Monthly Archives: April 2011

Melihat Allah Di Alam.

Ibn ‘Athaillah dalam kitabnya Al Hikam.

ALLAH S.W.T YANG MENZAHIRKAN ALAM

ALAM SEKALIANNYA ADALAH KEGELAPAN DAN  YANG MENERANGKANNYA ADALAH KERANA PADANYA KELIHATAN YANG HAQ (TANDA-TANDA ALLAH S.W.T).

BARANGSIAPA  MELIHAT ALAM TETAPI DIA TIDAK MELIHAT ALLAH S.W.T SAMA ADA DALAMNYA,  DI SAMPINGNYA,  SEBELUMNYA , ATAU SESUDAHNYA, MAKA DIA BENAR-BENAR MEMERLUKAN WUJUDNYA CAHAYA-CAHAYA ITU DAN TERTUTUP BAGINYA CAHAYA MAKRIFAT OLEH TEBALNYA AWAN BENDA-BENDA ALAM.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap atau ‘adam (tidak wujud). Wujud Allah s.w.t yang menerbitkan kewujudan alam. Tidak ada satu kewujudan yang berpisah daripada Wujud Allah s.w.t.

Hubungan Wujud Allah s.w.t dengan kewujudan makhluk sekiranya dibuat ibarat (sebenarnya tidak ada sebarang ibarat yang mampu menjelaskan hakikat yang sebenarnya), perhatikan kepada api yang dipusing dengan laju. Kelihatanlah pada pandangan kita bulatan api. Perhatikan pula kepada orang yang bercakap, akan kedengaranlah suara yang dari mulutnya. Kemudian perhatikan pula kepada kasturi, akan terhidulah baunya yang wangi.

Wujud bulatan api adalah wujud yang berkaitan dengan wujud api. Wujud suara adalah wujud yang berkaitan dengan wujud orang yang bercakap. Wujud bau wangi adalah wujud yang berkaitan dengan wujud kasturi. Wujud bulatan api, suara dan bau wangi pada hakikatnya tidak wujud.

Begitulah ibaratnya wujud makhluk yang menjadi terbitan daripada Wujud Allah s.w.t. Wujud bulatan api adalah hasil daripada pergerakan api. Wujud suara adalah hasil daripada perbuatan orang yang bercakap. Wujud bau wangi adalah hasil daripada sifat kasturi.

Bulatan api bukanlah api tetapi bukan lain daripada api dan tidak terpisah daripada api. Suara bukanlah orang yang bercakap tetapi bukan pula lain daripada orang yang bercakap. Walaupun orang itu sudah tidak bercakap tetapi masih banyak lagi suara yang tersimpan padanya. Bau wangi bukanlah kasturi tetapi bukan pula lain daripada kasturi. Walaupun bulatan api boleh kelihatan banyak, suara kedengaran banyak, bau dinikmati oleh ramai orang namun, api hanya satu, orang yang bercakap hanya seorang dan kasturi yang mengeluarkan bau hanya sebiji.

Agak sukar untuk memahami konsep ada tetapi tidak ada, tiada bersama tetapi tidak berpisah.  Mata hati yang diterangi oleh Nur Ilahi dapat melihat perkaitan antara ada dengan tidak ada, tidak bersama tetapi tidak berpisah.  Ada 4 tingkatan pandangan mata hati terhadap perkaitan alam dengan Allah s.w.t yang menciptakan alam.

1:  Mereka yang melihat Allah s.w.t dan tidak melihat alam ini. Mereka adalah umpama orang yang hanya melihat kepada api, bulatan api yang khayali tidak menyilaukan pandangannya. Walaupun mereka berada di tengah-tengah kesibukan makhluk namun, mata hati mereka tetap tertumpu kepada Allah s.w.t, tidak terganggu oleh kekecuhan makhluk. Lintasan makhluk hanyalah umpama cermin yang ditembusi cahaya. Pandangan mereka tidak melekat pada cermin itu.

