Monthly Archives: March 2010

Bukti kerasulan Muhammad oleh Buddha.

Buddha dan Maitreya

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud seorang yang bijaksana atau dia yang mendapat petunjuk. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud yang terakhir dan Antim Buddha bermaksud nabi yang terakhir. Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Di dalam Gospel Of Buddha oleh Caurus pada halaman 217 disebutkan, Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci dan teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA”.

Dalam terjemahan inggeris bermaksud, ”O’ Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teaching of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach a way of life shich will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be Maitreya”.

Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan akhir zaman yang dikenali sebagai Maitreya ini.

1• Beliau adalah seorang manusia
2• Beliau mempunyai peribadi yang mulia
3• Beliau akan datang sebagai pemimpin manusia
4• Beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada semua
5• Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok tertentu.
6• Ajaran yang akan dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
7• Beliau adalah Maitreya.

(1) Nabi Muhammad adalah manusia biasa. Berpandukan kata-kata Allah dalam surah al-kahfi, ayat 110 yang bermaksud ”katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa”.

(2) Peribadi Nabi Muhammad adalah mulia sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 yang bermaksud. ”Sesungguhnya kamu, Wahai Muhammad, benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua manusia. Allah menyatakan dalam surah al-ahzab ayat 21 yang bermaksud, ”Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu”.

(3) Nabi Muhammad adalah pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberi ketaatan kepada beliau tanpa berbelah bahagi. Allah menyatakan dalam surah an-Nisa, ayat 90 yang bermaksud, ”Barang siapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia mentaati Allah”.

Sehubungan dengan ini, Michael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, ”Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan…Beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul”.

(4) Nabi Muhammad adalah seorang pembimbing dan pendidik berpandukan ajaran Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 164 yang bermaksud. ”Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang Rasul daripada kelangan mereka sendiri yang mebacakan kepada mereka ayat-ayatNYA, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al-kitab dan Hikmah”.

(5) Nabi Muhammad diutus kepada seluruh manusia. Allah menyatakan dalam surah as-sabak ayat 28 yang bermaksud, ”Tidak kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya”.

(6) Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah risalah yang lengkap dan sempurna. Allah menyatakan dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud, ”Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat-Ku.

(7) Utusan akhir zaman akan kembali dikenali sebagai Maitreya, Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau ’Pembawa Rahmat’. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures. Semua ini selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana beliau adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sepertu yang disebutkan di dalam Quran, surah al-anbiyak ayat 107 yang bermaksud, ”Tidak kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.

Leave a comment

Filed under Agama dan Islam

Bukti Kerasulan Muhammad di dalam Vedas dan Purana

Muhammad di dalam Vedas dan Purana

Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran iaitu

1.Narashangsa (yang terpuji),

2.Antim Rishi (Utusan Terakhir),

3.Kalki Avatar (Utusan Akhir zaman)

4.Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).

NARASHANGSA

Merujuk kepada ayat-ayat di dalam Vedas contohnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’manusia’ dan Ashangsa bermaksud ’yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ’Dia yang dipuji’ dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ’yang terpuji’. Perkataan Narashangsa disebut di dalam semua kitab Vedas, malah semua Mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian-bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa adalah;

+ Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4. 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)

+ Sama Veda (mantra nombor 1349)

+ Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)

+ Atharva Veda (Canto 20 seksyen 127)

Antara sifat-sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva veda adalah:

+”He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)

-(Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya)

+He will have twelve wives”

-(Dia mempunyai 12 orang isteri)

+”God will Honour Narshangsa with ten garlands”

-(Tuhan akan memuliakanya dengan 10 kalungan di leher)

+”He will receive a gift of ten thousand coes”

(Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu)

PENJELASAN

Memang diketahui umum, kenderaan yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, ”Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan.

Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Sudah, Aishah, Hafsah, Zainab, Juwairiyiah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.

Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’yang sepuluh yang terjami syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair, Saad, Said, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah.

Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ’lembu’ di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan beperketi mulia. Apabila tafsiran ini digunakan bagi menerangkan maksud ayat ’menerima anugerah 10,000 ekor lembu’, ia dapat dikaitkan dengan 10,000 sahabat nabi Muhammad yang menguasai kota mekah bersama-sama dengan beliau pada tahun kelapan Hijrah.

