Bank, Rasuah dan Kehakiman.

Di bawah ini satu dakwaan yang menceritakan bagaimana bank mengawal Mahkamah:

The banks have corrupted parliaments and courts in order to achieve their seemingly invincible position. Through the parliaments, banks have set in place legislation which form the blue print and provide the means to realize their goal. However, such legislation can only be enforced through the courts where, if justice were to prevail, bad laws would be vetoed and rejected in fair trials or tribunals. That is why the banks have to have dominance over the courtsThey do this by firstly controlling the judges and secondly eliminating juries - thereby removing any possibility that the judges may “do right” or that the people may exercise their will. But there is a chink in the banks’ armour – an Achilles’ heel. There is a way to smash the banks by proclaiming a simple truth which the banks have swept aside in the implementation of their practice of issuing loan contracts. The truth is in the meaning of the word, “variable”, as found in the Oxford English Dictionary. “Variable” means “uncertain” and “certain” means “not variable”. For contracts to be valid under the common law, there must be “certainty of terms” as an essential element. Therefore, all loan contracts in which the banks have incorporated variable interest rates are invalid. Those loans are illegal and the banks are common law criminalsThe judges know this and are concealing this serious offence. This website exposes the incompetence, corruption and treachery in the judiciary. Magna Carta says, “To no one will we sell, to no one will we deny or delay, Right or Justice.”. Unless the banks can be defeated, such noble principles are gone and the people, having no rights, are merely slaves; Rights & Wrong, Banks & Judges

THE BANKERS MANIFESTO OF 1892

Below is the Banker’s Manifesto of 1892 which was revealed by the US Congressman Charles A. Lindbergh, Sr. from Minnesota before the US Congress sometime during his term of office between the years of 1907 and 1917 to warn the citizens.

“We (the bankers) must proceed with caution and guard every move made, for the lower order of people are already showing signs of restless commotion. Prudence will therefore show a policy of apparently yielding to the popular will until our plans are so far consummated that we can declare our designs without fear of any organized resistance.

The Farmers Alliance and Knights of Labor organizations in the United States should be carefully watched by our trusted men, and we must take immediate steps to control these organizations in our interest or disrupt them.

At the coming Omaha Convention to be held July 4th (1892), our men must attend and direct its movement, or else there will be set on foot such antagonism to our designs as may require force to overcome. This at the present time would be premature. We are not yet ready for such a crisis.

Capital must protect itself in every possible manner through combination (conspiracy) and legislation.

The courts must be called to our aid, debts must be collected, bonds and mortgages foreclosed as rapidly as possible. When through the process of the law, the common people have lost their homes, they will be more tractable and easily governed through the influence of the strong arm of the government applied to a central power of imperial wealth under the control of the leading financiers. People without homes will not quarrel with their leaders.

History repeats itself in regular cycles. This truth is well known among our principal men who are engaged in forming an imperialism of the world. While they are doing this, the people must be kept in a state of political antagonism.

The question of tariff reform must be urged through the organization known as the Democratic Party, and the question of protection with the reciprocity must be forced to view through the Republican Party. By thus dividing voters, we can get them to expand their energies in fighting over questions of no importance to us, except as teachers to the common herd. Thus, by discrete action, we can secure all that has been so generously planned and successfully accomplished.”

Lagi timbul dakwaan rasuah dalam badan kehakiman

Daripada Halaman MalaysiaKini

Nov 18, 07

10:20pm
Adik peguam Datuk VK Lingam telah membuat dua laporan polis yang mendakwa berlakunya perbuatan rasuah dalam badan kehakiman serta mendedahkan maklumat mengenai hubungan baik peguam kanan itu dengan hakim-hakim berjawatan tinggi, setengah daripada mereka telahpun bersara.

Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 50, juga mendakwa pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan pertamanya, menyebabkan dia membuat laporan kedua, tiga hari kemudiannya di balai polis yang lain.

Thirunama membuat laporan pertamanya di balai polis Kelana Jaya, Selangor pada 16 Mac tahun ini terhadap Lingam dan beberapa orang lagi yang didakwa terbabit melakukan rasuah. Laporan kedua pula dibuat di balai polis Brickfields pada 19 Mac kerana, menurut Thirunama, pegawai penyiasat di balai polis Kelana Jaya, enggan merakamkan kenyataannya secara terperinci.

Dalam laporan keduanya, Thirunama – seorang juruelektrik – mendakwa beliau telah “diperalatkan” oleh Lingam untuk merasuah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, seorang bekas ketua polis dan beberapa hakim kanan.

Mereka termasuklah hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Perindustrian yang sudah bersara dan yang masih berkhidmat.

Thirunama juga mendakwa, beliau sendiri telah menyaksikan abangnya – yang disebutnya sebagai Dato V Kanagalingam – menyerahkan cek bernilai RM50,000 kepada ketua Mahkamah Perindustrian ketika itu.

Salinan laporan tersebut telah diedarkan kepada pihak media pagi ini oleh peguam Wee Choo Keong dalam satu sidang akhbar di pejabat Parti Demokratik Malaysia (MDP) di Petaling Jaya. Wee adalah setiausaha agung parti tersebut.

Dua bulan lalu, PKR mendedahkan klip video yang menunjukkan perbualan telefon Lingam, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, membincangkan mengenai pelantikan hakim-hakim.

Ahmad Fairuz telah menafikan yang Lingam bercakap dengannya dalam klip video tersebut.

