Monthly Archives: January 2010

Nama tempat dalam bahasa siam.

Kalau nama-nama tempat di Kedah sudah tentu perlu dirujuk dari bahasa Siam. Nama Raja Kedah yang terawal pun daripada bahasa Siam. Bah kan masyarakat Melayu yang bertutur dalam bahasa Siam masih wujud di beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Ada pengkaji yang menggelarkan mereka ini sebagai etnik Sam Sam.

Mungkin ada yang tidak sedap hati dan memohon nama tempatnya ditukar, seperti Kg Mani (mai sini) minta ditukar kepada Kg Manis, Sungai Ma (sungai anjing) ditukar kepada sungai Mas. Pendekatan Linguistik dapat menjelaskan hal-hal tersebut. Berikut nama-nama yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu daripada mereka yang arif dan fasih dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai).

Merong Maha Wangsa– Naga pembesar bangsa Harimau
Jitra-Berhenti rehat

Pendang– senapang berbunyi (ada mengatakan Pendang adalah dari perkataan pendiat, namun ia masih kurang tepat)
Sik-empat
Nami – muka beruang
Changloon – gajah jatuh (gajah duduk)
Gurun – gerun, ngeri
Tajar – Pengkalan gergasi
Jerai /Che rai – nama apa?
Kokbah – pulau gila
Kokdiang – pulau merah
Chenang – nama puteri
Arau – kami
Perlis – bedak
Kangar -betis patah
Tobiar – heboh maklumkan
Ayuthiya, (Ayuthiya di Thailand dan Ayodhiya di India) – istana

Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah 1060 Hijrah didapati banyak kata pinjaman dari bahasa Siam seperti:

Kweng – pegawai
Raja Tui Yangkam Yukbad – Raja yang derhaka enggan serah kuasa
Ka – Bunuh
Menura – kesenian

Yang pertamanya kita harus ingat jatidiri kita. Jangan cepat melatah dengan nama-nama tempat yang pelik-pelik ni. Setiap nama tu pasti ada sejarah. Namun banyak sejarah bangsa dan tanah air kita dipadam oleh pihak penjajah. Umpamanya pada tahun 1821 tentera Thailand dinasti Chakri (bukan Siam dinasti Ayuthiya) membakar habis habisan naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa kerana hikayat itu mendakwa Kedah yang mengasas Benua Siam (Ayuthiya 1350M-1767M).

Antara faktor lainnya menurut orang tua-tua ialah wujudnya ancaman bunuh daripada pihak penjajah jika ada orang kita yang berbicara soal sejarah Melayu. Objektif kekangan yang diatur penjajah ternyata berkesan apabila hari ini ramai yang tidak kenal sejarah tempat sendiri. Berapa ramai tau wilayah Setul/Satun dulu hak Kedah?.

Kedah pernah digelar negeri Saiburi (Bangsa Pelayaran). Di Thailand orang masih memanggil Kedah sebagai Meang Sai (Saiburi). Menariknya sungai Saiburi terletak di Thailand, bahkan jauh, nun di sana utara lagi dari Cangwat/Wilayah Patani. Sejarawan pun pernah mengatakan Kedah dahulunya lebih luas dari yang ada sekarang hingga ke perbatasan Beruas. Kemungkinan besar juga raja-raja dan rakyat jelata Kedah dulu bertutur dalam bahasa Siam sebelum datangnya pengaruh bahasa Melayu.

Ikut cerita orang tua-tua Sultan Badlisyah pun berbahasa Siam ketika menziarahi adik-beradiknya di Mukim Tajar. Perlu diingat di sini, bahasa Siam di Kedah sangat berbeza dengan bahasa Thai sekarang. Mungkin di situ kita boleh beza dan bertemu kembali dengan bahasa tok nek kita….

Nama-nama tempat semacam bahasa Siam di sini dulu saya cuba terjemah daripada orang tua-tua. Mereka bagitau, saya salin ja. Betul kah tidak Wallahuaklam… sekadar tinjau-tinjau… Orang terdahulu berpesan “Nya Pein Kiat Jou Tai Keperok” (Jangan jadi Katak di bawah tempurung).