Justeru, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud ’yang terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat-sahabat terdekat dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

KALKI AVATAR

Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan, perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ”seorang yang akan datang ke dunia”. Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ”nabi”. Kalki dalam bahasa sanskrit bermaksud ’yang terakhir’. Kalki Avatar apabila dicantumkan berkamsud ’Utusan yang terakhir di dunia’ atau ’Nabi akhir zaman’. Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:

+’O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil’. (Kalki Purana 2:5)

(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)

+’(He will be born) on the twelth of Madhav (Kalki Purana:2:25)

(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)

+’(He will be born) in the city of Shambhal’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

(Dia akan dilahirkan di Bandar Shambhal)

+’(His father’s name will be) Vishnu-Yash’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

(Bapanya bernama Vishnu-Yash)

+’(His mother’s name will be) Sumati’. (Kalki Purana 2:4 and 2:11)

(Ibunya bernama Sumati)

Berpandukan ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai empat orang saudara yang akan bersama-samanya menghancurkan ’kali’ atau ’syaitan’. Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan dan mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat2 sahabat2 ini menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad dan beliau menggelarkan mereka sebagai ’khulafa’ al-Muhdiyin’ iaitu khalifah2 yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Nabi Muhammad demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.

Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa sanskrit, Shambhal mempunyai beberapa maksud iaitu:

+Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan

+ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang

+ Tempat yang berhampiran dengan air

Shanbhal selari dengan Mekah iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah terletak di Mekah, Di dalam surah Al Baqarah ayat 125, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud ’kami jadikan rumah itu, yakni kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancar air zam zam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Pada zaman Jahiliyah, Kaabah dikelilingi patung-patung berhala sebelum Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Mekah. Pada hari ini, ketika musim haji, ratusan ribu manusia dari seluruh dunia akan berhimpun di sana bagi melaksanakan ibadah haji. Semua ini selari dengan Shambhal kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.

Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa sanskrit bermaksud ’penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’Hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah.

Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam Bahasa Sanskrit. Sumati bermaksud ’yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad adalah Aminah!.

AHAMIDDHI

Di dalam kitab Veda disebutkan, ’Ahamiddhi has received from His Father the very essence of intelligence. I have received light from Him, i.e Ahamiddhi, who is like the sun’ yang bermaksud, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari’. Ayat-ayat ini diulang-ulang di empat tempat di dalam Vedas iaitu di dalam:

+Sam Veda (Indra, 3 mantra 152)

+Sam Veda (Uttararchik, mantra 1500)

+Rig Veda (8:6:10)

+Atharva Veda (20:9:19)

Perkataan Ahamiddhi ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir-pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan mereka contohnya Sri Bijan Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahamiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr.Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahamiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahamiddhi bukan berasal daripada Bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab itu ’Ahmad’!!

MAMAHA

Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat-ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalam Atharva Veda 20:9:31, ”God will give Mamaha Rishi one hundred gold coins, ten garlands, three hundreds horses and ten thousand coes” yang bermaksud, “Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu’. Salah satu maksud Rishi adalah ’seorang yang mendapat risalah daripada Tuhan’. Antara sifat2 khusus Mamaha Rishi seperti yang disebutkan di dalam Vedas adalah:

+”Mamaha akan menunggang unta”. (Atharva Veda 20:9:31)

+”Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut” (Rig Veda 5:27:1)

+”Lagu puji pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Veda 1:109:2)

Memang diketahui umum, Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan beliau. Pada kemuncak perjuangan beliau, Nabi Muhammad menguasai kota mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat2nya pada tahun kelapan Hijrah. Beliau dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataan Mamaha juga tidak berasal daripada Bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad.

Kesimpulan

Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr. Ved Prakash Upadhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata, ”Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Budha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak digemari oleh sesetengah pihak.

10 Comments

Filed under Agama dan Islam

Kerasulan Muhammad Dalam Bible. (bukti 7,8 & 9) (Akhir)

BUKTI TUJUH :Nabi Yang Ummi

Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut;

And when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I

pray you, he says, I cannot read.

Manakala terjemahan Al-Kitab pula disebut;

Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat

membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan

menjawab: “Aku tidak dapat membaca.”

Yesaya 29:12

Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hira. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca.

Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat turunnya Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan baginda membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak tahu membaca”. Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah tersebut.

Justeru, ayat-ayat yang dipaparkan selari dengan apa yang terjadi keatas diri Nabi Muhammad semasa di Gua Hira ketika kali pertama menerima wahyu. Maka, Nabi Isa bukanlah orang yang disebut di dalam ayat tersebut kerana beliau bukan nabi yang digelar sebagai ummi.

BUKTI LAPAN :Bercakap dengan Nama Allah

Mengikut Bible Indonesia, Al-Kitab disebut dalam buku Deuteronomy (Ulangan) bab 18 ayat 18 hingga 19 iaitu;

Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, daripadanya akan Ku-tuntut pertanggungjawaban.

