Kerasulan Muhammad Dalam Bible. (bukti 4,5 & 6)


BUKTI EMPAT: Datang dari Paran dan Terpuji di Dunia.

Di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut:

Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya.

Habakuk 3:3

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia juga tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan satu kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau.

Di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 17 disebut mengenai kisah Nabi Ismail yang bermaksud;

Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab

Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar.”

Kejadian 21:17

Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat ini jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan kepada bangsa Arab daripada susur keturunan Nabi Ismail. Ayat ini diperkukuhkan dengan ayat lain dalan buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7 yang bermaksud;

Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari Syeba, membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur Tuhan.

Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu; semua dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan rumah keagunganku.

Yesaya 6-7

Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini adalah unta, Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kenderaan penting bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah berdirinya Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan ini selari dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.

Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan dan kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana yang terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia sebenarnya menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan di dalam buku Genesis ayat 20.

Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian” yang terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud “Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya”.

Ini kerana nama Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI LIMA : Peristiwa di bumi Arab dan Penghijrahan ke Tema

Di dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 13 hingga 15 disebut bahawa sampai satu masa bumi Arab akan dikunjungi oleh orang yang melarikan diri dari peperangan dan meminta pertolongan. Mengikut terjemahan Bible Indonesia; Al-Kitab (1993) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia disebutkan;

Ucapan Ilahi terhadap Arabia, Di belukar di Arabia kamu akan bermalam, Hai kafilah-kafilah orang Dedan! Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang.

Yesaya 13-15

Sebenarnya, ayat ini menceritakan kejadian yang berlaku di bumi Arab di mana golongan manusia ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema.

Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897, Tema adalah salah satu seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah ini yang wujud di dalam Bible berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di bumi Arab. Beliau menyebut, Tema juga merupakan nama sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat bumi Arab. Ayat ini juga sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya ke Madinah selepas ditindas dengan kejam oleh golongan Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Manakala kehidupan di Madinah, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya mendapat bantuan dan pembelaan sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di sana.

Kajian yang dilakukan oleh J. Hastings ini menampakkan kaitan antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Sekiranya cerita ini disandarkan kepada kisah Nabi Isa, ia adalah tidak benar kerana Nabi Isa tidak pernah berhijrah keluar ke tanah Arab terutamanya di utara Madinah. Justeru, ayat ini amat bertepatan dengan dengan sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad yang berhijrah meminta pertolongan penduduk Madinah.

BUKTI ENAM :Keturunan Kedar Bakal Dikalahkan

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab (2002) buku Isaiah (Yesaya) ayat 14 hingga 17 disebut:

Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang. Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku:Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.

Yesaya 14-17

Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail.

A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”.

Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan perang Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikas dengan sejarah Perang Badar kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah setahun hijrah Nabi Muhammad.

Peperangan ini dimenangi oleh Nabi Muhammad dan pemuka-pemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini selari dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar. Kisah ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan dari keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak pernah keluar berperang dengan keturunan Kedar.

1 Comment

Filed under Agama dan Islam

One response to “Kerasulan Muhammad Dalam Bible. (bukti 4,5 & 6)

  1. Salam,

    Saya mahu berkongsi blog “Apa Sebenarnya Kata Jesus?” di http://apakatajesus.wordpress.com/

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s