Monthly Archives: June 2010

Punca Derita Dunia dan Akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadaNya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadaNya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (surah An-nisa’, ayat 116)

“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah, maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Di atas adalah sebahagian dari dalil2 yg banyak yg menceritakan berkenaan syirik. Dari sini kita tahu bahawa dosa syirik adalah dosa yg paling besar dan tak akan diampuni. Maka apakah yg patut kita lakukan untuk mengelak dari terjerumus ke lembah neraka bersama dosa syirik?

p/s: yg dibimbangkan adalah syirik khafi… walaupun khafi (tersembunyi), tapi tetap syirik dan tak diampunkan…

Leave a comment

Filed under Aqidah

Seloka Antara Halal dan Haram.

antara halal dan haram..

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. (Hadis daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir)

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita.

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing @ babi bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (HR At-Tabrani dan Baihaqi)

W: kalau dimakan menjadi haram,
jika bersentuhan perlu disamak,
lain pula dengan bukan mahram,
dua-dua pun haram… aallaamaak….

J: alamak..dia sudah berpantun,
mai sini turn aku pulak,
tak guna kalau dok sopan santun,
tapi dok buat benda haram jugak…

W: tapi dok buat benda haram jugak,
sebab taqlid dgn sekeliling,
menuruti buta tuli dan pekak,
diri sendiri khayal dan pening….

J: diri sndri khayal dan pening,
tala ke hulu tala ke hilir,
tak tau apa yg paling penting,
ada otak tak mau pikir..

W: ada otak tak mau pikir,
main tala tak kenal punca,
hanyut dan karam hingga ke akhir,
enak dan lazat dengan dunia…

…………………………………………………

J: klu sentuh babi bole samak,
pa nk wat klu sentuh pmpn bkn mahram?
sy pn nk tau jugak,
sapa2 bleh bg kami faham?

W: sapa2 bleh bg kami faham?
sampai sekarang masih benak,
tolonglah tolong otak dah lebam,
biasalah kami ini anak-anak…

JF: paham xpaham sy pun tak paham
dalam tak paham tp tau buat
mmg otak dah pun lebam
bukan ke wajib bertaubat..

W: dalam tak faham tp tau buat,
jika tau buat maknanya faham,
jgnlah tambah akar yg berselirat,
macam mana nak taubat kalau masih kelam??

J: akar dan akal dah berselirat,
pulun smpai sakit urat belikat,
dari kecik dok suruh buat, buat, buat!!
kalau tak buat, kata tak taat…

W: kalau tak buat kata tak taat,
jangan-jangan boleh kena sebat,
nak tak nak kenalah buat,
makinlah lama makinlah sesat….

J: makin lama makinlah sesat,
apa yg dibuat rasa dah tepat,
kalau ada lain pendapat,
terus tolak bulat-bulat…

JF: saudara bpantun mmg hebat
terpanggil diri nak join sekali
nak tak nak kenalah buat
mcm mana ni…nak wat apa lagi ni???

J: nak buat lagu mana lagi?
dah lagu tu…
depa kata kna p ngaji.
baru la tahu…

W: depa kata kna p ngaji,
depa kata lg kena cari guru,
macam mana kita nak yakin pasti,
ustaz ka guru sekarang ni bercelaru…..

J: dah celaru tambah celaru,
mna nk cari ustaz atau guru,
mursyid tak mursyid mana nk tahu,
last2 kita yg jadi dungu…
haruuu..

W: kita yang jadi dungu ikut guru,
ikut-ikutan semakin buntu,
tidak terjawab apa yg tak tahu,
tapi terperangkap dalam ragu….

JF: depa kata kena cari guru??
awat skang ni bcelaru??
sudah hamba pun tak tahu
nak wat camna..dah lagu tu…

W: nak wat camna..dah lagu tu,
guru yg ada ikutan yg dulu,
kita yg dungu turutkan perahu,
tanpa dayung dan hala tuju…

JF: tanpa dayung dan hala tuju…
itu lagi celaru
macam mana pun sy pegi keja dulu..
assalammualaikum… mintak diri dulu..

terima kasih..tumpang lalu.. 🙂

J: sama2 tumpang lalu,
apasal nk minta diri pula,
diri lu hak lu,
tak yah nak minta-minta…

W: tak yah nak minta-minta,
bukan dia masa nak bagi-bagi,
sendiri pun bukan empunya,
nak minta kat siapa lagi??

