Bangsa Siam, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi.




Jika peta di atas dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua Siam dengan rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, “Malays is Malaysian”. Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas “Siam tentulah Siamese”. Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal di dalam benuanya seperti Jawa,Acheh, Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks tulisannya.


Adat raja-raja di BENUA SIAM, di atas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya.Sila klik untuk besarkan.

Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I ke no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda ialah syiar islam) adalah di atas perintah Maharaja Cina Sai Tee Sung yang telah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi. Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari di sana. Adakah orang siam ini kuat Islammya dan turut menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka yang dikatakan warak? Sebagai contoh di dalam UUK, keturunan Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat “..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke masjid,kekang lehernya”,ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam UUK.


Illustrasi Sheikh Huang Tee yang dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak berjambang, nak bermisai pun payah.

Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650m, Sai Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan syiar islam ke nusantara. Cucu baginda Merong Mahawangsa iaitu Khalifah Sayyidina Ali ketika menjadi Raja di Acheh telah bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun 812 masihi/222hijrah.


Muka surat terakhir UUK. Sial klik untuk besarkan.


HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam Islam. Sila klik untuk besarkan.

Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dalam tahun 1767 melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.

Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah Syarif Abu bakar Syah di istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 namun gagal membunuh anakandanya Sultan MudZaffar Syah III kerana baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di berikan oleh Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke Melaka dengan bantuan Inggeris.

Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini orang-orang Siam di kedah masih menyebut kafir dengan sebutan tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam. Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan Islam.

“Satu hal yang agak anih ialah di antara penduduknya terdapat ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya.”
http://business.fortunecity.com/rocke/24/thai5.html

Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah dan empayar Islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan di sini bahawa Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.

Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLAND dan satu lagi dinamakan TANAH Melayu.


Peta semenanjung di zaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaan Yang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).

Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di India dan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka dinobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah untuk membaca dan menonton video YouTube di “The Malay Press”  dan “mistisfiles” di url berikut…(excellant reading materials !), http://mistisfiles.blogspot.com/

Ps : Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kita pakat dedahkan semua komplot mereka di masa lalu. Jangan jadi sejarawan pak turut sahaja ! Posted by anaianai

10 Comments

Filed under Sejarah

10 responses to “Bangsa Siam, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi.

  1. Tabik tuan. Kita akan kembalikan kegemilangan Kerajaan Benua Islam Siam Kedah! Kita akan cungkil banyak cerita yang ‘dikambus’.

  2. samsuri

    salam…saya kurang arif tentang sejarah..(sek aliran vokasianal tidak belajar sejarah).setelah saya baca atikal ini saya rasa sgat tertarik dgn penjelasan yg saudarg berikan(hampir 90 peratus penerangan ini tidak tercatat dlm buku teks sekolah hari ini…..harap saudara dpt membongkar lebih byak fakta2 sebenar sejarah kemunculan negara kita yg tersembunyi @ disembunyikan selama ini….satu lagi saya anak jati melaka,jadi harap saudara sudi memberi maklumat tentang kewujudan Hang tuah 5 bersaudara, adakah ianya mitos atau benar2 wujud….saya amat menghargai dan menyokong usaha saudara ini…

  3. “berilah hak itu kepada yang empunyanya” maksud akhir hadis tegahan makan harta anak yatim, ingat waktu ambik SRP tahun 79 dulu, jadi dalam soal ni pun tuan korek la’ gali sampai dapat fakta, kita dulu sebuah Benua Islam Siam Nagara Kedah, bukan kecil mcm la ni, tapi heran la ada tali barut yang cuba memalsukan fakta sejarah dgn sokongan Inggeris dan Thai, untuk rampas kuasa lagi, adeh….mcm mana jadi gini, suatu jenayah yang amat dilaknat Allah, fikir2kanlah,,,,,,

  4. apakah sebelum kiamat akan bangkit kembali kuasa islam yang kuat di timur,{ ada hadis nabi} sekurang-kurangnya sehebat Empayar Benua Siam Islam Nagara Kedah, apa pun sejarahnya perlu dimartabatkan semula, kita nampaknya mgkn Bangsa Siam, bahasa Melayu, tulisan jawi dan rumi la kut, lps tu saya dok fikir betul ka Datuk Onn keluar UMNO kerana idea nak masukkan bangsa lain ke dalam UMNO, kenapa Datuk Onn pernah jumpa waris sebenar khalifah Nagara Kedah, kenapa Datuk Onn tubuh Parti Nagara lepas tu, ni lagi kenapa ada ura-ura sebelum merdeka tanah melayu mau d beri nama Kedah, pas tu sebelum merdeka 20 tahun dah ada buku nama negara kita Malaysia, ni semua saya dok baca dalam blok Nagara Kedah, nak kena study lagi la ni pasai Nagara Kedah, minat nak tau asal usul kita yg sebenar.

