Monthly Archives: October 2010

Riba: Yahudi dan Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 2009, satu undang-undang baru telah diperkenalkan sebagai “CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009 (Akta 701)“, yang mana tujuannya adalah “…An Act to provide for the continued existence of the Central Bank of Malaysia…”.

Huh? Apakah maksud “for the continued existence“? Sangat tidak masuk akal… :)

Di samping itu terdapat beberapa perubahan yang sangat drastik pada undang-undang yang baru ini, terutamanya berkaitan isu yang telah dipersoalkan semenjak beberapa tahun dahulu  di pelbagai platform. Di antara komen-komen saya ada terkandung pada artikel  99.9% manusia dijajah! dan artikel-artikel selainnya. Ringkasannya seperti di bawah:

Perbandingan

Sekarang ini mari kita lihat apakah perbezaan di antara:-

(1) Central Bank of Malaysia Act 1958 (Akta 519)

(2) Central Bank of Malaysia Act 2009 (Akta 701)

Cuba saudara teliti betul-betul perbezaannya dan maksud yang terkandung di sebaliknya…

Central Bank of Malaysia Act 1958 (Akta 519)

[Klik di sini untuk lihat akta penuh]

Central Bank of Malaysia Act 2009 (Akta 701)

[Klik di sini untuk lihat akta penuh]

Apakah pandangan saudara? Apakah yang sudah terjadi? :)

Ujian Akhir Zaman & Pandangan Anda?

Adakah kita akan berbuat sesuatu? Adakah kita akan memikirkan perkara ini? Jika hari ini kita enggan memikirkan dan bertindak ke atas penguasaan mereka, maka janganlah terkejut negara Malaysia akan bankrap pada tahun 2019,

Kita tidak bankrap kerana subsidi, bukan kerana kos pengeluaran yang tinggi (negara ke-3 adalah negara yang paling banyak sumber bahan mentah), bukan kerana kekurangan pelaburan…. juga bukan kerana kenaikan harga barang… dan paling tidak boleh dipakai ialah alasan pakar-pakar ekonomi di kaca televisyen… kesemuanya pakar pembohong belaka dan yang bercakap sebagai agen “…” dan semata-mata hendak muncul di televisyen, popular serta membiakkan KAWAH nasi!!

Hanya satu sebab bagi segala kesengsaraan ini dan sepertimana terkandung  dalam Surah Al-Baqarah!

RIBA yang dilakukan melalui PENGUASAAN BANK NEGARA; dan KUASA PINJAMAN/MEMBELI dengan MENCETAK KERTAS KOSONG!

Inilah faktor utama yang menjatuhkan negara-negara, dan tiada pakar di dalam dunia ini yang boleh mengenepikan Surah Al-Baqarah! Inilah faktor yang sebenar dan yang mana telah Allah SWT telah beri peringatan (riba)!

“..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279

Maksudnya: “..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya..”; al-Baqarah:275

Inilah ayat yang terakhir, yang diturunkan pada surah terakhir, di dalam kitab yang terakhir, kepada Nabi yang terakhir, pada masa jangka hayat Rasulullah SAW yang terakhir… dan kepada umat yang terakhir!! Inilah ujian umat akhir zaman, RIBA!!! Tetapi apakah yang akan saudara-saudara lakukan hari ini?

Apakah pula ulama-ulama lakukan hari ini? Baru ini terdapat 12 kes Mahkamah Tinggi memutuskan produk Bank Islam Al-Bai Bithaman Ajil adalah produk haram kerana ditolak oleh keempat mazhab, tetapi kenapa ulama-ulama kesemuanya berdiam diri!!!

Mana perginya badan agama? Ustaz? Imam? Kenapa sibuk dengan kes khalwat sahaja? Kenapa mereka yang sepatutnya bersuara tidak bersuara, sedangkan Hakim yang tidak berkelayakan dalam agama telah bersedia melangkah ke hadapan? Sudah hampir lumat agama Islam dan kesengsaraan umah tetapi masih mengejar kuasa pangkat dan wang. Usah nak berlakon beriman dengan janggut yang panjang kalau sedemikian rupa tindak laku!

Oleh itu sudah tiba masanya ummah zaman ini bangun memandangkan mereka yang sepatutnya dianggap sebagai pewaris Nabi telah dapat kita ertikan sebagai telah MATI! Jiwa yang mati dan beku serta menjadi sangat penakut kerana telah terlampau banyak bergelumang dengan riba! Bukan setakat mati, tetapi malahan menjadi buta dan pekak sehingga bangang menentang pihak yang menegakkan agama Allah SWT. Mereka  menjadi duri dalam daging  dengan agenda mengelirukan umat Islam yang bergantung kepercayaan kepada mereka.

Lihat sahaja kesemua produk bank konvensional terdapat di perbankan Islam! Hanya sebilangan kecil yang kuat imannya bangun di atas agamanya walaupun terpaksa berhadapan pelbagai rintangan serta kehinaan. Tabik!!

“….Bersemangat dengar orang beriman cakap, rasa macam suasana Lord of The Ring dah bermula di Malaysia :) …)

Berapa lama lagi perlu kita tunggu untuk ummah bangun? 100 tahun lagi? Fikirkan, siapa jangka mungkin sahaja  penguasaan Imam Mahdi berkait dengan penguasaan ekonomi?

Ini kerana Allah SWT telah mengingatkan ujian terbesar umat akhir zaman adalah berkaitan riba, dan ini berkaitan ekonomi!!!  Selainnya turut rujuk hadis berkaitan kedudukan Imam Mahdi dan perihal emas, ini juga berkaitan ekonomi!!!

Bagaimana pula berkaitan umat Islam kaya raya setelah Dajjal dimusnahkah? Bukankah kekayaan itu berkaitan ekonomi? (Telah bersabda Rasulullah s.a.w,“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”(HR. Muslim dan Ahmad))

Kemudiannya bagaimana pula sebilangan kecil tentera Islam berupaya menguasai dunia yang mengandungi berbillion manusia? Bukankah sebilangan kecil Yahudi hari ini juga berupaya menguasai dunia dengan hanya melalui ekonomi dan penguasaan wang kertas? Bukankah ini berkaitan dengan ekonomi?

