobar di merata tempat di Asia dan Afrika. Persidangan Serantau Asia yang diadakan di New Delhi dan Persidangan Parti-Parti Komunis Negara Komanwelth pada tahun 1947 benar-benar telah menambah semangat baru kepada gerakan kemerdekaan di Asia. Perkembangan situasi ini, sedikit sebanyak telah mempengaruhi gerakan kemerdekaan di Malaya. Dr. Burhanuddin, Abdullah C.D. dan lain-lain yang pulang ke tanah air dari persidangan Serantau Asia telah menjelajahi seluruh Malaya menyampaikan semangat persidangan tersebut kepada massa rakyat yang luas, terutamanya kepada organisasi-organisai yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Begitu juga dengan Rashid Maidin, Wu Tien Wang dan Balan yang pulang dari Persidangan Parti-parti Komunis Negara Komenwelth bergabung dengan dengan PKMM menyampaikan semangat keputusan persidangan itu ke seluruh pelusuk tanah air. Begitu hangatnya gelombang gerakan kemerdekaan rakyat berbagai lapisan semua bangsa sehinggakan seruan merdeka sentiasa bergema di kota dan desa.

Justeru itulah, apabila penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, kaum patriot demokrat berbagai aliran yang cintakan kemerdekaan tidak teragak-agak lagi memasuki hutan menentang penjajah British secara kekerasan. Dalam masa yang sama, PKM yang sudah mempunyai pengalaman tertentu dalam memimpin Perang Anti-Jepun telah menyeru rakyat semua kaum memanggul senjata melawan penjajah Inggeris untuk kemerdekaan Malaya. Dengan itu melatuslah untuk kemerdekaan yang di namakan PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH.

Dalam masa perang ini berlangsung, (1948 -1957) kaum penjajah British telah mengerahkan seluruh pasukan askar dari merata tanah jajahannya dalam jumlah yang amat besar untuk menekan Perang Pembebasan Nasional tersebut. Abdullah C.D. dalam Memoir beliau bahagian kedua PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 menyebut:

Untuk memadamkan perjuangan bersenjata, penjajah British telah mengerahkan kekuatan tentera yang besar ke Malaya. Dalam beberapa tahun setelah diisytiharkan Undang-Undang Darurat, terdapat hampir 100 batalion pasukan infantri, pasukan meriam dan pasukan kereta perisai dikerahkan. Jumlah kira-kira 400,000 orang itu termasuklah 77,000 polis dan 320 ribu tentera (termasuk tentera simpanan ataupun AP). Askar British lebih 50 batalion Askar Gurkha 8 batalion Askar Australia 3 batalion Askar New Zealand 3 batalion Askar Kenya 1 batalion Askar Rhodesia Utara (Zambia) 1 batalion Askar Nyassaland (Malawi) 1 batalion Askar Fiji 1 batalion Selain dari mengerahkan kekuatan tentera yang besar, penjajah British tak putus-putus menukar benggolan perang dan politiknya di Malaya. Pesuruhjaya Tinggi 3 kali – dari Edward Gent, Henry Gurney, Gerald Templer hingga ke Donald MacGalivery. Panglima tentera 6 kali – Dari Charles Bucher, Harold Briggs, Ralph Lockhart, Gerald Templer, W.P. Oliver, Jefry Boon hingga ke Rodger Bauer.

jentera perang penjajah British

Jelas sekali bahawa penjajah British bukan hanya tersepit di segi politik, tetapi juga mengalami pukulan teruk dari segi militer dan ekonomi. Dalam bukunya sempena memperingati 50 tahun Darurat di Malaya, Abdullah C.D. menulis:

Harry Miller menulis bahawa: “Perang Malaya berkembang menjadi perang kecil yang paling rumit dan paling mahal dalam sejarah komanwelth British.” Untuk menampung beban perang tersebut, penjajah British terpaksa meminta bantuan militer dan teknikal dari Amerika Syarikat dan Negara-negara komenwelth.

Kaum penjajah British benar-benar goyah hingga ke akar umbinya menghadapi perang pembebasan yang dahsyat tersebut. Dalam bukunya Darurat Dan Kemerdakaan Abdullah C.D. menyebut:

Setiausaha Tanah Jajahan British dalam sebuah petunjuknya kepada Templer berkata: “Malaya harus dijadikan sebuah Negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai….” “Pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”.

