Monthly Archives: June 2011

Perjanjian British dengan Sultan dan Temenggung Johor, 1824M 1239H.

Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. Kuala Lumpur: ITNMB

SUATU PERSETIAAN PERSAHABATAN dan PERIKATAN antara SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA di satu pihak, dengan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR di satu pihak lagi, diikat pada dua hari bulan Ogos, satu ribu lapan ratus dua puluh empat (1824), bersamaan dengan enam hari bulan Zulhijah, tahun Hijriah, satu ribu dua ratus tiga puluh sembilan (1239), oleh Sultan Johor yang di atas, iaitu DULl YANG MAHA MULIA SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH, dan DATUK TEMENGGUNG JOHOR yang di atas, iaitu DULl YANG AMAT MULIA DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA bagi pihak Baginda dan Datuk Temenggung sendiri, dengan JOHN CRAWFURD, ESQUIRE, Residen British di Singapura, yang diberi kuasa sepenuhnya dalam persetiaan ini oleh Yang Teramat Mulia WILLIAM PITT, LORD AMHERST, Gabenor General Kota William di Benggala, bagi pihak SYARIKAT HINDIA TIMUR lNGGERIS YANG MULIA itu.

Perkara I
Keamanan, persahabatan, dan persefahaman yang baik akan wujud selama-lamanya antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor serta waris dan pengganti masing-masing.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja dengan ini menyerah sepenuh kedaulatan dan hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya untuk selama-lamanya, Pulau Singapura, yang terletak di Selat Melaka, bersama-sama laut, selat dan pulau-pulau kecil bersebelahan dengannya, dalam lingkungan sepuluh batu geografi dari pantai pulau utama Singapura.

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.

Perkara IV
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnakan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol (iaitu kurang drpd RM3 juta sekarang – Hasbullah Pit), bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji yang tersebut di atas sebanyak satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol, dan Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja juga dengan ini mengaku menerima daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagai menyempurnakan ketetapan kedua-dua Perkara terdahulu ini, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, bersama dengan ansuran bulanan pertama gaji di atas sebanyak tujuh ratus Dolar Sepanyol.

Perkara V
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia berjanji menyambut dan melayan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, dengan penuh kemuliaan, kehormatan dan adat istiadat yang layak atas kedudukan dan taraf masing-masing, bilamana Baginda dan Datuk Temenggung menetap atau mengunjungi Pulau Singapura.

Perkara VI
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sekiranya Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung, waris atau pengganti Baginda dan Datuk Temenggung memilih untuk menetap di mana-mana bahagian Negeri sendiri, dan bagi maksud tersebut hendak berpindah dari Singapura, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, waris atau pengganti Baginda, sejumlah wang sebanyak dua puluh ribu (20,000) Dolar Sepanyol, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, waris atau pengganti Datuk Temenggung sejumlah wang sebanyak lima belas ribu (15,000) Dolar Sepanyol.

Perkara VII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sebagai balasan kepada bayaran yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, dengan ini menyerahkan, bagi pihak diri, waris, dan pengganti masing-masing, kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan pengganti mereka buat selama-lamanya, semua hak dan hak milik kepada setiap jenis harta tak alih, sama ada dalam bentuk tanah, rumah, kebun, dusun, atau pokok kayu, yang mungkin dimiliki oleh Baginda dan Datuk Temenggung di Pulau Singapura atau di wilayah tanggungannya pada masa yang difikirkan Baginda dan Datuk Temenggung sebagai sesuai untuk berpindah dari pulau tersebut, bagi maksud menetap di Negeri sendiri, tetapi hendaklah difahami dengan sejelas-jelasnya oleh setiap pihak bahawa peruntukan Perkara ini tidak meliputi apa-apa jenis harta yang boleh dipegang oleh mana-mana pengikut atau orang suruhan Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung yang berada di luar kawasan sekitar kediaman sebenar yang kini diperuntukkan kepada Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung.

Perkara VIII
Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, dengan ini berjanji bahawa selama Baginda dan Datuk Temenggung menetap di Pulau Singapura, atau menerima gaji bulanan masing-masing daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Persetiaan ini, Baginda dan Datuk Temenggung tidak boleh sekali-kali mengikat apa-apa perikatan dan juga tidak boleh berutus-utusan dengan mana-mana kuasa atau raja asing, tanpa pengetahuan dan keizinan Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, waris dan penggantinya.

Perkara IX
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, dengan ini berjanji bahawa jika sekiranya Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah, dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja berpindah dari Pulau Singapura sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara ke-6, dan berasa gusar untuk menetap di wilayah mereka sendiri berbangkit daripada perpindahan itu, memberi mereka suaka diri dan perlindungan sama ada di Pulau Singapura atau Pulau Pinang.

Perkara X
Pihak Penjanji dengan ini menyatakan dan berjanji bahawa tiada mana-mana pihak pun akan campur tangan dalam hal-ehwal dalaman pihak pemerintah yang satu lagi, atau dalam mana-mana pertelingkahan politik atau peperangan yang mungkin tercetus dalam wilayah masing-masing, dan mereka juga tidak boleh menyokong satu sama lain melalui kekuatan senjata terhadap mana-mana jua pihak ketiga.

