Monthly Archives: July 2010

Tugu Negara, Berhala Peninggalan Inggeris.

Apabila disebut Tugu Negara, terpancar di fikiran kita bahawa ia adalah sebuah tugu yang dibina untuk memperingati para pejuang yang telah berkorban untuk membebaskan Malaya pada suatu ketika dahulu. Adakah ianya benar-benar sebuah Tugu Negara atau sebuah Tugu untuk memuja pengganas/penjajah Inggeris? Tidak siapa di antara kita yang mengambil peduli pada ukiran wajah ketujuh-tujuh patung tersebut.

Tugu Negara berpatungkan Inggeris.

Sejarah Tugu Negara.

Tugu Negara pada mulanya telah dibina semasa zaman pemerintahan penjajah/pengganas Inggeris. Mulanya hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di Jalan Tugu. Ia dibina oleh penjajah untuk memperingati para tentera Inggeris yang mati dibunuh.

Hanya manusia yang mempunyai akal akan bertanya, mengapa 5 dari 7 patung tersebut diukir wajah Inggeris? dan 2 patung yang dipijak oleh 5 wajah Inggeris merupakan patung Tentera Rakyat dari PKM? Mengapa tidak kita sanjungi Tentera Rakyat yang berjuang di dalam hutan untuk kemerdekaan dan mengusir Inggeris dari bumi Malaya dengan darah.

Patung-patung Inggeris ini berdiri gagah memegang bendera Malaysia kelihatan seperti Inggeris memerdekakan negara ini. Jika ditanya, daripada siapa mereka bebaskan Malaya ini? Bukankah mereka yang datang menjajah kita, mengaut kekayaan hasil bumi kita, memeras penduduk Malaya, merompak harta rakyat dan bermacam-macam lagi kekejaman yang dilakukan tetapi rakyat Malaya pada ketika itu buta kerana disumbat dengan pound dan coklat made in England.

Inggeris telah datang kemari dengan menghapuskan rakyat yang melawan penindasan. Pejuang-pejuang tanah air seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Rentap di Sarawak, Tok Janggut dan ribuan lagi pemimpin telah ditangkap dan ada yang dibunuh kejam.

Tidak terlepas apabila Darurat diisytiharkan pada 19 Jun 1948, pemimpin revolusioner seperti Dr Burhanuddin telah dipenjarakan dan menderita sakit. Pemimpin dari bangsa Cina seperti Lai Raifel mati di tali gantung Inggeris dan juga pemimpin dari kalangan buruh India seperti Ganapathy yang dibuang ke India. Mengapa persoalan ini semua kita biarkan berlalu lalu dan kita masih memuja Tugu berlambangkan Inggeris ini. Dimana wajah-wajah para pejuang dari kalangan rakyat Malaya? Apabila kita mengagungkan penjajah Inggeris ini, bermakna kita telah mengkhianati perjuangan nenek moyang kita melawan penindasan Inggeris.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan, kesemuanya nama-nama tentera Inggeris dan tentera dari negara Komanwel. Tidak ada satu nama Melayu atau Cina atau India pun ditulis. Pada setiap tahun kita mengadakan perbarisan mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan di tugu ini, malangnya kita menyembah tentera Inggeris. Ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman pemimpin Inggeris yang berwajah Melayu tetapi berhati Inggeris. Dasar-dasarnya semua ciptaan tuan Inggerisnya belaka. Dialah yang menjayakan pembinaan Tugu Inggeris ini untuk mengambil hati Sir Inggerisnya.

Setiap tahun pada 31 Julai, Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Para Pemimpin Tentera dan Polis akan memberikan penghormatan di tugu ini. Mereka secara langsung memberi penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. Bukankah ini satu perbuatan yang gila? atau mereka ini semuanya buta hati.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan adalah nama askar-askar Inggeris dan Tentera dari negara Komanwel.

sumber: http://patriot1957.blogspot.com/

6 Comments

Filed under Politik, Sejarah

Mari Kenal Wong Fei Hung @ Faisal Hussein Wong.

Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once Upon A Time in China“.Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak)

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan (Harimau) Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in. Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton.

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.

Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Pada 1924, Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China)

2 Comments

Filed under Rahsia, Sejarah

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa di Malaysia.

goldman_sachs

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?

Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

obama_group

(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

im_coming

Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?

Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.

Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein(CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billionyang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.

Pada Oktober 2008, Mexico mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk sehingga mengakibatkan puluhan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan bagi menentang pentadbiran Presiden Manuel Lopez Obrador. Semuanya berpunca dari mainan kotor Goldman Sachs yang menguasai bank-bank tempatan melalui agennya iaitu Menteri Kewangan Mexico yang dikatakan berdarah campuran Argentina-Israel.

