Monthly Archives: February 2010

Kota-kota yang hilang.


Kota Raja Kuala Ruman

Kota Raja Kuala Ruman, Sik, Kedah. Telah dilakarkan kepada saya oleh Muhammad bin Jusoh50, di Pondok Zawiyah, Kampung Kok Raja. lakaran ini seperti yang beliau lihat pada zaman dahulu.

Kota ini dibina dari tanah dengan kepungan yang mengelilingi keluasan lebih kurang 14 Relung. Di sini masih terdapat pohon-pohon durian milik raja zaman dahulu.

Kini kota tanah bersejarah ini telah tiada kerana tanahnya telah diambil untuk menambun padang sekolah.

– terima kasih kepada Muhammad bin Jusoh

Kota Pinang Tunggal

Menurut Cikgu Ahmad bin Hashim (Ahmad bin Hashim bin Said bin Jusuh, Pekan Rabu) beliau sempat melihat sendiri kota tersebut satu ketika dahulu dan melakarkannya seperti berikut:

Menurut cikgu Ahmad lagi, sekitar makam purba tersebut terdapat bata-bata zaman dahulu (seperti bata-bata merah di candi Lembah Bujang) dan berserakan dan kesan-kesan dermaga perlabuhan kapal pernah dilihat berada di bawah jambatan keretapi.

Dr. Othman Mohd. Yatim dan Abdul Halim Nasir dalam Epigrafi Islam terawal di Nusantara menyatakan penemuan serpihan tembikar batu-bata dan ketul batu merah di situ. Tidak jauh dari kg. Tok Soh terdapat kota yang dikelilingi parit dalam, melebar sepuluh hingga 15 meter.Kini tapak kota tersebut telah dibina loji pembersihan air.

Sedikit catatan diperolehi daripada Makam yang tidak bertarikh dan nama yang diukir ayat al-Quran sebagai tanda kemenangan:
Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir 1990, Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal 45

Terjemahannya:
Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah
Sesunguhnya Kami Memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (al-Fath: 1)
Allah menjadi saksi, dia tidak ada tuhan selain Dia
Oran-orang yang berilmu, sebagai melaksanakan keadilan (Ali- Imran:18)
Inilah satu kemenangan segera, dan kamu menggembirakan dan menunjukkannya (al-Saf:13)

– terima kasih Cikgu Ahmad bin Hashim
Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir 1990, Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal 44

Kota Burha Padang Kerbau

Kota Burha Padang Kerbau ini telah dilakarkan oleh Che Alin@ Abdullah bin Ahmad 60, kepada saya ketika menjejaki kota-kota purba di Kedah.

Ia dibina dua lapis dari tanah yang ditambun meninggi. Akan tetapi hampir keseluruhannya telah tiada walaupun masih ada sedikit kesan-kesannya.

– terima kasih Che Alin bin Ahmad

dari: naim firdausi

1 Comment

Filed under Sejarah

Adakah Anda Hamba Bank?

Berapa Peratus Pendapatan Anda Disumbang kepada Bank?
Satu persoalan yang orang jarang tanya.

Jadi mari kita kira.

Andakata pendapatan anda adalam RM 2000.00

Anda mempunyai hutang kereta, hutang rumah.

Andaikata kereta anda bernilai RM 40,000 , bayaran bulanan ialah RM 500 selama 9 tahun.
jumlah yang anda kena bayar ialah RM 54000. (ada perbezaan RM 14k).

Jadi, 14000/54000*500=125
Daripada RM 500 sebulan pembayaran RM 125 adalah “sumbangan bulanan” kepada bank.

Andai kata rumah ialah RM 100,000 , bulanan RM 700, selama 25 tahun.
jumlah yang anda bayar ialah RM 210,000.

Jadi, drpd RM 700 sebulan dibayar kepada bank, RM 264, disumbangkan kepada bank secara bulanan.

Keseluruhan, 264+125= RM 389 disumbangkan kepada bank setiap bulan.

Dalam contoh ini, 19% daripada pendapatan RM 2,000 disumbangkan kepada bank, sebagai sumbangan bulanan, demi mengkayakan bank.