Perkara XI
Pihak Penjanji dengan ini berjanji menggunakan apa-apa cara yang masing-masing berkuasa bagi menghapuskan rompakan dan pelanunan di Selat Melaka dan juga di laut sempit, selat dan sungai lain yang bersempadanan, atau yang di dalam, wilayah masing-masing selagi ia berkaitan dengan kekuasaan dan kepentingan langsung Duli Yang Maha Mulia dan Datuk Temenggung.

Perkara XII
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja dengan ini berjanji mengekalkan perdagangan bebas dan tidak terganggu di mana-mana sahaja di kawasan kekuasaan mereka, dan membenarkan perdagangan dan lalu lintas negara British ke dalam semua pelabuhan dan pangkalan kapal kerajaan Johor dan wilayah tanggungannya berdasarkan syarat negara yang paling diutamakan.

Perkara XIII
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, selagi Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Hussain Muhammad Shah dan Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja kekal menetap di Pulau Singapura, tidak membenarkan mana-mana orang suruhan atau pengikut Baginda dan Datuk Temenggung meninggalkan langsung khidmat sebenar mereka, untuk tinggal atau kekal berada di Pulau Singapura atau wilayah tanggungannya. Tetapi dengan ini hendaklah difahami sejelas-jelasnya bahawa semua orang suruhan dan pengikut itu hendaklah terdiri daripada rakyat kelahiran mana-mana bahagian wilayah kekuasaan Baginda dan Datuk Temenggung sahaja, di mana kuasa Baginda dan Datuk Temenggung kini bertapak kukuh, dan nama-nama mereka pada masa memasuki perkhidmatan Baginda dan Datuk Temenggung, hendaklah ditulis secara sukarela dan sewajarnya dalam sebuah daftar yang disimpan bagi maksud itu oleh ketua pihak berkuasa tempatan pada masa itu.

Perkara XIV
Maka adalah dengan ini, saling dinyatakan dan dipersetujui bahawa syarat-syarat semua Konvensyen, Persetiaan atau Perjanjian yang lalu yang diikat antara Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Datuk Temenggung Johor, hendaklah dengan Persetiaan ini disifatkan sebagai, dan dengan ini, terbatal dan termansuh sewajarnya, walau bagaimanapun dengan pengecualian syarat-syarat terdahulu sebagaimana yang telah diberikan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia, apa-apa hak atau hak milik bagi pendudukan atau pemilikan Pulau Singapura dan wilayah tanggungannya seperti yang tersebut di atas.

Dibuat dan diikat di Singapura, pada hari dan tahun yang tertulis di atas.

(T.T.) SULTAN HUSSAIN MUHAMMAD SHAH.
(T.T.) 1. CRAWFORD.
DATUK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN SRI MAHARAJA.
(T.T.) AMERST.
(T.T.) EDWARD PAGET.
(T.T.) F. FENDALL.

Diratiftkasikan oleh Yang Amat Mulia Gabenor Jeneral dalam Majlis, di Kota William di Benggala, pada sembilan belas hari bulan November, satu ribu lapan ratus dua puluh empat.

(Tandatangan)
GEO. SWINTON, Setiausaha Kerajaan.

 


Nota:

2 Perkara VI dan VII, apabila berkaitan dengan Datuk Temenggung, telah dibatalkan melalui perjanjian bertarikh 19 hari bulan Disember 1862. Lihat Maxwell & Gibson 1924: 129-130.

Leave a comment

Filed under Perjanjian Lama, Sejarah

Hindarilah Syirik … Bertauhidlah!

Oleh

Abdul Azhim Al Badawi

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, semoga Allah senantiasa mengajarkan kepada kita sesuatu yang bermanfaat dalam firman Allah yang bercerita tentang Nabi Yusuf Alaihissallam.

 

إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لاَّيُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَهُم بِاْلأَخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ ءَابَآءِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ مَاكَانَ لَنَآ أَن نُّشْرِكَ بِاللهِ مِن شَىْءٍ

 

Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian. Dan aku mengikut agama bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak, Ya’qub. Tiadalah patut bagi kami mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah.. [Yusuf:37-38].

 

Terdapat satu isyarat, bahwa agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, Ishaq, Ya’qub dan Nabi Yusuf itu sama. Yaitu agama tauhid, yang dibawa oleh semua para nabi alaihimus shalatu wassalam, sebagaimana firman Allah.

 

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

 

Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Rabbmu, maka sembahlah Aku. [Al Anbiya’:92].

 

Kepada agama inilah, Yusuf menyeru kepada kedua temannya (yang di penjara).

 

يَاصَاحِبَيِ السِّجْنِ ءَأَرْبَابٌ مُّتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ مَاتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِه إِلآ أَسْمَآءً سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآأَنزَلَ اللهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ للهِ أَمَرَ أَلاَّتَعْبُدُوا إِلآًّإِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَيَعْلَمُونَ

 

Hai kedua temanku dalam penjara, manakah yang baik, rabb-rabb yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Yusuf:39-40].