Pada 16 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan rasmi bahawa Goldman Sachs Group telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur di Amerika melebihi nilai USD1 billion.

Tapi di Malaysia, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SEC) tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs untuk beroperasi di sini.

Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;

“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”

(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)

Permainan ekonomi dari gengster-gengster Goldman Sachs ini mungkin menjadi lebih mudah kerana syarikat bapa konspirasi mereka, Rothschild Malaysia sudah menetap di Malaysia sejak 2006.

Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.

Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.

madame_rosnah

(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai jawatankuasa LOFSA pada 2003.

NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.

Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.

Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;

“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”

Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan-permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.

Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam di peringkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.

Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut;

Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)

Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.

Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.

Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.

Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.

Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;

“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”

P/S : maklumat-maklumat tentang Rothschild Malaysia tidak sulit, ia boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan majalah-majalah ekonomi tempatan.

sumber: http://ibnuyaacob.com/


1 Comment

Filed under Ekonomi, Politik

Perancangan Keluarga: Idea Musuh?

PEMBATASAN KELAHIRAN (TAMDID EL NASL@TANZIM ELNASL)

Eropah dikejutkan dengan pertambahan penduduk yang meledak di negara2 Islam. Mengikut kajian setiap 313 orang dewasa Eropah : 1 remaja lelaki yang berusia di bawah 15 tahun.  Sementara di dunia Islam setiap 138 orang lelaki dewasa : 1 remaja lelaki berusia bawah 15 tahun. Ini bererti Islam memiliki lebih kurang 75% tenaga kemanusiaan yang berkembang biak berbanding barat yang hanya memiliki 25%. Sementara umat Islam memiliki tahap kesuburan yang 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding barat.

Seorang ahli fikir German, Powell Smith pernah mencetuskan kebimbangannya terhadap meledaknya penduduk di negara2 umat Islam. Katanya dunia Islam memiliki dua sumber yang terpenting iaitu

1. pertambahan manusia yang tinggi dan

2. sumber bumi yang melimpah. Kalau kita lihat secara umum hasil2 minyak, emas, uranium, bijih timah dan galian2 lain kita akan dapati kebanyakannya terdapat di negara2 umat Islam. Inilah kurniaan besar dariNYA keada umat Islam dan inilah yang mencetuskan kebimbangan barat.

Tenaga manusia yang ramai ini akan mewujudkan suatu kuasa agung yang mampu mengancam kuasa2 barat seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan kuasa antara timur dan barat dan tidak mustahil akan memindahkan pusat tamadun dunia ke timur.

Saya teringat pernah pemimpin China ditanya apakah yang akan beliau lakukan sekiranya China diserang, jawabnya “kami hanya akan menyuruh rakyat kami supaya menyerah diri“. Ini kerana rakyat China yang ramai apabila menyerah diri pastinya akan menyusahkan penjajah menguruskan tawanan yang ramai ini (setiap 6 orang penduduk dunia ada seorang berbangsa cina, ramainya rakyat cina).

Kebimbangan ini telah menyebabkan timbulnya idea pembatasan kelahiran (tamdid el nasl) yang kemudiaannya ditukar nama kepada perancang keluarga (tanzim usrah atau tanzim el nasl).
Sebenarnya idea ini kalau difikirkan dalam2 tak logik.

Apakah anda akan percaya kepada seruan seseorang yang meminta supaya disekat atau dirancang kelahiran dalam keadaan dia sendiri yang berusaha sedaya upaya menambahkan kelahiran penduduknya? Inilah yang berlaku kepada barat dan eropah. Mereka menghadapi masalah kekurangan penduduk khasnya selepas perang dunia pertama dan kedua yang mengorbankan jutaan nyawa khasnya lelaki eropah yang terlibat dalam peperangan.

Ini membuatkan wanita2 eropah terpaksa keluar bekerja untuk menanggung sara hidup mereka yang menyebabkan mereka tertindas dan timbulnya idealogi pembebasan wanita di eropah. Mereka sedaya upaya menambahkan bilangan penduduk mereka dan dalam masa yang sama disebabkan ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap umat2 Islam mereka merancang idea pembatasan kelahiran ke dunia2 Islam.