  5. kalau merujuk kepada Pinkerton Moden Altas, East India Isle bertarikh 15 april 1813, tanah semenanjung dikenali sbg Malacca..boleh jelaskan?rujuk link bawah ni
    http://www.davidrumsey.com/luna/servlet/detail/RUMSEY~8~1~3815~360021:East-India-Isles–Drawn-under-the-d#

  6. mindaahad

    Benar. Malacca adalah tanah semenanjung. Semenanjung Melaka.

    teruskan membaca artikel2 dalam kategori ‘SEJARAH’ di blog ini.

  7. sy rahmat..SALAM SMUA.Raja china tai see tung diislamkan pd 650M.Cucunya diutus ke nusantara utk dkwah pd 812M.tempoh ant 2 tkoh itu ialah 150 thn.lojik ke

  8. Alaikumsalam rahmat..
    Mengikut artikel di atas, tai see tung diislamkan pada 650M. Cucunya ialah Merong Mahawangsa. Cucu kepada Merong Mahawangsa yang diutus ke Nusantara untuk dakwah. Ada 5 level antara mereka. Beza 150-160 tahun itu memang logik.

    Saya seorang yang kritis dalam menerima pengkisahan. Saya tidak suka menerima bulat-bulat sesuatu artikel atau menolak bulat-bulat sesuatu hujah. Saya juga berpendapat setiap perbincangan mestilah dijalankan dalam lunas-lunas disiplin ilmu, dengan tidak mengutuk orang tidak sependapat dengan kita, atau menggelarkan dengan pelbagai gelaran. Atau hingga ke peringkat mengkafirkan seorang Islam yang lain.

    Sesungguhnya petikan dari buku berbunga emas itu amat mengesankan di hati saya. Bagi saya ia satu petunjuk yang kuat mengenai persaudaraan Siam-Kedah. Berbanding dengan pengkisahan sebelum ini yang tiada rujukan. Saya tak nafikan, sewaktu saya menyewa bilik di Madrid pada tahun 2003, saya bertekak dengan tuan rumah saya José de Castro Kustner, orang madrid keturunan andaluz’jerman, tentang nama semenanjung kita ini. Saya memberitahunya “Es la península de Malaya, siempre ha sido así. Dia bertegas ´Es la península de Malacá´. Setelah bertekak berminit’minit, dia mencapai sebuah buku sejarah sepanyol yang menunjukkan peta asia pada tahun’tahun awal, saya dah lupa tahun berapa. Terpampang nama ´península de Malacá´ di atas semenanjung ini. Saya terkedu, tetapi segera membalas dengan nada bodoh sombong ¨soy malayo, yo conozco mi propia historia, ¿vale?: saya orang melayu, saya tahu sejarah saya sendiri. Dia menjerit´Tú no sabes nada de tu propia tierra´: Awak tak tau apa’apa tentang tanah awak sendiri.

    Hehe..padan muka.

    Saya setuju dengan para penggiat sejarah realiti yang membongkar banyak kisah-kisah perancangan penjajah yang suka menunjukkan kita bangsa melayu ini lemah dan jahil segala-segala, namun nasihat saya sebagai seorang pencari kebenaran juga, mohon berhati-hati dalam mentafsirkan sesuatu nama, atau peristiwa. Sebagai contoh nama-nama siam yang menjadi asas kepada banyak nama tempat, sebagai contoh nama Yurdhun (Jordan) dan Filipina (dinamakan oleh Katolik sepanyol sempena nama raja mereka waktu itu Felipe), boleh discredit fakta-fakta benar yang ada dalam blog ini, syburi kota setar gate, dan blog sejarahnagarakedah.

    Saya ini walaupun keturunan Sultan Abdullah Al-Mukarram Syah, saya ini pro-kebenaran. Kalau pahit, kami telan jua. Kalau manis, bolehlah kami telan sambil tersenyum. Walau tuan dari keturunan lain, kita tetap saudara sebangsa seagama.

    salam ukhwah dari saudaramu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s