 

Demikian juga semua para nabi, mereka berdakwah kepada agama ini, sebagaimana Allah berfirman.

 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

 

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):”Sembahlah Allah, dan jauhilah thagut itu,” [An Nahl:36].

 

Dan firmanNya.

 

وَمَآأَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّنُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلآ أَنَا فَاعْبُدُونِ

 

Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahwasanya tidak ada Ilah (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.” [Al Anbiya’:25].

 

Karenanya, seruan yang diucapkan oleh para nabi kepada kaumnya selalu sama, yaitu:

 

يَاقَوْمِ اعْبُدُوا اللهَ مَالَكُم مِّنْ إِلاَهٍ غَيْرُهُ

 

Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Ilah bagimu selainNya. [Al A’raf:59].

 

Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, juga mengajak kepada agama (tauhid) ini. Ketika orang-orang kafir Quraisy mengatakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

 

مَاسَمِعْنَا بِهَذَا فِي الْمِلَّةِ اْلأَخِرَةِ إِنْ هَذَآ إِلاَّ اخْتِلاَقٌ

 

Kami tidak pernah mendengar hal ini dalam agama yang terakhir; ini (mengesakan Allah), tidak lain hanyalah (dusta) yang diada-adakan. [Shad:7].

 

Allah Azza wa Jalla berfirman kepada NabiNya.

 

قُلْ مَاكُنتُ بِدْعًا مِّنَ الرُّسُلِ

 

Katakanlah:”Aku bukanlah Rasul yang pertama di antara rasul-rasul.” [Al Ahqaf:9]

 

Maksudnya, saya bukanlah yang pertama, namun saya ini adalah seorang pengikut.

 

Allah juga berfirman,

 

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَاكَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad):”Ikutilah agama Ibrahim, seorang yang hanif.” Dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb. [An Nahl:123].

 

Perkataan Nabi Yusuf Alaihissallam إِنِّي تَرَكْتُ (Aku tinggalkan), sejalan dengan firman Allah فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ (Maka barangsiapa yang ingkar kepada thagut). Sedangkan perkataan Nabi Yusuf وَاتَّبَعْتُ (Aku ikuti) sejalan dengan firman Allah وَيُؤْمِن بِاللهِ (dan beriman kepada Allah).

Jadi, keimanan itu mesti didahului pengingkaran. Keimanan kepada Allah mesti didahului dengan pengingkaran terhadap semua (yang dipertuhankan oleh manusia) selain Allah Azza wa Jalla. Oleh karena itu, kalimat tauhid mengandung dua makna ini. Ucapan “Lailaha” adalah pengingkaran (nafi) terhadap semua yang dipertuhan. Dan ucapan “Illallah” adalah keimanan (isbat) kepada Allah sebagai Ilah (yang berhak disembah).

 

Hidayah kepada tauhid merupakan karunia Allah yang hanya diberikan kepada hambaNya yang dikehendaki. Sebagaimana perkataan Nabi Yusuf Alaihissallam.

 

ذَلِكَ مِن فَضْلِ اللهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَيَشْكُرُونَ

 

Yang demikian itu adalah dari karunia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia itu tidak mensyukuri(Nya). [Yusuf:38].

 

Sebagai peringatan atas karunia ini dan agar jangan sampai hilang -kami katakan- demi memotivasi kepada tauhid dan menjauhi syirk,“Sesungguhnya kesyirikan itu adalah kesesatan yang nyata dan kezhaliman yang besar.”

 

Allah berfirman.

 

وَمَنْ أَضلَُّ مِمَّن يَدْعُوا مِن دُونِ اللهِ مَن لاَّيَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَن دُعَآئِهِمْ غَافِلُونَ

 

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (do’anya) sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) do’a mereka. [Al Ahqaf:5].

 

Dan firmanNya.

 

وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

 

Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zhalim. [Al Baqarah:254].

 

Dan firmanNya.

 

وَإِذْقَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَابُنَيَّ لاَتُشْرِكْ بِاللهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

 

Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu memberi pelajaran kepadanya,”Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar. “ [Luqman:13].

 

FirmanNya,

 

وَلاَ تَدْعُوا مِن دُونِ اللهِ مَالاَيَنفَعُكَ وَلاَيَضُرُّكَ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ

 

Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa’at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian itu) maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zhalim. [Yunus:106].

 

FirmanNya.

 

وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

 

Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. [An Nisa’:48].

 

Dan.

 

وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا

 

Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. [An Nisa’:116].

 

Syirik termasuk penyebab terhapusnya (nilai) amal perbuatan. Firman Allah.

 

وَلَقَدْ أُوحِىَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِّنَ الْخَاسِرِينَ

 

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu:”Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya amalmu akan terhapus dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” [Az Zumar:65].