Mereka sanggup menyalurkan berjuta2 dollar US ke negara2 arab khasnya untuk membantu menjayakan idea ini. Amerika pernah menghantar jumlah sehingga lebih kurang 40 juta dollar kepada Mesir untuk merealisasikan idea ini. Mereka juga menghantar pakar2 dan doktor2 perubatan untuk membataskan kelahiran di negara2 umat Islam. Walaubagaimanapun idea ini yang pada asalnya dinamakan tamdid el nasl yang bermaksud membataskan keturunan menimbulkan tentangan oleh umat Islam. Jadi mereka menukar nama kepada nama yang lebih lunak . Jadilah idea ini disadur dengan nama baru tanzim usrah atau perancang keluarga.

Negara2 Islam dan arab tertipu dengan idea ini. Pemimpin Islam sering di sogokkan bahawa ekonomi mereka lemah, makanan tak cukup dan akan menyebabkan timbulnya masalah2 sosial yang buruk kepada masyarakat Islam. Inilah seruan mereka hasil ketakutan terhadap gergasi yang sedang tidur ini.

TANZIM USRAH DI NEGARA ARAB

Di Mesir seruan ini mula dilaungkan oleh boneka barat, Salamah Musa yang melaungkan supaya umat Islam hendaklah mengadakan perancang keluarga. Peliknya dia sendiri ada anak lapan. Amerika dan barat juga menghulurkan bantuan kepakaran mereka.

Akhbar al Kaherah pernah menyiarkan bahawa Amerika pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Mesir sejumlah lebih kurang 40 juta dollar dan bantuan kepakaran untuk menjayakan seruan ini di Mesir. Mereka tak akan menghulurkan bantuan yang sebegini banyak kecuali ada sebabnya yang tersembunyi. Ini telah dijelaskan oleh Miles Coballand seorang agen perisikan Amerika bahawa bantuan ini diberi semata2 untuk menjayakan rancangan mereka bukanlah untuk membantu Mesir dan Islam.

Sebenarnya masalah tak cukup makanan takkan timbul kerana negara2 umat Islam mempunyai tanah2 pertanian yang subur. Mesir menurut kajian hanya menggunakan tanah untuk pertanian tak sampai 25%.padang pasir dari Kaherah hingga ke Suez dan Port Said masih tak diterokai. Begitu juga Kaherah ke Iskandariah dipenuhi dengan gurun2 yang kontang yang boleh dimajukan. Apatah lagi kawasan2 di selatan Mesir dan Sinai.

Kalau diikutkan kajian tanah di semenanjung Sinai kalau ditanam gandum akan memenuhi keperluan penduduk Mesir seramai 65 juta orang. Inilah kenikmatan ALLAH kepada penduduk dan negara2 Islam. Tanah di Mesir pula bermutu dan subur (lembah dan dataran Nil) ditambah pula dengan sungai Nil yang membelah di tengah2 Mesir. Seorang ahli sejarah purba (Herodotus) mengatakan Mesir adalah hadiah sungai Nil. Ini kerana Nil merupakan nadi bagi rakyat Mesir. Tanahnya hanya memerlukan air untuk disiram, tak perlukan baja.

Begitu juga di Syria yang mempunyai tanah pertanian seluas 12 juta ekar tanah yang mampu menampung 50 juta orang, sedangkan penduduk Syria tak la sampai 50 juta. Begitu juga Iraq yang terkenal dengan sungai Tigris dan Euphrates (Furat dan Dajlah) yang mempunyai tanah pertanian seluas 20 juta ekar dan mampu menampung penduduk seramai 80 juta orang. Sementara Sudan selaku negara terbesar Afrika dengan 2 aliran sungai Nil (di Khartoum ada tempat pertemuan sungai nil biru dan nil putih yang bercantum sebelum memasuki Mesir) mempunyai tanah pertanian seluas 70 juta ekar tanah. Cuba bandingkan kenyataan ini dengan negara barat dari segi keluasan tanah, kesuburan dan sebagainya.

Mesir masih mempunyai banyak tanah2 terbiar yang tak diusahakan sementara ramai rakyatnya yang menganggur. Oleh itu kerajaan mengeksport tenaga kerja ini ke negara2 arab lain. Tenaga kerja ini akan mendapat pendedahan kerja dan pengalaman yang berguna. Apabila mereka pulang sepatutnya pengalaman mereka inilah yang akan menjadi senjata mereka.

Di barat jumlah penduduk German dalam tahun 1880 hanyalah 45 juta orang. Pada masa itu German dilanda masalah kesempitan hidup dan kemiskinan. Tapi yang peliknya apabila bilangan rakyatnya meningkat kepada 68 juta orang dalam masa 34 tahun kemiskinan itu hilang. Rakyatnya hidup senang.

