KERASULAN MUHAMMAD DALAM BIBLE (bukti 1,2 & 3)

Penganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yang nyata.

BUKTI SATU: Perkataan Mahamuddim di dalam Bible

Di dalam Holy Bible pada buku Song of Solomon (Kidung Agung) bab 5 ayat 16 disebut:

His voice and speech are exceedingly sweet; yes,

he is altogether lovely.

This is my beloved, and this is my friend,

O daughters of Jerusalem!

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

Kata-katanya manis semata-mata,

segala sesuatu padanya menarik.

Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku,

hai puteri-puteri Yerusalem!

Kidung Agung 5:16

Perkataan “he is altogether lovely” yang terdapat di dalam Bible merupakan terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. Perkataan “im” dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan.

Contohnya, perkataan Elohim, Eloh yang membawa erti “Tuhan” manakala im bererti “Yang Maha Mulia”. Justeru, Elohim bererti Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan terhadap perkataan Mahamuddim, ia membawa erti “Mahamadd yang mulia” atau “Mahamadd yang terpuji”. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI DUA: Istilah Himdah, Shalom dan Periclytos

Di dalam kitab Perjanjian Lama buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 disebut:

For thus says the Lord of hosts: Yet once more, in a little

while, I will shake and make tremble the [starry] heavens, the earth, the

sea, and the dry land;

And I will shake all nations and the desire and the precious

things of all nations shall come in,

and I will fill this house with splendor, says the Lord of hosts.

The silver is Mine and the gold is Mine, says the Lord of hosts.

The latter glory of this house shall be greater than the

former, says the Lord of hosts; and in this place will I give peace and

prosperity, says the Lord of hosts.

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu

lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat;

Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga

barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir,

maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman

TUHAN semesta alam.

Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas,

demikianlah firman TUHAN semesta alam.

Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan

melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan

di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman

TUHAN semesta alam.”

Hagai 2:7-10

Di dalam Bible versi terjemahan Inggeris, perkataan desire dan peace berasal daripada perkataan-perkataan asal bahasa Yahudi iaitu Himdah dan Shalom. Manakala terjemahan Bible versi Indonesia pula menterjemahkannya sebagai “barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang” dan “damai sejahtera”.

Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Ha-Ma-Da dan ini selari dengan huruf-huruf asal abagi nama Ahmad  dan Muhammad . Shalom pula selari dengan perkataan Arab Salama yang melahirkan perkataan Islamم. Islam membawa maksud damai dan sejahtera.

Bible Indonesia, Al-Kitab menggunakan kedua-dua perkataan ini bagi menterjemahkan perkataan Shalom. Sebagai contoh, perkataan Shalom juga digunakan oleh nabi Isa as ketika bertemu dengan sahabat baginda sebagaimana dirakamkan di dalam Perjanjian Baru, Injil Lukas bab 24 ayat 36:

Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu,

Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada

mereka:” Shalom alaykum!” (Damai sejahtera bagi kamu!)

Shalom alaykum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”. Perkataan nabi Isa as ini sama sebagaimana yang diajarkan oleh nabi Muhammad saw iaitu Assalamu alaikum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”.

Perlulah diketahui bahawa ayat ini menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini selari dengan kisah riwayat hidup Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam.

Di dalam Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasa asalnya iaitu bahasa Yunani kuno. Perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, gloriousdan praised atau bererti “dia yang terpuji”. Perkataan ini selari dengan perkataan Himdah, Ahmad dan Muhammad yang bermaksud “dia yang terpuji”.

Sekiranya kita membaca buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 dengan menafsirkan ayat ini, ia akan dibaca dengan;

Kerana inilah TUHAN semesta alam telah berfirman: Tidak lama

lagi, Aku akan mengggegarkan langit dan bumi, laut dan darat,

serta semua bangsa manusia dengan mengutuskan seorang nabi

bernama Muhammad sehingga semua manusia datang kepadanya.

Maka melalui dia, Aku memenuhi Rumah Tuhan (Kaabah) ini dengan

kemegahan.

Firman TUHAN semesta alam: Akulah penguasa perak dan emas.

Firman TUHAN semesta alam: Adapun Rumah Tuhan (Kaabah) ini,

kemegahannya di zaman nabi Muhammad akan melebihi berbanding

zaman nabi sebelumnya, dan di tempat ini Aku akan memberikan Islam.

Hagai 2:7-10

Di dalam ayat tersebut beberapa perkara penting yang perlu diketahui iaitu bagaimana Allah telah mengkhabarkan tentang kedatangan seorang rasul yang amat diberkati dan dipuji oleh umat manusia. Malah, Allah juga dengan jelas menyebut Rumah Tuhan akan dimegahkan dengan pujian dan nyanyian berupa zikir-zikir memuji Allah.

Tidak syak lagi kedatangan Nabi Muhammad saw telah mengubah lanskap masyarakat Arab yang menyembah berhala kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Pujian dan zikir-zikir dilaungkan tidak henti-henti sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sehingga sekarang. Bahkan, setelah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad telah membuka lembaran baru kepada agama Allah iaitu Islam. Seluruh masyarakat dunia datang mengunjungi Rumah Tuhan iaitu Kaabah dan memuji Allah lebih daripada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana terdapat seramai 1.4 bilion umat Nabi Muhammad di seluruh dunia.

BUKTI TIGA: Datang dari Paran Bersama 10 000 Pengikut

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab pada buku Deuteronomy (Ulangan) bab 33 ayat 2 :

Berkatalah ia: “TUHAN datang dari Sinai dan terbit kepada

mereka dari Seir; Ia tampak bersinar dari pegunungan Paran dan datang

dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-

Nya tampak kepada mereka api yang menyala.