J: minta bagi minta bagi,
doa dapat doa dapat,
kalau dok rasa kita pnya lagi,
conform api kat akhirat..
konfom tuu..

W: conform api kat akhirat,
tapi masih tak sedar lagi,
apa nak kisah apa nak buat,
selamat sampai ke destinasi…..

J: semua menuju ke destinasi,
tak tau timbul atau tenggelam,
cik love ayuni..
takkan tangkap gambar pn haram?

W: takkan tangkap gambar pn haram?
dalil mana yg diguna pakai,
janganlah ikut suka main hentam,
marilah belajar gunakan akai….

J: janganlah ikut suka main hentam,
guna akal guna ilmu,
haha..cik wan sudah geram,
aku pn nak chow dulu…

W: aku pn nak chow dulu,
sapa yg rajin bolehlah sambung,
ada masa dilain waktu,
mungkin akan kembali rabung…

……………………………………………………..

J: bukan nk bicara yg tersurat,
tapi nk bincang yg tersirat,
itu yg jadi matlamat,
sama2 saling ingat-mengingat..

sentuh dgn sengaja wanita bukan mahram,
hukumnya dah pasti haram,
sebab takut nanti jadi geram,
mulalah nk hentam-menghentam.. 🙂

bertempuh tapi tak bersentuh,
itu hanya kalau tak bertepi,
mesti kna yakin sungguh-sungguh,
sekalian alam Tuhan meliputi…

pantun berpantun suka sekali,
umpama silat empunya tari,
buah pantun itulah isi,
agar sama kita fahami…

sumber: facebook group Muzakarah Ad-Deen

1 Comment

Filed under Seni dan Bahasa

Kini Yakjud dan Makjud Pula Membina Tembok Besi.

FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.



Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil ‘Sheet’, ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.




Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.

FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI “SUPER-STRENGTH STEEL”. KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.

Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep ‘jingsaw’ – mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.

Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.

Prof Dr Yusuf Qardhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah ‘haram di sisi syarak’. Tambah beliau lagi, “Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)”. Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

5 Comments

Filed under Negara Islam

Penjara Terbesar di Dunia.

Pada 20 Februari, 2005, kerajaan Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565km2 di Tebing Barat (kira-kira 10% dari kawasan keseluruhan) di Zon Barat Pemisah di antara tembok dan Garis Hijau ‘Israel’ akan menguasai Zon Timur Pemisah sehingga 1,555 km persegi (27% dari Tebing Barat) sehingga ke Lembah Jordan dan kawasan Barat pantai Laut Mati. Secara keseluruhannya, Rancangan Tembok meliputi kira-kira 37% Tebing Barat.

Jumlah kepanjangan Tembok Pemisah:

645 km di Tebing Barat
102 km di Semenanjung Gaza

Kawasan tembok yang telah disiapkan:

– 178 km (28% dari panjang keseluruhan) di Tebing Barat
– Semenanjung Gaza: 102 km
– 182 km (28% dari panjang keseluruhan) masih dalam proses pembinaan
di Tebing Barat
– 126 km (19.5% dari panjang keseluruhan) terletak di kawasan Garis Hijau

Komuniti Palestin yang terganggu akibat pembinaan Tembok Pemisah:

55 komuniti Palestin termasuk 90,000 orang terpisah di bahagian Barat tembok
42 komuniti Palestin termasuk 42,000 orang terpisah di bahagian Timur tembok
172 komuniti Palestin termasuk 550,000 menerima kesan teruk dari pembinaan tembok

Tembok Pemisah dan penempatan haram Israel:

98 penempatan Israel dengan jumlah penduduk kira-kira 375,000 orang (83% daripada pendatang haram Israel di Tebing Barat) mendiami Zon Barat Tembok Pemisah.

Leave a comment

Filed under Negara Islam