Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.

Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan.

Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.

Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.

Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucu raja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefri ialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar Muadzam Shah al-Jefri.

Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO’ KOTA STAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun 220 hijrah @ 812 masihi oleh cucu Maharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah di Aceh.

Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Di tapaknya di bina bangunan baru iaitu Wisma Negeri.

Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi Muzium Perlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakan muzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana Kota Kayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halus ukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkan oleh beliau.

Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telah mengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu juga menjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untuk dimusnahkan.

KENANGAN GERBANG KOTA STAR 1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DAN CANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJA THAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.

Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-

1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.

2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .

3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .

4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .

5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.

6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.

7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.

8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.

9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.

10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.

11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.

12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.

13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.

 

14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.

15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.

16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

 

17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.

18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.

19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.

20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.

21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.

22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.

23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.

 

BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKAN KERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISAN KEDAH TUA.

 

INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSA MELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.

 
Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datuk kesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawai penasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai di Pulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anak perempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama Cik Puan Manjalara.

Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaan lama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalam dan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api seperti senapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan diganti dengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.

Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan. Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada Alor Star kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota, cukuplah dengan nama “Alor”. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai nama District of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.

 

KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.

 

Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti.

Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kota Islam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha.

Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.

BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADI KUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

 

Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun. Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai Timur Semenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawa oleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkan orang-orang di sana.

JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suari dan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu oleh pegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itu bernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas dari daerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.

Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pula mengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman dengan Maulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya 20 tahun.

Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarang ada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedah ketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorang pengkaji sejarah dari barat.

 

MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTA GRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

 

Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star. Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis. Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulan pohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 oleh Wadiassofi Jaafar)

Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realiti ini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.

Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yang namanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yang kononnya telah runtuh akibat ribut.

Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnya konon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAP RUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.

Dicatat oleh Megat al-Jefri

 

42 Comments

Filed under Negara Islam, Sejarah

42 responses to “Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.

  1. rahmat

    salam..bagaimana bentuk tulisan siam kawi tu

  2. walaikumsalam saudara rahmat…

    tulisan kawi itu ialah tulisan berbentuk jawi hijaiah lama yg mana tulisan ini lebih berusia dari tulisan jawi itu sendiri. contoh tulisannya terdapat d dlm buku undang2 kedah dan meriam2 melayu lama d indochina.

    huruf2nya pula bercampur dengan bahasa melayu siam yg kadangkala memeningkan kepala sejarawan utk menterjemahkannya semula ketulisan rumi.

  3. mindaahad

    terima kasih saudara megat al jefri.

  4. muhammad

    mknanya tunku putra lbih kurang dalang penghapusan sejarah kedah tua la..?

  5. Zulkifli

    T kasih kerana maklumat ini.

  6. rustyblade

    dlm tv aritu ada prof (aku dh lupa nama dia)ckp tulisan melayu kuno dulu mcm tulisan siam.manuskrip tu ada si russia.byk khazanah melayu ada di sana

  7. muaz

    ejaan ‘Bandar Kota Star’ salah pada bahagian ‘Star’ ejaan sebenar ialah ‘Setar’

  8. Aman Mustaffa

    Assalam..
    sebak bile mnbaca article nie..sudah lame yahudi merangka pelan perancangan mnbina negara malaysia dan penghapusan sejarah melayu..apabila tiada sejarah,..bangsa akn mnjadi lemah..syabas atas article ini.

  9. milling

    Perlu kah kita berbangga dengan kota2 itu?
    adakah pemerintah2 tu semua mengamalkan sifat wasatiyyah seperti khalifah2 al Rasyiddin?
    dan, kenapa kah kerajaan ini pupus@dihapuskan?
    renung2 kan lah…

  10. amir

    satu lagi rancangan menguburkan sejarah kedah. setar ditukar kepada star. star=bintang.

  11. mindaahad

    bukan kota-kota yang hendak kita tonjol dan banggakan.. tapi sejarah realiti agama, bangsa dan negara kita yang utama. harap faham.