Selanjutnya penggunaan senjata moden tidak lagi berfungsi, dan bukankah  jihad ekonomi sememangnya tidak menggunakan senjata? Bagaimana pula dengan turunnya Nabi Isa dan sejarahnya berhadapan persoalan ekonomi dengan kaum Yahudi? Bukankah kesemua ini memberi petunjuk ke arah jihad ekonomi untuk menghapuskan riba wang kertas dan mengembalikan wang dinar emas ke tangan umat Islam?

Oleh itu sekiranya memang benar ianya berkaitan Jihad Ekonomi dan masanya telah tiba, apakah yang perlu kita lakukan? Mengikut… menentang orang Islam yang berada pada jalan Allah… atau berdiam diri?

Maksudnya “…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (“awliya”, pimpinan, ikutan), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu (maksudnya 100% terkeluar daripada menjadi umat  Islam). Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim…”; Al-Maidah:51

[Baca artikel mengenai terjemahan Surat Al-Maidah:51 di sini]

Bagaimana pula dengan Dajjal? Siapa jangka  ianya mungkin juga Obama? Seorang Yahudi Falasha pertama menjadi Presiden Amerika dan menguasai dunia? Adakah anda percaya Presiden Amerika dilantik melalui pilihanraya, terutamanya apabila beliau berkulit hitam dan mempunyai nama Islam (Barack Hussein Obama)?

Bagaimana pula situasi beliau yang pernah tinggal di Indonesia dan berkait dengan hadis Rasullulah SAW yang berkali-kali menunjukkan Dajjal akan datang dari Timur? Bukankah Indonesia itu ke arah Timur?  Bukankah beliau berambut kerinting? Berbadan besar? Menggunakan hadis dalam ucapannya? Sokongan ramai sehingga rakyat seluruh dunia berpesta menyambut kemenangannya menjawat jawatan Presiden?

 

Satu lagi “klue” paling jelas ialah sila beri undi siapa yang merasakan “perjalanan masa” pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan berlalu sangat pantas? Mungkin ini petunjuk yang sangat jelas kerana tiada satu makhluk pun yang dapat menguasai masa!!!

Fakta masa berlalu sangat pantas pada 2010 pula disokong hadis Rasullulah SAW yang menyatakan Imam Mahdi akan muncul mengikut kiraan seperti berikut “…Count two or three decades after the year/decade of Hijri 1400. At that time, the Mahdi emerges…” (narrated by Abu Huraira (ra)); (Asmal Masalik Lieyyam Mahdiyy Maliki Li Kull-id Dunya Biemrillah-il Malik, Qalda bin Zayd, p. 216).

  • Satu tahun mempunyai 354 atau 355 hari (Gregorian 365 hari)
  • Satu dekad = 10 tahun (lebih tepat 9 tahun 7 bulan)
  • 1400 Hijri = Tahun 1980
  • Dekad Pertama Selepas 1400 Hijri = Tahun 1989 + 7 bulan
  • Dekad Kedua Selepas 1400 Hijri = Tahun 1999 + 4 bulan
  • Dekad Ketiga Selepas 1400 Hijri = Tahun 2009 + 1 bulan

Rasulullah SAW menyatakan Imam Mahdi muncul di antara “Dua” ATAU “Tiga” dekad selepas tahun 1980 (1400 Hijri). Oleh itu dalam apa keadaan pun Imam Mahdi telah muncul kerana sekarang ini tahun 2010, dan maka itu Dajjal juga telah muncul.

Jika kiraan tepat, Imam Mahdi sudah bersedia untuk berjuang; dan sudah semestinya, ulama-ulama yang pekak dan buta akan menafikan serta menentang walaupun “perjalanan masa” pada tahun 2010 terasa sangat pantas dan berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya (masa menjadi pantas kerana hati manusia telah sepenuhnya dikuasai keduniaan, terutamanya pada zaman kemunculan Dajjal). Masanya telah tiba dan orang-orang beriman mestilah bersedia!

Oleh itu apa yang anda tunggu lagi?

Wallahu a‘lam bish-shawab, hanya Allah yang mengatur segala-galanya!

–  –  –  –  –  –  –  –  –

 

Lihatlah tindakan Amerika dan “koncu-koncu” mereka yang kini semakin gentar dengan kebangkitan Jihad Ekonomi. Sila rujuk page 75 dan lihat cadangan langkah yang akan diambil, yang mana termasuk meletakkan Syariah Advisory Council Bank (ulama bank) di bawah kawalan mereka, serta termasuk mengawal aktiviti semua masjid-masjid!

 

dari Muslim Village

9 Comments

Filed under Ekonomi, Undang-undang

Asal -usul Kerajaan Islam Negeri Pattani, Legeh, Kelantan & Terengganu.

Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia).
Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Myanmar hingga ke selatan Myanmar.
Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas ada pemerintah di sini.

Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan kerabat Kedah Merong Maha Wangsa dari Jammu Kashmir bersama askar Upahan Portugis yang berkhidmat dengan tentera Kedah Merong Maha Wangsa, manakala askar Islam Kedah Merong Maha Wangsa berjubah.

Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.

Raja Kedah Syburi Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.

Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)

Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia. Sultan Sheikh digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.
Semasa peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar Sri Sutammaraja pada tahun 1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor.
Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana Kekandanya Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya.
Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.
————————————————————————–

Istana Jugra, Selangor yang dibina oleh Sultan Muhyidin Mansor Syah

——————————————————————-

Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya.

 

 

Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda. Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.

——————————————————————————
——————————————————————————-
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat 3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya 3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam Seri Negara dan meriam Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam Mahalela.
Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak di atas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu. Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, “Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan“.
——————————————————————————-
——————————————————————————–
Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki maka Sultan Kedah Syarif Abu Bakar yang berpusat di Nambang atau Air Teluk di Ligor telah mengambil alih semua wilayah pantai timur dan menyerahkan kepada keturunan Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani dengan nama baru Negeri Legeh pada tahun 1778M di bawah pemerintahan Long Putra anak saudara Sultan Syarif Abu Bakar

—————————————————————————–
——————————————————————————
Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar (Sultan Syarif Abu Bakar Syah) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun 1199H bersamaan dengan tahun 1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah. Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

 

Dicatat oleh Megat al-Jefri

 

Leave a comment

Filed under Sejarah

Sir Onn bin Jaafar: Babak-babak Penyingkiran.