Ini tidak termasuk kad kredit, hutang pinjaman ASB, upah simpan Ar Rahnu , caj autodebit, caj ATM dan sebagainya.

Kalau lebih 25% pendapatan anda disumbangkan kepada bank, anda boleh digelar hamba bank.

Leave a comment

Filed under Ekonomi

Sokong jika benar, bantah jika salah.

Wahabi Perlis

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.

————————————–

Sembang Mazhab.

Oleh : AdukaTaruna

Wujudnya aliran mahzab ini ialah keupayaan mentafsirkan bahan mentah berbeza-beza oleh manusia. Keupayaan dan hasil tafsir ada banyak pembolehubah. Pertama genetik, seterusnya budaya, emosi ketika tafsiran itu dibuat, persekitaran kehendak dan politik ketika tafsiran dibuat dan sebagainya.

Maka, guru yang berkarisma akan menjadi tokoh. Tokoh akan mempunyai pengikut. Kedua elemen ini akan membentuk mazhab. Keupayaan satu-satu mazhab mengembangkan fahaman mereka adalah pembolehubah kepada besr atau kecilnya mereka. Gua ulang balik, mazhab adalah Islam 3rd party. Mazhab adalah hasil tafsir kepada bahan mentah; yakni Al-Quran, hadis dan sunnah.

Cuma masalahnya, kenapa harus bangang menjadikan tafsiran 3rd party sebagai bahan mentah? Bahan mentah kita ialah Al-Quran, hadis dan sunnah. Dan diimbangi oleh pendapat mazhab sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu tafsir bahan mentah. Kemudian ambil mana-mana tafsiran yang paling kukuh, paling sesuai dengan keupayaan diri dari 3rd party.

Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.

Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah Allah adalah ketetapan Allah. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu Allah). Sunnah Allah adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan Allah, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.

Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.

Kalau sentuh taik, wuduk sah. Tapi solat tidak sah. Kan ke ada pengasingan tajuk tu. Wuduk sah, tidak batal. Tapi masuk bab solat, tidak sah. Kalau ada pengasingan tajuk, apa kes hanya kerana hanya status elite Aishah dia melanggar segala pengasingan tajuk? Bangang tetap bangang la bhai… salah tetap salah la bhai…. kalau mencuri, potong jer tangan dia. Peduli apa dia isteri nabi atau tidak, anak nabi atau tidak.

Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Boleh plak ulama tukar2 bila kena tang batang hidung Aishah. Lepas tu lu suruh gua follow mazhab secara mutlak. Islam 3rd party. Skang lu nampak tak kenapa gua buat N3 Aishah dalam N3 mazhab?

Dalam tajuk; Muamiyah + Aishah bangang tukil. Penyebab kepada perpecahan, punca kematian ratus ribu muslim di jalan sia-sia, punca jutaan anak-anak muslim hilang bapa, punca puluh ribu institusi muslim diambang kekafiran, punca puluh ribu muslimah menjada dan menderita.

Dan mazhab boleh bersatu mengubahsuai Islam demi kepentingan elite tertentu. Noktah.

AdukaTaruna

—————————–

Aishah R.A bangang dalam tajuk

Oleh : AdukaTaruna

Kerana status elite, Aishah mendapat standard berbeza dari Islam. Aishah wanita biasa. Kalau dia tak kawin dengan Nabi, dia adalah nothing. Seumpama Rosmah tak kawin dengan Najib. Melenting? Tapi fakta tetap fakta. Melenting tidak dapat mengubah fakta.

Aishah ditakdirkan dan dipilih Allah menjadi isteri Nabi Muhammad saw. Tapi Aishah tidak ditakdirkan Allah bijak dan tepat dalam setiap bidang seperti suaminya. Silap tetap silap. Bangang tetap bangang.

Antara Aishah yang tiada darah nabi-nabi, lebih mulia Qabil kerana Qabil adalah darah syurga, darah Adam, darah Hawa, darah makanan syurga, darah udara syurga. Namun, Qabil tetap bangang apabila apabila membunuh satu jiwa.