Khabar angin sudah lama bertiup mengenai hubungan yang tidak baik antara Thirunama dan Lingam tetapi tidak diketahui sejak bila.

Wee bagaimanapun, menegaskan bahawa pemberi maklumat yang memberikan ‘klip video Lingam’ kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang mendedahkan klip video tersebut pada 19 September lalu – tiada kaitan dengan laporan polis Thirunama, yang dibuat enam bulan sebelum klip video itu didedahkan.

Menurut Wee lagi, Thirunama sendiri yang menghubungi beliau kira-kira 10 hari yang lalu untuk memaklumkan kepadanya mengenai laporan polis tersebut dan meminta bantuannya mengenai perkara itu. Wee enggan menyatakan di mana Thirunama berada, kerana bimbangkan keselamatannya.

Pertemuan tengah malam

Dalam laporannya itu, Thirunama mendakwa pada dua masa yang berasingan, dia telah diarahkan supaya membeli telefon bimbit dengan wang yang diberikan oleh Lingam dan memberikan telefon tersebut kepada beberapa hakim berjawatan tinggi, termasuk Eusoff.

Thirunama juga mendakwa, pada 1996, Lingam juga telah memberikannya wang tunai kepadanya supaya melangsaikan bil telefon ketua polis negara ketika itu.

Pada tahun yang sama, Thirunama berkata, beliau juga telah memulangkan “beg bimbit lama dan berat” yang disimpan oleh Lingam, kepada pemiliknya, yang kini merupakan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

Sebahagian besar laporan tersebut menyentuh tentang contoh-contoh dakwaan yang menunjukkan hubungan rapat Lingam dengan Eusoff.

Antaranya, Thirunama berkata, Lingam telah mengadakan jamuan makan malam pada 1995 di rumah peguam tersebut di Kelana Jaya. Eusoff dan anggota keluarganya hadir di majlis makan malam tersebut bersama dengan presiden Mahkamah Rayuan ketika itu dan isterinya, kata Thirunama.

Thirunama juga berkata, beliau juga menjadi pemandu abangnya dan beberapa kali membawa Lingam ke rumah Eusoff untuk perjumpaan-perjumpaan pada waktu tengah malam.

“Setiapkali saya menghantar abang saya, Dato V Kanagalingam, ke rumah Eusoff Chin, Dato VK, akan membawa banyak fail dan apabila saya pergi mengambilnya, beliau akan membawa balik satu fail.

“Saya biasanya menghantar abang saya, Dato V Kanagalinam, pada kira-kira jam 11:30 malam dan mengambilnya balik pada kira-kira jam 12:30 tengah malam hingga 1 pagi,” kata Thirunama.

Pada tahun 1996, Thirunama berkata, beliau telah menghantar beg bimbit kulit yang baru kepada Eusoff yang mengandungi beberapa dokumen serta buah tangan – sebuah dompet dan beg tangan kulit wanita.

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Lingam dan Eusoff serta anggota keluarga masing-masing telah bercuti bersama di New Zealand 13 tahun yang lalu. Foto mereka berdua di New Zealand telah disiarkan dalam Internet sejak banyak tahun yang lalu.

Skandal Perwaja

Menceritakan satu insiden pada tahun 1996, Thirunama mendakwa, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai siasatan terhadap pembabitan Lingam dalam skandal Perwaja Steel, Lingam telah meminta Thirunama dan beberapa orang lain untuk mendepositkan beberapa keping cek dan wang tunai ke dalam pelbagai akaun di Malaysia serta di London.

Thirunama berkata, RM275,000 didepositkan ke dalam akaunnya sendiri, manakala RM300,000 dimasukkan ke dalam lima akaun berasingan, masing-masing sebanyak RM60,000.

Selain itu, dakwanya, wang tunai RM100,000 disimpan oleh seorang saudara perempuan di rumahnya di Petaling Jaya.
Lingam merupakan peguam bagi Perwaja, syarikat besi waja milik negara yang dituduh terbabit dalam penyelewangan kewangan.

Thirunama juga berkata, pada 1998, dia telah membuat tiga kenyataan berasingan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah terhadap Lingam.

Dia menegaskan dua kenyataan tersebut adalah benar, tetapi Thirunama berkata, yang lagi satu itu tidak benar. Tetapi dia tidak memberi butiran lanjut mengapa dia berbohong kepada BPR.

Bagaimanapuan, sekurang-kurang sekali pada 1997, Thirunama berkata, dia dipaksa menandatangani satu pengisytiharan bersumpah yang telah disediakan oleh Lingam dan seorang lagi saudara lelakinya.

Thirunama juga berkata, Lingam telah mengugut balasan terhadapnya dan keluarganya jika Thirunama memberitahu BPR mengenai urusannya dengan para hakim, pasukan polis dan lain-lainnya.

“Saya bimbangkan nyawa saya dan keselamatan keluarga saya,” katanya dalam laporannya itu.

Ditanya mengapa Thirunama memilih untuk menghubunginya, Wee berkata, beliau sendiripun tidak menyangkanya.
Katanya, mungkin Thirunama tidak percayakan pihak-pihak lain.

“(Jika mahu) dia boleh berjumpa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, sesetengah (mereka) mempunyai kedudukan dan boleh membangkitkan perkara ini di Parlimen,” kata Wee.

dari http://muslimvillage.wordpress.com/

Leave a comment

Filed under Ekonomi, Politik, Undang-undang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s