Asal Nama dan Lambang Kedah.

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah.
Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini;

 

Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka, padahal Melaka itu ialah Semenanjung ( Semenanjung Melaka).

Dan selepas itu Paduka Serisultan ini telah membuat mata wangnya sendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi). Semua ini dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light, yang pada masa itu selalu membuat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan Kedah Tua. Sehingga mereka dapat mengesan yang Kota Star pada masa itu dibawah jagaan Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwaz.

 

Beliau berjaya menghasut Paduka Seri Sultan ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Maharaja Melayu di Nusantara. Beliau telah mengajar dan memberi nasihat sehingga Paduka Seri Sultan ini sayang kepadanya dan terpesona dengan janji-janji musuh Allah ini untuk menjadi Sultan kepada kerajaan Kedah Tua.

Dalam manuskrip dibawah ini tercatit dengan terang Negeri Kedah (Watikah) dan pada tahun 1920 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid, Kedah ketika itu di bawah pengaruh British, Kedah telah mencipta benderanya sendiri. Ini tercatit di dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28hb. November hingga 2hb. Disember 1981.

 

 

Manuskrip lama jelas terpampang Paduka Serisultan Mohammad Jiwaz Bin al-Adilin dan perkataan Kedah dengan Ha Bulat yang ditanda dengan warna kuning

Susah payah pihak musuh-musuh Allah menghapus dan melupus semua kesan-kesan ketamadunan empayar kerajaan Kedah Tua tiba-tiba dengan takdir Allah penipuan British ini semakin ketara apabila pada tahun 1982 seorang penduduk kampung di Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi telah menemui beratus-ratus keping wang syiling keluaran Kedah.
Penemuan ini dianggap menarik kerana bukan hanya sekeping dua ditemui malah dalam sebuah botol yang dibuat daripada tanah dalam keadaaan yang masih baik. Di ruang wang syiling itu yang dibuat daripada perak campuran tembaga dengan terang-terang menulis negeri Kedah dan dipermukaan belakangnya tercatat nama Muhammad Shah.
Wang syiling itu agak kekuning-kuningan dan berukuran 15 mm dan berat puratanya ialah 1.9 gram, ini menunjukkan ejaan Kedah adalah berlainan dengan ejaan pada hari ini. Jika Kedah hanya sebuah negeri ia tidak boleh mencetak duit sesuka hati dan memerlukan izin daripada pemerintah negaranya dahulu. Hanya sebuah negara yang besar sahaja boleh disegi undang-undang mencetak matawangnya sendiri.

Terang lagi bersuluh, jelas terpahat di wang syiling purba ini kalimah al-Sultan al-Kedah dengan Ha bulat

Lambang negeri Kedah juga telah ditukar daripada bunga teratai kepada perisai tentera salib yang dicatat di dalamnya dengan perkataan Negeri Kedah. Ini satu pembohongan yang besar di abad ini padahal Kedah bukanlah sebuah negeri malah negara dan empayar yang berdaulat yang melindungi dan memayungi agama Islam dikawasan Nusantara.
Perisai yang berwarna kuning itu merupakan simbol-simbol yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah contohnya kerajan Sepanyol, Portugis, Britain dan lain-lain. Sebab itulah kita lihat tidak ada lambang Kedah baru di gerbang pintu masuk Masjid Zahir dan di Masjid Zahir sendiri malah di Mahkamah Syariah Lama (belakang Masjid Zahir) sebelum tahun 1920.
Malah diletak lambang Zionis dengan bintang “David Star” dibangunan-bangunan ini tujuannya untuk menghina orang-orang Islam. Arkitek masjid dan mahkamah syariah ini pula ialah seorang berbangsa Inggeris manakala tukang-tukangnya diimport dari India yang juga pada masa itu dibawah takluk jajahannya.