Jika Qabil yang berdarah Nabi tetap bangang, Aishah berjuta kali lebih bangang (dalam tajuk) kerana penyebab kematian ratus ribu jiwa. Sudahlah tiada pertalian darah, malah menjahamkan banyak nyawa, banyak institusi keluarga. Owh.. lupa. Kerana Aishah kerabat diraja Pahang, maka, askarnya syahid, dan askar kerabat diraja N9 yang diperanginya juga syahid.

What the fuck is that? Ini bahan mentah atau 3rd party ulama? Tentera Ulama Mazhab Hanafi berperang dengan tentera Ulama Mazhab Shafie. Dan Ostad level bawah ulama segan campur pening kepala ambil jalan mudah.

“Kedua-dua mereka benar. Tapi tentera Shafie hampir kepada kebenaran. Tentera yang terbunuh dari kedua-dua belah pihak mati syahid. Ijtihad Aishah dapat 1 pahala, ijtihad Ali dapat 1 pahala. Ijtihad ana kepada ijtihad mereka dapat 2 pahala.”

What the hell is this? Salah tajuk A, tetap salah tajuk A. Islam itu tinggi. Bangang tetap bangang.

“Jangan hina sahabat nabi. Ini hadis sahih. Ini bahan mentah.”

Yess, hadis itu bahan mentah. Tapi bila lu cedok bahan mentah tu dan hidangkan kat gua dalam tajuk perbahasan ini, dia sudah menjadi 3rd party. Apa takrifan hina? Sekor pemuda angkat pedang untuk luruskan khalifah tu bukan menghina?

Aishah angkat pedang memerangi Ali bukan menghina sahabat nabi? Atau hadis itu Nabi ada letakkan nota kaki yang menjelaskan kecuali sesama sahabat dan isteri gua, maka tidak jatuh takrifan menghina?

Kalau Aishah dan Muawiyah hina Ali dengan mengatakan Ali lembab, pemalas, perut boroi, bodoh tukil, at least tak sia-sia mati tentera. Ini bukan tahap hina dengan lidah lagi, tapi hina dengan senjata.

Kita skang dalam tajuk. So, bangang dan bangsat dalam tajuk. Gua tak pertikai keahlian syurga dan gua tak bahaskan langsung antara diorang dengan gua, siapa ahli syurga. Fakta beb, fakta.

“Lu dapatkan bahan mentah dulu, sebelum kutuk Aishah, aduka.”

Lu bawakan kepada gua, bahan mentah yang membuktikan sebenarnya Muawiyah dan Aishah itu benar. Diorang tak terlibat langsung. Tapi ada rupa macam saya, suara macam saya, tapi bukan saya.

Jadi la makmum yang baik wahai Muawiyah dan Aishah… Jika mazhab dan ulama tidak berani menyatakan salah kepada anda, hari ini gua mengatakan anda berdua adalah salah. 2-2 pihak salah, tapi lu berdua lebih dasyat dari salah. Qabil bunuh satu jiwa, dia salah. Aishah dan Muawiyah bunuh ratus ribu jiwa, dia bangang.

Dalam tajuk.

sumber: Aduka Taruna



Leave a comment

Filed under Agama dan Islam

Penemuan Keramat Tok Tekai


Penemuan Keramat Tok Tekai Mukim Kurong Hitam
oleh: Naim Firdausi

Makam keramat Tok Tekai dan anaknya Che Wan

————————————————————————————


Sebuah nisan kayu yang tinggi dan agak besar dipanggil orang makam Keramat Tok Tekai di tanah perkuburan lama Kurong Hitam. Dalam tahun 70 an, nisan dari kayu Sena itu diperbuat semula setelah nisan kayu lamanya mereput. Seramai 30 orang cuba mengangkat nisan kayu itu tetapi tiada ia dapat ditegakkan sehinggalah waris Tok Tekai datang membantu. Maka kedua nisan-nisan itu berjaya berdiri dan dipacak dalam lubang yang disediakan.

Tidak diperolehi maklumat tepat ketokohan Tok Tekai itu. Beliau dikatakan seorang ulama yang datang ke situ membuka penempatan dan membina sebuah masjid kayu yang dipanggil orang masjid Tok Tekai. Antara peninggalan Tok Tekai ialah Kitab Zikir Rabu dan Jumaat, peralatan masjid dan alat-alat permainan gendang. Salinan manuskrip Zikir Rabu dan Jumaat sudah diperolehi untuk kajian saya.