 

Dalam surat Al An’am -setelah menyebutkan (kisah) beberapa nabi- Allah berfirman.

 

ذَلِكَ هُدَى اللهِ يَهْدِى بِهِ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُم مَّاكَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Itulah petunjuk Allah yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Seandainya mereka mempersekutukanNya, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. [Al An’am:88].

 

Syirik menjadi penyebab kehinaan dan kerendahan. Allah berfirman.

 

لاَّتَجْعَلْ مَعَ اللهِ إِلاَهًا ءَاخَرَ فَتَقْعُدَ مَذْمُومًا مَخْذُولاً

 

Janganlah kamu adakan ilah-ilah yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (oleh Allah). [Al Isra’:22].

 

Dan firmanNya.

 

ذَلِكَ مِمَّآ أَوْحَى إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ وَلاَ تَجْعَلْ مَعَ اللهِ إِلاَهًا ءَاخَرَ فَتُلْقَى فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورًا

 

Dan janganlah kamu mengadakan ilah yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah). [Al Isra’:39].

 

Syirik bisa menyebabkan pelakunya masuk neraka dan menghalanginya dari mendapat magfirah (ampunan) dan keridhaan Allah. Allah berfirman.

 

إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَالِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

 

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zhalim itu seorang penolongpun. [Al Maidah:72].

 

Syirik termasuk perbuatan haram yang sangat mendasar, sebagaimana firman Allah.

 

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلاَّ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

 

Katakanlah:”Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Rabbmu, yaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia. [Al An’am:151].

 

Dan firmanNya.

 

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَابَطَنَ وَاْلإِثْمَ وَ الْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا بِاللهِ مَالَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللهِ مَالاَ تَعْلَمُونَ

 

Katakanlah:”Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak maupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa saja yang tidak kamu ketahui.” [Al A’raf:33].

 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

 

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ

 

Hindarilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya,“Apakah (tujuh perkara) itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab,“Syirk (menyekutukan) Allah, …” kemudian beliau melanjutkannya dan menyebutkan ketujuh hal tersebut [1]

 

Dalam penyebutan kata “syirik” diurutan terdepan terdapat isyarat, bahwa syirik merupakan dosa yang paling besar. Dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya.

 

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ

 

Mahukah kalian kuberitahu tentang dosa yang paling besar? Mereka menjawab,“Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda,“Menyekutukan Allah dan durhaka kepada kedua orang tua.” Beliau bersabda sambil bersandar, lalu duduk dan bersabda (lagi),”Dan ingatlah berkata dusta (termasuk dosa besar).” Beliau mengulang-ulang ucapan itu, sampai kami berkata,”Semoga beliau diam.”

 

Juga dalam hadits Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.

 

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ

 

Wahai Rasulullah, dosa apakah yang paling besar? Beliau menjawab,”Engkau menyekutukan Allah, padahal Dia telah menciptakanmu.”

 

Waspadalah dengan syirik, yang kecil maupun yang besar! Syirik itu (kadang) tidak lebih nampak dibandingkan dengan semut di atas batu hitam. Dan tidak ada yang merasa dirinya aman dari kesyirikan, kecuali orang-orang yang tidak mengetahui hakikat syirik dan tidak tahu pula apa yang menyebabkannya terbebas dari syirik. Adapun orang yang mengerti hakikat dan bahaya syirik, ia akan menjadi orang yang paling takut terhadap syirik. Nabi Ibrahim Alaihissallam berkata.

 

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ ءَامِنًا وَ اجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ اْلأَصْنَامَ

 

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata,”Ya Rabbku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” [Ibrahim:35].

 

Kemudian beliau menjelaskan penyebab dari rasa takutnya,

 

رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ

 

Ya Rabbku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan manusia. [Ibrahim:36].

 

Jika seseorang sudah mengetahui, bahwa banyak orang yang terjerembab ke dalam syirik akbar dan mereka sesat dengan menyembah berhala, maka ia akan takut terjerembab seperti mereka.

 

Ibrahim At Taimi berkata,“Siapakah yang merasa aman dari bala’ (syirik) setelah Nabi Ibrahim?” Maksudnya, jika Nabi Ibrahim Alaihissallam sang kekasih Allah saja masih khawatir terjatuh ke dalam kesyirikan, masih adakah orang yang tidak khawatir atas dirinya terjatuh ke dalam kesyirikan setelah Nabi Ibrahim?

 

Syirik merupakan kezhaliman yang paling zhalim, sedangkan tauhid merupakan keadilan yang paling adil. Karena jika adil meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan kepada seseorang apa yang menjadi haknya tanpa mengurangi sedikitpun, maka tauhid merupakan keadilan yang paling adil, karena tauhid merupakan hak Allah atas hambaNya, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Saya (Mu’adz bin Jabal) membonceng Nabi di atas keledai. Beliau berkata kepadaku,“Wahai Mu’adz, tahukah engkau apa hak Allah atas hamba dan apa hak hamba kepada Allah?” Saya jawab,“Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Beliau bersabda,“Hak Allah atas hambaNya adalah agar mereka beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya. Sedangkan hak hamba atas Allah adalah tidak menyiksa orang yang tidak berbuat syirik.”