  12. salam.. dekat Langkawi ada satu kawasan perkuburan lama yang terdapat batu nisan yang sama dengan batu nisan makam purba, semoga dapat merungkai sejarah yang ada.. mengikut orang kawasan sekitar kubur tu mmg dah lama.. semoga tinggalan sejarah dapat dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang

  13. Cg Zul

    Assalamualaikum w.b.t
    Tahniah atas penulisan dan kajian pihak tuan terhadap sejarah sebenar Nagara Kedah. Semoga generasi hari ini akan terbuka minda dengan penulisan dan penemuan bukti baharu di Sungai Batu, Merbok, Kedah bahawa Kerajaan Kedah mempunyai tamadun yang tinggi seawal tahun ke 110Masihi lagi. Tiada bukti wujudnya patung-patung Hindu di kawasan tersebut.
    Tahniah juga kepada USM yang membuat kajian di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah.

  14. Cg Zul

    Assalamualaikum w.b.t
    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengesyorkan agar pembaca dan rakyat Malaysia dapat melawat tapak arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah untuk melihat sendiri tamadun yang begitu tinggi teknologi sejak tahun 110 Masihi (mungkin lebih awal) yang mungkin telah dimusnah dan ditimbus oleh puak kafir . Kuasa Allah Taala telah ditemui kembali tamadun hebat Kerajaan Kedah tersebut.

    Lawatilah, luangkan masa dan lihat sendiri dan rasa Kekaguman terhadap orang terdahulu dalam pembinaan pusat pentadbiran dan pelabuhan di Sungai Batu boleh dilihat sendiri oleh tuan-tuan.

    Terima kasih

  15. kpd muaz dan amir…

    Ttg ejaan ‘Bandar Kota Star’ salah pada bahagian ‘Star’ ejaan sebenar ialah الور ستار, sbb ejaan rumi baru kita gunakan bila penjajah dtg lagi pun ejaan star ana gunakan utk menyesuaikan ejaan dgn Stargate. dan org Kedah bukan sebut Setar ITU SALAH tapi Staq itu yg realitinya. Tapi lebih aslinya Kota Star.

    Dan Alor Setar adalah gabungan dari kata ‘Alor’ dan ’Staq’. Stq adalah nama sejenis pohon, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan ukurannya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kelompok pohon kundang dengan nama ilmiahnya ‘Boeya Macrophlla’.

    Juga ejaan nama Alor Setar telah diganti menjadi Alor Star untuk memperingati Perisytiharan kota Alor Star pada 21 Desember 2003. Ejaan tersebut diganti semula dengan Alor Setar pada 2008 pada zaman MB Kedah Azizan.Dan nama daerah ini tetap ejaan dulunya KOTA STAR.

    wssslm.

  16. Peminat Sejarah...

    kenapa yg di atas ini semua tak ada dalam buku sejarah kita? apa pendirian kerajaan negeri Kedah & Sultan Kedah?

  17. Zulkefli Talib

    Assalaualaikum w.b..t

    Tahniah kerana berani menulis tentang kebenaran sejarah Tanah Air yang dilenyapkan oleh musuh-musuh Allah..
    Semoga Allah memberkati usaha anda.

    Daripada : Zulkefli Talib..Guru Sejarah(.cicit panglima yang pernah berkhidmat di Kota Mengkuang)

  18. Dahlea

    A;kum saya tjumpa blog mkin cucu cicit pkianat melayu, mungkin tokwan depa dulu talibarut siam dan agen british kut..condemn tuan megat dlm blog depa..standard tk ilmiah dn low intellect betul. saya bkn saja mgikuti blog tuan saja tpi pkaji2 sejarah yg bwibawa..saya setuju dgn tuan megat..tolak yg jadi pcacai british..org mcm nie kalau jumpa ular dn depa ..bunuh depa dulu

  19. salam semua…..bagitulah malangnya nasib bangsa…..jangan sampai satu hari nanti akan jadi bak kata pepatah….
    ayam di kepok mati kelaparan…itek di air mati kehausan……
    sedarlah wahai bangsa ku….sejarah bangsa seharusnya di hebah2kan…biar semuanya sedar dari tidur……terima kasih tuan megat…

  20. Salam, mohon izin copy dalam blog HaRUM (Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara)

  21. Tengku Mohd Ghazali Bin Tengku Ishak

    Salam semua,

    Terima kasih kepada Megat kerana mengkaji dan mencari tentang Kesultanan Melayu Kedah ini. Saya sebagai cucu cicit yg asalnya dari Tunku Bisnu saudara beradik kepada Sultan Ahmad Tajuddin anak kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah amat menghargai jasa baik megat ini. Amat lah sudi sekiranya kita dapat bertemu untuk saya mengetahui lebih lanjut. Kepada saudara atau saudari yg mempertikaikan fakta ini, bukannya tiada dlm buku sejarah tetapi kita telah disogokkan oleh sejarah yang dicipta khas oleh org inggeris dan konco2nya.