Kisah sebuah makam bernisan Aceh di sebuah pulau tengah sawah padi terasing dari tanah perkuburan lama. Dikisahkan orang-orang di situ bahawa ia adalah Che Wan, anak perempuan Tok Tekai yang dituduh berzina dengan anak angkat Tok Tekai lantas dijatuh hukum bunuh kedua-duanya oleh Tok Tekai Sendiri.

Kedua-dua mereka ditanam mengadap antara satu sama lain. Tetapi beberapa hari kemudian apabila kubur mereka digali semula kedudukan mereka berubah iaitu berpaling antara satu sama lain menandakan tertuduh tidak bersalah. Demikianlah pengkisahan sejarah Tok Tekai dan anaknya di Kurong Hitam, Wallahu A’lam. Kawasan ini sepatutnya dipagar sebagai tempat bersejarah.

Keramat Tok Tekai Tengku Muhammad Chan Cau Pija Si Thammarat

Makam keramat Tok Tekai Tengku Muhammad Chan Cau Pija Si Thammarat

—————————————————————————————-

Fasal pada menyatakan nama Mat Sirat ialah Tengku Muhammad Chan Cao Pija Si Thammarat ibni Tengku Long Taha ibni Tengku Long Putra. Beliau dipanggil juga dengan nama Tok Tekai maksudnya saudagar. ‘Mat Sĕ Rat’ adalah dari perkataan ‘Sĕ’ bererti harimau dan ‘Rat’ singkatan dari Cau Pija Si Thammarat. Makam Mat Serat ditemui di atas bukit Permatang Harimau (sekarang Permatang Limau).

Mat Serat di zaman Sultan Jaafar Madazam Syah adalah Panglima perang yang memimpin ribuan tentera dari Langkawi menyerang kedudukan Inggeris dan Thai di Kedah. Adapun tentera Mat Serat terdiri daripada Siam, Melayu dan Cina samada Islam atau bukan Islam dari negara China. Sebab itulah di kaki bukit Permatang Harimau pernah ditemui orang tulisan Cina pada batu dan tengkorak sekali dengan tulang rangka manusia ketika pembinaan jalan raya sekaligus memusnahkan jirat Cina itu. Terdapat juga bekas seperti tapak kaki harimau atas batu di Bukit Permatang Harimau.


Gelaran Tok Tekai atau saudagar adalah kerana beliau ada membuat perusahaan arang untuk kapal-kapal dari negara China di Kampung Alor Cina. Kawasan ini sepatutnya dipagar sebagai kawasan bersejarah.

Wallahuaklam

Posted by naim_firdausi

Leave a comment

Filed under Sejarah

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu.

KMM ditubuhkan pada bulan Mei 1937, bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Pada waktu yang sama terdapat pertubuhan orang Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan prinsip perjuangan seperti KMM.

Penubuhan KMM adalah hasil daripada satu himpunan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bersama-sama dengan segelintir para inteligensia Melayu dari beberapa institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, dan golongan muda Melayu yang bersikap radikal, serta wartawan akhbar Majlis.

Jawatankuasa pusat KMM awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob (presiden), Mustapha Hussein (Naib Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd. Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam. Semasa penubuhan ini, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam Merah dari Indonesia. Sutan Djenain merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan pergerakannya menyebarkan pengaruh sebelum perang Dunia Kedua.

KMM yang ditubuhkan secara sulit ini mempunyai ideologi dan prinsip perjuangan berlandaskan demokratik sentralisme. KMM menolak monopoli harta dan kekayaan oleh perusahaan swasta atau gabungan koperasi multinasional. Tetapi dasar sosialisme yang diamalkan ini tidak menafikan hak dan kebebasan dalam proses pengumpulan harta. Cuma dalam mengamalkan demokrasi dalam ekonomi ini, KMM mahu mengelakkan monopoli dan eksploitasi ke atas rakyat jelata. KMM berhasrat menggunakan sosialisme untuk menjamin kelancaran pelaksanaan mekanisme demokratiknya.

