Monthly Archives: September 2010

SRI WIJAYA: Kerajaan Islam Yang Disepikan.

Gunung Jerai yang dilihat dari Pantai Merdeka, Kedah.

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.

Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.

Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876 yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

Gerbang Pintu Masuk ke Penempatan Para Pedagang dan Pelawat di Pelabuhan Melaka, Kedah.

Bukti sirah Nabi S.A.W, beliau mengutuskan Saad Bin Abi Waqas untuk mengIslamkan Raja China, Sai Ti Song yang sebelum itu merupakan pengikut ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s dari ajaran kitab Allah Suhuf iaitu agama Hanif. Anaknya Sheikh Huang Ti ialah ayahanda kepada Merong Maha Wangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Shah I. Beliau telah berkahwin dengan puteri raja Turki ‘Wali Allah Abdal’ Syed Jamal al-Jefri.

Semasa mereka berkerajaan di Kedah, adik Sharifah Mariam telah pergi berdagang di benua Hindi (India). Rombongan perdagangannya telah menarik perhatian raja Hindu yang bernama Soka. Dengan takdir Allah Raja Soka telah memeluk Islam dan mengahwini adik Sharifah Mariam yang bernama Sharifah Mumtaz al-Jefri. Jadi oleh kerana itu hubungan Raja Merong Maha Wangsa sebagai biras dengan Raja Soka, India.

Duit Dirham ‘Fahri’ Kerajaan Kedah.

Dari catatan Abu Dulaf berasal dari bandar Bukhara pada tahun 940 masihi, beliau sendiri telah singgah di Kedah. Katanya ‘Saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda. Rajanya tunduk kepada negara Islam China dan menyebut maharaja Islam China dalam khutbah jumaat dan mempunyai sikap pandang ke timur (mencontohi maharaja China). Mata wang mereka adalah dirham perak yang dipanggil ‘fahri‘. Mereka memakai kain sutera yang amat mahal seperti orang China‘.

Abu Dulaf juga mengatakan orang Kedah pandai menggunakan tepung gandum, memakan buah kurma, roti dan sayur seperti kebudayaan orang Arab.

Pengembara China pula mengatakan di Kedah ramai orang yang mempunyai nama berpangkal ‘Pu‘. Ahli kaji bahasa China bersetuju ia bermakna ‘Abu‘. Ini membuktikan Kedah mempunyai ramai orang Islam.

Pelabuhan KUALA BAHANG di Kedah, tempat Kapal-kapal Perang dan Perdagangan berlabuh.

Raja Soka setelah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Shah Jihan I. Baginda dan isterinya Sharifah Mumtaz al-Jefri menubuhkan kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di beberapa tempat antaranya ialah di Kedah. Ramai orang tidak tahu di manakah tempat tetap pemerintahan kerajaan Sri Wijaya malah ada yang mengatakan di Palembang, Jawa dan di Kelantan.

Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa kerajaan Sri Wijaya adalah kerajaan Buddha tetapi tanpa bukti yang kukuh, hanya pada andaian sahaja. Sri Wijaya dalam bahasa melayu tua atau bahasa siam bermakna Penempatan Tentera Islam Menyebar Nasihat Raja. Raja Sri Wijaya iaitu Shah Jihan I telah menempatkan tenteranya di kota yang bernama Kota Samarahan di Kepulauan Borneo dan baginda juga membina sebuah Masjid yang besar di Kepulauan Jawa Indonesia berbentuk seperti kuil hindu dan Masjid itu masih wujud hingga sekarang.

Ada catatan sejarah mengatakan pada tahun 1000 masihi kerajaan Kedah pernah menyerang India, ini menyebabkan sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel yang rajanya bernama Rajendra Chola yang mempunyai angkatan laut yang kuat telah membuat serangan balas. Kedah telah disebut-sebut oleh Raja Rajendra Chola sebagai negeri yang paling hebat membuat tindakan balas dan kita sedari ini kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam.

