Melayu Raya: Projek New Kolonial Tunku Abdul Rahman.

Dalam perundingan London untuk kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah menerima syarat penjajah British untuk meneruskan perang penjajah British melawan Tentera Pembebasan Nasional untuk kemerdekaan Malaya yang dilancarkan PKM serta terus menerus menekan gerakan kiri dengan Undang-Undang Darurat yang dikuat kuasakan British.

Selain itu, Tunku juga telah menerima syarat penjajah British dalam berbagai bidang, politik, ekonomi, ketenteraan, kebudayaan dan lain-lain. Jelaslah Tunku telah menyimpang dari kemerdekaan yang sebenarnya.

Ibrahim Fikri dan Saadon Zubir yang asalnya berjuang untuk kemerdekaan dari politik haluan kiri juga menerima pandangan Tunku Abdul Rahman tersebut dan ikut serta dalam perundingan London. Sebab itulah, walaupun sudah mencapai kemerdekaan, tapi perang melawan penjajah British tidak dapat ditamatkan, Undang-undang Darurat terus berkuat kuasa.

Pada tahun 1961, akta tersebut diganti pula dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenali sebagai akta zalim oleh berbagai kalangan politik dalam negeri dan antarabangsa.

Selepas merdeka, 400,000 lebih tentera British terus menetap di Malaya. Dari angka ini termasuklah 77,000 polis dan pasukan tentera, termasuk tentera simpanan berjumlah 320,000 orang. Angka ini amat besar jika di banding dengan penduduk Malaya ketika itu yang hanya berjumlah 5 juta jiwa.

Hasil persekongkolannya dengan penjajah British, pada tahun 1960 Tunku merancang sebuah projek new kolonialis dengan nama Melayu Raya. Rancangan ini diumumkan pada tahun 1961. Projek new kolonial ini merangkumi Semenanjung Malaya, Singapura, Sumatera, Sabah, Sarawak, Brunei di Kalimantan, Solo di Filipina dan Pattani di Selatan Thai.

Dengan ini, Tunku cuba mengubah Perjanjian Legor atau Perjanjian Inggeris – Siam tahun 1909 yang menetapkan kawasan sempadan Malaysia – Thai yang ada pada sekarang ini. Selain itu Tunku juga mengambil cara pentadbiran Jepun yang mencantumkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sumatera, Solo, Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam projek Melayu Raya.

Akan tetapi rancangan ini ditentang oleh Soekarno di Indonesia dan Makapagal di Filipina. Soekarno kemukakan polisi “Ganyang Malaysia“. Dengan itu keadaan menjadi gawat.

Golongan nasionalis Malaya di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam. Mereka mempunyai konsep nasionalisme yang luas berasaskan penyatuan rumpun Melayu berpendirian menyokong Soekarno. Pada masa KMM, golongan nasionalis Melayu yang berpandangan jauh melihat konsep kemerdekaan Malaya di bawah Indonesia Raya demi mempersatukan seluruh rumpun Melayu. Dasar ini diteruskan oleh PKMM.

Boestamam ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat penjajah pada tahun 1948. Setelah dibebaskan beliau menubuhkan Partai Rakyat Malaya untuk meneruskan perjuangan nasionalis Melayu.

Dr. Burhanuddin ditangkap kerana tuduhan memimpin perjuangan orang Melayu Singapura menentang penjajah British dalam kes Natrah. Setelah keluar penjara beliau memimpin PAS. PAS dan Partai Rakyat bergerak bersama di atas prinsip nasionalis, sosialis dan agama.

Di atas dasar penyatuan seluruh rumpun Melayu, Partai Rakyat mempunyai cawangannya di Singapura, Brunei dan Selatan Thai iaitu Singapura diwakili oleh Harun Mohd. Amin, Brunei diwakili oleh M. Azahari dan Selatan Thai atau Pattani diwakili oleh Mohd. Amin.

Rancangan Boestamam ini berlainan sama sekali sifatnya dengan projek Melayu Raya Tunku Abdul Rahman. Boestamam berpegang pada prinsip penyatuan rumpun Melayu yang benar-benar merdeka dari pengaruh penjajah. Akan tetapi Tunku mahu meletakkan negeri-negeri Melayu tersebut di bawah pentadbiran new kolonial British.

Kerana mendapat tentangan yang hebat, Tunku akhirnya menarik balik rancangan Melayu Raya. Soekarno dan Tunku mengadakan perundingan dalam masa lama di Jepun.

Pada tahun 1961, Tunku kemukakan projek Malaysia yang merangkumi negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei. Akan tetapi kemudiannya Brunei menarik diri dari Malaysia dan diikuti pula oleh Singapura. Dengan itu kekallah Malaysia yang merangkumi 12 buah negeri seperti yang ada sekarang ini.

 

Nota: Catatan di atas adalah tulisan Abdullah C.D. yang dimuatkan dalam PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT Memoir Abdullah C.D. Bahagian Ketiga.

sumber: Kini dan Silam

 

2 Comments

Filed under Politik, Sejarah

2 responses to “Melayu Raya: Projek New Kolonial Tunku Abdul Rahman.

  1. adisarwajagat

    Assalamualaikum…
    adakah benar Tunku mahu masukkan Patani ke dlm Malaysia… menurut maklumat yg hamba dpt, rakyat Patani mmg berminat utk bergabung dgn Malaysia tetapi Tunku mendpt arahan dr ISTANA SIAM supaya tidak memasukkan Patani dlm kemerdekaan Malaysia…
    wasalam.

    “Tamra di Benua Terengganu”
    “Persaiapan di Bhumi al-Madinah Timur”

  2. Dahlia al -saadi

    saya jug ada baca tunku tk mahu ambil pattani etc selatan siam wpun inggeris nk beri balik negeri2 selatan semasa nk merdeka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s