Naka – bendang lengkuas
Nako Nambua – bendang rumpun padi air mata air
Nawa – bendang keriang
Kuala Muda (Mua Dat) – himpun belerang
Kethon – jeram
Tekai & Tokai – saudagar
Sik – empat
Padang Sanai (Ser nai) – tentera dalam negeri
Tanjung Dawai (Than Wai) – pertahanan awal
Choras – mashyur bersemanyam
Palantik – bawa pindah tempat
Jit Niang – berhenti diam
Bedong – riuh rendah
Kokhap – minta lauk
Kurong Hitam – Kreang Hitam (lopak air tempa besi)
Burma (sekarang ditukar kepada Myanmar) – puak pendatang
Derga – yang hukum pancung
Pengkalan Kakap – saya menyanyi/berzanji
Baling (Banling) – kampung kera
Siung – empat ekor Dekan/Panda?
Maha Podiset – pembesar lelaki terbaik
Ban Nai – Kampung dalam/ kampung penghulu
Bedor – riuh di sana
Kampar – langkah hutan

Beruas – puak kaya
Lenggong – turun duit
Gangga – persisiran perniagaan
Kangsar – tepi harimau/tentera/laksamana

1 Comment

Filed under Sejarah

RAJA BERSIONG, BERAHMAN INDERA DAN BALAI NOBAT

Berahman Indera atau lebih dikenali dengan nama Balai Besar dibina dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu pula ditempatkan di Pekan Melayu.

Titah perentah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning. Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia dibina atas arahan Sultan Nai Nal Azilin II, Sultan Kedah pada masa itu. Maklumat ini tidak benar kerana Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II adalah Paduka Seri Perdana Menteri dan Penghulu Berahman Indera. Sesetengah buku sejarah pula telah menukar nama baginda kepada Zainal Abidin sedangkan Nai dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) bermaksud ‘Syed’.

Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dikenali sebagai Boromokot, Sri Tammaraja II, Cau Pija Kersan mengikut rekod pemerintahan Maharaja Benua Islam Ayuthia. Semasa itu, baginda bersemayam di Istana Kota Palas Pulau Langkawi. Jika hari ini Bandar Hilir terletak di Bandar Melaka, Ulu Melaka pula terletak di Pulau Langkawi. Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dan merupakan menantu Maharaja Cina. Perkahwinan ini membuahkan dua orang cahayamata iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah dan adindanya Nang Che Puan. Khalifah Syarif, kemudian nanti menggantikan ayahandanya, sementara adindanya, Nang Che Puan dikahwinkan dengan Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II, Perdana Menteri Kedah.

Nama-nama ini amat penting dalam Sejarah negara kita kerana ia merupakan satu peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu dari rumpun Siam. Tahukah anda bahawa pada hari ini Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau Langkawi di klasifikasikan sebagai makam Purba? Begitulah sebenarnya yang terjadi kepada sejarah negara kita pada hari ini. Usaha untuk memadamkan sejarah orang Siam Islam dari rumpun Melayu ini masih berjalan secara senyap di belakang tabir. Makam Nang Che Puan berada di di tepi sungai, pejabat TDC Alor Setar, sedangkan makam suaminya terletak di Makam di Raja Langgar. Ia terletak bersebelahan Balai Bomba, terbiar begitu sahaja. Selagi kita tidak jujur memperkatakan tentang sejarah negara sampai bila-bila masa pun kekusutan sejarah nusantara ini tidak akan terurai.

Semasa pembinaan Berahman Indera sedang berjalan, Raja Kubang Pasu ketika itu bernama Paduka Seri Sultan Sulaiman. Ayahanda Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah Paduka Seri Per Abu, Sultan Nara Wanara (Kelantan dan Trengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera. Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina manchu ini (anggaran 10 orang kesemuanya) lalu memasak dan memakan daging mereka. Tulang-tulang mereka di kumpulkan berhampiran Istana Bukit Tinggi. Setelah di jalankan siasatan diraja, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Setelah diadili, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah meyebut perkataan “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa (rujuk Undang Undang Kedah, m.s 24).

Tengku Sulaiman telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand) yang masih lagi berada dalam wilayah Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Mahkota Alam untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan dan baginda dibunuh oleh Mahkota Alam di Singgora.