Begitu juga, England hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 12 juta orang dalam tahun 1779 dan meningkat kepada 38 juta pada tahun 1890. Serentak dengan kadar pertambahan tersebut mereka mula menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Peranchis sekarang masih melaungkan kepada pertambahan penduduk dalam keadaan umat Islam masih mencari formula untuk meyakinkan rakyatnya tentang faedah perancang keluarga

ISLAM DAN IDEA TANZIM USRAH

Islam menggalakkan umatnya yang mampu berkahwin agar berkeluarga dan beranak pinak. Ada dalam hadis nabi kita pernah menyatakan bahawa baginda bangga dengan bilangan umatnya yang ramai. Dalam muktamar Islam dalam tahun 1965 kalau tak silap ulama telah berbincang mengenai idea ini, ulama memutuskan bahawa Islam gemar menambah dan menggalakkan bertambahnya bilangan ahli keluarga.

Namun sekiranya si isteri menghadapi masalah melahirkan anak misalnya maka dibolehkan untuk merancang keluarga atas sebab 2 kesihatan. Ulama juga menegaskan undang 2 yang digubal bertujuan memaksa orang ramai supaya menyekat kelahiran adalan undang2 yang bertentangan dari segi syarak. Dan yang lebih penting ulama menegaskan bahawa menggugurkan janin (anak dalam kandungan) adalah satu kesalahan yang boleh dianggap membunuh. Inilah pendirian Islam dalam masalah ini.

Dalam zaman nabi kita, ada juga sahabat yang merancang keluarga dengan cara memancutkan mani di luar faraj isteri. Apabila sampai ke pengetahuan nabi kita, Baginda tak larang sahabat berbuat demikian cuma nabi menegaskan bahawa kamu tak akan mampu menyekat apa yang telah ditakdirkan. Dalam hadis yang lain pula nabi menyebut bahawa baginda bangga dengan umatnya yang ramai. Daripada hadis2 dan dalil ini kita dapat berbuat kesimpulan sekiranya di sana ada hajat peribadi untuk merancang keluarga atas sebab2 kesihatan (isteri sakit dan sebagainya) maka dibolehkan merancang keluarga.

Dari sudut ekonomi, sebenarnya bumi berhajat kepada pertambahan penduduk. Di China hampir 50% tanahnya belum diusahakan. Di Brazil mereka hanya mengusahakan tanah seluas 25% begitu juga di negara2 arab tadi. Sebenarnya manusia hanya mengusahakan dan menerokai tanah di planet bumi hanyalah seluas 10%.sementara 70% lagi tak belum diterokai dan diusahakan dan 20% lagi kawasan padang rumput yang berpotensi dimajukan. Sekiranya idea ini dilaksanakan, pastinya akan membawa kerugian kepada penduduk dunia. Dunia akan kekurangan manusia untuk meneroka tanah dan galian di bumi ini.

Wilfre Nikeman, seorang saintis mengatakan kita hanya meneroka protin yang ada di permukaan laut sebanyak 8 % sahaja. Terdapat banyak lagi protein di perut laut yang masih belum diterokai dan digunakan sepenuhnya. Ditambah pula pada zaman sekarang dengan teknologi menghasilkan makanan yang semakin maju. Gandum tidak lagi menjadi makanan yang kita perlu menunggu lama untuk menuainya. Begitu juga padi yang boleh ditanam 2 kali setahun.

Sebenarnya kalau dikaji secara mendalam dunia memang berhajat kepada pertambahan penduduk ini untuk menguruskan hasilnya.
Dari sudut kesihatan, segala pil perancang , kapsul , ubatan2 dan kaedah pemandulan terhadap lelaki akan memudaratkan lelaki dan wanita sekaligus. Mengikut kajian yang dijalankan di Britain, kaedah pemandulan ini akan menyebabkan lelaki menjadi lemah dan mendatangkan penyakit runsing.

Begitu juga dengan perempuan akan menyebabkan mereka menjadi mudah runsing, terkena serangan jiwa, mudah hilang ingatan dan sebagainya. Idea ini meninggalkan kesan yang buruk kepada dunia barat khasnya. Ianya akan meruntuhkan sistem kekeluargaan mereka kerana pemuda2 di negara mereka tidak lagi menganggap perkahwinan sebagai suatu keperluan sosial.