Victor Purcell, Pengarah Besar Penerangan dan Penasihat Untuk Hal Ehwal Orang-orang Cina bagi pentadbiran tentera British di Malaya berkata: “Masanya sudah terlambat dan sudah tidak ada waktu lagi untuk beransur-ansur seperti apa yang dilakukan di India dan Ceylon, mesti mempercepat langkah Malaya ke arah pemerintahan sendiri, kerana semakin lama Malaya tinggal dalam kedudukan tergantung maka semakin besarlah komunisme. Sebab itu polisi yang cuba hendak memelihara penguasaan langsung ke atas Malaya dengan cara menangguhkan pemerintahan sendiri atau melambat-lambatkannya secara tidak layak adalah polisi yang cetek pandangannya bahkan membunuh diri

Dia seterusnya menggembar-gemburkan bahawa harus memupuk tokoh-tokoh yang hanya menentang badan pentadbiran ketika itu tapi tidak mahu memutuskan hubungan dnegan penjajah British setelah pemerintahan sendiri didirikan, khasnya mereka yang “merah jambu” dengan mengangkat mereka naik takhta. Kerana katanya, tokoh-tokoh “merah jambu” adalah satu-satunya pilihan untuk menggantikan anasir-anasiar “merah”. Ketua Setiausaha Pentadbiran Tentera British Brig. Jen. Newbold menyokong pendapat tersebut dengan berkata:”Jika kepentingan kita di Timur Jauh hendak diselamatkan, jentera yang baru mesti diadakan. Jentera sebelum perang sudah tidak cekap dan sudah ketinggalan zaman. Di bawah syarat-syarat di mana kita telah kembali ke Timur Jauh, jentera yang baru adalah diperlukan”.

Dari sini dapatlah diketahui bahawa Perang Anti-British telah menyebabkan kaum penjajah British terpaksa memberikan pemerintahan sendiri dan seterusnya kemerdekaan tahun 1957.
Dicatat oleh Mat Amin

Leave a comment

Filed under Sejarah

Mencari kebijaksanaan baru daripada dokumen sejarah.

oleh: Baharom Mahusin

SALAH sebuah buku penting yang harus dibaca untuk kita memahami pemikiran Barat ialah kompilasi dokumen, ucapan dan perjanjian yang terkandung dalam buku The Great Documents of Western Civilization tulisan Milton Viorst.
Buku itu menyenaraikan teks-teks bersejarah yang membentuk sistem sosial dan pandangan hidup orang Barat bermula dari zaman empayar Rom pada tahun-tahun Sebelum Masihi sehingga kepada persetiaan Magna Carta di England pada 1215 dan dokumen-dokumen lain yang merupakan teks perjanjian yang membentuk orde dunia moden.
Di Malaysia, satu usaha telah dibuat untuk menyenaraikan perjanjian dan dokumen lama yang sudah menjadi sebahagian daripada sejarah tetapi implikasinya amat besar kepada kehidupan, sistem sosial dan politik negara. Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) itu dihasilkan dengan kerjasama Arkib Negara.


Seperti juga apabila kita terpesona membaca teks ucapan Their Finest Hour yang disampaikan oleh Perdana Menteri Britain, Winston Churcill pada tahun 1940 ketika Britain menjadi satu-satunya kerajaan Eropah yang belum tumbang dan berseorangan menentang kemaraan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua yang turut menjadi sebahagian daripada kandungan buku The Great Documents of Western Civilization, kita akan turut merasakan debaran apabila membaca buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965.
Dalam buku itu Pengerusi ITNM, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh menulis prakata dengan mengingatkan bahawa perjanjian dan dokumen lama itu merupakan bukti bagi pelbagai peristiwa penting yang berlaku antara pihak pemerintah dengan pihak penjajah yang selama ini terkunci dan tidak diketahui apa sebenarnya berlaku pada zaman tersebut. “Kita akan mendapat maklumat yang akan mengubah persepsi kita tentang apa yang termaktub dalam sejarah,” katanya.
Di Istana Mestika di Shah Alam, Selangor, buku itu telah pun ada di atas meja kerja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sudah pun dibaca oleh baginda. Sudah tentu ia kini juga telah ditelaah oleh sultan-sultan dan raja yang lain. Para pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan juga wajib membaca buku tersebut untuk membolehkan mereka mendapat pengajaran berharga supaya tidak terperangkap dalam perjanjian tertentu yang pada kemudian hari mungkin membelit dan mengorbankan diri sendiri.
Antara bahan dalam buku itu yang benar-benar membuka mata ialah perjanjian antara Raja Perlis dengan Great Britain yang dirancang oleh wakil Raja Inggeris, Sir Harold MacMichael pada 4 Disember 1945. Perjanjian ke arah membentuk Malayan Union itu secara jelas menunjukkan Raja Perlis ketika itu bersetuju ‘bagi pihak diri sendiri, waris dan pengganti baginda’ bahawa ‘Baginda King Great Britain hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa yang sepenuhnya ke atas negeri Perlis’.
Kira-kira 22 tahun sebelum itu, pada 1 November 1923, Sultan Kedah menandatangani perjanjian perhubungan persahabatan dengan Inggeris. Dalam dokumen itu dinyatakan bahawa negeri Kedah hendaklah kekal di bawah naungan King Great Britain yang akan menjalankan hak ketuanannya.
Dinyatakan juga bahawa ‘pengganti Sultan hendaklah terdiri daripada seorang keturunan langsung Sultan Abdul Hamid Halim Shah atau keturunannya yang dipilih oleh Majlis Negeri dan diterima oleh Baginda King Great Britain’. Ertinya, menerusi perjanjian itu, Baginda King Great Britain turut mempunyai hak untuk menentukan siapa yang akan menjadi Sultan Kedah ketika itu.