Dasar perjuangan KMM antaranya ialah anti penjajahan, anti elite birokrat Melayu yang berorientasi Barat, penyatuan nasional, berperikemanusiaan, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi rasa persaudaraan dan berasaskan kebenaran dan kesucian. Bagi KMM penyatuan nasional penting bagi mewujudkan suatu tekanan kepada penjajah British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu harus bersatu menghapuskan semangat kenegerian yang pada pendapat KMM sengaja diwujudkan oleh dasar penjajah. Atas dasar inilah KMM tidak dapat berjuang bersama-sama persatuan yang mirip kepada kenegerian, misalnya Kesatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Perak. Malahan hakikat penubuhan KMM itupun atas kesedaran menentang persatuan Melayu yang bersifat kenegerian yang memisahkan orang-orang Melayu.

Memandangkan kelemahan di kalangan sesetengah sultan dan pembesar Melayu terlalu ketara, hingga menunjukkan kelemahan kekuasaan mereka kepada bangsanya sendiri, golongan elit inteligensia yang insaf dalam KMM berpendapat bahawa KMM harus menjadi badan yang akan cuba mempengaruhi sultan dan pembesar, atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk ajar dan panduan kepada mereka apabila berhadapan dengan Residen British dalam menghadapi masalah negara.

KMM juga berpendapat bahawa ia harus menjadi badan yang akan menuntut hak bangsa Melayu dengan mengesyorkan melalui akhbar-akhbar agar perkara ini dibincangkan dalam majlis mesyuarat negeri-negeri atau persekutuan. Salah satu daripada syor yang dikemukakan oleh KMM ialah penubuhan ‘kampung-kampung baru orang Melayu’ untuk dijadikan penempatan orang-orang Melayu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Syor ini dikemukakan kepada sultan kerana bimbang orang-orang Melayu akan terusir ke kawasan pedalaman.

Kontroversi yang timbul daripada fahaman anti-feudal menyebabkan orang Melayu tidak menyokong KMM di peringkat awalnya. Sultan dan pembesar Melayu juga mencurigai KMM, dan ada di antara mereka yang menentang pengaruh KMM di negerinya. Mereka tidak suka pada demokrasi yang menuntut persamaan hak, dan adanya badan yang menyertai politik membela bangsanya. Pada mereka orang-orang Melayu tidak berhak campur tangan dalam urusan politik negeri dan bangsanya. Mereka harus taat dan setia kepada sultan dan pembesar. Walaupun begitu, terdapat juga sultan yang memahami dan member sokongan moral kepada KMM. Di antaranya termasuklah Sultan Abu Bakar, Pahang yang tidak dapat menyokong secara terang-terangan kerana menjaga keselamatan diri mereka.

Di samping itu, dasar-dasar perjuangan KMM tidak dapat dinyatakan secara terang-terangan kerana kerana keadaan politik masa itu yang terlalu sensitive. Untuk menyatakan sikap anti-penjajah dan anti-feudal adalah suatu hal yang tidak mungkin. Oleh itu pemahaman ideologi dan dasar-dasar perjuangan KMM tidak tersebar dan diketahui oleh orang-orang Melayu. Ini merupakan salah satu faktor kekurangan pengaruhnya di kalangan orang-orang Melayu sebelum perang.

Sungguhpun begitu, kehebatan KMM dalam usaha menyebarkan idea dan pengaruhnya dengan begitu cepat (2 tahun sahaja) amatlah mengkagumkan, sehingga membawa kepada penangkapan pemimpin-pemimpin KMM pda Disember 1941.