    Moga dpt kita fikirkan sendiri kerana bangsa Melayu adalah bangsa yg tinggi martabatnya.

    Salam.

  22. assalamu’alaikum,
    Apajua ungkapan cerca tentang zaman konu,sejarah tetap tercatat,Dahlea jangan takut ttang manusia,kerana ALLAH mengetahui dgn kehendakya SABDA NABI dari generasi itulah (zubait @ muawiyah-(anaknya semasa dukong didepan nabi) @ generasi raja arab skrg),…trm kasih megat al-jefri.

  23. syut

    nama kampung saya KOTA RENTANG.pelik xdak kota pun,org tua2 kata dulu2 ada kota,.

  24. kepada semua pembaca. hargailah apa yang kita ada sekarang, dan teladanilah apa yang telah berlaku dahulu… sesungguhnya inilah sejarah warisan kita. walaupun buktinya di hilangkan tetapi ilmu warisannya masih diwariskan…apa yang melalui kita sebenarnya mempunyai hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya akan kita miliki… sebaiknya kita harus amat bersyukur kepada ilahi, dan banyakkan hadiahi pahala bacaan dan zikrullah kepada pejuang-pejuang tanak air kita, kita amat bertuah kerana mewarisi 1) ad-din ” yakni tiket perjalanan pulang kita yang utama. nun jauh di timur tengah yang di ajarkan oleh junjungan kita nabi Muhammad saw. telah sampai kepada kita. 2) Salam “ketenteraman dan keselamatan yang di tinggalkan nenek moyang yang bertungkus lumus menentang penjajah. sesungguhnya inilah sejarah kita. yang arif ayuh semarakkan semula dakwah. yang mahir ayuh bantulah muda-mudi kita dalam akhlak.
    yang mewah. jengoklah saudara seagama di peringkat bawahan barulah kota yang hilang akan kembali muncul dari warisan cucu-cicit melayu, yang mana ia akan menggerunkan mereka yang menghilangkan sejarah kita untuk tujuan penjajahan budaya dan pemikiran… semoga allah mempermudahkan segala urusan kita untuk beramal.
    wassalam

  25. zainal sharuddin (nal)

    ASSALAMUALAIKUM……
    SAYA ANAK JATI NEGERI KEDAH,BRASAL DR KOTA KUALA MUDA,KEDAH DAN ANTARA SEBAHAGIAN PEMINAT DAN PENGKAJI TEGAR SEJARAH NUSANTARA TERUTAMA M’SIA KHUSUSNYA TTG KEDAH TUA,SYA JGA PRNAH BRKHIDMAT DGN PIHAK MUZIUM DLM KRJA2 EKSKAVASI D TPAK SJARAH SG. MAS,KOTA KUALA MUDA,KEDAH SEKITAR 90 AN DI BAWAH KELOLAAN EN. KAMARUDIN ZAKARIA DAN TRUT DI SERTAI OLH PHAK UKM DLL.KPD UMAT MELAYU YG BRAGAMA ISLAM JKA BODOH,JHIL,X BRMINAT @ X DA MASA UTK MGKAJI SJARAH X USAHLH HGPA DK MGHLANG USHA @ NIAT MRNI PGKJI2 SJRAH SPT MEGAT AL-JEFRI,ANAI2 & BLOGGER SJRAH YG LAIN,MGKIN HGPA NI DH BYK TRMAKAN BUDI@JSA PNJJAH@BLAJAQ D BARAT TU HAK HMPA,TP JGN LH TRS MWRISI KRJA2 “PGKIANAT BGSA” YG MGKIN TRDRI DRPD TOK NENEK HMPA,BRTAUBATLAH!!!! SPTTNYA HGPA BRSYUKUR MSH WJUD INSAN2 SPT MGAT ALJFRI,ANAI2 DN SGLNTIR “PEJUANG BGSA” YG BKN D KLGAN ORG PLITIK,INSAN2 INI INSYLAH X ADA AGNDA PRBADI BRBNDING GLNAGN YG LN YG ADA KPNTINGAN PRBADI, SYA BRHRAP SGT SDRA MEGAT AL JFRI @ RAKAN2 PEJUANG,PMNAT SJRAH BGSA YG LN DPAT HBNGI SYA MLLUI EMEL : lavender.bizz@gmail.com atau fbook: nal sheikh