Untuk maklumat semua, Mahkota Alam ialah Raja Acheh dikenali sebagai Hang Tuah di Melaka dan sebagai Narai di Ayuthia. Nama sebenar baginda ialah Tun Saaban. Di Masjid Kerisek di Patani masih lagi terdapat pintu gerbang yang dinamakan Pintu Gerbang Hang Tuah. Ini bermakna baginda ada singgah bersembahyang di masjid tersebut dalam perjalanan bersama tentera baginda untuk menangkap Tunku Sulaiman yang mana hari ini kita kenali sebagai Raja Bersiong. Dalam sejarah Kedah hari ini dikatakan bahawa kedatangan baginda adalah untuk menyerang Kedah, bukan begitu realitinya.

Konsep pemerintahan di Ayuthia ialah seperti jawatan Yang Di Pertuan Agong di Malaysia hari ini dimana ia di lantik dari Paduka Seri Sultan Acheh, Patani, Kedah, Melaka, Borneo, Toung Oo di Myanmar dll. Oleh kerana itu dari 33 Maharaja yang memerintah Ayuthia , hanya 3 sahaja makam terdapat di sana, yang lain tidak diketahui keberadaannya oleh pengkaji sejarah Thailand dan Antarabangsa (atau mereka enggan mendedahkannya?). Sekiranya saudara membaca artikel ini sampai kesini, tembelang Raja Thai (bukan Raja Siam) telah dipecahkan.

Sehingga hari ini keturunan Cina Manchu ini masih lagi ada dan hidup sebagai orang Melayu islam dan tinggal berdekatan Bukit Tinggi Kubang Pasu dan di Alor Cina, Mukim Tualang Kedah.

anaianai

Rujukkan

1)Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987.
2)Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
3)Dr Othman Mohd Yatim, “Batu Acheh, Early Islamic Gravestones In Peninsular Malaysia”, Department of Museums Malaysia, 1998.
4)Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, 2006.

2 Comments

Filed under Sejarah

Betulkah Masjid Krisek Tidak Siap?

“Selain daripada misteri dan keunikkan itu menurut Che Husin masjid itu pernah disinggahi oleh Hang Tuah iaini pahlawan terbilang Melaka”.

Memang benar pun tapi zaman bila, tahun berapa dan siapakah yang dikejar oleh Hang Tuah? Ikuti artikel sepenuhnya disini,

http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/tapak-sejarah-patani.html

Ikuti pula artikel kami sebelum ini disini,

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/raja-bersiong-berahman-indera-dan-balai.html

Ada pihak dari Acheh yang menghantar emel dan mengesahkan kepada kami bahawa Mahkota Alam itu sebenarnya Hang Tuah.


Makam Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman kini terletak di Perak. Baginda mangkat dalam tahun 1668 di Istana Alam Syah Kelang. Anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah berpindah dan menetap di Kota Palas Pulau Langkawi (lihat UUK ms 17).

1. Sultan Mahmud Syah Melaka bukanlah Paduka Seri Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yang diusir dari melaka itu (yang membunuh anaknya sendiri). Baginda, Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman adalah kekanda kepada Tun Saaban. Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri (Nang) Kemuning dari Patani. Tun Saaban adalah adinda kedua dan Pir Abu adalah adinda ketiga. Tunku Sulaiman Raja Bersiong adalah anakanda Pir Abu menjadikan Tunku Sulaiman ini anak saudara Sultan Mahmud Syah dan Tun Saaban.

Kedatangan Hang Tuah (Tun Saaban @ Mahkota Alam) dari Acheh untuk menangkap Tunku Sulaiman Raja Bersiong (yg lari ke Patani) ini diceritakan sebagai kononnya Acheh menyerang Kedah..haha..lawak betul. Tujuannya, menutup bukti sejarah realiti.

Perintah untuk menangkap Tunku Sulaiman dikeluarkan Sultan Muhiyudin Mansor Syah setelah beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah ketika itu. Perlu diingat Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ini adalah seorang ulamak yang bergelar, Maulana Syah Alam (rujuk UUK, ms 17).


Di Melaka baginda Sultan Mahmud Syah bukan bersemayam di Melaka Bandar hilir tetapi di Kota Lukut dan mengawasi pengeluaran bijih timah disana.

Baginda berpindah ke Kelang setelah Belanda menyerang Melaka Kota Lukut dalam tahun 1641 dan mangkat di sana dalam tahun 1668. Perlu diingat Negeri Sembilan belum ada lagi dan Kota Lukut ketika itu adalah sebahagian dari Melaka.

