PENULISAN MUNSYI ABDULLAH DIBUAT UNTUK MENUTUP SEJARAH TUAN PUNYA (SEMENANJUNG) MELAKA IAITU EMPAYAR KEDAH TUA YANG PERNAH BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT, NEGERI SEMBILAN YANG BERADA TAK JAUH DARI BANDAR HILIR
————————
Beliau merupakan sasterawan abad ke-19 dan mahir berbahasa Melayu, Tamil dan Arab. Pada tahun 1840M selepas kematian isterinya seorang yang berbangsa Tamil, beliau telah berhijrah ke Singapura. Ini kerana di tempat kelahirannya beliau dipulaukan oleh orang-orang tempatan kerana tidak suka dengan tabiatnya suka bergaul rapat dengan penjajah-penjajah Inggeris.
Beliau menjadi pujaan bangsa Inggeris dan Belanda kerana memudahkan musuh -musuh Allah ini menunaikan cita-cita Kolonialisme Barat. Beliau pernah mempelajari kitab Bible Matius daripada Dr. Marrison semasa di Singapura. Sebagai P.A kepada Stamfford Raffles, beliau diarahkan mencari buku-buku Hikayat tua Melayu di mana sahaja berada untuk diserahkan kepada kerajaan Inggeris. Selain menyunting kitab tua Sejarah Melayu mengikut selera dan agenda kerajaan Britain beliau juga antara orang yang bersubahat dan dalang menghasilkan cerita hantu-hantu Melayu di antaranya ialah watak Hantu Penanggal.
———————————————
Seorang pegawai kerajaan yang bernama Faizal pernah menceritakan tentang Munsyi Abdullah ini sewaktu menerima kehadiran bertugas Stamfod Raffles (1781-1826) dari England.
Munsyi Abdullah mengatakan yang bossnya ini sudah fasih berbahasa Melayu ketika hari pertama bertemu dengannya. Ini terjadi apabila Munsyi Abdullah mengatakan ” how are you sir? “, Stamfford Raffles menjawab ” Khabar baik“.
Ketika menerima undangan kenduri, gabenor Inggeris ini juga hadir dan membuka kasut ketika memasuki rumah Munsyi Abdullah. Dan yang lebih menghairankan beliau lagi ia bersalam-salaman dengan orang-orang kampung dan duduk bersila seolah-olah dia sudah biasa dengan adat di tempat itu. Padahal pada masa itu tuan rumah sibuk mencari kerusi yang pada kebiasaannya orang-orang inggeris tidak faham dengan adat istiadat orang-orang Melayu ketika itu. Ketika tuan rumah sibuk pula mencari sudu dan garfu mereka dapati si Inggeris ini sudah makan dengan tangannya sahaja.
Faizal memberi tahu orang-orang Melayu di zaman itu dan Munsyi Abdullah tidak perlu takjub dan hairan tentang kearifan orang-orang inggeris tentang Adat Istiadat Melayu kerana setiap pegawai Inggeris yang akan bertugas di jajahan-jajahan mereka seperti di India, Afrika dan Nusantara perlu mempelajari adat resam orang-orang tempatan di Universiti mereka bahagian Fakulti School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.—————-
GERBANG YANG TELAH DI ‘CONVERT’ GEROMBOLAN KE2 PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARI INI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM.
PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYU SULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN
————————————
Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina .
British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu di situ tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. “Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati,” sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. “Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. Apabila William Farqular melihat perkara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu,” sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46.
——————————–

KASIHAN ! BERSUSAH PAYAH KERAJAAN KITA MENCARI SAKI BAKI KOTA-KOTA YANG HILANG, AKIBAT DI BOM DAN DI KAMBUS OLEH BRITISH SEKITAR BANDAR HILIR UNTUK TATAPAN GENERASI BARU KITA YANG TERCINTA.
—————————————————-
Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam di kota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) di dalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh.
“Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang di tangannya. Maka disuruh orang naik ke kota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minit meletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut. Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu,” sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.
CUBA LIHAT KOTA ISLAM PORTUGIS ASKAR UPAHAN MERONG MAHA WANGSA INI YANG MEMPUNYAI MENARA MASJID TAPI KONONNYA MENARA SANTIAGO TINGGAL KEPALA KOTA SAHAJA HASIL PENGKHIANATAN MUSUH-MUSUH ALLAH
——————————————–
Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britain ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya.
Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling. Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England.
Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh. “Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya…Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu,” sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.
——————————————————–
Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan “Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya. Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya.” Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakan ” Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada ditidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya “, rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47.
Pada tahun 1854M, Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain.
Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada di bawah pengaruh empayar Usmaniyyah manakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam.
Bagus beeliau mati begitu sebelum sempat mengerjakan haji? Memang patut pun belaiu mati begitu. Saya tak tau kenapa, memang sedari kecil lagi saya benci dengan character cerita kepandaaian Munsyi Abdullah. Saya memang teramat benci kepada beliau kerana memburukkan orang Melayu. Cikgu saya kata “dia talibarut orang puteh” Saya baru darjah empat masa tu!!!