Ulangan 33:2

Berkaitan dengan ini, Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiaan bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Dia kemudiannya muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di tangan kanannya”

Di dalam ayat di atas, perkataan Paran merujuk kepada suatu tempat yang terletak di Semenanjung Tanah Arab. Golongan Bani Israel termasuk Nabi Isa as sendiri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dengan tempat yang dinamakan Paran. Tetapi Siti Hajar dan Nabi Ismail merantau ke pergunungan Bersyeba kemudian menetap di bumi Paran seperti mana yang dicatatkan di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 14 hingga 21.

Keesokan harinya pagi-pagi Abraham mengambil roti serta

sekirbat air dan memberikannya kepada Hagar. Ia meletakkan itu

beserta anaknya di atas bahu Hagar, kemudian disuruhnyalah

perempuan itu pergi. Maka pergilah Hagar dan mengembara di padang

gurun Bersyeba.

Ketika air yang dikirbat itu habis, dibuangnyalah anak itu ke

bawah semak-semak,

dan ia duduk agak jauh, kira-kira sepemanah jauhnya,

sebab katanya: “Tidak tahan aku melihat anak itu mati.” Sedang ia

duduk di situ, menangislah ia dengan suara nyaring.

Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru

dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: “Apakah yang engkau

susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara

anak itu dari tempat ia terbaring.

Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab

Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar.”

Lalu Allah membuka mata Hagar, sehingga ia melihat

sebuah sumur; ia pergi mengisi kirbatnya dengan air, kemudian

diberinya anak itu minum.

Allah menyertai anak itu, sehingga ia bertambah besar; ia

menetap di padang gurun dan menjadi seorang pemanah.

Maka tinggallah ia di padang gurun Paran, dan ibunya

mengambil seorang isteri baginya dari tanah Mesir.

Kejadian 21:14-21

Melalui keturunan Kedar anak Nabi Ismail, Nabi Muhammad dilahirkan dan kemudian dilantik menjadi rasul. Pada tahun ke 11 hijrah, baginda bersama 10 ribu pengikut setia memasuki bumi Mekah dengan membawa undang-undang kepada seluruh umat manusia.

Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran merupakan bumi Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali dengan Perigi Zam-Zam. Perigi itu dikurniakan Allah kepada Hajar dan anaknya, Nabi Ismail as. Perigi ini masih wujud sehingga hari ini.

Nabi Muhammad saw juga berasal dari bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan dakwah di Mekah, beliau berhijrah ke kota Madinah. Selepas lapan tahun kemudian, baginda kembali dan menguasai kota Mekah dengan diiringi 10 000 orang para sahabat. Nabi Muhammad saw menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam di kota Madinah. Sebaliknya perlu diketahui bahawa ayat ini tidak menceritakan tentang kenabian Nabi Isa.

Terdapat beberapa perkara yang menyentuh rasionalnya ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad.

1. Nabi Isa tidak berasal dari bumi Paran tetapi Nabi Muhammad berasal dari bumi Paran melalui susur galur keturunan Nabi Ismail yang tingal di Paran.

2. Nabi Isa tidak dijanjikan mempunyai umat yang besar dari kalangan kaumnya iaitu Yahudi tetapi Nabi Muhammad saw dijanjikan mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan kaumnya iaitu bangsa Arab.

3. Nabi Isa tidak membawa undang-undang baru tetapi Nabi Muhammad membawa undang-undang baru. Ini dijelaskan di dalam Injil Markus ayat 17.

4. Nabi Isa tidak mempunyai pengikut seramai ribuan orang bahkan hanya seramai 12 orang sahajayang dikenali sebagai apostles berbanding Nabi Muhammad, baginda mempunyai ribuan pengikut setia yang dikenali sebagai sahabat.

Kisah ini dipaparkan dengan jelas di dalam Bible Indonesia, al-Kitab buku Jude (Surat Yudas) ayat 14 hingga 16 yang bermaksud:

Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari

Adam, telah bernubuat, katanya: “Sesungguhnya Tuhan datang dengan

beribu-ribu orang kudus-Nya,

Hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan

hukuman atas orang-orang fasik karena semua perbuatan fasik, yang

mereka lakukan dan karena semua kata-kata nista, yang diucapkan

orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan.”

Mereka itu orang-orang yang menggerutu dan mengeluh

tentang nasibnya, hidup menuruti hawa nafsunya, tetapi mulut mereka

mengeluarkan perkataan-perkataan yang bukan-bukan dan mereka

menjilat orang untuk mendapat keuntungan.

Surat Yudas 14-16

Perkataan “beribu-ribu orang kudus-Nya” digunakan kembali di dalam ayat ini. Sesiapa yang mengkaji dengan objektif dan rasional mengenai sejarah Nabi Muhammad saw akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan adalah selari dengan dengan kisah beliau bersama para sahabat yang berjumlah ribuan orang semasa meguasai kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan.

Setelah penaklukan tersebut, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dikenakan ke atas mereka oleh Nabi Muhammad. Akan tetapi dengan penuh kasih sayang, baginda mengampunkan kesalahan mereka ketika jahiliyyah. Pada hari pembukaan kota Mekah, kaum kafir Mekah akhirnya menerima Islam sebagai pegangan hidup. Kisah di dalam ayat ini sedikit pun tidak menceritakan tentang riwayat hidup Nabi Isa.

1 Comment

Filed under Agama dan Islam

One response to “KERASULAN MUHAMMAD DALAM BIBLE (bukti 1,2 & 3)

  1. Amat berguna menyedarkan rakan-rakan tidak mempercayai Islam itu agama yang betul…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s