Ketika ini lah orang-orang Minang yang berkerja di lombong bijih itu memihak kepada Belanda lalu baginda murka dan menggelar orang minang sebagai Minang-kabau yang bermaksud (dengan maaf), minang-derhaka. Perkataan kabau adalah dari bahasa siam dan tidak ada sangkutan dengan perkataan kerbau. Gelaran ini hanya ada di sini sahaja sedangkan di tempat lain mereka masih tetap orang Minang. Saya hanya memberi penjelasan, bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. Harap maaf.

Di Shah Alam terdapat tempat bernama Kota Kemuning dan Bukit Kemuning. Lokasi ini boleh dimudikki dengan perahu dari hilir Sungai Kelang dan nama-nama ini merujuk kepada nama permaisuri baginda, Puteri Nang Kemuning.




Baginda Sultan Mahmud Syah bergelar Sri Su Tammaraja (lihat sejarah siam @ thailand) Baginda adalah anakanda Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Gangga Nagara) ibni Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India. Dengan sebab itu lah hingga ke hari ini Istana Alam Syah di Kelang dan bandar Syah Alam di negeri Selangor merujuk kepada gelaran itu.


Nai Hisbu Muadzam Syah, Raja Gangga Negara atau Pheraq bermaksud abang yang di kasihi. Dalam sejarah siam, baginda bergelar, Songtham Ayuthia. Berjanggut dan berjambang seperti ayahandanya, Zahiruddin Bahadur Syah @ Babur.

Diriwayatkan kepada TNL Kassim, semasa Sultan Mahmud Syah masih muda, datuknya Zahiruddin Bahadur Syah menghantar baginda menjadi Raja di Sri Langka. Di sana lah berlaku kisah Puteri Gunung Ledang pada Adams Peak, kemunchak yang tinggi di pulau tersebut. Kisah ini bukannya berlaku di sini!.(lagi la kontroversi, haha..carilah kebenarannya).

2. Laksemana Hang Tuah bukannya hidup di zaman kegemilangan Melayu Melaka,1400-1500 tetapi disekitar tahun 1600. Rekod Portugis gelombang kedua yang menyerang Melaka dan bukan beragama Islam tidak menyebut nama Hang Tuah di zaman mereka menyerang melaka bandar hilir. Sila juga rujuk zaman pemerintahan Narai sebagai, Raja Ayuthia. Hari ini, sedikit sebanyak kita sudah mula tahu siapa itu Laksemana Hang Tuah.


Hari ini pun, banyak duit syiling lama boleh ditemui di pelabuhan Kuala Kedah. Gambar ini dihantar kepada kami oleh seorang pembaca setia blog ini. Many thanks !


Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah di Pulau Langkawi yang dilabelkan sebagai,”..makam purba milik seorang wanita” ! ! Sultan Muhiyuddin Mansor Syah adalah ayahanda kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor dan bergelar Boromoraja Ekataat V di Ayuthia sebelum ia diserang puak Sukhothai Buddha pada tahun 1767. Baru lah betul susunan tahun kejadiannya !

3. Melaka yang kita megahkan hari ini bukanlah Melaka Bandar Hilir tetapi dengan nama lamanya Semenanjung Siam Melaka yang kita semua kenali sebagai Tanah Melayu hari ini.


“The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China.” Tom Pires, Suma Oriental.

Semenanjung Malacca ialah tanah milik raja siam ye? Kalau raja Siam itu beragama Islam logiklah juge..mmm barulah nak mula faham,”…and the whole of siam, Champa and thereabout is called china”? Patutlah Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam datang meronda di nusantara ini, siap singgah di Acheh menghantar loceng cakera dunia ke masjid di sana, rupa-rupanya kawasan Maharaja China Ming, Yong Le.

Di mana pelabuhannya kalau tidak di Kuala Kedah? Hulu nya terletak di Hulu Melaka Pulau Langkawi Kedah. Lagi kontroversi bukan? tapi pun di manakah istana sultan melaka bandar hilir, kalau ia benar-benar ada?..yang ada pun hanya replika dari cerita tahyul Hikayat Hang Tuah yang ditulis di zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menetap di sana (kononnya menjadi penaung penulisan sejarah), patutlah ia tiada nama pengarang. kahkahkah

Kaedah yang digunakan mudah sahaja. Rampas manuskrip UUK dan pulangkan 100 lebih tahun kemudian. Mulakan penulisan semula sejarah bangsa baru yang dikenali sebagai melayu ini. Berikan segala macam sumber kepada penulisan ini. Rampas segala bukti sejarah Raja Monggol di India yang bergelar Syah Alam (lihat duit syiling zaman raja monggol india). Putuskan hubungan/kaitan dengan raja-raja disini. Pada masa akan datang itu (hari ini) kisah pembohongan ini dah lama terpahat, pasti sukar untuk dicabar lagi.

