Bukti kerasulan Muhammad oleh Buddha.

Buddha dan Maitreya

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud seorang yang bijaksana atau dia yang mendapat petunjuk. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud yang terakhir dan Antim Buddha bermaksud nabi yang terakhir. Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Di dalam Gospel Of Buddha oleh Caurus pada halaman 217 disebutkan, Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci dan teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA”.

Dalam terjemahan inggeris bermaksud, ”O’ Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teaching of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach a way of life shich will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be Maitreya”.

Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan akhir zaman yang dikenali sebagai Maitreya ini.

1• Beliau adalah seorang manusia
2• Beliau mempunyai peribadi yang mulia
3• Beliau akan datang sebagai pemimpin manusia
4• Beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada semua
5• Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok tertentu.
6• Ajaran yang akan dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
7• Beliau adalah Maitreya.

(1) Nabi Muhammad adalah manusia biasa. Berpandukan kata-kata Allah dalam surah al-kahfi, ayat 110 yang bermaksud ”katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa”.

(2) Peribadi Nabi Muhammad adalah mulia sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 yang bermaksud. ”Sesungguhnya kamu, Wahai Muhammad, benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua manusia. Allah menyatakan dalam surah al-ahzab ayat 21 yang bermaksud, ”Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu”.

(3) Nabi Muhammad adalah pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberi ketaatan kepada beliau tanpa berbelah bahagi. Allah menyatakan dalam surah an-Nisa, ayat 90 yang bermaksud, ”Barang siapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia mentaati Allah”.

Sehubungan dengan ini, Michael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, ”Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan…Beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul”.

(4) Nabi Muhammad adalah seorang pembimbing dan pendidik berpandukan ajaran Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 164 yang bermaksud. ”Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang Rasul daripada kelangan mereka sendiri yang mebacakan kepada mereka ayat-ayatNYA, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al-kitab dan Hikmah”.

(5) Nabi Muhammad diutus kepada seluruh manusia. Allah menyatakan dalam surah as-sabak ayat 28 yang bermaksud, ”Tidak kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya”.

(6) Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah risalah yang lengkap dan sempurna. Allah menyatakan dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud, ”Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat-Ku.

(7) Utusan akhir zaman akan kembali dikenali sebagai Maitreya, Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau ’Pembawa Rahmat’. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures. Semua ini selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana beliau adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sepertu yang disebutkan di dalam Quran, surah al-anbiyak ayat 107 yang bermaksud, ”Tidak kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.

Leave a comment

Filed under Agama dan Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s