Pada tahun 1025 masihi raja Rajendra Chola telah menyerang Sri Wijaya dan menyebut bahawa Kedah adalah antara kota-kota yang penting bagi kerajaan Sri Wijaya. Pulau Langkawi telah berjaya dimusnahkan dengan teruknya oleh armada perang raja hindu tersebut.

Paul Wheatley telah menterjemahkan batu bersurat raja hindu tersebut katanya “Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora dan telah berjaya menawan Raja Kadaram (Kedah) sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat, beta juga telah berjaya merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaan raja tersebut yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama“.

Dalam Hikayat Merong Maha Wangsa diceritakan tentang serangan ke atas Raja Kedah : “Sebermula maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri (Langkawi) itu selepas peninggalan perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa pun duduk“.

Pintu Masuk Pelabuhan Melaka “Gerbang Kacapuri” di Kuala Bahang, Kedah.

Merong Maha Wangsa telah memilih Kedah sebagai pelabuhan Melaka kerana ia mempunyai keistimewaan berikutan wujudnya Gunung Jerai yang dapat menjadi panduan kepada pelayar-pelayar, pedagang-pedagang dari timur dan barat dan menjadi panduan armada laut Sri Wijaya yang melalui Selat Melaka.

Kota Portugis yang terdapat di Bandar Hilir Melaka hanyalah kota untuk tentera upahan Portugis Islam pada tahun-tahun selepas itu. Dan Ulu Melaka ialah Pulau Langkawi. Selain dari itu Gunung Jerai juga menjadi daya penarik kepada ekonomi kerajaan Merong Maha Wangsa yang selalu singgah di Kota Aur di Lembah Bujang.

Sebelum itu Kuala Perlis dan Kuala Kedah belum wujud malah Kuala Kedah digelar pada masa itu sebagai Kuala Bahang. Kuala Bahang mempunyai kubu yang kuat dan digelar sebagai Gerbang Kacapuri yang sering digunakan oleh kerajaan Kedah dan tentera Sri Wijaya sebagai benteng pertahanan. Pelabuhan Melaka pada masa dahulu ialah merangkumi dari Kuala Perlis hingga ke Kota Aur di Lembah Bujang Merbuk, Kedah.

Bukti dari sejarah menunjukkan pelabuhan Melaka di Kuala Bahang merupakan tempat berlakunya peperangan yang sengit sebelum British dan Belanda mengambil keseluruhan Nusantara ke dalam empayar mereka. Hasil-hasil dari Syburi iaitu Kedah Timur yang di bawa dari Songkla dan pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu di eksport dari sini, di antaranya termasuklah emas dan geliga.

Moorhead mengatakan pelabuhan di Kedah membekalkan timah yang paling banyak di dunia pada masa itu dan kekal sebagai pembekal buat beberapa kurun.

oleh Megat al-Jefri

16 Comments

Filed under Rahsia, Sejarah

Benarkah UMNO Pejuang Merdeka?

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan “MERDEKA” sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM.

Dengan selogan “MERDEKA”, PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan di kalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah).

Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras di dalam perjuangannya, namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat. Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso, satu mesyuarat telah diadakan di ‘Rumah Merdeka‘ di Kampung Bahru untuk menstrukturkan semula PKMM. 

Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:

Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy

Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)

Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni

Ahli Jawatankuasa :
1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah)
2. Ahmad Boestamam
3. Musa Ahmad
4. Khatijah Ali
5. Abu Bakar Al Baqir

Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. ‘Mak Inang‘ nama timangan yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama ‘Pelita Malaya‘. Aishah Ghani telah meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan di dalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:

1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.

3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar – Kedah, Selangor – Musa Ahmad, Pahang – Abas, Johar – Kadir dan Negeri Sembilan – Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap ‘Parti Islam Merah’ dan merupakan ‘bahaya dari gunung’ kepada mereka.

6. GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8. Kesatuan Opera Melayu.

9. Persatuan Pemandu Teksi.

10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. (videohttp://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY&feature=PlayList&p=F0B6BA1785FFE49E&index=0&playnext=1)

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato’ Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan ‘preventive detention‘ iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)


CHEGUBARD

Leave a comment

Filed under Politik, Sejarah