2:  Mereka yang melihat makhluk pada zahir tetapi Allah s.w.t pada batin. Mata hati mereka melihat alam sebagai penzahiran sifat-sifat Allah s.w.t. Segala yang maujud merupakan kitab yang menceritakan tentang Allah s.w.t. Tiap satu kewujudan alam ini membawa sesuatu makna yang menceritakan tentang Allah s.w.t.

3:  Mereka yang melihat Allah s.w.t pada zahirnya sementara makhluk tersembunyi. Mata hati mereka terlebih dahulu melihat Allah s.w.t sebagai Sumber kepada segala sesuatu, kemudian baharulah mereka melihat makhluk yang menerima kurniaan daripada-Nya. Alam tidak lain melainkan perbuatan-Nya, gubahan-Nya, lukisan-Nya atau hasil kerja Tangan-Nya.

4:  Mereka yang melihat makhluk terlebih dahulu kemudian baharulah melihat Allah s.w.t. Mereka memasuki jalan berhati-hati dan berwaspada, memerlukan masa untuk menghilangkan keraguan, berdalil dengan akal sehingga kesudahannya ternyatalah akan Allah s.w.t yang Wujud-Nya menguasai wujud makhluk.

Selain yang dinyatakan di atas tidak lagi dipanggil orang yang melihat Allah s.w.t. Mereka gagal  untuk melihat Allah s.w.t sama ada di dalam sesuatu, di samping sesuatu, sebelum sesuatu atau sesudah sesuatu. Mereka hanya melihat makhluk seolah-olah makhluk berdiri dengan sendiri tanpa campur tangan Tuhan.

Anasir alam dan sekalian peristiwa yang berlaku merupakan perutusan yang membawa perkhabaran tentang Allah s.w.t.  Keyakinan itu menjadi kunci kepada telinga, mata dan akal.

Apabila kuncinya telah dibuka, segala suara alam yang didengar, sekalian anasir alam yang dilihat dan seluruh alam maya yang direnungi akan membawa cerita tentang Tuhan. Abid mendengar, melihat dan merenungi keperkasaan Tuhan. Asyikin mendengar, melihat dan merenungi keindahan Tuhan. Muttakhaliq mendengar, melihat dan merenungi kebijaksanaan dan kesempurnaan Tuhan. Muwahhid mendengar, melihat dan merenungi keesaan Tuhan.

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun darihal keadaan  mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?” (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Maha Mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya! ( Ayat 16 : Surah Mu’min ) 

Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai balasan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa. ( Ayat 42 : Surah al-Qamar )

Ayat-ayat  seperti yang di atas menggetarkan jiwa abid. Hati abid sudah ‘berada’ di akhirat. Alam dan kehidupan ini menjadi ayat-ayat atau tanda-tanda untuknya melihat keadaan dirinya di akhirat kelak, menghadap Tuhan Yang Esa, Maha Perkasa, tiada sesuatu yang tersembunyi daripada-Nya.

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangi pandangan(mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). ( Ayat 3 & 4 : Surah al-Mulk )

Asyikin memandang kepada alam ciptaan dan dia mengulang-ulangi pemandangannya. Semakin dia memandang kepada alam semakin dia melihat kepada keelokan dan kesempurnaan Pencipta alam. Dia asyik dengan apa yang dipandangnya.

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya); bagi-Nya jualah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tuluk banding-Nya, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 24 : Surah al-Hasy-r )

Muttakhaliq menyaksikan sifat-sifat Tuhan yang dikenal dengan nama-nama yang baik. Alam adalah perutusan untuknya mengetahui nama-nama Allah s.w.t dan sifat-sifat Kesempurnaan-Nya. Setiap yang dipandang menceritakan sesuatu tentang Allah s.w.t.