Ulangan 18:18-19

Ayat-ayat ini menceritakan kisah seorang nabi yang bakal dibangkitkan daripada saudara kepada bangsa Yahudi iaitu bangsa Arab. Bangsa Arab adalah saudara kepada bangsa Yahudi. Kita telah membincangkan sebelum ini asal usul keturunan bangsa Arab iaitu daripada Kader anak Nabi Ismail.

Buku Ulangan dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai “Kalam Tuhan” yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Maka, ayat “seperti engkau ini” membawa maksud seseorang nabi yang diutuskan adalah mempunyai perwatakan dan cirri-ciri yang sama seperti Nabi Musa. Ayat ini tidak sedikit pun menceritakan janji tuhan mengenai kedatangan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan berbangsa Arab, iaitu saudara kepada bangsa Yahudi.

Begitu juga dari segi perwatakan dan kehidupan Nabi Isa tidak sama dengan Nabi Musa. Tetapi Nabi Muhammad adalah tepat mempunyai persamaan dengan Nabi Musa.

Ayat ini juga menyebut sifat nabi itu iaitu Tuhan memasukkan kata- kata daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nabi itu menyampaikan kata-kata Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan.

Bible yang ada pada hari ini bukanlah kata-kata Allah yang tepat seperti yang diberitakan oleh Allah kepada Nabi Isa. Ia hanya kata-kata yang diolah oleh manusia mengikut cita rasa mereka masing-masing. Justeru, banyak semakan semula dan tokok tambah dilakukan keatas Bible.

Berbeza daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya yang disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah, semakan semula atau pun pembetulan bahasa oleh manusia.

Disamping itu, setiap surah di dalam Al-Quran bermula dengan “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Perkara ini selari dengan apa yang disebut oleh buku Deuteronomy ayat 18 tersebut yang bermaksud “Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya”.

Bab-bab di dalam Bible tidak dimulakan dengan nama Tuhan secara khusus. Maka, ayat-ayat Bible tersebut secara jelas menceritakan kisah Nabi Muhammad yang dikurniakan “Kalam Tuhan”. Kalam Tuhan ini pula dipanggil Al-Quran, yang dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengayang.

BUKTI SEMBILAN: Paracletos selepas Nabi Isa

Di dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai perkataan Nabi Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ;

Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.

Yohanes 16:7

Manakala di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan;

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.

Yohanes 14:16-17

Di dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan Paracletos. Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete. Namun kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama. Apa yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan bahawa akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya.

Di dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan Paracletos ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy Spirit atau Roh Suci.

Di dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos kepada dua perkataan yang berlainan iaitu Penghibur dan Penolong tetapi ayat ini menjelaskan tujuan yang sama iaitu akan datang seseorang selepas Nabi Isa yang akan menyampaikan risalah kebenaran.

Perlu diketahui bahawa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bertentangan dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau Trinity. Justeru, mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk Anchor Bible di halaman 1135 disebutkan;

Perkataan Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St. John sahaja. Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan Betz mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah tafsir sebagai Roh Suci

Perkataan Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu bahasa bagi Gospel of John dan kalimah yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec- Francais menjelaskan, perkataan Periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud “yang terpuji”.

Semua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justeru, dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad.

Terdapat juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir zaman adalah Nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak boleh diterima pakai kerana:

1. Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya”. Ayat ini menjelaskan, paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain” dan bukan beliau sendiri.

2. Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang bermaksud; “Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”

Begitu juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud “Sekiranya Penghibur yang akan aku utus daripada Bapa datang…Ia akan bersaksi mengenai aku”. Justeru, dia adalah identiti berlainan yang menjadi saksi mengenai Nabi Isa.

3. Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebut oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26 bermaksud; “Dia bakal mengingatkan kamu semua yang aku katakan kepadamu”. Sekali lagi ayat ini menjelaskan mengenai orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan manusia kepada ajaran sebenar beliau.

4. Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan Al-Kitab Malaysia (1996) bermaksud:

“….Sekarang aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia…

Al-Quran adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan bersesuaian hingga akhir zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa tandingan bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa Al-Quran.

“Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar. Saya kasihkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul yang lain”

Reverend David Benjamin Keldani,

Bekas paderi Roman Katholik:

Muhammad in the Bible


4 Comments

Filed under Agama dan Islam

Kerasulan Muhammad Dalam Bible. (bukti 4,5 & 6)


BUKTI EMPAT: Datang dari Paran dan Terpuji di Dunia.

Di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut:

Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya.

Habakuk 3:3

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia juga tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan satu kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau.

Di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 17 disebut mengenai kisah Nabi Ismail yang bermaksud;

Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab

Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar.”

Kejadian 21:17

Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat ini jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan kepada bangsa Arab daripada susur keturunan Nabi Ismail. Ayat ini diperkukuhkan dengan ayat lain dalan buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7 yang bermaksud;

Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari Syeba, membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur Tuhan.

Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu; semua dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan rumah keagunganku.

Yesaya 6-7

Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini adalah unta, Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kenderaan penting bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah berdirinya Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan ini selari dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.

Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan dan kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana yang terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia sebenarnya menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan di dalam buku Genesis ayat 20.

Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian” yang terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud “Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya”.

Ini kerana nama Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI LIMA : Peristiwa di bumi Arab dan Penghijrahan ke Tema

Di dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 13 hingga 15 disebut bahawa sampai satu masa bumi Arab akan dikunjungi oleh orang yang melarikan diri dari peperangan dan meminta pertolongan. Mengikut terjemahan Bible Indonesia; Al-Kitab (1993) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia disebutkan;

Ucapan Ilahi terhadap Arabia, Di belukar di Arabia kamu akan bermalam, Hai kafilah-kafilah orang Dedan! Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang.

Yesaya 13-15

Sebenarnya, ayat ini menceritakan kejadian yang berlaku di bumi Arab di mana golongan manusia ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema.

Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897, Tema adalah salah satu seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah ini yang wujud di dalam Bible berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di bumi Arab. Beliau menyebut, Tema juga merupakan nama sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat bumi Arab. Ayat ini juga sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya ke Madinah selepas ditindas dengan kejam oleh golongan Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Manakala kehidupan di Madinah, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya mendapat bantuan dan pembelaan sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di sana.

Kajian yang dilakukan oleh J. Hastings ini menampakkan kaitan antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Sekiranya cerita ini disandarkan kepada kisah Nabi Isa, ia adalah tidak benar kerana Nabi Isa tidak pernah berhijrah keluar ke tanah Arab terutamanya di utara Madinah. Justeru, ayat ini amat bertepatan dengan dengan sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad yang berhijrah meminta pertolongan penduduk Madinah.

BUKTI ENAM :Keturunan Kedar Bakal Dikalahkan

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab (2002) buku Isaiah (Yesaya) ayat 14 hingga 17 disebut:

Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang. Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku:Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.

Yesaya 14-17

Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail.

A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”.

Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan perang Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikas dengan sejarah Perang Badar kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah setahun hijrah Nabi Muhammad.

Peperangan ini dimenangi oleh Nabi Muhammad dan pemuka-pemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini selari dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar. Kisah ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan dari keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak pernah keluar berperang dengan keturunan Kedar.

1 Comment

Filed under Agama dan Islam

KERASULAN MUHAMMAD DALAM BIBLE (bukti 1,2 & 3)

Penganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yang nyata.

BUKTI SATU: Perkataan Mahamuddim di dalam Bible

Di dalam Holy Bible pada buku Song of Solomon (Kidung Agung) bab 5 ayat 16 disebut:

His voice and speech are exceedingly sweet; yes,

he is altogether lovely.

This is my beloved, and this is my friend,

O daughters of Jerusalem!

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

Kata-katanya manis semata-mata,

segala sesuatu padanya menarik.

Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku,

hai puteri-puteri Yerusalem!

Kidung Agung 5:16

Perkataan “he is altogether lovely” yang terdapat di dalam Bible merupakan terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. Perkataan “im” dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan.

Contohnya, perkataan Elohim, Eloh yang membawa erti “Tuhan” manakala im bererti “Yang Maha Mulia”. Justeru, Elohim bererti Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan terhadap perkataan Mahamuddim, ia membawa erti “Mahamadd yang mulia” atau “Mahamadd yang terpuji”. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI DUA: Istilah Himdah, Shalom dan Periclytos

Di dalam kitab Perjanjian Lama buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 disebut:

For thus says the Lord of hosts: Yet once more, in a little

while, I will shake and make tremble the [starry] heavens, the earth, the

sea, and the dry land;

And I will shake all nations and the desire and the precious

things of all nations shall come in,

and I will fill this house with splendor, says the Lord of hosts.

The silver is Mine and the gold is Mine, says the Lord of hosts.

The latter glory of this house shall be greater than the

former, says the Lord of hosts; and in this place will I give peace and

prosperity, says the Lord of hosts.

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu

lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat;

Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga

barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir,

maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman

TUHAN semesta alam.

Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas,

demikianlah firman TUHAN semesta alam.

Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan

melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan

di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman

TUHAN semesta alam.”

Hagai 2:7-10

Di dalam Bible versi terjemahan Inggeris, perkataan desire dan peace berasal daripada perkataan-perkataan asal bahasa Yahudi iaitu Himdah dan Shalom. Manakala terjemahan Bible versi Indonesia pula menterjemahkannya sebagai “barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang” dan “damai sejahtera”.

Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Ha-Ma-Da dan ini selari dengan huruf-huruf asal abagi nama Ahmad  dan Muhammad . Shalom pula selari dengan perkataan Arab Salama yang melahirkan perkataan Islamم. Islam membawa maksud damai dan sejahtera.

Bible Indonesia, Al-Kitab menggunakan kedua-dua perkataan ini bagi menterjemahkan perkataan Shalom. Sebagai contoh, perkataan Shalom juga digunakan oleh nabi Isa as ketika bertemu dengan sahabat baginda sebagaimana dirakamkan di dalam Perjanjian Baru, Injil Lukas bab 24 ayat 36:

Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu,

Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada

mereka:” Shalom alaykum!” (Damai sejahtera bagi kamu!)

Shalom alaykum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”. Perkataan nabi Isa as ini sama sebagaimana yang diajarkan oleh nabi Muhammad saw iaitu Assalamu alaikum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”.

Perlulah diketahui bahawa ayat ini menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini selari dengan kisah riwayat hidup Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam.

Di dalam Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasa asalnya iaitu bahasa Yunani kuno. Perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, gloriousdan praised atau bererti “dia yang terpuji”. Perkataan ini selari dengan perkataan Himdah, Ahmad dan Muhammad yang bermaksud “dia yang terpuji”.

Sekiranya kita membaca buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 dengan menafsirkan ayat ini, ia akan dibaca dengan;

Kerana inilah TUHAN semesta alam telah berfirman: Tidak lama

lagi, Aku akan mengggegarkan langit dan bumi, laut dan darat,

serta semua bangsa manusia dengan mengutuskan seorang nabi

bernama Muhammad sehingga semua manusia datang kepadanya.

Maka melalui dia, Aku memenuhi Rumah Tuhan (Kaabah) ini dengan

kemegahan.

Firman TUHAN semesta alam: Akulah penguasa perak dan emas.

Firman TUHAN semesta alam: Adapun Rumah Tuhan (Kaabah) ini,

kemegahannya di zaman nabi Muhammad akan melebihi berbanding

zaman nabi sebelumnya, dan di tempat ini Aku akan memberikan Islam.

Hagai 2:7-10

Di dalam ayat tersebut beberapa perkara penting yang perlu diketahui iaitu bagaimana Allah telah mengkhabarkan tentang kedatangan seorang rasul yang amat diberkati dan dipuji oleh umat manusia. Malah, Allah juga dengan jelas menyebut Rumah Tuhan akan dimegahkan dengan pujian dan nyanyian berupa zikir-zikir memuji Allah.

Tidak syak lagi kedatangan Nabi Muhammad saw telah mengubah lanskap masyarakat Arab yang menyembah berhala kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Pujian dan zikir-zikir dilaungkan tidak henti-henti sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sehingga sekarang. Bahkan, setelah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad telah membuka lembaran baru kepada agama Allah iaitu Islam. Seluruh masyarakat dunia datang mengunjungi Rumah Tuhan iaitu Kaabah dan memuji Allah lebih daripada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana terdapat seramai 1.4 bilion umat Nabi Muhammad di seluruh dunia.

BUKTI TIGA: Datang dari Paran Bersama 10 000 Pengikut

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab pada buku Deuteronomy (Ulangan) bab 33 ayat 2 :

Berkatalah ia: “TUHAN datang dari Sinai dan terbit kepada

mereka dari Seir; Ia tampak bersinar dari pegunungan Paran dan datang

dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-

Nya tampak kepada mereka api yang menyala.

Ulangan 33:2

Berkaitan dengan ini, Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiaan bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Dia kemudiannya muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di tangan kanannya”

Di dalam ayat di atas, perkataan Paran merujuk kepada suatu tempat yang terletak di Semenanjung Tanah Arab. Golongan Bani Israel termasuk Nabi Isa as sendiri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dengan tempat yang dinamakan Paran. Tetapi Siti Hajar dan Nabi Ismail merantau ke pergunungan Bersyeba kemudian menetap di bumi Paran seperti mana yang dicatatkan di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 14 hingga 21.

Keesokan harinya pagi-pagi Abraham mengambil roti serta

sekirbat air dan memberikannya kepada Hagar. Ia meletakkan itu

beserta anaknya di atas bahu Hagar, kemudian disuruhnyalah

perempuan itu pergi. Maka pergilah Hagar dan mengembara di padang

gurun Bersyeba.

Ketika air yang dikirbat itu habis, dibuangnyalah anak itu ke

bawah semak-semak,

dan ia duduk agak jauh, kira-kira sepemanah jauhnya,

sebab katanya: “Tidak tahan aku melihat anak itu mati.” Sedang ia

duduk di situ, menangislah ia dengan suara nyaring.

Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru

dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: “Apakah yang engkau

susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara

anak itu dari tempat ia terbaring.

Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab

Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar.”

Lalu Allah membuka mata Hagar, sehingga ia melihat

sebuah sumur; ia pergi mengisi kirbatnya dengan air, kemudian

diberinya anak itu minum.

Allah menyertai anak itu, sehingga ia bertambah besar; ia

menetap di padang gurun dan menjadi seorang pemanah.

Maka tinggallah ia di padang gurun Paran, dan ibunya

mengambil seorang isteri baginya dari tanah Mesir.

Kejadian 21:14-21

Melalui keturunan Kedar anak Nabi Ismail, Nabi Muhammad dilahirkan dan kemudian dilantik menjadi rasul. Pada tahun ke 11 hijrah, baginda bersama 10 ribu pengikut setia memasuki bumi Mekah dengan membawa undang-undang kepada seluruh umat manusia.

Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran merupakan bumi Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali dengan Perigi Zam-Zam. Perigi itu dikurniakan Allah kepada Hajar dan anaknya, Nabi Ismail as. Perigi ini masih wujud sehingga hari ini.

Nabi Muhammad saw juga berasal dari bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan dakwah di Mekah, beliau berhijrah ke kota Madinah. Selepas lapan tahun kemudian, baginda kembali dan menguasai kota Mekah dengan diiringi 10 000 orang para sahabat. Nabi Muhammad saw menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam di kota Madinah. Sebaliknya perlu diketahui bahawa ayat ini tidak menceritakan tentang kenabian Nabi Isa.

Terdapat beberapa perkara yang menyentuh rasionalnya ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad.

1. Nabi Isa tidak berasal dari bumi Paran tetapi Nabi Muhammad berasal dari bumi Paran melalui susur galur keturunan Nabi Ismail yang tingal di Paran.

2. Nabi Isa tidak dijanjikan mempunyai umat yang besar dari kalangan kaumnya iaitu Yahudi tetapi Nabi Muhammad saw dijanjikan mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan kaumnya iaitu bangsa Arab.

3. Nabi Isa tidak membawa undang-undang baru tetapi Nabi Muhammad membawa undang-undang baru. Ini dijelaskan di dalam Injil Markus ayat 17.

4. Nabi Isa tidak mempunyai pengikut seramai ribuan orang bahkan hanya seramai 12 orang sahajayang dikenali sebagai apostles berbanding Nabi Muhammad, baginda mempunyai ribuan pengikut setia yang dikenali sebagai sahabat.

Kisah ini dipaparkan dengan jelas di dalam Bible Indonesia, al-Kitab buku Jude (Surat Yudas) ayat 14 hingga 16 yang bermaksud:

Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari

Adam, telah bernubuat, katanya: “Sesungguhnya Tuhan datang dengan

beribu-ribu orang kudus-Nya,

Hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan

hukuman atas orang-orang fasik karena semua perbuatan fasik, yang

mereka lakukan dan karena semua kata-kata nista, yang diucapkan

orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan.”

Mereka itu orang-orang yang menggerutu dan mengeluh

tentang nasibnya, hidup menuruti hawa nafsunya, tetapi mulut mereka

mengeluarkan perkataan-perkataan yang bukan-bukan dan mereka

menjilat orang untuk mendapat keuntungan.

Surat Yudas 14-16

Perkataan “beribu-ribu orang kudus-Nya” digunakan kembali di dalam ayat ini. Sesiapa yang mengkaji dengan objektif dan rasional mengenai sejarah Nabi Muhammad saw akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan adalah selari dengan dengan kisah beliau bersama para sahabat yang berjumlah ribuan orang semasa meguasai kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan.

Setelah penaklukan tersebut, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dikenakan ke atas mereka oleh Nabi Muhammad. Akan tetapi dengan penuh kasih sayang, baginda mengampunkan kesalahan mereka ketika jahiliyyah. Pada hari pembukaan kota Mekah, kaum kafir Mekah akhirnya menerima Islam sebagai pegangan hidup. Kisah di dalam ayat ini sedikit pun tidak menceritakan tentang riwayat hidup Nabi Isa.

1 Comment

Filed under Agama dan Islam

Tulisan-tulisan.