 

Jika tauhid merupakan hak, maka apabila hamba-hambaNya telah mentauhidkanNya (menyerahkan kepada Allah yang menjadi hakNya) berarti mereka telah berlaku adil dengan seadil-adilnya. Jika mereka berbuat syirik, maka mereka telah berbuat zhalim. Karenanya, tauhid merupakan kewajiban yang paling wajib. Allah berfirman.

 

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلآ إِيَّاهُ

 

Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia [Al Isra’:23].

 

وَاعْبُدُوا اللهَ وَلاَتُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

 

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun [An Nisa’:36].

 

Tauhid memiliki banyak keutamaan, diantaranya:

 

– Menyebabkan aman dari siksa pada hari kiamat. Allah berfirman.

 

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُوْلَئِكَ لَهُمُ اْلأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ

 

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezhaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. [Al An’am:82].

 

Dan firmanNya.

 

إِنَّ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُم مِّنَّا الْحُسْنَى أُوْلَئِكَ عَنْهَا مُبْعَدُونَ لاَ يَسْمَعُونَ حَسِيسَهَا وَهُمْ فِي مَاشْتَهَتْ أَنفُسُهُمْ خَالِدُونَ لاَ يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ اْلأَكْبَرُ وَتَتَلَقَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ هَذَا يَوْمُكُمُ الَّذِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

 

Bahwasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka, mereka tidak mendengar sedikitpun suara api neraka, dan mereka kekal dalam menikmati apa yang diingini oleh mereka Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat), dan mereka disambut oleh para malaikat. (Malaikat berkata):”Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu.. [Al Anbiya’:101-103].

 

– Tauhid merupakan kunci masuk surga, sebagaimana perkataan Wahab bin Munabbih, “Kunci syurga itu adalah lailaha illallah.”

 

– Dengan tauhid, Allah berkenan menghapus kesalahan-kesalahan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits qudsi.

 

إِنَّ اللَّهَ سَيُخَلِّصُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَنْشُرُ عَلَيْهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ سِجِلًّا كُلُّ سِجِلٍّ مِثْلُ مَدِّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَقُولُ أَتُنْكِرُ مِنْ هَذَا شَيْئًا أَظَلَمَكَ كَتَبَتِي الْحَافِظُونَ فَيَقُولُ لَا يَا رَبِّ فَيَقُولُ أَفَلَكَ عُذْرٌ فَيَقُولُ لَا يَا رَبِّ فَيَقُولُ بَلَى إِنَّ لَكَ عِنْدَنَا حَسَنَةً فَإِنَّهُ لَا ظُلْمَ عَلَيْكَ الْيَوْمَ فَتَخْرُجُ بِطَاقَةٌ فِيهَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ فَيَقُولُ احْضُرْ وَزْنَكَ فَيَقُولُ يَا رَبِّ مَا هَذِهِ الْبِطَاقَةُ مَعَ هَذِهِ السِّجِلَّاتِ فَقَالَ إِنَّكَ لَا تُظْلَمُ قَالَ فَتُوضَعُ السِّجِلَّاتُ فِي كَفَّةٍ وَالْبِطَاقَةُ فِي كَفَّةٍ فَطَاشَتِ السِّجِلَّاتُ وَثَقُلَتِ الْبِطَاقَةُ فَلَا يَثْقُلُ مَعَ اسْمِ اللَّهِ شَيْءٌ

 

Sesungguhnya Allah akan menyelamatkan seorang manusia ………. Lalu Allah membentangkan 99 catatan amal di hadapan orang itu. Satu catatan (ukuran) sejauh mata memandang. Kemudian Allah berfirman,”Adakah diantara catatan-catatan ini yang engkau ingkari? Apakah penulis-penulisku telah menzhalimimu?” Orang itu menjawab,”‘Tidak wahai Rabb!” Allah berfirman,”Apakah engkau mempunyai alasan?” Orang itu menjawab,”Tidak wahai Rabb!” Allah berfirman,”Tentu. Sesungguhnya dalam catatan kami, engkau punya kebaikan. Dan sesungguhnya hari ini engkau tidak akan dizhalimi!” Lalu keluarlah sebuah kartu, tertulis padanya:

 

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

 

Lalu Allah berfirman,”Datangkanlah timbanganmu!” Orang itu menjawab,”Wahai Rabbku, apalah artinya satu kartu ini dengan catatan-catatan amal (kejelekan) ini.” Allah berfirman,”Sesungguhnya, engkau tidak akan dizhalimi.” Kemudian catatan-catatan itu ditaruh pada salah satu sisi timbangan dan kartu di sisi yang lain. Kemudian catatan-catatan amal itu menjadi ringan dan kartu itu menjadi berat, tidak ada sesuatupun yang lebih berat dari nama Allah. [2]

 

Para ulama’ telah membagi tauhid menjadi tiga.