Perlu kita ingat dikatakan banyak penulisan melayu terhasil di zaman ini dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris. Inggerislah yang memelayukan bahasa melayu menjadi bangsa melayu hari ini melalui Blumenbach’s racial classification system, menukar semenanjung Siam Melaka menjadi Semenanjung Tanah Melayu.

Jangan salahkan rakyat indonesia yang membakar bendera Malaysia dan membaling telor ke arah Kedutaan Malaysia baru-baru ini kerana mereka tidak mengklasifikasikan diri mereka sebagai Melayu kerana bagi mereka Melayu itu bahasa, bukannya bangsa ! Mereka mengklasifikasikan diri mereka menurut suku@rumpun, ie Jawa, Sunda, Bali, Acheh, Madura, dll, dan bangsanya ialah bangsa Indonesia. Di Malaysia suku@rumpun itu tenggelam semuanya menjadi melayu ! Apabila seseorang itu memeluk agama Islam, jadinya istilah, masuk melayu!!

Akhirnya, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah mengakui bahawa Raja Siam Ligor Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, adalah seorang yang beragama Islam dan baginda adalah abang ipar kepada Paduka Seri Sultan Nai Nal (Zainal) Adilin (Datuk Seri Bongsu) yang berjawatan Perdana Menteri Kedah (rujuk salasilah dibawah dan UUK ms 40 dan 47).

Muka surat 40 dan 47, manuskrip Undang-Undang Kedah. Hari ini pun yang menetap di istana Anak Bukit adalah DYMM Sultan Kedah. Sekiranya Paduka Seri bongsu hanya berjawatan Perdana Menteri Kedah, siapa pula yang menjadi Raja ketika itu?

Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ini lah yang bergelar Yam Tuan Kedah @ Yang Di Pertuan Kedah…sah dan sahih, terang lagi bersuluh. Hikayat Patani menyebut baginda sebagai Raja Bakar.. hahaha..tetapi mereka tidak tahu baginda timbul dari mana ! Peminat setia blog ini dah lama dah tahu ! Jelasnya, Yang Di Pertuan Kedah bukanlah Sultan Kedah tetapi 2 individu yang berbeza, satu di bawah kuasa yang di atas.


Pada masa itu dialah raja ! Manuskrip Undang-Undang Kedah muka surat 42 dan 43.

Terima kasih tidak terhingga kepada penyokong kami yang terdiri dari pembaca blog ini dan menjadi ahli persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah. Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi tuan-tuan kerana menegakkan kebenaran agama NYA. Teruskan kajian saudara dalam usaha mencari kebenaran, ibarat jihad kejalan Allah.

PS: (Ini untuk orang tertentu saja) Hang kata aku bukan pakar sejarah, bukan pakar tahun hijrah dan masihi, akan tetapi yang bukan pakar ni la juga yang pi bongkag sejarah bangsa Melayu, cari fakta dan bukti baru… saja aku nak bagi hang kerja sikit sb dok makan gaji buta lama dah, pangkat dapat dah, makan angin p tengok tempat sejarah lama dah.

Aku nak tanya skit, awat hang tak pi bongkag sejarah realiti ni lebih dulu pada aku kalau hang kata hang pakar????Yang keduanya aku tak kelapag aih apa pingat pun dari Kedah ni. Waris Yang Di Pertuan Kedah nak terima pingat dari waris Perdana Menteri Kedah? dah jadi terbalik kot?…jatuh la standard keluarga kami. Hang lain la.

Posted by anaianai

Leave a comment

Filed under Sejarah

Bangsa Siam, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi.




Jika peta di atas dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua Siam dengan rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, “Malays is Malaysian”. Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas “Siam tentulah Siamese”. Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal di dalam benuanya seperti Jawa,Acheh, Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks tulisannya.


Adat raja-raja di BENUA SIAM, di atas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya.Sila klik untuk besarkan.

Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I ke no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda ialah syiar islam) adalah di atas perintah Maharaja Cina Sai Tee Sung yang telah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi. Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari di sana. Adakah orang siam ini kuat Islammya dan turut menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka yang dikatakan warak? Sebagai contoh di dalam UUK, keturunan Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat “..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke masjid,kekang lehernya”,ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam UUK.


Illustrasi Sheikh Huang Tee yang dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak berjambang, nak bermisai pun payah.

Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650m, Sai Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan syiar islam ke nusantara. Cucu baginda Merong Mahawangsa iaitu Khalifah Sayyidina Ali ketika menjadi Raja di Acheh telah bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun 812 masihi/222hijrah.


Muka surat terakhir UUK. Sial klik untuk besarkan.


HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam Islam. Sila klik untuk besarkan.

Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dalam tahun 1767 melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.

Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah Syarif Abu bakar Syah di istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 namun gagal membunuh anakandanya Sultan MudZaffar Syah III kerana baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di berikan oleh Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke Melaka dengan bantuan Inggeris.

Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini orang-orang Siam di kedah masih menyebut kafir dengan sebutan tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam. Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan Islam.

“Satu hal yang agak anih ialah di antara penduduknya terdapat ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya.”
http://business.fortunecity.com/rocke/24/thai5.html

Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah dan empayar Islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan di sini bahawa Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.

Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLAND dan satu lagi dinamakan TANAH Melayu.


Peta semenanjung di zaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaan Yang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).

Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di India dan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka dinobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah untuk membaca dan menonton video YouTube di “The Malay Press”  dan “mistisfiles” di url berikut…(excellant reading materials !), http://mistisfiles.blogspot.com/

Ps : Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kita pakat dedahkan semua komplot mereka di masa lalu. Jangan jadi sejarawan pak turut sahaja ! Posted by anaianai

10 Comments

Filed under Sejarah

Mawkeb-ul Abaa: Perjalanan Duka Zainab al Kubra dari Karbala ke Damsyik



FILEM Mawkeb-ul Abaa atau dalam bahasa Inggerisnya The Caravan of Pride, adalah sebuah filem dengan naratif Islami, yang menyorot peristiwa pembunuhan Saidina Husin serta perjalanan duka keluarga Rasulullah saw ke Damsyik, Syria.

Filem ini sungguh luar biasa sinematografinya, berbekas dari segi lakonan dan paling penting ia berusaha mengangkat secara tepat apa yang berlaku ke atas keluarga Nabi Muhammad saw setelah 72 orang pengikut Saidina Husin diseligi, dibantai dan disembelih di Karbala.

Justeru, plot Mawkeb-ul Abaa menghimpunkan sorotan pandangan sejarah dari sejarawan terkemuka dunia sunni mahupun syiah bagi menghidupkan peristiwa malang yang menimpa umat Islam. Ini memberi keistimewaan pertama buat filem ini yang akan menjawab beberapa tohmahan kumpulan salafi seperti, siapakah pengkhianat sebenar di Kufah, mengapakah golongan syiah mengenangi dan meratapi kesyahidan Saidina Husin selain membongkar kejelekan dan kezaliman bani Umayyah. Filem ini juga menunjukkan awal permulaan revolusi menuntut tajdid ke atas agama dengan kekuatan watak dan perwatakan Zainab al Kubra, anak perempuan Saidina Ali dan Sayyidah Fatimah Zahra yang kurang dikenal orang hari ini.

Mawkeb-ul Abaa juga menonjolkan watak Imam Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah saw. Untuk menghidupkan watak, setiap dialog yang dituturkan oleh watak ini digubah berdasarkan riwayat hidup baginda. Maka tidak menghairankan, filem ini dipenuhi dengan ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad saw dan memahamkan kita bagaimana ayat al-Quran dan hadis baginda Rasulullah saw telah dimanipulasi oleh penguasa bani Umayyah untuk tujuan politik pada waktu itu. Kesannya, umat Islam hari ini menerima agama yang dititahkan dari istana serta sama sekali berlainan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Mawkeb-ul Abaa dibuka dengan tampang Saidina Husin (tanpa wajah) dan tangan baginda memegang pedangnya yang tersohor sedang bersiap untuk berangkat dari tanah suci Madinah menuju ke Kufah. Syot berpindah ke arah wajah Ummul Mukminin Ummu Salamah yang sedang berasa tidak sedap hati. Dan ia segera beralih kepada perlakuan Yazid bin Muawiyah, pembunuh dan penjahat umat ini. Kemudian, sepuluh minit pertama filem menunjukkan sisi paling gelap dan malapetaka di Karbala. Adegan menyayat hati Zainab al Kubra, adindanya Saidina Husin menangis sambil mendepangkan tangan ke langit dan berkata ”Ya Allah, terimalah ini pengorbanan kami” sungguh mengharukan dan berjaya memberi kesan yang dramatik.