Sejarah tulisan.
Inskripsi bertarikh 779 masihi ditemui di Ligor, Semenanjung Malaya merujuk kepada perhubungan antara India dan Malaya. Dr Quarutch Wales telah menemui ukiran zaman Kedah Tua di atas batu bersegi empat, mengandungi simbol rumusan ye-dharma selatan India pada kurun ke-empat, terpampang pada tiga bahagian dalam tulisan Pallava atau Vatteluttu ditulis dalam kurun ke enam.
Di wilayah lain dalam kawasan Kedah ditemui pula tulisan Sanskrit bertarikh 1086. Inskripsi ini ditinggal oleh Kulothunka Chola I (Empayar Chola). Ini juga merujuk kepada hubungan perdagangan Empayar Chola dengan Malaya. Semua inskripsi Sanskrit ini merujuk kepada kegiatan dan pemerintahan negeri selatan India.
Rekod J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu dan A.W. Hamilton mengatakan bahasa Sanskrit menjadi salah satu bahasa komersial di Nusantara sepanjang sejarah. Pelayaran pendagang India memberi kesan ke atas saudagar Sumatera dan Melayu semenanjung selama beberapa kurun berkaitan dengan aktiviti perdagangan. dalam kurun ke `17, Syarikat Belanda Timur India mewajibkan penggunaan bahasa dari India dalam urusan surat-menyurat. Istilah Melayu dalam buku simpanan dan kira-kira kebanyakannya dalam bahasa Sanskrit di Melaka dan perlabuhan yang lain sehingga kurun ke 19.
Kata pinjaman frasa Sanskrit India dalam bahasa Melayu umpanya akka – kakak, kadai – kedai, kappal – kapal, katikam – ketika, nagaram – negara, purva – purba, raja- raja, suniyam – sunyi, tali – tali, vakai- bagai.
Tulisan Melayu Tua adalah Kawi bercampur dengan tulisan jawi seperti yang ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Inilah tulisan tua yang digunakan dalam bahasa Melayu termasuk di Indonesia. Ia banyak dipengaruhi tulisan Sanskrit yang menjadi bahasa Lingua Franca antara Hindu dan Buddha.




Batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparis membaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali oleh Prof Othman Mohd Yatim sebagai:

Penampang Utara:

Bismillahirrahmanirrahim
dara buta buka ata-
mat Majanu berbawat
daya/seda ahmat
Pwan balat anak sadang
Ahmad Majanu ma Malaga
pada Allah

“Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur.” (di baca oleh Casparis)

Penampang selatan:

bismillahirrahmanirrahim
pertama Ahmad Maja-
nu masuk ke jalan tat-
kala raja-raja danan ba-
tun barah talang ketangkap
lalagi phana wassalam
1385


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi Penyayang, Ahmad Majanu adalah yang mula-mula muncul di tepi jalan ketika raja dan Tun (?) Barah Talanga ditangkap. Akhirnya beliau ghaib (dalam tahun Saka 1385)


Sejarah penulisan bahasa Melayu terbahagi kepada empat zaman.

Melayu Kuno
Tulisan tertua bertarikh 682 Masihi ditemui di Kedukan Bukit, berhampiran Palembang dan banyak lagi bertarikh dari kurun ke 7 hingga kurun ke 9 telah dijumpai di Sumatera, Jawa barat, Luzon, Manila dan lain-lain lagi. Tulisan Melayu tua ini menjadi contoh tulisan Melayu Kuno atau tulisan Melayu awal. Kesemua inskripsi ini ditulis dalam tulisan pallava yang kebanyakannya meminjam dan berunsur tulisan Sanskrit. Tulisan ini berakhir pada kurun ke 17.


Zaman Peralihan

Tulisan peralihan moden Melayu terawal yang mashur ialah dalam tulisan Arab di batu bersurat Terengganu ditulis dalam kurun ke 14 Masihi. Zaman ini juga ada ukiran teks Kawi Jawa bercampur aduk dengan tulisan Arab di temui di Pengkalan Kempas.

Zaman Melaka
Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.

Melayu Moden Masakini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato’ Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6. ]

Inskripsi Batu Bersurat Terengganu

Batu bersurat yang mengandungi kanun Islam ini ditulis dalam tulisan Arab kira-kira 1303 M yang silam. Tuhan atau Subhanahu wa Ta’ala telah diungkapkan dengan Dewata Mulia Raya.

Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba menegoh Ugama Islam…………


Inskripsi Kedukan Bukit


Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
apunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha d<(m> nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
apunta hiya,vulan jyeşţha d<(m> maŕlapas dari minānga
vala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva yam
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
di mata jap(tlurātus sapulu dua vañakña dātam
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….
marvuat vanua …..(laghu mudita dātam
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa …..