 

Pertama. Tauhid Rububiyah.

Yaitu mengakui secara zhahir bathin, bahwa Allah adalah Rabb segala sesuatu, Pemilik, Pencipta, Pemberi Rizki, Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang mengurusi alam semesta ini semuanya, baik yang atas maupun yang bawah.

 

Kedua. Tauhid Uluhiyah.

Yaitu mengesakan Allah dengan ibadah tanpa memalingkan bagian terkecil dari ibadah kepada selain Allah k . Inilah makna kalimat tauhid lailaha illallah, tidak ada yang berhak untuk diibadahi kecuali Allah. Karena Dialah Sang Pencipta, sedangkan selain Dia adalah makhluq dan hanya Allah yang bisa mengabulkan permohonan orang yang sengsara dan yang bisa menghilangkan kesengsaraan. Allah berfirman,

 

وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ لاَيَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَىْءٍ إِلاَّ كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَآءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَاهُوَ بِبَالِغِهِ

 

Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. [Ar Ra’d:14].

 

Untuk tujuan tauhid inilah, Allah menciptakan makhluk, mengirimkan para rasul dan menurunkan kitab-kitabNya. Allah berfirman.

 

وَمَاخَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنسَ إِلاَّلِيَعْبُدُونِ

 

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu. [Adz Dzariyat:56].

 

FirmanNya.

 

أَتَى أَمْرُ اللهِ فَلاَ تَسْتَعْجِلُوهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ يُنَزِّلُ الْمَلاَئِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لآإِلَهَ إِلآأَنَا فَاتَّقُونِ

 

Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) wahyu dengan perintahNya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya, yaitu:”Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Ilah (yang hak) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertaqwa kepadaKu.” [An Nahl:2].

 

Tauhid inilah yang diingkari oleh orang-orang musyrik pada zaman dahulu, padahal mereka sudah mengakui tauhid Rububiyah. Allah berfirman.

 

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَاْلأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَاْلأَبْصَارَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَن يُدَبِّرُ اْلأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللهُ

 

Katakanlah:”Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka menjawab,”Allah.” [Yunus:31].

 

Dan firmanNya.

 

وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوا ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ

 

Dan mereka berkata,”Apakah kami harus meninggalkan sesembahan-sesembahan kami karena seorang penyair gila?” [Ash Shaffat:36].

 

Maka seorang muslim harus mengetahui, bahwasanya mengakui Allah sebagai Pencipta, Pemberi Rizqi, Yang Bisa Menghidupkan dan Mematikan, tidak akan berarti apapun sampai dia mengetahui bahwa tidak ada ilah yang haq kecuali Allah, lalu melaksanakan yang menjadi konsekwensinya.

 

Ketiga. Tauhid Asma’ dan Sifat.

Maksudnya, ialah menetapkan apa yang Allah tetapkan untuk diriNya dalam kitabNya, dalam hadits Rasulullah yang shahih tanpa tasybih (menyerupakan), tahrif (menyelewengkan maknanya), tamtsil (memisalkan), ta’thil (menolak) dan tanpa takyiif.

 

Berpegang pada firmanNya.

 

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءُُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

 

Tidak ada yang semisalnya denganNya. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [Asy Syura:11].

 

Sifat-sifat Allah yang ada dalam Al Qur’an terbagi menjadi dua. Yaitu sifat dzat dan sifat fi’il. Sifat dzat, misalnya: jiwa, hidup, mengetahui, dapat mendengar, dapat melihat, dapat berbicara, wajah, tangan, betis dan lain-lain. Sifat fi’il, seperti: bersemayam, turun, datang, ridha, marah, tertawa, senang dan lain-lain.

 

Kewajiban kita atas sifat-sifat ini, ialah mengimaninya, menetapkannya untuk Allah tanpa tasybih, ta’thil, tamtsil dan takyif. Diantara kita, janganlah ada yang mengatakan jiwa Allah seperti jiwa manusia dan lain sebagainya. Kita mestinya mengikuti sebagaimana perkataan Imam As Syafi’i rahimahullah,“Aku beriman kepada Allah dan kepada semua yang datang dari Allah sesuai dengan maksud Allah. Dan aku juga beriman kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kepada semua yang datang dari Rasulullah sesuai dengan maksud Rasulullah.

 

Selanjutnya ketahuilah wahai saudara-saudaraku, semoga Allah merahmati kita. Bahwa tauhid merupakan jalan tertinggi yang ditempuh manusia menuju Allah. Tauhid merupakan dakwah pertama para rasul. Mereka memulai dakwah dengan (menyampaikan) tauhid, sebelum (perkara) halal dan haram. Rasulullah n tinggal di Mekkah selama 10 tahun atau lebih, senantiasa menyampaikan, “Wahai manusia, katakanlah laailaha illallah, kalian pasti akan beruntung.”

 

Ketika tauhid sudah tertanam di hati mereka, barulah kemudian turun ayat-ayat fardhu, diawali dengan shalat. Tidak bertambah sampai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hijrah ke Madinah.