sumber: arkib Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin

1 Comment

Filed under Sejarah

Hijack Sejarah Bukan Mustahil

  • Baru ini telah dikhabarkan oleh laporan Buletin Utama TV3 melalui wartawan Azura Zainal Ratin mengenai penjarahan sejarah oleh regim Israel di Bukit Golan Syria.
    Segala artifak, tapak sejarah, kawasan dan penempatan Arab yang di rampas ditukar kepada hak milik kepada Israel. Begitu jugalah dengan korikulum persekolahan di mana bahasa Arab diganti dengan bahasa Hebrew. Dan pendidikan cara Islam di ganti cara Yahudi. Mindset ditukar – maka brainwash peringkat rendah mula dilakukan. Doktrin-doktrin sesat mula diterapkan.
    Para pembaca yang dikasihi, sejarah memainkan peranan yang amat penting dalam penentuan jati diri sesuatu bangsa. Jika perkara merampas sejarah ini berlaku di negara Arab Palestin dan Syria, bukan mustahil ia pernah juga berlaku si Semenanjung Siam Melaka, tanah tumpah darah kita.
    Hari ini kita telah pun tahu bahawa sejarah kedatangan Islam ke Nusantara dan Tanah Semenanjung bukanlah pada 1404 Masehi malahan lebih awal dari itu, selari dengan kedatangan Panglima Perang dan Sahabat Rasullullah saw Saad Ibni Waqas. Kemasukan Islam ke Nusantara juga dapat dibuktikan dengan adanya manuskrip Undang-undang Kedah dan bebarapa bukti kapal pedagang Arab yang karam di perairan Selat Melaka, yang sekaligus menafikan kisah dongeng Parameswara Hindu yang sangat diagung-agungkan oleh sejarawan atas angin berlandaskan mistik.
    Para pembaca sekalian, sejarah yang benar dan baik itu dapat dibuktikan dengan fakta yang nyata – realiti. Perkara-perkara mistik ini serupalah amalan para jahiliah sebelum kerasulan Muhammad saw di bumi Mekah, dan kedatangan Baginda dengan jelas menghapuskan segala perkara tahyul dan khurafat yang telah menjadi darah daging penduduk pagan Mekah.
    Oleh itu, walaupun ummat Melayu ini dikatakan penuh dengan ilmu tahyul dan khurafat maka menjadi tanggunggjawab kitalah umat Islam yang berpegang dengan ajaran Rasulullah saw untuk membersihkannya hatta dalam penilaian sejarah sekalipun. Saad bin Waqas membawa tauhid, nyata, ke negeri China dengan kapal dari Afrika, maka tentunya beliau sendiri tidak membenarkan apa sahaja amalan tahyul dan khurafat berada di tempat yang beliau singgahi. Contoh yang lain adalah Wali Songo di Pulau Jawa. Begitu juga kisah Mak Lampir.
    Maka di sini penegasan perlu diperlihatkan, sejarah kedatangan Islam di Nusantara perlu bebas daripada pengaruh tahyul khurafat dan mistik. Atas alasan apa sekalipun, jika ada pihak yang cuba hendak mempertahankannya maka sekaligus mereka telah pun menjadi agen yahudi yang bersekongkol membenarkan aqidah umat Islam generasi seterusnya dirosakkan dengan cerita muntah lembu dan sebagainya. Sedangkan Khalid Al Walid diarah oleh Rasullullah saw memenggal segala berhala di Mekah termasuklah jin berkepala ular yang menyorok di berhala paling besar. (Ini bermaksud hapuskan segala amalan jahilliah dan jin-jin mereka, jangan tinggalkan seekor pun, kerana tiada apa hendak dibanggakan dengannya.) jadi kenapa kita pula harus berbangga?
    Kisah di Bukit Golan patut kita jadikan teladan dan iktibar. Penjajah akan tetap akan menukar sejarah bagi menekan dan menipu penduduk setempat agar menjadi inferior dari pelbagai sudut. Samalah dengan penipuan yang dilakukan di Thai bagi merampas sejarah Siam Islam Ayuthia.
    Apakah orang Melayu tidak peka dan masih lalai dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mata? Jangan sampai anak cucu kita datang mencurahkan kencing ke kubur kita akibat kelembapan dan kebodohan kita sendiri.

    Mukjizat, irhas, hikmah, karamah dan maunah itu kurnia Allah bagi mereka yang beriman, maka sihir itu juga adalah dengan izin Allah taala tetapi bagi mereka yang syirik dan sesat. Pilih yang mana satu idaman kalbu.

    Bangkit Islam, bangkit Melayu!
  • Leave a comment

    Filed under Sejarah