Gambaran karektor Yazid bin Muawiyah amat tepat. Sebagai penjahat yang memusuhi agama ia telah dilakonkan dengan baik sekali sehingga berjaya membangkitkan rasa benci kepada musuh Allah dan Rasul ini. Tidak hairan sekali perwatakan Yazid dalam filem ini dipaparkan sebagai peminum arak dan suka bermain dengan kera dan anjing. Malahan ulama terkenal Nusantara, Hamka dalam prakata buku terjemahan karya alHamid al Husaini berjudul Al Husain bin Ali menulis:

Husain pun berangkat dengan kaum keluarganya terdekat, menuntut haknya, berpuluh orang, tidak sampai seratus. Setelah Yazid menerima berita itu dikirimnya tentera tidak kurang dari 4 ribu orang di bawah pimpinan Abdullah bin Ziyyad. Maka terjadilah peperangan hebat di padang Karbala di antara dua kekuatan tidak seimbang, di antara puluhan termasuk anak-anak dan perempuan pengiring setia Husain dengan 4 ribu tentera Yazid dari Damsyik, yang bagaimana pun gagah perkasa perlawanan Husain, perlawanan yang hancur, dan yang kacau, beliau sendiri mati terbunuh, kepalanya, dipotong dan dibawa oleh Abdullah bin Ziyyad menghadap Yazid bin Muawiyah.’

Penabalan Yazid bin Muawiyah adalah titik celaka politik buat umat Islam kerana sejak itulah umat dipaksakan dengan sistem monarki (raja-raja) yang menyalahi ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hal ini misalnya diakui oleh tokoh gerakan Islam Pakistan, Maulana Abu ‘Ala al Maududi dalam bukunya Khilafah wal Mulk, beliau menulis:

Demikian itulah awal peralihan yang amat penting itu, kemudian menjadi makin kukuh dan makin dalam akar-akarnya setelah penunjukan Yazid sebagai putera mahkota, sedemikian rupa sehingga tidak pernah sistem khilafah ini tergoncang di suatu saat sekeras itu, sejak masa itu sampai dengan dihapuskannya sistem khalifah sama sekali oleh Mustafa Kamal Attaturk dalam abad sekarang ini. Maka sejak itu (yakni sejak berkuasanya Muawiyah) tercetuslah cara yang permanen untuk pembaitan secara paksaan serta tumbuhnya dinasti-dinasti tirani. Dan semenjak itu sampai hari ini tidak pernah, dalam garis perjalanan hidup kaum muslimin muncul satu kesempatan pun untuk kembali ke sistem khilafah yang terpilih.’

Sesungguhnya menonton filem Mawkeb-ul Abaa ini adalah ibarat menghidupkan kembali kedukaan sesudah 10 Muharram di mana sebaik sahaja Saidina Husin dan sahabatnya disembelih, para wanita dan ahli keluarganya (ahli keluarga Rasulullah saw) digiring bagaikan tahanan dan hamba untuk dibawa ke Kufah, kemudian ke Damsyik. Perjalanan duka itu diiringi oleh kepala Saidina Husin dan sahabatnya yang tertancap di hujung tombak.

Menonton filem ini juga dapat memahamkan mengapa segelintir orang percaya Yazid kononnya tidak bersalah. Kerana setelah Yazid yang jahat itu terkesima gagal menjawab bicara Zainab yang fasih di istananya pengaruh politiknya kian merosot, bahkan umat Islam tertentu digegarkan oleh kezaliman umat Islam lain yang berani membunuh keluarga Rasulullah saw demi membalas dendam kesumat bani Umayyah sejak perang Badar. Menyedari kuasa politiknya mungkin terjejas, untuk itu Yazid berpura-pura melakukan kebaikan buat ahlul bait Nabi Muhammad sedangkan semuanya sudah terlambat. Inilah puncanya mengapa sesetengah agamawan dan sejarawan hari ini percaya Yazid kononnya tidak mengetahui pembunuhan Imam Husin. Tontonilah filem ini, untuk mengetahui bagaimana umat Islam telah terjerumus dalam feudalisme seperti yang diamalkan oleh raja-raja Rom dan Parsi. Ia dapat menerangkan pemikiran anda bagaimana ada ulama yang bekerja untuk mengangkat kepentingan istana seperti yang bersepahan hari ini.