Setelah pulang dari London pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman pun dilantik menjadi Timbalan Pendakwaraya di Kuala Lumpur oleh imperialis British, agar supaya dia dapat memainkan peranan lain pula dalam penipuan politik yang dijalankan imperialis British.
Pada tahun 1947 hingga 1948, ketika dia masih berada di London dia menyenandungkan lagu yang senada dengan Onn bin Jaafar yang ada di dalam negeri dalam usaha membela mati-matian hak istimewa dan kedudukan sultan-sultan, menentang syarat-syarat kewarganegaraan dan menganjurkan dipulihkannya keadaan sebelum Perang Dunia Kedua.
Tapi setelah dia balik dari London, imperialis British pun mulai menggunakannya sebagai kuda tunggangan yang lain. Ia telah membuat pendapat awam bagi Tunku Abdul Rahman agar boeh diangkat naik takhta menggantikan Onn bin Jaafar bila perlu. Oleh kerana itu dia sentiasa bertengkar dengan Onn bin Jaafar baik di sidang UMNO mahupun di tempat-tempat lain.
Misalnya dia mendendangkan lagu basi chaovinisme jika Onn bin Jaafar memakai jubah non rasialis, dan dia menyamar sebagai wakil rakyat semua bangsa jika Onn bin Jaafar menyebut-nyebut hak istimewa orang Melayu. Kadang-kadang Onn bin Jaafar berada di atas panggung. Nampaknya seakan-akan mereka sentiasa bertentangan, tapi sebenarnya ini telah diatur secara rapi oleh imperialis British dengan maksud hendak mempertahankan kekuasaan penjajahanya.
Ketika Onn bin Jaafar meminta dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, imperialis British pun menyebarkan pendapat-pendapat yang tidak menguntungkannya di kalangan golongan Tunku Abdul Rahman dan anasir-anasir bangsawan feudal untuk menggagalkan usaha Onn bin Jaafar. (anaknya Hussein Onn pernah berkata pada tahun 1963 bahawa orang Inggeris telah menggunakan peristiwa itu untuk menghasut sultan-sultan menentang ayahnya).

Onn bin Jaafar yang hidung tinggi dan berwenang-wenang semakin tak laku di dalam UMNO, maka itu dia terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua UMNO pada bulan Ogos tahun 1951 dan diganti oleh Tunku Abdul Rahman.

Untuk memenuhi keperluan imperialis British yang hendak mengadakan sandiwara pemilihan, Onn bin Jaafar yang digalakkan oleh McDonald dan Henry Gurney telah bersekongkol dengan orang-orang Jawatankuasa Perhubungan Kaum dan bersiap sedia membentuk satu parti yang baru.

Setelah melakukan serentetan kegiatan pujuk memujuk, mereka telah membentuk Parti Kemerdekaan Malaya pada 16 September tahun 1951. Benggolan-benggolannya termasuk Tan Cheng Lock. E.E.C. Thuraisingam, P.P. Narayanan serta Hussein Onn dan juga J. Brazier penasihat kesatuan sekerja yang dikirim oleh imperialis British untuk mensabotaj gerakan buruh negeri kita.
Onn bin Jaafar berkata “Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya telah mencerminkan kepercayaannya kepada janji Inggeris tentang kemerdekaan Malaya”, sedangkan Tunku Abdul Rahman pula membidasnya sebagai mengkhianati kepentingan orang Melayu dan memecat semua ahli UMNO yang menyertai Parti Kemerdekaan Malaya, tapi di samping itu dia mengeluarkan pernyataan mengalu-alukan orang-orang bukan Melayu yang menjadi ahli luar biasa UMNO.

Dari sini jelaslah bahawa untuk memikat hati massa Cina dan India, Tunku Abdul Rahman dan sebangsanya sampai-sampai menampar mukanya sendiri dan menjilat kembali apa yang sudah diludahnya dahulu. Pada bulan Februari 1952, pilihanraya majlis perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan. Dulunya UMNO mengambil keputusan tidak mahu menyertai kempen pilihan itu, tapi setelah mengetahui Parti Kemerdekaan Malaya pimpinan Onn bin Jaafar akan menyertai kempen pilihanraya itu, UMNO pun tiba-tiba memutuskan untuk menjalin perikatan dengan MCA dan bersama-sama menyertai kempen pilihan itu.
Imperialis British tahu dengan jelas sekali bahawa tujuan Abdul Rahman bersubahat dengan Tan Cheng Lock dan H.S. Lee itu ialah hendak menjatuhkan Onn bin Jaafar dan pengikut-pengikutnya, akhirnya mereka telah mendapat 9 dari 12 kerusi, sedangkan parti Onn bin Jaafar kalah teruk dengan hanya mendapat 2 kerusi saja. Inilah babak pertama disingkirkannya Onn bin Jaafar yang pernah dianak-emaskan imperialis British.
Pada pertengahan bulan Januari tahun 1953, McDonald memanggil Onn bin Jaafar dan rakan-rakannya ke Ipoh untuk bersidang. Mereka yang ikut serta dalam sidang tersebut ialah Onn bin Jaafar, E.E. C. Thuraisingam, P.P. Narayanan, Menteri-menteri Besar Perak dan Kelantan serta Yong Seok Ming, Sia Yu Chiang, Wai Chi Kang, Kim Sui On dan seorang Serani dari Pulau Pinang bernama V. Shelly. Tan Cheng Lock anak beranak sudah bermasam muka dengan Onn bin Jaafar, jadi mereka berdua tidak hadir.

Di sidang itu McDonald telah menganalisa situasi politik dan berkata bahawa Perikatan MCA-UMNO dikuasai orang Cina. Dia meminta para hadirin mengkaji masalah jalan keluar bagi Parti Kemerdekaan dan Onn bin Jaafar menurut situasi politik ketika itu. Dia mengusulkan penubuhan Badan Politik Pusat yang terdiri dari wakil-wakil semua parti politik dan pertubuhan, dua tiga orang pegawai British seperti dia juga boleh turut serta untuk membincangkan masalah pemerintahan sendiri.

Itulah jalan yang paling baik katanya, sedangkan jalan yang kurang baik ialah menubuhkan parti yang baru. Sidang memutuskan untuk meneruskan sidang itu di rumah Yong Soek Ming di Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun yang sama. Sidang tersebut juga telah memutuskan penubuhan badan politik pusat dan mempertanggugjawabkan kerja menggubal perlembagaannya kepada 3 orang berasas tujuankan memajukan perpaduan nasional dan maju beransur-ansur menuju pemerintahan sendiri.