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikan sembahyang untuk mengingati Daku. ( Ayat 14 : Surah Taha ) 

Muwahhid fana dalam Zat. Kesedaran dirinya hilang. Melalui lidahnya muncul ucapan-ucapan seperti ayat di atas. Dia mengucapkan ayat-ayat Allah s.w.t, bukan dia bertukar menjadi Tuhan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang  yang sesat. ( Ayat 1 – 7 : Surah al-Faatihah ) 

Mutahaqqiq kembali kepada kesedaran keinsanan untuk memikul tugas membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t dan bergantung kepada-Nya. Kehidupan ini adalah medan dakwah baginya. Segala anasir alam adalah alat untuk dia memakmurkan bumi.

Apabila Nur Ilahi menerangi hati apa sahaja yang dipandang akan kelihatanlah Allah s.w.t.

Wallahua’lam

1 Comment

Filed under Agama dan Islam, Aqidah

Bahaya Suntikan Vaksin HPV.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berulang kali menentang cadangan dan keputusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV), (virus yang disebarkan melalui aktiviti seksual) berdasarkan bahawa ia tidak perlu, tidak saintifik dan tidak selamat.

Walaupun mendapat bantahan oleh banyak pihak, RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap kira-kira 300,000 perempuan di negara ini sebagai perlindungan daripada hanya dua daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan oleh HPV.

HPV dijangkiti melalui hubungan seksual. Sebagai ganti inokulasi terhadap remaja kita terhadap penyakit jangkitan seksual (STD), kerajaan sebagai ganti perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual.

Sebagai penerima vaksin untuk menentang STD, remaja perempuan yang tidak mendapat maklumat yang lengkap boleh mempercayai jaminan keselamatan yang salah bahawa vaksin HPV akan melindungi mereka terhadap penyakit jangkitan seksual lain.

Risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Telah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Vaksin itu juga amat kontroversi dengan insiden tindak balas kesan sampingan yang tinggi di seluruh dunia dan 53 dilaporkan mati di Amerika Syarikat sahaja sepertimana yang dilaporkan oleh Vaccine Adverse Events Reporting System (VAERS) daripada Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

Keberkesanan dan keselamatan vaksin bahaya dan tidak perlu ini tidak pernah wujud di Malaysia. Ini telah dijelaskan oleh Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Diane Harper sebagai lebih banyak risiko bagi kesan sampingan dan bahaya kesan sampingan berbanding risiko kanser servik itu sendiri.

Satu atau kedua vaksin HPV yang akan digunakan terhadap anak-anak kita ialah Gardasil oleh Merck dan Cervarix oleh GlaxoSmithkline.

Gardasil yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia (DCA) pada 2006,dan pada 2008 siasatan dibuat terhadap hubungannya dengan lumpuh, sawan dan kematian.

Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan autisme pada 2000. Pada 2008, Gardasil mendapati hubungan pada kadar yang lebih tinggi bagi pitam (syncope) dan keadaan pembekuan darah (venous thromboembolic) dalam kalangan penerima.

Di Amerika Syarikat, venous thromboembolic dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian.

Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome(GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti dan gatal-gatal (urticaria).

Pada 2009, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan. Sehingga 31 Mei 2010 terdapat 16,140 keadaan kesan sampingan dilaporkan di Amerika Syarikat berikutan vaksinasi oleh Gardasil dalam VAERS.          

Cervarix yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser diluluskan oleh DCA pada 2007 tetapi oleh FDA hanya pada 2009. Memandangkan sasarannya hanya dua jenis HPV, pakar terus menyarankan pemeriksaan rutin cervical pad smears malah untuk wanita yang menerima suntikan vaksin. Di England, terdapat kes pening, mual dan malah kematian yang dikaitkan dengan Cervarix.

sumber: SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia.

Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.

Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.

Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.

Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:

  1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
  2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.

Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.

Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini.

Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia iaitu

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Ini sudah pasti boleh menjadi modal besar kepada pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan

1. Guillain-Barre Syndrome

2. Thromboembolic Events

3. Amyotrophic Lateral Sclerosis

4. Seizures and/or Epilepsy

5. Paralysis

6. Severe Allergic Reactions

Wallahu’alam …

Artikel berkaitan:
https://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

https://mindaahad.wordpress.com/2012/04/21/kesan-kesan-suntikan-vaksinasi-terhadap-kanak-kanak/

https://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/

https://mindaahad.wordpress.com/2014/05/13/perlukah-suntikan-vaksin-hpv/

45 Comments

Filed under Kesihatan

Kenapa Perlu Keluarkan Semua Simpanan Anda Dari Bank

Kenapa perlu mengeluarkan semua simpanan anda daripada Bank SEKARANG?

Adakah simpanan anda selamat di bank?

Ringkasan situasi dan risiko ke atas simpanan anda…..

Kerana situasi bubble economy dan economy collapse berlaku secara tiba-tiba, tanpa anda bersedia, crash atau bubble burst….. dan kerana keruntuhan ekonomi dunia sememangnya dirancang melalui pertambahan hutang amerika (USD) secara mendadak (bermula dengan peningkatan hutang melalui pengiklanan, perancangan 9/11, dan agar peralihan kuasa berpindah ke Jerusalem)

Quote:
How can broke economies lend money to other broke economies who haven’t got any money because they can’t pay back the money the broke economy lent to the other broke economy and shouldn’t have lent it to them in the first place because the broke economy can’t pay back?

Kerana ramai yang hilang pekerjaan apabila economy collapse dan bubble burst, ramai tidak mampu membayar kembali pinjaman (property bubble etc), kerugian lelongan tidak mencapai harga pasaran dikehendaki… Banyak pelaburan lain turut mengalami kerugian, termasuk pelaburan bank…. kesimpulan, bank akan mengalami kerugian!

Apakah kesan kerugian bank? Adakah simpanan daripada puluhan tahun titik peluh anda menjadi lebur? Bagaimana pula dengan KWSP? kejatuhan nilai simpanan anda? insuran ke atas simpanan?

(kesan apabila bank mengalami kerugian pelaburannya di Dubai)
Dubai: http://www.youtube.com/watch?v=w5PPkZF6tD4
Dubai: http://www.youtube.com/watch?v=dknuBMPv1IE

(simpanan puluhan tahun hilang, tonton pada minit 6:40)

(penyakit berjangkit kejatuhan sebahagian bank ke atas bank yang lainnya, dan terjadi secara mengejut…. get ready)

Siapakah yang akan menanggung kerugian ini? Bailout? Kerajaan!

Adakah kerajaan mampu memberikan jaminan? Adakah jaminan ini laku?

PIDM boleh selamatkan simpanan anda?

Daripada mana sumber pendapatan kerajaan selain daripada hutang? Permainan IMF?

Jika kerajaan berhutang, siapakah pula yang akan menanggung hutang kerajaan?

Pengurangan subsidi? Peningkatan cukai? inflasi? lain-lain peningkatan perbelanjaan?

Undang-undang baru yang lebih zalim?

Rakyat akan menanggung segalanya!!

Jika rakyat menentang kezaliman?

(click link to watch part 1-12, MUST SEE)

Keluarkan semua simpanan anda dan tukarkannya kepada tangible aset sebelum ianya lebur secara mengejut!! Sebelum masanya tiba dan puluhan tahun titik peluh anda hilang begitu sahaja….

Pakar, Gerald Celeste mengeluarkan semua simpnanan daripada bank bagi mengelakkan wangnya lebur, pakar tidak lagi percaya kepada bank!!

(tonton pada minit 05:00)

Bagaimana bank melatih pekerja untuk menipu pelanggan bahawa bank masih mempunyai wang, tetapi hakikatnya mereka tiada lagi wang untuk dipulangkan kepada penyimpan… Oleh itu jangan tertipu dengan permainan bank…..

(tonton pada minit 06:20)

Keluarkan simpanan anda sebelum 2012! Sebelum keruntuhan ekonomi dunia berlaku secara mengejut dan semua simpanan anda lebur!!!

KILL THE BANKSTER, AND
YOU’LL KILL THE NEW WORLD ORDER!!!

Sebarkan maklumat ini..

5 Comments

Filed under Ekonomi