Kaedah ini juga menyebabkan tersebarnya perzinaan kerana mereka tidak memerlukan kepada perkahwinan. Barat pada hari ini mula menyeru ke arah pertambahan penduduk secara besaran. Di Peranchis bekas perdana menterinya Jiscare Bisten menyeru kepada rakyat Peranchis supaya menambahkan kelahiran dan menetapkan pendapatan bulanan 800 dollar lebih untuk setiap anak. Di Russia, Majlis Tertinggi Soviet mengeluarkan satu undang2 memberi hadiah medal kepada ibu2 yang melahirkan anak seramai mungkin. Khurshef pernah berkata “jika ditambah 100 juta penduduk kepada 200 juta penduduk jumlah ini masih belum mencukupi“.

Inilah perancangan barat ke atas negara2 Islam. Mereka menyeru ke arah idea perancang keluarga dalam keadaan sebaliknya mereka sendiri menyeru ke arah pertambahan kelahiran rakyatnya di Eropah.

Bukanlah atas dasar ekonomi mahupun kesihatan dasar ini dilaungkan tapi sebenarnya ia merupakan salah satu perancangan musuh dan barat ke atas dunia Islam. Yang sedihnya apabila idea ini mula disebarkan secara besaran2 di Mesir akhir2 ini. Kempen menggalakkan perancang keluarga sudah mula disiarkan dalam tv2 Mesir dan yang lebih menyedihkan apabila serban2 merah ini bersetuju dengan idea itu…..

Leave a comment

Filed under Politik, Rahsia

ADOLF HITLER : Sudut Kisah Yang Disembunyikan.

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab –

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1. Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) Yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

dari: azhar abdullah

28 Comments

Filed under Sejarah

WAJIB TONTON – Dokumentari Al-Fatehah Memali.


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar di kalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan di antara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya di kalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri ketika nyawa diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang menghantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa di hadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat di dalam operasi ini termasuklah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama di belakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri di kalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumpahan darah orang ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan di kalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Di kalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri di kalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan di kebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water cannon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang di tangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusinya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Di atas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Di dalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan di antara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Penduduk mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama di bawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, hampir 25 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi di mahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali…

Leave a comment

Filed under Politik, Sejarah

POLIGAMI: Mengapa Halal Poligini & Mengapa Haram Poliandri?

POLIGAMI

Soalan:

Mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam?
Iaitu mengapa poligami dibenarkan dalam Islam?

Jawapan:

1. Definisi Poligami

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali.

Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri.?

2.  Al-Quran satu-satunya kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab2 tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.
Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai mana yang mereka ingini, oleh kerana Bible tidak mengehadkan bilangan isteri. Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang Talmut, Ibrahim mempunyai 3 isteri manakala Sulaiman, mempunyai ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya. Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950, sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu dibandingkan dengan penganut Islam.
Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada 1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah 5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan penganut Islam.

Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu, tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada tahun 1954, apabila Akta perkahwinan Hindu diluluskan, penganut agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang, undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri lebih daripada seorang.

4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.

Seperti yang telah disebutkan, Al-Quran satu-satunya kitab suci di muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:

Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.”

[An-Nisa’ 4:3]

Sebelum Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada semua isteri.

Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmannya:
Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu…..
[An-Nisa’ 4:129]

Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam Islam:

a) Fardhu, iaitu Wajib atau perlu
b) Mustahab, iaitu disyorkan atau digalakkan
c) Mubah, iaitu dibolehkan atau dibenarkan
d) Makruh, Iaitu tidak disyorkan atau digalakkan
e) Haram, iaitu dilarang atau tidak dibenarkan

Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman dibandingkan dengan seorang Islam yang beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.
Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.
Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain, di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap tahun di Negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.
Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki sebanyak 1 juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New York, 1/3 merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara keseluruhannya mempunyai lebih daripada 25 juta homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki sebanyak 4 juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak 5 juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak  9 juta. Hanya Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja adalah tidak praktikal.
Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih daripada 30 juta wanita di Amerika Syarikat yang tidak dapat bersuami (memandangkan Amerika mempunyai 20 juta homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada 4 juta wanita, 5 juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja 9 juta wanitanya akan gagal mendapat suami.

Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang tinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.

Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan atau mempunyai hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi. Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua.
Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami terhad, tetapi tujuan utama adalam untuk memelihara maruah wanita.

POLIANDRI

Soalan:

Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?

Jawapan:

Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.
Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:

1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk.

Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita. Ini kerana Allah mengurniakan naluri kasih dan cinta lelaki tidak sama dengan naluri kasih dan cinta wanita. Naluri inilah yang mengangkat lelaki menjadi ketua dalam keluarga.

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seks di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.

Alasan-alasan di atas adalah alasan yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.

Leave a comment

Filed under Agama dan Islam