Apa Itu Perubatan Homeopati. (Bahagian 1)

Homeopati pertama kali dicadangkan pada tahun 1796 oleh ahli fizik German, Samuel Hahnemann.

Hahnemann dipengaruhi oleh ahli fizik Switzerland, Paracelsus, yang hidup pada kurun ke-16. Seperti kebanyakan golongan terpelajar dari era tersebut, Paracelsus benar-benar seorang Renaissance, seorang lelaki yang berkecimpung baik dalam sains dan metafizik: dia adalah seorang doktor, ahli botani, alkemis, astrologi dan okultis.

Paracelsus

Menariknya, Paracelsus adalah seorang astrologis, seperti juga ali fizik yang lain pada saat itu di Eropah. Dan sebagai seorang saintis, Paracelsus merintis penggunaan bahan kimia dan mineral dalam perubatan.

Kerana karyanya dengan bahan kimia dan mineral, Paracelsus dianggap sebagai pelopor farmakologi. Keyakinannya bahawa dos kecil dari “apa yang membuat seseorang sakit juga akan menyembuhkan dia,” telah menjadi homeopati dan mempengaruhi Samuel Hahnemann.

Hahnemann lahir pada tahun 1755 dan meninggal pada tahun 1843. Dia adalah seorang doktor, tapi telah kecewa dengan ubat-ubatan, dan pada 1784 meninggalkan amalan perubatan. Ia mendakwa bahawa ubat pada zamannya lebih banyak membawa mudharat dari kebaikan, dan berkata:

Saya rasa alasan tugas tidak membenarkan saya untuk mengubati keadaan saudara-saudara saya yang menderita dengan ubat-ubat yang tidak diketahui. Saya fikir menjadi pembunuh dengan cara ini atau penjenayah terhadap kehidupan sesama manusia yang paling mengerikan bagi saya, begitu mengerikan dan mengganggu saya sepenuhnya hingga saya meninggalkan perubatan setelah berkahwin dan menumpukan kerja hanya kepada kimia dan menulis. ”

Samuel Hahnemann

Setelah meninggalkan perubatan di sekitar 1784, Hahnemann mencari nafkah sebagai penulis dan penterjemah, sambil mencuba untuk menyiasat punca kesalahan ubat-ubatan.

Ketika menterjemah sebuah risalah William Cullen, A Treatise on the Materia Medica, Hahnemann menemui dakwaan bahawa cinchona, kulit pohon Peru, adalah berkesan dalam mengubati malaria kerana zat astrinnya.

Hahnemann percaya bahawa zat-zat lain tidak berkesan terhadap malaria dan mula mengkaji kesan cinchona pada tubuh manusia dengan dirinya sendiri. Setelah mendapati gejala malaria dalam dirinya sendiri, dia menyimpulkan bahawa hal itu akan terjadi kepada setiap individu sihat – lalu dia menggunakan teori Parcelsus bahawa dalam dos kecil “apa yang membuat seorang sakit juga akan menyembuhkan dia.”

Lalu dia menyatakan prinsip penyembuhan: “Apa yang dapat menghasilkan siri gejala pada orang sihat, boleh mengubati individu yang sakit dari siri gejala-gejala yang sama

Prinsip sama menyembuhkan yang sama (like cures like), menjadi dasar bagi pendekatan untuk ubat yang diberi nama homeopati. Dia pertama kali menggunakan perkataan homeopati dalam eseinya Indications of the Homeopathic Employment of Medicines in Ordinary Practice, diterbitkan dalam Hufeland’s Journal pada tahun 1807.

Walaupun istilah homeopati digunakan setelah 1807, Hahnemann telah mula mengamalkan teknik baru ini segera sebaik sahaja dia menjumpainya, dan pada 1792, dia telah menarik minat para doktor lain. Hebahan awam secara rasmi merupakan sebuah rencana yang diterbitkan tentang pendekatan homeopati dalam jurnal perubatan Bahasa Jerman pada tahun 1796.

bersambung…

1 Comment

Filed under Kesihatan

One response to “Apa Itu Perubatan Homeopati. (Bahagian 1)

  1. Pingback: Apa Itu Perubatan Homeopati (Bahagian 4) (Akhir). | Minda Ahad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s