 

Kemudian perintah dan larangan berdatangan. Rasul tidak perlu bekerja keras untuk mengarahkan mereka agar mentaatinya, karena beliau sudah bekerja keras di Mekkah sehingga punahlah ikatan kesyirikan. Ketika ikatan syirik sudah punah, maka ikatan-ikatan yang lainpun punah. Kaum mukmin menjadi seperti yang diterangkan Allah.

 

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَّقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا

 

Sesungguhnya jawaban orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul mengadili diantara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuh”. [An Nur:51]

 

Karena pentingnya tauhid, maka ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirim utusan-utusannya dan para da’i ke suatu kaum, beliau memerintahkan mereka agar memulai dakwahnya dengan tauhid, sebagaimana sabda beliau kepada Muadz bin Jabbal ketika di utus ke Yaman,

 

إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكنْ أَوَّلُ مَا تَدْعوُهُمْ إِلَيهِ شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

 

Sesungguhnya engkau akan mendatangi orang-orang ahli kitab, maka hendaklah perkara pertama yang engkau dakwahkan ialah syahadat lailaha illallah (agar mereka bersaksi, bahwa tidak ilah yang berhak diibadahi kecuali Allah) dan sesungguhnya saya adalah Rasulullah. Jika mereka sudah mentaati kamu untuk itu, maka beritahukanlah mereka bahwasanya Allah telah mewajibkan kepada mereka lima shalat sehari semalam. Jika mereka sudah taat, maka beritahulah mereka, bahwa Allah telah mewajibkan zakat kepada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orang yang fakir. Jika mereka taat, maka hindarilah harta-harta berharga mereka dan takutlah terhadap do’a orang-orang yang terzhalimi, karena sesungguhnya antara do’a itu dengan Allah tidak ada hijab. [3]

 

Maka wajib bagi setiap muslim untuk memperhatikan aqidah ini, baik sebagai pelajaran ataupun pengajaran. Dan wajib juga bagi setiap da’i dan guru untuk mendahulukan aqidah di atas segala sesuatu, serta menjadikan aqidah sebagai skala prioritas. Karena baiknya amal disebabkan aqidah yang baik dan buruknya amal akibat dari buruknya aqidah.

 

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَآءِ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللهُ اْلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ اْلأَرْضِ مَالَهَا مِن قَرَارٍ

 

Tidakkah kamu kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. [Ibrahim:24-26].

 

Akhirnya, semoga Allah memberikan kita dan semua kaum muslimin aqidah yang baik dan selamat. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu melakukan hal itu.

 

(Diterjemahkan dari Majalah Al Ashalah Edisi 11/Tahun ke-2, halaman 17-24)

 

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 05/Tahun VII/1424H/2003M Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 08121533647, 08157579296]

_______

Footnote

[1]. Hadits-hadits yang ada dalam pembahasan terdapat dalam Bukhari-Muslim atau salah-satunya

[2]. Hadits shahih, terkenal di kalangan ahlu ilmi dengan haditsul bithaqah. Lihat Silsilah Al Alhadits Ash Shahihah, karya Syaikh Al Albani rahimahullah no. 135.

[3]. Riwayat Bukhari-Muslim

Leave a comment

Filed under Agama dan Islam, Aqidah

Apa Itu Perubatan Homeopati. (Bahagian 3)

Keluarga diraja Inggeris menggunakan homeopati sebagai perubatan eksklusif.

Remedy adalah istilah teknikal dalam homeopati yang merujuk pada substansi / bahan yang disiapkan dengan prosedur tertentu untuk mengubati pesakit.

Pengamal homeopati bergantung kepada dua jenis rujukan ketika penyediaan ubat: Materia medica dan repertories.

Sebuah Materia medica homeopati adalah kumpulan “gambar dadah / ubat”, yang disusun mengikut abjad ubat, yang menggambarkan pola gejala yang berkaitan dengan penawar individu.

Sebuah perbendaharaan homeopati adalah suatu indeks gejala penyakit yang menyenaraikan penawar yang berkaitan dengan symptoms.

Homeopathy menggunakan banyak haiwan,tumbuhan, mineral, dan bahan sintetik dalam rawatannya. Contohnya termasuk Arsenicum album (arsenic oxide), Natrum muriaticum (sodium chloride atau garam makan), Lachesis muta (bisa ular bushmaster), Opium (candu), dan Thyroidinum (hormon tiroid).

Homeopaths juga menggunakan rawatan yang disebut nosodes (dari perkataan Greek, nosos – penyakit) yang terbuat dari benda berpenyakit atau patologis seperti pembuangan kotoran, kencing, dan buangan pernafasan, darah dan tisu. Penawar homeopati dibuat dari spesimen yang sihat disebut sarcodes.

Beberapa kaedah homeopati moden dianggap mempunyai asas lebih esoteris untuk ubat, yang dikenali sebagai imponderables kerana ia tidak berasal dari bahan materi, tapi dari tenaga elektromagnetik yang dianggap telah “direkod” oleh alkohol atau laktosa.