Pada 16 Mac, mereka bersidang sekali lagi di mana mereka memutuskan untuk mengeluarkan sebuah pernyataan atas nama Menteri Besar berbagai negeri, merayu semua parti politik supaya mengutus wakil mereka menyertai persidangan nasional demi menimbangkan masalah mengadakan kerjasama yang paling baik untuk mendirikan negara Malaya yang bersatu dan berpemerintahan sendiri.

Pernyataan yang ditulis McDonald sendiri itu diluluskan oleh sidang pada 16 Mac lalu disiarkan pada 20 Mac. Bersamaan dengan itu diputuskan bahawa persidangan nasional diselenggarakan di Kuala Lumpur pada 27 April dan semua parti politik dan pertubuhan diundang menghadirinya. MCA dan UMNO menolak menghadirinya.
Oleh kerana itu selain daripada orang-orang dari Parti Kemerdekaan dan orang-orang peranakan, mereka yang menyertainya hampir semuanya ialah wakil dari pertubuhan dan parti politik orang India Ceylon dan Pakistan, antaranya termasuk wakil MIC. Persidangan itu telah melantik sebuah jawatankuasa yang bertugas mengajukan laporan dan usul berkenaan masalah-masalah tersebut kepada persidangan kedua.
Persidangan itu memutuskan untuk mengadakan persidangan nasional kedua pada 27 September. Persidangan itu juga memutuskan:

1. Pilihanraya Persekutuan diadakan selambat-lambatnya sebelum tahun 1956

2. Sehingga Februari 1954, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan patut ditambah kepada 90 orang yang semuanya dilantik pemerintah

3. Hanya ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan yang menjadi menteri sahaja yang boleh menjadi ahli majlis kerja persekutuan dan lain sebagainya.

Benggolan-benggolan MCA dan UMNO juga mengadakan konvention nasional mereka di Kuala Lumpur pada penghujung bulan Ogos tahun itu atas arahan tuan mereka. Konvention meluluskan keputusan yang menyatakan hasrat hendak berusaha mendirikan negara yang merdeka dalam lingkungan komanwel.

Keputusan itu juga menuntut diadakannya pilihanraya majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pada tahun 1954. Konvention menganggap bahawa gerakan yang dilancarkan Menteri-menteri Besar itu semakin menunjukkan yang ia hendak melambat-lambatkan perkembangan apa yang disebut “Kerajaan Representatif” seberapa lama yang dapat.

Alex Josey, perisik British yang pernah menjadi benggolan perang saraf di Kuala Lumpur pada suatu ketika dulu dan kemudian menjadi setiausaha akhbar Lee Kuan Yew juga menulis artikel-artikel di suratkhabar-suratkhabar, memuji-muji konvention nasional Tunku Abdul Rahman dan sebangsanya atas perintah imperialis British.

Duet Tunku Abdul Rahman dan Onn bin Jaafar itu berlangsung terus sehingga dipentaskannya sandiwara pilihanraya Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pada tahun 1955. Untuk menghebohkan lagi sandiwara ini, Onn bin Jaafar mendirikan pula Parti Negara pada bulan Februari tahun 1954 atas arahan imperialis British.

Pilihanraya majlis negeri pula diadakan pada bulan Oktober 1954, mulai dari Johor ke negeri-negeri lain. Dan mulai dari bulan Oktober itulah, benggolan MIC yang tadinya mengekori Onn bin Jaafar serta Parti Kemerdekaannya mengambil keputusan untuk berpatah arang dengan Onn bin Jaafar, menyerahkan diri ke pelukan Tunku Abdul Rahman dan menjadi rakan kecil dalam parti Perikatan.

Dalam pilihanaraya di Johor, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, semua calon Parti Negara Onn bin Jaafar 28 orang, (26 Melayu) menderita kekalahan. Di Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Kelantan dan Melaka, Parti Negera tidak menghantar calonnya untuk menyertai perebutan tersebut.

Sebenarnya ini adalah babak kedua penyingkiran Onn bin Jaafar. Tapi sebelum itu pada tahun 1953, dengan mengambil peluang ketika Queen Elizabeth ditabalkan, imperialis British memberi gelar “Sir” kepada Onn bin Jaafar. Ini merupakan ejekan yang pedas.


sumber maklumat: Muzium Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin

2 Comments

Filed under Politik, Sejarah

1 Akidah 1 Ummah: Antara Sunnah dan Syiah.

Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan mazhab empat Ahl Sunnah (Mazhab Hanafi, Maliki,  Syafie dan Hanbali) mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu;  Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).

Semua pihak percaya jika sesiapa daripada kalangan mereka yang mengingkari salah satu daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur’an adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Othman yang digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahan Khalifah Othman.

Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahl Sunnah mengenai ayat al-Qur’an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahl Sunnah itu sendiri seperti Syafie, Hanafi dan seterusnya.

Ahl Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara iaitu;

i)                    Mengucap dua kalimah syahadah.

ii)                  Sembahyang.

iii)                Puasa.

iv)                Zakat.

v)                  Haji di Baitullah.

Sementara Syiah Imamiyyah pula berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara juga iaitu;

i)                    Sembahyang.

ii)                  Puasa.

iii)                Zakat.

iv)                Haji di Baitullah.

v)                  Jihad.

Ahl Sunnah berpendapat Nabi tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul, mungkinkah Nabi yang menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau sendiri tidak melakukannya?.

Syiah Imamiyyah yakin dan percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang dianugerahkan Tuhan kepada Ahlul Bayt khususnya saidina Ali sebagai orang yang diwasiatkan untuk menjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith Ghadir Khum, Hadith al-Safinah dan lain-lain (Hakim Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali). Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan, Husayn, Ali Zainal Abidin, al-Baqir, al-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12).

Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith Imamah/Khalifah dua belas yang bermaksud:

Urusan dunia selepasku tidak akan selesai melainkan berlalunya dua belas Imam”.(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).

Mereka juga dikenali dengan mazhab Ja’fariyyah iaitu dinisbahkan dengan Imam keenam Ja’far al-Sadiq yang bersambung keturunannya di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar al-Siddiq ibunya bernama Ummu Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (al-Sajjad) b. Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah al-Zahra bt Muhammad Rasulullah.  Beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

Ahl Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya manusia adalah lebih mulia daripada para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang paling hampir (al-Muqarrabun) kepada Tuhan. Manusia dianugerahkan hawa nafsu dan keilmuan berlainan dengan malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para malaikat disuruh sujud sebagai tanda hormat kepada bapa manusia, Adam.

Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia dari manusia kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan bagi mereka juga  sujud malaikat kepada Nabi Adam adalah sujud hormat bukan sujud yang bererti kehinaan dan bukan juga sujud kerana ibadat. Ahl Sunnah juga bersetuju bahawa Ahl Bayt  adalah lebih mulia dari orang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab: 33,

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu hai Ahl Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya”.

Mengikut Muslim dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzulnya, apa yang dimaksudkan dengan Ahl Bayt ialah Fatimah, Hasan, Husayn dan Ali.

Berdasarkan kepada ayat itu, Syiah Imamiyyah percaya bahawa para Imam dua belas adalah maksum. Pengertian maksum, mengikut mereka ialah suatu kekuatan yang menegah seseorang daripada melakukan kesalahan/dosa  serta tidak boleh menyalahi nas.

Perkara semacam ini memang juga berlaku dalam hidup seseorang. Contohnya seorang yang ingin melakukan maksiat tertentu, kemudian ada sahaja perkara yang menegahnya daripada melakukan maksiat itu. Bukanlah pengertian maksum itu sebagaimana kebanyakan yang difahami umum, iaitu seseorang itu boleh melakukan maksiat kerana dia itu maksum.

Selain dari ayat itu, Syiah Imamiyyah berpegang kepada beberapa Hadith Nabi yang antaranya menerangkan kedudukan keluarga Rasulullah. Rasulullah bersabda:

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)” (Sahih Muslim, Hadith Thaqalain).

Rasulullah bersabda:

Ahl Baytku samalah seperti kapal Nabi Nuh; siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan binasa/tenggelam, (Al-Hakim Nisaburi, al-Mustadrak, Bab Kelebihan Keluarga Nabi).

Bagi Ahl Sunnah, mereka mengatakan Ahl al-Bayt itu lebih umum. Bagaimanapun keistimewaan diberi kepada mereka itu secara khusus. Tidak wujud perbezaan yang besar antara Syiah Imamiyyah dan Ahl Sunnah dalam beberapa masalah fiqh seperti mengenai cara mengambil  wuduk. Mereka bersetuju kebersihan mestilah dilakukan sebelum wuduk diambil. Bagaimanapun mereka berbeza mengenai basuh/sapu dalam Surah al-Maidah: 6, yang bermaksud:

Sapulah (Imsahu) kepala kamu dan kaki kamu”.

Jika ditinjau pengertian ayat itu dengan lebih detail, bukan sahaja kepala yang wajib disapu, malah kaki pun sama, kerana perkataaan Imsahu memberi pengertian sapu dan huruf ataf di situ mestilah dikembalikan kepada yang lebih hampir sekali. Lantaran itu Syiah Imamiyyah mengatakan kaki hendaklah disapu bukan dibasuh.

Sementara Ahl Sunnah mengatakan basuh; mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang bermaksud:

Neraka wail bagi mata kaki yang tidak dibasahi air”.

Bagi Syiah Imamiyyah, mereka mengatakan hadith itu ditujukan kepada orang yang tidak membersihkan anggota-anggotanya, termasuk kaki sebelum mengambil wuduk. Di samping itu, mereka berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Sabda Rasulullah:

Wuduk itu dua basuh dan dua sapu”, iaitu basuh muka dan tangan. Adapun lokasi sapu ialah kepala dan kaki.

[Nota: Imam Baqir a.s bertanya di hadapan khalayak ramai: ‘Apakah kalian ingin saya nyatakan tentang wuduk Rasulullah ? Mereka menjawab,’Ya‘. Kemudian beliau meminta suatu bekas yang berisikan air.

Setelah air itu berada di hadapan beliau, beliau (Imam Baqir) menyingkap lengan bajunya dan memasukkan telapak tangan kanannya pada bekas yang berisikan air itu sambil berkata: ‘Begini caranya bila tangan dalam keadaan suci‘. Kemudian beliau mengambil air dengan tangan kanannya dan diletakkan pada dahinya sambil membaca ‘Bismillah‘ dan menurunkan tangannya sampai ke hujung janggut, beliau meratakan usapan untuk kedua kalinya pada dahi beliau,

kemudian beliau mengambil air dengan memasukkan tangan kirinya dari bekas itu dan beliau letakkan pada siku kanan beliau sambil meratakannya sampai ke hujung jari. Setelah itu beliau mengambil air dengan tangan kanan dan diletakkan pada siku kirinya sambil beliau ratakan sampai ke hujung jari.

Kemudian dilanjutkan dengan mengusap ubun-ubun beliau dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan beliau sampai ke hujung dahi (tempat tumbuh rambut).

Kemudian beliau usap kaki (bahagian atas) kanannya dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan kanan, sedangkan kaki kiri beliau usap dengan sisa air yang terdapat pada telapak kaki kiri (keduanya diusap sampai ke pergelangan kaki beliau – Al-Wasail Syiah, Juz. 1, bab 15, hlm.387].

Ahl Sunnah membuang perkataan Haiya ‘ala khayr al-’amal (marilah melakukan sebaik-baik amalan) dari susunan kalimah laungan azan asal dan menambah perkataan “Al-solatu khairun minam-naum (solat lebih baik dari tidur) dalam azan subuh. Kedua-dua perkataan itu dilakukan ketika pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Mengenai yang pertama, beliau berpendapat jika seruan itu diteruskan, orang Islam akan mengutamakan sembahyang dari berjihad. Tentang yang kedua, beliau dikejutkan dari tidurnya oleh muazzin dengan berkata: “Sembahyang itu lebih baik dari tidur”, maka beliau lantas tersedar dan menyuruh muazzin itu menggunakan perkataan itu untuk azan Subuh.

Bagaimanapun, bagi Syiah Imamiyyah diteruskan azan asal sebagaimana yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah dan khalifah Abu Bakar r.a. Ahl Sunnah tidak mengsyaratkan sujud di atas tanah dalam sembahyang. Syiah Imamiyyah menyatakan sujud di atas tanah itu lebih afdhal kerana manusia akan lebih terasa rendah dirinya kepada Tuhan. Mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang bermaksud,

Dijadikan untukku tanah itu suci dan tempat sujud” (Sahih Muslim, Bab Mawdi’ as-Salah).