Butiran perjanjian itu menunjukkan raja- raja dan negeri Melayu berada dalam keadaan yang amat lemah ketika empayar Great Britain tengah di puncak kekuasaan dengan menguasai kira-kira satu perempat daripada daratan dunia, dengan tanah jajahan yang terbentang luas dari Jamaica di Caribbean sehingga ke Australia di Pasifik.
Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 setebal 236 halaman itu juga menerbitkan kembali teks perjanjian Sir Stamford Raffles dengan Datuk Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman yang memerintah Singapura pada 1819.
Dalam perjanjiannya dengan Raffles, Temenggung Abdul Rahman bersetuju bahawa beliau ‘ada perjanjian selama-lamanya dengan kompeni Inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas di dalam daerahnya pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris’.
Perjanjian ‘selama-lamanya’ itulah yang menjadi titik tolak kepada terlepasnya Singapura daripada penguasaan Johor dan kira-kira 146 tahun kemudian pulau itu menjadi sebuah republik berasingan yang didominasi oleh orang Cina.
Selain memaparkan sistem politik dan pengaruh penjajah Inggeris yang ingin membolot sumber ekonomi Tanah Melayu, teks-teks perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin Melayu dengan Inggeris juga menampakkan pertembungan antara agama.
Dalam Persetiaan Naning 1801 yang turut ditandatangani oleh Dol Said dengan pegawai Inggeris di Melaka, penghulu dan pembesar Naning bersetuju menjual bijih timah hanya kepada kompeni Inggeris.
Perjanjian itu juga mendedahkan secara terbuka konflik agama ketika itu.
Perkara Sepuluh Persetiaan Naning menyebut ‘mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian jawatankuasa yang akan dilantik kerajaan’.
Persetujuan itu kemudian diikuti Perkara Sebelas perjanjian tersebut yang juga memperkatakan isu yang sama. “Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.”


Yang menarik dalam perjanjian itu ialah penghulu dan pembesar Naning – termasuk Dol Said yang terkenal dalam sejarah kerana keberanian menentang Inggeris – berjanji dan bersumpah dalam Persetiaan Naning ‘menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam perkara-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu’.
Persetiaan itu dibuat dan diikrarkan di Kota Melaka pada 16 Julai 1801. Teks Persetiaan Naning itu menampilkan betapa keras sikap penjajah Inggeris dalam mempertahankan anutan agama Kristian kumpulan tertentu di Melaka. Dalam respons mereka, para pemimpin Melayu yang hidup 200 tahun lalu bersumpah menggunakan al-Quran bagi mematuhi apa yang penjajah Inggeris itu inginkan.
Teks tauliah yang dibuat oleh Sultan Brunei pada tahun 1877 yang melantik seorang pengembara Jerman, Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah dan Raja Sandakan juga perlu menginsafkan kita. Dalam tauliah itu, Sultan Brunei yang mendapat bayaran pajakan 15,000 dolar setahun nilai wang ketika itu telah memberikan Overbeck ‘kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak ke atas pengeluaran hasil bumi negeri ini’.
Tauliah lima perenggan itulah yang menjadikan Brunei sebuah negara kecil seperti yang kita ketahui sekarang.
Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 itu, sebagaimana juga The Great Documents of Western Civilization tulisan Milton Viorst, memberikan kita pemahaman tentang sejarah silam.
Kepada orang yang telah membaca buku itu, pemahaman yang diperoleh seharusnya merintis kepada suatu kesedaran yang amat mustahak dipegang selama-lamanya iaitu kita perlu menjadi bijaksana dalam mempertahankan hak kita dan negara ini.

PS : Dah terang lagi bersuluh..Haruskah kita berada di takuk lama dalam mengkaji dan meneliti semula sejarah agama, bangsa dan negara kita? Sekiranya mereka yang berwajib tidak bertindak, masih berada di takuk lama, adakah orang lain yang lebih akalnya untuk berfikir harus di persalahkan?

2 Comments

Filed under Sejarah