Monthly Archives: December 2010

Perjanjian Kedah dan Pulau Pinang, 1791M 1205H.

Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: ITNM

Pada 16 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya: Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut:

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang daripada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.

(Tandatangan)
F. LIGHT

Leave a comment

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

Melayu Raya: Projek New Kolonial Tunku Abdul Rahman.

Dalam perundingan London untuk kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah menerima syarat penjajah British untuk meneruskan perang penjajah British melawan Tentera Pembebasan Nasional untuk kemerdekaan Malaya yang dilancarkan PKM serta terus menerus menekan gerakan kiri dengan Undang-Undang Darurat yang dikuat kuasakan British.

Selain itu, Tunku juga telah menerima syarat penjajah British dalam berbagai bidang, politik, ekonomi, ketenteraan, kebudayaan dan lain-lain. Jelaslah Tunku telah menyimpang dari kemerdekaan yang sebenarnya.

Ibrahim Fikri dan Saadon Zubir yang asalnya berjuang untuk kemerdekaan dari politik haluan kiri juga menerima pandangan Tunku Abdul Rahman tersebut dan ikut serta dalam perundingan London. Sebab itulah, walaupun sudah mencapai kemerdekaan, tapi perang melawan penjajah British tidak dapat ditamatkan, Undang-undang Darurat terus berkuat kuasa.

Pada tahun 1961, akta tersebut diganti pula dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenali sebagai akta zalim oleh berbagai kalangan politik dalam negeri dan antarabangsa.

Selepas merdeka, 400,000 lebih tentera British terus menetap di Malaya. Dari angka ini termasuklah 77,000 polis dan pasukan tentera, termasuk tentera simpanan berjumlah 320,000 orang. Angka ini amat besar jika di banding dengan penduduk Malaya ketika itu yang hanya berjumlah 5 juta jiwa.

Hasil persekongkolannya dengan penjajah British, pada tahun 1960 Tunku merancang sebuah projek new kolonialis dengan nama Melayu Raya. Rancangan ini diumumkan pada tahun 1961. Projek new kolonial ini merangkumi Semenanjung Malaya, Singapura, Sumatera, Sabah, Sarawak, Brunei di Kalimantan, Solo di Filipina dan Pattani di Selatan Thai.

Dengan ini, Tunku cuba mengubah Perjanjian Legor atau Perjanjian Inggeris – Siam tahun 1909 yang menetapkan kawasan sempadan Malaysia – Thai yang ada pada sekarang ini. Selain itu Tunku juga mengambil cara pentadbiran Jepun yang mencantumkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sumatera, Solo, Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam projek Melayu Raya.

Akan tetapi rancangan ini ditentang oleh Soekarno di Indonesia dan Makapagal di Filipina. Soekarno kemukakan polisi “Ganyang Malaysia“. Dengan itu keadaan menjadi gawat.

Golongan nasionalis Malaya di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam. Mereka mempunyai konsep nasionalisme yang luas berasaskan penyatuan rumpun Melayu berpendirian menyokong Soekarno. Pada masa KMM, golongan nasionalis Melayu yang berpandangan jauh melihat konsep kemerdekaan Malaya di bawah Indonesia Raya demi mempersatukan seluruh rumpun Melayu. Dasar ini diteruskan oleh PKMM.

Boestamam ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat penjajah pada tahun 1948. Setelah dibebaskan beliau menubuhkan Partai Rakyat Malaya untuk meneruskan perjuangan nasionalis Melayu.

Dr. Burhanuddin ditangkap kerana tuduhan memimpin perjuangan orang Melayu Singapura menentang penjajah British dalam kes Natrah. Setelah keluar penjara beliau memimpin PAS. PAS dan Partai Rakyat bergerak bersama di atas prinsip nasionalis, sosialis dan agama.

Di atas dasar penyatuan seluruh rumpun Melayu, Partai Rakyat mempunyai cawangannya di Singapura, Brunei dan Selatan Thai iaitu Singapura diwakili oleh Harun Mohd. Amin, Brunei diwakili oleh M. Azahari dan Selatan Thai atau Pattani diwakili oleh Mohd. Amin.

Rancangan Boestamam ini berlainan sama sekali sifatnya dengan projek Melayu Raya Tunku Abdul Rahman. Boestamam berpegang pada prinsip penyatuan rumpun Melayu yang benar-benar merdeka dari pengaruh penjajah. Akan tetapi Tunku mahu meletakkan negeri-negeri Melayu tersebut di bawah pentadbiran new kolonial British.

Kerana mendapat tentangan yang hebat, Tunku akhirnya menarik balik rancangan Melayu Raya. Soekarno dan Tunku mengadakan perundingan dalam masa lama di Jepun.

Pada tahun 1961, Tunku kemukakan projek Malaysia yang merangkumi negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei. Akan tetapi kemudiannya Brunei menarik diri dari Malaysia dan diikuti pula oleh Singapura. Dengan itu kekallah Malaysia yang merangkumi 12 buah negeri seperti yang ada sekarang ini.

 

Nota: Catatan di atas adalah tulisan Abdullah C.D. yang dimuatkan dalam PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga.

sumber: Kini dan Silam

 

2 Comments

Filed under Politik, Sejarah

Sejarah Legeh, Pattani, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka.
Beliau merupakan anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.
Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
———————————————————-
———————————————————-
Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato’ Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani.
Dato’ Nang Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah.
Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.
————————————————————————
———————————————————————–
Queen Elizebeth II bersama suaminya
———————————————————————
——————————————————————–
Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato’ Nai Riam dan suaminya Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja baru negeri Kelantan Darul Naim.
Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka (Thai dan British) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja siam-thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.

—————————————————————-

Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibelah dua. Seperti peristiwa Germany telah dibelah dua, begitulah juga Kedah kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani baru.
Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran di dalam negeri baru itu terletak di bawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.

Di sebelah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai.
Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti sultan-sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah yang palsu untuk menunjukkan kepada sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja dahulukala.
———————————————————————
——————————————————————–
———————————————————————-
———————————————————————-
Begitu jugalah dengan negeri di bawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran kerajaan Legeh yang berpusat Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga keturunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman.
Padahal Terengganu dan Kelantan ialah kerajaan Pattani. Manakala Pattani Darus Salam pula ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara Long Senik Mulut Merah dan Tengku Besar lanun Kampung Laut.
Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.

————————————————————-

Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor.

Beliau telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim.

Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.

Arca Rukun Negara di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Star. Yang mengandungi simbol topi kerajaan kafir British Empire.

—————————————————————

Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.

Lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini.

Mungkin jika diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.

Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau telah menghancurkan kerajaan Rom ini pada usia 21 tahun.

Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera“.

Sultan Muhammad al-Fatih (1432-46M) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba’al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Sultan Muhammad al-Fatih adalah Raja yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Dicatat oleh Megat al-Jefri

7 Comments

Filed under Rahsia, Sejarah