Semua pihak bersetuju sembahyang boleh dijama’ apabila seseorang itu musafir (kecuali mazhab Hanafi yang mewajibkan solat qasar sahaja). Ahl Sunnah pada keseluruhannya tidak menggalakkan jama’ sembahyang selain dari musafir. Meskipun begitu, mereka tidak menyatakan sembahyang jama’ itu tidak sah bagi orang yang bermukim.

Imam Malik dan Syafie mengharuskan jama’ sembahyang Zohor dengan Asar, Maghrib dan Isya’ di hari hujan (Fiqh Sunnah, jilid satu halaman, 255) .

Kebanyakan pengikut Imam Syafie berpendapat jama’ sembahyang boleh dilakukan jika ada sebab yang diharuskan oleh syarak dan adalah menjadi makruh jika dilakukan secara kebiasaan.

Syiah Imamiyyah menyatakan, sembahyang jama’ boleh dilakukan tanpa sebab musafir, sakit atau ketakutan kerana Nabi bersembahyang jama’  tanpa sebab dan musafir.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa “Rasulullah sembahyang berjamaah dengan menjama’kan Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isya’ tanpa musafir dan tanpa sebab takut”, (Sahih Muslim, Bab Jawaz Jam’ as-Salah fil-Hadr).

Ahl Sunnah dan Syiah Imamiyyah bersetuju bahawa sembahyang tarawih berjamaah tidak dilakukan pada masa Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Ia dilakukan atas arahan khalifah Umar al-Khattab r.a kerana beliau melihat orang ramai sembahyang sunat bertaburan di dalam masjid, lantas beliau berkata: “Alangkah baiknya jika dilantik seorang lelaki untuk menjadi Imam bagi kaum lelaki dan seorang perempuan untuk menjadi Imam kaum wanita”.

Kemudian Umar al-Khattab melantik Ubay bin Ka’ab mengimamkan pada malam berikutnya. Beliau berkata: “Ini adalah sebaik-baik bidaah “.

Selepas itu beliau menghantar surat kepada gabenor-gabenor di seluruh negara supaya menjalankan sembahyang sunat secara berjamaah dan dinamakan Sembahyang Tarawih kerana setiap empat rakaat diadakan istirahat (Bukhari, Bab Sembahyang Tarawih, Muslim, Bab Sembahyang Malam).

Syiah Imamiyyah tidak melakukan sembahyang tarawih atas alasan itu. Meskipun begitu Syiah Imamiyyah sebagai contoh melakukan sembahyang sunat lima puluh rakaat pada tiap-tiap malam Ramadhan (Nota: terdapat sembahyang sunat khusus dan umum pada setiap malam Ramadhan – sila lihat Mafatihul Jinan) secara bersendirian di samping sembahyang sunat biasa; mereka sembahyang tiga puluh empat rakaat.

Ahl Sunnah menyatakan bilangan takbir Sembahyang Mayat ialah empat, sementara Syiah Imamiyyah mengatakan lima takbir.

Di samping itu, Ahl  Sunnah sendiri tidak sependapat cara-cara mayat dihadapkan ke Kiblat. Maliki, Hanafi, dan Hanbali berpendapat mayat hendaklah diletakkan ke atas lambung kanannya dan mukanya menghadap Kiblat sebagaimana dilakukan ketika menanam mayat.

Manakala  Syiah Imamiyyah dan Syafie berpendapat mayat hendaklah ditelentangkan dan dijadikan kedua tapak kakinya ke arah Kiblat  Jika dia duduk, dia perlu menghadap Kiblat .

Dalam pada itu, berkaitan dengan masalah fiqh juga; sebenarnya ramai di kalangan pengikut mazhab Syafie tidak sedar cara pengebumian mayat yang mereka lakukan adalah pendapat  Syafie yang sependapat dengan mazhab Syiah Imamiyyah dalam masalah tersebut.

Begitu juga dengan amalan ‘bersalam’ lelaki-perempuan dengan melapikkan kain di tengah tangan adalah berasal dari mazhab Ja’fari sedangkan Imam Syafie tidak membenarkan berjabat tangan dengan bukan muhrim sekalipun secara berlapik atau beralas.

Semua pihak bersetuju bahawa nikah mut’ah diharuskan pada zaman Nabi  tetapi mereka tidak sependapat tentang pembatalannya atau pemansukhannya selepas kewafatan Nabi.

Imam Malik mengatakan ia adalah harus kerana firman Tuhan dalam Surah al-Nisa: 24, yang bermaksud:

“Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati antara mereka, maka berilah kepada mereka maharnya dengan sempurna, sebagai suatu kewajipan

sehingga terbukti pembatalannya.

Imam Zulfar,anak murid Imam Abu Hanifah berpendapat ia harus kerana ‘menghadkan waktu’ dalam akad nikah itu tidak membatalkan akad. Beliau menamakan Nikah Mu’aqqat.

Manakala Imam Muhammad Syaibani menyatakan ia makruh (lihat Zarkhasi, Kitab al-Mabsud, Cairo, 1954, Vol.5, hlm.158).

Al-Zamakhshari, seorang pengikut mazhab Hanafi, menyatakan ayat itu muhkamah, iaitu jelas tidak ada ayat yang memansuhkannya (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Vol.I, hlm. 189)

Sementara Imam Syafie pula menyatakan ia telah dimansukhkan oleh sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh al-Jurayh bahawa Rasulullah telah melarang daripada melakukan mut’ah.

Namun mengikut kaedah fiqhiyyah; Imam Syafie, Hanafi dan Hanbali bersepakat bahawa al-Qur’an tidak boleh dimansukhkan dengan Hadith kecuali yang mutawatir (yang diriwayatkan oleh bilangan ramai: Lawannya hadith Ahad) kerana mereka berpegang dengan Surah al-Baqarah: 106, yang bermaksud:

“Kami, tidak memansukhkan satu ayat atau melupakannya melainkan Kami gantikannya dengan ayat yang lebih baik daripadanya atau seumpamanya“.

Jelas sekali bahawa hadith Nabi tidak setanding dengan al-Qur’an. Ini bererti hadith yang melarang dilakukan mut’ah itu adalah hadith Ahad dan mengikut kaedah itu ia tidak sekali-kali dapat memansukhkan ayat 24, dari Surah al-Nisa’

(Nota: Pada hakikatnya Nabi  tidak mungkin bercanggah dengan al-Qur’an kerana apa yang dinyatakan oleh Nabi adalah dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Najm: 4-5, bermaksud:

“Dan tidak ia (Nabi) bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan (dari Allah)”.

