Empayar Kedah Merong Maha Wangsa: Sejarah Raja Melayu Yang Digelapkan.

KEDAH sebuah empayar yang berdaulat dan mempunyai keluasan dari Hanoi hingga ke Perth, Australia dan Tasmania, Pulau Hainan ialah sempadan maritimnya dengan kerajaan CHINA, manakala Pulau Sanglang @ CEYLON (Sri Lanka) ialah sempadan maritimnya dengan kerajaan Islam Moghul INDIA. Manakala selatan Bandaraya Chittagong iaitu kerajaan Melayu Tenangsari @ TENASSARIGN (Myanmar) hingga kepulauan Pasifik juga merupakan kawasan Empayar Teratai ini. Sebab itulah kita dapati bangsa polinesia, contohnya kepulauan Fiji, Jepun, Taiwan dan di Pulau Hainan ada setengah perkataannya dan nombornya sama dengan bahasa Melayu.

Berdasarkan Makam Syaikh Abdul Qadir ibni Almarhum Husein Shah Alam pada tahun 904 Masihi dan salasilah raja-raja Kedah, ternyatalah bahawa Islam telah dibawa ke Kedah oleh Syarifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya Raja Merong Maha Wangsa, cucu Maharaja China dinasti Tang iaitu Sai Tee Sung sekitar tahun 750 Masihi. Beliau merupakan nenek moyang kepada keturunan raja-raja Kedah Merong Maha Wangsa sekarang. Dari keturunan Ahlul-bait bani Hashim. Di tangan merekalah dengan arahan Syed Jamal al-Jefri yang menetap di China dipertanggungjawabkan menyebarkan Islam di wilayah ini.

Meriam Kerajaan Islam Palembang yang bertarikh 1225H(1810M) di Kota Ligor-Kedah, Nakon Sritamarat, Thailand.

Oleh kerana itu keturunannya diberi ufti berupa bunga emas setiap tahun sebagai tanda taat setia oleh raja-raja daerah walaupun di mana mereka bersemayam samaada kerajaan Islam Palembang Darus Salam, Ayuthia, Kencanapuri, Toung Oo, Ligor, Kerajaan Islam Selangor, Kerajaan Islam Dili Timur Timur, Kerajaan Islam Beruas, Bugis Makasar, Bandar Hilir melaka-Johor Riau, Kerajaan Islam Aceh-Pasai, Siak, Jambi, Kerajaan Islam Albani, Kerajaan Islam Amanilla, Sulu, Brunei, Kerajaan Islam Patani-Legeh, Kerajaan Islam Papua, Kerajaan Islam Demak dan lain-lain. Dan lebih menyebabkan kemarahan musuh-musuh Allah terutamanya British bila raja-raja Melayu ini turut diberi penghormatan istimewa oleh kerajaan Usmaniyah, Moghul India dan Kerajaan Islam China kerana raja-raja melayu ini berketurunan Rasulullah S.A.W dan berdarah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit Merong Maha Wangsa, sehingga Col. James Low pengkaji sejarah dahulu menganggap binaan-binaan di Semenanjung Melaka ini adalah dari penganut-penganut agama hindu.

Gerbang Kota Star

Pada abad ke-18, Francis Light telah menawan Pulau Pinang dengan bantuan lanun Abdullah Mukarram anak gundik Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa daripada kekuasaan Sultan Syarif Syah Ligor, Kedah. Pada tahun 1786, kemudian anaknya pula Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram membuat rundingan dengan wakil British yang bernama George Leigh untuk mendapatkan sejaluran wilayah yang dikenali sebagai Seberang Perai. Ia dikenali sebagai Perjanjian Keamanan, Persahabatan dan Perikatan dengan Syarikat British Hindia Timur di tahun 1800. British akan membayar sewa tahunan $6,000 dollar sepanyol untuk Pulau Pinang dan $4,000 dollar sepanyol untuk Seberang Perai kepada lanun berkenaan, tapi sebenarnya pembiayaan daripada kerajaan Britain kepada pemberontak untuk menghancurkan Maharaja Melayu Kesultanan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama berpusat di Kota Star.

Siam-Thai menuntut kekuasaannya ke atas Empayar Siam-Kedah tetapi Sultan Syarif Syah enggan mengakuinya oleh itu pada tahun 1821 tahun musuh bisik Siam-Thai telah menyerang Kerajaan Kedah dengan bantuan Inggeris dan lanun Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram.