LikeLike
syukran atas info
LikeLike
entah dia nak melancong ke mana tu agaknya. bila mati dikatalah dia nak ke mekah mengerjakan haji. ni pun pembohongan je ni. memang dasar british hidup mereka untuk menipu
LikeLike
Salam, menarik tentang Munshi. Insyallah dicari hikayat-hikayat yang ditulis. Saya ingin sekali mengetahui tentang Kerajaan Kedah Tua, di mana pusatnya dan ke mana saja jajahan takluknya? bagaimana pula dengan Kota Mengkuang? begitu juga dengan Kota Portugis Islam. Bolehkah diceritakan dengan lebih lanjut tentang ini. Sekian terima kasih. Wassalam
LikeLike
Teruskan membaca artikel2 Minda Ahad di bawah kategori ‘Sejarah’.
LikeLike
munsyi abdulah yang diagung agungkan rupanya pengkianat…
LikeLike
Saya sudah membaca Hikayat Abdullah yang mana pada rasa saya, pengarangnya tidaklah melahirkan kebencian terhadap bahasa Arab, tetapi lebih kepada menegur sikap orang Melayu yang tidak ingin belajar bahasa Arab, malah tidak mempunyai institusi khusus untuk belajar bahasa Melayu itu sendiri.
Manakala Hikayat Binatang pula, merupakan sebuah karangan mengenai ‘natural history’ atau sejarah alam semulajadi. Memang diakui Hikayat Binatang itu ada menyelitkan unsur-unsur Kristianiti kerana ia terjemahan daripada kisah-kisah Bible, tetapi agak tersasar untuk menyatakan kisah pemusnahan kota-kota Melayu terdapat dalam Hikayat ini.
LikeLike
aku rase.. org yg tulis artikel ni pun tak pernah bace hikayat perlayaran abdulah lepas tu meroyan tak tentu hala tabur fitnah bukan2
LikeLike
saya hanya ingin menyentuh berkenaan perkataan “munshi” kerana ia adalah perkataan farsi yg merujuk kepada pencatat, setiausaha atau kontraktor. ia kemudiannya diadaptasi ke dalam empayar mughal sebagai guru & setiausaha yg bekerja dengan British.
Yang bekerja sebagai “munshi” adalah jawi peranakan atau kita panggei india muslim yang berpendidikan inggeris. mereka akhirnya bekerja dengan inggeris sebagai penterjemah. guru bahasa dan PA kepada gabenor dan residen.
LikeLike
sedar x kita sampai sekarang kita masih dipengaruhi oleh british. maaf jikalau pembukaan saya keterlaluan tapi itulah hakikat. sebagai contoh berpoligami.ini adalah satu kekuatan islam sebenarnya kerana kekuatan sesuatu agama atau kesatuan adalah bilangan ahlinya. tapi cuba kita tengok bila isu poligami timbul..meletup bini tua.apa sebab terjadi perkara ini adalah kerana tidak terdedah kepada keindahan sebenar berpoligami dan juga kurang faham pada istilah jodoh pertemuan di tangan tuhan. jikalau didedahkan pada usia muda terutama di ambang baligh atau menjadi satu cabang pelajaran buku sekolah tentu keterbukaan boleh dipupuk. jadi tidak berlaku kekecohan dalam alam perkahwinan. british walaupun secara rasmi bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal islam telah mempengaruhi fikiran bekas pemerintah kita secara halus. Orang kafir telah bersumpah hanya islam musuh utama mereka jadi berdasarkanrujukan abdullah munsuh negara di atas melayu perlu sedar kejahatan sebenar bangsa kafir laknatullah. Salam sejahtera umat islam semua.
LikeLike
saya mahu bertanya tentang kota islam portogis saya tak faham siapa yang bina?
LikeLike
Salam. Sebelum ini sy suka baca kisah munsyi abdullah dan buku2 Yg beliau tulis. tp selepas bc artikel ini sy terfikir mungkin ada benarnya jg apa yg diktakan oleh penulis. Namun begitu jgnlah terlalu melulu mengatakan munsyi abdullah berketurunan yahudi dan disamakan pula dgn mustafa kamal attartuk. utk pengetahuan semua, mustafa kamal attartuk adalah tentera yg berasal dari greek. Dan askar punjabi bukanlah semuanya kafir. Ada juga yg beragama islam. Contohnya askar punjabi yg berkhidmat dgn syarikat hindia timur british yg dtg ke penang ada yg beragama Islam. jika saudara pernah melawat kota cornwallis di penang, ada meriam di kota itu yg ditulis dgn tulisan arab.
LikeLike
Salam
LikeLike
Allahummafirlahu Warhamhu Wa`afihi wafuanhu
LikeLike
Ada apa2 sumber yg mnyokong ke tntg teori pengislaman tntera portugis yg dtg ke Mlaka? Sbb yg trcatat oleh org nye sndiri mereka dtg sbb mereka nk ptahkan ekonomi org islam. Tp sejujurnya sy rasa admin trlebih judge psal Munsyi Abdullah benci bhasa quran. Statement quote die kata die tgk org mlayu ni gune bahasa arab time doa n solat je…khidupan seharian gune bhasa msing2…kt mana bnci quran nya? Bicara ilmu hrus bebas dr dogma n agenda personal ok admin. Salam utk kebenaran.
LikeLike