Lambang-lambang teratai di kota-kota Nusantara habis dibuang dan dikikis oleh kerajaan British dan tentera-tentera Thai. Yang ada sekarang ialah kota-kota yang terlepas pandang dan belum dibuang oleh musuh-musuh Allah ini, antaranya ialah Kota Senjaya, Kota Kuala Muda dan lain-lain. Teratai dalam bahasa Melayu Siam ialah Tera : tempat duduk, Tai : tempat mati, maksudnya ialah bumi tempat kita duduk ini ialah tempat kita akan mati.
Jika tuan-tuan dan puan-puan pernah pergi ke Madinah tuan/puan akan dapati lambang bunga teratai bukan sahaja ada dibangunan Balai Nobat Kedah malah ada juga disana iaitu di atas Mihrab Imam dan di Mimbar Khutbah Jumaat di dalam Raudhah Masjid Nabawi di Madinah, Saudi Arabia. Yang mana sebelum ini kita ditipu oleh musuh-musuh Allah yang lambang ini hanya layak untuk wat-wat Siam-Thai padahal Nabi Muhammad S.A.W pernah menceritakan yang arash Allah S.W.T terletak di atas air yang luas seperti lautan yang mana mafhum hadis ini memberitahu atas air itu penuh dengan bunga-bunga teratai.

 


Perdana Menteri Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz Bin al-Adilin dan lanun-lanunnya sering membuat hubungan dengan Francis Light di Hujung Sanglang @ Junk Ceylon (Pulau Puket). Mereka sering mengambil nasihat dan berbalas-balas hadiah dan barang dagangan dengan musuh Allah ini. Ini semua diluar pengetahuan Sultan Syarif Syah yang sibuk ketika itu berperang dengan penjajah kerajaan Sukuthai. Dan tidak pelik mereka mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Thailand yang sentiasa bersiap sedia untuk menghancurkan Maharaja Melayu Sultan Syarif Shah yang telah tewas ditangan Kerajaan Sukho Thai di Ayuthia.

Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz juga memberi kata manja kepada Francis Light dengan gelaran adinda dan memasukkan nama Francis Light sebagai kaum kerabatnya. Maka tidak peliklah jika dengan mudah Pulau Pinang terlepas ke tangan musuh Allah ini dari kekuasaan Sultan Sharif Abu Bakar Syah Raja Kedah Merong Maha Wangsa.

 

 

Gambar bendera Britian yang membayangi Bangkok melambangkan segala kerjabuat kerajaan Thailand sentiasa dibayangi oleh orang-orang British

Setelah Kedah kalah teruk dalam Musuh Bisik 1821M, kerajaan British telah menyerahkan lambang teratai kepada penganut-penganut agama Buddha di Thailand dan meletakkan lambang bunga teratai di pintu-pintu masuk wat Siam-Thai. Raja Chulalongkorn pula telah membuat perayaan “Loi Kratong” dengan mengatakan kononnya perayaan ini memberi keberkatan dan panjang umur kepada sesiapa yang menghanyutkan bunga teratai yang dihias indah dengan meletakkan lilin di atas bunga teratai dan dihanyutkan oleh aliran sungai. Sambil menyanyi-menyanyi lagu “Loi Kratong” mereka sebenarnya menghanyutkan kerajaan Kedah Tua dan ertikata sebenarnya mereka menghalau lampu hidayat (lilin) serta kerajaan Islam agar jauh dari alam ini. Elok jugalah lagu perayaan mereka ini ditukar kepada lirik “Ma, Ma Kratong” yang bermaksud “Marilah, Marilah kerajaan Teratai (Kedah Tua)”.

Sesungguhnya kejayaan British berpengkalan di Culcutta untuk memperkasakan kerajaan Buddha Thai dan memperkasakan para pemberontak selepas kematian Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz iaitu Abdullah Mukarram serta Ahmad Tajuddin berbaloi. Ini kerana selepas musnahnya kerajaan Kedah Tua mereka berjaya mengatur lanskap sejarah dan budaya di Nusantara malah di Indo-China.

sumber: Megat al-Jefri

 

1 Comment

Filed under Rahsia, Sejarah

One response to “Asal Nama dan Lambang Kedah.

  1. Ibn Hussain

    Adakah Sultan Mohamed Jiwa ini seorang ulama, murid kpd Syeikh Abdul Jalil Al-Palembangi yg semasa kemangkatan ayahandanya masih berada di perantauan bersama Syeikhnya ke Benua India dan Hijaz seperti dinukilkan oleh Almarhum Ustaz Wan Mohd Saghir. Syeikh Abdul Jalil merupakan ayahanda kepada Syeikh Abdul Samad Palembangi yg syahid di dalam perang sabil di antara Ligor dan Sukhothai. Mohon pencerahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s