    P/s: sya JGA MMPUNYAI BYK INFO,ARTFAK SJRAH DN MGNALI ORG@ LMA YG BYK MNYMPAN CRTA@BHAN2 SJARAH KHSUSNYA NGRI KEDAH..WSAALAM..

  26. Daeng Mottawi

    Salam Tuan , maafkan saya bertanya almarhum moyanganda saya berasala dari kuala muda Kedah , Pantai Merdeka Almarhuma adalah anak kepada Megat Aris dan megat aris pula adalah kekanda kepada Megat Dewa Nama mereka diabadikan pada sebatang sungai dan sebuah kampung di Kedah saya memohon bantuan Tuan yang dimuliakan untuk menjejak siapakah dia Megat ini dan menagapa moyang saya nelarikan diri dari Kedah hingga ke Melaka apakah peranan Megat Aris di Negeri Kedah harap Tuan dapat menyelesaikan apa yang terungkai

    Sekian

    Yang binggung……

  27. akmal

    asalamualaikum,
    rumit juga sejarah ni,malangnya belia sekarang tidak ambil tahu,
    saya semasa disekolah menengah diajar,diberi bayangan bahawa kerajaan kedah tua ni kerajaan beasaskan agama budha,malang sungguh pelajar2 ,siang malam belajar cuma untuk mendapatkan A dlm peperiksaan,tp isi sebenarnya kosong.
    terima kasih kepada insan yang mengkaji dan berkongsi ilmu pengetahuan,
    semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat kepada anda.

  28. Paduka Megat Dewa Noor Don Yusoff

    Mohon saya dari Tuan untuk info…siapakah Megat Dewa & darimanakah asal usulnya…0129067646

  29. zainal sharuddin (nal)

    salam…agak lama juga sya x brkunjung d halaman ni ats ksibukan tgas…tn daeng motawi adakh tuan brtnya kpda tn. megat ttg sal usul megat dewa & megat aris…kbtlan sya pn brasal dari tmpat sktar kuala muda n pantai mrdeka…insyalah kta blh brtkar info demi 1 episod kebenaran….

  30. farzjav

    Assalammualaikum,
    Daeng Mottawi, Paduka Megat Dewa Noor Don Yusoff, zainal sharuddin (nal),

    Saya, Jaafar B Ahmad atau dikampung dipanggil Cu paq( pak Su Paq) dalam loghat Kedah, berumur awal 60an anak sejati Kampung Megat Dewa, daerah kubang pasu, saya mengetahui serba sedikit tentang Sejarah Megat dewa dari orang tua-tua zaman dahulu ketika itu saya berumur sekitar 14 dan 15 tahun dan cerita itu masih dalam ingatan saya, cuma kesahihannya saya tidak pasti, walau pun begitu saya juga berminat tentang sejarah Kedah dan persekitarannya.
    Dikatakan Megat Dewa adalah terdiri dari satu keluarga 5 beradik iaitu Megat Dewa, Megat Aris, Megat Abong, Megat Nipah dan searong lagi saya tak ingat namanya, mereka melarikan diri dari sebuah kampung diPerlis, satelah membunuh gajah-gajah raja perlis yang memusnahkan tanaman mereka, olih kerana takut akan hukuman jadi keluarga ini terpaksa meninggakan Perlis dengan menyusuri sungai Perlis dan masuk kenegeri Kedah dan mendarat disatu tempat yang kini dikenali Kampung Megat Dewa, masih ada hingga kini sebuah perigi yang dikatakan digali olih keluarga Megat Dewa dikampung tersebut. Satelah beberapa lama tinggal disini keluarga tersebut telah berpindah kekampung Ketoi batu 17 ada hingga kini kampung tersebut, apabila terjadi satu perbalahan antara ahli keluarga mereka dan menyebabkan seorang daripada 5 beradik ini terbunuh, dikatakan sebelum mereka berpindah keluar Megat Dewa telah bersumpah diatas tanah tersebut bahawa kampung ini tak selamat 7 keturunan. Kebetulan zaman semasa saya kecil dikampung ini banyak pergaduhan dan pembunuhan berlaku diperkampungan ini dan sekitarnya. Wallahhualam.
    Jika saudara/saudari yang mengetahui lebih mendalam tentang sejarah atau asal usul kampung Megat Dewa dan persekitarannya bolehlah Hubungi saya di 017-5710433 untuk sama-sama kita kongsikan.
    Terima Kasih.

