Surat Terbuka Memprotes Rancangan Membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah

Merujuk kepada perkara di atas, di sini dinyatakan bahawa terdapat penipuan sejarah Negeri Kedah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Malaysia dalam rancangan beliau untuk membina Taman Abadi Kesultanan Kedah sempena 50 tahun pemerentahan Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah.

Di sini saya sebagai waris mutlak kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah, Sultan dan Yang Di Pertuan Kedah tahun 1862 – 1876 yang mana baginda merupakan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah dan dibunuh oleh tentera Raja Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun (Chulalongkon) di Gurun Kedah pada tahun 1876 dengan ini membantah rancangan bagi membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Syah. Pemprotesan ini dibuat di atas dasar hak-hak saya dan berlakunya penipuan sejarah Negeri Kedah ini sendiri serta akan mengakibatkan penipuan sejarah ini kekal buat selamanya.

Susulan daripada itu, sila rujuk kepada surat kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (PMB (K)50 bertarikh 26 Mei 2008 serta surat saya yang bertarikh 28 Disember 2008 mengenai perkara; Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukan Putera Sultan Kedah dan juga Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik oleh Raja Penjajah Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun pada tahun 1881 masihi menjadi Sultan Kedah Darul Aman.

Sehubungan dengan itu juga, disini DYMM Sultan Abdul Halim Mad zam Shah Sultan Kedah Darul Aman Malaysia sebagai ketua agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Malaysia wajib mematuhi kehendak-kehendak hukum agama Islam khutbah wida’ Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Kedah yang kita ketahui hari ini adalah hasil percaturan penjajah Raja Buddha Thai dan Inggeris di zaman dahulu bagi menghalalkan tindakan mereka menjatuhkan kerajaan Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Dengan ini saya sebagai waris mutlak Sultan Jaafar Mad Azam Yang Di Pertuan Kedah dan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah tahun 1862-1876 menuntut kembali hak-hak saya berasaskan kepada tuntutan hukum agama Islam Qhutbah wida’ baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad

(Taman Abadi adalah merupakan dinding batu empat segi panjang berjumlah 50 keping bersaiz besar. Pada permukaannya dipahatukir dengan gambar-gambar sejarah (sejarah fantasi) negeri Kedah.

4 Comments

Filed under Sejarah

4 responses to “Surat Terbuka Memprotes Rancangan Membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah

  1. shahrul

    Sultan Jaafar Mad Azam Syah, dengan sultan zainal rashid muazzam shah ke 2 adakah orang yang sama?

  2. Dahlia al -saadi

    suk masa tu mmg kaki bisnes projek sama..semua tahu

  3. oom

    as salam.

    saya sangat teruja dengan pendedahan ini. di samping menyemai perasaan semangat dan bangga dengan institusi Kerajaan Melayu Islam dahulu yang jatuh kerana puak kafir. sedih dan sebak apabila dikenang raja-raja Melayu yang berdaulat dibunuh dan dikhianati demi menjaga kemakmuran rakyat jelata. bagaimana makam-makam mereka terbiar tanpa adanya rizab dan penjagaan, mungkin disebabkan pihak berwajib tidak tahu atau tidak mahu langsung tahu berkaitan sejarah yang sebenarnya. kita lebih mempercayai sejarah rekaan penjajah dari menyelidik sejarah tulen yang sebetul-betulnya. lebih percaya susur galur kesultanan Melaka berasal dar muntahanlembu bukit seguntang (pelik).

    tahniah kepada tuan empayar blog ini. suatu masa kalau boleh dikumpulkan kesemua pencari sejarah realiti ini dari seluruh Malaysia supaya dibuat satu majlis atau persidangan bagi mengubah sejarah tanahair tercinta.

    oom
    anak jati kedah
    mai dari tempat gajah jatuh, changloon

  4. emiez mohamad

    semoga perjuangan tuan dapat buka mata ramai mengetahui kebenran ini semua….walaupun saya ank jati selatan tanah air….tp dalam satu sudut dihujung sana ada satu kebangkitan yg baik dapat dilihat untuk agama suci islam ini sendiri sebenarnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s