Banyak filem telah dihasilkan mengenai peristiwa Karbala, pembunuhan yang mengerikan dan menyayatkan hati tersebut sungguh menggegarkan isi langit dan bumi, akan tetapi sedikit sekali filem yang menyorot apa yang berlaku setelah kejadian itu. Mawkeb-ul Abaa berusaha untuk mengangkat bahagian paling memilukan, iaitu kepedihan dan kesedihan mendalam umat Islam apabila ahlul bait dibunuh.

Klik sini untuk menonton The Caravan of Pride (Mawkeb-ul Abaa):

dipetik dari Faisal Tehrani

Leave a comment

Filed under Sejarah

Tembaga Lama

Seorang petani yang sedang mengerjakan sawahnya di Kedah telah menemui 2 biji tembikar cina tertanam di dalam tanah. Beliau telah berjaya mengeluarkan tembikar tersebut dari lumpur sawah padinya. Apabila di buka, satu dari tembikar tersebut di dapati kosong (mengandungi pasir sahaja) sementara sebiji lagi mengandungi 2 kepingan tembaga berikut (lihat gambar).

Lalu kami pun berhubung dengan mereka yang sedikit sebanyak boleh menafsir siapa dan apakah tujuan tembaga ini di tanam. Maklumat yang kami dapati ia di tanam untuk generasi akan datang oleh mereka yang kelihatan berjubah dan memakai songkok hitam dengan tali di tengah-tengah. Jubah mereka ini berwarna hitam dan keemasan sementara rupa paras seperti orang cina zaman dahulu. Bagi kami maklumat ini hanyalah sekadar renungan pembaca sahaja. Wallahualam.

Namun pembacaan kami di atas kerajaan maharaja cina (kaizer) di zaman dahulu sebenarnya luas hingga ke nusantara (no-san-ta-ra bermaksud pucuk-muda-mula -bercambah yakni, syiar islam). Ia bermula semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi lalu membawa kepada keturunannya Sheikh Huang Ti (sheikh adalah ulama dan huang ti adalah gelaran maharaja cina). Tidak hairanlah Raja Merong Mahawangsa pula dihantar ke Kedah pada zaman dinasti Tang dan 600 tahun kemudiannya di zaman dinasti Ming Laksemana Cheng Ho masih lagi mengawal/meronda perairan di nusantara dan Selat Melaka ini. Mereka-mereka ini baru kini sahaja kita ketahui beragama Islam sedangkan sewaktu sejarah dipelajari di tahun 70an, keislaman Cheng Ho langsung tidak pernah disebut.

Kami cuba mendapatkan tafsiran dari mereka yang mahir bertulis dalam bahasa cina namun mereka gagal membuat sebarang tafsiran. Mungkin kami berjumpa dengan mereka yang tidak pandai menafsir. Ada sesiapa yang boleh membantu?

Can somebody help to decipher this writting?

anai-anai

Leave a comment

Filed under Sejarah

Gambar-gambar ekskavasi terkini di Sg Batu, Lembah Bujang, Merbok Kedah


Kerja-kerja di jalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Sama-sama kita saksikan (klik untuk besarkan imej),


/>


Tuanku Nai Long Kasim, Waris Mutlak Yang Di Pertuan Kedah bersama Tuanku Nai Long Jaafar turut hadir untuk melihat kesan-kesan sejarah yang diekskavasi. Dihadapan beliau adalah ketinggian aras yang telah ditimbus. Lihat pokok kelapa sawit yang lebih tinggi dari pohon yang lain.

Terkini,inilah yang ditemui terkambus sedalam 1-2 meter..

Lihat tebing pada kiri dan kanan gambar atas dan bawah, ia membukit pada ketinggian 1 meter seperti dikambus. Kawasan ini hari ini adalah ladang kelapa sawit.

POSTED BY ANAIANAI

2 Comments

Filed under Sejarah