Mengikut kaedah itu, Imam Syafie sepatutnya mengatakan nikah mut’ah itu harus. Lebih menghairankan, Imam Syafie yang mengatakan nikah mut’ah itu dimansukhkan masih percaya kepada Hadith-Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Jurayh (w.150H) seorang tabi’in yang menjadi Imam di Masjid Makkah pada masa itu dan beliau telah berkahwin secara mut’ah dengan lebih sembilan puluh perempuan di Makkah.

Sehingga beliau berkata kepada anak-anaknya: “Wahai anak-anakku, jangan kamu mengahwini perempuan-perempuan itu kerana mereka itu adalah ibu-ibumu”. Bukan sahaja Imam Syafie yang menerima dan mempercayai hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Jurayh,  malah Imam Muslim dan Imam Bukhari menerimanya dalam Sahih-Sahih mereka.

Berdasarkan kepada bukti-bukti di atas nampaknya Imam Syafie tidak begitu yakin tentang pemansukhannya. Jikalau tidak, Ibn Jurayh adalah penzina dan tidak boleh menjadi Imam Masjid Makkah ketika itu dan riwayatnya mestilah ditolak.

Pihak Syiah Imamiyyah merujuk kepada beberapa hadith Nabi; antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imran bin Hasin yang berkata:

Ayat mengenai mut’ah telah diturunkan dalam al-Qur’an dan kami melakukannya di masa Rasulullah dan tidak diturunkan ayat yang memansukhkan/membatalkannya dan Nabi pula tidak melarangnya sehingga beliau wafat” (Imam Hanbali, Musnad, Jilid 4,hlm. 363).

Mereka juga memetik Saidina Ali sebagai berkata:

Jikalaulah Umar tidak melarang nikah muta’ah, nescaya tidak ada orang yang berzina melainkan orang-orang yang benar-benar jahat” (Tafsir al-Tabari, Bab Nikah Mut’ah).

Mereka juga merujuk kepada sahabat Zubayr bin Awwam yang mengahwini Asma’ binti Abu Bakar secara mut’ah dan mendapat dua orang cahaya mata yang masyhur dalam sejarah Islam iaitu Abdullah bin Zubayr dan adiknya Urwah bin Zubayr (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Bab Nikah Mut’ah)”.

Imam Ja’far al-Sadiq (Imam Keenam) Ahl Bayt berkata:

“Tiga perkara yang aku tidak akan gunakan taqiyah: Haji Tamattuk, Nikah Mut’ah, dan ‘hayya ala khairil amal’ dan ditanya Imam Ja’far al-Sadiq mengenai nikah mut’ah, beliau menjawab “Ia halal sehingga Hari Kiamat” (Al-Kulaini, Usul al-Kafi, Bab Mut’ah).

Inilah sebahagian kecil dari hujah-hujah yang dipegang oleh Syiah Imamiyyah dalam masalah itu.

Imam Bukhari dalam Sahihnya memberi definisi sahabat sebagai orang yang bersahabat dengan Nabi dan mati sebagai seorang muslim atau orang yang pernah melihat Nabi dan mati sebagai seorang muslim.

Ahl Sunnah mengatakan semua sahabat Nabi itu adil dan amanah sehingga tidak boleh dipertikaikan peribadi mereka. Sementara Syiah Imamiyyah pula berpendapat sahabat Nabi itu adalah manusia biasa. Ada yang baik dan ada yang kurang baik.

Dalam akidah Islam, sahabat bukanlah maksum; dengan itu mereka terdedah kepada sebarang kesalahan/dosa seperti manusia biasa.

Mereka menyatakan ada ayat-ayat al-Qur’an yang memang ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi; ada sahabat-sahabat yang lari ketika peperangan, melakukan perkara yang tidak diingini oleh Islam.

Malah jika diperhatikan secara rasional tanpa Asabiyyah, tidaklah semestinya semua sahabat Nabi yang ratusan ribu itu adil dan amanah, kerana celaan al-Qur’an itu ditujukan juga kepada mereka. Malah memang ada dari kalangan yang dinamakan sahabat seramai lima belas orang yang telah cuba membunuh Nabi sendiri selepas peperangan Tabuk di Aqabah (lihat Musnad Ibn Hanbal, Beirut, 1943, Jilid 5, hlm. 428-9).

Dalam pada itu Syiah Imamiyyah juga tidak menafikan wujudnya sahabat-sahabat Nabi yang setia. Mengenai hadith “sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang di langit”, maka sanad hadith ini adalah lemah dan ditolak oleh Ahl Sunnah sendiri seperti Imam Abu Bakar al-Syafii dan lain-lain.

Bagaimanapun beliau tidaklah menafikan sebahagian dari sahabat-sahabat Nabi itu boleh menjadi ikutan. Imam Bukhari dalam Sahihnya, Vol.16, Kitab al-Riqaq, Bab al-Hawd, mencatatkan sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syukbah, bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sahabat-sahabat kamu telah berubah selepas kamu (meninggal)”.

Oleh itu hadith ini menjadi asas yang kukuh untuk Ahl Sunnah berfikir dengan rasional tanpa semata-mata taksub kepada mazhab kita. Apa yang menjadi asas ialah al-Qur’an dan hadith Rasulullah.

Syiah Imamiyyah menghormati khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar dan jauh sekali dari mengkafirkan mereka berdua. Sekiranya ada Syiah yang mengkafirkan mereka, ini adalah Syiah yang ghulat (menyeleweng) atau hanya pandangan individu.

Apatah lagi Imam Keenam Syiah ialah Imam Ja’far al-Sadiq yang bertemu di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar.

Ahl Sunnah bersetuju pintu ijtihad telah ditutup. Penutupan pintu ijtihad bererti ‘jemputan’ kepada zaman taqlid. Dan juga bererti tidak wujud lagi mujtahid yang baru; memadai dengan mujtahid-mujtahid yang telah mati. Lantaran itu persoalan-persoalan yang baru kurang dapat diatasi.

Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan mereka tidak membenarkan ia ditutup kerana penutupan pintu ijtihad memberi implikasi penyerahan kepada kelemahan dan kebodohan sendiri dan ia bercanggah dengan al-Qur’an yang menuntut sebahagian umat Islam menjadi alim mujtahid di setiap masa.