Terjemahan:

Om swasti astu! Salam sejahtera. Pada tahun Saka 605, hari ke 11, paruh terang bulan Waisaka, Sri Baginda naik sampan untuk mendapatkan “siddhayatra” (1). Pada hari 7, hari ke 15 paruh terang bulan Jyestha, Sri Baginda melepaskan dirinya dari minga tamban (?). Beliau membawa bala tentara dua laksa dengan … banyaknya dua ratus di sampan dengan pejalan seribu tiga ratus duabelas . Mereka datang di … Sungguh bersukacita pada hari ke 15 paruh terang bulan…, ringan, gembira dan datang melawat daerah … Sriwijaya jaya! bahagia dan kaya

Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yang diaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.


Inskripsi di Gunung Jerai

Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu. H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2].

Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab in situ kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencil dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.

Matawang Kedah
Dalam bulan September 1982, orang bertemu sebutir bejana tembikar penuh duit syiling perak di Pulau Langkawi. Setiap kepingnya bertulis “Muhammad Syah” dan di sebelah lagi bertulis “al-Sultan al-Qadah”. Duit itu ialah duit Kedah sebelum 1236.
[Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya: Tuan Haji Ismail Salleh]


Wang Emas ini diperkenalkan pada zaman Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 – 1687), Kedah.


Wang Emas pada zaman Sultan Sulaiman Shah 1620, Kedah


Duit bertarikh 1141 Hijarah (1728 Masihi) terukir Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman.


Duit ayam sabung bertenggek di atas beberapa gelang ini diperkenalkan di zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah (1710 – 1773), Kedah. Ia menunjukkan nilai 5 sen dalam Dollar perak Spanyol dan setiap gelang dinilai sebagai satu sen dollar perak Spanyol.

Inskripsi Nisan Ratu al-Ala di Minye Tujoh, Aceh


Dalam tulisan huruf Jawa kuno
[4][1], sebuah puisi berirama dibaca oleh Stutterheim seperti berikut:

Hijrah nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarasaa,
haji catur dan dasa vara sukra,
raja iman (varda) rahmatullah,
gutra bha (ru bha sa (ng) mpu hak kadah pase me
tarukk tasih tanahsamuha,
ilahi ya rabbi tuhan samuha,
taruh dalam svarga tuhan tutuha,

“baginda telah pergi, selepas Hijrah nabi (terpilih) mustafa,
Jumaat, 14 haribulan Zulhijjah 791,
Raja beriman Varda Rahmatallah,
dari rumah Bharubha, yang menguasai Kedah dan Pasai,
yang bertunas seluruh dunia,
Ilahi wahai tuhan ku,
tempatkan pemimpin kami dalam syurga

Tanggapan:

Raja Aceh dikatakan pernah menyerang kerajaan Kedah dalam kisah Puteri Lindungan Bulan, sebab itu dikatakan Raja Aceh tersebut menguasai Kedah dan Pasai.

Di Nusantara, kebiasaan bentuk nisan tersebut menunjukkan permakam seorang perempuan seperti yang terdapat di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal dan Makam keramat Tok Jame berhampiran Kepala Batas, Jitra.

Sumber sekunder yang lain saya pernah mendengar dari buah bibir orang tua-tua termasuk ayah saya sendiri, Kedah dikenali juga sebagai Kedah Pasai Ma.

Inskripsi Parsi di Kedah
Kamus Munjid menyenaraikan 9 jenis kaligrafi Arab yang terkenal. Salah satu daripadanya adalah tulisan Parsi yang dipercayai turut dipinjam dalam sistem tulisan Jawi di Nusantara seperti huruf Ga dan Ca.
Saya telah mempelajari 9 jenis tulisan arab tersebut pada suatu ketika dahulu. Hari-hari dan masa yang berlalu pergi menemukan saya dengan beberapa tulisan Parsi di Kedah.


Inskripsi ini seakan berbunyi Ibn Serdan 213 (Hijrah?), ia ditemui bersama longgokan batu-bata dan patung Hindu/Buddha di Chandi Lembah Bujang di Merbok Kedah. Sekarang ini tersimpan di Muzium Arkeologi dan Antikuiti Merbok, Kedah.

Ini pula adalah Inskripsi tulisan Parsi pada nisan Shaikh ‘Abdul Kadir Ibn Hussain Syah. Tarikh yang ditemui seakan-akan 290 atau 291 Hijrah. Sayangnya nisan ini kaku dibawah naungan hujan dan panas. Sepatutnya pihak yang berkaitan menjaga nisan ini meletakkan cermin supaya tulisan tersebut tidak terhakis.

Kadaram dalam Inskripsi Tanjore


Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah. Antara terjemahan daripada inskripsi tersebut ialah:
Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama.“(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa menyebut sepintas lalu peperangan dahsyat itu:
Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu selama peninggal Perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk“.
[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21

[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4][1] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara, hal. 25

by naim_firdausi

Leave a comment

Filed under Sejarah