Perjanjian Stamford Raffles dengan Raja Singapura dan Raja Johor, 1819M 1233H.

Datuk Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman Raja Singapura yang memerintah negeri Singapura dan sekalain tukun pulau mana di dalam perintahya Singapura di dalam dia punya nama sendiri dan di dalam nama Seri Sultan Hussein Muhammad Shah Raja Johor dengan Seri Paduka Thomas Stamford Raffles, Leftenan Gabenor Bengal Yang Maha Mulia.

Maka dari sebab lama bersahabat dan berdagangan perniagaan antara Kompeni Inggeris dengan negeri-negeri daerah yang di bawah perintah negeri Singapura Johor itulah baik dibakikan pekerjaan yang patut tiada boleh putus selama-lamanya.

PERKARA YANG PERTAMA
Maka boleh Kompeni Inggeris membaki loji akan penduduk di Singapura atau lain-lain tempat yang di bawah perintah Singapura Johor.

PERKARA YANG KEDUA
Maka dari sebab itu Kompeni Inggeris berjanji pelihara Datuk Temenggung Seri Maharaja.

PERKARA YANG KETIGA
Dari hal tanah Kompeni mahu baki loji penduduk Kompeni boleh kasi pada satu tahun kepada Datuk Temenggung Seri Maharaja tiga ribu rial.

PERKARA YANG KEEMPAT
Maka Datuk Temenggung ada perjanjian selama-lamanya yang kompeni Inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas masuk di dalam daerahnya pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris.

PERKARA YANG KELIMA
Maka apabila datang seri sultan yang di jalan sampai di sini boleh habiskan segala perkara-perkara hal perjanjian ini dan tetapi baiklah Kompeni Inggeris boleh pilih satu tempat mahu dinaikkan bala tenteranya dengan alat perkakasnya dan menaikkan bendera Kompeni Inggeris maka dari itu diturunkan tandatangan dan cap kedua kita di dalam kertas ini tatkala diperbuat surat ini kepada empat hari bulan Rabiul Akhir 1233.

Cap dan tandatangan,

Leave a comment

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s