Sayang sekali kebanyakkan Ahl Sunnah daripada kalangan  mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki telah menyerah diri kepada penutupan pintu ijtihad. Persoalan yang timbul, siapakah yang memerintahkan supaya ia ditutup? Mungkinkah “pemerintahan sekularisme” sebelum Imam al-Juwayni atau Imam Ghazali mengiystiharkan penutupan itu?

Imam al-Juwayni, guru kepada Imam al-Ghazali menyatakan, “Sekiranya pintu ijtihad masih terbuka, maka aku adalah seorang mujtahid”. Imam al-Juwayni sendiri mengakui penutupan itu dan dalam andaiannya, beliau juga mujtahid sekiranya pintu itu dibuka.

Dan di masa itu timbulnya perasaan fanatik kepada mazhab tertentu yang dikuti dan masing-masing menakwil hadith-hadith mengikut pandangan mazhab mereka.

Rasulullah bersadba:

Umatku akan berpecah kepada 73 golongan, yang berjaya hanyalah ‘satu’ (al-Wahidah).

Muktazilah mengatakan yang satu itulah mereka. Murji’ah pula mengatakan merekalah yang berjaya dan bukan Muktazilah. Sementara Ahl Sunnah mengatakan, mereka sahaja yang berjaya.

Imam al-Ghazali mengatakan, apa yang dimaksudkan dengan umat itu adalah secara umum, dan golongan yang benar-benar berjaya ialah golongan yang tidak dibentangkan kepada neraka. Lantaran itu mengikut Imam al-Ghazali, sesiapa yang dimasukkan ke syurga dengan syafa’at, dia tidaklah benar-benar berjaya (Al-Tafriqah bayn al-Islam wa Zandaqah, Mesir, 1942, hlm.75).

Mengenai khurafat pula, semua pihak bersepakat bahawa khurafat mestilah diperangi habis-habisan. Namun begitu masih ada khurafat-khurafat dalam mazhab Syiah dan Sunnah. Jika ada mana-mana pengikut melakukan perkara itu maka ia menggambarkan kejahilan pengikut itu sendiri.

Semua pihak bersepakat menerima hadith-hadith Nabi yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah (diyakini). Tetapi Syiah Imamiyyah mengutamakan Hadith-Hadith yang diriwayatkan olah Ahl Bayt, kerana mereka lebih mengetahui mengenai Nabi daripada orang lain, terutamanya Saidina Ali yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai “Pintu Ilmu”.

Dalam mafhum sebuah hadith Rasulullah bersabda:

Aku adalah gedung ilmu, Ali adalah pintunya, dan sesiapa yang ingin memasukinya, mestilah menerusi pintunya” (Nisaburi, Mustadrak, Bab Kelebihan Ali).

Adapun Hadith-Hadith yang menjadi rujukan Ahl Sunnah terkumpul dalam Sahih-Sahih Bukhari, Muslim, Nasa’I, Ibn Majah, Abu Daud, Tirmidzi, Muwatta, Mustadrak, Musnad Ibn Hanbal dan lain-lain.

Sementara Syiah Imamiyyah mengumpulnya dalam Usul al-Kafi oleh al-Kulaini, Man La Yahduruhul Faqih oleh al-Saduq, Al-Istibsar fi al-Din, dan Tahdhib al-Ahkam, kedua-keduanya oleh al-Tusi, Bihar al-Anwar oleh Majlisi dan lain-lain.

Sepatutnya semua buku-buku Hadith itu dikaji dan menjadi rujukan kepada umat Islam, khususnya sarjana-sarjana Islam tanpa fanatik kepada mana-mana mazhab.

Para Imam Mazhab Empat/Ahl Sunnah telah menunjukkan kasih sayang mereka kepada Imam-Imam Syiah Imamiyyah kerana mereka adalah anak-cucu Rasulullah. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berguru kepada Imam Ja’far al-Sadiq.

Apabila mereka mengemukakan persoalan, mereka menggunakan lafaz “Wahai anak Rasulullah” kemudian barulah dikemukakan persoalan itu. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pernah mengeluarkan fatwa secara rahsia supaya umat Islam keluar berperang bersama Zaid bin Ali Zainal Abidin (Ahl Bayt) menentang pemerintah Bani Umaiyyah pada masa itu. Justeru itu mereka dipenjarakan.

Imam Abu Hanifah berkata:

Jikalau tidak wujud dua Sunnah nescaya binasalah Nu’man” iaitu jikalau tidak wujudnya Sunnah Nabi dan Sunnah Ja’far al-Sadiq, nescaya binasalah beliau.

Imam Syafie pula telah membuktikan kasih beliau kepada Ahl Bayt dan Syiah dalam syairnya yang masyhur seperti berikut:

“Aku adalah Syiah dalam agamaku,

Aku berasal dari Makkah,

Dan rumahku di Asqaliyah” (Fakhruddin al-Razi, Manaqib al-Imam as-Syafie, Cairo, 1930, hlm.149 dan seterusnya).

Bagaimanapun Imam Syafie bukanlah seorang penganut mazhab Syiah dalam ertikata yang sebenar tetapi sikapnya yang begitu kasih dan luhur terhadap Syiah Imamiyyah patut dicontohi.

Apatah lagi Imam-Imam mereka dari keturunan Rasulullah yang kita tidak pernah lupa dalam sembahyang kita setiap kali kita berdoa,

Wahai Tuhanku, salawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad (Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa alihi Muhammad).

Begitulah sikap dan pendirian para Imam Mazhab Empat terhadap Syiah Imamiyyah dan para Imam dari Ahl Bayt.

Sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Akbar al-Marhum al-Syeikh Mahmud Shaltut ketika beliau masih memangku Jabatan Rektor al-Azhar dan disiarkan pada tahun 1959 Masehi dalam Majalah Risalatul Islam yang diterbitkan oleh Darul Taqrib bainal Mazahibil Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan Antara Mazhab-Mazhab Dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun ke-11, halaman 227 berbunyi seperti berikut:

Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun antara pengikutnya. Setiap Muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang manapun juga yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan meyakinkan. Dan yang perincian tentang hukum-hukum yang berlaku dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan yang memang dikhususkan untuk itu. Begitu pula setiap orang yang mengikuti salah satu antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab lainnya – yang manapun juga dan tiada ia berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu…..”

sumber: HJ.HYDZELAN

7 Comments

Filed under Agama dan Islam