  31. Budak Biasa

    saya berminat tentang Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil sebab saya menetap di kuala ketil..penulis tolong la ceritakan lagi tentang tempat tu.Terima kasih

  32. mydin samsuri

    KOTA BOROBUDUR dan Kota Prambanan diubahsuai? haha… you must be joking, jangan buat fitnah… please..

  33. merong mahawangsa team

    salam …
    sgalanya mgkin brlaku d zman brtish, adklanya sgla bkti sjrah trpksa mreka msnahkan,adklanya trpksa d kekalkan tp d ubahsuai jlan crtanya dmi agnda mrka cth yg plg “dhsyat” prihal “MERONG MAHAWANGSA” itu sndri..pnjjah2 ini trpksa kkalkan nmun d ubah suai dmi agnda mereka,kmgknan jg pda aggpan mreka generasi2 Melayu skrg akan mgaggap sejarah “kegemilangan” kesultanan Melayu Islam dhulu byak “tahyul” dr yg nyata..maka trus hlanglah “jati diri” wris2 ktrnan Melayu yg msh hdup skrg,jka adapn msh rmai yg ‘dayus”trmasuk sglintir pemimpin yg tkut sgt mmprjuangkan sbuah “KEBENARAN”…wlhklam…
    P/s: Kpd Farzjay n teman sperjuangan blh hbngi sya mllui emel, mgkin byk yg blh d kgsi n lbh brksan jka d kgsi crta dgn tman2 yg sealiran…..lavender.bizz@gmail.com

  34. merong mahawangsa team

    salam..
    Ana zainal sharuddin adalah seangkatan brsama2 Merong Mahawangsa Team..ana jga bleh d hubungi melalui : lavender.bizz@gmail.com…….wslam..

  35. gee

    assalamualaikum..,
    kehebatan kerajaan milik Melayu dulu sehingga kini pun tak dapat ditandingi. Bezanya kita didedahkan dengan teknologi yang melahirkan manusia-manusia robot buta sejarah yag tersirat banyak perkara. sejarah dan teknologi dulu adalah asas kepada peradaban sekarang. kita diperbodohkan dengan tamdun manusia awal dengan teori barat yang tak masuk akal…tapi kita ikut jugak. kita bangunkan negara dengan istilah demokrasi yang membentuk era roman yang sering bermasalah dan gagal tapi kerana terlampau pandai kita ikut jugak. Kita ada role model yang terang-terang dah berjaya…peliknya kita ikut role model yang merugikan kita dunia akhirat. Sejarah mengingatkan kita banyak perkara; perkara penting – setiap negara yang dibangunkan atas dasar yang menyimpang dari menjalankan syariat Allah SWT hanya menunggu masa berkubur seperti mana era kemerosotan kerajaan kesultanan Melayu Melaka yang tumbang kerana pemimpin yang zalim, masyarakat yang telah hanyut dengan nikmat dunia dan hanya dididik ke arah keperluan duniawi. Tak ada lagi ‘Balai Gadang’ yang ahlinya terdiri dari golongan ulama sebagai jentera penting dalam pentadbiran sebagaimana terdapat di era kegemilangan kerajaan Melaka, Acheh atau kerajaan Melayu Tua yang berhukum pada SyariaT Allah yang lain. Kerana disebalik kegemilagan itu rahsianya adalah Islam.