Siam-Kedah telah dibantu oleh Raja Pasai, Kerajaan Islam Majapahit, Kerajaan Islam Minang, Kerajaan Islam China Mancu dan lain-lain kerajaan daerah yang masih setia dengannya sehinggalah musuh berjaya menakluk Kedah setelah benteng ribatnya yang terakhir, Kota Ligor rebah.

Sepanjang jangkamasa perang itu tentera pemberontak (Ahmad Tajuddin) telah mengusir kerajaan Siam-Kedah keluar dengan melepasi Singgora, tentera pemberontak juga menduduki Patani. Orang-orang Eropah yang berada di Pulau Pinang telah menolong pemberontak untuk menyerang dari bahagian Selatan dengan menyediakan senjata dan bekalan. Manakala Kerajaan Negeri-negeri Selat memberi bantuan kepada Siam-Thai untuk menyerang dari bahagian atas (Utara). Selepas itu melalui perjanjian Burney 1826, pihak negeri-negeri Selat telah berunding dengan Siam-Thai untuk membawa pulang ketua lanun pemberontak (Ahmad Tajuddin bin Abdullah Mukarram) yang disimpan di Hilir Melaka pada tahun 1826 untuk dilantik sebagai raja Kedah, tetapi gagal kerana Maharaja Melayu pada ketika itu masih ada iaitu Sultan Syed Jaafar Muazam Syah al-Jefri.

Raja Abdullah lantikan British untuk negeri barunya bernama Perak

Berakhirnya Empayar Siam-Kedah Merong Maha Wangsa dari darah Iskandar Zulkarnain dan Nabi Muhammad S.A.W apabila rajanya yang terakhir Sultan Syed Jaafar dari khilafah Ahlul-bait al-Jefri bani Hashim Ibni Almarhum Sultan Syed Alang Alauddin berjaya dibunuh di Gurun, Kedah. Dengan itu kerajaan Kedah berjaya ditawan musuh-musuhnya selama 5 tahun oleh tentera bersekutu iaitu Thailand, England, Negeri-negeri Selat dan pemberontak Abdullah Mukarram merangkap bapa mentua Francis Light. Selepas itu pada tahun 1881 Kedah dibahagi dua, di sebelah kanannya dibuat negeri Patani baru dengan rajanya lanun dari kampung laut dan di sebelah kirinya dibuat negeri Kedah Darul Aman. Manakala di utaranya diwujudkan negeri Perlis dan di selatannya diwujudkan negeri Perak Darul Ridwan dengan rajanya bernama Abdullah setelah gabenor Kedah yakni Ngah Ibrahim, Larut ditangkap dan Raja Ismail Kinta serta Raja Selama iaitu Keramat Tok Perang (Moyang Tun Abdullah Ahmad Badawi) dibunuh oleh British.

Suami Jeneral Manjalara Thailand

Abdul Hamid telah dipilih dan diangkat menjadi raja Kedah dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Halim Syah dan telah diperintahkan menceraikan isterinya yang pertama Syarifah Sofea ibu kepada Sultan Badlishah. Badlishah telah dihalau dari istana manakala Sultan Abdul Hamid telah dikahwinkan dengan Jeneral Manjalara anak perempuan kepada Raja Chulalongkon. Manjalara merupakan ibu kepada Tunku Abdul Rahman. Semua peristiwa ini telah diatur oleh British agar orang melayu menganggap rajanya orang biasa yang beragama hindu-budha yang telah memeluk agama Islam.

oleh Megat al-Jefr

3 Comments

Filed under Sejarah

3 responses to “Empayar Kedah Merong Maha Wangsa: Sejarah Raja Melayu Yang Digelapkan.

  1. maz

    perkara ini harus disiasat dengan mendalam.jangan main cakap saja!!!!memang sah kedah,kelantan,terengganu dan negeri melayu diganggu oleh siam.raja2 negeri ni hantar bunga emas sebagai tanda persahabatan,bukannya nak bernaung dengan siam.tapi siam yang perasan dan kemudian memaksa negeri2 ni menghantar bunga emas kepada siam!!!!

  2. Ahli bait

    jangan confius antara siam dan thai! siam tu kerajaan melayu islam…thai tu kerajaan kafir puak suku-thai!
    harap maklum!

  3. Sheikh Zack

    pertembungan antara waris asal susur galur Merongmahawangsa dan waris keturunan Raja Abdullah Mukaram….bginilah jika mnusia hanya mgaku sejarah jika mmbawa keuntungan kpadanya…hdup Merong..Takbir Allahkabar3x!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s