Contohnya termasuk sinar-X dan sinar matahari. Usaha terbaru oleh ahli homeopati kepada benda yang lebih esoteris termasuk taufan (diolah dari air hujan yang disimpan). Ketika ini ada sekitar 3000 penyelesaian penawar berbeza yang sedang digunakan dalam homeopati.

Beberapa ahli homeopati juga menggunakan teknik yang dianggap oleh pengamal lain sebagai kontroversi. Ini termasuk ubat kertas, di mana bahan dan dilusi ditulis pada selembar kertas dan samada disematkan untuk pakaian pesakit, dimasukkan ke dalam saku mereka, atau ditempatkan di bawah segelas air yang kemudian diberikan kepada pesakit. Teknik ini menggunakan radionic untuk mempersiapkan ubat.

 

PERSEDIAAN.

Lesung dan alu digunakan untuk menghaluskan pepejal tidak larut dalam ubat homeopati termasuk kerang kuartza dan tiram.

Dalam menghasilkan ubat untuk penyakit, ahli homeopati menggunakan proses yang disebut dynamisation atau potentisation di mana bahan dicairkan dengan alkohol atau air suling dan kemudian digoncang kuat oleh sepuluh goncangan dalam proses yang disebut succussion.

Sementara Hahnemann menganjurkan menggunakan zat-zat yang menghasilkan gejala serupa dengan penyakit yang sedang dirawat, dia mendapati bahawa dos bahan akan memperhebat gejala dan memburukkan keadaan, kadang-kadang menyebabkan reaksi sebanyak racun berbahaya.

Kerana itu dia menetapkan bahawa zat mesti dicairkan. Hahnemann percaya bahawa proses succussion mengaktifkan tenaga vital dari substansi yang dicairkan. Pepejal larut, seperti kuartza dan cangkang tiram, dicairkan dengan menggiling mereka dengan laktosa (triturasi).

 

PENCAIRAN.

Botol ini mengandungi Arnica montana (wolf’s bane) D6, iaitu pencairan dasar adalah satu bahagian dalam satu juta (10-6).

Tiga skala potensi logaritma biasa digunakan dalam homeopati. Hahnemann mencipta skala centesimal atau C, mencairkan zat dengan faktor 100 pada setiap tahap. Skala centesimal disukai oleh Hahnemann untuk sebahagian besar hidupnya.

Sebuah pencairan 2C memerlukan bahan yang akan dicairkan menjadi satu bahagian dalam seratus, dan kemudian sedikit dari larutan cairan itu dicairkan dengan faktor lebih banyak seratus.

Kerja ini berterusan hingga satu bagian dari substansi asal dalam 10.000 bahagian daripada solution.

Sebuah pengcernaan 6C mengulangi proses ini enam kali, dan berakhir dengan bahan asli dicairkan dengan faktor 100-6 = 10-12 (satu bahagian dalam satu trilion) (1 / 1, 000000000000). Pencairan yang lebih tinggi mengikuti pola yang sama.

Dalam homeopati, sebuah solusi yang lebih cair digambarkan sebagai mempunyai potensi tinggi, dan lebih cair zat dianggap oleh ahli homeopati sebagai lebih kuat dan lebih berkesan. Produk akhir sudah dicairkan dan hanya dibezakan daripada dilutant (gula, air atau alkohol).

Hahnemann menganjurkan 30C pencairan untuk sebahagian besar tujuan (iaitu pencairan dengan faktor sebesar 1060). Dalam zaman Hahnemann, ia masuk akal untuk menganggap bahawa penyelesaian boleh tercair tanpa batas waktu, sebagai konsep dari atom atau molekul sebagai unit terkecil zat kimia  yang mungkin baru saja mulai diakui. Pencairan terbesar yang cukup mungkin mengandungi satu molekul zat asli ialah 12C.

Beberapa ahli homeopati mengembangkan skala perpuluhan (D atau X), menipiskan bahan untuk sepuluh kali kelantangan asal setiap tahap. Skala pencairan D atau  X adalah setengah daripada nilai yang sama skala C, misalnya, “12X” adalah tahap yang sama cecair sebagai “6C”. Hahnemann tidak pernah menggunakan skala ini, tapi ia sangat popular sepanjang abad ke-19 dan masih di Eropah.

Potensi skala ini nampaknya telah diperkenalkan pada tahun1830-an oleh ahli homeopati Amerika, Constantine Hering.

Dalam sepuluh tahun terakhir hidupnya, Hahnemann juga mengembangkan skala quintamillesimal (Q) atau LM menipiskan ubat 1 bahagian dalam 50.000 bahagian pencair. Sebuah pengcernaan diberikan pada skala Q adalah sekitar 2.35 kali peruntukannya pada skala C. Sebagai contoh ubat yang digambarkan sebagai “20Q” memiliki sekitar konsentrasi yang sama sebagai ubat “47C”.

Penawar homeopati Oscillococcinum.

1 Comment

Filed under Kesihatan, Sains