  36. merong mahawangsa team

    ana setuju….wahai sahabat peperjuangan skalian..apakah tdak ada lgi kah kmen2 @ buah fkiran untuk d kgsi brsama….

  37. pak tih

    Assalamualaikum;

    Saya pak tih.
    Tuan, saya nak sedikit maklumat tentang kedudukan istana lama di Dusun raja daerah Padang Terap, adakah ia dibuat daripada batu, sebab saya adalah anak jati daerah pdg Terap, Nanti bolehlah saya membuat pencarian dikawasan tersebut untuk mendapatkan bukti, sekian terima kasih.

  38. Bukankah kini negara kita telah merdeka dan diperintah oleh anak jati melayu sendiri kenapakah kita tidak membuat semula kota yang telah dirobohkn itu ,lagipun gambar gambar kota ini masih ada dalam simpanan….binalah semula sepertimana asalnya supaya dapat dilihat bagaimana hebatnya kerajaan melayu tua kedah dulu dan menjadikan ia satu nostalgia dan kebanggaan kpd anak cucu terhadap kehebatan moyang mereka pada suatu masa dulu……hidupkan kembali kota kota lama ….jgn ingat mereka penjajah mudahmudah dapat melenyapkan ingatan anak cucu kita terhadap keagungan raja raja melayu dahulukala……

  39. hafizhasmawi

    Assalamualaikum… Kepada Daeng Mottawi, jika anda dari keturanan Megat Dewa dan Megat Aris, saya amat berharap saudara dapat menghubungi saya hafizhasmawi@gmail.com… mungkin dengan ini kita dapat mempererat kan lagi ikatan persaudaraan kita yang dah lama terpisah. Terutama untuk generasi kita yang baru… Saya adalah salah seorang daripada keturunan Megat Aris. Wasalam…

  40. khadijah abdullah

    tahniah… blog yang terbaik pernah saya jumpa

  41. Merong Mahawangsa Team

    salam….
    agak lama ana tak mnjengah ke laman “kebenaran ” ini…kesimpulan yg dapt kita katakan segala bukti sejarah terutama berkaitan ketamadunan islam lebih mudah jka pemimpin2 negara kita yg mengaku islam malahan ada jga yg lahir dari susur galur ulama terdahulu brminat akan sejarah islam dan ketamadunan melayu yg sbnar berani berada di “saf” hadapan,tidak takut akan ugutan dn tekanan dri mna@ pihak demi mmbongkar sebuah kebenaran.Maaf sya terpaksa “berkurang ajaq” skit d sini,kbyakan pmimpin yg ada trlalu “bacul”@dayus utk brjuang brsama kita yg tdak ada lgsung agenda politik ini.pemimpin ini hanya mnjadi “hero” brmusim trtama wktu “demam” plihan raya.lpas tu hilang d telan “tsunami” dunia.
    Ana agak teruja bila seorang menteri “melayu” brkata syrat wajib SPM mesti lulus@kredit (jka x silap) subjek SEJARAH..berderau jga darah melayu n islam d jiwa ana.rasa macam nk menarik KERIS PUSAKA keturunan ana dri sarung,di cium serta di julang keris itu ke LANGIT!.tba2 sja LAMUNAN TERHENTI…terfkir sjenak VERSI apakah Sejarah yg nk d “MARTABAT”kan oleh kerajaan kita skarang???..jka versi Barat yg dayus yg penuh tipu daya n putar belit tu..lupakan lah whai bpak2 mnteri..lebih baik dana utk cetak buku teks tu di salurkan kpda rumah anak2 yatim n maahad tahfiz.ada jg faedah d dnia n akhrat..
    Ana x mewakili mana2 prti politik skadar brjuang dengan semangat dn keringat yg amat trbatas demi sejarah dn jati diri generasi melayu dan islam d masa hadapan setelah kta tiada nnti..maaf x brniat mnyinggung mana2 pihak trmasuk prti politik mhpun NGO..kta lupa kan prbezaan fahaman politik demi sebuah “PERJUANGAN” Allahhuakhbar!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s